microekonomi bab 1 bab 6
TRANSCRIPT
STPM
Mikroekonomi
Bab 1:
Ilmu Ekonomi: Konsep dan Masalah* click graphs to enlarge them! :)
Definisi ekonomi: Kajian tentang perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukkan dan mengagihkan faktor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad* barangan = barang dan perkhidmatan
Skop mikroekonomi: analisis secara terperinci dan tersendiri peranan setiap unit ekonomi dalam ekonomi serta interaksi antara setiap unit ekonomi dalam menjalankan kegiatan ekonomi
Faktor-faktor pengeluaran:* Buruh -- penduduk yang berada dalam lingkungan umur bekerja (17-65 tahun) yang dapat/sanggup menjalankan aktiviti pengeluaran -- dibahagikan kepada buruh mahir dan buruh tidak mahir -- merupakan input berubah dalam jangka pendek & panjang -- mempunyai daya pengeluaran yang berbeza -- pulangan untuk buruh: upah/gaji* Tanah -- sumber asli yang terdapat di bumi yang dapat digunakan untuk tujuan pengeluaran -- kuantiti penawaran tetap dan berkekalan mengikut lokasi dan geografi -- nilai tanah berbeza mengikut lokasi dan geografi -- pulangan untuk tanah: sewa* Modal -- sumber ekonomi yang dicipta oleh manusia untuk tujuan pengeluaran -- dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain -- pembelian barang modal dikenali sebagai pelaburan -- pulangan untuk modal: bunga/faedah atau dividen (ekonomi Islam)* Usahawan -- individu yang sanggup dan bertanggungjawab menggabungkan faktor-faktor pengeluaran lain untuk menjalankan pengeluaran -- membuat keputusan pengeluaran, melibatkan diri dalam aktiviti inovasi dan mengambil risiko dalam menjalankan kegiatan ekonomi -- pulangan untuk usahawan: untung
Pengelasan barang:* Barang ekonomi -- barang yang terhad penawarannya -- penggunaannya melibatkan harga dan kos melepas -- terbahagi kepada: ~ barang pengguna/akhir (digunakan terus oleh pengguna, contohnya kipas, radio) ~ barang modal (digunakan untuk menghasilkan barang lain, contohnya mesin) ~ barang perantaraan (digunakan sebagai faktor dalam firma lain, contohnya nanas yang digunakan untuk hasilkan jem nanas)* Barang percuma -- merupakan anugerah semula jadi dan boleh diperoleh tanpa kos, contohnya air dan udara -- penawaran tidak terhad, tidak mempunyai harga dan kos lepas adalah sifar -- akibat pencemaran, barang percuma tidak 'percuma' dalam erti kata sebenar* Barang awam -- barang yang tidak bersaing dan tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian (sesiapa pun boleh menggunakannya tanpa halangan), contohnya jalan raya dan telefon awam -- disediakan oleh kerajaan dan dibiayai secara tidak langsung melalui cukai* Barang persendirian -- barang yang dibiayai oleh pengguna sendiri, contohnya rumah dan kereta -- tertakluk kepada prinsip pengecualian, iaitu barangan hanya boleh digunakan sekiranya dibayar harganya/dapat persetujuan pemiliknya
Konsep kos lepas* Wujud akibat kekurangan sumber ekonomi untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad* Merupakan barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat barangan yang terbaik* Barangan terbaik = barangan yang memberikan kepuasan maksimum (pengguna) atau keuntungan maksimum (pengeluar)
Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)* Merupakan rajah yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sesebuah negara berdasarkan sumber ekonomi dan tingkat teknologi yang sedia ada* Andaian dalam analisis KKP: -- Negara hanya mengeluarkan dua jenis barang -- Jumlah faktor pengeluaran adalah tetap -- Tingkat teknologi adalah tetap
