modul esei 1

19
Modul 1 TAJUK : Dalam menghadapi polemik seperti masalah perkauman, pertahanan dan ekonomi, banyak negara di dunia mewujudkan jalinan hubungan diplomatik. Bincangkan kepentingan malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain. Hubungan diplomatik dengan negara lain boleh membawa banyak manfaat kepada negara. Pelbagai masalah seperti perkauman, pertahanan dan ekonomi dapat diatasi. Maka dengan itu, Malaysia sentiasa mengambil berat terhadap hubungan dengan negara luar terutamanya negara jiran. Kepentingan menjaga keselamatan negara merupakan antara agenda penting dalam hubungan luar negara. Hubungan luar yang erat dan saling menghormati negara lain amat diperlukan untuk memastikan tiada perselisihan antara negara yang boleh membawa kepada hubungan dingin dan tegang. Segala perselisihan dan ketegangan akan mengeruhkanhubungan dan tiada jaminan keselamatan antara negara. Sekiranya hubungan antara negara baik, Malaysia akan dapat bertukar-tukar teknologi dan taktik peperangan serta boleh menjalani latihan ketenteraan bersama-sama. Malaysia juga boleh membeli peralatan ketenteraan untuk tujuan menjaga keselamatan negara. Selain itu, Malaysia juga menjalinkan hubungan luar atas kepentingan pertahanan negara. Malaysia juga menjalinkan persahabatan dengan negara yang mempunyai kekuatan tentera agar mendapat perlindungan daripada negara yang lebih kuat pengaruhnya sekiranya diserang musuh. Contohnya, Malaysia mendapat bantuan British dan Australia melalui Perjanjian Anglo Malaya sejurus negara memperoleh kemerdekaan. Tentera British, Australia dan New Zealand ditugaskan mengawal pertahanan negara daripada serangan luar dan dalam negara. Hubungan luar juga mengambil kira kepentingan negara untuk mendapatkan sumber dan tenaga buruh. Malaysia bergaqntung kepada tenaga buruh dari Indonesia untuk bekerja di sector perladangan dan pembinaan. Negara juga meminjam tenaga pakar dari negara maju seperti Jepun Korea Selatan untuk memberikan latihan dan R&D. Selain itu, Malaysia amat bergantung kepada sumber bahan mentah dan sumber makanan dari negara lain. Contohnya, Malaysia bergantung kepada Thailand untuk mendapatkan bekalan beras, sumber ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Malaysia juga bergantung kepada Filipina untuk mendapatkan bekalan gula. Di samping itu, Malaysia juga perlu menjalinkan hubungan dengan luar negara untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa. Sesebuah negara itu diiktiraf kedaulatannya apabila menjalinkan hubungan rasmi dengan menempatkan duta atau Pesuruhjaya Tinggi di negara luar. Negara telah menempatkan banyak kedutaan Malaysia di negara luar untuk memastikan hubungan tersebut terjalin dengan baik. Pengiktirafan negara lain terhadap kedaulatan sesebuah negara menjadi syarat utama kewujudan sesebuah negara baharu. Kepentingan menjalinkan hubungan diplomatik yang paling utama ialah aspek ekonomi. Banyak kerjasama perdagangan dapat dilakukan seperti perjanjian perdagangan, pengurangan cukai dan tariff, kawasan blok perdagangan dan pengecualian cukai terhadap barangan negara tersebut. Malaysia menikmati banyak kemudahan ekoran penglibatannya dalam ASEAN. Perjanjian ekonomi 1

Upload: wengman-sew

Post on 09-Apr-2016

51 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Esei 1

Modul 1TAJUK : Dalam menghadapi polemik seperti masalah perkauman, pertahanan dan ekonomi,

banyak negara di dunia mewujudkan jalinan hubungan diplomatik. Bincangkan kepentingan malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain.

Hubungan diplomatik dengan negara lain boleh membawa banyak manfaat kepada negara. Pelbagai masalah seperti perkauman, pertahanan dan ekonomi dapat diatasi. Maka dengan itu, Malaysia sentiasa mengambil berat terhadap hubungan dengan negara luar terutamanya negara jiran.

Kepentingan menjaga keselamatan negara merupakan antara agenda penting dalam hubungan luar negara. Hubungan luar yang erat dan saling menghormati negara lain amat diperlukan untuk memastikan tiada perselisihan antara negara yang boleh membawa kepada hubungan dingin dan tegang. Segala perselisihan dan ketegangan akan mengeruhkanhubungan dan tiada jaminan keselamatan antara negara. Sekiranya hubungan antara negara baik, Malaysia akan dapat bertukar-tukar teknologi dan taktik peperangan serta boleh menjalani latihan ketenteraan bersama-sama. Malaysia juga boleh membeli peralatan ketenteraan untuk tujuan menjaga keselamatan negara.

