mengapa saya ke sekolah dan.docx
DESCRIPTION
SERONOKNYE KE SEKOLAHTRANSCRIPT
Mengapa Saya ke Sekolah dan Belajar?
Tuesday, January 4, 2011 by Fauzan Ibrahim
Rate This
Bismillah
“Mengapa ya saya ke sekolah?”
“Kenapa kau pergi sekolah? Kan lebih baik kau ponteng, boleh pergi bersantai di kedai permainan
video?”
Dua soalan yang biasa namun masih perlu kita jawab. Bukan jawapan kepada penyoal itu yang
penting. Namun jawapan itu penting untuk diri kita yang menjawab.
Eh, kenapa pula? Sebab kita yang menjawab lah yang akan menentukan siapa kita untuk hari ini
dan seterusnya.
Ada orang atau guru sering bertanya, ‘Apa cita-cita awak 10 tahun akan datang?’ Soalan yang
ditanya ketika berumur 13 tahun. Umur bergelumang dunia bekerja adalah sekitar 23.
Ramai yang boleh menjawab dengan senang hati. Polis, tentera, cikgu, jurutera, doktor, arkitek dan
seterusnya.
Jom pergi ke soalan mudah seterusnya, ‘Mengapa awak ke sekolah pada semalam dan hari
berikutnya? Adakah sebab awak diminta ibu dan ayah? Atau sebab mahu pergi ke sekolah sebab
mahu ikut orang lain yang ke sekolah? Atau sahaja mahu suka dan bergelak ketawa bersama
kawan-kawan?”
Untuk belajar lah, apalagi, takkan nak duduk rumah je menghabiskan beras dan lauk! Jawapan
yang escapism. Kurang berfikir.
Guru bertanya kembali, ‘Sebab apa awak mahu bercita-cita menjadi seorang anggota polis? Awak
pula doktor? Awak pula jurutera? Dan awak semua dengan cita-cita awak masing-masing?’ macam
marah bunyi soalan guru tersebut, tapi soalannya makin kritikal.
Semua pelajar tadi terpinga-pinga. Diam seribu bahasa, tiada kata.
“Sebab saya mahu belajar sesuatu agar jadi orang berguna.” seorang pelajar cuba bangun
menjawab dan memecah kesunyian.
“Untuk apa awak belajar? Dari umur 6 tahun hingga 17. Itu semua mengambil masa 12 tahun dari
tadika hingga ke Tingkatan 5.”
“Tolong orang lain cikgu! Saya nak jadi polis supaya masyarakat saya tenteram dari sebarang
jenayah.”
“Baiklah, sekarang ini, boleh jawab tak, siapa yang akan bantu awak untuk berjaya mencapai cita-
cita awak semua tadi?”
“Cikgulah, siapa lagi?”
“Yakah begitu?”
“Satu orang pelajar sejak dia mula ke tadika hingga tamat ke tingkatan 5, sudah berapa ramai guru
yang mendidik dia? Ramai tentunya! Namun antara pelajar ada juga yang memilih jalan jenayah,
jalan susah menjadi perompak dan perogol serta penzina. Adakah cikgu yang ramai tadi yang
membantu?”
Sekali lagi, semua diam. Sedang berfikir barangkali untuk jawapan seterusnya.
Namun terus diam, puas mencari jawapan.
“Baiklah, untuk akhir kelas pada hari ini, saya berpesan bahawa yang akan membantu diri awak
dalam kebanyakan masa hidup awak bermula hari pertama persekolahan ini, adalah DIRI AWAK
SENDIRI. Untuk membantu orang lain di masa kelak, awak terlebih dahulu wajib membantu diri
sendiri agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Sentiasa. Wassalam.”
Seronok Belajar Oleh Dr Ismail Zain
Pembelajaran yang berkesan ialah pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila keseronokan dirasai, segala keletihan, kerisauan atau kebosanan terhadap pelajaran dapat diatasi.
Oleh itu setiap murid haruslah bersedia agar diri mereka berada dalam keadaan yang seronok terutamanya ketika belajar. Bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseronokan pada diri ketika belajar?