-- Ekonomi berada dalam tahap guna tenaga penuh* Titik-titik dalam KKP menunjukkan kombinasi pilihan untuk pengeluaran:
KKP dan kos lepas
KKP dan pertumbuhan ekonomi
Unit/Pelaku ekonomi* Isi rumah -- unit manusia (keluarga/individu) yang membuat keputusan tentang penggunaan barangan untuk memaksimumkan kepuasan dengan pendapatan yang ada -- pendapatan isi rumah diperoleh daripada upah, sewa, bunga, dan bantuan/pinjaman* Firma -- unit ekonomi yang menjalankan aktiviti pengeluaran
-- kelompok firma yang sama jenis dikenali sebagai industri -- kos yang ditanggung firma adalah kos untuk mendapatkan input manakala pendapatan adalah bayaran isi rumah kepada firma untuk mendapatkan barangan firma -- matlamat utama adalah memaksimumkan keuntungan (untung = pendapatan - perbelanjaan)* Kerajaan| -- badan yang mengurus dan melaksanakan kegiatan ekonomi sesebuah negara -- kerajaan akan mengawasi aktiviti isi rumah dan firma untuk memelihara kebajikan masyarakat -- kerajaan juga mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan firma untuk penggunaan masyarakat -- perbelanjaan kerajaan dibiayai oleh cukai yang dikenakan terhadap isi rumah dan firma
Masalah asas ekonomi:* Apakah/berapakah barang/perkhidmatan yang hendak dikeluarkan? (isi yang sama, huraian berbeza)** Apakah yang hendak dikeluarkan? -- wujud akibat sumber ekonomi yang terhad -- pengeluar harus membuat pilihan tentang barang yang hendak dikeluarkan -- barang yang dikeluarkan perlu merupakan kehendak manusia yang dapat memberikan kepuasan kepada pengguna dan keuntungan kepada firma** Berapa banyak barang/perkhidmatan yang hendak dikeluarkan? -- masalah ini diatasi melalui menilai jumlah permintaan pengguna -- pengeluaran harus dibuat dalam jumlah yang tepat agar tidak wujud lebihan permintaan/penawaran -- jumlah barangan yang dikeluarkan juga bergantung kepada jumlah faktor pengeluaran yang sedia ada* Bagaimanakah barang/perkhidmatan itu hendak dikeluarkan? -- merujuk kepada pemilihan teknik pengeluaran untuk menjalankan pengeluaran -- pengeluar harus menggabungkan faktor-faktor pengeluaran secara cekap, iaitu dengan kos pengeluaran minimum dan keuntungan maksimum -- teknik pengeluaran: ~ kaedah pengeluaran berintensifkan buruh ~ kaedah pengeluaran berintensifkan modal* Untuk siapakah barang/perkhidmatan itu dikeluarkan? -- merujuk kepada pengagihan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat -- pengagihan barangan bergantung kepada agihan pendapatan, kemampuan dan kuasa beli masyarakat -- barangan dikeluarkan kepada golongan yang mampu membayarnya -- lebih banyak barangan dan barangan yang mahal dapat dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi; begitu juga sebaliknya
Aliran pusingan pendapatan* menunjukkan hubungan antara pelaku-pelaku ekonomi melalui aliran fizikal (barangan) dan aliran wang (perbelanjaan dan pendapatan) di sesebuah ekonomi* Pasaran faktor = pasaran penjualan/pembelian faktor-faktor pengeluaran* Pasaran barang = pasaran penjualan/pembelian baranganAliran pusingan pendapatan dalam:* Pasaran bebas
* Pasaran campuran
Bab 2:
Sistem Ekonomi dan Peranan Kerajaan
Pengenalan* Definisi sistem ekonomi = cara/peraturan yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menguruskan ekonominya* Terdiri daripada 4 jenis iaitu: -- sistem ekonomi pasaran bebas -- sistem ekonomi perancangan pusat -- sistem ekonomi campuran -- sistem ekonomi Islam
Ciri-ciri sistem ekonomi
