lp jamri awang besar 98 24
DESCRIPTION
jenayahTRANSCRIPT
KAJIAN JENAYAH JUVANA Dl SABAH SATU KAJIAN PERMULAAN
DISEDIAKAN OLEH :
JAMRI BIN AWANG BESAR ZAIHAN BINTI ABDUL LATIP
RAHIMAH BEE BINTI MOHD YUSOF ARSHAD BIN HAJI HASHIM
OKTOBER 1998
COPYRIGHT @ UiTM
PRAKATA
Terlebih dahulu kami ingin memanjat kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. di atas kejayaan
kami menyiapkan penyelidikan kami untuk peringkat permulaan. Penyelidikan KAJIAN
JENAYAH JUVANA : SATU KAJIAN PERMULAAN ini bukanlah satu penyelidikan yang
dilakukan secara terperinci untuk setiap punca-punca yang menyebabkan berlakunya
jenayah juvana, sebaliknya ia merupakan satu penyelidikan untuk melihat gambaran
secara kasar tentang fenomena yang ingin di kaji. InsyaAllah, selepas siapnya
penyelidikan ini, satu penyelidikan secara lebih terperinci terutamanya berkenaan
dengan punca-punca berlakunya jenayah juvana di Sabah dan cadangan-cadangan
yang lebih penting untuk dilaksanakan akan dijalankan. Di dalam penyelidikan ini,
penyelidik membuat lima pembahagian bab.
Bab pertama merupakan pengenalan yang menerangkan berkenaan dengan Akta
Mahkamah Juvana, Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. Bab
kedua pula menjelaskan tentang metodologi penyelidikan yang dijalankan.
Bab ketiga merupakan penerangan berkenaan dengan punca-punca yang
menyebabkan berlakunya jenayah juvana di Sabah. Punca-punca ini adalah hasil
analisis secara ringkas maklumat yang berjaya diperolehi daripada pesalah juvana di
Sabah. Bab keempat pula berkenaan dengan cadangan-cadangan yang diperolehi
daripada para remaja sendiri dan juga para ibubapa serta cadangan daripada
penyelidik. Pengakhir kepada penyelidikan ini ialah bab kelima iaitu kesimpulan secara
keseluruhan hasil penyelidikan yang lebih memfokuskan punca berlakunya jenayah
juvana. Semoga usaha ini membawa hasil yang bermakna kepada semua pihak dan
dapat di laksanakan dengan lebih berkesan.
COPYRIGHT @ UiTM
Tarikh
No. Fail Projek
10 Oktober 1998
20106
Prof. Madya Dr. Norsaadah Haji Ismail
Ketua
Biro Penyelidikan dan Perundingan (BRC)
Institut Tekonlogi Mara
40450 Shah Alam
Puan,
LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN " KAJIAN JENAYAH JUVANA Dl SABAH : SATU
KAJIAN PERMULAAN "
Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 3 (tiga) naskah Laporan
Akhir Penyelidikan bertajuk "Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan"
oleh kumpulan Penyelidik ITM Sabah untuk makluman pihak puan.
Sekian dan terima kasih.
Yang benar,
Ketua
Projek Penyelidikan
COPYRIGHT @ UiTM
KUMPULAN PENYELIDIK
JAMRI AWANG BESAR KETUA PROJEK
ZAIHAN ABDUL LATIP Ahli
RAHIMAH BEE MOHD YUSOF Ahli
Tandatangan
ARSHAD HAJI HASHIM Ahli
Tandatangan
COPYRIGHT @ UiTM
PENGHARGAAN
Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
bagi membolehkan Penyelidikan ini disiapkan dengan sempurna
Diantaranya :
En. Zainuddin Osman
(Provos ITM Sabah 1995)
Prof. Madya Dr. Norsaadah Haji Ismail
( Ketua Biro Penyelidikan dan Perundingan )
Datin Zainab Dzulkifli
( Koordinator BRC ITM Sabah 1997)
Pihak Jabatan Penjara Kepayan, Sabah
dan
Semua Responden yang terlibat.
