manual mesej utama dan sokongan kempen cara hidup sihat 2001
TRANSCRIPT
KANDUNGAN
Perkara Mukasurat
1. Pengenalan 1
2. Penggunaan Manual Mesej Utama dan Sokongan 4
3. Dimensi Fizikal
a. Komponen Pemakanan Sihat 8
b. Komponen Senaman 23
c. Komponen Merokok 31
d. Komponen Kesihatan Pergigian 38
e. Komponen Rumah Selamat 48
f. Komponen Kesihatan Reproduktif 57
4. Dimensi Mental 74
5. Dimensi Kerohanan dan Sosial
a. Komponen Kerohanian 100
b. Komponen Sosial 122
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 2
PENGENALAN
Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah bermula pada tahun 1991
bertujuan untuk mempromosikan kesihatan serta meningkatkan usaha untuk mencegah
penyakit-penyakit berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat. Kempen mi
merupakan pendekatan baru oleh kerajaan ke arah meningkatkan taraf kesihatan rakyat yang
akan membawa kepada peningkatan produktiviti dan kualiti kehidupan. Secara tidak
langsung kempen mi boleh menyumbang kepada pengurangan kejadian penyakit-penyakit
dan seterusnya menjimatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan.
Kempen Cara Hidup Sihat dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama bermula dan 1991
hingga 1996 dengan objektif untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia
mengenai penyakit-penyakit dan isu-isu tertentu seperti sakit jantung, penyakit AIDS,
kebersihan makanan, kesihatan kanak-kanak, kanser dan diabetes. Fasa kedua bermula pada
1997 Iebih menumpukan kepada promosi amalan-amalan tertentu yang boleh memperbaiki
taraf kesihatan masyarakat serta membawa kepada perubahan cara hidup. Tema-tema fasa
kedua adalah Makan untuk Kesihatan (1997), Senaman dan Kecergasan Fizikal (1998),
Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan (1999) dan Promosi Kesihatan Mental
(2000). Tahun 2001 dan tahun 2002 memberi fokus kepada promosi keluarga sihat dan
kesihatan alam sekitar.
Pelbagai strategi digunakan untuk melaksanakan kempen mi. Strategi komunikasi melalui
media massa merupakan strategi utama untuk menyebarkan makiumat secara meluas dan
berkesan. Penglibatan berbagai organisasi yang berkaitan seperti kementeriankementerian
lain, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan badan sukarela adalah kritikal untuk
menjayakan kempen mi terutama diperingkat perancangan dan pelaksanaan. Latihan kepada
anggota kesihatan di semua peringkat perkhidmatan akan meningkatkan tahap pengetahuan
serta memberi kemahiran kepada kumpulan sasaran. Penghayatan individu ke arah perubahan
tingkah laku dalam menangani isu-isu kesihatan dapat diperkukuhkan melalui tindakan
masyarakat.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 3
KEMPEN PROMOSI KELUARGA S1HAT
Definisi Keluarga Sihat
Keluarga sihat adalah keluarga yang mernemihi keperluan JIzikal, psikologi, sosial dan
kerohanian ahli-ahlinya.
Definisi mi menjelaskan bahawa bagi membentuk keluarga sihat, aspek fizikal, mental, sosial
dan kerohanian perlu diberi perhatian. Berikut adalah elemen-elemen yang terdapat pada
keluarga sihat
• menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
• mempunyai pendidikan yang sewajarnya serta mencukupi
• mengamalkan cara hidup sihat
• mempunyai keselarnatan emosi
• menyediakan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima bagi memastikan
kestabilan dan pengekalan keluarga
• berkomunikasi dan berinteraksi secara positif
• menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing
• mengamalkan nilai-nilai agama dan moral
• beriadah bersama
• mempunyai pendapatan yang mencukupi
• memupuk sokongan sosial
Rasional kempen
Promosi Keluarga Sihat met upakan tema yang sesuai oleh kerana ia memberi tumpuan
kepada keluarga sebagai ‘setting’ untuk mengamalkan cara hidup yang sihat. Oleh kerana
makiumat mengenai cara hidup sihat untuk individu telah banyak di perkatakan dalam
kempen-kempen yang lalu, kempen mi akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk
mengimbas kembali mesej-mesej yang pernah dikenali dan mengamalkannya
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 4
melalui pendekatan berkeluarga. Promosi Keluarga Sihat juga merupakan satu langkah yang
tepat dan wajar bagi memantapkan lagi usaha kemjien untuk mempromosi cara hidup sihat
dan peringkat individu, keluarga dan masyarakat.
Keluarga sebagai institusi asas perlu diperkasakan sebagai langkah pertama ke arah
merealisasikan Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, penyayang dan
berbudaya. Dalam menghadapi cabaran alaf barn, Malaysia mengorak langkah ke arah
kemajuan dalam erti kata yang sebenar dan mengikut acuan tersendiri - kemajuan yang
berdasarkan kepada industri dan teknologi moden, kemajuan yang tetap mengekal,
menyanjung dan mengamalkan sistem nilai, moral, kebudayaan, kemasyarakatan dan
kekeluargaan yang murni.
Objektif Kempen
Objektif umum adalah:
• untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup dalam keluarga.
Objektif khusus adalah:
• untuk mempromosikan amalan cara hidup sihat kearah keluarga yang sihat,
• untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli keluarga bagi
memenuhi keperluan untuk mencapai kesejahteraan keluarga dan
• untuk mempromosikan sokongan dan tindakan kemasyarakatan bagi
pembentukan keluarga yang sihat.
Sasaran
Sasaran bagi kempen mi adalah keluarga sebagai satu unit. Walau bagaimanapun, untuk
pelaksanaan, kumpulan yang akan diberi tumpuan adalah kanak-kanak, remaja, ibubapa dan
datuk/nenek.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 5
PENGGUNAAN MANUAL MESEJ UTAMA DAN SOKONGAN
Manual mi merupakan bahan rujukan untuk perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti
kempen. Ia mengandungi mesej utama dan sokongan serta makiumat sokongan yang dapat
digunakan sebagai panduan oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi
lain yang terlibat dalam menjalankan aktiviti pembangunan keluarga.
Manual mi di bahagikan kepada 3 dimensi:
1. Dimensi kesihatan fizikal yang menekankan kepada 4 komponen iaitu:
• amalan-amalan sihat iaitu pemakanan sihat, senaman, menjauhi rokok dan
keselamatan di rumah,
• kesihatan pergigian,
• kesihatan reproduktif,
2. Dimensi mental
3. Dimensi kerohanian dan sosial
Setiap dimensi dan komponen mempunyai 2 bahagian iaitu mesej dan makiumat sokongan.
Bahagian mesej mengandungi mesej utama dan mesej sokongan yang berkaitan dengan
bidang berkenaan dan perlu di sampaikan kepada kumpulan sasaran. Terdapat sebanyak 31
mesej utama dan 133 mesej sokongan. Bahagian makiumat sokongan menerangkan maksud
mesej utama dan sokongan dengan lebih jelas dan mendalam dan bertujuan untuk membantu
petugas kesihatan atau penceramah dalam penyampaian mesej kesihatan.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 6
DIMENSI FIZIKAL
A: KOMPONEN PEMAKANAN SIHAT
MESEJ UTAMA
1. Jadikan waktu rnakan sebagai masa yang berfaedah dan menyihatkan untuk seisi
keluarga.
2. Amalan pemakanan sihat boleh dipupuk di rumah.
JADIKAN WAKTU MAKAN SEBAGAI MASA YANG BERFAEDAH DAN
MENYIHATKAN UNTUK SEISI KELUARGA.
1.1 Makan bersarna sebagai sebuah keluarga mendatangkan banyak faedah.
1.2 Waktu makan bersama keluarga yang dirancang dengan baik boleb
menggembirakan semua ahli.
2. AMALAN PEMAKANAN SIHAT BOLEH DIPUPUK DI RUMAH.
2.1 Pupuklah amalan pemakanan sihat di rumah.
2.2 Guna dan amalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat semasa merancang
dan rnenyediakan makanan untuk keluarga.
2.3 Setiap ahli keluarga memerlukan makanan yang berkhasiat dan
seimbang setiap hari
2.4 Utamakan kebersihan dan keselamatan makanan bagi menjaga
kesejahteraan keluarga.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 7
MAKLUMAT SOKONGAN
JADIKAN WAKTU MAKAN SEBAGAI MASA YANG BERFAEDAH DAN
MENYIHATKAN UNTUK SEISI KELUARGA.
Makan merupakan salah satu aktiviti keluarga yang penting yang perlu dikongsi bersama.
Keluarga sepatutnya menjadikan setiap aktiviti yang berkaitan dengan makanan seperti
pembelian, pemilihan dan penyediaan makanan sebagai aktiviti bersama.
Bayangkan betapa seronoknya anda menikmati makanan bersama-sama keluarga dan betapa
pentingnya makanan dalam majlis-majlis sosial dan keramaian.
1.1 Makan bersama sebagal sebuab keluarga mendatangkan banyak faedah.
• Waktu makan boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan
mendidik ahli keluarga tentang amalan pengambilan makanan yang baik.
• Pakar-pakar berpendapat bahawa sekiranya ahli-ahli keluarga dapat berkumpul
bersama di meja makan dengan lebih kerap, anak-anak akan mendapat faedah
dan segi peningkatan prestasi akademik dan harga din. Penyelidikan juga
mendapati bahawa perbualan di waktu makan dapat mengkayakan
perbendaharaan kata anak-anak.
• Masa yang dihabiskan bersama-sama keluarga semasa makan dapat
mengukuhkan hubungan diantara ahli keluarga. Tanya boleh menyatupadu dan
mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Komunikasi yang positif semasa makan
membolehkan ahli-ahli keluarga bertukar
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 8
tukar fikiran, menyelesai masalah dan memahami antara satu sama lain. Ibu bapa
juga boleh mengambil pel.uang semasa waktu makan untuk mengetahui
perkembangan dan menyusuli aktiviti harian anakanak mereka.
