majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · memproses permohonan kebenaran merancang, tukar...
TRANSCRIPT
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 80 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Kebenaran Merancang Parkir Khas Untuk Wanita Di Negeri Selangor
1
MANUAL MPK BIL : 80 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
GARISPANDUAN PARKIR KHAS UNTUK
WANITA DI SEMUA PUSAT MEMBELI-
BELAH DI NEGERI SELANGOR
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor
2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i.
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii.
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 5
4.0 CARTA BAHAGIAN 6
5.0 SUMBER KUASA 7
6.0 SKOP KERJA 7
7.0 PROSES KERJA 8
8.0 GARIS PANDUAN PARKIR KHAS UNTUK WANITA 11
9.0 CADANGAN TEMPAT PERLU MENYEDIAKAN PARKIR
KHAS WANITA 12
10.0 PENUTUP 13
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor
3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya
pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Adalah diharapkan dengan penghasilan Manual ini dapatlah dijadikan
sebagai bahan rujukan dan panduan kepada warga MPK serta warga
Klang. Dengan penghasilan Manual ini juga, dapat memperjelaskan
bahawa pentingnya peranan kita sebagai PBT, mahupun individu itu
sendiri dalam mewujudkan satu pembangunan yang dapat memberi
impak yang positif di Bandar Klang.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ikhsan Bin Mukri
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor
4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi TaalaWabarakatuh
dan Salam Sejahtera Syukur Alhamdulillah S.W.T
kerana dengan izinnya Manual Garis Panduan Parkir
Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di
Negeri Selangor ini telah dapat diterbitkan. Ucapan
syabas juga kepada semua yang terlibat dalam
menyumbang idea-idea dalam menghasilkan Manual
Garis Panduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli
Belah Di Negeri Selangor bagi Edisi Pertama ini. Buku " Manual
Garis Panduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli
Belah Di Negeri Selangor " merupakan garis panduan edisi pertama
yang diterbitkan bagi memantapkan lagi pelaksanaan pembangunan di
kawasan Majlis Perbandaran Klang. Tujuan garis panduan ini
diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada warga Majlis
Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual Garis Panduan ini
adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang serta
pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan sebagai rujukan.
Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
penghasilan Manual Garis Panduan Parkir Khas Untuk Wanita Di
Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor edisi pertama. Adalah
diharapkan agar apa yang dirancang akan menepati matlamat
penghasilan buku ini.
Wassalam.
En. Zailani Bin Panot
Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,
Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor
5
1.0 TUJUAN MANUAL
i. Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
ii. Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga
Klang.
iii. Memastikan pengusaha Pusat Membeli Belah menyediakan
parkir khas untuk wanita mengikut garis panduan dan peraturan
yang ditetapkan oleh Pihak Majlis Perbandaran Klang.
iv. Memastikan bidang tugas pemantauan pengusaha dijalankan
oleh agensi/Jabatan yang berkenaan.
2.0 LATAR BELAKANG
Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis
Perbandaran Klang untuk mengawal dan menentukan arah
pembangunan dengan lebih terkawal, sistematik dan terancang. Selain
itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang mempunyai
rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan Majlis
Perbandaran Klang sendiri. Bagi penyediaan parkir khas untuk wanita,
garispanduan ini mengandungi perkara-perkara utama seperti tujuan,
definisi, sumber kuasa, skop kerja, garis panduan parkir khas untuk
wanita.
3.0 DEFINISI
i. TEMPAT LETAK KERETA
Tempat letak kereta dimaksudkan sebagai ruang dirancang yang
meliputi petak atau lot letak kenderaan (driveway), laluan pelican
crossing bagi OKU, siar kaki dan kawasan landskap. Bagi tempat letak
kereta yang disediakan di bangunan atau kompleks, ia juga termasuk
landas (ramp), ruang lobi serta tangga ke/dari tempat letak kenderaan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 80 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Kebenaran Merancang Parkir Khas Untuk Wanita Di Negeri Selangor
6
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG
TIMBALAN PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA
PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA (KLANG UTARA)
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA (KLANG SELATAN)
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
PENGUATKUASA
PEMBANTU AM
PEJABAT
PEMBANTU AM
PEJABAT
KETUA BAHAGIAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 80 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Kebenaran Merancang Parkir Khas Untuk Wanita Di Negeri Selangor
7
5.0 SUMBER KUASA Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual
adalah seperti berikut:
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
iii. Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)
iv. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984
v. Pekeliling/Arahan daripada Yang DiPertua/Setiausaha
6.0 SKOP KERJA
6.1 Pengarah Perancang Bandar
Menerima permohonan di peringkat Jabatan serta
mengesahkan surat yang diterima. Pengarah Perancang Bandar
memantau surat-surat yang diterima dan menyemak surat
jawapan. Selain itu, menyemak kertas kerja atau menyemak
minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan
sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat jawapan keluar.
