persepsi pelajar terhadap program usrah - … · ... yang turut memberi sumbangan idea dan dorongan...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM USRAH
DI SMKA(P) AL-MASHOOR
SALINI BINTI MOHD SALLEH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:"PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM USRAH DI SMKA (P) AL
MASHOOR”.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya : SALINI BINTI MOHD SALLEH________________ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
_______________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: 1-14-9 TAMAN SRI PINANG, USTAZ MOHD ISMAIL MUSTARI JALAN VETERINARI, Nama Penyelia 10150 GEORGETOWN, PULAU PINANG Tarikh : 17 APRIL 2009 Tarikh : 17 APRIL 2009
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Tandatangan :
Nama Penyelia :
Tarikh :
i
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM USRAH
DI SMKA(P) AL-MASHOOR
SALINI BINTI MOHD SALLEH
AP050272
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya adalah telah saya sertakan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : SALINI BINTI MOHD SALLEH
Tarikh : 26 MAC 2009
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji-pujian atas limpah dan kurniaNya Tuhan sekalian alam
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Teristimewa buat ayah dan bonda tercinta…
Mohd Salleh bin Taib & Ratenah binti Abdullah
Pengorbanan kalian amat bermakna buat anakanda
Kalian adalah insan yang tidak pernah jemu mendidik anakanda
Dari kecil hingga dewasa
Tidak mengenal penat melayani karenah anakanda
Sehingga dapat menjejak kaki di menara gading
Terima kasih ayah dan bonda….
Buat kakanda-kakanda dan adindaku sekalian…
Salina, Saliza, Mohd Imri, Mohd Fazli,Ahmad Nizam dan Muhamad Salman,
Kalian adalah sumber semangatku..
Doaku untuk kalian tetap bersama…
Semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat…
Tidak lupa buat Pensyarah dan Guru terutamanya Ustaz Haji Mohd Ismail Bin Mustari…
Tidak pernah jemu mendidik, membimbing, mencurahkan ilmu,
Terima kasih atas segala pengorbanan dan tunjuk ajar…
Buat sahabat-sahabat tersayang terutamanya Izzah, Sara, Huda, Hajar, Zainab,
Siti Noor, Roddiah, Rosmaziah...
Jasa kalian akan ku kenang…
Semoga Allah memberkati kalian ….
Buat semua..
Terima kasih atas segala-galanya
Moga kalian berbahagia dalam rahmatNya
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurniaNya dan pertolonganNya, penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan
dengan sepenuhnya pada masa yang ditetapkan. Pada kesempatan ini, saya ingin
merakamkan jutaan penghargaan kepada penyelia yang dihormati, iaitu Ustaz Hj.
Mohd Ismail bin Mustari atas segala sumbangan dari segi tunjuk ajar dan bimbingan
yang telah diberikan sehingga selesainya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada ayah, bonda serta seluruh
ahli keluarga yang banyak memberi dorongan, bantuan sama ada dari segi masa dan
kewangan sepanjang tempoh pengajian saya di UTM. Tidak lupa juga kepada barisan
pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan
Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan idea dan dorongan
kepada saya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya sampaikan kepada guru-guru
dan para pelajar Tingkatan 4 di sekolah yang terlibat iaitu SMKA (P) Al-Mashoor,
Perpustakaan Sultanah Zanariah, Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UTM dan juga
beberapa institusi-institusi lain yang banyak membantu dalam menyumbangkan
maklumat-maklumat yang diperlukan dalam menyelesaikan penulisan (PSM) ini.
Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak pernah putus-putus
memberi semangat serta semua pihak yang terlibat sepanjang menyiapkan projek
PSM ini
Dengan kerjasama daripada semua pihak, Projek Sarjana Muda ini dapat
disiapkan dengan jayanya. Semoga segala sumbangan dan bantuan yang diberikan
mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT.
v
ABSTRAK
Kajian berbentuk diskriptif ini dibuat bertujuan untuk mengkaji keberkesanan
usrah dalam membentuk peribadi pelajar yang dijalankan di salah sebuah sekolah
SMKA (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik.
Terdapat 60 item soalan dalam set soal selidik berkenaan yang dibahagikan kepada
dua bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden manakala
Bahagian B pula digunakan untuk menghasilkan dapatan kajian. Responden kajian
terdiri daripada 111 orang pelajar iaitu keseluruhan populasi pelajar tingkatan 4 di
sekolah tersebut. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical
Package of Social Science (SPSS) For Windows version 14.0 dalam bentuk
kekerapan, peratus dan min untuk menunjukkan responden berminat dengan program
usrah. Ini terbukti melalui perolehan skor min antara sederhana hingga tinggi iaitu
antara 3.10 hingga 4.41. Kajian rintis mencatatkan nilai kebolehpercayaan sebanyak
α = 0.924. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan
responden memberikan persepsi yang positif terhadap aktiviti usrah yang dijalankan
serta memberi maklum balas yang baik terhadap keberkesanan aktiviti usrah.
Beberapa cadangan telah diutarakan agar program usrah ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
vi
ABSTRACT
The purpose of the research is to study the effectiveness of usrah activity can
generate the student’s personality at SMKA (P) Al-Mashoor, Penang. This research
is using questionaire method. It contains of 60 questions and divided into 2 sections.
