majlis anugerah bitara ukm...3. anugerah bitara penerbitan makalah 4. anugerah bitara...
TRANSCRIPT
Latar belakang Anugerah Bitara UKM
1. Anugerah Bitara UKM
2. Anugerah Bitara Pengajaran
3. Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan
4. Anugerah Bitara Sarjana
5. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah
6. Anugerah Bitara Penerbitan Buku
7. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk
8. Anugerah Bitara Keterlibatan Industri &
Masyarakat
9. Anugerah Bitara Massa
10. Anugerah Bitara Mutiara Insan
11. Anugerah Bitara Prakarsa
12. Anugerah Bitara Pendanaan
13. Anugerah Bitara Rekayasa Prasarana
14. Anugerah Bitara Bahasa Melayu
15. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti
Pemenang bagi kategori dalam setiap anugerah ini
layak dicalonkan ke Anugerah Akademik Negara
(AAN),KPM. Kategori anugerah tersebut ialah:
1. Anugerah Bitara Pengajaran
2. Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan
3. Anugerah Bitara Penerbitan Makalah
4. Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk
5. Anugerah Bitara Seni & Kreativiti
Pengiktirafan ini diberikan dalam satu majlis khas
setiap tahun iaitu Majlis Anugerah Bitara UKM.
Anugerah Bitara UKM merupakan anugerah yang diberikan kepada staf akademik dan bukan akademik
serta Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan mengambil kira pencapaian prestasi berkualiti yang berfokuskan
kepada lima(5) teras dalam House of Quality(HoQ) iaitu akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan,
penjanaan dan penyerlahan bakat.Terdapat lima belas (15) kategori anugerah yang dipertandingkan iaitu:
ATUR CARA
2.00 Petang
2.30 Petang
• Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah
• Ketibaan Tetamu VIP & MKB
2.45 Petang • Lagu Negaraku
• Lagu Varsiti Kita
• Bacaan Doa
• Montaj Majlis Anugerah Bitara
3.00 Petang • Ucapan Alu-aluan Naib Canselor
YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor
3.15 Petang • Penyampaian hadiah kepada Penerima Anugerah Bitara UKM
2019 (Penilaian 2018)
• Sesi Bergambar
• Jamuan
• Majlis Bersurai
ANUGERAH BITARA UKMAnugerah ini memberikan pengiktirafan kepada
Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian/Unit UKM dengan mengambil
kira pencapaian prestasi keseluruhan yang merangkumi
bidang Keberhasilan Strategik (KRA) UKM.
PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI
UNIVERSITI (UCTC-UKM)
ANUGERAH BITARA UKM
ANUGERAH BITARA UKM
Pusat Transformasi Komuniti Universiti
Menguruskan 11 inisiatif utama universiti dalam negara ataupun peringkat
ASEAN dan Asia. Antara pencapaian utama pada tahun 2018 adalah
tersenarai dalam ASEAN Work Plan on Youth 2016 – 2020 dan terlibat dalam
ASEAN Plus Three Plan of Action on Education 2018 – 2025. Dengan
kerjasama merentasi fakulti dan bersifat multidisiplin, UCTC UKM bekerjasama
dengan Maxis dan Samsung bagi menyediakan isi kandungan pembelajaran
atas talian. Berjaya menerima penajaan sebanyak RM 4,554,584.97
ANUGERAH BITARA SARJANAAnugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan
kepada individu atau kumpulan yang menyumbang kepakaran
dan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi. Penyelidik
(individu/kumpulan) tersebut mampu memberi sumbangan
besar kepada bidang keilmuan, kemajuan universiti,
masyarakat dan negara.
ANUGERAH BITARA SARJANA
Kategori Individu
PROF. DR. MOHD TALIB BIN LATIF
ANUGERAH BITARA SARJANA
Prof. Dr. Mohd Talib Bin Latif
Prof. Mohd Talib Latif telah menjalankan kajian berkenaan pencemaran udara
dan kimia atmosfera dengan kerjasama yang erat dengan penyelidik lain dari
seluruh dunia melalui International Global of Atmospheric Chemistry (IGAC)
dan Surface Ocean Lower Atmosphere Study (SOLAS). Melalui Newton-Ungku
Omar Fund kerjasama telah dijalankan dengan penyelidik daripada CERC
Cambridge dan University College London bagi menangani isu emisi
antropogenik tempatan dan serantau yang mempengaruhi kualiti udara di
Kuala Lumpur
ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN INDUSTRI
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga
UKM yang telah bekerjasama secara strategik dalam inisiatif keterlibatan
industri dan masyarakat dalam aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan
khidmat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menyumbang ke arah
pembangunan pembelajaran dan pengajaran, peningkatan kebolehpasaran
graduan, pembangunan penyelidikan dan inovasi, perolehan dana, serta
peningkatan keupayaan sosioekonomi industri, pendidikan, kesihatan,
persekitaran, teknologi dan lain-lain.