Selain itu, Malaysia juga menjalinkan hubungan luar atas kepentingan pertahanan negara. Malaysia juga menjalinkan persahabatan dengan negara yang mempunyai kekuatan tentera agar mendapat perlindungan daripada negara yang lebih kuat pengaruhnya sekiranya diserang musuh. Contohnya, Malaysia mendapat bantuan British dan Australia melalui Perjanjian Anglo Malaya sejurus negara memperoleh kemerdekaan. Tentera British, Australia dan New Zealand ditugaskan mengawal pertahanan negara daripada serangan luar dan dalam negara.

Hubungan luar juga mengambil kira kepentingan negara untuk mendapatkan sumber dan tenaga buruh. Malaysia bergaqntung kepada tenaga buruh dari Indonesia untuk bekerja di sector perladangan dan pembinaan. Negara juga meminjam tenaga pakar dari negara maju seperti Jepun Korea Selatan untuk memberikan latihan dan R&D. Selain itu, Malaysia amat bergantung kepada sumber bahan mentah dan sumber makanan dari negara lain. Contohnya, Malaysia bergantung kepada Thailand untuk mendapatkan bekalan beras, sumber ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Malaysia juga bergantung kepada Filipina untuk mendapatkan bekalan gula.

Di samping itu, Malaysia juga perlu menjalinkan hubungan dengan luar negara untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa. Sesebuah negara itu diiktiraf kedaulatannya apabila menjalinkan hubungan rasmi dengan menempatkan duta atau Pesuruhjaya Tinggi di negara luar. Negara telah menempatkan banyak kedutaan Malaysia di negara luar untuk memastikan hubungan tersebut terjalin dengan baik. Pengiktirafan negara lain terhadap kedaulatan sesebuah negara menjadi syarat utama kewujudan sesebuah negara baharu.

Kepentingan menjalinkan hubungan diplomatik yang paling utama ialah aspek ekonomi. Banyak kerjasama perdagangan dapat dilakukan seperti perjanjian perdagangan, pengurangan cukai dan tariff, kawasan blok perdagangan dan pengecualian cukai terhadap barangan negara tersebut. Malaysia menikmati banyak kemudahan ekoran penglibatannya dalam ASEAN. Perjanjian ekonomi senang dicapai yang dapat menguntungkan kedua-dua pihak. Malaysia juga dapat meluaskan pasarannya ke luar negara.

Kesimpulannya, hubungan diplomatik terjalin atas keperluan pembangunan sesebuah negara dalam pelbagai aspek. Hubungan diplomatik perlu sentiasa diperkukuhkan untuk menjamin kestabilan ekonomi, politik dan social sesebuah negara.

1

Page 2: Modul Esei 1

TAJUK : Semenjak asean ditubuhkan sehingga ke hari ini, hubungan di antara negara anggota asean masih di peringkat ketua-ketua kerajaan, menteri luar dan pegawai tertinggi negara anggota sahaja. Bincangkan bagaimana hubungan asean dapat ditingkatkan ke peringkat yang lebih rendah.Pendahuluan

ASEAN ditubuhkan pada 8 ogos 1967 di Bangkok dengan lima buah negara menjadi anggotanya, iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina

Brunei menyertai ASEAN pada 8 Januari 1984 Vietnam pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan Kemboja pada 30 April 1999

ASEAN kini mempunyai 10 negara anggota Semangat ASEAN Cuma berada pada peringkat ketua-ketua kerajaan, menteri luar dan pegawai

tertingi negara anggotanya sahaja Semangat ini perlu dirasai dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat negara anggota dan

bukannya di peringkat pemimpin semata-mata

Isi-isi pentingIdea 1: Aktiviti kemasyarakatan

Aktiviti kemasyarakatan dapat mengeratkan dan meningkatkan hubungan negara ASEAN Masyarakat dari negara ASEAN harus berkongsi budaya dan bahasa bagi mengeratkan perhubungan Perkongsian ilmu teknologi antara negara ASEAN melalui bengkel, seminar dan kajian secara sepadu

dapat membantu perlaksanaan matlamat ASEAN Tidak berkesan jika hanya pemimpin sahaja membuat pelbagai rancangan dan cadangan tetapi

masyarakat tidak mahu memahami dan mere4alisasikannya Perhubungan menjadi lebih erat