iii COPYRIGHT @ UiTM
DAFTAR JADUAL DAN CARTA
Jadual dan Carta Halaman
Jadual dan Carta 1 Pecahan Pesalah Juvana Mengikut Umur 18
Jadual dan Carta 2 Pecahan Pesalah Juvana Mengikut Jantina 19
Jadual dan Carta 3 Pecahan Pesalah Juvana Mengikut Agama 20
Jadual dan Carta 4 Pecahan Pesalah Juvana Mengikut Bangsa 21
Jadual dan Carta 5 Tahap Pendidikan Pesalah Juvana 22
Jadual dan Carta 6 Status Pesalah Juvana Semasa Melakukan
Kesalahan Jenayah 23
Jadual dan Carta 7 Pendapatan Pesalah Juvana Yang Bekerja 24
Jadual dan Carta 8 Jenis Kesalahan Yang Dilakukan Oleh
Pesalah Juvana 28
Jadual dan Carta 9 Faktor-faktor Yang Menyebabkan Kesalahan
Juvana Dilakukan 29
Jadual dan Carta 10 Penjaga Pesalah Juvana Semasa Kesalahan
Dilakukan 31
Jadual dan Carta 11 Bilangan Adik-beradik Pesalah Juvana 32
Jadual dan Carta 12 Keadaan Ibu Bapa Atau Penjaga Pesalah
Juvana 33
Jadual dan Carta 13 Jumlah Pendapatan Ibu Bapa Atau Penjaga
Sebulan. 34
iv
COPYRIGHT @ UiTM
Jadual dan Carta 14 Pesalah Juvana Yang Membincangkan
Masalah Dengan Ibu Bapa Atau Penjaga 36
Jadual dan Carta 15 Jenis Masalah Yang Dibincangkan 37
Jadual dan Carta 16 Tahap Ibu Bapa atau Penjaga Menghargai
Pendapat Pesalah Juvana 38
Jadual dan Carta 17 Tahap Mendapat Pendidikan Agama Pesalah
Juvana 41
Jadual dan Carta 18 Tempat Bagi Pesalah Juvana Yang
Mendapat Pendidikan Agama 42
Jadual dan Carta 19 Tahap Keberkesanan Pendidikan Agama 43
Jadual dan Carta 20 Tahap Kehadiran Pesalah Juvana
Ke Majlis-majlis Keagamaan 44
Jadual dan Carta 21 Pihak Yang Menemani Pesalah Juvana
Ke Majlis Keagamaan 45
Jadual dan Carta 22 Rakan Pergaulan Pesalah Juvana 47
Jadual dan Carta 23 Peringkat Umur Rakan Pesalah Juvana 48
Jadual dan Carta 24 Tahap Pendidikan Rakan Pesalah Juvana 49
Jadual dan Carta 25 Waktu Yang Selalu Pesalah Juvana
Bersama-sama Dengan Rakan 50
Jadual dan Carta 26 Tempat Yang Dijadikan Untuk Berkumpul Bagi
Pesalah Juvana Dan Rakan-rakan 51
COPYRIGHT @ UiTM
Jadual dan Carta 27
Jadual dan Carta 28
Jadual dan Carta 29
Jadual dan Carta 30
Jadual dan Carta 31
Jadual dan Carta 32
Jadual dan Carta 33
Perasaan Pesalah Juvana Semasa
Bersama-sama Dengan Rakan-rakan
Pandangan Sama Ada Rakan-rakan
Mempengaruhi Pesalah Juvana
Bentuk Pergaulan Pesalah Juvana
Saluran Media Massa Dan Pusat Hiburan
Yang Paling Di minati Pesalah Juvana
Jenis Filem Yang Di minati Oleh Pesalah
Juvana
Jenis-jenis Muzik Yang Di minati Oleh
Pesalah Juvana
Tempat Hiburan Yang Di minati
Di Luar Rumah
vi
COPYRIGHT @ UiTM
Isi Kandungan Halaman
Surat Penyerahan Laporan i
Daftar Ahli Penyelidik ii
