manual usrah ipij

Upload: api-3726867

Post on 30-May-2018

271 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    1/17

    Kertas Kerja Dasar

    ManualUsrah

    IPIJ

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    2/17

    Manual Usrah IPIJ

    MUQADDIMAH

    Usrah adalah satu dari institusi tarbiyyah yang paling berkesan untuk mendidik dan

    melahirkan insan haraki. Ini adalah kerana unit-unit usrah diwujudkan secara terancang dantersusun, serta dilaksanakan sesuai dengan tahap keperluan anggota-anggota yang beradadi dalamnya. Melaluinya anggota-anggota yang sudah memperlihatkan kecintaan terhadapIslam, dapat dididik dan dengan cara diberikan kefahaman yang benar terhadap tasawwurIslam dan kaedah-kaedah bagaimana cita-cita keIslaman dapat diperjuangkan. Kefahamanyang benar lagi bersih serta fikrah harakah adalah menjadi syarat asasi kepada setiappetugas dan pemimpin Harakah Islamiyyah.

    Seluruh petugas Harakah Islamiyyah perlu menyedari bahawa cita-cita dan kejayaanharakah adalah sentiasa bergantung kepada KEKUATAN DAN KESELAMATAN saffpemimpin jama'ah di semua peringkat. Segala usaha dan jalan yang telah dirintis olehpemimpin perlu disambung dan disempurnakan oleh generasi pelapis berikutnya. Oleh yangdemikian, kesinambungan perancangan dan gerak kerja hanya dapat diwujudkan sekiranyaada pewarisan FIKRAH dan ORIENTASI kerja dan pengurusan yang tersusun yang diberikanoleh pemimpin semasa kepada pemimpin pelapis mereka.

    Pewarisan FIKRAH dan orientasi pengurusan organisasi serta program-programjamaah, perlu menjadi kegiatan utama kepada jamaah bagi menjamin penerusan fikrah danpenghayatan Manhaj Islami sentiasa terpelihara. Satu dari saluran pembinaan FIKRAH danorientasi yang dimaksudkan ialah USRAH.

    Oleh itu, USRAH perlu difahami dan dihayati sewajarnya supaya saluran ini dapatdimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pemimpin dan anggota jamaah di semua peringkat.

    Berikut dikemukakan beberapa perkara pokok tentang USRAH dengan harapanpanduan ini dapat memenuhi sebahagian dari kefahaman dan penghayatan yang diperlukanoleh anggota Harakah Islamiyyah. InsyaAllah.

    PENGERTIAN USRAH

    Perkataan usrah berasal dari kalimah Bahasa Arab yang bererti keluarga. Padaumumnya ia adalah untuk menunjukkan adanya hubungan atau ikatan persaudaraan sesamamanusia sama ada dalam hubungan rumahtangga, darah keturunan, suku bangsa atau puak.

    Dalam konteks harakiah Islamiyyah: Usrah bererti satu unit keluarga yang diikat olehkesatuan akidah(kesatuan keimanan), kesatuan pemikiran(fikrah), kesatuan kesedarantentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita-cita perjuangan untuk bekerjasamadan bantu-membantu memperkukuhkan Jamaah Islam dari berbagai sudutBagi membolehkan kerja-kerja amal jamai dan amal Islami dilaksanakan dengan teratursehingga tertegaknya Daulah dan Khalifah Islamiyyah.

    Berdasarkan tarif di atas dapatlah difahami bahawa USRAH dalam konteks gerakankita adalah keluarga yang diikat dengan ikatan yang lebih kukuh dan khusus. Ikatan yangmengatasi sempadan bangsa dan keturunan. Itulah ikatan aqidah, yang merupakan ikatanyang paling bersih dan paling mulia, kerana aqidah inilah yang menjadi kayu pengukur bagimenentukan kebenaran sesuatu sistem dan matlamat hidup manusia.