DAN MASYARAKAT
ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN
Industri (Akademik)
DR. NOOR LIZZA MOHAMED SAID
BITARA KETERLIBATAN INDUSTRI
Dr. Noor Lizza Mohamed Said
Terlibat secara langsung dengan industri perancangan dan pengurusan harta
orang Islam di Malaysia. Pada tahun 2018, mengetuai dan menyelaras empat
Perjanjian Kerjasama (MoA) yang termeterai antara Wasiyyah Shoppe Bhd
(WSB) dan UKM iaitu WSB sebagai pembiaya projek menaik taraf Klinik
Hukum Syarak & Guaman Syarie dan tiga bilik pensyarah Fakulti Pengajian
Islam (FPI) dengan jumlah dana RM45,000.00, menaja dua projek
penyelidikan Hibah Amanah dengan dana RM47,250.00, dan bantuan sara
hidup lima orang mahasiswa FPI berjumlah RM40,000.00. Jumlah keseluruhan
sumbangan kewangan dari WSB ialah RM132,250.00 di samping sumbangan
lain dalam bentuk khidmat nasihat dan perkongsian kepakaran.
ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN
Masyarakat (Akademik)
DR. ADLIAH MHD ALI
BITARA KETERLIBATAN MASYARAKAT
Dr. Adliah Mhd Ali
Pemerkasaan komuniti B40 melalui pendidikan kesihatan untuk
memastikan penggunaan ubat-ubatan secara betul dan selamat.
Program pemantauan terapi ubatan di rumah melibatkan intervensi
berimpak oleh warga Fakulti Farmasi (pelajar, pensyarah dan ahli
farmasi). Pelbagai pendekatan kesihatan lain dijalankan secara
bersepadu oleh Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains
Kesihatan serta Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.
ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN
Masyarakat (Bukan Akademik)
MUHAMAD FADLE MOHAMAD ABU SADIN
BITARA KETERLIBATAN MASYARAKAT
Muhamad Fadle Mohamad Abu Sadin
Beliau seorang pengacara dan juga Fasilitator Program Motivasi
Profesor ke Desa. Menyusuri desa, membawa budaya UKM yang
penuh dengan nilai-nilai murni dan kehebatan sains dan teknologi
kepada pelajar-pelajar serta komuniti, dengan penerapan
semangat menimba ilmu dipahatkan ke hati serta sanubari
mereka supaya mereka juga suatu hari nanti akan menjadi insan
yang terpelajar dan mempunyai nilai-nilai yang baik dan terpuji.
ANUGERAH BITARA MASSAImej dan nama baik UKM dibina menerusi tanggapan keseluruhan khalayak
terhadap UKM. Khalayak merangkumi rakan kesepakaran, komuniti ilmuan,
masyarakat umum dan pihak berkepentingan. Imej ini terbina hasil daripada
himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan nama UKM di kaca
mata khalayak di dalam dan/atau luar negara. Proses pembinaan ini berlaku
dalam suatu tempoh masa dengan dibantu oleh liputan media massa di dalam
dan / atau di luar negara. Tanpa liputan media massa, masyarakat luar tidak
akan mengenali pencapaian UKM. Justeru anugerah ini menekankan hebahan
media sebagai pemberat utama.