• Makan bersama juga memberi faedah dan segi pengambilan makanan yang
berkhasiat dan mencukupi. Ketika makan bersama, ibu bapa boleh menunjukkan
teladan yang baik kepada anak-anak. Anak-anak yang memerhatikan tingkahlaku
ibubapa yang mengamalkan pengambilan makanan yang baik akan meniru
tingkahlaku ibubapa mereka dan seterusnya amalan mi akan diteruskan sehingga
meraka dewasa. Dengan membantu ibubapa menyediakan makanan yang
pelbagai, anak-anak boleh didedahkan dengan makanan-makanan barn yang
berkhasiat.
1.2 Waktu makaii bersama keluarga yang dirancang dengan baik boleh
menggembirakan semua ahli.
• Setiap keluarga digalakkan menikmati makanan bersama-sama pada setiap waktu
makan. Walau bagaimanapun, jika mi tidak dapat dilakukan, berusahalah untuk
makan bersama sekerap yang mungkin.
• Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merancang waktu makan
bersarna keluarga:
• Cuba tetapkan matlamat yang realistik bersesuaian dengan cara hidup keluarga
anda untuk makan bersama, seperti sekali sehari atau beberapa kali dalam
seminggu.
• Anda sepatutnya berusaha untuk mengumpulkan semua ahli keluarga pada setiap
waktu makan. Waläu bagaimanapun, jika mi tidak dapat dilakukan, galakkan
sesiapa sahaja ahli keluarga yang berada di rumah pada waktu tersebut untuk
sama-sama menyediakan makanan dan seterusnya makan bersama-sama.
• Galakkan ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan warga tua supaya makan
bersama-sama. Didik dan biasakanlah anak-anak kecil anda untuk makan bersama
keluarga. Contohnya anda boleh duduk bersama-sama mereka pada waktu mereka
makan, dan berilah mereka makanan yang utama dahulu. Mereka boleh diberi
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 9
makan snek yang berkhasiat atau sebahagian daripada makanan utama tadi ketika
makan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Layanlah kerenah anak-anak
dengan sabar semasa makan. Untuk menggalakkan warga tua makan bersama,
sediakan makanan yang bersesuaian dengan mereka sebagai sebahagian daripada
makanan yang dihidangkan kepada ahli keluarga yang lain.
• Ubahlah menu atau pelbagaikan makanan yang diambil dalam seminggu untuk
menggalakkan ahli keluarga makan bersama di rumah. Walau bagaimanapun,
sekali sekala makanlah di luar bersama-sama untuk mengubah selera. Aktiviti
makan di luar seperti berkelah atau ketika menziarahi ahli keluarga yang lain juga
boleh dirancang untuk mengubah suasana ketika makan. Sambutan ulang tahun
seperti ulang tahun kelahiran atau perkahwinan boleh juga dijadikan aktiviti
makan bersama sekeluarga.
• Untuk mendapat faedah daripada aktiviti makan bersama, elakkan daripada makan
di tempat yang boleh mengganggu komunikasi keluarga, contohnya di ruang tamu
atau di depan televisyen, sebaliknya makanlah bersama di meja makan.
2. AMALAN PEMAKANAN SIHAT BOLEH DIPUPUK DI RUMAH
Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan
seharusnya dipupuk dan rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan
yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.
2.1 Pupuklah amalan pemakanan sihat di rumah.
• Amalan pemakanan sihat dapat membantu keluarga memperolehi semua khasiat
makanan yang penting untuk pertumbuhan badan, perkembangan minda, mencegah
kekurangan zat makanan dan melindungi keluarga anda daripada risiko penyakit-
penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, strok, diabetes dan beberapa
jenis kanser. Pemakanan sihat merupakan asas kepada keluarga yang bahagia dan
sihat.
• Rumah rneiupakan tempat terbaik untuk memupuk amalan pemakanan sihat. Setiap
ahli keluarga perlu saling bantu-membantu dalam memberi kesedaran tentang
kebaikan amalan pemakanan sihat. Ibu bapa perlulah bersikap positif terhadap amalan
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 10
pemakanan sihat kerana mi dapat mempengaruhi tabiat dan pilihan makanan anak-
anak.
• Sebagai ibu atau bapa, ada beberapa perkara yang dapat anda lakukan untuk
menyemai amalan pemakanan sihat kepada ahli keluarga anda. Amalan yang
disenaraikan dibawah bolehlah dijadikan panduan
o Mulakan han anda sekeluarga dengan bersarapan pegi. Ia membekalkan tenaga
dan khasiat untuk waktu pagi yang produktif samada di tempat kerja, di
sekolah atau di tempat bermain
o Galakkan ahli keluarga makan pada waktu yang tetap. Jika anda tidak
mengambil makanan pada satu-satu waktu makan, berkemungkinan besar
anda akan mengambil makanan secara berlebihan pada waktu makan yang
seterusnya, disebabkan anda terlalu lapar.
o Amalkan makan di meja makan atau di tempat yang telah ditetapkan untuk
makan. Anda berkemungkinan akan lupa berapa banyak makanan yang telah
diambil jika membeni tumpuan kepada perkara yang lain semasa makan.
o Bantulah anak-anak yang kecil memilih makanan yang berkhasiat contohnya
memberi mereka susu, jus buah-buahan atau air kosong bagi menggantikan
minuman manis yang berperisa. Didiklah anakanak sedan kecil supaya mereka
membiasakan mengambil makanan berkhasiat yang lazimnya tidak digemari
oleh kanakkanak contohnya sayur-sayuran. Jika suka, mereka juga boleh
digalakkan memakan ulam-ulaman.
o Beri juga anak-anak buah-buahan sebagai pencuci mulut dan snek, kerana
ianya kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Selain daripada buah-buahan,
berikan roti, biskut, keropok ikan yang segar, kekacang, dadih dan susu rendah
lernak kepada anak-anak bagi menggantikan makanan ringan yang tidak
berkhasiat.
o Makan makanan segera sekali sekala sahaja. Makanan mi tidak dapat
menggantikan makanan yang lebih berkhasiat dan dimasak dirumah.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 11
o Berilah peluang kepada anak anda untuk membantu di dapur, kerana mi
merupakan cara yang terbaik untuk mereka belajar.
o Lakukan senaman atau sebarang aktiviti sukan secara tetap dan berkala
bersama-sama ahli keluarga. Lakukannya selama sekurang-kurangnya 20 - 30
minit sebanyak tiga kali seminggu. Galakkan juga ahli keluarga menimbang
berat badan mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
2.2 Guna dan amalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat
Cara terbaik untuk memastikan keperluan pemakanan ahli keluarga dipenuhi adalah dengan
mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat, iaitu:
• Makan pelbagal jenis makanan
Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat semua
khasiat makanan yang diperlukan. Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk
memilih makanan sekeluarga. Makanlah sedikit jenis-jenis makanan dan semua
kumpulan makanan, tetapi tidak terlalu banyak daripada satu-satu jenis makanan.
• Makan bijiran dan kekacang secukupnya.
Bijirin rnerupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat
terutamanya bijirin atau hasil bijirin mu penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah
nasi, roti, mi dan mihun.
Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Tanya juga kaya dengan protein dan
mempunyai kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya,
kacang pis dan kacang dhal.
• Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan
membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan
kalsium yang kesemuanya penting untuk kesihatan. Sayur-sayuran dan buah-buahan
juga kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah
penting untuk melawaskan pembuangan najis, dan dapat membantu mencegah
penyakit sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus (diverticular diseases). Serat
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 12
juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa
jenis kanser.
• Irnbangkan pengambilan makanan dengan aktivitifizikal.
Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan
daripada makanan. Tanya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan
berlebihan, kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.
• Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap
vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan
makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang berlebihan daripada
makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan
mi akan menyebabkan berat badan anda bertambah. Lemak yang berlebihan
meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah
kesihatan yang lain.
• Kurangkan pengambilan garani dan gula.
Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan
gula yang tinggi. Pilihlah resipi dan hidangan yang kurang garam dan gula, dan
lebihkan makanan segar. Jika menggunakan kicap atau sebarang sos, garam tidak
perlu ditambah di dalam masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum
menambah garam. Kurangkan juga penggunaan gula dalam penyediaan minuman dan
kuih muih.
• Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari.
Air adalah penting untuk fI.ingsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan
mengeluarkan bahan sisa dan badan. Air diperlukan untuk menggantIkan cecair tubuh
yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan din dalam aktiviti fizikal. Minumlah air
sebanyak enam hingga lapan gelas sehari. Dan dalam keadaan-keadaan tertentu
seperti bekerja di dalam bilik berhawa dingin, minumlah air dengan banyak walaupun
tidak merasa dahaga.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 13
2.3 Setiap ahli keluarga memerlukan makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap
hari.
• Lapangkan sedikit masa anda untuk merancang hidangan yang bersesuaian untuk seisi
keluarga samada dan segi jehis makanan dan cara memasak. Adalah lebih baik jika
hidangan harian sekeluarga dirancang bersama-sama untuk memastikan makanan yang
dihidangkan merupakan makanan kegemaran semua. Yang penting, hidangan hendaklah
lazat, berkhasiat dan menyihatkan.
• Setiap kali menyediakan hidangan untuk keluarga, keperluan setiap ahli keluarga mestilah
diambil kira. Utamakan keperluan pemakanan ahli-ahli keluarga tertentu seperti bayi,
kanak-kanak, ibu mengandung, ibu yang menyusukan dan wargatua. Ambil kira juga
keperluan ahliahli keluarga yang kurang sihat atau yang memer1ukan penjagaan dan
pengawalan makanan.
• Makanan yang berkhasiat tidak semestinya memerlukan masa yang lama atau rumit untuk
disediakan. Masakan berkhasiat yang ringkas boleh merupakan makanan kegemaran
sekeluarga jika dihidangkan dengan cara yang menyelerakan. Makanan yang dihidangkan
panas dan dengan kombinasi warna yang menarik berkemungkinan besar dapat menarik
minat ahli keluarga untuk makan.
• Jika anda mempunyai waktu yang terhad, pastikan bahan-bahan makanan kering dan yang
mudah disediakan seperti roti, mi, mihun, telur, ikan bilis, buah-buahan segar dan sayur-
sayuran sentiasa disimpan di rumah.
• Untuk menjimatkan masa, sediakan hidangan yang utama lebih awal. Sebagai contoh,
hidangan berkuah seperti kari atau bubur (sekiranya anda mempunyai anak kecil) boleh
disediakan untuk dua atau tiga han, disimpan di dalam bekas-bekas makanan yang
berasingan untuk sekali makan, dan kemudian disejukbekukan. Makanan mi bolehlah
dipanaskan sejurus sebelum makan.
• Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan harian untuk keluarga:
o Sarapan pagi:
- Hidangkan sarapan yang berkhasiat.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 14
- Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. mi
merupakan pembuka selera dan pembekal serat.
- Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin
sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mu penuh. Hidangkan
makanan mi dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh
dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu.
- Susuli dengan minuman yang berasaskan susu.
• Makan tengahari
- Sediakan hidangan yang ringkas.
- Jika makan di luar, pelbagaikan pilihan anda setiap ban. Dapatkan pilihan
yang lebih sihat dan berkhasiat.
- Pilihlah hidangan yang mengandungi makanan dan kesemua kumpulan
makanan mengikut Piramid Makanan.
- Jangan lupa buah-buahan dan air kosong.
• Makan malam
- Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan
pengambilan makanan dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat
kekurangan jenis-j enis makanan yang diambil pada siang han, makanan
tersebut boleh diambil pada waktu mi.
- Sebaik-baiknya sediakan dua hidangan sayur-sayuran, dan salah satu
daripadanya ialah sayur-sayuran berdaun hijau.
- Elakkan daripada makan terlalu hampir dengan waktu tidur. Makanlah
sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 15
• Snek
- Jika perlu makanlah dengan sedikit. Pilihlah snek yang benkhasiat dan yang
kurang kandungan lemak dan gula, contohnya buah-buahan, sandwic, kacang
rebus, jagung rebus dan biskut.
• Penyediaan dan cara memasak makanan yang betul boleh menjadikan sesuatu
hidangan lebih berkhasiat. Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah
dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan berikut
ketika memilih dan menyediakan makanan:
- Sediakan pelbagai jenis makanan dalam setiap hidangan.
- Utamakan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga
seperti nasi, roti, mi dan ubi.
- Juga pentingkan makanan yang membekalkan vitamin, mineral dan serat
seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Biasakan memilih buah-buahan yang segar dan berwarna serta sayur-sayuran
berdaun hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.
- Pilih makanan yang membekalkan protein seperti ikan, ayam, daging, telur
dan kekacang.
- Pilih makanan yang kaya dengan kalsium contohnya susu, keju dan dadih.
Makanan lain seperti ikan bilis, ikan tamban dan ikan sardin juga kaya dengan
kalsium.
- Kurangkan menggoreng makanan terutamanya makanan yang disaluti tepung
dan kurangkan masakan yang bersantan.
- Guna susu rendah lemak atau susu skim bagi menggantikan santan kelapa
dalam masakan anda. Masukkan kentang, tomato atau bawang yang dikisar
untuk memekatkan kuah.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 16
- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, minyak, gula
dan garam seperti snek dan makanan segera. Hadkan memakan makanan
segera tidak lebih daripada dua kali sebulan.
- Guna kaedah memasak yang dapat mengekalkan warna dan rasa asal
makanan.
- Selalulah menghidangkan makanan yang barn dimasak.
- Apabila membeli makanan bertin atau berbungkus, baealah label bagi
membantu anda memilih makanan yang berkhasiat dan menjimatkan.
• Sebaik-baiknya libatkan ahli keluarga yang lain dalam pemilihan dan penyediaan
makanan harian. Bawa ahli-ahli keluarga bersama semasa membeli makanan dan ajar
mereka cara-cara memilih makanan, serta bagaimana membaca label makanan.
Tunjukkan juga kepada mereka cara-cara yang betul untuk membersih dan
menyediakan makanan untuk dimasak. Ajar anak-anak yang lebih tua cara-cara
memasak untuk mengekalkan khasiat dan kelazatan makanan, Tunjuk ajar cara-cara
menyediakan makanan mudah seperti sandwic, masakan yang mudah atau cara
memanaskan makanan sejuk beku kepada anak-anak yang terpaksa ditinggalkan di
rumah.
2.4 Utamakan kebersihan dan keselamatan makanan bagi menjamin kesejahteraan
keluarga.
• Kuman hidup di merata-rata tempat dan boleh mencemari makanan jika tidak
disediakan secara bersih. Persekitaran yang kotor, terutamanya di dapur mengundang
makhluk perosak seperti tikus, lipas dan semut yang juga boleh mencemar makanan
dan menyebabkan keracunan. Bahan makanan yang mentah, separuh masak dan
makanan yang telah sedia dimasak boleh terdedah kepada risiko pencernaran
sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.
• Panduan berikut boleh digunakan untuk menyedia dan menghidangkan makanan
secara bersih.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 17
o Basuh tangan dengan sabun setiap kali sebelum menyediakan makanan
dan selepas ke tandas, Tangan merupakan tempat yang sering mengumpul
kotoran dan habuk, termasuk kuman (bakteria dan virus), yis dan kulat.
o Amalkan kebersihan din yang baik. Rambut, hidung atau mulut janganlah
disentuh semasa menyediakan makanan. Luka-luka kecil dan kudis di
muka, tangan dan lengan perlulah dibalut dengan plaster. Tanggalkan
cincin, gelang dan jam sebelum menyediakan makanan kerana barang-
barang tersebut mudah dilekati kotoran yang membolehkan bakteria
mencemari makanan.
o Jangan bersin atau batuk ke arah makanan.
o Sentiasa gunakan tuala yang bersih. Gunakan tuala yang berasingan untuk
mengelap pinggan mangkuk, mengelap tangan atau mengelap meja bagi
mengelakkan pencemaran silang.
o Cuci pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan peralatan dapur
yang lain, terutamanya papan landas dan pisau dengan sabun dan bilas
dengan air yang bersih. Sekiranya boleh, gunakan air panas. Pastikan
peralatan menghidang makanan seperti pinggan, mangkuk, sudu, garpu
dan gelas bersih sebelum digunakan.
o Gunakan papan landas dan pisau yang berasingan bagi memotong bahan-
bahan makanan yang dimakan mentah seperti sayursayuran, buah-buahan
dan roti dan yang digunakan untuk memotong ayam, daging dan ikan.
o Bersihkan dapur, bahagian atas kabinet dan meja serta lantai dengan
menggunakan air bersih dan sabun pencuci bagi mengurangkan masalah
lalat, tikus dan lipas. Gunakan air panas di mana boleh. Pastikan agar
dapur dan sinki sentiasa bersih dan kering.
o Basuh semua makanan dengan air yang bersih dan mengalir.
o Tudung dan simpan semua makanan yang dimasak dengan sempurna.
Simpanlah makanan di dalam bekas yang bersih dan bertutup untuk
mengelak kerosakan dan pencemaran. Jangan sekali-kali menggunakan
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 18
bekas racun untuk menyimpan makanan atau minuman dan elakkan
daripada menggunakan surat khabar bagi menutup makanan.
o Jangan biarkan makanan yang telah dimasak pada suhu bilik selama lebih
dan empat jam.
o Ahli keluarga yang demam, batuk, selsema atau cirit birit tidak digalakkan
menyediakan makanan kerana mereka boleh menyebarkan kuman ke
dalam makanan.
• Kebersihan tempat menyimpan makanan adalah sangat penting. Almari tempat
menyimpan makanan hendaklah sentiasa ditutup dengan rapat bagi mengelakkan
daripada dimasuki tikus dan serangga seperti lalat dan lipas. Almari tersebut juga
perlulah mempunyai pengudaraan yang cukup untuk mengeluarkan bau dan haba
yang berlebihan. Cara penyimpanan makanan yang betul dapat mengurangkan
kerosakan, pencemaran dan pembaziran bahan-bahan makanan. Didik anak-anak
cara menyimpan makanan mudah rosak yang tidak digunakan serta merta.
• Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul bagi menjaga mutu dan khasiatnya.
Makanan yang telah dimasak hendaklah dimakan secepat mungkin, sebaik-
baiknya ketika masih lagi panas. Jika makanan hendak disejukbekukan, bahagikan
makanan yang hendak disejukbeku kepada saiz hidangan yang kecil. Gunakan
bekas yang leper dan bertutup atau masukkañnya ke dalam plastik makanan dan
tandakan dengan tarikh makanan disimpan. Elakkan dan menggunakan semula
bekas styrofoam untuk menyimpan makanan. Cairkan makanan beku di bahagian
bawah dalam peti sejuk atau di dalam ketuhar gelombang mikro. Elak dan
mencairkan makanan beku pada suhu bilik. Makanan yang telah dicairkan tidak
boleh dibekukan semula.
• Bahagian bawah dalam peti sejuk (refrigerator) sangat sesuai untuk menyimpan
makanan yang mudah rosak yang tidak perlu dibekukan. Suhunya perlu
dikekalkan pada 4°C atau kurang. Panduan berikut perlu diikuti untuk menyimpan
makanan di bahagian bawah dalam peti sejuk:
o Biarkan makanan yang barn dimasak sejuk sebentar sebelum dimasukkan
ke dalam peti sejuk untuk disimpan.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 19
o Letakkan makanan yang disediakan di dalam bekas yang cetek untuk
menyejukkannya dengan cepat.
o Jarakkan bekas-bekas di dalam peti sejuk supaya peredaran udara sejuk
lebih sempurna.
o Tutup semua makanan untuk mengelakkan pencemaran.
o Amalkan peraturan “mula-masuk, mula-keluar” untuk memastikan
makanan yang disimpan dahulu digunakan dahulu, mengikut giliran.
o Daging, ikan, susu, hasil tenusu, krim dan lauk-lauk perlu ditutup dan
disimpan pada suhu yang tersejuk.
o Pastikan sebarang tumpahan terutamanya susu atau krim dilapkan dengan
kain bersih seberapa segera.
o Makanan yang dimasak dan makanan mentah mesti disimpan berasingan
bagi mengelakkan pencemaran silang.
o Periksa dan bersihkan peti sejuk dan tempat menyimpan makanan
sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Buang makanan yang telah
berbau, bertukar warna atau berlendir.