    Harakah Islamiyyah akan memperoleh keuntungan yang besar jika anggota-anggotanya yang terdiri dari orang-orang yang mempunyai kefahaman Islam yang baik,memiliki sahsiah yang mulia dan menarik, memahami tatacara bergerak dalam jemaahIslamiyyah, mampu membawa fikrah jamaah dan yang paling utama ialah berpegang teguhdan beriltimzam dengan manhaj pergerakan yang diputuskan oleh jamaah. Memandangkankesemua perkara di atas adalah merupakan bekalan dan syarat-syarat yang sangatbermakna bagi jamaah, maka anggota jamaah Islam wajib mengambilnya secara langsung

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    3/17

    dari pemimpin jamaah yang bertanggungjawab menyediakannya melalui program-programtarbiyyah jamaah. Salah satu dari institusi tarbiyyah yang penting ialah USRAH.

    TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH

    Tujuan utama dalam usrah merangkumi 10 perkara yang berikut:

    1) Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap Tasawwur Islam kepada anggotasupaya dapat menentukan sikap atau hukum terhadap sesuatu perkara ataupermasalahan.

    2) Meningkatkan penghayatan amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawabuntuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan dan ketinggian ajaran Islam samaada secara peribadi(fardi) atau berjamaah(jamai).

    3) Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuksemangat bertindak dan bekerja secara jamaah.

    4) Membina aqliyyah jamaiyyah di kalangan anggota agar mereka sentiasa memberikeutamaan kepada gerak kerja secara jamaI atau bertindak mengikut kaedah ataukeputusan yang dibuat oleh jamaah.

    5) Menyalurkan arahan-arahan jamaah atau gerakan dalam rangka pembinaan anggotamahupun program-program mengislahkan masyarakat dan pemerintahan.

    6) Menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari selok-belok perjuangan daripengalaman gerakan-gerakan Islam seluruh dunia.

    7) Mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan aktivis-aktivis yang benar-benarmampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahamanilmu serta akhlaq.

    8) Memastikan bahawa yang bakal menempati saff pimpinan ialah orang orang yanglayak, jujur dan ikhlas. Memastikan bahawa orang yang memegang pimpinan adalahArrajulul Munasib fil Makanil Munasib-orang yang layak di tempat munasabah.

    9) Memastikan bahawa barisan perjuangan tidak dimasuki oleh pemikiran yangsumbang atau musuh.

    10) Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organisasi yang piawai atau mampu

    menghadapi tahap-tahap perjuangan tanpa diserapi oleh anasir pemecah yangmenggugat harakah.

    RUKUN-RUKUN USRAH

    Usrah menjadi suatu kelaziman di dalam program tarbiyyah harakah kita ini. Ianyamestilah mempereratkan pertalian aqidah dan menanamkan cinta kepada perjuangan,menanggapkan kebenaran walau apa kesusahan yang dihadapi dan diterima olehseorang mujahid. Rukun usrah itu ialah tiga perkara ianya mestilah diperkukuhkan,sekukuh-kukuhnya iaitu:

    i. Al-Ta'aruf

    Al-Taaruf ertinya berkenalan secara paling mendalam yang menimbulkan kasihsayang dengan tujuan Al-Hubbufillah. Sebagaimana firman Allah Taala:

    Maksudnya:

    "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"(Al-Hujurat:10)

    Dan Sabda Rasulullah s.a.w.:

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    4/17

    Maksudnya:

    "Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat-menguat di antara setengah dengan setengah yang lain."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan

    sekadar teori semata-mata.

    Al-Taaruf iaitu kenal mengenal daripada bab mufaalah (daripada dua belah pihak)Salbi dan i~jabi (memberi dan menerima). Kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentangsaudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuaidengannya.

    ii. Al-Tafahum

    Al-Tafahum ertinya bersefahaman. Al-Tafahum daripada bab mufaalah juga, adalahmenjadi tujuan usrah iaitu supaya membuatkan satu sikap, satu tindakan hasil daripadasama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk

    kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jamaah dan disusuli dengannasihat menasihati di antara saudara, (Ad-Dinul Nasihah). Awas jangan sama sekali nasihatmenasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada salah satudaripada yang lain, baik yang memberi atau yang menerima.

    Sabda Rasulullah SAW, Ad-Dinun Nasihah(Agama itu adalah nasihat)

    iii. Al-Takaaful

    Al-Takaful ertinya saling bantu-membantu. Rukun ini merupakan dasar membelanasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidakterbela, maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah

    yang dihadapi oleh saudaranya. Takaaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkandaripada keimanan, dan merupakan intisari dari ukhuwwah yang murni. Cuba saudara-saudara teliti sabda Rasulullah s.a.w.:

    Maksudnya:

    "Sesungguhnya seseorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baikbaginya daripada beriktikaf dimasjid aku ini selama sebulan."