Sistem ekonomi pasaran bebas* Definisi: sistem ekonomi yang dijalankan berdasarkan mekanisme pasaran tanpa campur tangan kerajaan. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis/laissez faire* Ciri-ciri: -- Pemilikan sumber: bebas dimiliki oleh individu dan pengeluar -- Pembuat keputusan: pengguna dan pengeluar melalui mekanisme harga -- Pilihan: pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan -- Penentuan harga: mengikut kuasa permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga -- Persaingan: bebas -- Motif pengeluaran: pengguna - kepuasan maksimum; pengeluar - untung maksimum
Sistem ekonomi perancangan pusat* Definisi: sistem ekonomi yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dengan pihak kerajaan memainkan peranan utama dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi dan mengawal tingkat harga pasaran* Ciri-ciri: -- Pemilikan sumber: dimiliki oleh kerajaan segalanya -- Pembuat keputusan: kerajaan melalui arahan unit perancang ekonomi -- Pilihan: tidak bebas, terbatas, ditentukan oleh kerajaan -- Penentuan harga: ditetapkan oleh kerajaan; tiada kuasa permintaan dan penawaran -- Persaingan: tidak wujud -- Motif pengeluaran: memaksimumkan kebajikan rakyat
Sistem ekonomi campuran* Definisi: sistem ekonomi yang dijalankan oleh pihak swasta dan kerajaan dengan pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Merupakan gabungan antara
sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat* Ciri-ciri: -- Pemilikan sumber: bebas dimiliki oleh individu, pengeluar, dan kerajaan -- Pembuat keputusan: individu, pihak swasta, dan kerajaan -- Pilihan: pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan -- Penentuan harga: mekanisme harga dan dikawal oleh kerajaan -- Persaingan: bebas dan kerajaan memastikan persaingan yang sihat dan adil -- Motif pengeluaran: pengguna - kepuasan maksimum; pengeluar - untung maksimum; kerajaan - kebajikan maksimum
Sistem ekonomi Islam* Definisi: sistem ekonomi yang berlandaskan hukum-hukum syarak untuk menggunakan sumber-sumber alam secara cekap dan adil. Sumber rujukan utama dalam sistem ekonomi ini adalah al-Quran dan Hadis* Ciri-ciri: -- Pemilikan sumber: hak milik mutlak Allah -- Pembuat keputusan: pengguna, pengeluar, dan kerajaan -- Pilihan: bebas tetapi tertakluk kepada hukum syariah -- Penentuan harga: mekanisme harga dan kerajaan tanpa mengenepikan nilai etika dan moral -- Persaingan: persaingan sihat, adil, dan saksama -- Motif pengeluaran: motif utama pengeluar adalah untuk mendapatkan keredaan Allah
Penyelesaian masalah asas ekonomi oleh sistem ekonomi
Sistem ekonomi pasaran bebas* Apa yang hendak dikeluarkan? -- bergantung pada permintaan atau kehendak masyarakat* Berapa yang hendak dikeluarkan? -- bergantung pada jumlah permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga* Bagaimana hendak dikeluarkan? -- gunakan faktor yang harga relatifnya paling rendah; teknik pengeluaran yang paling cekap untuk meminimumkan kos* Untuk siapa dikeluarkan? -- bergantung pada corak pengagihan pendapatan dan kuasa beli masyarakat; golongan kaya menikmati barang yang lebih banyak
Sistem ekonomi perancangan pusat* Apa yang hendak dikeluarkan? -- barang yang meningkatkan kebajikan dan taraf hidup masyarakat* Berapa yang hendak dikeluarkan? -- bergantung pada jumlah keperluan dan permintaan rakyat* Bagaimana hendak dikeluarkan? -- gunakan teknik yang mencapai matlamat kerajaan seperti berintensif buruh untuk mengatasi penggangguran* Untuk siapa dikeluarkan?