Kekemasan: Pakaian yang kemas, rambut yang terurus, susunan buku yang baik
Caranya: Pastikan pakaian sekolah berada dalam keadaan bersih, kasut tidak kotor, rambut lelaki digunting dengan baik, rambut perempuan diurus dengan kemas serta bertudung, buku yang dibawa ke sekolah berada dalam keadaan yang baik tidak terkoyak dan mudah diambil apabila diperlukan.
Kesihatan: Diri yang sihat tanpa penyakit, keadaan bilik darjah yang bersih.
Caranya: Pastikan murid membersih diri setiap hari. Pastikan kawasan bilik darjah dan sekolah bebas daripada wabak penyakit. Adakan senarai tugas untuk membersih kawasan bilik darjah masing-masing. Guna tandas dengan baik. Jangan makan makanan yang tercemar atau terdedah.
Tingkahlaku/budi bahasa: Cara berbual dengan guru dan rakan. Tidak melanggari peraturan sekolah. Tidak ponteng sekolah.
Caranya: Perlu menghormati guru serta patuh segala arahan terutama apabila guru memberi tugasan kepada murid. Rakan juga harus dihormati. Jangan bergurau sehinggakan menyakiti hati rakan dan berakhir dengan perkelahian. Rajin ke sekolah, jangan terpengaruh dengan remaja luar yang ponteng sekolah.
Minda sihat: Mampu menggunakan fikiran ketika belajar
Caranya: Sentiasa berfikir sewaktu belajar. Banyak berinteraksi dengan guru dan rakan. Banyak membuat latihan.
Jiwa tenang: Menumpukan sepenuh perhatian ketika belajar
Caranya: Tidak menaruh rasa benci, marah, iri hati terhadap rakan atau guru. Sentiasa bersyukur di atas keselesaan yang dirasai. Sentiasa muhasabah diri untuk mengelak rasa bongkak dan sombong.
Cara-cara yang dinyatakan mampu menjadikan bilik darjah itu sebagai “rumah kedua” untuk murid-murid. Apabila diri dan bilik darjah dalam keadaan yang selesa maka pembelajaran dapat berlaku dengan baik. Tidak ada rasa bosan di jiwa kita malah ada pula murid yang suka datang ke sekolah untuk belajar walaupun pada waktu petang atau pada hari cuti hujung minggu.
UJI KREATIVITI ANDA!
Sediakan satu poster yang mengandungi langkah-langkah mewujudkan keseronokan belajar. Anda boleh menciptanya dengan menggunakan sebarang perisian berbantukan komputer yang sesuai atau melalui lakaran tulisan tangan. Sisipkan juga gambar/lukisan/lakaran untuk dijadikan hiasan pada poster anda. Lekatkan di papan pamer kelas anda.
Tawadhuk bukan bererti lemah.
Tegas bukan bererti kasar,
Beralah bukan bererti kalah,
Kalah bukan bererti salah
Menang bukan bererti benar
Ketenagan membawa keseronokan
Dipetik dari Tutor Utusan
Keseronokan belajar amat bergantung pada persekitaran terutamanya ketika berada di kelas. Keadaan yang bersih, kemas, tenang dan ceria mampu memberi keseronokan belajar. Manakala keadaan yang kotor, berselerak dan bising tidak dapat mewujudkan suasana belajar yang sempurna.
Berikut ialah beberapa cadangan tindakan yang perlu diambil agar murid-murid dapat mewujudkan suasana belajar yang tenang dan mampu memberi keseronokan belajar.
• Kebersihan: Kebersihan merangkumi keadaan fizikal seperti lantai, tingkap serta perabot. Tindakan harus diambil oleh murid-murid melalui jadual tugas harian agar bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan bersih, tidak berhabuk dan bebas sampah. Kita tidak harus membiarkan keadaan ini diurus oleh pekerja sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab setiap warga sekolah untuk memastikan kebersihan dan keadaan bilik darjah sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.
• Kesihatan: Kesihatan murid mesti diutamakan. Hal ini akan terjamin jika bilik darjah sentiasa bersih. Oleh itu murid mestilah berada dalam keadaan yang bersih juga. Kotoran yang berada di luar janganlah sampai masuk ke bilik darjah. Bahan makanan dan minuman tidak sepatutnya dibuang di kelas kerana ia akan mendatangkan bau yang busuk, mencemar udara serta menjejas kesihatan pelajar. Air yang terdapat pada akuarium harus diganti agar ia tidak tercemar atau menjadi tempat nyamuk membiak.