Pengarah Perancang Bandar akan menjalankan lawatan tapak
sekiranya perlu.
6.2 Pegawai Perancang Bandar
Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat,
dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai
Perancang Bandar akan menjalankan lawatan tapak sekiranya
perlu dan menyemak ulasan yang disediakan oleh Penolong
Pegawai Perancang Bandar. Selain itu, memberi maklumbalas
kepada surat-surat yang diterima daripada orang awam dan
menyediakan kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang
berkaitan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor
8
6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar
Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain
yang berkaitan dengan pemajuan tanah. Penolong Pegawai
Perancang Bandar juga memberi maklumbalas kepada surat-
surat yang di terima daripada orang awam. Penolong Pegawai
Perancang Bandar juga akan menjalankan lawatan tapak dan
menyediakan laporan tapak berdasarkan maklumat gunatanah
sediada dan maklumat yang diperolehi. Selain itu, menyediakan
kertas kerja atau keputusan minit mesyuarat yang berkaitan.
Penolong Pegawai Perancang Bandar juga mengumpul,
menyelia maklumat serta data, menyediakan laporan dan
ulasan teknikal ke atas sesuatu permohonan bagi surat-surat
permohonan.
6.4 Juruteknik Perancang Bandar
Menjalankan lawatan tapak dan menyediakan laporan tapak
berdasarkan maklumat gunatanah sediada dan maklumat
arahan pegawai. Juruteknik Perancang Bandar juga melukis
Pelan Pertapakan dan sebagainya mengikut arahan pegawai.
6.5 Pembantu Tadbir
Menaip kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Mesyuarat
Teknikal Pembangunan dan Mesyuarat berkaitan. Selain itu,
menaip pemberitahuan mesyuarat serta, surat bantahan awam,
lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas dan
sebagainya.
6.6 Pembantu Penguatkuasa
Membantu Pengarah/Pegawai/Penolong Pegawai/Juruteknik
ketika siasatan/lawatan tapak dibuat. Membantu mengenalpasti
tapak-tapak tanpa permohonan kebenaran merancang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor
9
7.0 PROSES KERJA
Carta alir proses kerja permohonan Kebenaran Merancang bagi parkir
seperti berikut:-
TIDAK
LENGKAP
LULUS/LULUS BERSYARAT
PEMOHON
LAWATAN TAPAK DAN LAPORAN
JABATAN
TEKNIKAL
TERIMA LENGKAP
SURAT
ULASAN/SOKONGAN
JABATAN TEKNIKAL
DARI OSC
PEMOHON MENGEMUKAKAN
PERMOHONAN KM DI OSC
SEMAK PERMOHONAN DI OSC
LENGKAP PEMOHON
TERIMA PERMOHONAN
DARIPADA OSC
SEDIAKAN KERTAS KERJA
MESYUARAT JAWATANKUASA
OSC
MESYUARAT JAWATANKUASA
OSC
KELUAR SURAT MAKLUMAN
KEPUTUSAN KEPADA
PEMOHON
KEPUTUSAN
TERIMA DOKUMEN UNTUK
TUJUAN PENGESAHAN
SEDIAKAN SURAT IRINGAN
BORANG C(1) DAN COP LULUS
PELAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor
10
7.1 Penerimaan Permohonan
Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter OSC. Semak
permohonan samada lengkap atau tidak lengkap. Jika tidak lengkap
permohonan dikembalikan dan nyatakan sebab-sebab permohonan di
tolak.
Terima permohonan berserta ulasan Jabatan Teknikal daripada pihak
OSC. Jika lengkap dapatkan no. fail sediada atau buka fail baru jika
belum ada rekod berhubung tanah tersebut.