-- untuk semua rakyat dan menggunakan sistem catuan untuk pengagihan yang lebih adil dan saksama
Sistem ekonomi campuran* Apa yang hendak dikeluarkan? -- barang persendirian - bergantung pada permintaan; barang awam - ditentukan oleh kerajaan* Berapa yang hendak dikeluarkan? -- kuasa pasaran dan kerajaan memastikan barang cukup dan boleh kawal kuantiti* Bagaimana hendak dikeluarkan? -- melalui mekanisme harga dalam pasaran faktor; kerajaan memastikan kaedah itu memberikan kebajikan kepada masyarakat* Untuk siapa dikeluarkan? -- kerajaan campur tangan melalui percukaian dan subsidi untuk menjamin bekalan keperluan cukup untuk golongan kurang mampu
Sistem ekonomi Islam* Apa yang hendak dikeluarkan? -- barang persendirian - bergantung pada permintaan dan mesti halal; barang awam - ditentukan oleh kerajaan* Berapa yang hendak dikeluarkan? -- mekanisme harga dan kerajaan memastikan wujud kestabilan ekonomi* Bagaimana hendak dikeluarkan? -- melalui mekanisme harga dalam pasaran faktor; kerajaan memastikan kaedah itu memberikan kebajikan kepada masyarakat dan tidak menimbulkan eksternaliti negatif* Untuk siapa dikeluarkan? -- kerajaan campur tangan melalui sistem zakat untuk pengagihan pendapatan yang lebih adil , saksama dan menjamin bekalan keperluan cukup
Kebaikan dan kelemahan sistem-sistem ekonomi
Sistem ekonomi pasaran bebas* Kebaikan -- kebajikan individu dan masyarakat dimaksimumkan -- kebebasan yang luas untuk melakukan kegiatan ekonomi -- menggalakkan penggunaan barangan dan faktor pengeluaran secara cekap -- mendorong kemajuan teknologi dan inovasi -- pasaran memberikan maklumat tepat kepada pengeluar* Kelemahan -- ketidakstabilan ekonomi -- agihan pendapatan yang tidak saksama -- kegagalan mengeluarkan barang awam -- menggalakkan amalan monopoli -- kos sosial dan kesan luaran (eksternaliti negatif)
Sistem ekonomi perancangan pusat* Kebaikan -- pengeluaran secara skel besar-besaran -- kesaksamaan agihan pendapatan -- pengeluaran tanpa persaingan -- kestabilan ekonomi* Kelemahan -- kesilapan dalam membuat keputusan -- kurang motivasi dan insentif -- teknologi dan inovasi tidak berkembang
Tujuan campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi* mewujudkan kestabilan ekonomi* menyediakan barang awam* mengelakkan amalan monopoli* merapatkan jurang pendapatan masyarakat* menghapuskan kesan luaran yang negatif (eksternaliti negatif)
Bentuk campur tangan kerajaan dalam ekonomi campuran* peraturan dan undang-undang* penentuan tingkat harga - dasar harga maksimum/minimum, kuota* percukaian* subsidi* pemilikan kerajaan (monopoli semula jadi)
Bab 3
Permintaan, Penawaran & Keseimbangan Pasaran)
3.1 Permintaan
Definisi: Kesanggupan, keinginan & kemampuan pengguna untuk membeli sesuatu kuantiti barang dan/atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu
Hukum: Hubungan songsang/negatif- Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin rendah kuantiti diminta (begitu juga sebaliknya)
Sebab keluk permintaan bercerun negatif: (untuk semua sebab di bawah, keadaan sebaliknya juga benar)* faktor penggantian apabila harga sesuatu barang naik, harga barang penggantinya menjadi lebih murah secara relatifnya* faktor pendapatan benar apabila harga sesuatu barang turun, kuasa beli pengguna naik (pengguna mempunyai lebih banyak wang dalam tangan untuk membuat pembelian)* faktor utiliti sut berkurangan apabila utiliti sut/ringgit untuk sesuatu barang turun, pengguna akan mengurangkan pembelian (untuk mencapai kepuasan maksimum yang boleh dicapai dengan pendapatan yang sedia ada)
Keluk permintaan: rajah yang menunjukkan kuantiti barang yang sanggup/ingin/mampu dibeli oleh pengguna pada pelbagai tingkat harga
Permintaan pasaran: jumlah barang yang diminta oleh semua individu (jumlah permintaan individu)
Fungsi permintaan: Qd = a - bP(a = nilai Qd apabila P = 0, 1/b = kecerunan/keanjalan)
Perubahan kuantiti diminta:* melibatkan pengalihan titik di sepanjang keluk permintaan* disebabkan oleh perubahan harga sesuatu barang itu sendiri
Perubahan permintaan:* melibatkan faktor-faktor selain harga barang itu sendiri: - Harga barang pengganti/penggenap (isi sama, huraian berbeza!) - Cita rasa - Musim - Dasar kerajaan (cukai/subsidi, dasar kewangan, tetapi huraian mesti berkaitan dengan pengguna) - Jangkaan harga masa depan - Pendapatan individu/pengguna dan kaitannya dengan jenis barang (normal/bawahan/mesti/mewah) - Saiz/struktur penduduk (isi sama, huraian berbeza!) - Kadar faedah/kemudahan kredit (isi sama, huraian berbeza!)