• Kekemasan: Kekemasan ialah faktor yang penting dalam mewujudkan ketenangan dan keseronokan belajar. Pastikan kerusi dan meja disusun dengan rapi mengikut arahan guru. Bahan pembelajaran sama ada yang dilekatkan di papan pamer, digantung atau diletak di atas meja perlulah dalam keadaan yang kemas serta mengikut jenisnya. Hal ini memudahkan murid atau guru untuk mencari dan menggunakannya sebagai media pengajaran. Ada juga kelas yang dihias dengan cantik dengan menggunakan hiasan gambar, gubahan bunga atau anyaman tradisional. Tindakan ini adalah baik kerana ia mampu menjadi sumber inspirasi kepada murid. Walau bagaimanpun biarlah ianya kelihtan kemas dan jangan pula ada yang terkoyak, terkopak, terjuntai dan sebagainya sehingga menyakitkan mata memandangnya.
• Kreativiti: Segala susunan atau gubahan haruslah menggunakan kreativiti. Kreativiti dapat mencetuskan rasa ketenangan kepada kita. Kreativiti juga mampu menimbulkan rasa seronok berada di kelas serta dapat mengikuti pembelajaran dengan selesa.
Justeru, faktor kebersihan, kesihatan, kekemasan dan kreativiti harus diberi perhatian dan dijadikan amalan untuk mewujudkan satu persekitaran belajar yang tenang dan menyeronokkan.
PELBAGAI cubaan, kesusahan dan ketidakselesaan dalam menuntut ilmu adalah sesuatu yang lumrah namun dapat diatasi dengan disiplin dan perancangan yang teliti. - Gambar hiasan
GENGGAM bara apa biar sampai jadi arang begitulah bunyinya perumpamaan melayu yang membawa maksud sesuatu tugas yang dilakukan itu biarlah berhasil walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Menggenggam bara api memerlukan semangat, ketabahan serta jati diri. Kesakitan pasti dirasa tetapi hanya buat sementara. Apabila ianya dapat diatasi, maka arang yang terhasil dari bara api itu amat diperlukan untuk dijadikan sebagai bahan bakar.
Kepayahan, kesukaran dan ketidakselesaan dalam proses menuntut ilmu adalah lumrah alam malah ada hikmah di sebaliknya. Keperitan yang dilalui melalui pengalaman sendiri mengajar kita mengenal kehidupan serta menjadikan kita lebih matang serta lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Apabila kesedaran tentang tanggungjawab itu lahir di jiwa kita, maka diri kita lebih berdisiplin. Disiplin adalah faktor yang penting menentukan tindakan dan amalan seseorang itu. Murid yang berdisiplin mudah belajar, mudah membuat kerja tanpa disuruh atau dipaksa serta mudah menyelesaikan sebarang masalah dalam pelajaran.
Murid yang tidak berdisiplin gagal mengawal tindakan dan amalan. Murid seumpama ini gagal merancang jadual belajar, gagal mengawal nafsu dan perasaan serta mudah berputusa asa. Mereka ini tidak sanggup bersusah payah. Semuanya inginkan keselesaan, inginkan kemudahan, inginkan kejayaan tanpa berusaha mendapatkannya. Murid seumpama ini kebiasaannya tidak akan berjaya mendapt prestasi yang baik dalam peperiksaan.
Oleh itu dalam jangka masa yang terdekat sebelum murid-murid menjejak kaki ke dewan peperiksaan, pastikan anda sanggup menghadapi segala bentuk kesukaran dalam proses mengulang kaji pelajaran.
Anda perlu bersusah payah mencari bahan, menghafal fomula atau sifir, membuat latihan atau berbincang dengan guru. Gunakan sepenuh tenaga anda untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Setelah enam tahun anda menunggu ketibaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kini dalam sekelip mata sahaja masanya akan tiba. Ayuh! gabungkan tenaga, gunakan minda, cekalkan semangat di dada dan anda sedang menuju apa yang dicita-cita!