PROF. DATUK DR. ROKIAH HJ. OMAR
ANUGERAH BITARA MASSA
Antara program yang diterajui oleh Prof. Datuk Dr. Rokiah Hj. Omar adalah ASEAN Youth
Volunteer Malaysia (AYVP), CIMB Young ASEAN
Leaders (CYAL), Persidangan Serantau AsiaEngage yang ke-4, Kembara UKM ke Pondok
Bantan, Thailand, Pusat Pendidikan Komuniti UKM-CIMB Islamic, Pos Gob, Pusat
Komuniti Bestari Samsung, Maxis eClass, 360 Kampung Angkat UKM, UKM4Bangi -
Anjung Santai dan Sekolah@UKM. Program- program ini mendapat liputan berita
sebanyak 14 kali di media bercetak dan media elektronik dengan anggaran nilai PR
sebanyak RM 380,000.00
BITARA MASSA
Prof. Datuk Dr. Rokiah Hj. Omar
ANUGERAH BITARA MUTIARA INSANAnugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu
yang telah menunjukkan daya inovasi yang tinggi untuk
memberi perkhidmatan berkesan dan menjadi rujukan pihak
berkepentingan.
ANUGERAH BITARA MUTIARA INSAN
Kategori Pentadbir Akademik
PROF. DATO’ DR. MUHAMMAD FAUZI
MOHD. ZAIN
Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd. Zain, Mantan Pengarah CRIM (2014-
2019) yang kini merupakan Pengarah, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan
IPT, KPM. Beliau merupakan Profesor di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM.
Seiring dengan komitmen sebagai pentadbir di CRIM, beliau juga aktif dalam
penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat. Disamping memenuhi
tanggungjawab sebagai Task Force MyRA®, atau ahli beberapa Jawatankuasa
di KPM, beliau juga sering diundang sebagai penceramah dan fasilitator yang
berkaitan dengan bidang atau pentadbiran. Beliau turut aktif dalam sukan seperti
boling dan mewakili UKM di Kejohanan Golf Antara Universiti Malaysia.
BITARA MUTIARA INSAN
Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd. Zain
ENCIK MOHD FAIZAL AZIZ
ANUGERAH BITARA MUTIARA INSAN
Kategori Pengurusan & Profesional
Pengasas portal MajalahSains.Com yang mendapat pengiktirafan Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada tahun 2018 dengan penerimaan Anugerah Khas
STEM Kategori Media. Turut bekerjasama dengan NGO, Perdana Global Peace
Foundation (PGPF) menganjurkan Pertandingan Esei Sains dan Keamanan (2019), Rakan
Media Agensi Nuklear Malaysia (2018) dalam penganjuran Minggu Sains Negara.
MajalahSains.Com kini digerakkan oleh sekumpulan profesional yang bekerjaya dalam
bidang sains yang aktif menjalankan aktiviti meningkatkan kefahaman Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk masyarakat melalui penerbitan buku, majalah,
bengkel dan forum. Ia turut menghubungkan penyelidik dari IPT serta institut penyelidikan
dan orang awam melalui penerbitan harian rencana dan berita sains & teknologi berkualiti
pelbagai kategori di www.majalahsains.com
BITARA MUTIARA INSAN
Encik Mohd Faizal Aziz
ANUGERAH BITARA MUTIARA INSAN
Kategori Pelaksana
PUAN HAJJAH ZAITON BINTI OTHMAN
BITARA MUTIARA INSANPuan Hajjah Zaiton Binti Othman
Setelah 35 tahun menjadi warga UKM banyak pengalaman yang telah dirasai bersama.
Pengalaman selama 20 tahun dalam kesatuan menjadikan beliau aktif dalam mengendalikan program khidmat
masyarakat, bengkel dan seminar diperingkat UKM dan kebangsaan. Mewakili KESUKMA selaku setiausaha sebagai
perantara untuk menyampaikan segala masalah kerjaya, syarat-syarat perkhidmatan dan kebajikan ahli dengan pihak
pengurusan melalui Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Beliau juga merupakan Naib Pengerusi dalam Persatuan Penolong
Pegawai Sains UKM. Diperingkat Kebangsaan sebagai AJK Majlis Mesyuarat Gabungan Presiden dan Setiausaha
Kehormat Kesatuan Kakitangan Am Universiti/IPTA Malaysia (GAKUM). Sebagai Ahli Jawatankuasa Wanita CUEPACS
dan Juga Ahli Jawatan Kuasa CUEPACS Selangor. Selain dari itu sebagai Naib Pengerusi Gred Sains Ahli Majlis
Bersama Kebangsaan (MBK) Badan-Badan Berkanun, MBK Gaji, MBK Teknikal dan MBK Sains dan Teknologi. Majlis
Bersama Kebangsaan (MBK) diselia dan ditadbir oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau juga dilantik sebagai Anggota
Jawatankuasa Pembangunan Standard (JPS) bagi bidang Laboratory Operations (Tahap 3).