3.2 Penawaran
Definisi: Jumlah kuantiti barang/perkhidmatan yang sedia ditawarkan oleh pengeluar/firma pada pelbagai tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu
Hukum: Hubungan langsung/positif - Semakin tinggi harga ditawar, semakin tinggi kuantiti ditawar (begitu juga sebaliknya)
Sebab keluk penawaran bercerun positif: matlamat pengeluar dalam ekonomi, iaitu memaksimumkan keuntungan. Peningkatan harga/kuantiti akan menambahkan jumlah hasil firma
Keluk penawaran: keluk yang menunjukkan kuantiti barang yang sedia dikeluarkan oleh firma pada pelbagai tingkat harga
Penawaran pasaran/industri: jumlah penawaran semua firma dalam pasaran Fungsi penawaran: Qs = c + dP
(c = nilai Qs apabila P = 0, 1/d = kecerunan/keanjalan) Perubahan kuantiti ditawar:
* melibatkan pengalihan titik di sepanjang keluk penawaran* disebabkan oleh perubahan harga sesuatu barang itu sendiri
Perubahan penawaran:* melibatkan faktor-faktor selain harga barang itu sendiri: - Harga barang pengganti/penggenap (isi sama, huraian berbeza!) - Harga faktor pengeluaran (kos input) - Dasar kerajaan (cukai/subsidi, tetapi huraian mesti berkaitan dengan pengeluar) - Matlamat pengeluar (maksimumkan untung atau jualan) - Teknologi pengeluaran (peningkatan teknologi) - Kaedah pengeluaran (berintensifkan buruh atau modal) - Faktor luar jangka (cuaca, peperangan dsb.)
3.3 Keseimbangan Pasaran
Definisi pasaran: tempat pertukaran/urus niaga berlaku antara penjual dengan pembeli Keseimbangan pasaran: permintaan = penawaran (Qd = Qs)
Lebihan penawaran/permintaan:* Qs > Qd (lebihan penawaran): - Harga cenderung jatuh - Qs turun, Qd naik sehingga Qs = Qd - Harga kekal pada keseimbangan Qs = Qd* Qs < Qd (lebihan permintaan): - Harga cenderung naik - Qs naik, Qd turun sehingga Qs = Qd - Harga kekal pada keseimbangan Qs = Qd
Faktor-faktor dan kesan perubahan keseimbangan:- akibat perubahan Qd sahaja- akibat perubahan Qs sahaja- perubahan Qd dan Qs pada kadar yang sama/berbeza
3.4 Peranan Kerajaan dalam Penentuan Tingkat Harga
Dasar harga maksimum- harga pasaran ditetapkan < harga pasaran- wujud lebihan Qd yang dijual oleh kerajaan untuk mengekalkan harga
Dasar harga minimum- harga pasaran ditetapkan > harga pasaran- wujud lebihan Qs yang dibeli oleh kerajaan untuk mengekalkan harga
Quota- pengehadan Qs, mewujudkan keluk penawaran yang tidak anjal sempurna
Cukai/subsidi- Fungsi: Qs = c + d (P - cukai per unit) atau Qs = c + d (P + subsidi per unit)- menyebabkan peralihan keluk penawaran ke kiri (cukai)/kanan (subsidi)
Bab 4
Keanjalan Permintaan & Penawaran
Pengenalan: Apa itu keanjalan?- Keanjalan = satu ukuran kuantitatif tentang magnitud/darjah penambahan/pengurangan permintaan atau penawaran
Keanjalan titik & keanjalan lengkuk- keanjalan titik
- keanjalan lengkuk
Jenis-jenis keanjalan
Keanjalan permintaan- Keanjalan permintaan harga: perubahan dalam kuantiti diminta bagi sesuatu barang akibat perubahan tingkat harga barang itu sendiri- rumus:
- darjah keanjalan (mengikut nilai mutlak):
- Faktor-faktor yang menentukan keanjalan permintaan: -- bilangan barang pengganti -- nisbah perbelanjaaan daripada pendapatan negara -- kegunaan barang tersebut -- kepentingan sesuatu barang -- jangka masa -- penangguhan penggunaan sesuatu barang -- jenama- Hubungan jumlah hasil/jumlah perbelanjaan dengan keanjalan permintaan harga: -- anjal: jumlah hasil baru lebih kecil apabila harga naik dan juga sebaliknya -- tidak anjal: jumlah hasil baru lebih besar apabila harga naik dan juga sebaliknya -- anjal satu: jumlah hasil baru tidak berubah dengan perubahan harga
- Keanjalan permintaan silang: perubahan dalam kuantiti diminta bagi sesuatu barang akibat perubahan tingkat harga barang lain- rumus:
- darjah keanjalan (mengikut nilai mutlak) dan jenis barang: -- Es bernilai positif = barang pengganti -- Es bernilai negatif = barang penggenap -- Es sifar = barang tidak berkaitan- Keanjalan permintaan pendapatan: perubahan dalam kuantiti diminta bagi sesuatu barang akibat perubahan tingkat pendapatan pengguna- rumus:
- darjah keanjalan (mengikut nilai mutlak) dan jenis barang: -- Ey sifar = barang mesti -- Ey > 0, < 1 = barang biasa -- Ey > 1 = barang mewah -- Ey < 1 (negatif) = barang bawahan