Menyesal kemudian tiada gunanya
Tuesday, 14 July 2009 05:43 | Author: Administrator |
Seronok Belajar Oleh Dr Ismail Zain
MUNGKIN ramai di antara anda yang kerap kali diberi peringatan bahawa menyesal kemudian tiada gunanya. Peringatan ini penting kerana setiap tindakan yang dilakukan pada masa ini memberi kesan yang mendalam pada masa akan datang.
Kadangkala sesuatu yang dilakukan itu tanpa disedari. Agak menyedihkan kerana apa yang dilakukan adalah sesuatu yang merugikan. Kesedaran hanya akan berlaku apabila perbuatan itu telah berlalu dan akhirnya segala kekesalan itu tidak lagi dapat membantu diri kita.
Sebagai seorang murid sekolah kita seringkali diingatkan supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Terdapat segelintir murid yang tidak mengendahkan peringatan ini. Mereka mudah terlupa atau sengaja melakukan perkara-perkara tersebut untuk mencabar segala peringatan yang diberikan. Lantas mereka telah melanggar disiplin sekolah seperti ponteng sekolah, tidak mengikut arahan guru, merosak harta benda sekolah dan awam, melepak di tepi jalan atau di pasaraya, tidak menghabiskan tugasan yang diberikan oleh guru serta tidak menghormati guru.
Manakala di rumah pula nasihat ibu bapa tidak dipedulikan. Keadaan menjadi buruk apabila kedua-dua ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai banyak masa untuk bersama-sama dengan mereka. Alasan ini dijadikan sebab kenapa mereka terbiar dan tidak mendapat bimbingan yang baik. Semuanya ini hanyalah kerena mereka inginkan kebebasan serta keseronokan tanpa mempedulikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.
Kebiasaannya murid yang mempunyai sifat seperti ini tidak mampu berhadapan dengan pelajaran. Mereka kerap berasa bosan ketika belajar kerana fikiran mereka tertumpu ke arah hiburan dan keseronokan. Walaupun dikenakan paksaan, namun jiwa mereka masih keras dan tidak mudah untuk membuat perubahan diri.
Walau bagaimanapun perubahan hanya akan berlaku apabila seseorang itu menerima musibah. Ia mungkin berbentuk kegagalan dalam peperiksaan, kemalangan atau menghadapi kesempitan dalam kehidupan. Sebagai contoh seseorang murid akan menyesal apabila melihat rakan-rakan mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan atau menerima padah seperti terlibat dalam kemalangan sama ada kemalangan jalan raya atau kerosakan harta benda sendiri.
Pada ketika itu barulah perasaan sedih, pilu dengan penuh kekesalan akan dirasai. Tetapi menyesal kemudian tiada gunanya terutamanya yang melibatkan nyawa serta harta benda.
Oleh itu sementara kita masih mempunyai ruang dan masa, marilah kita renungi tindakan yang sedang kita lakukan. Jika kita seorang murid, pastikan kita menggunakan sepenuh masa untuk belajar terutamanya yang akan menduduki peperiksaan. Pastikan anda membuat persiapan yang rapi sebelum tibanya hari peperiksaan. Jangan menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk membuat ulang kaji. Perbuatan sia-sia itu haruslah dihentikan segera tanpa memberi apa-apa alasan yang hanya bertujuan untuk mempertahankan kebebasan diri. Jangan biarkan masa yang terluang ini berlalu tanpa satu tindakan yang berfaedah.
Semoga segala peringatan yang diberikan oleh guru serta kedua ibu bapa diberi perhatian agar anda tidak akan menyesal di kemudian hari.
Bukan malas dan tak nak belajar … tetapi tiada sebab yang kukuh kenapa mereka
kena belajar !
Bukan bodoh … tetapi mereka tidak faham apa yang diajar oleh guru dalam kelas !
Bukan sengaja ponteng kelas … tetapi adakalanya pengajaran guru terlalu hambar
dan membosankan !
Bukan tak nak berjaya … tetapi mereka sendiri tiada matlamat yang khusus untuk
dikejar !
Bagi sesetengah pelajar pula bukan tidak rajin belajar … cuma tidak tahu cara belajar
betul !
ITU MUNGKIN SEBAHAGIAN DARI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
PELAJAR.
MAKA SEMINAR BIJAK BELAJAR INILAH JAWAPANNYA.
