m8 - banding beza model disiplin skinner, canter dan dreikurs

11
ASPEK MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS Konsep Menekankan peneguhan dalam membina motivasi murid. Ia menekankan kepentingan peneguhan positif atau peneguhan negatif yang digunakan untuk meningkatkan kebarangkalian berlakunya sesuatu tingkah laku positif Peneguhan positif (pujian, hadiah), manakala peneguhah negatif (hukuman) Mengemukakan Peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan yang ditetapkan. Berasaskan perkongsian kepercayaan antara guru dengan murid untuk sama sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Model menekankan bahawa guru perlu kenal pasti punca salahlaku dan murid perlu dibimbing untuk faham peraturan di dalam bilik darjah. Menekankan galakan terhadap perkembangan

Upload: joelhew

Post on 29-Sep-2015

617 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

EDU TUTORIAL M8

TRANSCRIPT

ASPEK MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTERMODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Konsep Menekankan peneguhan dalam membina motivasi murid. Ia menekankan kepentingan peneguhan positif atau peneguhan negatif yang digunakan untuk meningkatkan kebarangkalian berlakunya sesuatu tingkah laku positif Peneguhan positif (pujian, hadiah), manakala peneguhah negatif (hukuman)

Mengemukakan 3 andaian asas : a) Tingkah laku diikuti oleh ganjaran yang kerap b) Tingkah laku diikuti hukuman yang tidak kerap atau tidak berlaku langsung c) Tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya tidak diperkukuhkan.

Peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan yang ditetapkan. Juga melibatkan ganjaran dan dendaan akbat daripada peraturan yang ditetapkan. Model ini mengariskan 3 jenis guru , iaitu i) Guru yang agresif - lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur- garang, kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan menganggap murid sebagai seteru

ii) Guru yang tidak asertif Menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan

iii) Guru yang asertif Jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid Tahu apa-apa yang diingini daripada murid-muridnya. Guru menyatakan dengan jelas tingkah laku muted yang diingini. Mereka membantu murid-murid memahami bentuk-bentuk tingkah laku yang membawa kejayaan dan kegagalan. Berasaskan perkongsian kepercayaan antara guru dengan murid untuk sama sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Model menekankan bahawa guru perlu kenal pasti punca salahlaku dan murid perlu dibimbing untuk faham peraturan di dalam bilik darjah. Menekankan galakan terhadap perkembangan murid.

ASPEK MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNERMODEL DISIPLIN ASERTIF CANTERMODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Matlamat Cara peneguhan yang diberikan akan membentuk tingkah laku yang akan datang. Murid berhak belajar dengan selamat dan tenang dan mendapat sokongan dari rakan dan guru. Guru pula berhak untuk mengajar dengan professional dan tanpa gangguan. Perhatian terhadap murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah berpunca dpd motif-motif seperti mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Murid-murid dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan bilik darjah. Murid dan guru dapat bertanggungjawab dalam pengurusan bilik darjah agar amalan demokrasi dapat diaplikasikan.

ASPEK MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNERMODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER`MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Kekuatan Mendesak guru menjadi lebih sedar serta peka tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah. Guru menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian masalah disiplin dalam bilik darjah. Memanfaatkan guru khususnya guru baru kerana mempunyai rujukan pelan disiplin untuk menangani tingkah laku bermasalah Mewujudkan persekitaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan saling menghormati antara murid. Mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik

ASPEKMODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNERMODEL DISIPLIN ASERTIF CANTERMODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Kelemahan Menggalakkan murid untuk melakukan sesuatu kerana ganjaran dan bukan kesedaran diri ( motivasi ekstrinsik ) Ganjaran bagi seorang murid mungkin merupakan hukuman bagi murid yang lain yang tidak dapat menikmati ganjaran tersebut.

Guru yang agresif Mewujudkan persekitaran bersifat authoritarian (berpegang teguh pada peraturan dan undang-undang). Menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan. Murid takut dan terancam. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid

Guru yang tidak asertif Menjadikan murid kurang selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah Mereka kadangkala bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Murid akan berasa keliru dan akan membuatkan bilang rasa hormat murid terhadap guru.

Agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu. Sukar untuk guru faham motif murid dalam menentukan haknya sebagai murid di dalam kelas

ASPEKMODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNERMODEL DISIPLIN ASERTIF CANTERMODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Cadangan tindakan guru Guru perlu menganalisa tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah terlebih dahulu . Fikirkan beberapa tingkah laku yang diingini pada masa sekarang dan pada masa akan datang. Kaji tingkah laku yang telah ditunjukkan dan akibat-akibat yang telah digunakan terhadap beberapa tingkah laku yang telah ditunjukkan. Guru boleh menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif ( membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai melalui pengurusan bilik darjah yang asertif iaitu dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah agar murid mematuhi peraturan yang ditetapkan.Langkah untuk menangani murid2 yg bermotif salah: Kenal pasti motif murid Bantu murid memahami motif yang ditunjukkan Tunjuk dan beri kesedaran bhw mereka telah pilih motif yang salah untuk dpt pengiktirafan diri Bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar Galak murid tanggungjawab terhadap matlamat baru Bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

Kemudian guru boleh buat pelan modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan tingkah laku yang memerlukan perhatian khusus. Kenal pasti peneguhan, dan akibat yang akan digunakan. Guru juga digalakkan menggunakan peneguhan positif sekerap yang mungkin apabila murid menunjukkkan tingkah laku yang diingini. Guru kemudian boleh membimbing murid supaya menunjukkan tingkah laku yang diingini. Guru juga perlu sentiasa beri perhatian yang positif kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid yang menunjukkan salah laku serta wujud hubungan saling percayai dan hormati antara satu sama lain. Apabila murid telah menunjukkan tingkah laku yang diingini, berikan peneguhan. Contohnya, Remy, awak telah berubah, awak telah menghantar kerja rumah pada masa yang telah ditetapkan. Awak telah membuat pilihan yang baik. Cara untuk komunikasi dengan murid dalam usaha menangani salah laku murid. Berkomunikasi perkara-perkara positif Galakkan murid untuk tunjuk peningkatan tingkah laku. Kenal pasti kelemahan murid dan bincang cara atasi. Bantu murid belajar dlm kesilapan. Harus percaya terhadap kebolehan murid. Galakkan murid kerjasama antara satu lain. Rasa bangga pencapaian murid. Optimis Guna frasa motivasi, cth awak telah berubah, syabas!!

Hierarki Tindakan Pembetulan Canter