mab punyer
DESCRIPTION
Murid Alam BelajarTRANSCRIPT
Watson: Pelaziman Klasik
Pavlov: Pelaziman Klasik
Thorndike: Hukum Kesan
Skinner: Pelaziman Operan
J.B.Watson……
Ahli psikologi yang telah mengasaskan
mazhab behaviorisme berasaskan hasil
kajian ke atas tingkah laku haiwan.
Eksperimen: Little Albert.
o Menjalankan 1 eksperimen ke atas seorang Bayi Albert B
berumur 9 bulan ketika itu.
oAlbert ditunjukkan seekor tikus putih dengan seekor arnab,
seekor monyet dan beberapa topeng yang berbeza.
-> Albert x takut tp seronok.o Pd usia 11 bulan Albert sekali
lagi ditunjukkan seekor tikus putih.-> reaksi yg sama.
o Watson & Rayner(pembantu)mengeluarkan bunyi yg kuat
lalu Albert menangis.o Dilakukan berulang-ulang selama
7 kali dlm tempoh 7 minggu.
oDi akhir tempoh tersebut, walaupun Albert ditunjukkan tikus tanpa bunyi, beliau akan takut &
menangis.
EKSPERIMEN LITTLE ALBERT
• Kesimpulannya, Watson dan Rayner telah menunjukkan bahawa pelaziman klasik boleh menyebabkan fobia.
• Pemerhatian dilakukan ke atas Albert dan 10 hari kemudian, didapati bahawa ketakutan terhadap tikus telah berkuranganproses penghapusan berlaku.
• Selepas sebulan kesan eksperimen masih wujud lagi.
Gerakbalas Semulajadi:Bunyi kuat (Rangsangan Tidak Terlazim) ketakutan
(Gerakbalas Tidak Terlazim)
Proses Berpasangan:Tikus (Rangsangan Neutral) + Bunyi kuat (Rangsangan
Tidak Terlazim) Ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim)
Berlakunya Pembelajaran:Tikus (Rangsangan Terlazim) ketakutan (Gerakbalas Terlazim)
Seorang ahli fisiologi, ahli psikologi dan ahli perubatan.Di anugerah hadiah nobel bagi kategori Fisiologi/Perubatan atas eksperiman terkenal beliau.Beliau berjaya melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi yang dikeluarkan oleh metronome.
Apabila Pavlov memberi makanan (RTT) kpd anjing, rembesan air liur berlaku secara refleks & air liur anjing tersebut meleleh (GTT).Apabila Pavlov berdepan dgn anjing td sambil membunyikan loceng (RN) air liur anjing tidak meleleh.
Seterusnya, Pavlov membunyikan loceng (RT) untuk seketika waktu sebelum memberi anjing makan (RTT). Pavlov berkali-kali mengulangi perbuatan memadankan loceng dengan makanan.
Kemudian, Pavlov hanya membunyikan loceng (RT). Beliau dapati bahawa air liur anjing tersebut meleleh (GT).
KONSEP-KONSEP PELAZIMAN KLASIK
Rangsangan Tidak Terlazim
Gerakbalas Tidak Terlazim
Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuatugerakbalas.
Contoh: makanan
Sesuatu yang dihasilkan oleh sesuatu rangsangan.
Contoh: lelehan air liur.
Rangsangan Terlazim
Rangsangan yang baru yang diberi bersama rangsangan lama.
Contoh: loceng
Rangsangan Gerakbalas Terlazim
Gerakbalas yang dihasilkan oleh rangsangan baru setelah
dipadankan dengan rangsangan lama.Contoh: air liur.
• Seorang ahli psikologi yang banyak menyumbang kpd bdg pembelajaran, pengajaran dan pengujian mental.
• Mereka bentuk kotak ajaib yang digunakan untuk mengkaji bagaimana haiwan seperti kucing & anjing menyelesaikan masalah.