Apabila pelajar menghadiri Seminar Bijak Belajar, mereka akan mendapat PENDEDAHAN serta DIBEKALKAN dengan
MOTIVASI dan STRATEGI BELAJAR yang mampu meletakkan diri mereka berdiri SEBARIS dengan PELAJAR
CEMERLANG kalau pun bukan di peringkat nasional, sekurang-kurang menyerlah di peringkat negeri, daerah atau pun sekolah.
Namun, sebelum anda membuat keputusan untuk melabur wang bagi menganjur program ini di sekolah / organisasi anda atau
mendaftar anak ke program ini (atau mana-mana program lain), mari kita teliti lima perkara yang perlu diberi perhatian dalam membantu anda membuat keputusan yang tepat. Natijahnya,
pastikan pelajar memperolehi memanfaatkan sepenuhnya dari seminar yang dihadiri.
MARI KITA TELITI PERKARA INI SATU PER SATU.
1. RelevanSeminar Bijak Belajar amat relevan dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan topik-topik utama yang
dibentangkan kepada pelajar.
Kesesuaian (relevancy) Seminar Bijak Belajar boleh dinilai dengan meneliti tajuk-tajuk UTAMA yang terdapat dalam
seminar berkenaan.
TAJUK 1: PERTANGGUNGJAWABAN / AKAUNTABILITI: Kita mulakan seminar dengan menekankan satu perkara
berdasarkan ungkapan “You cannot spell SUCCESS without U”. Awal-awal lagi ditekankan 90% kejayaan bermula dengan diri sendiri. Ini amat penting dan relevan kerana ramai juga pelajar (dan juga ibu bapa) yang cenderung menuding jari
kepada orang lain sekiranya mereka kurang berjaya. Seminar ini akan menyedarkan pelajar bahawa ibu bapa, guru, malah kawan-
kawan hanya boleh membantu; tetapi DIRI SENDIRILAH YANG MENJADI PENENTU UTAMA SAMA ADA BERJAYA ATAU SEBALIKNYA. Seperti kata pujangga: “Life ia a do-it-
yourself project”.
TAJUK 2: STRATEGI BELAJAR MALAYSIAN TOP SCORER:
Inilah topik yang terpanjang, mungkin terpenting. Ia meneliti kaedah belajar yang diamalkan oleh pelajar terbilang negara
seperti Azali Azlan, Nik Madihah, Siti Fatimah, Nadiah Amirah, Nur Amalina, Quek Khai Ren, G.Muneswaran dan lain-lain (mereka skor di antara 14A – 21A dalam SPM). Penceramah
akan menerangkan dengan terperinci, jelas dan mudah difahami berkenaan amalan pelajar tersebut.
Sama ada pelajar sekolah rendah atau menengah dan kini pelajar cemerlang, sederhana atau terkebelakang, semuanya boleh
mendapat faedah yang besar apabila memahami strategi belajar berkenaan. Yang hebat perlu mengekalkan kehebatan mereka; yang sederhana mesti meningkatkan prestasi manakala yang berada di bawah tidak ada pilihan lain, kecuali mencari jalan
untuk keluar dari lubuk kegagalan.
TAJUK 3: MATLAMAT PEPERIKSAAN: Dalam bahagian ini pula pelajar (a) diterangkan kepentingan memiliki matlamat peperiksaan [UPSR, PMR, SPM dll.] yang khusus, jelas dan mencabar, (b) dibimbing membuat matlamat
berkenaan dengan cara yang betul, dan (c) diajak untuk memanfaatkan matlamat ini selepas seminar sehingga hari
peperiksaan.
TAJUK 4: PENGURUSAN MASA: Menguruskan masa ialah “menguruskan diri”, iaitu
“MENGURUSKAN DIRI dalam MASA yang ada untuk MENCAPAI sesuatu MATLAMAT”. Justeru, masa hanya dapat diuruskan dengan berkesan sekiranya seseorang pelajar memiliki matlamat (Tajuk 3). Penceramah akan menerangkan bagaimana MENGGUNAKAN MASA dengan berkesan TANPA JADUAL WAKTU (biar betul ! … tak perlu jadual waktu sebenarnya ! … tetapi kalau nak gunakan juga silalah … tidak menjadi masalah).
Dalam membicarakan soal “masa”, topik ini adalah “eye and mind opener” bagi kebanyakan pelajar (termasuk guru !)