Keanjalan penawaran- Keanjalan penawaran harga: perubahan dalam kuantiti ditawar bagi sesuatu barang akibat perubahan tingkat harga barang itu sendiri- rumus:
- darjah keanjalan (mengikut nilai mutlak):
- Faktor-faktor yang menentukan keanjalan penawaran: -- kos pengeluaran tambahan -- corak penggunaan faktor pengeluaran -- faktor masa -- bilangan firma dalam industri -- keupayaan firma dalam industri -- teknologi -- jenis barang -- mobiliti faktor pengeluaran
Keanjalan dan dasar-dasar kerajaan- Percukaian * Permintaan: -- anjal: beban cukai pengeluar lebih besar daripada beban cukai pembeli -- tidak anjal: beban cukai pengeluar lebih kecil daripada beban cukai pembeli -- anjal satu: beban cukai pengeluar sama dengan beban cukai pembeli -- anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh penjual -- tidak anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh pembeli * Penawaran: -- anjal: beban cukai pengeluar lebih kecil daripada beban cukai pembeli -- tidak anjal: beban cukai pengeluar lebih besar daripada beban cukai pembeli -- anjal satu: beban cukai pengeluar sama dengan beban cukai pembeli -- anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh pembeli -- tidak anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh penjual- Subsidi* Permintaan -- anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih besar daripada subsidi dinikmati pembeli -- tidak anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih kecil daripada subsidi dinikmati pembeli -- anjal satu: subsidi dinikmati pengeluar sama dengan subsidi dinikmati pembeli -- anjal sempurna: semua subsidi dinikmati oleh penjual -- tidak anjal sempurna: semua subsidi dinikmati oleh pembeli * Penawaran: -- anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih kecil daripada subsidi dinikmati pembeli -- tidak anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih besar daripada subsidi dinikmati pembeli -- anjal satu: subsidi dinikmati pengeluar sama dengan subsidi dinikmati pembeli -- anjal sempurna: semua subsidi dinikmati oleh pembeli -- tidak anjal sempurna: semua subsidi dinikmati oleh penduduk
Bab 5
Teori Permintaan dan Perlakuan Pengguna
5.1 Teori Utiliti Kardinal
Utiliti: kepuasan yang diperoleh seseorang individu hasil daripada penggunaan sesuatu barang/perkhidmatan
Jumlah utiliti (TU): jumlah kepuasan yang diperoleh seseorang individu hasil daripada penggunaan sejumlah barangan tertentu
Utiliti sut (MU): Perubahan kepuasan akibat perubahan penggunaan satu unit barangan tertentu pada jangka masa tertentu. Formulanya ialah MU = TU/Q (Q = kuantiti)
Hukum utiliti sut berkurangan: tambahan utiliti yang diperoleh daripada penggunaan sesuatu barang akan berkurangan apabila penggunaan terhadap sesuatu barang bertambah
Hubungan antara TU dan MU:* TU semakin bertambah, maka MU akan semakin berkurangan* Apabila TU = maksimum, MU = sifar (0)* Selepas tahap maksimum, TU akan semakin berkurangan, maka MU semakin berkurangan dan bernilai negatif (MU < 0)
5.2 Syarat Keseimbangan Pengguna
Untuk pembelian satu barang: MU = P (P = harga seunit barang tersebut) Untuk pembelian > satu barang pada pelbagai tingkat harga: (andaian terdapat dua jenis
produk iaitu X dan Y)
* Syarat 1: MUx/Px = MUy/Py, di mana MU/P = utiliti sut per ringgit
* Syarat 2: Y = PxQx + PyQy, di mana Y = jumlah pendapatan/perbelanjaan pengguna
** Rumus Y > PxQx + PyQy boleh digunakan apabila tiada cara untuk memaksimumkan kepuasan/apabila berlaku perubahan harga barang (iaitu, tiada kombinasi yang dapat mencapai syarat 2 dengan tepat)
Terbitan keluk permintaan individu: berlaku akibat perubahan MU/P* Apabila MUx/Px > MUy/Py, - pembelian X harus ditambah, atau - pembelian Y harus dikurangkan, atau - pembelian X harus ditambah dan pembelian Y harus dikurangkan secara serentak untuk mencapai keseimbangan (iaitu, mencapai syarat 1)
5.3 Konsep Lebihan Pengguna
Lebihan pengguna = perbezaan antara harga yang sudi dibayar/mampu dibayar oleh pengguna untuk sesuatu barang dengan harga sebenar yang dibayar dalam pasaran
Rumus: 1/2 x tapak x tinggi (rujuk gambar rajah di bawah) Peralihan keluk DD/SS akan mengubah jumlah lebihan pengguna.