Mewakili kumpulan FIKRAH dalam Kumpulan KIK
PROF. DATO’ DR. MOHD YUSOF HJ OTHMAN
ANUGERAH BITARA MUTIARA INSAN
Hadiah Khas
Kakitangan akademik UKM sejak 1976. Terlibat dengan pentadbiran di UKM: Ketua Jabatan
Fizik (1989-1994), Timbalan Dekan Fakulti Sains Fizis dan Gunaan (1994-1999), Timbalan
Dekan Fakulti Sains & Teknologi (1999-2002), Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan &
Inovasi (2002-2007, Pengarah Institut Islam Hadhari (2007-2018). Dilantik sebagai ahli
Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) (2006-2021), ahli Lembaga Pengarah
IKIM (2019-2022), ahli Majlis Syura Kerajaan Pulau Pinang (2019-2022), ahli Lembaga
Pengelola DBP (2015-2018). Penerima Tokoh Akademik Bahasa Melayu KPT (2013), Top
Research Scientist Malaysia ASM (2013), Ikon Pejuang Bahasa Melayu Kategori Akademik
JPA (2016), WREN Pioneer Award (2004).
BITARA MUTIARA INSAN
Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Othman
Penerima Hadhari Award for Islamic Civilizational Studies daripada Japan Selection
Committee (2018), Certificate of Honor daripada Institute for Strategic and Regional Studies
under the President of Uzbekistan (2018), Special Award daripada World Renewable Energy
Congress XVIII, Kingston University, London (2018). Penerima Anugerah Penghargaan Maal
Hijrah (2006), Tokoh Maal Hijrah Kerajaan Pulau Pinang (2008). Felo Akademi Sains
Malaysia (sejak 2014). Felo Kehormat IKIM (2005-05; 2017-18), Felo Kehormat UniSZA
(2014), Felo Kehormat UIM (2014-2016). Menjalankan penyelidikan dalam bidang Tenaga
Suria (Sistem suria termal, fotovoltan dan fotovoltan-terma) dan dalam bidang Sejarah dan
Falsafah Sains Islam. Menulis 32 buku, lebih 350 kertas kerja, mendaftar 15 paten.
BITARA MUTIARA INSAN
Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Othman
ANUGERAH BITARA PRAKARSAAnugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada PTj
yang telah menunjukkan daya inovasi dan kreativiti yang
tinggi dalam membangunkan kompetensi dan bakat staf di
peringkat PTj atau Universiti.
ANUGERAH BITARA PRAKARSA
PUSAT PENGURUSAN RISIKO, KELESTARIAN &
KESIHATAN PEKERJAAN (ROSH-UKM)
ROSH-UKM telah menjalankan fungsinya dengan cemerlang sejak penubuhannya pada 2014 dalam
memastikan pesekitaran tempat kerja di UKM berada di tahap selamat dan kondusif. Kompetensi
kakitangan ROSH-UKM dalam Pengurusan Risiko mahupun Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
(seperti Certified Quantitative Risk Management, Radiation Protection Officer, Safety & Health Officer)
diiktiraf agensi dalam dan luar negara membolehkan ROSH-UKM menjalankan pelbagai bengkel dan
latihan kepada kakitangan UKM dan sering menjadi rujukan institusi pengajian tinggi (IPT), agensi awam
dan swasta. Kerja berpasukan yang tinggi antara kakitangan ROSH-UKM menghasilkan pelbagai
program pada 2018 antaranya adalah Bengkel Pengurusan Risiko, Bengkel Keselamatan Sinaran UKM,
Gotong-royong perdana Kelestarian- ‘Asingkan Bahan Kitar Semula’, Taklimat e-Waste dan program
pemeriksaan kenderaan (kerjasama dengan pihak PUSPAKOM).
BITARA PRAKARSA
ROSH-UKM
ANUGERAH BITARA PENDANAANAnugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan
kepada PTJ/Kumpulan/Individu yang cemerlang dalam
penjanaan daripada hasil perkhidmatan, kepakaran dan aset.
PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI
UNIVERSITI (UCTC-UKM)
ANUGERAH BITARA PENDANAAN
BITARA PENDANAAN
Pusat Transformasi Komuniti Universiti
Berjaya menerima penajaan sebanyak RM 4,554,584.97 daripada
Sekretariat ASEAN, United States Agency for International
Development (USAID), Kementerian Belia dan Sukan, Yayasan CIMB,
CIMB Islamic dan Maxis Berhad
ANUGERAH BITARA BAHASA MELAYUAnugerah Bitara Bahasa Melayu bertujuan memberi
pengiktirafan kepada PTJ/Individu yang cemerlang dalam
memartabatkan Bahasa Melayu.
ANUGERAH BITARA BAHASA MELAYU
kategori Akademia Bahasa Melayu
PROF. MADYA DR ZULISKANDAR RAMLI
BITARA BAHASA MELAYUProf. Madya Dr Zuliskandar Ramli
Beliau telah menjalankan 7 projek penyelidikan dalam tempoh 3 tahun bernilai
RM 389,290.00 dan menerbitkan 9 buah buku penyelidikan dan 31 bab dalam
buku (Bahasa Melayu). Beliau turut memenangi 2 Pingat Emas dan Khas Juri
Anugerah Inovasi (2016), 1 Pingat Perak Anugerah Inovasi (2018), 1 Anugerah
Khidmat Cemerlang UKM (2018). Terkini beliau telah menerima Anugerah
Buku Negara 2019
ANUGERAH BITARA PENERBITANAnugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada Individu
yang mempunyai karya ilmiah yang diterbitkan dalam pelbagai
jenis penerbitan yang berimpak tinggi dan memberi
sumbangan kepada bidang ilmu.
ANUGERAH BITARA PENERBITAN
Kategori Makalah (Sains)
MOHAMAD AZUWA BIN MOHAMED
BITARA PENERBITAN MAKALAHMohamad Azuwa Bin Mohamed
Penggunaan serat kekabu dalam kajian ini menggalakkan penerokaan dan
pembangunan idea dan ciptaan berinovatif ke arah kemampanan tanaman
komoditi dan penggunaan teknologi hijau di Malaysia. Fotomangkin bio-templat
petala teras fotomangkin heterosimpang berasaskan C-g-C3N4 berpotensi
diaplikasikan dalam usaha menangani isu utama dunia iaitu permintaan
tenaga, pemanasan global dan pencemaran alam sekitar.
H2
2H+
CH3OH
Oxydate
e
e ee
-2.0
-1.0
0.0
1.0
2.0
3.0
H+/H2 (0.00 V)
e e
+ + +
e
H2O/O2 (1.23 V)
V v
ers
us
NH
E,
(pH
: 0
)
ANUGERAH BITARA PENERBITAN
Kategori Makalah (Sains)
DR. NURULKAMAL MASSERAN
BITARA PENERBITAN MAKALAHDr. Nurulkamal Masseran
Dr. Nurulkamal Masseran telah menyumbang 8 penerbitan dalam jurnal-jurnal
yang berwibawa bagi tahun 2018. 5 daripadanya ialah jurnal terindeks
WOS/ISI Q1, dan juga 3 daripadanya ialah Top 10% jurnal. Kajian beliau
merangkumi aplikasi dan pemodelan Statistik terhadap isu-isu berkaitan
pencemaran udara, tenaga angin dan juga taburan pendapatan rakyat
Malaysia.
ANUGERAH BITARA PENERBITAN
Kategori Makalah (Sains)
DR. TEOW YEIT HAAN
BITARA PENERBITAN MAKALAHDr. Teow Yeit Haan
Kajian dalam makalah jurnal ini merupakan penemuan yang penting dalam
bidang teknologi membran. Ramuan membrane konduktif dengan pendekatan
nyahkotoran aktif berjaya menyelesai pembatas utama aplikasi teknologi
membran. Teknologi mampan ini merupakan teknologi rawatan air yang lebih
berkesan, menggalakkan penggunaan semula air seterusnya bersedia untuk
keperluan masyarakat dan generasi masa depan.
