miskonsepsi

4
Soalan 3: Konsepsi yang betul. Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Ia mengorbit Bumi, sama seperti Bumi mengorbit Matahari. Pergerakan Bulan pada orbitnya mengelilingi Bumi menyebabkan beberapa keadaan dan ia memberi pengaruh besar pada Bumi. Bulan berputar dari barat ke timur pada paksinya yang condong 6.68 O kepada orbitnya dan beredar mengelilingi bumi dari barat ke timur dalam orbit elips yang condong 5.14 O kepada satah orbit bumi. Bulan berputar pada paksinya, pada masa yang sama ia melengkapkan peredaran orbitnya mengelilingi Matahari dan ini dikenali sebagai putaran serentak. Bulan membuat satu edaran lengkap mengelilingi bumi dalam masa 27.3 hari relatif kepada bintang (tempoh sidereal). Disebabkan Bumi sedang bergerak mengelilingi matahari pada masa yang sama, bulan mengambil masa yang lebih panjang sedikit untuk menunjukkan fasa yang sama di Bumi iaitu 29.5 hari (tempoh sinodik). Semasa bulan beredar mengelilingi Bumi, ia juga membuat satu pusingan lengkap pada paksinya dalam tempoh masa yang sama. Tempoh yang sama untuk peredaran dan pusingan ini menyebabkan pemerhati di Bumi akan melihat permukaan Bulan yang sama sahaja.

Upload: nurul-syahirah-abas

Post on 19-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kedudukan bulan dan bintang

TRANSCRIPT

Page 1: miskonsepsi

Soalan 3: Konsepsi yang betul.

Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Ia mengorbit Bumi, sama seperti Bumi mengorbit

Matahari. Pergerakan Bulan pada orbitnya mengelilingi Bumi menyebabkan beberapa keadaan

dan ia memberi pengaruh besar pada Bumi. Bulan berputar dari barat ke timur pada paksinya

yang condong 6.68O kepada orbitnya dan beredar mengelilingi bumi dari barat ke timur dalam

orbit elips yang condong 5.14O kepada satah orbit bumi.

Bulan berputar pada paksinya, pada masa yang sama ia melengkapkan peredaran

orbitnya mengelilingi Matahari dan ini dikenali sebagai putaran serentak. Bulan membuat satu

edaran lengkap mengelilingi bumi dalam masa 27.3 hari relatif kepada bintang (tempoh

sidereal). Disebabkan Bumi sedang bergerak mengelilingi matahari pada masa yang sama,

bulan mengambil masa yang lebih panjang sedikit untuk menunjukkan fasa yang sama di Bumi

iaitu 29.5 hari (tempoh sinodik).

Semasa bulan beredar mengelilingi Bumi, ia juga membuat satu pusingan lengkap pada

paksinya dalam tempoh masa yang sama. Tempoh yang sama untuk peredaran dan pusingan

ini menyebabkan pemerhati di Bumi akan melihat permukaan Bulan yang sama sahaja.

Rajah 1: tempoh putaran bulan = tempoh masa orbit bulan (peredaran bulan mengelilingi bumi).Sumber: http://www.astronomy.org/StarWatch/April/index-4-06.html

By: Gary A. Becker

Page 2: miskonsepsi

Prosedur penggunaan model alat bantu mengajar.

Nama ABM : Moon Watch!

Bahan-bahan : Bola ping-pong, polistren, dawai.

Prosedur penggunaan:

1. Guru perlu mengenal pasti miskonsepsi murid-murid dengan menyuruh murid-murid

untuk menjawab beberapa soalan mengenai putaran dan peredaran bulan.

2. Alat ini mempunyai dua bahagian; bahagian A menunjukkan peredaran bulan

mengelilingi bumi, manakala bahagian B menunjukkan putaran bulan di atas paksinya.

3. Pada kedua-dua bahagian, terdapat 4 fasa yang ditunjukan iaitu anak bulan, ¼ bulan, ½

bulan dan ¾ bulan.

4. Muka bulan ditanda dengan simbol muka senyum.

5. Murid perlu perhatikan muka bulan pada bahagian A iaitu ketika peredaran bulan

mengelilingi bumi pada fasa anak bulan.

6. Kemudian bandingkan pula dengan permukaan bulan yang dilihat pada bahagian B;

putaran bulan di atas paksinya pada fasa yang sama iaitu anak bulan.

7. Langkah 5 dan 6 diulang dengan menggerakkan bulan ke fasa seterusnya iaitu ¼ bulan,

½ bulan dan ¾ bulan.

8. Seterusnya, murid dikehendaki menjawab semula soalan mengenai putaran dan

peredaran bulan dan membincangkan jawapan tersebut bersama-sama guru.

9. Berdasarkan jawapan yang diberikan, guru perlu mengenal pasti sama ada miskonsepsi

murid sudah berjaya diubah atau sebaliknya.

10. Untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid-murid, guru memberi penerangan

berdasarkan konsep yang betul kepada murid-murid.

Page 3: miskonsepsi

Rujukan

Modul:

Norizan, A & Wai, T.M.(2014). Bumi dan Angkasa Lepas. IPG Kampus Pendidikan Teknik. Nilai.

Internet:

Pergerakan Bulan. (2010). Dilayari pada 18 Mac 2014 di laman web

http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/03/pergerakan-bulan-movements-of-

moon.html

Putaran dan Peredaran Bulan. (2011). Dilayari pada 18 Mac 2014 di laman web

http://back2tinta.blogspot.com/2011/10/normal-0-false-false-false-en-us-x-

none_10.html

Star Watch. (2006). Dilayari pada 19 Mac 2014 d laman web

http://www.astronomy.org/StarWatch/April/index-4-06.html