Section A is related to respondent’s background. Section B is used to generate the
result. The research respondence is consist of the entire of form 4 students in that
school which is 111 students. The data is analysed using Statistical Package of
Social Science (SPSS) For Windows version 14.0. Data from the questionnaires were
analysed in terms of frequency, percentage and min. The pilot study record that the
reliability value is 0.924. Based on the min between 3.10 to 4.41, it was found that
respondence favoured the usrah activity. Overally, the result showing most of
respondence are giving the positive perception for usrah activity. There are also give
the good respond for the effectiveness of this activity. A few suggestions are given in
order to make sure this program able to execute successfully.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
KELULUSAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
BAB I PENGENALAN HALAMAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 11
1.4 Objektif Kajian 12
viii
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Matlamat Kajian 12
1.7 Kepentingan Kajian 12
1.8 Batasan Dan Skop Kajian 13
1.9 Definisi Istilah 14
1.9.1 Persepsi 14
1.9.2 Keberkesanan 15
1.9.3 Usrah 15
1.9.4 Peribadi 16
1.10 Kesimpulan 17
BAB II SOROTAN KAJIAN HALAMAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Definisi Usrah 18
2.3 Sejarah Usrah 20
2.4 Asas Pembinaan Fikiran Islam dalam Usrah 24
2.5 Perjalanan Usrah 24
2.6 Tujuan Usrah 25
2.7 Matlamat Usrah 26
2.8 Kepentingan Usrah 27
2.9 Rukun-rukun Usrah 29
2.9.1 Taaruf atau kenal-mengenali 29
2.9.2 Tafahhum atau faham-memahami 30
2.9.3 Takaful atau bantu-membantu 32
2.10 Pelaksanaan Rukun Usrah 33
2.10.1 Membentang Kesulitan 33
2.10.2 Mengadakan Muzakarah Tentang Islam 34
2.10.3 Melakukan Kajian Buku 35
2.10.4 Mengadakan Aktiviti Sokongan 35
2.11 Adab-adab Usrah 36
ix
2.12 Adab-adab Perjumpaan 37
2.12.1 Meminta Keizinan 37
2.12.2 Mengucap Salam 38
2.12.3 Adab Majlis 38
2.12.4 Adab Bercakap Dan Mendengar 39
2.12.5 Adab Berbincang 39
2.12.6 Adab Bergurau 40
2.12.7 Adab Membaca Al-Quran 40
2.12.8 Adab-adab Makan 41
2.12.9 Adab-adab Qiamullail 41
2.12.10 Penutup Majlis 41
2.13 Pelaksanaan Usrah 42
2.14 Pengisian Usrah 42
2.15 Faktor-faktor Keberkesanan Usrah Dalam 43
Membentuk Peribadi Pelajar.
2.15.1 Sumber-sumber Uslub Dakwah 43
2.15.1.1 Al-Quran al-Karim. 43
2.15.1.2 Sunnah Rasulullah s.a.w. 43
2.15.1.3 Sirah Salafus Soleh 43
2.15.2 Organisasi Yang Baik 44
2.15.3 Pengisian Program Usrah 45
2.15.4 Metod Dakwah Yang Sesuai 46
a) Hikmah Dan Nasihat Yang Bijaksana 47
b) Contoh Dan Teladan Yang Baik 48
(Qudwah Hasanah)
c) Perbincangan, Forum Dan Penerangan 49
Yang Berkesan.
d) Kaunseling dan Psikologi 50
e) Kuliah 50
2.15.5 Peribadi Ketua Usrah 51
a) Sifat-sifat Pendakwah 52
b) Imej Dan Penampilan Pendakwah 56
c) Ilmu Yang Mendalam 57
d) Humor Dalam Dakwah 58
x
e) Bahasa Dan Estim 59
f) Komunikasi Bukan Lisan 59
2.15.6 Memenuhi Prinsip Dan Syarat Berdakwah 59
2.16 Kesan Pelaksanaan Usrah 61
2.17 Pendekatan Yang Lebih Efektif Dalam 63
Pelaksanaan Usrah.
2.17.1 Memberi Bimbingan Yang Secukupnya 63
Kepada Para Naqib.
2.17.2 Kerjasama Semua Organisasi Dakwah. 64
2.17.3 Segera Menyelesaikan Masalah 64
2.17.4 Mengadakan Penilaian Terhadap 65
Kesan Dan Kejayaan Usrah
2.17 Kajian Lepas 66
2.18 Kesimpulan 67
BAB III METODOLOGI KAJIAN HALAMAN
3.1 Pendahuluan 69
3.2 Reka Bentuk Kajian 70
3.3 Kaedah Pengumpulan Data 70
3.3.1 Kaedah Kajian Perpustakaan 71
3.3.2 Kaedah Kajian Lapangan 72
3.4 Tempat Kajian 73
3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 73
3.6 Instrumen Kajian 74
3.7 Kajian Rintis 77
3.8 Prosedur Kajian Sebenar 78
3.9 Jangka Masa Kajian 80
3.10 Cara Menganalisis Kajian 80
3.12 Kesimpulan 81
xi
BAB IV DAPATAN KAJIAN HALAMAN
4.1 Pendahuluan 83
4.2 Bahagian A : Analisis Demografi Responden 84
4.2.1 Tingkatan 84
4.2.2 Tempat Tinggal 84
4.2.3 Tujuan Belajar Di Sekolah Agama 85
4.2.4 Bilangan Adik-beradik Yang Belajar 86
Di Sekolah Agama.
4.3 Bahagian B : Analisis Data Maklum Balas 86
Responden
4.3.1 Persepsi Pelajar SMKA (P) Al-Mashoor 87
Terhadap Program Usrah.
4.3.2 Faktor-faktor Yang Menpengaruhi Kecenderungan 96
Pelajar Terhadap Program Usrah.
4.3.3 Pendekatan Yang Lebih Efektif Dalam 105
Pelaksanaan Aktiviti Usrah
4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 115
4.5 Kesimpulan 122
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN HALAMAN
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 124
5.2 Perbincangan 125
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 125
5.2.2 Perbincangan Soalan Setiap Objektif 127
a) Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan 127
Program Usrah Yang Dilaksanakan
Di SMKA (P) Al-Mashoor.
b) Faktor-faktor Yang Menyebabkan Pelajar 129
xii
Cenderung Atau Tidak Cenderung
Kepada Program Usrah.
c) Pendekatan Yang Lebih Efektif Dalam 131
Pelaksanaan Aktiviti Usrah Agar Program Ini
Benar-benar Dapat Mencapai Matlamatnya.
5.3 Rumusan 133
5.4 Cadangan 137
5.4.1 Berpandangan Positif Terhadap Usrah 137
5.4.2 Berusaha Meningkatkan Keimanan Dan
Ketakwaan Kepada Allah S.W.T 138
5.4.3 Menambah Ilmu Pengetahuan Yang Mendalam 138
5.4.4 Pelbagai Pihak Perlu Memberi Galakan Untuk
Menyertai Usrah 139
5.4.5 Mengkaji Semula Tempat Usrah 140
5.4.6 Menyediakan Kursus Kemahiran Kepada
Naqibah 140
5.5 Kajian Lanjutan 141
5.5 Kesimpulan 142
BIBLIOGRAFI 143
LAMPIRAN 149
xiii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 3.1 Jumlah Keseluruhan Pelajar Tingkatan 4, 74
SMKA (P) Al-Mashoor, Medan Lim Cheng Teik,
Jalan Burma, 10250 Pulau Pinang.