• Elakkan daripada membiarkan sisa makanan mengotorkan persekitaran rumah
anda. Buang sisa makanan ke dalam beg plastik dan masukkan ke dalam tong
sampah yang bertutup supaya tidak diganggu binatang atau menjadi tempat
pembiakan lalat, tikus dan lipas. Tapis air basuhan pinggan mangkuk supaya sisa
yang tinggal tidak mencemar longkang dan persekitaran rumah.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 20
B: KOMPONEN SENAMAN
MESEJ UTAMA
1. Senaman menibentuk keluarga yang sihat
2. Senaman niemberi banyakfaedah terhadap kesihatan keluarga
3. Senanian rneningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup sesebuah keluarga.
1. SENAMAN MEMBENTUK KELUARGA YANG SIHAT
1.1. Senaman meniiigkatkan tarafkesihatan.
1.2. Amalan bersenam menyumbang ke arah kecergasan fizikal dan mental.
1.3. Senaman hendaklah dijadikan budaya hidup sekeluarga.
2. SENAMAN MEMBERI BANYAK FAEDAH TERRADAP KESIIIATAN KELUARGA.
2.1. Ketahuilah faedah senaman dan segi fizikal.
2.2 Ketahuilah faedah senaman dan segi psikososiaJ
3. SENAMAN MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN DAN KUALITI HIDUP SESEBUAR KELUARGA
3.1. Beriadahlab seisi keluarga untuk mengisi masa lapang.
3.2. Senaman meningkatkan produktiviti kelnarga.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 21
MAKLUMAT SOKONGAN
1. SENAMAN MEMBENTUK KELUARGA YANG SIHAT.
Senaman adalah salah satu komponen cara hidup sihat yang penting. Senaman merupakan
aktiviti kecergasan fizikal yang dapat dilakukan secara individu mahupun bersama keluarga.
Di antara aktiviti-aktiviti senaman yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga adalah seperti
berjalan pantas, berlari, berbasikal, berenang dan bermain badminton.
1.1 Senaman men ingkatkan taraf kesihatan.
• Senaman yang dilakukan secara tetap dan teratur dapat mengurangkan risiko
seseorang terhadap pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi
dan diabetes.
• Kualiti hidup akan menjadi lebih baik, taraf kesihatan meningkat, seterusnya
kehidupan akan lebih ceria dan bermakna. Kehidupan mereka yang bersenam
secara tetap dan teratur akan masih berkualiti walaupun di peringkat usia lanjut.
1.2 Amalan bersenam menyumbang ke arah kecergasan fizikal dan mental.
• AhIi keluarga yang bersenam secara tetap adalah lebih cergas dan segi fizikal dan
mental. Mereka lebih bertenaga dalam melakukan kerjakerja harian, samada di
rumah, di sekolah atau di tempat kerja.
1.3 Senaman hendaklah dijadikan budaya hidup sekeluarga.
• Senaman perlu diserapkan dalam aktiviti-aktiviti harian keluarga dan dijadikan
satu budaya hidup sekeluarga.
• Senaman adalah sangat penting terutama di zaman moden yang serba canggih mi
di mana kebanyakan aktiviti harian kita kurang melibatkan pergerakan fizikal dan
tidak menggunakan tenaga yang banyak.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 22
2. SENAMAN MEMEERI BANYAK FAEDAH TERHADAP KESIHATAN KELUARGA.
Terdapat banyak faedah yang akan diperolehi oleh keluarga yang bersenam. Faedah
senaman mi dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu faedah fizikal dan faedah
psikososial
2.1 Ketahuilah faedah senaman dan segi fizikal.
• Senaman dapat meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki
sistem edaran darah dengan:
o Menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya.
o Membantu mengawal tekanan darah yang tinggi.
o Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
o Meningkatkan peredaran darah di seluruh tubuh.
o Meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen.
• Meningkatkan kecekapan pergerakan dan kelenturan badan
o Mengurangkan kecederaan otot dan sendi dan masalah sakit
belakang/pinggang.
o Meningkatkan prestasi dalam sukan.
• Memperbaiki tonus dan postur:
o Menambahkan ketrampilan din dan segi fizikal.
o Mengurangkan risiko sakit belakanglpinggang.
o Mewujudkan kesejahteraan din dengan kelihatan lebih ceria dan merasa
hebat.
• Menambah kekuatan dan daya tahan otot
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 23
o Otot kita menjadi lebih kuat dan dapat melakukan sesuatu pergerakan
dengan lebih baik dan lebih lama, seperti mengangkat barang yang berat,
dapat bangun dan duduk tanpa masalah terutama dikalangan wargatua.
• Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan.
o Senaman dengan tetap dan teratur di samping amalan pemakanan yang
sihat dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah kegemukan.
o Senaman membantu membakar lemak badan dan menjadikan otot lebih
kuat.
• Senaman juga dapat membantu pesakit diabetes mengawal paras glukosa darah
agar berada di paras yang optima.
• Melewatkan proses penuaan
o Membantu seseorang itu awet muda.
o Melewatkan proses perubahan fisiologi dan mi menghindarkan kejadian
osteoporosis dikalangan wanita yang putus haid.
2.2 Faedah senaman dan segi psikososial
Senaman dapat meningkatkan interaksi dan persefahaman di antara ahli keluarga
• Dengan bersenam bersama keluarga, setiap ahli keluarga berpeluang untuk lebih
mengenali ahli keluarga yang lain secara lebih dekat. Oleh itu, hubungan
kekeluargaan dapat dipereratkan lagi. mi secara tidak langsung akan mewujudkan
suasana yang lebih harmoni dan ceria di kalangan keluarga.
• Senaman dapat mengurangkan tekanan perasaan dan meningkatkan ketenangan
jiwa. Amalan senaman merupakan salah satu cara yang patut diamalkan oleh seisi
keluarga untuk mengatasi ketegangan.
• Ketenangan dan kegembiraan yang didapati semasa melakukan senaman bersama-
sama akan mewujudkan suasana ceria dan saling memahami di antara satu sama
lain. mi akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan suasana sebegini
dapat membantu menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 24
• Ketenangan, kegembiraan dan hubungan yang baik sesama ahli keluarga
merupakan aspek penting dalam mengelakkan tekanan dan mi penting untuk
kesihatan mental.
3. SENAMAN MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN DAN KUALITI HIDUP SESEBUAH KELUARGA.
Amalan bersenam secara tetap dan berkala bersama keluarga mudah dilakukan dan
harus digalakkan.
3.1 Beriadahlah seisi keluarga untuk mengisi masa Japang.
• Masa yang terluang yang selalunya diisi dengan menonton tv atau aktiviti-aktiviti
yang kurang memerlukan pergerakan fizikal, adalah lebih baik digunakan untuk
bersenam bersama keluarga.
• Anda boleh menjadi pemula dan pendorong kepada ahli keluarga anda supaya
mengamalkan aktiviti bersenam.
• Pilih perrnainan atau sukan yang digemari oleh kebanyakan ahli keluarga anda
agar mendatangkan minat untuk terus dilakukan.
• Mulakan secara perlahan-lahan, jangan keterlaluan atau kurang sabar kerana ia
boleh mendatangkan kecederaan dan mematahkan semangat.
• Walau bagaimanapun, ahli keluarga yang berumur lebih 35 tahun, mempunyai
masalah kesihatan, gemuk atau tidak pernah bersenam dengan tetap perlulah
melakukan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti
senaman.
Amalan bersenam seisi keluarga boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa.
Contohnya:
• Bermain di tamarl permainan dengan ahli keluarga
• Bersiar-siar bersama keluarga pada waktu petang
• Meluangkan masa dalam aktiviti riadah bersama keluarga seperti berjoging,
berbasikal, dan senamrobik,
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 25
Berapa kerap dan berapa lama aktiviti senaman patut dilakukan?
Untuk mendapatkan manfaat yang maksima dan aktiviti-aktiviti senaman, panduan FITT
berikut boleh dijadikan panduan:
Kekerapan (Frequency) : 3 hingga 5 kali seminggu
Kehebatan (Intensity) : hingga anda berpeluh dan dapat
menarik nafas panjang dengan selesa
Masa (Time) : sekurang-kurangnya 20 minit setiap
kali (tidak termasuk 3 hingga 5
mmii waktu memanas dan
menyejukkan tubuh sebelum dan
sesudah bersenam)
Jenis senaman (Type) : gabungan senaman-senaman
yang meregangkan otot-otot. dan
aerobik.
Beberapa panduan untuk anda sekeluarga:
• Pakai pakaian yang ringan dan longgar
• Pakai sepatu yang bersesuaian dan selesa
• Panaskan dan sejukkan badan sebelum dan selepas bersenam
• Banyakkan meminum air sebelum, semasa dan selepas bersenam
Jangan bersenam:
• Jika anda kurang sihat atau barn sahaja sembuh dan sakit
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 26
• Kurang daripada dua jam selepas makan
• Di luar rumah semasa cuaca panas
3.2 Senaman meniiagkatkan produktiviti keluarga
• Keluarga yang mengamalkan senaman akan menikmati hidup yang lebih sihat dan
cergas seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti keluarga.
• Ahli keluarga yang meinpunyai tahap kecergasan yang tinggi serta sihat dan segi
mental dan fizikal akan terhindar daripada pelbagai jenis penyakit yang boleh
menghalang mereka daripada melakukan pekerjaan dengan sempurna.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 27
C: KOMPONEN MEROKOK
MESEJ UTAMA
1. Keluarga yang lidak merokok adalah keluarga yang sihat dan sejahiera.
2. Rokok niernbahayakan dan mengancam kesihatan keluarga
1. KELUARGA YANG TIDAK MEROKOK ADALAH KELUARGA YANG SIHAT DAN SEJAHTERA.
1.1 Keluarga berhak menikmati udara yang bersih tanpa asap rokok.
1.2 Keluarga berperanan dalam membantu menghentikan atau menjauhi tabiat
merokok.
1.3 Merokok adalah tabiat yang membazir.
1.4 Ketahuilah nikmat hidup tanpa merokok.
1.5 Merokok tidak digalakkan oleh kebanyakan agama.
2. ROKOK MEMBAHAYAKAN DAN MENGANCAM KESIHATAN KELUARGA.
2.1 Ketahuilah bahawa rokok mengandungi 4,000 jenis bahan kimia dan racun.
2.2 Rokok membawa pelbagai jenis penyakit kepada din anda.
2.3 Asap rokok memudaratkan kesihatan ahli keluarga anda.
2.4 Rokok boleh nienjadi punca kebakaran dan kemusnahan.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 28
MAKLUMAT SOKONGAN
1. KELUARGA YANG TIDAK MEROKOK ADALAH KELUARGA YANG SIHAT DAN SEJAHTERA
Keluarga yang tidak mempunyai ahli yang merokok akan menikmati hidup yang lebih
sihat dan sempurna. mi termasuk udara yang bebas daripada asap rokok. Di samping
itu, mereka akan terhindar daripada pelbagai jenis penyakit utama.
