majlis sambutan awal tahun 1441 hijrah peringkat …

40
1 MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT NEGARA Hari Sabtu Malam Ahad 1 Muharram 1441H bersamaan 31 Ogos 2019M Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong

Upload: others

Post on 04-Nov-2021

23 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

1

MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAHPERINGKAT NEGARA

Hari Sabtu Malam Ahad 1 Muharram 1441H bersamaan 31 Ogos 2019M Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong

Page 2: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …
Page 3: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

3

Page 4: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei DarussalamSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Page 5: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

5

Page 6: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

6

ATURCARAMAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH

PERINGKAT NEGARA

Page 7: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

77

4.45 petang : Ahli Jawatankuasa dan Para Peserta persembahan hadir.

5.00 petang : Para Jemputan mulai hadir.

: Bacaan Zikir dan Asmaul Husna beramai-ramai.

5.20 petang : Ketibaan Pembesar-Pembesar Negara.

6.00 petang : Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta Kerabat Diraja dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1441 Hijrah.

: Sebaik-baik sahaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selesai menunaikan Sembahyang Tahiyyatul Masjid, majlis dimulakan.

: Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah.

: Selesai Doa Akhir Tahun dibacakan, tembakan meriam sebanyak 21 das mula dilepaskan.

6.27 petang : Azan Maghrib.

: Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah.

: Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah.

Page 8: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

8

: Sembahyang Sunat Ba'diah. : Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah.

: Bacaan Surah Al-Fatihah.

: Sembah Alu-Aluan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1441 Hijrah.

: Tazkirah Hijrah.

: Bacaan Doa Selamat. : Bacaan Sayyidul Istighfar dan Doa Memohon Rezeki.

7.37 malam : Azan ʻIsya’.

: Sembahyang Fardhu ʻIsya’ Berjemaah.

: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat meninggalkan majlis dengan diikuti oleh Kerabat Diraja dan Pembesar-Pembesar Negara.

: Majlis bersurai.

Page 9: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

99

KATA ALU- ALUANKATA ALU- ALUAN

Alhamdulillah kita menyempati lagi tahun baharu hijriah. Tanda umur kita masih ada.

Semoga pula kita akan seterusnya selamat mengharungi hari-hari dalam lembaran tahun 1441 ini, dengan sentiasa memelihara keselamatan serta keamanan negara bagi kesejahteraan sekalian rakyat dan penduduk. Sambil itu kita mendoakan agar rakyat dan penduduk negara-negara lain, yang jauh dan yang dekat, akan juga menikmati keamanan dan keselamatan, jauh dari ditimpa huru hara, dilanda bencana alam atau kemusnahan akibat peperangan.

Seperti tahun-tahun yang lalu, tahun ini kita sambut dan rayakan tahun baharu hijriah 1441. Kita menyambutnya dengan memperingati peristiwa penting hijrah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dari Mekah ke Medinah lebih seribu empat ratus tahun yang lalu itu.

Daripada rentitan peristiwa itu kita petik pengajaran-pengajaran moral dan spiritual meliputi kesetiaan dan sedia berkorban serta kebijaksanaan perancangan yang rapi dengan penuh kerahsiaan demi keselamatan Nabi dan Rasulullah serta kepentingan jangka panjang dakwah Islam. Semuanya itu telah membekalkan kita umat Islam sepanjang zaman dengan kasih sayang dan sanjungan tinggi terhadap Baginda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam selaku Rasul utusan Allah membawakan ajaran ugama Islam iaitu dengan ajaran-

سم الله الرحم الرحيم

ء الان اشرف لى والسلام والصلاة لمين الع رب الحمد وصحبه اجمعين لى ا والمرسلين سيد محمد و

ليكم ورحمة الله وركاته السلام

Page 10: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

10

ajaran Allah yang mendatangkan rahmat kepada kemanusiaan dan alam sejagat, ugama rahmatan lil’alamin.

Dan di puncak semua pengajaran itu ialah hikmah Allah mentakdirkan hijrah baginda ke Medinah itu terjadi untuk menunjukkan bahawa Islam sebagai ad-deen yang menjadi rahmat itu memerlukan sokongan mekanisma dan sistem pemerintahan untuk melaksanakan tujuan utama atau maqasid syari’ah-nya yang lima iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta.