Jadual 3.2 Skala Likert 76
Jadual 3.3 Pengkelasan Maklum Balas. 76
Jadual 3.4 Klasifikasi Soalan Dalam Bahagian B. 77
Jadual 3.5 Skala Bagi Min Mengikut Tahap Persetujuan. 81
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Kelompok Jantina 84
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 85
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Tujuan Belajar 85
Di Sekolah Agama
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Bilangan 86
Adik-beradik Yang Belajar Di Sekolah Agama
Termasuk Diri Responden.
Jadual 4.5 Skala Likert 87
Jadual 4.6 Taburan Skor Bagi Item 1 87
Jadual 4.7 Taburan Skor Bagi Item 2 88
Jadual 4.8 Taburan Skor Bagi Item 3 88
Jadual 4.9 Taburan Skor Bagi Item 4 88
Jadual 4.10 Taburan Skor Bagi Item 5 89
Jadual 4.11 Taburan Skor Bagi Item 6 89
Jadual 4.12 Taburan Skor Bagi Item 7 90
xiv
Jadual 4.13 Taburan Skor Bagi Item 8 90
Jadual 4.14 Taburan Skor Bagi Item 9 90
Jadual 4.15 Taburan Skor Bagi Item 10 91
Jadual 4.16 Taburan Skor Bagi Item 11 91
Jadual 4.17 Taburan Skor Bagi Item 12 92
Jadual 4.18 Taburan Skor Bagi Item 13 92
Jadual 4.19 Taburan Skor Bagi Item 14 92
Jadual 4.20 Taburan Skor Bagi Item 15 93
Jadual 4.21 Taburan Skor Bagi Item 16 93
Jadual 4.22 Taburan Skor Bagi Item 17 94
Jadual 4.23 Taburan Skor Bagi Item 18 94
Jadual 4.24 Taburan Skor Bagi Item 19 95
Jadual 4.25 Taburan Skor Bagi Item 20 95
Jadual 4.26 Taburan Skor Bagi Item 21 96
Jadual 4.27 Taburan Skor Bagi Item 22 96
Jadual 4.28 Taburan Skor Bagi Item 23 97
Jadual 4.29 Taburan Skor Bagi Item 24 97
Jadual 4.30 Taburan Skor Bagi Item 25 98
Jadual 4.31 Taburan Skor Bagi Item 26 98
Jadual 4.32 Taburan Skor Bagi Item 27 98
Jadual 4.33 Taburan Skor Bagi Item 28 99
Jadual 4.34 Taburan Skor Bagi Item 29 99
Jadual 4.35 Taburan Skor Bagi Item 30 100
Jadual 4.36 Taburan Skor Bagi Item 31 100
Jadual 4.37 Taburan Skor Bagi Item 32 101
Jadual 4.38 Taburan Skor Bagi Item 33 101
Jadual 4.39 Taburan Skor Bagi Item 34 102
Jadual 4.40 Taburan Skor Bagi Item 35 102
Jadual 4.41 Taburan Skor Bagi Item 36 103
Jadual 4.42 Taburan Skor Bagi Item 37 103
Jadual 4.43 Taburan Skor Bagi Item 38 104
Jadual 4.44 Taburan Skor Bagi Item 39 104
Jadual 4.45 Taburan Skor Bagi Item 40 105
Jadual 4.46 Taburan Skor Bagi Item 41 105
xv
Jadual 4.47 Taburan Skor Bagi Item 42 106
Jadual 4.48 Taburan Skor Bagi Item 43 106
Jadual 4.49 Taburan Skor Bagi Item 44 107
Jadual 4.50 Taburan Skor Bagi Item 45 107
Jadual 4.51 Taburan Skor Bagi Item 46 107
Jadual 4.52 Taburan Skor Bagi Item 47 108
Jadual 4.53 Taburan Skor Bagi Item 48 108
Jadual 4.54 Taburan Skor Bagi Item 49 109
Jadual 4.55 Taburan Skor Bagi Item 50 109
Jadual 4.56 Taburan Skor Bagi Item 51 110
Jadual 4.57 Taburan Skor Bagi Item 52 110
Jadual 4.58 Taburan Skor Bagi Item 53 111
Jadual 4.59 Taburan Skor Bagi Item 54 111
Jadual 4.60 Taburan Skor Bagi Item 55 112
Jadual 4.61 Taburan Skor Bagi Item 56 112
Jadual 4.62 Taburan Skor Bagi Item 57 113
Jadual 4.63 Taburan Skor Bagi Item 58 113
Jadual 4.64 Taburan Skor Bagi Item 59 114
Jadual 4.65 Taburan Skor Bagi Item 60 114
Jadual 4.66 Mengenalpasti Persepsi Pelajar 116
Terhadap Program Usrah
Jadual 4.67 Mengenalpasti Faktor-faktor Yang Mempengaruhi 118
Kecenderungan Pelajar Terhadap Program Usrah
Jadual 4.68 Pendekatan Yang Lebih Efektif Dalam Pelaksanaan 120
Usrah Di Kalangan Pelajar
xvi
SENARAI SINGKATAN
KAA - Kelas Aliran Agama
SWT - Subhanahu Wata’ala
s.a.w. - Sallallahu Alaihi Wasallam.
SPSS - Statistical Package For Social Science
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
KS - Kurang Setuju
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia.
JIM - Jamaah Islah Malaysia
YADIM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri
BADAR - Badan Agama, Dakwah, Akhlak dan Rohani
SMKPG1 - Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 1
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(Perempuan).
N - Jumlah Responden (Kajian Kes)
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Mohammad Nasir (1989:1), golongan pelajar (generasi muda) Islam adalah
merupakan pewaris dan menjadi pelanjut pejuang penyebaran dakwah dan jihad
Islam pada masa hadapan. Mereka adalah sebahagian daripada masyarakat Islam
yang diatur dan direncanakan dengan penuh teliti agar dapat menjadikan diri mereka
sebagai Mujahid Islam yang berupaya mendukung amanah Islam dengan penuh
tanggungjawab dan penuh sabar.
Golongan pelajar hendaklah diisi dan diberikan pendedahan mengenai Islam
dengan sejelas-jelasnya dan disepadukan dengan penghayatan yang dituntut oleh
Islam. Jika dibiarkan dengan tidak diorientasikan dan ditarbiyyah dengan Islam,
maka kelak mereka akan menerima dan terpengaruh dengan sistem yang palsu serta
sesat. Akhirnya, membawa kelumpuhan dan ketandusan kepada para penggerak
Islam itu sendiri. Oleh itu, program dan kegiatan Islam untuk generasi pelajar perlu
disusun dan dilaksanakan segera terutamanya di sekolah-sekolah memandangkan
institusi ini agak sesuai dan mudah untuk menggerakkan dan mengumpulkan pelajar-
pelajar.
