maqasid syariah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/khutbah maqasid syariah...
TRANSCRIPT
1
Maqasid Syariah
Oleh :
Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail Al-Hafiz
2 Khut-Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
02 November 2018/24 Safar 1440
Khutbah: Maqasid Syariah
ل رحسل رسوحي أ د هلل الذ هح ، الح ق ولوح بالحهدى وديحو الح يحو ك هره لع ادل لظح
ن، كوح يحك ل، لره الحهشح ده ل ش نح آل إل إلذ اهلل وحح
هد أ شح
نذ سيدىا أ
هد أ شح
وأ
د، ولع ل، امهلل صل وسلمح لع سيدىا وحبيحبيا وىبييا مهذ دا عبحده ورسوح مهذيحو، سان إل يوحم ادل ونوح تبعهمح بإحح حاب صح
آل وأ
د، ا بعح نذوى اهلل، فقدح أ سح بتقح وحصيحكمح ونفح
قوحا اهلل أ ن، اتذ وح اض
حها ال ي
فيا أ
ن، حهتذقوح فاز ال
ڃ ڃ ڃ چ چ
ٹچ ٿ ٿ ٿ ٿ ٺ ٺ ٺ ٺ ٹ ٹڀ ڤ ڤٹ
٨١: الش چڤ ڤ ڦ ڦ ڦ
Mafhumnya : “Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hen-
daklah setiap kamu melihat (memikirkan) apa yang telah kamu sediakan untuk hari
esok (kiamat), dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat menge-
tahui apa yang kamu lakukan”.
Muslimin Rahimakumullah!
Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar takwa, yakni den-
gan kita mentaati setiap titah perintahNya. Pada masa yang sama kita meninggalkan
setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita mendapat kejayaan hidup
dunia dan akhirat.
3
Firman Allah SWT,
ڃ ڃ ڃ چ چ
ڱ ں ں ڻ ڻ ڱگ گ گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱچ
(24: سورة فصنت (
Maksudnya: “Al-Quran itu ialah kitab yang tidak datang kepadanya oleh kebatilan baik
dari depan, mahupun dari belakang, yang diturunkan daripada Tuhan Yang Maha Bijak-
sana lagi Maha Terpuji”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT. Tidak ada agama lain
yang diterima di sisi Allah SWT selain dari agama Islam. Untuk menyempurnakan agama
ini, maka Allah SWT mengutuskan seorang Rasul untuk menyampaikan agama ini kepada
umat akhir zaman. Dibekalkan bersama-sama Rasul yang diutuskan ini kitab suci Al-
Quran al-Karim sebagai panduan dan hidayah kepada kita. Ini adalah mukjizat yang
kekal, yang dkurniakan oleh Allah SWT kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Barangsiapa yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan kehidupannya, maka dia diberi
petunjuk oleh Allah dan selamatlah dia di dunia dan di akhirat. Namun barangsiapa yang
mengingkari Al-Quran, maka celakalah dia dan rugilah hidupnya di dunia dan di akhirat.
Apa yang disampaikan oleh Allah di dalam Al-Quran adalah untuk kebaikan dan kemasla-
hatan manusia di dunia dan di akhirat. Allah SWT ingin memudahkan kita dan bukan
menyusahkan. Dia lebih mengetahui tentang apa yang baik dan apa yang buruk untuk
kita, maka diturunkanya syariat sebagai jalan hidup kita.
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
02 November 2018/24 Safar 1440
4
Saudara-saudaraku sidang Jumaat sekalian,
Islam menggariskan kepada kita 5 asas utama yang perlu dipelihara dan dijaga bersama
demi menjaga kebaikan umat manusia.
1. Memelihara agama, kerana ini adalah yang paling utama sehinggakan mereka yang
murtad diancam dengan ancaman yang keras.
Firman Allah SWT,
ڃ ڃ ڃ چ چ
ڻ ڻ ڻ ں ں ڱ ڱ ڱ ڱ ڳ ڳ
چھ ھ ھ ے ھہ ہ ہ ہڻ ۀ ۀ
٧١٢: ابلقرة
Maksudnya : Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga
mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup
(melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah)
dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang
yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan
mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
Dan sabda Nabi SAW,
تلوه ن فاقح ي ل ديح رواه ابلخاري يف صحيح -وح بدذ
Mafhumnya : Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhla ia.
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
02 November 2018/24 Safar 1440
5
2. Memelihara nyawa, maka Islam mengharamkan sekeras-kerasnyanya perbuatan
jenayah membunuh diri atau membunuh orang lain. Ini kerana nyawa adalah hak milik
Allah SWT. Maka apa juga perbuatan yang boleh mengancam nyawa seseorang atau ny-
awa diri sendiri adalah sangat-sangat dilarang oleh Islam.