Bab 6
Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran - Bahagian 1
Konsep-konsep dalam pengeluaran- Loji: unit fizikal yang digunakan dalam pengeluaran, contohnya kilang, mesin, kedai dll.- Firma: Organisasi yang memiliki loji-loji untuk menghasilkan barang/perkhidmatan, contohnya KFC, Maxis dll.- Industri: Gabungan semua firma yang menghasilkan barang/perkhidmatan yang sama/hampir sama, contohnya industri perabot, industri perbankan dll.- Jangka masa pendek: tempoh di mana firma tidak dapat mengubah kapasiti pengeluaran mengikut kehendak pasaran/menyelaraskan tingkat pengeluaran kerana wujud 1 atau lebih faktor tetap- Jangka masa panjang: tempoh yang cukup untuk firma mengubah kapasiti pengeluaran mengikut kehendak pasaran/menyelaraskan tingkat pengeluaran kerana tidak wujud faktor tetap (semua faktor adalah faktor berubah)- Input tetap: Faktor pengeluaran yang tidak dapat diubah jumlahnya/dikembangkan kerana firma tidak berupaya berbuat demikian pada jangka masa pendek- Input berubah: Faktor pengeluaran yang boleh diubah jumlahnya/dikembangkan oleh firma pada jangka masa pendek; dalam jangka masa panjang, semua input adalah input berubah
Fungsi pengeluaran (Hubungan jumlah input dengan jumlah output)- Jangka panjang (tiada input tetap): Qx = f (T,B,M,P) di mana Qx = kuantiti keluaran x dan TBMP = faktor-faktor pengeluaran)- Jangka pendek: Qx = f (T,B) di mana T (tanah) = tetap. (Huruf T sepatutnya ditulis dengan garis melintang atas hurufnya sebagai simbol tetap)- Andaian: * Hanya 2 faktor pengeluaran (tanah dan buruh) digunakan * Semua buruh mempunyai kecekapan yang sama/homogen * Tingkat teknologi adalah tetap
Konsep-konsep keluaran dalam fungsi pengeluaran jangka pendek- Jumlah keluaran (TP): Jumlah barang yang dapat dihasilkan dengan menggunakan suatu tingkat input berubah (buruh) tertentu- Keluaran purata (AP): Keluaran per unit input berubah (buruh) * AP = TP/TVF di mana dalam jangka pendek, TVF(jumlah input berubah) = bilangan buruh- Keluaran sut (MP): Perubahan TP akibat perubahan 1 unit TVF
* MP = △ TP/△TVF- Hubungan TP, MP dan AP (click picture to zoom)
- Hukum pulangan berkurangan untuk pengeluaran * Apabila TVF ditambah secara terus-menerus ke atas input tetap, TP akan bertambah dengan cepat, kemudian semakin perlahan dan ahkirnya merosot. * Hukum ini berlaku selepas Q0 (MP), selepas Q1 (AP) dan selepas Q2 (TP).