    Dan sabdanya lagi:

    Maksudnya:

    "Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dankesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepadanya selaindaripada syurga."

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    5/17

    STRUKTUR DAN KEANGGOTAAN USRAH.

    1. Usrah terdiri 5 ke 6 orang anggota; sekurang-kurangnya 2 orang. Naqib dipilih darikalangan mereka yang telah mendapat tarbiyah dari marhalah takwim. Naqib mewakili

    jemaah dalam penyebaran ilmu. Usrah juga saling memikul tanggungjawab jemaah.2. Usrah berkumpul bersama dirumah para anggota pada siang atau malam hari secara

    bergantian. Perkara ini dilakukan bertujuan menekankan jalinan sosial antara anggotausrah, kemudian cinta kasih dan persahabatan, hasil dari saling mengunjungi rumah-rumahmereka. Struktur usrah sendiri kadang-kadang perlu diusahakan untuk menghimpunkanpara anggota usrah dengan berbagai cara yang lebih efektif.

    3. Antara syarat-syarat keanggotaan usrah adalah taat dan komitmen dengan seluruhprogram usrah.

    4. Membahagikan para anggota kepada beberapa usrah. Usrah muslimat, usrah muslimim,dan lain-lain.

    5. Usrah adalah sistem yang tidak tertutup, bahkan setiap usrah sebagai hasil interaksi paraanggotanya dengan lingkungan masyarakat- mungkin melahirkan usrah baru yang memilikikomitmen dengan program-program dan tata tertib usrah induknya, dan kepimpinannyamengikut usrah induk, dan seterusnya.

    6. Dengan menganalisis struktur diatas dapat disimpulkan:

    a. Usrah terdiri daripada jumlah anggota yang sangat terbatas, berkumpul pada suatusiang atau malam dalam satu kawasan dirumah salah seorang anggota, atau dimanapun dan bila pun tanpa ketentuan. Ia memiliki naqib yang bertanggungjawab kepadapimpinan usrah induk dari IPIJ.

    b. Pengololaan kepimpinan usrah-usrah adalah dibawah kepimpinan IPIJ. Usrahmenerbitkan semua arahan yang berkaitan dengannya. Usrah-usrah tersebut merupakanbukan system yang hanya pengisian, tetapi juga merupakan aset jemaah untukmerealisasikan hal-hal yang dicita-citakan.

    PROGRAM-PROGRAM KHUSUS SISTEM USRAHA. PROGRAM ILMIAHProgram ini terselenggara ditenggah pertemuan usrah:

    1. Kajian mengenai persoalan-persoalan islam dan dakwah, perbincangan antara anggotatentang hal itu dalam batas-batas saling menghormati dan menghargai, dengan tetapkomitmen pada etika perbincangan.

    2. Mengikut perkembangan peristiwa dan mengkaji perkembangan yang terjadi, sertamenentukan keputusan yang relevan dengannya.

    3. Membaca- dan menerima arahan-arahan dan risalah-risalah dari pimpinan umum usrah-dengan memberi hak kepada keanggotaan untuk meminta penjelasan, dan naqib harusmenjelaskan dalam batas-batas pengetahuannya. Jika tidak, ia harus merujuk kepadapimpinan.

    4. Mengkaji salah satu buku yang direkomenkan pimpinan IPIJ, yang lebih banyakmerupakan bentuk program pembelajaran.

    5. IPIJ sendiri telah mengeluarkan generasi baru yang perlu dibaca oleh setiap usrahdibawah IPIJ.

    *Sebahagian besar pertemuan usrah mencakup aspek ilmu secara kolektif.

    B. PROGRAM SOSIAL

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    6/17

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    7/17

    Segera membuat pemeriksaan kesihatan umum, segera mengambil rawatan apa juapenyakit yang kamu hadapi.

    Jauhi berlebih-lebihan meminum kopi, teh dan seumpanya. Ditegah dari menghisaprokok.

    Menjaga kebersihan rumah pakaian, tempat tinggal, badan dan juga tempat study.

    Bercakap benar jangan sekali-kali berdusta.

    Hendaklah menepati janji. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan cekap seperti bercakap benar dll.