THORNDIKE & KOTAK AJAIB
KOTAK AJAIB Fungsi: berasaskan prinsip pelaziman instrumental. Sekiranya haiwan ini diberi ganjaran, gerakbalas tersebut akan berkurang kerana sudah berlakunya pembelajaran. Sekiranya x ada ganjaran, gerakbalas hilang beransur-ansur.
Peringkat awal, Thorndike meletakkan seekor kucing
yang lapar ke dalam kotak ajaib.
Kemudian beliau memerhatikan bagaimana kucing tadi berusahamelepaskan diri kepada kotak untuk mendapatkan makanan.
Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa kucing berjaya memperoleh makanan melalui
cuba jaya.
Thorndike mengatakan bahawa terdapat rangsangan dan gerakbalas tertentu yang boleh atau tidak boleh dikaitkan antara satu sama lain.
Menurut Hukum Kesan Thorndike, “Apabila urutan rangsangan-gerakbalas diikuti dengan
keseronokan, gerakbalas tersebut akan kekal;sebaliknya gerakbalas yang diikuti dengan kesakitan akan lenyap begitu sahaja”.
Kesimpulannya, haiwan & manusia belajar melalui kaedah cuba jaya, atau ganjaran & dendaan. Selain itu pembelajaran akan berlaku apabila haiwan atau manusia berjaya untuk membentuk perkaitan di mana perkaitan ini diperkukuhkan melalui hukum kesan.
Seorang ahli behavioris yang terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan kotak skinner.Walaupun tikus berbeza dgn manusia namun Skinner tlh mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dgn tingkahlaku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia.
Merujuk kepada satu proses yg beroperasi ke atas persekitaran.
Sesuatu organisma akan menemui satu rangsangan khas yg dikenali sebagai pengukuh.
Pengukuh td sebenarnya berupaya untuk meningkatkan operan, iaitu tingkahlaku yg berlaku sebelum pengukuh diberi.
SKINNER & PELAZIMAN OPERAN
KOTAK SKINNER
Kotak ini mempunyai satu penekan yang terletak pd
sebelah dinding.Apabila ditekan, ia akan
mengeluarkan satu ketulan makanan ke dalam kotak
tersebut.
Merujuk kepada tingkahlaku sebelum terhasil ketulan makanan
yang dikenali sebagai pengukuh.
BAYANGKAN..!!!!!Seekor tikus yang sedang melompat-lompat
disekeliling kotak tersebut.Tiba-tiba dengan tidak sengaja tikus tadi
tertekan penekan dan ketulan makanan pun jatuhke dalam kotak.Tanpa membuang
masa tikus tadi akan terus menekanpenekan tersebut tanpa henti sebagai
usaha untuk mengumpul seberapa banyak ketulan makanan yang mungkin.
Kesimpulan………..
Tingkahlaku yang diikuti oleh pengukuh
akan meningkatkan Kebarangkalian berlakunya
tingkahlaku yang sama pada masa depan.
Tingkahlaku yang tidak lagi diikuti oleh pengukuh akan
mengurangkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku
tersebut pada masa depan.
PENGUKUHANPengukuhan positif
Pengukuhan negatif
Dua cara untuk mengukur kesan gerakbalas pengukuh positif @ pengukuh negatif.
PENGUKUHAN BERJADUAL
Tetap Variabel
Nisbah SelaNisbah Sela
SHAPING
Proses tingkahlaku tertentu yang diberi pengukuhan sehinggakan ia menyerupai tingkahlaku yang diingini. Teknik yang digunakan untuk mencapai matlamat
ini dipanggil successive approximations.
MODIFIKASI TINGKAHLAKU
Bertujuan untuk menghapuskan tingkahlaku yang tidak diingini dan
menggantikannya dengan tingkahlaku yang diingini melalui
pengukuhan.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Pastikan maklumbalas diberi dengan kerap,
dengan secepat mungkin dan berbentuk spesifik
Pelbagaikan pengukuhan positif agar dapat
mengekalkan keberkesanannya
Peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan
tingkahlaku tidak diingini
Gunakan pengukuhan berjadual bagi
mengekalkan berlakunya pembelajaran
Gunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid2 yang
kurang bermotivasi untuk belajar