1.1 Keluarga berhak menikmati udara yang bersih tanpa asap rokok.
o Setiap ahli keluarga mempunyai hak untuk menikmati udara yang bersih dan
segar. Sekiranya terdapat ahli keluarga anda yang merokok, adalah lebih baik
melakukannya di luar rumah.
1.2 Keluarga berperanan dalam membantu ahil keluarga menghentikan atau menjauhi
tabiat merokok.
o Setiap ahli keluarga menapunyai peranan untuk membantu ahli keluarga yang
merokok supaya berhenti merokok. Antara peranan yang boleh mereka
lakukan adalah dengan mengingatkan perokok akan bahaya merokok,
mernujuknya supaya berhenti merokok dan memberi galakan kepadanya
berbuat demikian.
o Di samping itu juga, setiap ahli keluarga bertanggungjawab mengingatkan si
perokok beberapa perkara apabila beliau ingin merokok iaitu petua 4 M:
Merninum air atau mengunyah makanan
Melengahkan nyalaan api rokok
Menarik nafas panjang
Melakukan aktiviti lain seperti beriadah, berkebun, beribadat dan lain-
lain
o Ahli keluarga berperanan memastikan setiap orang didalam keluarga tersebut
tidak memulakan tabiat buruk merokok.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 29
o Selain daripada itu, ahli keluarga juga perlu menolak pelawaan untuk merokok
secara sopan dan baik.
1.3 Merokok adalah tabiat yang membazir.
o Selain daripada kesan buruk akibat merokok, tabiat mi juga merupakan satu
pembaziran, kerana wang yang dibelanjakan untuk merokok, adalah lebih baik
jika dapat digunakan untuk perkaraperkara yang berfaedah.
1.4 Ketahuilah nikmat hidup tanpa merokok.
o Setiap ahli keluarga yang tidak merokok, akan merasa kehidupan yang lebih
nikmat daripada mereka yang merokok. mi adalah kerana:
Nafas menjadi lebih segar
Badan bertambah sihat dan cergas
Lebih bertenaga
Deria rasa dan hidu lebih sempurna
Jantung yang lebih kuat
Batuk akan berkurangan
Menjauhi daripada penyakit merbahaya
Badan dan pakaian tidak berbau asap rokok
Mempunyai lebihan wang
1.5 Merokok tidak digalakkan oleh kebanyakan agama.
o Memandangkan kemudaratan merokok yang jelas secara saintifik, maka tidak
hairanlah sekiranya tabiat merokok tidak digalakkan oleh kebanyakan agama,
malahan terdapat agama yang mengharamkan amalan merokok di kalangan
penganutnya.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 30
2. ROKOK MEMEAEIAYAKAN DAN MENGANCAM KESIIIATAN KELUARGA.
Telah terbukti bahawa rokok sangat merbahaya dan mengancam kesihatan seisi
keluarga.
2.1 Ketahuilah bahawa rokok mengandungi 4,000 jenis bahan kimia dan racun.
• Ahli keluarga perlu mengetahui bahawa terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia
dan racun yang terdapat dalam asap rokok.
Antaranya:
Ammonia (yang tedapat dalam pencuci lantai) Arsenic (terdapat dalam
racun semut)
Cadmium (terdapat dalam bateri kereta)
Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas)
Naftalena (terdapat dalam ubat gegat)
Vinil klorida (untuk membuat PVC)
DDT (racun makhluk perosak)
o Selain daripada itu terdapat bahan nikotina yang boleh menyebabkan
ketagihan dan peningkatan tekanan darah dan degupan jantung.
o Di samping itu, rokok juga mengandungi karbon monoksida yang merupakan
gas yang terdapat daripada ekzos kereta yang boleh membawa maut. Gas mi
memberi kesan terhadap otak, penglihatan dan otot-otot. Ta menyebabkan
organ-organ tersebut kekurangan oksigen untuk berfungsi dengan baik. Selain
daripada itu ia juga akan mengurangkan fungsi pembersihan oleh paru-paru
dan menyebabkan bahan kimia daripada asap rokok melekat di sepanjang
saluran pernafasan. mi boleh menyebabkan infeksi di paru-paru. Untuk
jangkamasa panjang, saluran pernafasan akan menjadi bengkak dan jumlah
udara yang boleh disedut akan berkurangan.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 31
o Satu lagi bahan kimia yang berbahaya adalah tar. Bahan mi akan melekat di
sepanjang saluran pernafasan seperti terdapatnya bahan asap (jelaga) di
sepanjang terowong asap (chimney). Tar adalah bahan karsinogenik yang
boleh menyebabkan kanser. Perokok yang menghisap 20 batang rokok sehari
akan mengumpul 2 10gm tar dalam setahun. Mereka yang menghisap rokok
yang rendah tar, akan mengambil lebih bnyak rokok dan juga menyedut asap
rokok sedalam yang mungkin untuk kepuasan.
2.2 Rokok membawa pelbagai jenis penyakit kepada din anda.
• Merokok boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti berikut:
• Penyakit jantung koronari
• Barah paru-paru, barah perut, barab tekak, barah pundi kencing dan lain-lain
• Darah tinggi
• Strok atau kelumpuhan
• Saluran darah menjadi sempit
• Penyakit gastrik (sakit perut yang teruk)
• Penyakit paru-paru
• Selain daripad mendatangkan penyakit, merokok juga menyebabkan nafas berbau,
batuk berkahak, gigi kuning berkarat, kurang bertenaga dan menurunnya nafsu
seks.
2.3 Asap rokok memudaratkan kesihatan ahil keluarga anda.
• Merokok bukan sahaja memudaratkan din perokok, bahkan asap rokok tersebut
turut membahayakan kesihatan ahli keluarga yang lain.
• Kesan asap rokok terhadap isteri perokok adalah:
o Melahirkan bayi yang kurang berat badan
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 32
o Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
o Lebih terdedah kepada kanser
o Mengurangkan ksuburan dan putus haid awal
• Kesan asap rokok terhadap anak perokok:
o Lebih mudah mendapat lelah
o Mendapat jangkitan paru-paru
o Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
o Mudah menjadi perokok apabila dewasa
2.4 Rokok boleh menjadi punca kebakaran dan kemusnahan.
• Puntung rokok yang dibuang di merata-rata tempat boleh menyebabkan kebakaran
yang besar dan kemusnahan harta benda termasuk rumah anda.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 33
D: KOMPONEN KESIHATAN PERGIGIAN
MESEJ UTAMA
1. Gigi perlu dan boleh dikekalkan oleh setiap ahli keluarga sepanjang hayat.
2. Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kesihatan pergigian.
3. Ketahuilah bahawa kanser mulut boleh dicegah dengan amalan hidup sihat seisi
keluarga.
1. GIGI PERLU DAN BOLEH DIKEKALKAN OLER SETIAP ARLI KELUARGA
SEPANJANG HAYAT
1.1 Kesihatan pergigian yang baik adalah penting untuk kehidupan berkualiti.
1.2 Masalah pergigian yang sering berlaku boleh dicegah.
1.3 Pemeliharaan kesihatan pergigian berada di tangan anda.
1.4 Ibubapa perlii sedar bahawa pembinaan gigi bermula dan awal kandungan.
2. SETIAP AHLI KELUARGA BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KESHIATAN
PERGIGTAN
2.1 Ibubapa perlu menjaga kebersihan gigi dan mulut anak-anak dan peringkat
awal.
2.2 Ibubapa bertaiiggungjawab mengurangkan kandungan gula dalam
peiiyediaan makanan/ininuman seisi keluarga.
2.3 Ibubapa patut memilih ubat gigi berfluorida untuk kegunaan keluarga.
2.4 Setiap ahil keluarga mesti memastikan pemeriksaan mulut dilakukan sekurang-
kurangnya sekali setahun.
2.5 Lindungilah gigi ahli keluarga anda semasa bersukan lasak.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 34
3. KETAHUILAR BAHAWA KANSER MULUT BOLEH IMCEGAH DENGAN
AMALAN CARA HIDUP SIHAT SEISI KELUARGA
3.1 Kanser mulut berpunca dan tabiat seperti makan sireh, sogel tembakau, minum
alkohol dan merokok.
3.2 Kanser mulut boleh dicegah dengan amalan cara hidup sihat dan keprihatinan
setiap ahli keluarga.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 35
MAKLUMAT SOKONGAN
1. GIG1 PERLU DAN BOLEH DIKEKALKAN OLEH SETIAP AHLI KELUARGA
SEPANJANG HAYAT
1.1 Kesihatan pergigian yang baik adalah penting untuk kehidupan berkualiti.
1.1.1 Set gigi yang berfungsi adalah penting untuk:
o Mengunyah makanan dengan sempurna supaya memudahkan
penghadaman untuk kesihatan yang baik.
o Pertuturan yang jelas
o Menyerikan senyuman dan paras rupa untuk keyakinan din
1.1.2 Gigi susu yang dipelihara dengan baik menjadi panduan untuk gigi kekal
tumbuh dengan teratur. Gigi susu yang dicabut lebih awal dan masa ia
digantikan akan menimbulkan masalah ketumbuhan gigi kekal yang tidak
teratur.
1.2 Masalah pergigian yang sering berlaku boleh dicegah.
1.2. 1 Masalah pergigian yang sering berlaku ialah karies (kerosakan gigi) dan
penyakit gusi. Punca utama masalah pergigian mi ialah plak. Plak adalah
lapisan nipis yang sentiasa terjadi di permukaan gigi. Ta tidak dapat dilihat
dengan mata kasar. Plak mengandungi bakteria, air liur, protin dan gula.
1.2.2 Tindakbalas bakteria di dalarn plak terhadap gula menghasilkan asid. Asid mi
akan melarutkan lapisan luar gigi dan mengakibatkan karies.
1.2.3 Penyakit gusi pula disebabkan oleh toksin yang dihasilkan oleh bakteria di
dalarn plak yang menyerang gusi. Akibatnya gusi menjadi bengkak, merah
dan mudah berdarah.