    Sentiasa serius dan bersungguh-sungguh. Tetapi tidak menghalang kita dari senyu.

    Hendaklah menjadi seorang yang sangat pemalu berjiwa halus, sensitive dengankebaikan dan keburukan.

    Hendaklah menjadi seorang yang adil.

    Hendaklah menjadi seorang yang mempunyai kecergasan yang maksimum, berlatihuntuk khimat awam.

    Berjiwa penyayang, bertolak ansur, memberi maaf dan lain-lain.

    Memperelokan bacaan dan tulisan.

    Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas.

    Menjauhi segala judi. Menjauhi riba

    Berkhimat untuk kebangkitan islam.

    Menyumbang kepada dakwah.

    Memperelokan bersuci dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk.

    Memperelokkan solat seperti solat jemaah dan sebagainya.

    Sentiasa berniat untuk berjihad

    Memperbaharui taubat.

    Bermujahadah semampunya sehingga mampu menjaga pandangan mata dan gelojakjiwa dan lain-lain.

    Menjauhi arak

    Menjauhi rakan-rakan yang buruk lakunya.

    Menjauhi tempat-tempat hiburan. Mengenali anggota usrah dengan sempurna.

    Bekerja untuk berdakwah disetiap tempat.

    3. Disamping itu juga, mengharuskan mereka melaksanakan tata tertib usrah yang jugamerupakan tatatertib jemaah. Setiap anggota dianjurkan untuk melakukan evolusi diri setiaphari komitmennya dengan tata tertib dan kewajipan-kewajipan moral tersebut. Ini merupakanlatihan bagi setiap anggota untuk mengembangkan perasaan moral dan menambahkankomitmennya secara spiritual.

    D. ATURCARA USRAH MARHALAH TAARIF

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    8/17

    PROSES MASA TINDAKAN RUJUKAN

    (1) PENDAHULUAN(a) Al-Fatihah(b) AsmaulHusna

    [10minit]

    PengerusiMajlis

    (2)TADARRUS AL-QURAN, TAFSIRQURAN @ PERBENTANGAN HADISDAN HAFAL DOA

    [15minit]

    Naqib Quran, hadis40,tafsir danTerjemahan

    (3) TAZKIRAH RUHIYYAH(a) Iman yakin [10

    minit]

    Naqib @ Ahli

    (4) PENGISIAN

    (a) Naqib mesti mematuhi OutlineUsrah Marhalah Taarif

    [60minit]

    Naqib Outline UsrahMarhalah Taarif

    (5) PERBINCANGAN(a) Naqib merangsang

    perbincangan berkaitan(b) pengisian

    [15minit]

    Naqib & Ahli

    (6) ISU SEMASA[15minit]

    Naqib Internet

    (7) PERKARA BERBANGKIT(a) Tarikh usrah berikutnya(b) Tempat usrah berikutnya

    (c) Pengerusi usrah berikutnya(d) Agenda usrah berikutnya(e) Perkara-perkara lain

    (f) Muhasabah

    [15

    minit]

    Naqib & Ahli TakwinIPIJ/Universiti, diariperibadi

    (8) PENUTUP(a) Bacaan Mathurat(b) Tasbih Kifarah

    [10minit]

    PengerusiMajlis

    PERINGATAN:(1) Matlamat utama: mempererat ukhuwah(2) Patuhi masa(3) Pastikan ada riadah mengikut kesesuaian ahli(4) Untuk Usrah Tempatan:

    a. Ikut urutan (1)~(8)b. Jumlah masa: 2jam 30minitc. Boleh diubah mengikut keadaan madu.

    E. PERLAKSAAN USRAH.

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    9/17

    Usrah terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu:

    a. Usrah mingguan

    1. Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah.2. Usrah diadakan dua minggu sekali

    3. Solat berjemaah, berwirid, membaca al-Quran adalah rukun utama majlis usrah.4. Atur cara tetap usrah yang dicadangkan ialah solat Maghrib berjemaah, berwirid

    dengan al-mathurat dan membincangkan kertas-kertas kerja yang telah disediakanoleh naqib atau naqibah.

    5. Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan terlebihdahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahanrujukan atau teksnya.