ANUGERAH BITARA PENERBITAN
Kategori Makalah (Sains Sosial/Sastera)
PROF. DR. SUFIAN JUSOH
BITARA PENERBITAN MAKALAH
Prof. Dr. Sufian Jusoh
Kebanyakan kajian berkaitan Mutual Recognition Agreements (MRAs) adalah
berkaitan dengan kemajuan di Kesatuan Eropah. Kajian kami walau
bagaimanapun meneroka proses MRA di negara ASEAN. Kami mengemukan
penggunaan model “Hub-and-Spoke”. Model ini menjelaskan bahawa tiada
kuasa, sama ada di peringkat serantau atau kebangsaan yang mengatasi satu
sama lain.
ANUGERAH BITARA PENERBITAN Kategori Makalah (Sains Sosial & Sastera)
DR. MUHAMAD NAZRI BORHAN
BITARA PENERBITAN MAKALAHDr. Muhamad Nazri Borhan
The Relationship Between the Demographic, Personal, and Social
Factors of Malaysian Motorcyclists and Risk Taking Behavior at
Signalized Intersections
Artikel ini membahaskan faktor pendorong kepada sikap mengambil risiko
penunggang motorsikal di persimpangan lampu isyarat. Model yang
dibangunkan dapat menjadi asas dalam penggubalan dasar keselamatan jalan
raya. Dapatan kajian ini dapat menjadi rujukan kepada pihak berwajib untuk
mengenalpasti langkah-langkah pencegahan yang berkesan kearah
mewujudkan sebuah platform perjalanan yang selamat.
ANUGERAH BITARA PENERBITAN
Kategori Makalah (Bidang Khusus)
DR. HEW WAI WENG
BITARA PENERBITAN MAKALAHDr. Hew Wai Weng
THE ART OF DAKWAH: social media, visual persuasion and the Islamist propagation of
Felix Siauw
Based on online research, offline participation and face-to-face interviews with Felix Siauw
(a popular Chinese Muslim preacher in Indonesia) and his dakwah team members in 2016
and 2017, this article highlights (a) the intersection between online activities and offline
events in contemporary Islamic preaching; (b) multiple forms of oral, textual and visual
expressions of on-offline dakwah; and (c) the politics and poetics of dakwah. In brief, it
illustrates how online and visual dakwah are complementing rather than replacing offline
and textual dakwah. This research is also part of my GGPM project, ‘On-offline Dakwah:
Piety, Politics and Popularity of Chinese Muslim Preachers in Indonesia and Malaysia’.
PROF. MADYA DR. NORAINI TALIP
ANUGERAH BITARA PENERBITAN
Kategori Buku (Sains)
Bidang palinologi merupakan kajian berkaitan debunga. Buku ini memaparkan
kajian komprehensif debunga famili Rhizophoraceae (Bakau) di Malaysia yang
dipersembahkan dalam gaya penulisan saintifik yang lebih santai, beserta
gambar yang menarik. Buku ini dihasilkan daripada kajian bersama pelajar
Sarjana Sains Mohd. Arrabe Ahmad Baei. Usaha penerbitan seumpama ini
akan diteruskan dengan famili tumbuhan lain yang terdapat di Malaysia.
BITARA PENERBITAN BUKU
Prof. Madya Dr. Rohaida Binti Nordin
ANUGERAH BITARA PENERBITAN
Kategori Buku (Sains Sosial)
PROF. MADYA DR. ROHAIDA BINTI NORDIN
BITARA PENERBITAN BUKU
Prof. Madya Dr. Rohaida Binti Nordin
Buku ini membincangkan secara sistematik identiti dan kenikmatan hak
Orang Asli di Malaysia. Ia ditulis berasaskan fakta dan hasil penyelidikan
yang dianalisis secara kritis melalui penghujahan ilmiah. Melalui dana
penyelidikan UKM, penerbitan buku ini menjadi kenyataan. Buku ini telah
mula menjadi bahan rujukan utama kepada penyelidik dalam bidang hak
asasi, khususnya hak Orang Asli.
ANUGERAH BITARA PENGKOMERSIALAN PRODUKAnugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan
kepada inovasi yang mempunyai impak yang besar dan
signifikan, yang mampu memberi pulangan kormersil dan
sumbangan yang besar kepada bidang ilmuan, kemajuan
universiti dan Negara.