Idea 2: Aktiviti kemanusiaan Aktiviti kemanusiaan perlu diamalkan supaya masyarakat mengetahui kepentingan kewujudan ASEAN Saling membantu semasa bencana alam secara koletif antara negara ASEAN Penglibatan semua masyarakat negara ASEAN untuk membantuj negara yang ditimpa malapetaka dan

masalah alam sekitar dapat mengeratkan kerjasama serantau ASEAN Di samping kerjasama ekonomi, aktiviti kemanusiaan dalam hal pertolongan cemas juga penting dalam

aspek pemahaman tentang kewujudan ASEAN Melibatkan ramai golongan muda dari semua negara

ASEAN untuk belajar bersama-sama dan bekerjasama untuk menyelamatkan mangsa bencana

Idea 3: Standard undang-undang sama Penyediaan standard undang-undang yang sama dapat mengukuhkan keadaan sosioekonomi serantau Setiap pendudk negara ASEAN akan mudah memahami undang-undang dan seterusnya

mengamalkannya di mana-mana negara ASEAN Di bawah sistem undang-undang standard, hukuman yang dikenakan bagi setiap negara di ASEAN

adalah sama Masyarakat ASEAN dapat mengetahumi undang-undang negara lain dengan mudah dan mengikutinya

apabila membuat lawatan atas tiket belajar, bekerja atau melawat saudara-mara

Idea 4: Mesyuarat tidak diadakan di ibu kota sahaja Satu lagi cara mengeratkan hubungan ASEAN ke peringkat masyarakat adalah dengan mengadakan

mesyuarat ASEAN di kawasan pedalaman atau luar Bandar Penduduk tempatan di mana-mana negara ASEAN perlu didedahkan dengan mesyuarat ASEAN yang

diadakan di kawasan pedalaman atau luar Bandar Jika terdapat perbincangan antara pemimpin ASEAN tentang isu globalisasi dan keganasan

antarabangsa, rakyat perlu dibenarkan mendengar dan memberi idea tentang cara untuk mengatasinya secara online

Dengan cara ini, kewujudan ASEAN dan matlamatnya dapat difahami bukan sahaja di peringkat tertinggi tetapi juga di peringkat rendah

Penutup ASEAN memainkan peranan penting dalam mengeratkan negara anggotanya Bekerjasama dalam semua aspek Masyarakat negara ASEAN perlu tahu kepentingan penubuhan ASEAN agar kawasan Asia Tenggara

menjadi maju

2

Page 3: Modul Esei 1

TAJUK :

Perhubungan antara amerika syarikat dengan malaysia melalui perjanjian perdagangan bebas (fta) dikatakan dapat menyatupadukan ekonomi malaysia dan amerika syarikat. Namun perjanjian ini didapati merugikan negara kita. Bincangkan keburujan fta kepada kita.

Pendahuluan

Dianggap sebagai satu perjanjian yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak Membolehkan penjualan dua hala barangan dan perkhidmatan antara Malaysia dengan

AmerikaSyarikat Meningkatkan daya saing pengeluar dan pengeksport Malaysia

Isi-isi penting

Idea 1: Peningkatan harga barangan perubatan

ASmerika menetapkan syarat-syarat pemilikan harta intelek bagi pengeluaran barangan perubatan Amerika yang dibeli oleh Malaysia dan memberi royalty yang tinggi

Merupakan pembaziran kerana terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan lua negara untuk menjaga sector kesihatan di Malaysia

Permintaan Amerika Syarikat adalah melebihi obligasi IPR negara-negara angota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)

Akibatnya,kerajaan Malaysia terpaksa menampung kos rawatan yang lebih tinggi bagi pesakit-pesakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, AIDS dan lain-lain penyakit di hospital kerajaan

Idea 2: Amerika Syarikat menguasai ekonomi

Melalui perjanjian ini, Amerika akan menguasai ekonomi Malaysia apabila peluang ekonomi diberikan kepada pelabur-pelabur dari Amerika Syarikat

Pelabur perlu dineri peluang sama rata dalam kontrak dan tender kerajaan yang menguntungkan Keadaan ini akan merugikan negara kerana memberi kesan negatif kepada peniaga-peniaga tempatan Membolehkan Amerika Syarikat membentuk corak ekonomi tempatan

Idea 3: Pembelian beras

Agak merugikan apabila perjanjian yang dimeterai telah menyebabkan Malaysia terpaksa membeli beras daripada Amerika Syarikat

Beras dari Amerika Syarikat akan memasuki pasaran negara dengan harga yang lebih rendah Memberi saingan dengan barang keluaran beras tempatan kerana harga lebih rendah Akibatnya jualan beras Malysia terjejas

Idea 4: Pengendalian Amerika secara langsung dalam ekonomi

Amerika akan mencuba mempengaruhi ekonomi Malaysia Mengakibatkan pergantungan ekonomi secara menyeluruh Menetapkan harga barangan dan juml;ah pengeluaran barangan Merugikan negara dalam pengeluaran mata wang asing

Penutup

FTA membantu ekonomi negara Namun, pergantungan kepada Amerika akan merugikan negara dari segi Pendapatan Negara Kasar Kerajaan harus mengambil langkah berkesan untuk memastikan negara tidak mengalami kerugian

3

Page 4: Modul Esei 1

TAJUK:

Para saintis telah berjaya menghasilkan tenaga nuklear yang berperanan sebagai tenaga alternatif.Walaupun tenaga nuklear mendatangkan kebaikan, penemuan tenaga nuclearjuga mendatangkan keburukan. Bincangkan.