    6. Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan teliti, makamajlis mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepadasemua. Usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatupersetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehinggadapat rumusan yang bulat dan konkrit, sekiranya tajuk perbahasan merupakan isupokok dan memerlukan pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka hendaklah

    dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam jemaah.7. Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu yang akan datang ditentukan oleh naqib

    atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan.8. Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus kepada

    organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam didalam dan luar negara.

    9. Usrah dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam masa 2 jam.

    10. Memiliki tabung usrah yang seragam sama dengan usrah induk dengan sumbangan100 yen sekurang-kurangnya.

    11. Mempunyai organisasi yang lengkap bagi setiap usrah.12. Setiap usrah perlu ada penyegaraman bahan bacaan dan tajuk.

    b. Mukhayyam

    1. Dilaksanakan 3 bulan sekali.2. Program berjalan dari waktu magrib dan diakhirinya dengan petang esok.3. Mukhayyam dilaksanakan diantara ahli usrah sahaja.4. Dilaksanakan dirumah ahli usrah.

    5. Bermalam di salah seorang rumah ahli usrah.6. Cuba menbina satu kehidupan seoragn muslim sebenar.7. Antara aturcara Mukhayyam adalah:

    a. Solat isyak berjemaah.b. Baca surah al-mulk dan surah al-sajadah sebelum tidur.c. Adab tidur.

    d. Tidur selepas solat isyak.e. Bangun qiamulai.f. Solat subuh berjemaah.g. Tadarus Al-quran.h. Riadah.(berjoging ataupun berbasikal)i. Rehat.

    j. Sarapan dan masak bersama.k. Usrah seperti biasa.l. Bersurai.

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    10/17

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    11/17

    hendaklah mendengar ucapan saudaranya dan jangan mencelah ucapannya hinggabeliau selesai

    mendengar dengan khusyuk walaupun terhadap perkara-perkara yang sudahdiketahui

    6. Adab berbincang

    berbincang dalam suasana tenang dan merendahkan suara

    meletakkan matlamat perbincangan adalah untuk mencari kebenaran

    7. Adab bergurau

    apabila berlaku perkara lucu atau senda gurau, hendaklah ketawa sekadartersenyum tanpa suara

    dilarang bersenda gurau melampaui batas-batas syarak8. Adab membaca Al-Quran

    membaca Quran dengan berwudhu

    ika yang membaca ramai tidak mengapa bergilir-gilir; orang yang keduamenyambung bacaan orang yang pertama

    membaca Quran dengan tenang dan khusyuk; jangan dibiarkan tangan bermain-main dan mukanya berpaling tanpa keperluan

    mendengar bacaan Quran mengarahkan pancaindera pendengaran kepadabacaan ;dan berdiam diri, diam untuk mendengar dengan tidak diganggui daripadamemahami bacaan

    9. Adab-adab makan

    menghadap makanan dengan niat supaya dapat membantunya menunaikan hak-hak Allah

    membasuh tangan sebelum menikmati makanan

    membaca doa makan

    membaca Bismillah dan makan dengan tangan kanan

    bersederhana dalam makan

    tinggalkan makanan yang tidak disukai tanpa disebut keburukannya

    sunat mengecilkan suapan, mengunyahnya dengan baik dan makan makanan yang

    paling hampir dengannya selesai makan, hendaklah membaca doa

    membasuh tangan setelah selesai makan10. Adab-adab tidur

    tidur awal malam; kerana ia membantu bangun dalam keadaan cergas untukmelakukan qiamullail dan solat Subuh

    memilih tempat yang luas hingga dia dapat tidur dengan selesa jauh darisaudaranya dengan menggunakan selimut sendiri

    disunatkan berwudhu sebelum tidur kemudian dikibaskan kainnya dan tempattidurnya dan tidur di atas pinggang kanannya kemudian berdoa dengan doa tiduryang sabit dari Rasulullah SAW

    makruh tidur meniarap kerana ia dibenci Allah

    bangun tidur kemudian berdoa dengan doa bagun tidur11. Adab-adab qiamullail

    tidur awal malam, mengurangkan makan supaya tidak merasa malas dan jugaberniat sebelum tidur untuk bangun qiamullail

    membasuh muka dan bersugi selepas terjaga dari tidur

    mulakan qiam dengan solat sunat 2 rakaat yang ringkas

    jangan tunaikan solat dalam keadaan memaksa sedang dia penat dan mengantuk

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    12/17

    disunatkan bangun pada sepertiga akhir malam, harus dilakukan pada pertengahanatau akhirnya selagi selepas solat Isya