ANUGERAH BITARA
PENGKOMERSIALAN PRODUK
Produk: Dietscore™ 1.0 : A Sports Tool (Mobile App) In Knowledge, Awareness &
Practices (Kap) Of Nutritional Status And Physiological Changes Of Athletes For
Optimum Performance
PENGKOMERSIALAN PRODUK
DietScore™1.0 is the first unique Malaysian utility tool. It acts as a virtual
sports nutrition counselor in providing a reliable solution for athletes by
customizing energy, nutrients requirement and types of training based on
local foods. This mobile app could be expanded into public domain to
increase its social and economic impact.
ANUGERAH BITARA PENGAJARANAnugerah Bitara Pendidik bertujuan memberi pengiktirafan kepada
PTJ/Individu yang cemerlang dalam membudaya, memperkasakan aktiviti,
menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang menghasilkan graduan yang cemerlang. Kesarjanaan
pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi dalam pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk kepada
amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif
dan inovatif, berasaskan falsafah/teori/prinsip pengajaran yang mantap untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
ANUGERAH BITARA PENGAJARAN
(SASTERA DAN SAINS SOSIAL)
DR. HASANAH BINTI ABD. KHAFIDZ
BITARA PENGAJARANDr. Hasanah Binti Abd. Khafidz
Sinopsis Ringkas
Berpegang kepada falsafah P&P berpaksikan tauhid dan falah dunia serta
falah akhirat, usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran bukanlah perkara
sampingan. Pelbagai kaedah pengajaran inovatif berbantukan teknologi
digunakan yang dilaksanakan melalui gabungan ilmu, pedagogi dan teknologi
bagi mewujudkan pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar. Pelajar turut
dicabar untuk berfikiran kritis melalui pembudayaan mencipta seperti melalui
Projek Augmented Reality Dakwah.
ANUGERAH BITARA AHLI AKADEMIK HARAPANAnugerah Bitara Ahli Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan
kepada ahli akademik muda yang berkemampuan dan berkaliber yang tidak
melebihi 40 tahun. Penerima Anugerah ini ialah seorang ahli akademik yang
mempamerkan potensi dalam pengajaran dan pembelajaran serta
penyelidikan, keterserlahan, kepimpinan dan keserakanan di peringkat
kebangsaan atau antarabangsa
ANUGERAH BITARA
AHLI AKADEMIK HARAPAN
DR. HASSIMI ABU HASAN
BITARA AHLI AKADEMIK HARAPANDr. Hassimi Abu Hasan
Dr. Hassimi merupakan Penyelaras Program Sarjana Kejuruteraan Sekitaran.
Merupakan pakar teknologi biofilem dan fitoremediasi untuk rawatan sisa.
Kumpulan pelajar seliaan beliau memenangi tempat pertama Hadiah Al-Kindi
pada tahun 2017 dan 2018. Beliau juga telah membimbing pelajar memenangi
tempat kedua dalam pertandingan reka bentuk loji di NACES 2018 peringkat
kebangsaan.
ANUGERAH BITARA SENI DAN KREATIVITIAnugerah Bitara Seni dan Kreativi Anugerah ini diberikan kepada pemohon
yang telah memenangi anugerah dan/atau menerima pengiktirafan (sekurang-
kurangnya di peringkat kebangsaan) dan menyumbang kepada pembangunan
ilmu dan/atau kreativiti serta memberi impak positif kepada seni budaya.
ANUGERAH BITARA
SENI & KREATIVITI
AR. DR. MASTOR BIN SURAT
BITARA SENI & KREATIVITIAr. Dr. Mastor Bin Surat
Senibina warisan Melayu telah dibangunkan dengan kebestarian dalam pencerakinan serta
pencernaan faktor alam dan manusia demi kesejahteraan penghuninya. Kearifan watan
masyarakat telah menjadikan reka bentuknya sangat bitara dan menjadi identiti kepada
kedaerahannya. Lebih 40 lunas kebijaksanaannya telah dikenal pasti dan telah menjadi
teras dalam amalan reka bentuk senibina oleh Ar. Dr. Mastor Surat. Uji kaji beliau ke atas
bangunan sebenar di tapak bina telah menguja masyarakat. Selain memenangi pingat
untuk kerja-kerja penyelidikan, beliau juga telah memenangi beberapa anugerah dan
pingat kecemerlangan senibina di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai
pengiktirafan kepada hasil kerja senibina yang dibangunkan dengan menggunakan
gagasan pemikiran senibina warisan Melayu.