Dan itulah yang terbukti dengan penubuhan negara Islam yang pertama di Medinah dipimpin langsung oleh baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Maka begitulah yang terjadi seterusnya. Negara dan pemerintahan Islam itu diwujudkan oleh umat Islam sepanjang zaman di wilayah-wilayah belahan bumi yang mereka warisi dan terus kuasai.

Kita pula mewarisi dari nenek moyang kita yang terdahulu sebuah wilayah dengan sebutan nama tertentu yang kemudian dikenali sebagai Brunei yang kini disebut dengan gelarannya Negara Brunei Darussalam. Wilayah laut daratnya serta rantau pesisirnya menjadi tapak pemerintahan Melayu Islam Beraja sejak zaman berzaman.

Dengan sokongan mekanisma pemerintahannya Brunei telah mendaulatkan Islam sebagai ugama rasmi negara dan menjadikannya pedoman cara hidup yang selamat dan bermaruah di kalangan negara-negara sedunia. Dan menerusi mekanisma sistem pemerintahannya kita telah bernegara dengan membuktikan bahawa keislamannya adalah dan akan sentiasa mendatangkan rahmat kepada sekalian rakyat dan penduduk dengan kepimpinan beraja yang adil berkebajikan dan teguh berpegang kepada ajaran Islam serta didukung dengan setia oleh rakyat dan penduduk yang menikmati kesejahteraan dalam negaranya yang aman damai.

Oleh yang demikian, kita akan sentiasa mengingati Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah wasyukru Lillah. Yakni kita berzikir memuji dan mensyukuri Allah Subhanahu wa Ta’ala atas kurnia

Page 11: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

1111

ni’mat-Nya mentakdirkan kita bernegara selaras denganfirman-Nya ayat 41 surah al-Haj:

Tafsirnya:“(Iaitu) mereka (umat Islam) yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat serta mereka menyuruh (berbuat) yang ma’ruf dan melarang yang mungkar. Dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan”.

Sekian.

ليكم ورحمة الله وركاته. ق والهداية والسلام وبا التوف

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia

Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman

Menteri Hal Ehwal Ugama.

Selaku PengerusiJawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam

Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan

Tahun 1441 Hijrah.

لوة وءاتوا موا الص هم الارض اق ك م ا ا

ة الامور ق ـ ع المنكر و وة وامروا بالمعروف ونــهوا ع الز﴾ ٤١ ﴿

Page 12: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

12

HURAIAN TEMAMAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH

PERINGKAT NEGARA

"REZEKI HALAL MENGUNDANG RAHMAT NEGARA BERKAT"

Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha mencari rezeki yang halal serta baik, sebaliknya melarang daripada bersikap malas dengan hanya meminta-minta. Larangan ini banyak disebut di dalam al-Quran dan hadis yang menegah umat Islam menjatuhkan maruah diri dengan hanya mengharapkan simpati serta ihsan dari orang lain sahaja. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan bahawa antara tujuan penciptaan siang adalah untuk bekerja mencari rezeki sepertimana di dalam surah al-Furqan ayat 47 yang jelas maksudnya: “Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.”

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengingatkan perkara ini dengan sabdanya dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Hakim bin Hizam Radhiallahu ‘anhu bahawa Baginda bersabda: “Tangan yang di atas (yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima). Dahulukanlah orang yang menjadi tanggunganmu. Dan sebaik-baik sedekah adalah yang lebih daripada keperluan tanggungannya. Sesiapa menjaga kehormatan dirinya (daripada meminta-minta), maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya dan sesiapa yang merasa cukup, maka Allah akan memberikan kecukupan kepadanya,” Riwayat Imam Bukhari.