Jenis-jenis kos pengeluaran- Definisi: bayaran/perbelanjaan firma atas faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang/perkhidmatan. Terdiri daripada kos explisit dan implisit- Kos explisit: perbelanjaan nampak/sebenar firma terhadap faktor pengeluaran bukan milik firma yang digunakan dalam proses pengeluaran- Kos implisit: bayaran atas penggunaan faktor milik pengusaha/firma sendiri (kos lepas pengeluaran) yang digunakan dalam perniagaan, contohnya gaji lepas, sewa tanah/premis perniagaan milik sendiri, bunga atas modal yang disimpan di bank
Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran - Bahagian 2
Kos pengeluaran jangka pendek- Jumlah kos tetap (TFC): Perbelanjaan firma atas input tetap -- bersifat malar (tidak berubah/constant)- Jumlah kos berubah (TVC): Perbelanjaan firma untuk memperoleh input berubah -- berkadar langsung/positif dengan tingkat keluaran: TVC naik, Q naik dan juga sebaliknya- Jumlah kos (TC): TFC + TVC- Fungsi TC jangka pendek: TC = TFC + TVC(Q)
- Kos tetap purata (AFC): Kos tetap bagi seunit keluaran -- AFC = TFC/Q -- Hubungan AFC dan Q adalah songsang tetapi nilai AFC sentiasa positif dan melebihi 0- Kos berubah purata (AVC): Kos tetap bagi seunit keluaran -- AVC = TVC/Q -- Keluk AVC berbentuk "U" (semakin turun, mencapai minimum, kemudian semakin naik)- Kos purata (AC): Jumlah kos per unit keluaran -- AC = TC/Q atau AC = AFC + AVC -- Keluk AC berbentuk "U"- Kos sut (MC): perubahan TC akibat perubahan satu unit keluaran -- MC = △ TC/△Q atau -- MC = △ TVC/△Q kerana TFC = malar/tetap -- Keluk MC berbentuk "U"- Keluk AFC, AVC dan AC
- Hubungan AC, AVC dan MC
- Keluk kos purata jangka pendek (SAC)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Kos pengeluaran jangka panjang- Semua input adalah input berubah- Pembentukan LAC
- Ciri-ciri keluk kos purata jangka panjang (LAC) -- terdiri daripada bahagian keluk-keluk SAC yang memberikan kos per unit terendah pada pelbagai tingkat output -- juga dikenali sebagai keluk kandung/keluk perancangan -- LAC berbentuk "U"disebabkan oleh ekonomi dan disekonomi bidangan dalaman- Hubungan SAC dan LAC
- Hubungan kos sut jangka pendek (SMC) dan kos sut jangka panjang (LMC)
- Ekonomi bidangan (dalaman & luaran, punca, kesan terhadap LAC) -- merupakan pertambahan kecekapan/faedah yang dinikmati oleh sesebuah firma yang menyebabkan kos purata jangka panjangnya menurun, hasil daripada: ~ pengeluaran secara besar-besaran oleh firma sendiri (dalaman) ~ perkembangan industri secara keseluruhan (luaran) -- Punca ekonomi bidangan dalaman: ~ Ekonomi pengkhususan ~ Ekonomi pengurusan ~ Ekonomi kewangan ~ Ekonomi pemasaran ~ Ekonomi teknikal -- Punca ekonomi bidangan luaran: ~ Kemudahan infrastruktur ~ Bekalan tenaga buruh ~ Kewangan ~ Teknologi dan maklumat ~ Ekonomi integrasi-- Kesan ekonomi bidangan dalaman dan luaran terhadap LAC
- Disekonomi bidangan (dalaman & luaran, punca, kesan terhadap LAC) -- merupakan kemerosotan kecekapan/faedah yang dinikmati oleh sesebuah firma yang menyebabkan kos purata jangka panjangnya naik, hasil daripada: ~ pengeluaran secara besar-besaran oleh firma sendiri (dalaman) ~ perkembangan industri secara keseluruhan (luaran) -- Punca disekonomi bidangan dalaman: ~ Ekonomi pengkhususan ~ Ekonomi pengurusan ~ Ekonomi pemasaran ~ Ekonomi teknikal -- Punca disekonomi bidangan luaran: ~ Kekurangan faktor pengeluaran ~ Kos kesesakan ~ Masalah pencemaran-- Kesan disekonomi bidangan dalaman dan luaran terhadap LAC