Pendahuluan

Tenaga nuclear dicipta melalui kajian ke atas atom-atom sains Dicipta sebagai tenaga alternative Mempunyai kebaikan dan keburukan

Isi-isi penting

Idea 1: Berperanankan sebagai tenaga alternatif

Petroleum dan gas merupakan sumber tenaga yang akan kehabisan dan tidak dapat diperbaharui Tenaga nuclear tidak akan kehabisan dan dapat diperbaharui pada bila-bila masa Mampu membekalkan tenaga elektrik kepada semua penduduk di bumi Tidak akan menganggu urusan harian penduduk walaupun kehabisan sumber petroleum dan gas Mampu menjana kuasa bagi menggerakkan jentera dalam bidang perindustrian Pengeluaran periondustrian tidak akan terjejas

Idea 2: Membantu mengesan kerosakan dan kebocoran Tenaga nuklear berguna untuk sektor perindustrian Loji-loji perindustrian mudah mengalami retakan pada logam-logam tertentu Retakan ini dapat mendatangkan ancaman terhadap pekerja Tenaga nuklear juga berguna untuk industri petroleum Gas-gas dihantar melalui paip bawah tanah Kebocoran paip bawah tanah akan membawa kepada letupan yang besar dan sukar dikawal Ternaga nuklear digunakan untuk mengesan kebocoran paip bawah tanah

Idea 3: Kesihatan penduduk terjejas

Kebocoran tenaga nuclear akan menyebabkan penyebaran radiasi Radiasi dapat memusnahkan sel-sel dalam tubuh badan Berlaku mutasi dalam sel tumbesaran manusia Kadar kelahiran akan berkurangan Juga menyebabkan kecacatan terhadap kelahiran bayi

Idea 4: Ketidakseimbangan ekologi dunia

Masyarakat perlu berhati-hati dalam penggunaan tenaga nuclear Kesejahteraan manusia perlu diambil berat dalam meluaskan penggunaan tenaga nuklear

4

Page 5: Modul Esei 1

TAJUK : Faktor kehausan tenaga petroleum telah menyebabkan para penyelidik berjaya menghasilkan sumber tenaga alternatif yang lain. Huraikan kelebihan sumber tenaga alternatif dalam mewujudkan kesejahteraan dalam kalangan rakyat.

Pendahuluan

Tenaga petroleum akan mengalami kehausan dan tidak dapat diperbaharui jika kehabisan Sumber tenaga alternative perlu dicipta untuk menggantikan tenaga petroleum

Idea 1: Pencemaran alam sekitar dapat dielakkan

Pengguna menggunakan petroleum sebagai bahan api untuk menggerakkan kenderaan Pembakaran petroleum mengakibatkan pengeluaran gas beracun, iaitu karbon monoksida Gas ini akan menyerap masuk ke dalam badan melalui sistem penafasan dan mengakibatkan penyakit

kanser Sumber tenaga alternative untuk mengerakkan kenderaan ialah penggunaan tenaga solar Tenaga solar menggunakan cahaya matahari Tidak mempunyai sebarang gas beracun Tahap kesihatan penduduk tidak terjejas

Idea 2: Krisis tenaga dapat diatasi

Berlaku pertambahan dalam pembinaan perindustrian dan juga penggunaan kenderaan Berlaku pertambahan dalam penggunaan petroleum Pertambahan penggunaan petroleum akan mengakibatkan kehabisan bahan petroleum dalam jangka

masa pendek Berlakunya gangguan ke atas jentera yang digunakan oleh kenderaan dan perindustrian Sumber tenaga alternative tidak akan kehabisan Menggunakan sumber semula jadi. Contoh, tenaga solar dan biomas Dapat diperbaharui pada bila-bila masa

Idea 3: Kitar semula

Bahan petroleum tidak dapat dikitar semula Akan kehausan sewaktu pembakaran Sumber tenaga alternatif dapat dikitar semula. Contoh, tenaga hidro Bergantung kepada bahan semula jadi Kekal sehingga akhir hayat dan boleh didapati pada bila-bila masa