TAJUK 5: MEMBINA MINDA JUARA: Untuk berjaya seseorang pelajar perlu “motivated” and
“confidence” (bermotivasi dan berkeyakinan).Motivasi diperolehi dari matlamat belajar yang mencabar seperti yang telah
dibicarakan dalam Topik 3. Justeru itu dalam tajuk ini pelajar akan diterangkan langkah-langkah untuk membina keyakinan
diri untuk berjaya. Bukan teori dan bukan retorik laungan kosong berulang-ulangkali dengan ungkapan “kami boleh”,tetapi penceramah akan membimbing peserta secara jelas dan khusus
tentang cara-cara membina keyakinan diri yang mantap.
TAJUK 6: DISIPLIN DIRI:Walau apa pun, sesuatu matlamat itu tidak akan berhasil dicapai
selagi apa-apa tindakan tidak diambil. Bahagian ini mengajak
pelajar bertindak untuk mengambil langkah-langkah selanjutnya selepas tamat seminar. Di sinilah letaknya kepentingan memiliki
disiplin diri yang tinggi. Kita mahu mengelak “sindrom coca-cola” yang berbuih dengan banyak tetapi hanya sekejap sahaja.
Tidak berguna jika motivasi yang diperolehi hanya bertahan dua tiga hari atau lebih-lebih pun seminggu dua sahaja. Persoalan ini
juga diberi liputan mendalam oleh penceramah.
Dari paparan di atas, jelas sekali relevannya Seminar Bijak Belajar dalam usaha memupuk kecemerlangan di kalangan
pelajar.
2. ManfaatKita tidak perlu berhujah panjang lagi. Dengan paparan enam perkara teras (di atas), peserta sudah tentu akan memperolehi
banyak manfaat dari seminar yang disampaikan itu.
Mari kita dengar sendiri apa kata mereka yang telah ikuti seminar ini … sama ada guru yang menguruskan program atau pelajar yang ikut serta berseminar sehari bersama Dr. Shukri
Abdullah.
TESTIMONIPendekatan dan kaedah yang digunakan oleh Dr. Shukri Abdullah amat sesuai dan mudah difahami oleh golongan pelajar ...Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Mantan Pengetua SMK Membakut / Bongawan 2, Sabah
Seharian bersama Dr. Shukri, tiada yang dapat menandingi program beliau setakat ini. Modul beliau menepati keperluan pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Terima kasih dari warga SMKA Miri.Koreayati Bujang, SMKA Miri, Sarawak
Sangat berpuas hati dengan seminar ini. Isi kandungannya dan kesesuaian topik amat bagus.Khairul Asyraf, MRSM Transkrian
Seminar Dr. Shukri GEMPAK. I love it. Thanks a million Azura Sarfaraz Ahmad, SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Kebanyakan seminar fokus kepada “what to do”. Seminar ini berbeza kerana ia juga fokus dengan jelas kepada “how to do”. Atas sebab itulah ia amat berkesan dalam membantu pelajar meraih kecemerlangan.Ahmad Md Isa, Mantan Pengetua / Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri (Perlis)
Sepanjang menyertai seminar Dr. Shukri, saya pasti akan mendapat ilmu baru w/pun program yang sama telah saya hadiri sebelum ini (dengan beliau). Strategi dan teknik belajar yang dikemukakan amat berkesan untuk pelajar praktikkan. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan terus ikuti program Dr. Shukri agar ilmu yang diperolehi dapat dikongsi dengan anak didik saya yang tidak berpeluang mengikutinya.Ahmad Tarmizi Ismail, Guru, SMK Bukit Tunggal, Kuala Terengganu
Dr. Shukri telah beberapa tahun membantu sekolah kami. Programnya telah menyedar pelajar tentang kepentingan membuat persediaan awal peperiksaan. Alhamdulillah, ada peningkatan prestasi yang amat ketara di kalangan pelajar. Banyak kaedahnya telah digunapakai oleh pelajar dan juga guru. Terima kasih Dr. Shukri.Ustazah Talhah Mohd Said, Sekolah Menengah Agama Arab Kluang, Johor
Seminar ini lain dari yang lain. Ia cukup berkesan. Teknik belajar yang diketengahkan amat berguna. Buktinya, anak saya pelajar sekolah harian berjaya mendapat 9A SPM dan kini sedang mengikuti kursus Perubatan.Hang Mohd Keshap, Mantan YDP PIBG SMK Wangsa Melawati, Kuala Lumpur
