minit pengelola bahas

5
 MINIT MESYUARAT PENGELOLA PERTA NDINGAN BAHAS BAHASA MELAY U ALA PA RLIMEN PERINGKAT DAERAH PENAMPANG TARIKH : 23 FEBRUARI 2015 MASA : 2.30 PETANG TEMP AT : BILIK GERAKAN SMK BAHANG, PENAMPANG KEHADIRAN 1.En Robert John ( SMK Bahang) 2.Roslinah Bakir ( SMK Bahang) 3.Lorelyne Jeceka Doion ( SMK Bahang) !.E"agrace Jerry Molon#oi ( SMK Bahang) $.Liberia %ngga ( SMK Bahang) &.'elicity Kok ( SMK Bahang) .Lor#es Batin ( SMK Libanak) *.Siti Janah Bosarah ( SMK +tatan) ,.Siti -ainn Jeree ( SMK +tatan) 1/.0orehan Moh# Din ( SMK ansa) Penge!"#   En Robert John  +enolong Kanan Kokrikl SMK Bahang +ena4ang . 1. K$%$ A&!'$&!$n (enge!"# 1.1 +en ger si En Ro ber t John eng ca 4ka n c a4a n ter iakas ih at as ke ha# iran gr 5g r ke esyarat 4engelola 4ertan#ingan bahas Bahasa Melay ala 4arlien 4eringkat #aerah +ena4ang. %0D6K60 M6KL7M60 2. Pene%$($n T$#)*, M$"$ +$n %e($% (e%$n+#ng$n. 2. 1 En Rob er t e akl k an tar ik h asal 4er ta n# in ga n yang se4a t tnya iala h 4a #a 2& 'ebrari 2/1$ teta4i ter4aksa #itangghkan kerana sea sekolah terlibat #engan akti"iti skan MSSD #an raai gr #i setia4 sekolah terlibat #engan akti"iti tersebt.

Upload: goliruk

Post on 06-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MINIT MESYUARAT

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PENGELOLA PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH PENAMPANGTARIKH: 23 FEBRUARI 2015

MASA

: 2.30 PETANG

TEMPAT: BILIK GERAKAN SMK BAHANG, PENAMPANG

KEHADIRAN

1.En Robert John

( SMK Bahang)

2.Roslinah Bakir

( SMK Bahang)

3.Lorelyne Jeceka Domion

( SMK Bahang)

4.Evagrace Jerry Molondoi

( SMK Bahang)

5.Liberia Inggam

( SMK Bahang)

6.Felicity Kok

( SMK Bahang)

7.Lourdes Batin

( SMK Limbanak)

8.Siti Jamnah Bosarah

( SMK Putatan)

9.Siti Zainun Jeffree

( SMK Putatan)

10.Norehan Mohd Din

( SMK Tansau)

Pengerusi

: En Robert John

Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bahang, Penampang.

1. Kata Alu-aluan pengerusi1.1Pengerusi En Robert John mengucapkan ucapan terimakasih atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat pengelola pertandingan bahas Bahasa Melayu ala parlimen peringkat daerah Penampang.

TINDAKAN MAKLUMAN2. Penetapan Tarikh, Masa dan tempat pertandingan.2.1En Robert memaklumkan tarikh asal pertandingan yang sepatutnya ialah pada 26 Februari 2015 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana semua sekolah terlibat dengan aktiviti sukan MSSD dan ramai guru di setiap sekolah terlibat dengan aktiviti tersebut.

2.2Mesyuarat sebulat suara mempersetujui tarikh,masa dan tempat yang telah ditetapkan seperti berikut

Tarikh: 5 Mac 2015 ( Khamis)

Masa

: 7.30 Pagi

Tempat: SMK Bahang, Penampang.

*7.30-8.00 Pagi : Pendaftaran Peserta, 8.00 Pagi : Kuarintin Peserta

TINDAKAN: SEMUA SEKOLAH3.Pengesahan Penyertaan3.1Sekolah yang telah mengesahan penyertaan

1) SMK Bahang

2) SMK Limbanak

3) SMK Putatan

4) SMK Tansau

Pengesahan penyertaan melalui telefon

1) SM St Micheal TINDAKAN: SEMUASEKOLAH4.Taklimat Teknikal / Peraturan Pertandingan4.1Ucapan alu-aluan Pn Lourdes Batin selaku pegawai teknik Bahas Bahasa Melayu.4.2Setiap jurulatih bagi setiap sekolah perlu memahami kertas konsep bahas Bahasa Melayu ala parlimen dan mengikuti sepenuhnya kertas konsep tersebut

4.3Format bahas Bahasa Melayu ala parlimen sekolah menengah diwakili oleh 5 orang pembahas daripada sekolah yang sama, dan terbahagi kepada dua pasukan iaitu pasukan kerajaan dan pasukan pembangkang.4.4Kelayakan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid tingkatan satu hingga tingkatan lima, sekolah-sekolah menengah harian yang berumur tidak melebihi 18 tahun. Sekolah tidak boleh menghantar pelajar tingkatan 6 ke pertandingan ini.