Idea 4: Perubatan

Tenaga nuclear dapat dihasilkan daripada atom-atom sains Dapat digunakan untuk rawatan pesakit Sinar gama daripada tenaga nuklear digunakan untuk rawatan penyakit kanser Digunakan untuk melihat kandungan bayi Dapat meningkatkan tahap kesihatan rakyat

Penutup

Sumber tenaga alternative menjadi sumber utama untuk menggantikan sumber tenaga petroleum Kerajaan perlu menggunakan sumber tenaga alternative secara maksima untuk mengelakkan kehausan

tenaga petroleum

5

Page 6: Modul Esei 1

TAJUK : Peningkatan suhu dunia merupakan isu global yang sering mendapat perhatian dalam majlis forum antarabangsa. Fenomena pemanasan global ini telah menimbulkan pelbagai implikasi terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar. Bincangkan.

Pendahuluan

Pemanasan global merupakan fenomena pemerangkapan haba bumi yang berpunca daripada kandungan gas rumah hijau yang tinggi di ruang atmosfera

Gas rumah hijau membenarkan bahang matahari menembusi permukaan bumi tetapi menghalang pembebasan semula bahang bumi dari ruang atmosfera

Fenomena ini membawa kesan buruk kepada kehidupan manusia dan alam sekitar

Isi-isi penting

Idea 1: Mencairkan ais di kawasan kutub Peningkatan suhu dunia menyebabkan pencairan litupan salji dan glasier di kawasan pergunungan dan

di kedua-dua kawasan kutub Kenaikan asas laut merupakan punca kejadian banjir besar di negara-negara kepulauan seperti Fiji dan

Maldives

Idea 2: Mewujudkan krisis makanan dunia Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai untuk

aktiviti pertanian Kematian tanaman makanan akibat kemarau menjejaskan pengeluaran hasil pertanian

Idea 3: Mengakibatkan bencana alam

Kekurangan sumber air di permukaan bumi menyebabkan kadar hujan berkurang, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi lebih panas Llu mengakibatkan kemarau

Peningkatan suhu di Lautan Pasifik mengubah pola tiupan angin lazim akibat perbezaan tekanan udara yang hebat di kawasan daratan dan lautan

Meningkatkan kejadian ribut taufan dan banjir yang mengancam kehidupan manusia dan alam sekitar

Idea 4: Mengakibatkan kepupusan flora dan fauna

Spesies hidupan liar yang memerlukan suhu yang sederhana dan rendah untuk hidup akan mengalami kepupusan apabila berlaku peningkatan suhu bumi

Sesetengah spesies flora yang memerlukan suhu optimum yang rendah untuk hidup seperti bunga-bungaan di kawasan sejuk akan pupus akibat cuaca panas dan suhu tinggi

Penutup

Langkah serius perlu diambil untuk mengurangkan kesan buruk daripada fenomena ini Menjamin kelangsungan hidup generasi akan datang serta pengekalan khazanah flora dan fauna

6

Page 7: Modul Esei 1

TAJUK : Pekerja di bawah umur atau tenaga buruh kanak-kanak merupakan isu yang tiada kesudahan malah semakin berkembang dari setahun ke setahun. Fenomena ini menjadi semakin popular terutamanya di negara dunia ketiga. Huraikan cadangan-cadangan untuk menangani masalah ini.

Pendahuluan

Negara-negara dunia ketiga seperti Afghanistan- salah sebuah negara yang paling miskin di dunia, di mana kanak-kanak adalah separuh daripada jumlah penduduk

Kanak-kanak yang bekerja bukanlah sesuatu yang mengejutkan di Afghanistan tetapi sudah menjadi masalah social tegar dan kerajaan tidak mempunyai perancangan dan sumber yang cukup untuk menyelesaikannya

Isi-isi penting

Idea 1: Menguatkuasakan undang-undang

Hukuman yang setimpal harus diimplementasikan Akta Buruh Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 menetapkan syarat pengajian kanak-kanak di bawah

umur 14 tahun dan pemudayang berumur di bawah 16 tahun hanya dalam jenis pekerjaan yang sesuasi dan di dalam perusahaan tertentu tidak membahayakan nyawa, anggota, kesihatan dan moral.