With the great motivator whose kindness, sincere, creative, crafty, wits and love … all things possible. He is none other than Dr. Shukri Abdullah. My three sons benefitted under his tutelage. They are successful now earning good
income. They can never forget him. Thank you. May Allah bless you.Mohd Hafidz Hussein, Pensyarah, Universiti Utara Malaysia
Saya dapat faham dengan lebih mendalam tentang cara belajar. Cara Dr. Shukri sampaikan ceramah amat berkesan dan memberi banyak manfaat.Nurul Athirah, MRSM Pasir Salak
This program has woke me up from a long sleep. It taught me to move forward ...in the correct way.Santhiya Balakrishnan, MRSM Serting
Seminar ini cukup baik. Terlalu perfect. Semangat saya kembali naik .... Saya amat bersyukur. TQ Dr.Mohd Faiz, MRSM Serting
Sebelum seminar saya terasa tidak ada semangat untuk datang. Selepas ini saya semakin berminat semula untuk belajar.Saifuddin Azam, SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang
Can’t get enough of it. A maestro at work. Students of all levels can connect with Dr. Shukri’s delivery style - educational AND entertaining ! Invest in Bijak Belajar seminar. It’s worth it !Rasheedah Zakariya, English Trainer, Exco TAMRIN (Pertubuhan Perunding dan Motivasi Muslim Malaysia) and Professional MAPS (Member of Malaysian Association of Professional Speakers)
Rasa terhibur dan sentiasa bermotivasi menimba ilmu bersama Dr. Shukri Abdullah. Yang penting, matlamat tercapai.Fathiyah Ibrahim, Kaunselor, SMK Dato’ Syed Omar, Alor Setar
Bijak Belajar kendalian Dr. Shukri Abdullah sebenarnya telah lama didedahkan kepada anak-anak IMTIAZ sebagai satu kaedah pendekatan pembelajaran yang mampu mewujudkan suasana “learning is fun”.Wan Zikri Wan Qamaruddin, Mantan Pengetua IMTIAZ Besut & CEO IMTIAZ Terengganu
Memberi perangsang dan membakar semangat saya untuk berusaha
dengan lebih bersungguh-sungguh. Selitan pelbagai video yang memberi pengajaran adalah sangat efektif.Uswatul Hasanah Suhaimi, SMKA (P) Al Masyhoor, Pulau Pinang
Bagus, berkesan, magnificent, good, excellent, not boring ... perfecto.Khir Benjamin, Sekolah Menengah Sains Selangor
Best giller ! I think this is the best seminar I’ve ever attended. Penceramah sangat hebat (ikhlas giller). Kalau boleh saya nak ikut seminar ni lagi. Mohd Zakuan Shafiq, MRSM Kubang Pasu, Kedah
Seminar yang amat baik. Persembahan yang cukup menarik ... Seminar ini amat menyeronokkan.Farah Alyani, Sekolah Men Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, P.Pinang
COOL and BEST !Siti Nur Syakila, SMKA Baling, Kedah
Keseluruhannya amat best. Slide show ... Amazing. Thanks a lot.Haida Omar, Sekolah Menengah Sains Sultan Muhamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
This is the first seminar that is so cool !Raja Fatin Nurhasnina, SMK Raja Tun Uda, Pulau Pinang
3. Penceramah
Dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang, hanya seorang penceramah yang mengendalikan Seminar Bijak Belajar - sama
ada oleh Dr. Shukri Abdullah sendiri atau fasilitator yang dilatihnya sejak lapan tahun lalu -- Azir Ismail atau Khairul
Asfani Nasir.
Mereka yang tidak pernah melihat “Dr. Shukri Abdullah in action” atau pun persembahan hebat Azir atau Asfani barangkali berkata penceramah akan lembik menjelang tengah hari. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Dr.Shukri atau Azir atau Asfani
semakin lama semakin bertenaga sebenarnya ! Kerana kesungguhan mereka memastikan peserta mendapat yang terbaik
serta pengalaman mereka yang banyak bersama pelajar dari bermacam latar belakang [pelbagai jenis sekolah (sekolah harian,
MRSM, sekolah sains, SMKA, sekolah teknik, sekolah agama rakyat / swasta), rendah, menengah dan IPT serta pelajar dari
pelbagai tahap umur, kelainan bangsa dan kumpulan etnik dsb.] maka Dr. Shukri Abdullah atau Azir atau Asfani bijak dan
berjaya mengawal peserta dengan baik.