Penghargaan iii
Daftar Jadual dan Carta iv
Isi Kandungan vii
Vii
COPYRIGHT @ UiTM
Isi Kandungan Halaman
ABSTRAK 1
BAB I 3
PENGENALAN 3
1.1 PENGENALAN 3
1.2 AKTA MAHKAMAH JUVANA 1947 (AKTA 90) 5
1.2.1 KEMUDAHAN 5
1.2.2 TAKRIF KANAK-KANAK 5
1.2.3 HUKUMAN OLEH MAHKAMAH JUVANA
DI BAWAH SEKSYEN 12(1) 6
1.2.4 SEKATAN MENGENAI HUKUMAN 7
1.2.5 PERINTAH CARUMAN TERHADAP IBU BAPA
ATAU PENJAGA 7
1.2.6 RAYUAN 8
1.3 PERANAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT 10
1.4 MEMERIKSA TEMPAT TAHANAN 10
BAB II 12
METODOLOGI KAJIAN 12
2.1 PENGENALAN 12
2.2 OBJEKTIF KAJIAN 13
viii
COPYRIGHT @ UiTM
2.3 PERSAMPELAN KAJIAN 14
2.3.1 SAIZ SAMPEL 14
2.3.2 KAEDAH PERSAMPELAN 15
2.3.3 PEMILIHAN SAMPEL 15
2.4 KAEDAH YANG DIGUNAKAN 16
2.5 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 16
BAB III 26
PUNCA-PUNCA 26
3.1 PENGENALAN 26
3.2 PERHUBUNGAN DALAM KELUARGA 30
3.3 PENDIDIKAN AGAMA 39
3.4 RAKAN SEBAYA 46
3.5 MEDIA MASSA DAN PUSAT HIBURAN 56
3.6 SISTEM PENDIDIKAN 62
BAB IV 65
CADANGAN 65
4.1 PENGENALAN 65
4.2 CADANGAN KEPADA PIHAK KERAJAAN 66
4.3 CADANGAN BERKENAAN SISTEM PENDIDIKAN 68
4.4 CADANGAN KEPADA IBU BAPA ATAU PENJAGA 71
4.5 CADANGAN KEPADA PIHAK-PIHAK LAIN 74
ix
COPYRIGHT @ UiTM
BAB V
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
ABSTRAK
Kejadian jenayah juvana di kalangan remaja di Sabah akan menjadi lebih teruk daripada
apa yang kita jangkakan jika langkah-langkah yang lebih berkesan tidak di ambil dengan
segera. Semua punca yang dikenalpasti sebagai pemangkin ke arah berlakunya
jenayah juvana perlulah dikaji dan dianalisa serta diatasi dengan sedaya upaya dan
bersungguh-sungguh oleh semua pihak, terutamanya pihak kerajaan yang bertindak
sebagai pembentuk dasar negara. Para ibubapa dan masyarakat juga turut perlu
memainkan peranan sebagai pembimbing para remaja. Cadangan-cadangan yang
dikemukakan tidak akan bermakna jika tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh
untuk dilaksanakan.
1
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
BAB I
1.1 PENGENALAN
1.2 AKTA MAHKAMAH JUVANA 1947 (AKTA 90)
1.2.1 KEMUDAHAN 1.2.2 TAKRIF KANAK-KANAK 1.2.3 HUKUMAN OLEH MAHKAMAH JUVANA Dl BAWAH
SEKSYEN 12(1) 1.2.4 SEKATAN MENGENAI HUKUMAN 1.2.5 PERINTAH CARUMAN TERHADAP IBUBAPA ATAU PENJAGA 1.2.6 RAYUAN
1.3 PERANAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT
1.4 MEMERIKSA TEMPAT TAHANAN
2
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
BAB I
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Masalah jenayah juvana bukanlah fenomena baru dalam masyarakat di Malaysia.