Program Usrah Pelajar adalah satu bentuk kegiatan dan pengisian yang
paling mustahak diwujudkan serta digerakkan di sekolah. Usrah dapat ditakrifkan
2
sebagai mekanisma untuk meningkatkan individu secara terancang dan bertahap
berdasarkan matlamat-matlamat tertentu. Usrah merupakan suatu usaha untuk
menyelesaikan masalah ummat secara praktik dan sunnah. Permasalahan ummat
termasuklah keadaan ummat dari segi siasah dan fikrahnya.
Usrah amat perlu dalam mewujudkan generasi yang ‘bebas wahan’ (cintakan
dunia dan bencikan kematian). Selain itu, usrah juga merupakan keperluan bagi
mewujudkan generasi mukmin sebenar untuk mengembalikan kedudukan Islam yang
sebenarnya.
Allah S.W.T. berfirman:
y‰tãuρ ª! $# t Ï% ©!$# (#θãΖ tΒ#u óΟä3Ζ ÏΒ (#θè=Ïϑ tã uρ ÏM≈ ysÎ=≈¢Á9$#
óΟ ßγ̈Ζ x Î= ø⇐tGó¡ uŠs9 ’ Îû ÇÚö‘F{$# $ yϑŸ2 y#n=÷‚ tGó™$# šÏ%©! $# ÏΒ
öΝ ÎγÎ= ö6s% £ uΖ Åj3uΚ ã‹s9uρ öΝ çλm; ãΝ åκ s]ƒÏŠ ”Ï% ©! $# 4|Ós?ö‘$# öΝ çλm; Ν åκ ¨] s9Ïd‰t7ãŠs9uρ . ÏiΒ
ω÷è t/ öΝÎγ Ïù öθyz $ YΖ øΒr& 4 Í_ tΡρ߉ç6÷è tƒ Ÿω šχθä. Î ô³ ç„ ’ Î1 $ \↔ø‹ x© 4 tΒuρ
t xŸ2 y‰÷è t/ y7 Ï9≡ sŒ y7 Í×̄≈ s9'ρ é' sù ãΝ èδ tβθà) Å¡≈x ø9$# ∩∈∈∪
Maksudnya : “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa, dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”. (Surah An-Nuur 24:55)
3
Menurut Abdullah bin Muhammad (2004:77) dalam Tafsir Ibnu Katsir
Jilid 6, ayat di atas merupakan janji Allah S.W.T kepada RasulNya s.a.w.
bahawa Dia akan menjadikan umat sebagai khalifah di muka bumi iaitu
menjadi pemimpin umat manusia dan penguasa mereka. Mereka
bertanggungjawab untuk menjadikan negeri-negeri mereka dalam keadaan
baik. Dengan itu, umat manusia akan menghormati mereka. Demikian itu,
Allah S.W.T. benar-benar akan megubah (keadaan) mereka setelah mereka
berada dalam ketakutan kemudian menjadi aman sentosa dan menjadi hakim
dalam kalangan manusia. Allah S.W.T. telah melaksanakan janji ini. Segala
puji dan kurnia hanyalah milikNya.
Allah berfirman :
$ yϑ̄ΡÎ) šχθãΨÏΒ ÷σ ßϑø9$# tÏ% ©!$# (#θãΖ tΒ#u «! $$ Î/ Ï&Î!θß™u‘uρ §Ν èO öΝ s9 (#θç/$ s?ö tƒ
(#ρ ߉yγ≈y_uρ öΝ ÎγÏ9≡uθøΒ r' Î/ óΟÎγ Å¡àΡr&uρ ’ Îû È≅‹ Î6y™ «! $# 4 y7 Í×̄≈s9'ρ é& ãΝ èδ
šχθè% ω≈¢Á9$# ∩⊇∈∪
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”.
(Surah Al-Hujurat 49:15)
Berdasarkan ayat di atas dapatlah dihuraikan bahawa orang-orang yang
beriman secara sempurna adalah golongan yang tidak bimbang, tidak goyah
sebaliknya semakin kukuh dalam satu keadaan iaitu keimanan yang sebenarnya.
Mereka mengerahkan seluruh jiwa dan harta benda mereka untuk berbuat taat kepada
Allah S.W.T. dalam mencari keredhaanNya. (Abdullah bin Muhammad, 2004:500-
501 dalam tafsir Ibnu Katsir Jilid 7).
4
Merujuk kepada ayat-ayat al-Quran di atas, dapatlah dijelaskan bahawa setiap
muslim yang mukallaf telah ditaklifkan oleh Allah S.W.T dengan memegang dua
amanah iaitu sebagai khalifah dan sebagai ‘abid (hamba Allah S.W.T.) di muka bumi
ini. Selain itu, dikatakan juga tidak sempurna iman seseorang sehinggalah dia
berjihad dan berdakwah di jalan Allah S.W.T. dengan harta benda dan jiwanya.
Tanggungjawab dakwah amat penting dan harus dipandang serius
memandangkan sejak kebelakangan ini kes keruntuhan akhlak banyak sekali
dilaporkan. Oleh itu, beberapa pendekatan dan program telah dijalankan oleh pihak
sekolah seperti kursus-kursus kesedaran, ceramah, usrah dan lain-lain dengan tujuan
untuk menangani dan membanteras gejala negatif. Kekurangan pendidikan
keagamaan merupakan faktor utama yang menyumbang manusia ke arah kerosakan
akhlak. Justeru, program usrah dijalankan oleh pihak sekolah secara rutin. Penyelidik
berpendapat bahawa usrah merupakan salah satu aktiviti pendidikan yang bercorak
kekeluargaan berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Usrah penting dalam usaha
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran sekaligus meningkatkan disiplin
khususnya kepada para pelajar.