4.5Usul perbahasan akan ditetapkan oleh semua guru agar tiada unsur bias bagi setiap pasukan.

4.6Pn Lourdes menerangkan peranan bagi setiap pembahas yang terdiri daripada perdana menteri dan menteri bagi pasukan kerajaan dan pembangkang. Jadual pemarkahan juga diedarkan kepada setiap jurulatih agar setiap jurulatih memahami peranan setiap pembahas. 4.7Jurulatih daripada SMK Putatan Pn Jamnah Bosarah memohon pencerahan berkaitan premis, Pn Lourdes menerangkan permis merupakan pegangan hujah. 4.8Tertib dan adab juga perlu dikawal oleh setiap pembahas, setiap pembahas perlu mengawal emosi marah semasa perbahasan. Emosi yang tidak terkawal oleh pembahas boleh dikenakan tindakan penalti.4.9Gerakan tangan tidak perlu keterlaluan,tidak boleh melebihi bahu.4.10 Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan dibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang berhujah. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk soalan,kenyataan,fakta dan ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas.Semua izin laluan perlu dijawab tetapi celahan tidak perlu dijawab. 4.11Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas keempat dan kelima kedua-dua pihak. Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit kelapan pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua pasukan sedang berhujah sahaja. 4.12Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan membidas contoh dan huraian. Bidasan terhadap hujah perlu dilakukan kerana mempunyai lebih banyak marakah.

TINDAKAN: SEMUA SEKOLAH5. Wang Sumbangan Pertandingan.5.1Mesyuarat menetapkan sumbangan bagi setiap sekolah ialah RM 80.00, walaubagaimanapun jumlah berubah sekiranya SMK Datuk Peter Mojuntin tidak menyertai pertandingan ini, jumlah yang akan dikenakan oleh setiap sekolah ialah RM95.00 bagi setiap sekolah.

TINDAKAN: SEMUA SEKOLAH5.2Hadiah dan sijil akan disediakan oleh pihak PPD

TINDAKAN: PPD PENAMPANG

5.3Peserta pertandingan bahas Bahasa Melayu tidak akan dibekalkan makanan, hal ini kerana setiap sekolah boleh memberi peruntukkan kepada pelajar untuk makan.

TINDAKAN: SEMUA SEKOLAH5.4Pn Lourdes mencadangkan agar hakim peringkat akhir sahaja diberikan saguhati. Pengadil pertandingan adalah daripada luar daerah penampang.

TINDAKAN: AJK PENGELOLA

5.5Sumbangan bagi setiap sekolah boleh diserahkan dalam bentuk tunai dan check atas nama SMK BAHANG ( AKAUN TABUNG SEKOLAH) berserta no akaun seperti berikut PUBLIC BANK, JENIS AKAUN ( SUWA) no akaun 3087043710.

TINDAKAN: SEMUA SEKOLAH

6.Penetapan Tajuk 6.1Terdapat 3 tajuk/ usul yang telah diputuskan oleh mesyuarat

1. Kewajaran penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah.

2.Media sosial sebagai penyebar maklumat golongan muda.

3. Program realiti televisyen membentuk potensi diri pelajar.

TINDAKAN: SEMUA SEKOLAH7.Hal-hal lain7.1Pembahagian kumpulan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B,cabutan undi dibuat oleh setiap wakil daripada sekolah masing-masing dan diandaikan SMK Datuk Peter Mojuntin juga diandaikan menyertai pertandingan ini. Hasil daripada cabutan undi kumpulan A terdiri daripada SMK Putatan, SMK Limbanak dan SM St Micheal. Manakala kumpulan B terdiri daripada SMK Bahang,SMK Tansau dan SMK Datuk Peter Mojuntin.Cabutan undi yang seterusnya akan dilakukan pada hari pertandingan.

TINDAKAN: SEMUA SEKOLAH7.2Setiap peserta yang mengikuti pertandingan tersebut perlu melengkapkan borang penyertaan M01 dan borang KK02 berserta kad pengenalan pelajar. Pelajar yang menyertai pertandingan ini wajib mempunyai kad pengenalan.

TINDAKAN: SEMUA SEKOLAH7.3Cadangan hakim daripada luar daerah penampang ialah En Dexter Silam PT Bahas Negeri, Pn Norlidah dan Pn Jamilah.

TINDAKAN: AJK PENGELOLA7.4Setiap sekolah juga perlu menghantar seorang wakil hakim sekolah masing-masing.

TINDAKAN: SEMUA SEKOLAHMesyuarat ditangguhkan pada jam 3.55 petang.

Disediakan Oleh,

( LORELYNE JECEKA DOMION)

Pencatat Minit Mesyuarat Pengelola Pertandingan Bahas Bahasa Melayu,

SMK.Bahang,Penampang