Bagi Dr. Shukri, beliau bukan setahun dua terlibat dalam program pembelajaran bersama pelajar, tetapi sudah hampir 20
tahun. Beliau pula telah melatih Azir dan Asfani sejak lapan tahun yang lalu. Mereka berdua amat arif dengan modul Bijak
Belajar Dr. Shukri Abdullah.
4. PenyampaianDalam mengendalikan seminar SuperTeaching kepada para
pendidik, Dr. Shukri Abdullah selalu mengingatkan guru-guru
bahawa “A great teacher is also a great actor / actress”. Oleh kerana beliau “walk the talk”, iaitu “cakap serupa bikin” maka
beliau serta Azir dan Asfani “bijak berlakon” di hadapan peserta. Semuanya bertujuan untuk memastikan peserta sentiasa terhibur
sepanjang seminar.
Apabila mereka terhibur, tumpuan akan diberikan sepanjang seminar. Kami amat tidak setuju dengan kecenderungan
sesetengah fasilitator yang suka memarah, menengking dan kadang kala (sama ada di sedari atau tidak) memperkecilkan atau
memperlekehkan peserta dalam usaha mengawal majlis. Dalam situasi begitu peserta “dipaksa memberi tumpuan” bukan
“dididik memberi tumpuan”.
Konsep “learning is fun” digunapakai sepenuhnya. Atas sebab itu persembahan Dr. Shukri Abdullah dan Azir serta Asfani kaya dengan pelbagai aktiviti menarik. Sedutan klip video ringkas
sama ada dari filem (wayang gambar atau dokumentari) adalah satu kemestian selain pelbagai aktiviti menarik yang membuat
peserta “jatuh cinta” dengan seminar kelolaan mereka.
5. Kos Pelaburan
“Mahal” atau “murah” adalah bersifat subjektif. Kereta BMW adalah mahal berbanding dengan Honda Accord, malah jauh lebih mahal jika diambil kira harga sebiji kereta Kancil ! Ada sebabnya. Tidak ada siapa yang merungut tentangnya ! Kadar penginapan di Hotel Hilton mungkin 2 atau 3 kali ganda kadar yang dikenakan oleh Hotel Seri Malaysia, pun tidak ada siapa
yang complain !.
Justeru persoalan “mahal” atau “murah”nya yuran yang dikenakan ke atas sesuatu seminar bukan semata-mata soal
hanga. Ia harus dilihat dari kacamata perbandingan seperti di atas. Yang lebih hebat serta berkualiti sudah tentu lebhih tinggi
harganya dari sesuatu yang “biasa-biasa” saja.
Dalam konteks ini memandangkan (a) pengalaman luas mengendalikan seminar oleh Dr. Shukri Abdullah serta fasilitator
yang dilatihnya (b) bahan seminar yang berkualiti tinggi berdasarkan kajian dan bukan sekadar “main hentam-hentam” saja dan (c) kesesuaian, keberkesanan dan lain-lain kehebatan
seminar seperti yang dinyatakan di atas, maka kadar yang dikenakan ini bukan sahaja sangat berpatutan (berbanding
dengan kualiti seminar serta penyampainya), malah dianggap murah bagi mereka yang pernah mengikuti serta mereka yang
pernah menganjurkan seminar berkenaan.
Malah jika dikompromi pada harganya, kualiti terpaksa dikompromi juga ! Apakah ini yang kita kehendaki ? Seminar
dianjurkan bukan untuk menambah senarai aktiviti yang dijalankan supaya lapuran tahunan kelihatan cantik tetapi lebih
bertujuan untuk membawa perubahan kepada pelajar –
perubahan kearah kecemerlangan yang diingini oleh semua pihak.
Awas, jangan terjerat dengan sindrom seperti terdapat dalam pepatah Bahasa Inggeris, “You give peanuts, you get monkeys”.
AGENDA SEMINAR