    12. Penutup majlis

    tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr

    SIFAT-SIFAT DAN CIRI-CIRI NAQIB/NAQIBAH YANG DINAMIKSetiap naqib/naqibah mestilah berusaha untuk menyemai sifat-sifat berikut dalam diri

    masing-masing untuk menjayakan perlaksanaan usrah.1) Al-Fahmu

    Naqib/naqibah mesti memahami Islam dari sumber yang sejati.Islam ialah suatuperaturan yang meliputi semua lapangan hidup tidak kira dalamkebudayaan,undang-undang,ilmu pengetahuan mahupun kehakiman. Naqib/naqibahhendaklah bertindak mengikut ilmu dan kefahaman(contoh tindakan=memberipengisian) untuk mengelakkan dari timbulnya masalah-masalah akibat tindakanyang tidak berasaskan kefahaman.

    2) Iman yang mendalamDengan hanya ilmu dan kefahaman tanpa disertai iman yang mendalam,

    naqib/naqibah tidak dapat memberi apa-apa kebaikan untuk perjuangan.Keimananyang mantap sahaja akan membolehkan naqib/naqibah menghadamkan fikrahperjuangan Islam kepada anak usrahnya.Harus diingat bahawa kekuatan jemaahIslam terletak pada kekuatan iman yang sejati dan mendalam.Tanpa iman yangmantap, perjuangan akan berakhir di tengah jalan.Naqib/naqibah yang mempunyaiiman yang mantap akan bermotivasi untuk menaikkan semangat di kalangan ahliusrah.

    3) Benar Naqib/naqibah mestilah benar didalam niat,perkataan dan pekerjaannya.Jangansekali-kali ada penipuan dan pendustaan.Sekiranya wujud penipuan dalamucapan dan tindakan, ia akan menimbulkan kesan buruk kepada usrah yangdipimpin.

    4) Sabar Kerja membentuk manusia bukan sesuatu yang mudah.Ia memerlukan kesabaranyang padu serta himmah yang tinggi bagi mencapai target yang dikehendaki.Olehitu, naqib/naqibah hendaklah sentiasa sabar dengan kerenah ahli usrah yangberbagai ragam.

    5) RahmatSabda Rasulullah yang bermaksud,Tidak dirahmati orang yang tidak merahmatiorang lain. Naqib/naqibah hendaklahjangan kecewa sekiranya ada di kalanganahli usrah yang menolak apa yang disampaikan, mungkin mereka tidak fahamdan jahil ataupun mungkin apa yang disampaikan masih belum cukup bagimereka.Naqib/naqibah hendaklah memandang mereka dengan pandanganrahmah seperti yang Nabi lakukan ke atas puak Taif walaupun mereka telahmencederakan Nabi.

    6) TawadukSifat tawaduk akan membuatkan orang lain tertarik untuk menerima dan mendengarnasihat atau percakapan kita.Sikap takabur akan menyebabkan kita terhijab darikebenaran dan rahmat Allah.Seorang naqib/naqibah hendaklah seseorang yangmudah bergaul dengan ahli usrahnya dan tidak sombong untuk menambah

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    13/17

    keakrabannya dengan ahli usrah.Naqib/naqibah hendaklah menegur ahli usrahdahulu dan bukan sebaliknya untuk menampakkan sifat tawaduk.

    7) PemurahSeorang naqib/naqibah semestinya bukan seorang yang kedekut.Sifat kedekutakan menjauhkan ikatan ukhuwah.Naqib/naqibah hendaklah memberi keutamaan

    kepada mereka yang memerlukan bantuan dan membiasakan diri memberikepada mereka yang berhajat.Sikap ini dapat melatih ahli usrah supaya turutbersikap pemurah.

    8) Suka menolong orangNaqib/naqibah hendaklah menampakkan bahawa kepentingan ahli usrah melebihikepentingan diri sendiri.Ini akan menambahkan ikatan ukhuwah dankepercayaan di kalangan ahli usrah.Contohilah sikap Rasulullah yang turut samabersama pengikutnya menggali parit ketika perang Khandak.