Objektif utama akta ini adalah untuk mengawal dan/atau melindungi mereka daripada ekploitasi dan tidak menggangu persekolahan mereka

Majikan yang melanggar akta ini boleh dikenakan penalty tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2 000.00

Atau kedua-duanya sekali

Idea 2: Peranan organisasi masyarakat sama ada badan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan (NGO)

Patut bergiat aktif dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak supaya tidak dieksploitasi NGO: Tabung Pertubuhan Kanak-kanak PBB (UNICEF)

Berperanan penting untuk memelihara hask kanak-kanak serta melindungi kanak-kanak daripada keganasan yang dihadapi termasuklah penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks

Tabung Kanak-kanak telah ditubuhkan bagi menggubal satu akta yang berkesan untuk melindungi kanak-kanak

Gabungan Antara Parlimen (IPU) telah bergabung tenaga dengan UNICEF dalm melancarkan sebuah buku panduan yang telah direka khusus untuk menghentikan eksploitasi kanak-kanak

Idea 3: Peranan Kastam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Mencegah sebarang pemerdagangan manusia terutamanya kanak-kanak Dijangka lebih kurang 1.2 juta orang kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan setiap tahun

dipaksa menjadi orang gaji, pekerja-pekerja kilang, malah hamba-hamba seks juga Anggota polis menjalani latihan intensif di Pusat Latihan Pengamam Malaysia di Port Dickson bagi

mengenal pasti serta menghulurkan bantuan kepada mangsa Harus bekerjasama menangkap pihak yang bertanggungjawab terhadap pemerdagangan kanak-kanak Menghukum pesalah-pesalah ke muka mahkamah dan dijatuhkan hukuman yang setimpal

7

Page 8: Modul Esei 1

Idea 4: Kerjasama antara negara jiran

Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand wajar mewujudkan persefahaman, kerjasama serantau dan perkongsian bijak lebih-lebih lagi kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan

Laporan Tahunan Pemerdagangan Manusia yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat melibatkan usaha kerajaan negara-negara asing untuk mencegah perdagangan manusia, mendakwa penjenayah dan melindungi mangsa

Idea 5: Pendidikan sedunia

Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat segelintir anggota masyarakat terutamanya ibu bapa tidak mengambil berat terhadap kepentingan pendidikan kanak-kanak, malah tidak memahami kesan-kesan buruk yang bakal dibawa oleh masalah kemiskinan

Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu pengetahuan adalah amat penting bagi meneruskan kehidupan terutamanya dalam masyarakat kini yang dibuai arus modenisasi dan globalisasi

Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa digesa supaya menggubal sebuah akta atau undang-undang bagi memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menerima serta melanjutkan pelajaran sekurang-kurangnya sehingga unr 18 tahun atau melengkapkan tahap sekolah menengah

Penutup

Kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen besar dalam menangani pemerdagangan manusia- dijangka mendahului penyiasatan dan pendakwaan kesalahan pemerdagangan buruh

Mengenal pasti mangsa pemerdagangan buruh oleh pegawai kerajaan dan bekerjasama rapat dengan NGO dan pertubuhan antarabangsa untuk memperbaiki perkhidmatan mangsa dalam penempatan kerajaan

8

Page 9: Modul Esei 1

TAJUK : Jenayah pemerdagangan manusia menjadi antara fenomena yang mengancam banyak negara. Justeru, usaha membanteras jenayah ini perlu dilakukan sama ada menerusi peranan pihak berkuasa dalam negara mahupun penglibatan negara luar. Jelaskan pernyataan di atas.

Eksploitasi terhadap manusia merupakan segala bentuk penguasaan sama ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyamai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. Jenayah pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada kes-kes pengeksploitasian manusia

Jenayah pemerdagangan manusia merupakan jenayah yang mengancam banyak negara di dunia. Jenayah ini mengancam negara apabila imej negara terjejas akibat kegagalan negara tersebut menjaga hak-hak dan kebebasan rakyat. Contohnya, Malaysia berada pada kedudukan ke-16 senarai negara berprestasi buruk menangani masalah pemerdagangan manusia. Negara dilabel sebagai negara lemah penguatkuasaan undang-undang dan tidak menjaga hak-hak kemanusiaan dengan baik. Kebebasan hak asasi rakyat tidak diambill berat oleh pihak berkuasa.

Ancaman kejadian jenayah yang semakin meningkat. Kejadian penculikan kanak-kanak dan orang dewasa kian meningkat. Penculikan kanak-kanak dan orang dewasa kian meningkat. Penculikan orang bertujuan untuk mendapatkan organ atau diperdagang sebagai pelacur atau GRO. Kanak-kanak dijadikan peminta sedekah oleh sindiket dan menjadikan kanak-kanak tersebut sumber pendapatan mewah sindiket. Jenayah pelacuran juga meningkat apabila perempuan-perempuan muda ditipu dengan janji pekerjaan yang mendatangkan pendapatan lumayan. Mereka tidak dibayar gaji sebaliknya bekerja tanpa belas kasihan dan tiada sebarang kebajikan diperuntukan kepada mereka.