Jika diamati, Islam sebenarnya telahpun menerapkan budaya usrah dalam
kehidupan muslim. Sebagai contoh, Islam menyarankankan solat jamaah. Lebih jelas
lagi, solat Jumaat yang ditunaikan oleh setiap muslim lelaki yang mukallaf pada
setiap hari Jumaat bersama-sama. Solat berjamaah adalah sebagai lambang syiar
Islam serta perpaduan umat Islam.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sejak kebelakangan ini, banyak bentuk keruntuhan akhlak dan masalah sosial pelajar
dilaporkan seperti melepak, merokok, penagihan dan pengedaran dadah, berkhalwat,
berzina, merogol, melahirkan anak luar nikah, minum arak, berjudi, membunuh,
membunuh diri, mencuri, menyamun, memeras ugut, membakar sekolah,
merosakkan harta benda awam (vandalisme) dan lain-lain gejala sosial yang
menjijikkan. Masalah sosial ialah gejala abnormal atau tingkah laku yang tidak
bermoral dan bersifat merosak (Saerjono Soekanto, 1990).
5
Masalah sosial yang berlaku di kalangan pelajar ini dapatlah disimpulkan
sebagai suatu fenomena iaitu cara hidup masyarakat di kalangan pelajar menjadi
tidak harmoni serta tidak selaras dengan nilai agama dan warisan budaya hidup yang
murni. Menurut Fariza Mohd Sham (2000:143), masalah sosial yang begitu banyak
sekali timbul berpunca daripada kekosongan jiwa mereka dengan penghayatan dalam
kehidupan seharian seperti pegangan atau prinsip-prinsip hidup, akhlak mulia dan
tatacara hidup atau syariat.
Gejala sosial mula menular apabila individu dalam masyarakat menjadi lebih
bersifat individualistik dan materialistik. Ketidakharmonian yang melanda akan
mencetuskan suasana yang tidak bermoral dalam pelbagai aspek kehidupan
sehinggakan sikap dan tingkah laku bercanggah dengan agama dan kepercayaan.
Keadaan ini bertambah meruncing lagi apabila ikatan kekeluargaan menjadi rapuh,
persahabatan menjadi impersonal dan renggang serta kemasyarakatan menjadi
sesuatu yang asing. Mereka mula meletakkan kepuasan, hiburan, dan keseronokan
sebagai matlamat hidup di samping sibuk dangan tugas harian
Kebimbangan terhadap penularan krisis sosial ini membawa kepada pelbagai
cetusan idea untuk menanganinya. Antara jalan penyelesaian yang boleh diambil
ialah peranan media massa dan pihak berwajib seperti sekolah, jabatan-jabatan
kerajaan mahupun orang perseorangan dalam mendedahkan tentang bahaya atau
kesan buruk gejala sosial. Kesan media massa terhadap individu atau orang ramai
memang menjadi satu medan yang hangat diperdebatkan oleh pengkaji komunikasi.
Pada peringkat awal pengenalan media, terutama filem dan televisyen, media
dianggap mempunyai pengaruh langsung yang kuat ke atas sasaran. Ini bertepatan
dengan penyataan Fariza Md Sham (2000:27).
Namun, anggapan kesan langsung media bagaimanapun dinafikan oleh
beberapa pengkaji terkemudian dengan mengambil kira bahawa tidak semua mesej
akan diserap oleh individu atau orang ramai. Terdapat beberapa defense mechanisme
seperti latar belakang pendidikan, agama, orang kedua seperti ketua atau pemimpin
dan sebagainya yang akan menapis sesuatu mesej. Terdapat tiga kesan pengaruh
media ke atas sasaran yang perlu diberi perhatian iaitu kesan kognitif, kesan ke atas
6
perasaan dan kesan ke atas tingkah laku. Oleh itu, media massa diakui mempunyai
kesan dalam mempengaruhi perubahan sosio budaya masyarakat muslim.
Mengikut statistik yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran,
Datuk Noh Omar, masalah disiplin atau salah laku pelajar di seluruh negara bagi
tempoh enam bulan pertama pada tahun 2007 menurun berbanding tempoh yang
sama pada tahun sebelumnya. Antara kes salah laku yang mencatatkan penurunan
adalah kekemasan diri, kenakalan, ponteng sekolah, salah laku kurang sopan, salah
laku musnah, salah laku berunsur kelucahan dan salah laku berunsur jenayah.
Sebanyak 16,098 kes kekemasan diri direkodkan pada tahun 2006 berbanding
12,811 kes pada tahun 2007, manakala 9,752 kes bagi salah laku kenakalan
berbanding 6,546 kes (2007) dan ponteng sekolah daripada 11,495 kes kepada
10,451 kes. Salah laku kurang sopan daripada 16,476 kes kepada 16,140 kes. Kes
salah laku berunsur kelucahan pula menurun daripada 1,758 kes kepada 1,675 kes.
Satu-satunya kes yang mencatatkan peningkatan adalah salah laku berunsur jenayah
iaitu daripada 8,720 kes kepada 9,618 kes (Berita Harian, Khamis, 11 Okt. 2007).
Walaupun beberapa kes salah laku pelajar mencatatkan penurunan namun angka ini
masih lagi membimbangkan. Oleh itu, masalah ini perlulah dibanteras dari semasa
ke semasa.
Kehadiran Islam adalah untuk menyelesaikan masalah dan gejala sosial umat
manusia seluruhnya. Golongan remaja memerlukan pemerhatian yang serius sama
ada untuk tujuan pembentukan dan pembangunan mereka sebagai aset penting untuk
menjadi generasi pewaris pembangunan ummah ataupun untuk tujuan membimbing
mereka keluar daripada permasalahan yang sedang mereka alami sekarang ini (Fariza
Md Sham, 2000:87). Golongan muda ini masih memerlukan bimbingan dan panduan
untuk menjadi manusia yang benar-benar mengenali diri mereka dan menggunakan
potensi diri mereka dengan sebaik mungkin. Di sinilah proses dan agenda dakwah
perlu mengambil peranan. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T.:
7
äí÷Š$# 4’ n<Î) È≅‹Î6y™ y7 În/ u Ïπyϑõ3 Ïtø: $$ Î/ Ïπsà Ïãöθyϑ ø9$#uρ ÏπuΖ |¡ ptø: $# ( Ο ßγø9ω≈ y_ uρ
ÉL ©9$$ Î/ }‘ Ïδ ß|¡ ômr& 4 ¨β Î) y7 −/u‘ uθèδ Þ Ο n=ôãr yϑÎ/ ¨≅|Ê tã Ï&Î#‹Î6y™ ( uθèδ uρ Þ Οn= ôãr& t ωtGôγ ßϑø9$$ Î/ ∩⊇⊄∈∪
Maksudnya : “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmulah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”
(Surah al-Nahl 16:125)
Menurut Abdullah bin Muhammad (2003:121) dalam Tafsir Ibnu Katsir Jilid
5, berdasarkan ayat al-Quran di atas, Allah S.W.T. berfirman seraya memerintahkan
RasulNya agar menyeru umat manusia dengan penuh hikmah. Sekiranya ada sesiapa
yang memerlukan perdebatan dan bertukar-tukar fikiran, maka hendaklah dilakukan
dengan cara yang baik, lemah lembut serta tutur kata yang baik. Hanya Allah S.W.T.
sahaja yang tahu siapa yang sengsara dan siapa yang bahagia. Allah S.W.T.
memerintahkan umat Islam supaya menyeru umat manusia kepada Allah S.W.T.
tanpa berasa sedih sekiranya ada yang ingkar. Hal yang demikian itu adalah kerana
tugas umat Islam hanyalah memberi peringatan dan menyampaikan dakwah
manakala urusan memberi hidayah hanyalah oleh Allah S.W.T.