Bahkan, seseorang yang malas berusaha dan hidupnya hanya meminta-minta ihsan orang lain akan dibangkitkan pada hari akhirat dalam keadaan tanpa daging pada wajahnya. Ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seseorang yang sentiasa meminta-minta kepada orang lain akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya.” Riwayat Imam Muslim. Hadis ini menjelaskan bahawa tabiat suka meminta-minta jika tidak berusaha mengatasinya dari mula lagi akan menjadi kebiasaan sehinggalah ke akhir hayat dan jelaslah tabiat ini adalah tabiat yang buruk. Kesannya nanti, orang

Page 13: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

13

yang suka meminta-minta daripada orang lain akan menemui Allah pada hari kiamat dalam keadaan hina.

Sesungguhnya Islam menganjurkan kita untuk berusaha dan mencari nafkah dengan pelbagai cara selagi tidak melanggar syariat. Kita juga disuruh supaya bersikap ta’affuf (memelihara diri daripada minta-minta), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah al-Baqarah, ayat 273: “Pemberian sedekah itu ialah bagi orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan daripada harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.”

Ayat ini diturunkan untuk menceritakan kepada kita tentang sikap mulia sebahagian sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang terdiri daripada orang miskin, tetapi mereka tidak mengharapkan bantuan orang lain walaupun mereka sangat memerlukan. Sehingga orang yang tidak mengenali keadaan sebenar kehidupan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menyangka bahawa mereka adalah orang kaya disebabkan mereka menjaga kehormatan diri daripada meminta-minta kepada orang lain.

Sesungguhnya, Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hamba-Nya yang bekerja dan berusaha mencari rezeki halal lagi baik untuk memberi nafkah kepada keluarganya. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dinar (harta) yang kamu belanjakan pada jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.” Riwayat Imam Muslim.

Dalam hadis lain pula menyatakan suruhan meninggalkan waris dengan harta agar mereka tidak terjerumus di dalam kesempitan hidup.

Page 14: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

14

Daripada A’mir bin Saad, bapanya berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menziarahiku ketika mana aku jatuh sakit teruk ketika haji wada’. Aku bertanya kepadanya: “Aku telah jatuh sakit seperti mana engkau lihat sekarang dan aku mempunyai hartayang banyak dan tiada pewarisku melainkan seorang anak, perlukah aku sedekahkan dua pertiga daripada hartaku itu? Rasulullah menjawab: “Tidak”. Aku berkata: “Separuh daripadanya?” Rasulullah menjawab: “Tidak”. Aku berkata: “Satu pertiga daripadanya?” Rasullullah menjawab: “Satu pertiga masih banyak, sesungguhnya engkau tinggalkan pewaris kamu (anak / keluarga /isteri) dalam keadaan kaya lebih baik dari engkau tinggalkan mereka dalam keadaan fakir meminta-minta kepada manusia. Dan apa yang kamu nafkahkan terhadap keluarga kamu mengharapkan redha Allah kamu akan diberi pahala, sehinggakan sesuap makanan yang kamu suapkan ke dalam mulut isteri kamu, akan diberi pahala oleh Allah”. Riwayat Imam Bukhari.

Bagi mereka yang suka meminta-minta sedangkan tubuh badan masih sihat wajiblah berusaha sedaya upaya untuk mencari pekerjaan. Gunakan segala kemahiran, kekuatan yang dimiliki dan peluang yang ada demi memperoleh hasil pendapatan untuk menyara diri serta keluarga, Ingatlah! Allah tidak akan mengubah nasib hamba-Nya sehinggalah dia berusaha untuk mengubah nasib dirinya sendiri. Sesungguhnya, hasil yang diperoleh melalui apa jua kemahiran yang ada itu lebih baik dan mulia daripada bersikap malas serta hanya meminta-minta kepada orang lain. Ini berdasarkan hadis daripada Zubair bin Al-‘Awwam Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya seseorang daripada kalangan kamu mengambil talinya lalu membawa seikat kayu bakar di atas belakangnya, kemudian dia menjualnya sehingga dengannya Allah menjaga wajahnya (kehormatannya), itu lebih baik baginya daripada dia meminta-minta kepada orang lain, sama ada mereka memberinya atau tidak memberinya.” Riwayat Imam Bukhari.