Pelbagai pihak telah menunjukkan keperihatinan mereka dalam hal ini yang mana ianya
menjadi semakin serius dewasa ini apabila perangkaan demi perangkaan menunjukkan
peningkatan dalam kes jenayah berlaku disekeliling kita. Perangkaan pada tahun 1996
menunjukkan sejumlah 4,601 remaja berumur 18 tahun telah ditangkap kerana terbabit
dalam 2,820 kesalahan jenayah termasuk kes bunuh, pecah rumah, samun, curi
kenderaan, rompak, rogol, curi kereta dan pelbagai jenayah lain lagi berbanding dengan
4,192 kes pada tahun 1995 dan 3,247 kes pada tahun 1994.
Masalah jenayah juvana ini mempunyai sebab-sebab yang boleh dilihat dari pelbagai
sudut. Faktor-faktor psikologi, emosi, ekonomi, sosial dan spiritual yang mempengaruhi
remaja untuk melakukan jenayah perlu dikenalpasti agar fenomena ini dapat dicegah
pada awal lagi. Sekiranya ia tidak dapat dicegah dan dikawal, sudah tentu ia akan
menjadi penghalang kepada usaha yang sedang dan akan dilaksanakan untuk
memantapkan pembangunan negara ke arah mencapai wawasan 2020. Remaja di
negara ini adalah sumber yang penting untuk negara mencapai wawasan yang
3
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
dimaksudkan dan mereka ini sepatutnya menjadi pemangkin dan bukannya masalah
atau penghalang kepada pembangunan negara.
Statistik yang kita lihat di dalam akhbar-akhbar atau majalah-majalah mungkin tidak
menggambarkan situasi yang sebenar tentang kegawatan masalah ini. Ini adalah
kerana banyak kes delikuensi juvana tidak dilaporkan kepada pihak polis. Terdapat juga
sekolah yang tidak melaporkan kes-kes kecurian dengan menyelesaikannya sendiri.
Begitu juga dengan kes-kes merosakkan harta-benda awam, penyalahgunaan dadah
dan rogol tidak dilaporkan kepada pihak polis dengan alasan untuk menutup malu atau
takut kepada ugutan penjenayah akibat daripada aduan tersebut. Kesalahan-kesalahan
seperti mencuri barang-barang di kedai-kedai dan kompleks membeli-belah kadang-
kadang diselesaikan sendiri tanpa melaporkan kepada pihak polis.
Hasil daripada maklumat yang dipaparkan di akhbar-akhbar memberikan gambaran
tentang keseriusan masalah jenayah juvana dalam masyarakat kita. Pengaruh kawan-
kawan dan media-massa, peranan dan didikan ibubapa, hubungan dalam keluarga,
peranan institusi agama, sekolah, guru, jiran dan pihak berwajib, serta masyarakat
secara keseluruhannya perlu dilihat semula dan digembeling bersama untuk membantu
membendung dan menangani masalah ini dengan cara yang lebih efektif.
Masalah Jenayah Juvana di Sabah juga tidak kurang hebatnya. Saban hari kita dapat
mendengar kes-kes juvana dibicarakan di mahkamah-mahkamah di Sabah. Statistik
juga telah menunjukkan peningkatan kes-kes juvana di Sabah.
4
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
1.2 AKTA MAHKAMAH JUVANA 1947 (Akta 90)
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai jagaan dan perlindungan kanak-
kanak dan orang muda dan perlaksanaan Akta Mahkamah Juvana.
1.2.1 KEMUDAHAN
a. Akta ini menentukan hukuman kepada kanak-kanak, juvana dan orang
muda yang didapati bersalah di bawah undang-undang.
b. Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan.
c. Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti
rancangan pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak.
d. Memberi kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menentukan
penyertaan mereka di dalam rancangan pemulihan anak-anak mereka
yang berkenaan.
1.2.2 TAKRIF KANAK-KANAK
Seorang yang telah meningkat usia 10 tahun dan berada di bawah usia 18
tahun.