1.2.4 Gigi yang tidak teratur merupakan satu lagi masalah pergigian yang sering
berlaku. Keadaan mi boleh terjadi akibat dan tabiat seperti menghisap jan dan
menjelir lidah, kehilangan gigi susu sebelum waktunya dan faktor keturunan.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 36
1.3 Pemeliharaan kesihatan pergigian berada di tangan anda.
1.3.1 Kebersihan gigi dan mulut perlu diberi perhatian semenjak bayi dilahirkan.
1.3.2 Menjaga kebersihan gigi dan mulut dapat memastikan plak dibersihkan
dengan cara berkesan. mi boleh dilakukan dengan:
o Memberus gigi dengan berkesan
o Menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi berfluorida
o Memflos gigi
o Berkumur-kumur setiap kali selepas makan
1.3.3 Mengurangkan makanan dan minuman bergula. Biasanya gula ditambah pada
makanan semasa pemprosesan. Gula yang dicampur dalam makanan tersebut
dikenali sebagai gula tersembunyl. Kandungan gula perlu dikurangkan
seberapa yang boleh dalam penyediaan makanan atau minuman keluarga anda.
1.3.4 Pemeniksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
inempunyai banyak kelebihan seperti berikut:
o Mendapatkan khidmat nasihat
o Mendapatkan rawatan pencegahan seperti selan fisur dan penyapuan
fluorida
o Mengesan penyakit pergigian dan mendapat rawatan dan peringkat awal
1.4 Ibubapa perlu sedar bahawa pembinaan gigi bermula dan awal kandungan.
1.4.1 Pembinaan gigi bermula sejak kandungan berusia 6 minggu.
1.4.2 Makanan seimbang memberi manfaat kepada gigi dan tulang rahang ibu dan
kandungannya.
1.4.3 Zat galian seperti kalsium, fosferos dan fluonida sangat penting untuk
pembinaan gigi dan tulang yang kuat, Sumber mi boleh didapati dalam
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 37
makanan seperti ikan bilis, keju, susu, kekacang, sayur-sayuran dan buah-
buahan.
1.4.4 Pengambilan ubat-ubatan seperti tetracyline dalam jangkamasa yang panjang
semasa mengandung boleh menjejaskan warna gigi.
2. SETIAP ARLI KELUARGA BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KESIIIATAN
PERGIGIAN
2.1 Ibubapa perlu menjaga kebersihan gigi dan mulut anak-anak dan peringkat awal.
2.1.1 Amalan membersih mulut penlulah dipupuk di kalangan ahli keluarga
sebagai sebahagian dan ibadah.
2.1.2 Biasanya gigi susu pertama akan tumbuh dalam Iingkungan umur bayi 6 — 7
bulan.
2.1.3 Pembersihan gigi boleh dilakukan sebaik sahaja gigi susu pertama tumbuh.
Di peringkat permulaan, ibu-ibu boleh membersihkan gigi bayi dengan
menggunakan kain tuala basah yang lembut semasa memandikan bayi
2.1.4 Plak adalah punca utama kejadian karies dan penyakit gusi. Plak sentiasa
terjadi di permukaan gigi. Ia boleh dibersihkan dengan memberus gigi secara
berkesan.
2.1.5 Apabila bayi telah mempunyai beberapa batang gigi, ibubapa bolehlah
mernbersihkan giginya dengan menggunakan berus gigi yang lembut.
2.1.6 Ibubapa berperanan membantu membersihkan gigi anak sehingga mereka
mampu membersihkan gigi sendiri.
2.1.7 Ubat gigi berfluorida yang digunakan tidak perlu lebih dan sebesar sebiji
kacang pis.
2.1.8 Gigi yang bersih boleh menjamin tahap kesihatan pergigian yang bebas dan
karies dan penyakit gusi.
2.1.9 Ibu-ibu mengandung hendaklah meningkatkan penjagaan gigi dan mulut
untuk mengelakkan keradangan gusi akibat perubahan hormon.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 38
2.2 Ibubapa bertanggungjawab rnengurangkan kandungan gula dalam penyediaan
makanan/minuman seisi keluarga.
2.2.1 Gula adalah punca karies. Kandungan gula yang tinggi dalam makanan boleh
menyebabkan karies dan kegemukan.
2.2.2 Ia tidak sepatutnya dicampurkan ke dalam sebarang penyediaan susu atau
makanan bayi.
2.2.3 Untuk rnencegah kejadian karies dalam keluarga, ibubapa perlulah mengikut
nasihat berikut:
o Elakkan mencampur gula semasa penyediaan susu bayi
o Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol susu dimulut
o Jangan mencampur gula semasa penyediaan makanan anak
o Kurangkan memberi makanan bergula kepada anak
o Pilih buah-buahan dan makanan berkhasiat sebagai snek jika perlu
o Amalkan penggunaan susu segar atau susu rendah lemak bagi
menggantikan susu pekat manis
2.3 Ibubapa patut meinilih ubat gigi berfluorida untuk kegunaan keluarga.
2.3.1 Ubat gigi berfluorida dapat menguatkan permukaan gigi bagi mencegah
karies.
2.3.2 Dalam pemilihan ubat gigi berfluorida, dapatkanlah ubat gigi yang sesuai
untuk kanak-kanak atau orang dewasa bergantung kepada peringkat umur.
2.3.3 Ubat gigi berfluorida khas untuk kanak-kanak disyorkan untuk kegunaan kanak-
kanak yang berumur enam tahun ke bawah.
2.3.4 Ibubapa hendaklah membantu anak-anak memberus gigi sehingga mereka boleh
memberus sendiri untuk memastikan kebersihan dan mengelakkan anak-anak
dan menelan ubat gigi berlebihan.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 39
2.3.5 Walaupun kanak-kanak boleh memberus gigi sendiri ibubapa perlu terus
mengawasi cara mereka memberus gigi.
2.4 Setiap ahli dalani keluarga mesti memastikan pemeriksaan mulut dilakukan
sekurang-kurangnya sekali setahun.
2.4.1 Lawatan awal ke klinik pergigian dapat mencegah sebarang masalah
pergigian.
2.4.2 Khidmat nasihat dan tunjukajar tentang penjagaan kesihatan pergigian yang
diberi dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pemeliharaan
kesihatan pergigian.
2.4.3 Lawatan pergigian perlu dilakukan semasa mengandung untuk mengekalkan
kesihatan pergigian serta kesihatan ibu secara keseluruhan.
2.4.4 Disyorkan lawatan sekeluarga ke klinik pergigian dijadikan satu aktiviti
tahunan.
2.5 Lindungilah gigi ahli keluarga anda semasa bersukan lasak.
2.5.1 Pelindung mulut adalah salah satu alat sukan yang digunakan untuk
melindungi gigi dan bahagian mulut dan kecederaan semasa bersukan.
2.5.2 Semasa memakai pelindung mulut, pastikan semua gigi rahang atas ditutup
sepenuhnya.
2.5.3 Disyorkan memakai pelindung mulut bagi sukan lasak dan rekreasi seperti:
• Kasut beroda (roller-blades)
• Taekwando
• Lumba basikal
• Hoki
• Ragbi
• Tinju
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 40
2.5.4 Pelindung mulut boleh didapati di klinik pergigian atau farmasi.
3. KETAHUITJAH BAHAWA KANSER MULUT BOLEH DICEGAR DENGAN
AMALAN CARA HIDUP SIHAT SEISI KELUARGA
3.1 Kanser mulut berpunca dan tabiat seperti makan sireh, sogel tembakau, minum
alkohol dan merokok.
3.1.1 Kanser mulut dikaitkan dengan amalan dan tabiat yang boleh dielakkan bagi
mencegahnya dan peringkat sebelum ia bermula.
3.1.2 Hentikan tabiat yang menyebabkan kanser mulut bagi memulihkan keadaan di
peringkat pra-kanser.
3.1.3 Kenali gejala kanser mulut pada peringkat awal seperti ulser mulut yang tidak
sembuh lebih dan 2 minggu, tompok-tompok putihl merah pada bahagian
lelangit, lidah dan mukosa mulut.
3.2 Kanser mulut boleh dicegah dengan amalan cara hidup sihat dan keprihatinan setiap
ahli keluarga.
3.2.1 Pemeriksaan mulut secara berkala dapat mengesan segala gejala kanser
mulut pada peringkat awal bagi rnemudahkan rawatan dan mengelakkan
komplikasi.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 41
E: KOMPONEN RUMAH SELAMAT
MESEJ UTAMA
1. Bahaya kecederaan mungkin lerdapat di dalarn dan di persekitaran runiah dan boleh
mengancam ahli keluarga anda.
2. Kesan kecederaan di rumah boleh dikurangkan dengan memberi pertolongan cernas
1. BAHAYA KECEDERAAN MUNGK1N TERDAPAT DI DALAM DAN DI PERSEKITARAN RUMAR DAN BOLEH MENGANCAM AHLI KELUARGA ANDA
1.1 Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja termasuk di rumah tanpa memilih
waktu dan siapa
1.2 Ketahuilah dan amalkan aspek keselamatan di rumab bagi memastikan
keluarga anda bebas dan kecederaan
2. KESAN KECEDERAAN DI RUMAH BOLEH D1KURANGKAN DENGAN MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS
2.1 Kecederaan ringan boleb dirawat di rumah
2.2 Kecederaan yang serius boleh membawa maut dan mesti dirujuk segera ke
hospital
2.3 Ahli keluarga adalah digalakkan mempelajari pertolongan cemas supaya
dapat mengendalikan kes-kes kecernasan di rumah
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 42
MAKLUMAT SOKONGAN
1. BAHAYA KECEDERAAN MUNGK1N TERDAPAT DI DALAM DAN DI PERSEKITARAN RUMAH DAN BOLER MENGANCAM AIILI KELUARGA ANDA
1.1 Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja termasuk di rumah tanpa memilih
waktu dan siapa.
1.1.1 Dianggarkan 30% daripada kes-kes kecederaan yang dirawat di hospital-
hospital kerajaan terdiri daripada kes-kes kemalangan di rumah.
1.1.2 Kemalangan di rumah boleh berlaku kepada semua ahli keluarga.
Golongan yang sering mendapat kemalangan di rumah adalah kanak-
kanak di bawah umur 10 tahun dan wargatua.