Selain itu, penekanan program kerohanian untuk para pelajar seperti kursus-
kursus kesedaran, ceramah-ceramah dan lain-lain program serta pendekatan lain lagi
adalah wajar dilaksanakan. Lazimnya, pendekatan pelaksanaan program kerohanian
menjadi fokus utama oleh kebanyakan institusi yang terlibat termasuk pihak sekolah.
Hal ini disebabkan oleh kurangnya didikan agama sering kali dikaitkan dengan
penularan masalah sosial. Masalah gejala sosial yang berlaku perlu kembali kepada
pembinaan dalaman manusia muslim itu sendiri sebagai syarat menyelesaikan
masalah. Oleh itu, pembentukan yang terfokus dalam kumpulan-kumpulan bersaiz
keluarga yang sederhana amatlah diperlukan.
8
Remaja ialah sebahagian daripada masyarakat umum. Justeru, pendekatan,
kaedah (wasilah) dan cara dakwah (uslub) boleh digunakan kepada mereka. Menurut
Wan Hussein Azmi (1984:2), dakwah dari segi bahasa bererti menyeru orang kepada
sesuatu atau memperangsang orang untuk mendapatkan sesuatu misalnya firman
Allah S.W.T. :
ª! $#uρ (#þθããô‰tƒ 4’ n<Î) Í‘# yŠ ÉΟ≈n= ¡¡9$# “ωöκ u‰ uρ tΒ â !$ t± o„ 4’ n<Î) :Þ≡u ÅÀ
8ΛÉ) tFó¡•Β ∩⊄∈∪
Terjemahannya : "Allah menyeru (manusia) ke darussalam (surga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam)".
(Surah Yunus 10:25)
Erti kalimat darussalam ialah tempat yang penuh kedamaian, keselamatan,
pimpinan (hidayah) Allah berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia
dan akhirat. Menurut Hamka (1984:24) dalam Tafsir Al-Azhar, ayat di atas
memperingatkan manusia bahawa perjalanan ini masih jauh. Ada sesuatu yang kita
tuju iaitu suatu negeri yang bernama "Darus Salam", "Negeri Bahagia", "Negeri
Selamat", "Kampung Sentosa", itulah yang dikatakan syurga. Oleh itu, bersungguh-
sungguhlah bekerja di dunia ini dan jadikanlah dunia sebagai semaian untuk
mengambil hasilnya di "Darus Salam". Allah S.W.T. berkehendak untuk memberi
hidayahNya kepada hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh memohon
petunjuk daripadaNya. Oleh itu, kita hendaklah berdakwah kepada umat seluruhnya
agar beramal sebagai jambatan menuju ke syurga.
Terdapat banyak lagi definisi dakwah Islamiah dari segi istilah yang dapat
dikemukakan dari sudut pendakwahan Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya ialah
dakwah ialah memberangsang manusia kepada kebaikan dan huda (petunjuk Allah
S.W.T.), dan menyeru membuat ma’ruf (kebaikan) dan melarang melakukan munkar
(kejahatan) supaya mereka itu berjaya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
9
Pendekatan yang digunakan dalam berdakwah mestilah berpandukan kepada
kaedah dan pendekatan yang telah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai model
dan contoh pemimpin yang unggul. Rasulullah s.a.w. memiliki peribadi dan
kepimpinan yang unggul sebagaimana firman Allah S.W.T. :
ô‰s) ©9 tβ%x. öΝ ä3s9 ’ Îû ÉΑθß™u‘ «! $# îοuθó™é& ×πuΖ |¡ ym yϑÏj9 tβ%x. (#θã_ö tƒ ©! $#
tΠöθu‹ ø9$#uρ t ÅzFψ$# t x. sŒuρ ©! $# # ZÏVx. ∩⊄⊇∪
Maksudnya : "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah S.W.T. dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah S.W.T".
(Surah al-Ahzab 33:21)
Menurut Abdullah bin Muhammad (2004:461) dalam Tafsir Ibnu Katsir Jilid
6, ayat yang mulia ini adalah pokok yang agung tentang mencontohi Rasulullah
s.a.w. dalam berbagai perkara iaitu meliputi perkataan, perbuatan dan perilaku
Baginda s.a.w.
Dakwah merupakan suatu tanggungjawab risalah yang sangat sensitif dan
penting di samping harus dilaksanakan dengan syarat yang diperintahkan oleh Allah.
Maka dengan itu, kerajaan memilih suatu pendekatan yang difikirkan terbaik bagi
mencapai matlamat tersebut. Pendekatan itu ialah melalui pendidikan dan dakwah
iaitu dengan memberi ilmu secukup mungkin, kesedaran, galakan dan dorongan
supaya setiap masyarakat Islam tahu akan tuntutan ajaran agamanya lantas terus
beramal dan menghayati ajaran-ajaran tersebut. Pendekatan ini selaras dengan ajaran
yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Sejarah membuktikan bahawa perkara utama yang telah dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. kepada masyarakatnya ialah ilmu pengetahuan yang boleh
menyedarkan mereka mengenali diri, mengenali Allah S.W.T. sebagai Tuhan mereka
dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas mereka (Abdul
Hamid Othman, 2000:62). Pendekatan itu dijalankan menerusi program usrah yang
10
banyak mendatangkan kebaikan kepada individu mahupun masyarakat. Program ini
membantu dalam mencapai matlamat pembentukan akhlak mulia dan ahli yang
berdisiplin di kalangan masyarakat awam mahupun secara khususnya pelajar
sekolah. Matlamat ini menjadi hasrat dan impian bagi semua warga sekolah
termasuklah warga SMKA (P) Al-Mashoor.