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
1.2.3 HUKUMAN OLEH MAHKAMAH JUVANA DI BAWAH SEKSYEN 12(1)
a. Buang Kes
b. Membebaskan juvana selepas beliau menandatangani bon untuk
berkelakuan baik.
c. Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang
sesuai.
d. Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukan
jagaan dan didikan yang baik terhadapnya.
e. Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah
penyeliaan Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini
membebaskan juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di
Mahkamah Juvana atas tuduhan lama dan baru jika beliau ditangkap
melakukan kesalahan di bawah undang-undang selepas perintah
tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu perintah ini boleh menentukan
kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak, yang mana tempoh
masanya dan tidak melebihi tiga tahun; atau kemasukan ke dalam
asrama akhlak selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum
untuk membayar nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang
berkenaan.
f. Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney.
g. Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos.
h. Sekiranya pesalah itu seorang muda dan kesalahannya sesuai bagi
beliau dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan
hukuman setaraf dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh
Mahkamah Seksyen, ataupun dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
6
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
1.2.4 SEKATAN MENGENAI HUKUMAN
a) Tiada seorang pun kanak-kanak boleh dihukum penjara atau diperintah supaya
dipenjarakan bagi sesuatu kesalahan ataupun ditempatkan di penjara kerana
tidak membayar denda ganti rugi atau kos.
b) Tiada seorang pun orang muda boleh dihukum penjara atau diperintah supaya
dipenjara jika dia boleh diuruskan dengan sesuai (suitably dealt with) dengan
hukuman lain seperti denda atau ditempatkan di suatu tempat tahanan, sekolah
yang diluluskan, atau ditempatkan di suatu tempat tahanan, sekolah yang
diluluskan, atau Sekolah Henry Gurney atau selainnya.
c) Seseorang muda yang dihukum penjara atau diperintah supaya dipenjarakan
tidak boleh dibenarkan bergaul dengan banduan-banduan dewasa.
d) Hukuman mati tidak boleh dijatuhkan atau direkodkan terhadap seseorang
juvana, tetapi sebagai gantinya mahkamah hendaklah memerintahkan supaya
dia ditahan selama tempoh yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
atau Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana yang berkenaan.
1.2.5 PERINTAH CARUMAN TERHADAP IBUBAPA ATAU PENJAGA
Mengikut Seksyen 14 (1), Mahkamah Juvana yang membuat perintah penempatan
seseorang kanak-kanak atau orang muda di bawah jagaan seseorang yang layak, atau
menghantarkannya ke suatu asrama akhlak, suatu sekolah yang diluluskan, Sekolah
7
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
Henry Gurney atau suatu institusi atau rumah yang diluluskan, boleh mengarahkan ibu
bapa, penjaga atau orang lain yang berkuasa, supaya membuat caruman bulanan
mengikut sebagaimana difikirkan patut oleh mahkamah dengan mengambil kira
kemampuan mereka.
Di samping itu, seksyen ini juga memperuntukkan jika ibu bapa atau penjaga seorang
kanak-kanak atau orang muda membuktikan kepada Mahkamah Juvana bahawa dia
tidak dapat mengawalnya dan jika Mahkamah Juvana berpuas hati bahawa:
i. adalah suaimanfaat bagi kanak-kanak atau orang muda itu diuruskan sedemikian
dan.
ii. Ibu bapa atau penjaga itu faham akan akibat berikutan daripada perintah itu dan
bersetuju perintah itu dibuat.
Boleh memerintahkan kanak-kanak Henry Gurney atau rumah yang diluluskan bagi
maksud itu oleh menteri atau boleh memerintahkannya diletakkan selama suatu tempoh
yang ditetapkan, tidak lebih dari tiga tahun, di bawah pengawasan oleh Mahkamah
Juvana itu.
1.2.6 RAYUAN
Seksyen ini menjelaskan sekiranya pendakwa raya atau kanak-kanak atau orang muda
atau ibu bapa atau penjagaannya terkilan dengan apa-apa dapatan atau perintah
8
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
Mahkamah Juvana, dia boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap
dapatan atau perintah itu mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
a) Seorang daripada penasihat kepada Majistret yang dilantik mengikut Seksyen
4(2) AMJ 1947 hendaklah terdiri daripada guru yang mempunyai pengalaman
yang luas dalam profesionnya.
b) Perihal penahanan yang atau penangkapan seseorang kanak-kanak atau orang
muda hendaklah dimaklumkan kepada guru besar atau pengetuanya jika
berkaitan, selain daripada pegawai akhlak atau ibu bapa atau penjaga seperti
yang dikehendaki mengikut Seksyen 8 (A) 1947.
