masyitah

3
 Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya  T uhan dan mema ksa semua rak yat jelata menyemba h dan memper hambakan dir i kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang berima kepada Allah swt , antaranya Siti Asiah, isteri Firaun, masyitah dan keluarganya. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun.Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu dan di siksa. Pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tibatiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja telah melatah dan menyebut!!!. Masyitah " Allah, #elak a $raun % Puteri $raun terde ngar perkataa n masyitah lalu bertanya! Puteri " Apa katamu & Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkalikali, Masyitah pun berkata!!!.. Masyitah " Allah, #elaka $raun % lalu puteri $raun pun bertanya lagi!! Puteri " Siapakah 'Allah' itu. tanya puteri $raun kepada Masyitah Masyitah " Allah adalah tuhan ku,tuhan mu,tuhan $raun dan tuhan sekalian alam!..jelas masyitah Puteri " Maksud mu ada tuhan lain selain ayah ku & Tanya puteri dengan bersungguhsungguh Masyitah " Betul wahai tuan put eri,allah adala h tuhan yg mejadika n alam ini dan $raun hanyalah man usia biasa %.......... jawab mas yitah dengan beran i Puteri" Berani engkau berhadapan dengan $raun yang di sembah selama ini% Aku pasti akan melaporkan perkara ini kepada $raun!!.ugut puteri $raun Puteri $raun dengan segera mengadu kepada Firaun akan kisah Masyitah itu. Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. (engan marah $raun memerintahka n pengawalpeng awalnya membawa masyitah untuk mengadap!....sampai sahaja masyitah $raun mula menyoalnya Firaun " Adakah kau memper)ayai tuhan selain daripada aku & Tanya $raun dengan bengis!lalu di jawab masyitah Masyitah " * a % * a % sudah pasti Allah tuhan yang maha esa, tuhan maha berkuasa, tuhan mu dan juga tuhan ku!..jawab masyitah dengan tegas dan beraninya

Upload: mohdmokri4542

Post on 05-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mmm

TRANSCRIPT

Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang berima kepada Allah swt , antaranya Siti Asiah, isteri Firaun, masyitah dan keluarganya. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun.Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu dan di siksa.Pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja telah melatah dan menyebut. Masyitah : Allah, Celaka firaun ! Puteri firaun terdengar perkataan masyitah lalu bertanyaPuteri : Apa katamu ? Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah pun berkata..Masyitah : Allah, Celaka firaun ! lalu puteri firaun pun bertanya lagiPuteri : Siapakah "Allah" itu. tanya puteri firaun kepada MasyitahMasyitah : Allah adalah tuhan ku,tuhan mu,tuhan firaun dan tuhan sekalian alam..jelas masyitahPuteri : Maksud mu ada tuhan lain selain ayah ku ? Tanya puteri dengan bersungguh-sungguhMasyitah : Betul wahai tuan puteri,allah adalah tuhan yg mejadikan alam ini dan firaun hanyalah manusia biasa !.......... jawab masyitah dengan beraniPuteri: Berani engkau berhadapan dengan firaun yang di sembah selama ini! Aku pasti akan melaporkan perkara ini kepada firaun.ugut puteri firaunPuteri firaun dengan segera mengadu kepada Firaun akan kisah Masyitah itu. Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya.Dengan marah firaun memerintahkan pengawal-pengawalnya membawa masyitah untuk mengadap....sampai sahaja masyitah firaun mula menyoalnyaFiraun : Adakah kau mempercayai tuhan selain daripada aku ? Tanya firaun dengan bengislalu di jawab masyitahMasyitah : Ya ! Ya ! sudah pasti Allah tuhan yang maha esa, tuhan maha berkuasa, tuhan mu dan juga tuhan ku..jawab masyitah dengan tegas dan beraninyaMendengar jawapan masyitah yang tegas dan berani, firaun menjadi sangat murka dan menjatuhkan hukuman mati kepada masyitah dan keluarganya.Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memerintah pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya . Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun,mereka diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampak satu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu sama ada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaan Allah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya,Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita".Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati.Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga. Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "Itulah Makam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah.Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia. Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini. Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah. Kuatkan iman dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam. Insya Allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita ingin mengikut jejaknya ?