Kewujudan pusat-pusat hiburan secara haram juga meningkat. Pusat-pusat hiburan ini wujud apabila kemasukan warga asing yang ramai menawarkan perkhidmatan seks dan hiburan kepada warga tempatan. Perkara ini akan menjejaskan nilai moral rakyat tempatan di samping keruntuhan moral generasi muda negara. Rumah-rumah urut haram juga banyak didirikan dan digunakan oleh sindiket untuk memerah keringat oranf yang diperdagangkan terutamanya warga asing dari China dan Vietnam.

Pihak berkuasa terutamanya polis dan imigresan berusaha membanteras kegiatan pemerdagangan manusia dengan menguatkuasakan undang-undang Akta Pemerdagangan Orang (ATP). Akta tersebut memberi kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM500 000. Kerajaan juga menubuhkan Majlis Antipemerdagangan Orang (MAO) untuk menyelaras dasar dan melaksanakan Akta tersebut. Justeru, kegiatan ini akan dapat dikawal seterusnya dapat dibanteras sepenuhnya.

Selain itu, kerjasama antarabangsa juga dijalankan bagi membanteras kegiatan ini. Persidangan serantau tentang penyeludupan, pemerdagangan Manusia dan jenayah antarabangsa telah membuktikan komitmen bersepadu oleh negara-negara Asia Pasifik. Persidangan tersebut telah memberi kata sepakat bagi membentuk kerjasama dalam perkongsian maklumat, kepakaran dan undang-undang yang seragam. Perkara ini bagi memastikan kegiatan pemerdagangan manusia dapat dibanteras hingga ke akar umbi.

Sebagai kesimpulan, kerjasama semua pihak amat perlu untuk membasmi kegiatan ini. Jenayah ini perlu dibanteras kerana meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada mangsa.

9

Page 10: Modul Esei 1

TAJUK : Deklarasi tokyo berkenaan biojisim asia telah diterima bagi tujuan aktiviti-aktiviti penggunaan biojisim secara efektif di negara-negara asean. Bincangkan sumbangan penggunaan tenaga biojisim kepada pembangunan negara.

Biojisim merupakan sumber keempat terbesar dunia selepas arang batu,petrol dan gas asli. Biojisim merujuk tenaga yang dijana daripada reputan benda-benda hidup. Bahan-bahan ini dapat digunakan sebagai bahan api atau dalam industry. Tenaga ini kurang digunakan di dalam negara kerana kekurangan teknologi.

Penggunaan tenaga biojisim menjadi penyelesaian kepada masalah kemiskinan. Penjanaan tenaga ini memerlukan teknologi dan kepakaran baharu. Peluang pekerjaan baharu akan dibuka apabila pusat-pusat penjanaan tenaga biojisim didirikan. Tenaga biojisim juga boleh didapati dengan harga yang murah dan mampu diperoleh oleh golongan berpendapatan rendah. Rakyat memperoleh pendapatan melalui industri baharu dan penggunaan bahan mentah tempatan. Di lading-ladang, peladang dapat menjalankan sendiri proses biopemetanaan berskala kecil bagi menghasilkan gas memasak.

Tenaga biojisim merupakan satu cara pencegahan terhadap kerosakan persekitaran. Tenaga ini adalah tenaga yang mesra alam dan dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ke atmosfera. Pemanasan global semakin meningkat apabila lebih 20 juta tan CO2 dibebaskan setiap tahun. Biojisim merupakan sumber neutral karbon dalam kitaran hidup yang secara semula jadi dapat mengelak berlaku pencemaran alam sekitar dan peningkatan suhu dunia.

Selain itu, tenaga biojisim dapat meningkatkan kualiti hidup. Pihak terlibat seperti Jabatan Alam sekitar atau Jabatan Pertanian perlu membekalkan informasi kepada petani tentang teknologi biojisim. Apabila sisa buangan haiwan ternakan digunakan semula secara selamat, maka corak pertanian yang sihat akan diwujudkan. Penggunaan tenaga biojisim menggalakkan penjagaan alam sekitar dan di samping tiada pencemaran terhadap tanah, air mahupun udara. Kualiti hidup akan dapat ditingkatkan apabila manusia hidup dalam persekitaran alam yang sentiasa sihat. Bencana alam juga dapat dikawal.

Tenaga biojisim juga merupakan sumber tenaga alternative yang selamat. Aktiviti manusia yang semakin giat menyebabkan keperluan terhadap tenaga baharu yang banyak. Selaras dengan usaha negara mengurangkan pencemaran, maka permintaan terhadap sumber tenaga baru yang bersih dan selamat amat tinggi. Tenaga biojisim lebih selamat, murah dan tidak mencemarkan alam. Bekalan petroleum yang semakin susut memungkinkan tenaga biojisim menjadi tenaga alternatif yang penting pada masa akan datang bagi menggantikan sumber tenaga sedia ada.