c) Pelawat-pelawat ke tempat tahanan yang dilantik mengikut Seksyen 18 (5) AMJ
1947 hendaklah termasuk juga seorang guru agama Islam yang bertugas di
peringkat sekolah.
d) Sesuai dengan Seksyen 10 (1) yang menyentuh tentang penggunaan bahasa
yang mudah (simple language) kita mencadangkan, di semua peringkat
pengadilan, dari peringkat pertuduhan hingga ke peringkat perintah, gaya
bahasa yang mudah seperti penggunaan ayat yang tidak terlalu panjang perlu
digunakan.
9
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
1.3 PERANAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT
a. Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Akhlak.
b. Menyiasat dan menyediakan Laporan Akhlak untuk mahkamah dan
menghadiri mahkamah.
c. Menyelia juvana yang telah diletak di bawah Perintah Akhlak yang telah
dibebaskan di bawah lesen dan yang ditempatkan untuk seliaan lanjutan.
d. Menjadi sahabat dan penasihat kepada juvana di bawah jagaannya.
e. Menggalakkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat memberi kerjasama
untuk menentukan kejayaan terhadap pemulihan juvana.
1.4 MEMERIKSA TEMPAT TAHANAN.
Menteri hendaklah memerintah supaya tempat-tempat tahanan diperiksa dan boleh
membuat peraturan-peraturan tentang pemeriksaan tempat-tempat tahanan itu dan
tentang penjelasan, layanan, pekerjaan dan pengawalan kanak-kanak dan orang-orang
muda yang ditahan di dalamnya, dan boleh, melalui mana-mana peraturan-peraturan itu
membuat peruntukan berkenaan dengan pelantikan orang-orang yang layak dan sesuai
untuk melawat secara berkala kanak-kanak dan orang-orang muda yang ditahan di
dalamnya.
Adalah diharapkan hasil daripada penyelidikan ini, cadangan-cadangan dapat dibuat
dan disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk membantu menyelesaikan
masalah ini dengan lebih berkesan.
10
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
BAB II
METODOLOGI KAJIAN
PENGENALAN
OBJEKTIF KAJIAN
PERSAMPELAN KAJIAN
2.3.1 SAIZ SAMPEL
2.3.2 KAEDAH PERSAMPELAN
2.3.3 PEMILIHAN SAMPEL
KAEDAH YANG DIGUNAKAN
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
11
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian Jenayah Juvana Di Sabah : Satu Kajian Permulaan
BAB II
METODOLOGI KAJIAN
2.1 PENGENALAN
Penyelidikan ini dilakukan berdasarkan dua kaedah utama. Pertama, tulisan awal yang
berpandukan data sekunder sama ada buku, majalah atau apa bentuk bahan bercetak
yang lain. Kedua, data primer berdasarkan soal selidik yang akan diberikan kepada
responden yang terdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu:
i) Pesalah juvana
ii) Para ibubapa
iii) Para remaja
Kajian ini dilakukan berdasarkan maklumat-maklumat daripada data primer dan
sekunder. Kaedah untuk mendapatkan data primer yang digunakan terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu soalselidik, temubual dan pengamatan penyertaan. Bagi mengumpul
sumber data primer, kaedah soalselidik dilakukan dengan mengedar secara personal
borang-borang melalui penemuduga yang dilantik. Tujuan utama soalselidik ini
dilakukan ialah untuk memperolehi sumber data asli untuk dianalisiskan berpandukan
skop kajian yang telah ditentukan. Borang soalselidik yang diedarkan terdiri daripada
tiga set iaitu set pertama untuk pesalah juvana, set kedua untuk para ibubapa dan set
ketiga untuk para remaja. Untuk set pertama, penyelidik mengemukakan sebanyak 200
buah buku soalselidik kepada seramai 200 orang pesalah juvana yang kini berada di
Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu, Sabah. Untuk set kedua, penyelidikan
12
COPYRIGHT @ UiTM