7.2 Membuat Lawatan Tapak
Membuat lawatan dan laporan tapak. Menyediakan ulasan
berdasarkan maklumat sediada atau laporan tapak.
7.3 Penyediaan Kertas Kerja
Menyediakan kertas kerja mesyuarat Jawatankuasa OSC dan
kemukakan kepada Pengarah Perancang Bandar untuk semakan.
Permohonan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
7.4 Keputusan Mesyuarat
Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon. Pemohon akan
mengemukakan dokumen untuk tujuan pengesahan.
7.5 Kelulusan
Surat iringan Borang C(1) dan cop lulus pelan dan diserahkan kepada
pemohon.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor
11
8.0 GARIS PANDUAN PARKIR KHAS UNTUK WANITA
8.1 KATEGORI
i. Perlu disediakan bagi pusat membeli belah sediada dan
cadangan akan datang.
8.2 JUMLAH KEPERLUAN PARKIR KHAS WANITA YANG PERLU
DISEDIAKAN
i. Dianggarkan 50% terdiri daripada kenderaan yang datang
secara keluarga, 35% daripada pemandu wanita masih boleh
memasuki tempat letak kereta. Sehubungan dengan itu,
dicadangkan menyediakan 15% daripada jumlah keseluruhan
tempat letak kereta sediada dengan mengambilkira jumlah
pengunjung wanita yang datang ke pusat membeli-belah.
8.3 LABEL
i. Papan Tanda yang mempunyai symbol khas akan diletakkan
pada kawasan parkir khas wanita ini. Cadangan symbol akan
disediakan oleh Jabatan Kejuruteraan, MPK.
8.4 WARNA
i. Warna pada papan tanda dan garisan parkir khas wanita ini
adalah berwarna merah jambu (pink).
8.5 LOKASI
Lokasi kawasan parkir khas wanita adalah seperti berikut:
i. Di pintu utama masuk
ii. Berhampiran dengan lift
iii. Sekiranya TLK disediakan di bahagian luar dan dalam
bangunan, 5% di bahagian luar dan 10% di bahagian
dalam bangunan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor
12
8.6 TINDAKAN PENGUATKUASAAN
i. Dibawah tanggungjawab pihak pengurusan pusat
membeli-belah.
ii. Meletakkan pengawal keselamatan.
iii. Memasang CCTV di kawasan parkir khas wanita, bagi
tujuan pemantauan dan keselamatan.
iv. Perintah TLK Perintah Pengangkutan Jalan, TLK
8.7 LAIN-LAIN SYARAT PARKIR WANITA
i. Dibenarkan untuk pemandu wanita sahaja untuk
meletakkan kenderaan.
ii. Selain daripada pemandu wanita tidak dibenarkan
memasuki parkir khas wanita ini.
9.0 CADANGAN TEMPAT PERLU MENYEDIAKAN PARKIR KHAS
WANITA
Kawasan yang perlu menyediakan parkir khas wanita dicadangkan
ditempat-tempat seperti berikut:-
i. Pusat Membeli-belah seperti Giant, Tesco, Jaya Jusco,
Klang Parade
ii. Hotel
iii. Pasar Awam
iv. Kemudahan Awam seperti kompleks sukan, stadium,
dewan orang ramai, kolam renang, kelab house, stesyen
bas, kelab house, kawasan riadah awam
v. Stesen Komuter
vi. Hospital swasta dan kerajaan
vii. Institusi atau pejabat kerajaan
viii. Perpustakaan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor
13
10.0 PENUTUP
Penyediaan Manual Garis Panduan ini akan dapat mempermudahkan
proses permohonan kepada pengusaha pusat membeli belah, di
samping menjamin keselamatan golongan wanita.
Garis panduan ini telah memberi penekanan terhadap keperluan
penyediaan tempat letak kereta bagi wanita. Adalah menjadi hasrat
Jabatan Perancang Bandar dan Desa agar Manual Garis Panduan
yang digubal ini dapat memandu pihak-pihak terlibat termasuk
pengusaha, PBT dan agensi bertanggungjawab dalam menyediakan
kemudahan tempat letak kereta khas bagi wanita.