    9) Beramal dengan ilmuSeseorang dihormati dan dicontohi kerana beramal dengan ilmu.Alangkahmalangnya orang yang dipandang memiliki banyak ilmu tetapi tidak beramal.

    Dewasa ini kita melihat ramai dikalangan yang berilmu tidak beramal sejajar dgnilmu yang mereka miliki. Natijahnya kita melihat mereka menjadi golongan yangtersisih dari arus 'amal Islami, sekali pun mereka seorang yang berpelajaran tinggidari sudut ilmu.

    10) Mengenal jiwaHikmah Allah Ta'ala mendahului segala-galanya. Diantaranya manusia diciptadengan berbagai bakat dan pembawaan. Ada yang dapat dipupuk dan dimanfaatke arah kebaikan dan ada pula yang sampai menjadi penghalang. Semua iniditangani secara bijaksana dalam mendidik manusia.Oleh itu seorang naqibsebaiknya, dapat mengenal jiwa seseorang , bakat-daya(potensi) dankecenderungan tertentu sehingga membolehkannya menghadapi mereka secarabijaksana, memahami keperluan dan dapat mengelak pertentangan. Kejadianmanusia adalah sesuatu yang seni dan mendidik mereka juga adalah sesuatu yangseni.Jika ahli usrah dilihat sebagai seorang yang agak kedekut, perbanyakkanpengisian mengenai hal-hal dan kemuliaan orang yang pemurah dan lain-lain lagiuntuk menggalakkan sikap-sikap mulia dalam peribadi ahli usrah.

    11) Pergaulan yang baikSeorang naqib mestilah pandai bergaul dengan semua anggota usrah dan dapatmenyesuaikan diri dengan berbagai suasana dan keadaan. Ia mestilahmemastikan tidak ada seorang pun anggota usrahnya merasa dipinggirkan atautidak diberi perhatian. Dia mestilah berusaha mewujudkan suasana kemesraan dikalangan seluruh anggota usrahnya, saling mengambil berat dan merasa adanyatanggungjawab antara satu sama lain. Haruslah diingat bahawa tujuan dasar usrah

    ialah persahabatan dan kasih sayang kerana Allah

    12) Menjauhi maksiatPeribadi yang bersih, tenang dan bersahaja adalah watak yang diperlukan olehpendidik. Naqib diperingatkan dapat memelihara diri dari hal-hal yangmeragukan atau dapat disebut sebagai perkara muhlikat. Jika perkara-perkaratersebut terjadi, sudah pasti akan menjejaskan kerohanian para naqib dan rasahormat orang lain terhadap mereka. Mereka juga perlu menjauhkan diri denganurusan-urusan bersifat keduniaan atau hiburan dan bersenang-senangan yang

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    14/17

    membazir dan berlebih-lebihan. Dalam hal ini, adalah lebih baik mereka memilihhidup yang sederhana, bersih dan tenang serta jauh dari pengaruh keduniaansemata-mata

    13) Muhasabah dan mujahadahNaqib lebih dituntut untuk membuat muhasabah dan mujahadah. Setiap amal

    kerja yang telah berlaku perlu dinilai dengan neraca syariat Ilahi. Amal dawah dantarbiyyah lebih perlu dinilai supaya ia dapat diperbaiki dan dibersihkan, agar dawahbenar-benar menjadi bersih dan murni. Seorang pendawah juga manusia biasa,tidak terlepas dari kesilapan, justeru itu dia perlu menghisab dan memperbaiki diriapabila terlanjur membuat sesuatu kesilapan.Sifat sanggup menegur danmemperbaiki diri adalah sifat yang baik dan terpuji. Renungilah kata-kata SayyidinaUmar Al-Khatab :Hitunglah diri kamu, sebelum kamu dihitung di hadapan Allah, dantimbanglah amal diri kamu sebelum kamu ditimbang di hadapan Allah."

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    15/17

    LAMPIRAN

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    16/17

    Laporan Usrah MingguanTarikh :

    Masa :Tempat :

    Naqib /Naqibah:

    Organisasi usrahPengerusi:

    Setiausaha:

    Bendahari:Pentarghib:

    BIL PERKARA CATATAN

    1. Kandungan usrah.

    2. Aktiviti usrah

    3. Jumlah tabungan

    4. Muhasabah

  • 8/14/2019 Manual Usrah IPIJ

    17/17