Hasil daripada temubual penyelidik dengan dua orang guru kaunselor di
SMKA (P) Al-Mashoor, penyelidik dapati terdapat beberapa kes perlanggaran
disiplin yang terjadi di kalangan pelajar perempuan sepertimana yang telah
dilaporkan. Antaranya ialah mewarnakan rambut, datang lewat ke kelas, ponteng
sekolah, ponteng kelas, membawa barang haram ke sekolah seperti cakera padat dan
telefon bimbit. Fenomena negatif ini mulai mencabar kewibawaan, imej dan
keperibadian masyarakat khususnya umat Islam. Oleh itu, suatu langkah yang
tersusun dengan perancangan yang rapi harus dilakukan oleh pihak tertentu khasnya
pihak sekolah dengan menggunakan berbagai dimensi. Menyedari hakikat ini, maka
aktiviti usrah telah dilancarkan di SMKA (P) Al-Mashoor.
Justeru, pihak sekolah telah mewajibkan program usrah ke atas semua pelajar
SMKA (P) Al-Mashoor. Program ini dijalankan di kawasan sekolah pada setiap pagi
bermula pada pukul 7,20 pagi hingga 7,40 pagi.
Antara pengisian yang terdapat dalam aktiviti usrah ini ialah:
a) Doa pembuka majlis dan kata aluan.
b) Tadarus al-Quran serta membaca terjemahan dan tafsirnya.
c) Tazkirah.
d) Perbincangan tentang isu-isu semasa yang sering dihadapi oleh pelajar
seperti masalah peribadi dan masalah gejala sosial.
e) Sesi soal jawab.
f) Setiap ahli usrah membuat kesimpulan dan memberi pandangan
sekiranya ada.
g) Penutup dan bacaan doa.
11
1.3 Pernyataan Masalah
Kemestian menghadiri aktiviti usrah menyebabkan wujudnya pelbagai persepsi di
kalangan pelajar. Ada di kalangan pelajar yang berminat dengan program usrah dan
ada juga di kalangan mereka yang kurang berminat dengan program usrah. Kita
dapat menilai sama ada pelajar itu berminat atau sebaliknya. Pelajar yang berminat
dengan usrah dapat dilihat berasaskan reaksi mereka. Pelajar yang berminat dengan
usrah mencatat ilmu-ilmu yang dibincangkan. Di samping itu, mereka berani dalam
memberikan idea dan pandangan. Pelajar yang tidak menunjukkan minat pula,
mereka langsung tidak mencatat ilmu yang dibincangkan. Mereka juga tidak
memberi sebarang idea dan pandangan. Sebaliknya, mereka berbual-bual dan ada
yang membuat kerja lain seperti kerja rumah semasa program dijalankan.
Ekoran daripada permasalahan yang dibincangkan, satu kajian dilakukan ke
atas pelajar tingkatan 4 SMKA (P) Al-Mashoor terhadap peranan usrah dalam
membentuk peribadi pelajar. Persepsi pelajar ini boleh membantu untuk mengesan
sebarang kekuatan atau kelemahan program usrah dalam meningkatkan disiplin
pelajar bagi SMKA (P) Al-Mashoor dan sekaligus membantu dalam usaha
melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin menurut acuan al-Quran dan as-Sunnah.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
a) Mengetahui persepsi pelajar terhadap program usrah yang
dilaksanakan di SMKA (P) Al-Mashoor.
b) Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar cenderung
atau tidak cenderung kepada program usrah.
c) Mengkaji pendekatan yang lebih efektif dalam pelaksanaan aktiviti
usrah agar program ini benar-benar dapat mencapai matlamatnya.
12
1.5 Persoalan Kajian :
.
a) Apakah persepsi pelajar terhadap program usrah yang dijalankan di
SMKA (P) Al-Mashoor sama ada berkesan atau tidak berkesan dalam
membentuk peribadi pelajar?
b) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar cenderung atau tidak
cenderung kepada program usrah?
c) Apakah pedekatan yang lebih efektif untuk memperbaiki mutu
program usrah di SMKA (P) Al-Mashoor?
1.6 Matlamat Kajian
Penyelidik ingin membantu pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(Perempuan) Al-Mashoor dalam usaha memperbaiki mutu program usrah dalam
rangka untuk membentuk peribadi pelajar yang mulia seterusnya mempertingkatkan
disiplin pelajar.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini tertumpu dalam lingkungan pelajar tingkatan 4 SMKA (P) Al-Mashoor
sahaja. Kajian ini dijalankan agar dapat mengenalpasti persepsi pelajar terhadap
aktiviti usrah serta faktor-faktor pelajar mempunyai persepsi sedemikian. Hal ini
amat penting dalam membantu pihak pentadbir SMKA (P) Al-Mashoor untuk
membentuk peribadi pelajar yang mulia melalui aktiviti ko-kurikulum seperti usrah.
Sehubungan dengan itu, kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh:
13
a) Para naqibah dalam mengendalikan program usrah.
b) Pihak pentadbir SMKA (P) Al-Mashoor dalam memperbaiki mutu
program usrah dalam rangka meningkatkan peribadi pelajar-
pelajarnya serta keseluruhan pelajar secara umumnya
c) Badan Agama, Dakwah, Akhlak dan Rohani, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
1.8 Batasan dan Skop Kajian
Kajian ini dijalankan di SMKA (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang. Sekolah tersebut
mempunyai bilangan pelajar seramai 545 orang pelajar. Kajian ini hanya terbatas
kepada keseluruhan pelajar tingkatan 4 SMKA (P) Al-Mashoor iaitu seramai 111
orang.
Skop kajian ini menumpukan kepada tiga aspek iaitu persepsi pelajar
terhadap aktiviti usrah, faktor-faktor yang menyebabkan pelajar cenderung atau tidak
cenderung kepada program usrah dan pendekatan yang lebih efektif dalam
pelaksanaan aktiviti usrah agar program ini benar-benar dapat mencapai
matlamatnya.
Penyelidik membuat kajian ini untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap
program usrah di SMKA (P) Al-Mashoor. Hal ini disebabkan program usrah
merupakan program rutin yang berbentuk kerohanian yang dijalankan ke atas pelajar
SMKA (P) Al-Mashoor. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan
kelemahan, ia dapat memberi serba sedikit kesan terhadap peribadi pelajar.