Adapun mereka yang malas dan sengaja enggan bekerja serta mencari jalan yang mudah dengan mencuri dan sebagainya, masyarakat sewajarnya memberikan nasihat dan bimbingan kepada mereka supaya jangan bersikap malas dan menghindarkan diri dari hanya mengharapkan simpati orang ramai semata-mata. Rakyat yang berusaha mencari rezeki yang halal, pasti akan mengundang rahmat dan negaranya juga akan diberkati oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Page 15: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

15

IMBAS KEMBALIMAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1440 HIJRAH

PERINGKAT NEGARA

Page 16: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

16

TITAHTITAHKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei DarussalamSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Page 17: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

17

Hijrah adalah sebahagian daripada Sejarah Islam. Sejarah, tidak hanya merakam satu-satu peristiwa, malah mengandungi iktibar dan pengajaran. Di sinilah harga sejarah itu. Sekiranya tanpa sejarah, kita pun tidak akan tahu apa nasib Islam dan umatnya.

Di sinilah juga hikmah, Allah memerintahkan Nabi berhijrah untuk menyelamatkan Islam dan Umat Islam.

Ini semua namanya ilmu: 'Ilmu Sejarah'. Peranannya sungguh besar, selaku 'cermin kehidupan'. Daripadanya, kita dapat melihat gambaran keadaan, bagaimana negara dan umat pada ketika itu, dan bagaimana mereka berusaha dan berjuang? Dari sejarah juga, kita tahu siapa kawan dan siapa lawan. Semuanya terakam dalam sejarah.

Dalam sejarah Hijrah, kita melihat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam adalah rasul dan pemimpin, sementara Sayyidina Abu Bakar pula, sebagai teman dan pengikut yang setia. Kedua-duanya berpegang kuat kepada falsafah: Rela melakukan apa saja untuk memperolehi redha Allah.

Inilah kunci pembuka pintu langit, sehingga rahmat pun turun menyelamatkan Nabi dan sahabat Baginda, dan bahkan menyelamatkan seluruh umat, berkat keikhlasan mereka.

Siapakah di antara kita pada masa ini yang sanggup berbuat demikian itu, dengan cuma berjalan kaki merentas padang sahara, mendaki dan menuruni gunung-ganang dan bukit-bukau di bawah terik matahari?

ليكم ورحمة الله وركاته السلام سم الله الرحم الرحيم

، ني وا لى امور ا ستعين لمين، وبه الحمد رب العلى اشرف المرسلين، سيد محمد، والصلاة والسلام

وصحبه اجمعين، وبعد لى ا و

Page 18: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

18

Mereka bukan berjalan sebatu dua, tetapi hampir 500 km daripada Kota Mekah ke Madinah Al-Munawwarah. Bayangkanlah betapa sukarnya misi ini.

Kita boleh nampak, betapa pengorbanan yang amat mencabar ini tidak berlaku dengan sia-sia. Tetapi Allah membalasnya dengan kejayaan dan keselamatan.

Beta yakin, manakala kita umat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ini mahu belajar daripada Sejarah Hijrah dan mengambil pengajaran daripadanya, maka tidak mustahil, kegemilangan umat yang telah hilang akan kembali semula ke pangkuan kita. Tetapi syaratnya, semua pemimpin dan yang dipimpin hendaklah mengikut gaya kepimpinan Nabi dan gaya siapa yang dipimpin, seperti sahabat Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu 'anhu. Mereka ini mengajak umat mentauhidkan Allah sambil membawa semua yang dipimpin bersatu padu menghindari perpecahan.

Apabila ini wujud, maka kekuatan pun menjelma. Namun kekuatan di sini bukan terbatas kepada kekuatan fizikal semata-mata, tetapi nisbah bagi Allah, kekuatan itu harus datang daripada-Nya melalui kehendak dan izin-Nya, sebagaimana Al-Qur'an memberi isyarat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 249, firman Allah tafsirnya: "Berapa banyak golongan yang sedikit (yang lemah) mengalahkan golongan yang banyak (yang kuat) dengan izin Allah".

Maknanya di sini, jika umat Islam lurus di sisi Allah, lurus kepimpinan dan lurus urus-tadbir serta perjuangan mereka, maka tidak mustahil, akan berlakulah janji Allah memenangkan mereka, menang di dunia dan menang di akhirat.