1.1.3 Lokasi di mana kemalangan kerap berlaku adalah di halaman rumah,
dapur, bilik air dan ruang rehat.
1.1.4 Punca utama kecederaan adalah terjatuh, terhiris dan tertusuk.
1.1.5 Faktor-faktor yang sering dikaitkan sebagai penyebab kecederaan di
rumah adalah permukaan lantai yang tidak rata, susunatur dan keadaan
perabut yang tidak terurus, dan permainan yang berselerak.
1.1.6 Penggunaan alat tatih boleh menyebabkan kecederaan di kalangan kanak-
kanak jika tidak diselia.
1.1.7 Keadaan dalam rumah yang boleh membahayakan keselamatan ahli
keluarga termasuklah:
Lantai — reput, basah, licin dan keadaan tikar dan permaidani yang
tidak sempurna.
Tangga — terlalu curam, tiada penghadang, licin, berbucu tajam
dan mempunyai anak tangga terlalu kecil dan tidak rata
Perabut — berbucu tajam, tidak stabil, diperbuat daripada kaca dan
diletakkari berhampiran tingkap
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 43
Ruang rehat — terlalu sempit akibat susunatur perabut yang tidak
baik
Ruang dapur
• alas meja yang labuh yang boleh ditarik oleh kanak-kanak
• peralatan yang tajam dan berbahaya yang tidak disimpan
dengan selamat
• cerek/periuk yang panas
Bilik air - takungan yang tidak ditutup
Pencahayaan yang tidak mencukupi
Ubat-ubatan dan bahan kimia tidak disimpan di tempat yang
selamat dan berkunci
Permainan yang berselerak
Soket elektrik yang terdedah dan terlalu rendah
Jeriji besi yang tidak boleh dibuka
Halaman — perigi yang tidak ditutup, tumbuhan berduri atau
beracun, peralatan kebun tidak disimpan di tempat selamat.
1.2 Ketahuilah dan amalkan aspek keselamatan di rumah bagi memastikan keluarga anda
bebas dan kecederaan
1.2.1 Kanak-kanak sememangnya aktif dan gemar bermain. Sikap ingin mencuba
merupakan tabiat semulajadi mereka. mi boleh mendedahkan mereka kepada
kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, awasilah mereka ketika bermain
terutamanya golongan kanakkanak dengan keperluan khas.
1.2.2 Warga tua juga memerlukan pengawasan. Peningkatan usia berkaitrapat
dengan masalah kekaburan penglihatan, ketidakstabllan fizikal (instability)
dan kurang pendengaran. Faktor-faktor mi mendedahkan mereka kepada
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 44
bahaya kecederaan di rumah. Oleh yang demikian, mereka tidak hams
ditinggalkan bersendirian.
1.2.3 Selain dan memberi pengawasan terutamanya pada golongan tertentu, setiap
keluarga juga mestilah menitikberatkan aspek keselamatan di rumah masing-
masing. Rumah yang selamat dapat mengelakkan berlaku kemalangan dan
seterusnya mencegah kecederaan di rumah.
1.2.4 Anda boleh mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan di rumah
anda.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menjaga keselamatan di rumah anda:
Halaman Rumah
• Pintu pagar sentiasa tertutup
• Longkang ditutup
• Telaga mempunyai penghadang (kerek atau pagar) dengan ketinggian
melebihi 3 kaki dan ditutup
• Sampah sarap dibuang di tempat khas
• Peralatan berkebun, bertukang dan membaiki kenderaan disimpan di
tempat khas
• Tiada pokok beracun dan berduri
• Tiada lubang
• Tiada kaca atau benda tajam
Ruang Tamu
• Permaidani dan tikar tidak mudah bergerak
• Permukaan permaidani dan tikar yang rata
• Ada alat pengesan asap
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 45
• Susunatur perabot tidak menghalang pergerakan
• Perabot yang tinggi mestilah stabil
• Tiada perabot atau peralatan yang berkaca
• Tiada perabot berbucu tajam
• Permainan disimpan di dalam bekas khas dan diletakkan di tempat yang
rendah
• Peralatan berbahaya atau tajam (rokok, pemetik api, gunting) diletak di
tempat bertutup dan tidak boleh dicapai oleh kanakkanak
• Wayar yang rendah tidak dibiarkan atas lantai atau di bawah permaidani
• Soket yang rendah mempunyai penutup
Ruang Dapur
• Bahan-bahan pencuci disimpan di tempat berasingan dan makanan
• Bahan-bahan pencuci disimpan di tempat yang tidak dapat dicapai oleh
kanak-kanak
• Bahan-bahan pencuci disimpan di dalam bekas asal atau berlabel
• Bekas menyimpan minyak tanah dilabel dan disimpan di tempat yang tidak
oleh dicapai oleh kanak-kanak
• Ubat-ubatan disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak
• Peralatan berbahaya atau tajam seperti mancis dan pisau disimpan di
tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
• Makanan dan minuman panas disimpan atau diletakkan di tempat yang
tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
• Beg plastik dan tall disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh
kanak-kanak
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 46
• Tiada dawai/wayar peralatan elektrik yang terjuntai
• Pemegang periuk dan kuali sentiasa dihalakan ke arah dinding
• Muncung cerek sentiasa dihalakan ke arah dinding
• Alas meja atau lapik tidak terjuntai dan tidak boleh ditarik
• Lantai tidak licin
• Ada penghadang kanak-kanak di pintu masuk ke dapur
• Soket yang rendah mempunyai penutup
Bilik Air
• Bahan-bahan pencuci disimpan di tempat khas yang tidak boleh dicapai
oleh kanak-kanak
• Bahan pencuci disimpan dalam bekas asal/bekas yang berlabel
• Lantai tidak licin
• Alas lantai tidak bergerak
• Suhu alat pemanas air boleh dikawal
• Semua bekas takungan air sentiasa ditutup
Bilik Tidur
• Katil kanak-kanak mempunyai penghadang
• Jarak antarajeriji kayulbesi penghadang tidak melebihi 3.5 mci
• Ketinggian penghadang tidak kurang dan 2 kaki
• Katil jauh dan tingkap
• Katil jauh dan punca elektrik
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 47
• Almani dan laci berkunci
• Bucu perabot di dalam bilik tidak tajam
• Alat solek disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai/ambil oleh kanak-
kanak
• Ubat nyamuk (lingkaran/kepinganlerosol) disimpan di tempat yang tidak
boleh dicapai/ambil oleh kanak-kanak
• Soket yang rendah mempunyai penutup
12.5 Sikap semua ahli keluarga adalah merupakan salah satu aspek penting dalam
memastikan persekitaran rumah adalah selamat dan bahaya kemalangan. Ketika
membuat pengubahsuaian rumah, utamakan ciri-ciri keselamatan di samping ciri-cini
kecantikan dan keselesaan. Sikap mementingkan ciri keselamatan mi patut disemai di
kalangan semua ahli keluarga.
2. KESAN KECEDERAAN DI RUMAH BOLER DIKURANGKAN DENGAN MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS
2.1 Kecederaan ringan boleh dirawat di rumah
2.1.1 Kebanyakan kes-kes kecederaan yang benlaku di rumah merupakan
kecederaan ringan. Jenis kecederaan yang kerap berlaku adalah luka, lebam-
lebam, patah dan kecederaan akibat kebakaran (seperti melecur).
2.1.2 Kes-kes ringan seperti berikut boleh dirawat di rumah:
• Luka ringan atau calar yang tidak memerlukan jahitan
• Lebam
• Melecur
2.2 Kecederaan yang serius boleh membawa maut dan mesti dirujuk segera ke
hospital
Kes-kes seperti ini perlu dirujuk segera ke hospital termasuklah:
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 48
• Luka dalarn yang memerlukan jahitan
• Lebam yang diiringi kesakitan yang kuat
• Luka tertusuk
• Kebakaran yang teruk
• Patah tulang
• Kecederaan kepala
• Keracunan
• Lemas
• Pendarahan yang tidak dapat dihentikan
2.3 Ahli keluarga digalakkan mempelajari pertolongan cemas supaya dapat
mengendalikan kes-kes kecemasan di runiah
2.3.1 Pertolongan cemas boleh menyelamatkan nyawa. mi termasuklah
perawatan kecemasan dan kaedah bantu-pulih kardiopulmonari
(Cardiopulmonary Resuscitation atau CPR).
2.3.2 Ibubapa disyorkan mengetahui teknik-teknik rawatan kecemasan dan
kaedah CPR untuk mengurangkan impak atau kesan kecederaan yang
dialami.
2.3.3 Teknik dan kaedah CPR harus dipelajari dan badan-badan yang
bertauliah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah.
2.3.4 CPR yang tidak dilakukan dengan betul boleh membawa maut.
2.3.5 Di samping itu, setiap rumah harus mempunyai kotak bantu kecemasan
(First Aid Box).
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 49
F: KOMPONEN KESIHATAN REPRODUKTIF
MESEJ UTAMA
1. Kesihatan Reprodukt f adalah penting bagi kesejahteraan keluarga.
2. Kesihatan seksual ada/a/i koniponen penting dalani kesihatan reproduktf
3. Setiap tindakan seks per/u bebas daripadajangkitan.
4. Setiap kehamilan rnestilah dirancang dan selamat.
1. KESIHATAN REPRODUKTIF ADALAH PENTING BAGI KESEJAHTERAAN KELUARGA.
1.1 Keluarga perlu menyedari bahawa remaja dan belia mempunyai keperluan
kesihatan reproduktif yang khusus.
1.2 Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan anak-anak
yang mempunyal status kesihatan reproduktif yang Iebih balk.
1.3 Suami mestilah menyokong dan secara aktif mendorong peningkatan status
kesihatan wanita.
1.4 Semua wanita perlu mengetahul bahawa menopos adalah proses semulajadi.
Ia bukan satu halangan untuk meneruskan kehidupan yang sihat dan bahagia.
2. KESIHATAN SEKSUAL ADALAH KOMPONEN VENTING DALAM KESIHATAN REPRODUKTIF
2.1 Ibubapa seharusnya membimbing dan memupuk harga din anak dan
menanam nilai-nhlai murni anak-anak, khususnya berhubung dengan
tanggungjawab perilaku seks.