14
1.9 Definisi Istilah.
Berikut disenaraikan beberapa definisi istilah penting dalam kajian persepsi pelajar
SMKA (P) Al-Mashoor terhadap keberkesanan peranan usrah dalam membentuk
peribadi pelajar. Terdapat beberapa istilah yang perlu didefinisikan di dalam kajian
ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Istilah-istilah tersebut
ialah:
1.9.1 Persepsi
Menurut Kamus Dewan, (2002:1025), persepsi bermaksud gambaran atau bayangan
dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera),
tanggapan. Manakala menurut Kamus Za’ba (2000:891), persepsi bermaksud
gambaran tentang sesuatu atau tanggapan.
Persepsi menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003:2071), pula ialah
gambaran (bayangan) dalam hati atau fikiran seseorang tentang sesuatu atau
pandangan (menerusi pancaindera).
Dalam kajian ini, persepsi ialah tanggapan pelajar terhadap aktiviti dan
program usrah. Antara aktiviti usrah yang dijalankan ialah :
a) sembahyang berjamaah.
b) Qiamulail.
c) tazkirah.
d) aktiviti latihan dalam kumpulan.
e) ceramah.
f) rehlah bersukan dan sebagainya.
g) mengadakan rehlah riadah.
h) mengadakan rehlah di pantai seperti berkayak.
i) mengadakan rehlah berbasikal.
j) mengadakan lawatan ilmiah seperti melawat ke tempat-tempat bersejarah,
kilang dan sebagainya.
15
k) berpuasa sehari seminggu atau dua minggu sehari.
1.9.2 Keberkesanan
Menurut Kamus Dewan (2002:663), keberkesanan berasal dari perkataan berkesan
yang membawa erti perihal berkesan (meninggalkan kesan atau bekas), berkesannya
sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya. Manakala menurut Kamus Za’ba
(2000:623), keberkesanan adalah perihal berkesan dan berkesannya (sesuatu
tindakan, perubahan dan lain-lain).
Keberkesanan dalam kajian ini merujuk kepada penambahbaikan yang
berlaku terhadap sikap, tingkahlaku, akhlak, sifat dan peribadi para pelajar setelah
mereka mengikuti program usrah.
1.9.3 Usrah
Menurut Kamus Dewan (2002:1532), usrah ialah perkumpulan yang melibatkan
kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.
Perkataan usrah dari segi bahasa mengikut Kamus Idris Al-Marbawi (1986:20)
berasal daripada perkataan Arab yang Bahasa Melayunya bererti keluarga atau ahli
atau kerabat yang dekat.
Menurut Kamus Za’ba (2000:1233), usrah ialah kumpulan atau kelompok
yang terlibat dalam kegiatan agama seperti membincangkan mengenai sesuatu tajuk
dalam bidang agama. Manakala menurut Amir Mohd Noor, (1998:26), usrah adalah
salah satu daripada pendekatan bagi mengeratkan hubungan dalam keluarga yang
terdiri daripada ibu bapa, datuk, nenek, anak-anak, adik beradik, ipar dan saudara
mara.
Menurut Ya'qub Muhammad Hussin (2008:10), perkataan usrah berasal dari
kalimah Bahasa Arab yang bererti keluarga. Penggunaan istilah ini pada umumnya
adalah untuk menunjukkan adanya hubungan atau ikatan persaudaraan sesama
16
manusia sama ada dalam hubungan rumahtangga, darah keturunan, suku bangsa dan
puak.
Menurut beliau lagi, usrah bererti satu unit keluarga yang diikat oleh
kesatuan akidah (kesatuan keimanan), kesatuan pemikiran (fikrah), kesatuan
kesedaran tentang persamaan sejarah, nasib dan kesatuan cita-cita perjuangan untuk
bekerjasama dan bantu-membantu memperkukuh jamaah Islam dari berbagai sudut
bagi membolehkan kerja-kerja amal jama'i dan amal Islam dilaksanakan dengan
teratur sehingga tertegaknya Daulah dan Khilafah Islamiyyah.
Dalam kajian ini usrah ialah ahli keluarga yang terdiri daripada individu yang
seagama atau saudara Islam yang mengikuti program pembelajaran berkumpulan
yang berunsurkan keagamaan.
1.9.4 Peribadi
Menurut Kamus Dewan (2002:1017) peribadi merujuk kepada sifat-sifat (kelakuan,
sikap dan lain-lain lagi), seseorang yang sudah sebati dengan dirinya sendiri untuk
merupakan wataknya (yang terasing daripada yang umum).
Istilah peribadi menurut Kamus Za’ba (2000:885) ialah:
a) Kelakuan dan sifat seseorang.
b) Manusia sebagai diri sendiri.
Peribadi menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003:2058) pula
bermaksud:
a) Manusia sebagai diri sendiri, manusia sebagai perseorangan, orang
perseorangan.
b) Keseluruhan sifat dan sikap seseorang yang sudah sebati dengan dirinya
(yang membezakannya daripada orang lain).
17
Peribadi dalam kajian ini membawa maksud peribadi pelajar-pelajar
SMKA(P) Al-Mashoor setelah mengikuti program usrah yang telah dilaksanakan.
1.10 Kesimpulan.
Gejala sosial yang melanda masyarakat kini sudah lali dengan kaedah dan
pendekatan yang tersedia ada sekarang ini. Sudah tiba masanya untuk masyarakat
kembali kepada menerima bentuk dan pendekatan Islam menerusi pengurusan
dakwah Islamiah. Peraturan dan hukum Islam adalah wajar dilaksanakan untuk
mengatasi gejala yang melanda masyarakat. Pengurusan dakwah yang berteraskan
ajaran Islam dan meletakkan asas akidah sebagai paksi adalah amat penting dalam
menangani masalah sosial.
Setiap golongan mesti memainkan peranan masing-masing. Badan-badan
dakwah yang berkaitan perlu meningkatkan lagi usaha bagi memajukan diri masing-
masing tanpa terlalu mengharapkan pertolongan dari pihak lain. Oleh itu, usrah
merupakan salah satu jalan dakwah fi sabilillah. Namun, usrah memerlukan
kerjasama daripada semua pihak seperti pengurusan sekolah, para pelajar, para guru
dan ibu bapa. Ia merupakan antara cara pendidikan bagi membentuk dan membina
jasmani, emosi, rohani dan intelek para pelajar ke arah yang baik sesuai dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini diharapkan dapat membuka
ruang perbincangan cara organisasi dakwah ini yakni usrah dalam mengatur dan
melaksanakan strategi yang berkesan dalam mencari penyelesaian kepada masalah
sosial.