Tambahan pula, tenaga b iojisim dapat menjimatkan penggunaan bahan api fosil. Bekalan terhadap arang batu dan petroleum semakin berkurangan. Dengan adanya tenaga biojisim sebagai tenaga baru yang dapat berperanan sebagai tenaga baru, maka permintaan dan perlombongan minyak akan dapat dikurangkan. Stok minyak akan dapat disimpan dasn dapat mengurangkan kemungkinan kehabisan. Begitu juga dengan harga minyak mentah dan bahan api fosil lain dapat dikawal di pasaran dunia.

Konklusinya, penggunaan tenaga biojisim perlu diperluas untuk menjadikan negara lebih kompetitif. Penjagaan alam sekitar turut menjadi keutamaan dalam menghasilkan sesuatu tenaga baru.

10

Page 11: Modul Esei 1

TAJUK : Perihalkan sumbangan kerjasama budaya asean kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Kerjasama dalam bidang sosial dan budaya menjadi salah satu titik tolak utama untuk meningkatkan integrasi ASEAN. Banyak manfaat yang diperolehi daripada kerjasama budaya antara negara-negara ASEAN.

Kerjasama budaya menjadi elemen penting bagi mengeratkan kerjasama dalam keharmonian hubungan. Pertukaran rancangan kebudayaan antara negara anggota telah dijalankan antara Malaysia dengan brunei dan antara Malaysian dengan Indonesia. Pertukaran rancangan televisyen dan radio antara negara anggota dapat memupuk kesefahaman terhadap budaya dan corak hidup rakyat negara anggota. Pesta lagu dan muzik negara-negara ASEAN dapat meningkatkan kesepakatan. Selain itu, aktivgiti tersebut dapat meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya kerjasama ekonomi.

Kerjasama budaya ASEAN juga dapat memperkembangkan industri pelancongan negara. Budaya yang sama memudahkan rakyat melancong ke negara asing. Industri pelancongan negara berkembang dengan adanya tarikan budaya seperti tarian, pakaian dan makanan yang telah dikenali di luar negara. Tempat-tempat menarik, budaya tempatan, pakaian tradisional, makanan dan tarian tradisional menjadi asset penting kepada negara yang boleh dipromosi. Pelancong dari negara ASEAN datang melancong untuk melihat sendiri budaya sesebuah negara. Kegiatan perniagaan wujud dengan adanya penjualan barang-barang kraf tangan.

Selain itu, kerjasama budaya dapat meningkatkan kreativiti rakyat. Rakyat dapat membangunkan harta intelek budaya sebagai asset baharu perniagaan dan berusaha kea rah pembangunan harta intelek sebagai satu komoditi perniagaan. Rakyat juga mempergiat usaha untuk menjadikan budaya lebih menarik dan mendapat perhatian golongan muda. Golongan muda kini mempunyai idea yang lebih kreatif dan menjadi guna tenaga yang penting dalam aktiviti ekonomi. Dengan itu, budaya menjadi aspek utama dalam pembangunan ekonomi rakyat Malaysia.

Kerjasama budaya yang diwujudkan oleh negara-negara ASean dapat mempergiat industry hiliran. Industri hiliran mampu memperkasakan industry kreatif secara menyeluruh berasaskan kreatif dan inovasi rakyat Malaysia. Selain itu, industry kraf, seni visual, seni muzik, seni persembahan, penulisan kreatif dan industry fesyen dan tekstil dapat dipertingkatkan. Industri batik, contohnya mendapat pasaran yang luas dan teknologi membuat batik dapat dimodenkan.

Akhir sekali, sumber pendapatan negara dapat dipertingkatkan.Dengan adanya budaya yang menarik dan dapat dikomersialkan sudah tentu dapat menjana pendapatan kepada negara. Kemasukan pelancong asing akan melibatkan pertukaran wang asing. Kegiatan ekonomi terutamanya perhotelan, pelancongan dan perniagaan kraf tangan berlaku dengan pesat. Budaya negara dapat diperkenal dan dipromosikan ke luar negara. Pada tahun 2008, industry ini menyumbang RM(9.4 bilion kepada KDN K Malaysia, di samping mewujudkan guna tenaga sebanyak 0.4 peratus atau 45 301 pekerjaan.

Sebagai kesimpulannya, sumbangan kerjasama budaya ASean telah banyak membantu mempromosi Malaysia di samping mewujudkan hubungan erat antara kedua-dua buah negara. Untuk itu, Majlis Komuniti Sosio Budaya Asean (ASCC), berhasrat menjadikan budaya salah satu elemen penting mengeratkan kejasama dalam keharmonian hubungan masyarakat menuju pembentukan Komuniti Asean pada tahun 2015.

11