2.2 Ibubapa seharusnya melindungi anak-anak daripada penderaan seks.
2.3 Pasangan suami-isteri sepatutnya merasal kepuasan hubungan seksual
berdasarkan rasa hormat menghormati, persefahaman dan persetuj uan.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 50
3. SETIAP TINDAKAN SEKS PERLU BEBAS DARIPADA JANGKITAN
3.1 Setiap ahli keluarga seharusnya tahu bahawa tingkahlaku seks yang berisiko
boleh menyebabkan penyakit jangkitan kelamin.
3.2 Jangkitan penyakit kelamin mempunyai iniplikasi kesihatan yang buruk.
3.3 Pendidikan dan perubahan tingkahlaku boleh menghindari penyakit jangkitan
kelamin dan adalah tanggungjawab keluarga untuk menjayakan perubahan
mi.
4. SETIAP KEHAMILAN MESTILAH DIRANCANG DAN SELAMAT
4.1 Kehamilan yang tidak dikehendaki boleh dihindari melalui pendidikan dan
pencegahan kehamilan.
4.2 Kehamilan yang dirancang menyumbang kepada kebahagiaan keluarga.
4.3 Perancangan jarak kehaniilan yang sesual boleh mengurangkan risiko kepada
ibu dan bayl.
4.4 Setiap kehamilan membawa risiko. Oleb itu ibu sepatutnya membuat
pemeriksaan awal dan mendapatkan pemeriksaan berkala daripada anggota
kesihatan yang terlatih.
4.5 Setiap kelahiran perlu dikendalikan oleh anggota kesihatan terlatih.
4.6 Ahli keluarga seharusnya memastikan ibu menerima penjagaan yang
sempurna sewaktu kehamilan dan melahirkan.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 51
MAKLUMAT SOKONGAN
Keluarga merupakan hubungan antara individu dan masyarakat. Keluarga juga adalah unit
asas produktif dan reproduktif dalam masyarakat. Keluarga memainkan peranan utama dalam
mempromosikan kesihatan reproduktif. Kesihatan reproduktif bukan hanya menjurus kepada
sudut kesihatan ibu dan anak tetapi mestilah merangkumi kesihatan ahli keluarga lain
termasuklah anak yang sedang membesar, anak remaja, ibubapa dan ahli keluarga lain yang
terkandung di dalam unit keluarga tersebut.
Kesihatan Reproduktifboleh didefinisikan sebagai:
Kesejahteraan fizikal, mental serta sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit
berkaitan dengan proses, fungsi dan sisteni reproduktf Ia merangkumi keupayaan
untuk menjalin kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat serta bebas
menthuatpilihan yang bertanggungjawab.
1. KESIHATAN REPRODUKTIF ADALAH PENTING BAGI KESEJAIITERAAN
KELUARGA
1.1 Keluarga perlu menyedari bahawa remaja dan belia mempunyai keperluan kesihatan
reproduktif yang khusus
1.1.1 Peningkatan kes-kes kehamilan di kalangan remaja dewasa mi merupakan
masalah yang perlu diberi perhatian.
1.1.2 Kajian rnenunjukkan hampir 1.8 peratus remaja yang masih bersekolah terlibat
dengan aktiviti seks.
1. 1.3 Tekanan rakan sebaya dan makiumat seksual yang tidak tepat merupakan
antara faktor-faktor yang menyebabkan rernaja kini terjebak dalam aktiviti
seks.
1.1.4 Aktiviti seks rambang di kalangan remaja dan belia adalah tidak selamat dan
boleh mendedahkan mereka kepada risiko penyakit jangkitan kelamin dan
kanser pangkal rahim.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 52
1.1.5 Kajian menunjukkan golongan remaja dan belia kurang terdedah kepada
makiumat dan kemahiran untuk melindungi din daripada tingkahlaku seks
yang berisiko.
1.1.6 Pendidikan kesihatan reproduktif merupakan satu kaedah mendidik remaja dan
belia supaya tidak terjebak di dalam aktiviti seks.
1.1.7 Ibubapa perlu mendedahkan remaja dan belia dengan makiumat yang tepat
dengan menyemai nilai-nilai positif yang berhubung dengan tingkahlaku seks.
Seks hanya boleh berlaku di kalangan pasangan lelaki dan perempuan yang
berkahwin. Remaja patut digalakkan mengatakan TIDAK kepada seks.
1.2 Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan anak-anak yang
mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik.
1.2.1 Ibubapa perlu mendidik anak mereka dan generasi muda tentang amalan cara
hidup sihat yang merangkumi:
• Amalan seks yang selamat
• Menghindari sebarang penyalahgunaan dadah dan pengambilan alkohol
• Bahaya merokok
• Amalan pemakanan sihat
Ini akan melindungi anak-anak mereka daripada penyakit yang boleh memberi kesan
kepada keupayaan reproduktif kehamilan yang tidak dirancang dan penyakit jangkitan
kelamin.
1.2.2 Ibubapa dan ahli keluarga dewasa yang mengamalkan cara hidup sihat akan
menyalurkan nilai-nilai positif kepada anak-anak mereka.
1.3 Suami mestilah menyokong dan secara aktif mendorong peningkatan status
kesihatan wanita
1.3.1 Di Malaysia, rumahtangga selalunya diketuai oleh lelaki yang akan
membuat keputusan mengenai perilaku penjagaan kesihatan.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 53
1.3.2 Suami perlu berkongsi tanggungjawab dan memainkan peranan
penting dalam memastikan isteri mendapat penjagaan kesihatan yang
sempurna.
Bagi tujuan itu, suami perlu:
• Berpengetahuan dan memahami tentang kesihatan reproduktif
• Mengambil langkah-langkah wajar dalam melindungi kesihatan reproduktif setiap
ahli keluarganya
• Menyokong pilihan pen] agaan kesihatan reproduktif pasangan mereka
• Berkomunikasi dengan ahli keluarganya mengenai isu-isu seks
• Menggalakkan isteri menjalani pemeriksaan terhadap penyakit kanser secara
berkala seperti pemeriksaan payudara dan pap smear.
1.4 Semua wanita perlu mengetahui bahawa menopos adalah proses semulajadi. Ia
bukan satu halangan untuk meneruskan kehidupan yang sihat dan bahagia.
1.4.1 Menopos adalah proses semulajadi dalam kesihatan reproduktif wanita.
Menopos sering berlaku apabila seseorang wanita menjangkau usia 48
hingga 52 tahun. OIeh itu wanita akan menghabiskan suku hayat mereka
dalam masa selepas menopos.
1.4.2 Persediaan awal menghadapi menopos dapat membantu wanita dan keluarga
mengenalpasti tanda-tanda pra-menopos. mi dapat melambatkan atau
menghindari masalah-masalah yang berkaitan dengan menopos. Antara
tanda-tanda awal menopos ialah:
• ‘hot flushes’ — rasa panas pada bahagian muka tanpa sebab
• Berpeluh malam
• Keletihan dan kelesuan
• Cepat marah dan kerisauan
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 54
• Insomnia atau kesukaran tidur
• Jangkitan dan kekeringan di bahagian faraj
• Gejala saluran kencing
Wanita sepatutnya mendapatkan khidmat nasihat anggota kesihatan sekiranya tanda-tanda di
atas mengganggu kehidupan mereka.
1.4.3 Risiko penyakit osteoporosis dan penyakit jantung koronari yang meningkat
selepas menopos boleh dikurangkan dengan:
• Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang
• Amalan bersenam
• Mengambil terapi gantian hormon sekiranya perlu
1.4.4 Pasangan suami-isteri masih boleh meneruskan hubungan seksual yang baik
selepas ménopos. Anggota kesihatan boleh memberikan khidmat nasihat dan
rawatan kepada masalah seksual yang timbul akibat menopos.
1.4.5 Kehidupan yang ceria boleh diteruskan selepas menopos. Sediakan din anda
dengan:
• Memahami dan menerima menopos sebagai proses semulajadi.
• Mengetahui bila, bagaimana dan daripada siapa untuk mendapatkan khidmat
rawatan dan kaunseling.
• Mempunyai sikap positif terhadap menopos. Inilah masanya untuk meneroka minat
barn, aktiviti barn, mencari rakan barn dan bahagia menerima kehadiran anak
cucu.
2. KESIHATAN SEKSUAL ADALAR KOMPONEN PENTING KESIHATAN
REPRODUKTIF
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 55
2.1 Ibubapa seharusnya membimbing dan mernupuk harga din anak dan menanam
nilai-nilai murni anak-anak, khususnya berhubung dengan tanggungjawab
perilaku seks.
2.1.1 Keluarga adalah tempat asas untuk membina kestabilan dan ketahanan emosi
ahli-ahlinya.
64
2.1.2 Perhubungan kekeluargaan yang sihat akan mengeratkan jalinan kemesraan ahli-
ahli keluarga, meningkatkan rasa hormat menghormati perbezaan perilaku
dan perubahan jantina. Keadaan sedemikian akan menambah keyakinan dan
harga din setiap ahli keluarganya.
2.1.3 Ibubapa patut menggalak dan mendidik anak-anak yang meningkat remaja agar
tidak tunduk kepada tekanan sosial dan rakan sebaya dalam kemahuan
mengadakan seks luar nikah. Mereka perlu dididik untuk mengatakan
“TIDAK” kepada sebarang paksaan dan godaan untuk mengadakan seks dan
menangguhkannya sehingga selepas berkahwin.
2.2 Ibubapa seharusnya melindungi anak-anak daripada penderaan seks
2.2.1 Ibubapa bertanggungajwab melindungi anak-anak mereka daripada semua jenis
penderaan terutama penderaan seks.
2.2.2 Kajian menunjukkan bahawa dalam kebanyakan kes, pesalah yang
bertanggungjawab terhadap penderaan fizikal dan seksual di kalangan kanak-
kanak adalah mereka yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan
mangsa.
2.2.3 Kanak-kanak perlu dididik untuk menghargai tubuh mereka agar mereka tidak
mudah diperdaya oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan. Oleh itu
mereka mesti melaporkan sebarang pencabulan seks kepada orang yang
boleh dipercayai.
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 56
2.2.4 Penganiayaan dan pemaksaan seks pada zaman kanak-kanak adalah satu
peristiwa yang tragis dan akan meninggalkan kesan sepanjang hidup. mi
boleh mendorong kepada masalah seksual.
65
Bahagian Pendidikan Kesihatan
KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 57