Oleh itu sebelum terlambat, umat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ini, mustahaklah memuhasabah diri, di mana kita ini yang sebenarnya? Di persimpangan mana? Dan di mana kita dengan isu-isu dalaman dan isu-isu global?

Di dalam, orang masing-masing mahu hidup aman, makmur dan selamat. Tetapi melihat keluar, ada pihak-pihak yang tidak peduli saudara-saudara seugama merintih ditindas, sehingga nyawa sampai melayang dan harta benda musnah.

Page 19: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

19

Inilah yang sedang berlaku, di mana ketidakadilan menghantui dunia kita, termasuk dunia Islam sendiri. Apabila keadilan tidak ditegakkan, bererti kezalimanlah yang mengambil tempatnya. Inilah, tidak dapat diterima sama sekali oleh Islam.

Islam telah mengharamkan segala macam kezaliman, dan mengutuk siapa saja yang melakukannya. Kerana itu, umat Islam khasnya, hendaklah kembali semula kepada Sejarah Hijrah, mencontohi bagaimana "Persaudaraan Seugama" pernah dijalin oleh Muslimin Muhajirin Mekah dan Muslimin Ansar di Madinah. Pernahkah persaudaraan di antara mereka ini pecah, dicemari oleh pergaduhan atau pertumpahan darah sesama sendiri? Jawabnya, tidak pernah.

Nah maknanya, rahmat Allah pun turun ke atas umat Islam pada ketika itu, menjadikan hidup mereka tenteram dan harmoni, tidak mampu untuk diganggu-gugat oleh musuh-musuh.

Pada hari dan saat yang bersukut baik ini, Beta dan keluarga Beta mengucapkan Selamat menempuh Tahun Baru Hijrah 1440. Semoga dalam tahun ini, Allah memberkati kita semua dan negara dengan keamanan dan rezeki yang melimpah-limpah. Aamiin Sekian.

ليكم ورحمة الله وركاته ق والهداية والسلام وبا التوف

Page 20: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

20

Page 21: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

21

Page 22: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

22

Page 23: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

23

Page 24: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

24

Page 25: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

25

Page 26: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

26

Page 27: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

27

Page 28: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

28

IMBAS KEMBALI ACARA IRINGAN MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1440 HIJRAH

PEMBERIAN HADIAH KEPADA ANAK-ANAK DAMIT YANG LAHIR PADA

1 MUHARRAM 1440 HIJRAH

Page 29: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

29

Daerah Brunei dan Muara

Page 30: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

30

Page 31: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

31

Daerah Belait

Page 32: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

32

Page 33: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

33

Daerah Tutong

Page 34: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

34

Page 35: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

35

JAWATANKUASA TERTINGGIMAJLIS SAMBUTAN HARI-HARI KEBESARAN ISLAM

BAGI TAHUN 1441 HIJRAH

Page 36: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

36

Page 37: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

37

JAWATANKUASA KERJAMAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH

PERINGKAT NEGARA

Page 38: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …
Page 39: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

39

Penghargaan Dan Terima KasihPenghargaan Dan Terima Kasih

Kepada

Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa

Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1441 Hijrah, Jawatankuasa Kerja Majlis Sambutan Awal Tahun 1441 Hijrah

Peringkat Negara,Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Dari

Kementerian-Kementerian Dan Jabatan-Jabatan Kerajaan, DST,

Syarikat-Syarikat Swasta Yang Memberikan Sumbangan Serta Semua Pihak Yang Terlibat Mengendalikan Majlis Sambutan

Awal Tahun 1441 Hijrah Peringkat Negara,

Sama-Sama Kita Berdoa Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala Melimpahkan

Pahala Dan Rahmat-Nya Kepada Kita Semua.

Aamiin

Page 40: MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH PERINGKAT …

40

تق او تق او دچ دچ، تقئن کراجا ،ج ڤرچ تقئن کراجا ج ڤرچتري، تري، ج ڤردا م ج ڤردا مروني دارالسلام روني دارالسلامرا را