Firman Allah SWT :
٢٩ :امنساء چ پٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پچ
Maksudnya : Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang
mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja.
3. Memelihara akal. Ini adalah antara nikmat besar yang Allah SWT berikan kepada
manusia. Ini jugalah yang membezakan antara kita dengan haiwan dan makhluk yang
lain. Maka Allah memerintahkan kita untuk memelihara serta menjaga akal kita dengan
sempurna serta diharamkan apa jua perbuatan yang boleh menyebabkan hilangnya akal
seperti minum arak atau apa jua yang memabukkan dan boleh merosakkan fungsi akal.
Maka syarak mengharamkan apa jua yang memabukkan kerana ianya boleh menghilang-
kan akal. Apabila akal sudah hilang dan tidak waras, maka manusia tidak lagi sempurna
sifatnya. Ada anak yang sanggup membunuh ibu bapanya sendiri disebabkan hilang akal-
nya kerana dadah dan sebagainya. Terlalu banyak kes yang kita baca dan kita dengar
akhir-akhir ini yang melibatkan jenayah rompak, bunuh, sumbang mahram dan seba-
gainya yang berpunca daripada akal yang sudah rosak. Firman Allah SWT,
ڃ ڃ ڃ چ چ
ڀ چ ڀ ڀ پ پ پ پ ٻ ٻ ٻ ٻ ٱ
٠٩: املائدة چڀ ٺ ٺ ٺ
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
02 November 2018/24 Safar 1440
6
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi,
dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya”.
4. Memelihara harta, maka Allah SWT mengharamkan kita memakan atau mengambil
harta atau hak milik orang lain secara batil samada dalam bentuk mencuri, menipu,
mengambil rasuah, mengambil riba dan sebagainya. Ini adalah bentuk pengambilan
harta secara batil yang diharamkan oleh Allah SWT. Harta yang diperolehi dengan cara
sebegini sememangnya tidak ada keberkatan dari Allah SWT, bahkan di akhirat mereka
akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah tentang harta-harta ini. Allah akan men-
yoal mereka dari manakah datangnya harta ini, dan ke manakah harta ini dibelanjakan.
Hisab akan menjadi sukar di hadapan Allah, bahkan kesudahannya adalah neraka.
5. Memelihara nasab keturunan, maka Allah SWT mengharamkan perbuatan zina, ker-
ana zina akan merosakkan dan mencemarkan keturunan. Bahkan Allah menggambarkan
kepada kita bahawa zina ini adalah satu perbuatan yang keji, dan kesannya adalah amat
buruk samada terhadap individu yang berzina atau masyarakat seluruhnya.
Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Lihat kesannya apabila lahirnya anak hasil penzinaan, maka syarak tidak mengizinkan
anak tersebut dinasabkan kepada si ayahnya kerana akan membawa kesan buruk yang
lebih besar dan berpanjangan apabila melibatkan harta pusaka dan juga wali dalam
perkahwinan. Alasan untuk menutup malu dan aib bukanlah alasan yang kuat kerana
syariat Islam jelas menunjukkan larangan menisbahkan anak tersebut kepada selain
bapa yang sah melalui perkahwinan.
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
02 November 2018/24 Safar 1440
7
Kita sebenarnya perlu melihat kepada punca berlakunya musibah ini. Tidak lain dan tidak
bukan, ianya berpunca daripada perbuatan zina yang berleluasa sehinggakan mereka
yang berzina seolah-olah tidak takut akan balasan dari Allah SWT. Selama mana punca
kepada masalah ini gagal kita bendung dan kita rawat, maka selama itulah kita akan di-
hantui oleh musibah ini, bahkan akan bertambah dahsyat dari masa ke semasa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam
secara keseluruhan demi kebahagiaan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Tidak akan
ada cara yang lain yang dapat menyelamatkan kita semua baik di dunia dan di akhirat,
melainkan dengan cara kita tunduk dan patuh kepada perintah dan hukum Allah SWT.
ڃ ڃ ڃ چ چ
ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ چ
Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah
menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
(menjadi orang-orang yang) bertaqwa”. (surah al-Baqarah, ayat : 21)
وي بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امعظيه ، ونفعن وإياكه بىا فيىيع و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه ، وتقبل ون يات واذل
ال
ستغفر اهلل امعظيه ل ومكه ولسائر . امعنيه ذا وأ قول قول
أ
ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا فوز الىسنىني والىسنىات والىؤو .الىستغفريي ويا ناة اتلائبني
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
02 November 2018/24 Safar 1440