modul kaa3013 unit 1

13
UNIT 1:Akta Pendidikan 1996 dan Peraturannya | 1 UNIT 1 AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERATURANNYA HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: a) Memahami apakah yang dimaksudkan dengan akta pendidikan 1996 b) Mengetahui kepentingan akta kepada sistem pendidikan negara. c) Mengetahui peraturan yang terdapat di dalam akta 550 PENGENALAN Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut: • Zaman Pramerdeka (sebelum 1957); • Pasca Merdeka (1957-1970); • Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990); • Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan • Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang). Bagaimana pula dengan akta? Pernahkah anda mendengar akta pendidikan 1996? Akta Pendidikan merupakan satu dokumen rasmi yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh semua pengamal pendidikan. AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) Bertujuan untuk melindungi hak murid, penjaga, pengusaha dan menjamin kualiti perkhidmatan Tadika yang hendak ditubuhkan mesti mematuhi akta ini Akan didakwa di mahkamah sekiranya melanggar akta dan peraturan

Upload: mohd-jamil-patah

Post on 15-Feb-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Modul KAA

TRANSCRIPT

Page 1: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 1

UNIT 1

AKTA PENDIDIKAN 1996 DANPERATURANNYA

HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:a) Memahami apakah yang dimaksudkan dengan akta pendidikan 1996b) Mengetahui kepentingan akta kepada sistem pendidikan negara.c) Mengetahui peraturan yang terdapat di dalam akta 550

PENGENALAN

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dankemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:• Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);• Pasca Merdeka (1957-1970);• Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);• Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan• Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Bagaimana pula dengan akta? Pernahkah anda mendengar akta pendidikan 1996?

Akta Pendidikan merupakan satu dokumen rasmi yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh semua pengamalpendidikan.

AKTA PENDIDIKAN1996

(AKTA 550)

Bertujuan untukmelindungi hak murid,penjaga, pengusahadan menjamin kualitiperkhidmatan

Tadika yanghendakditubuhkan mestimematuhi akta ini

Akan didakwa dimahkamah sekiranyamelanggar akta danperaturan

Page 2: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 2

PENGENALAN

Apakah Itu Akta?Akta ialah undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen

AKTA PENDIDIKAN

AKTA 308 AKTA 550

Pada tahun 1940an telah bermulanya era prasekolah atau tadika di Persekutuan Tanah Melayu.Kebanyakan prasekolah dan tadika ini telah mula dibuka oleh golongan missionari atau mubaligh agamaKristian dengan pendidikannya yang berfokuskan mengikut pengaruh British. Mereka telah mengenakanyuran untuk setiap kanak-kanak yang memasuki di tadika itu. Yuran yang dikenakannya itu sangat mahaldan hanya anak-anak orang yang berada sahaja mampu untuk belajar di prasekolah kendaliannya. Guru-guru prasekolahnya pula adalah terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak mempunyai sebaranglatihan perguruan dan pengalaman mengajar di prasekolah. Mereka lebih banyak menuju ke arahperniagaan daripada kebajikan. Untuk menyeimbangkan permintaan antara golongan berada dengankurang berada tentang pendidikan prasekolah ini.

AKTA PENDIDIKAN 1996( Akta 550)

Pada pandangan anda mengapakah akta pendidikan 1996 dan apakah kepentingan akta ini?

Akta Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. TujuanAkta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akandatang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusatkecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.

Page 3: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 3

Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkankesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Aktabaru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuanmenggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop danmemperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yangberkaitannya. Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamatbangsa. Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasaiilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifatglobal, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negarademi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dankekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,liberal dan dinamik. Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yangbertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia. Dan Bahawasanya dasar yangdinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkanbahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.

Terdapat 16 Bahagian:

Bahagian I : PermulaanBahagian II : PentadbiranBahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan KebangsaanBahagian IV : Sistem Pendidikan KebangsaanBahagian V : Penilaian Dan PeperiksaanBahagian VI : Pendidikan TinggiBahagian VII : Institusi Pendidikan SwastaBahagian VIII : Pendaftaran Institusi PendidikanBahagian IX : Pendaftaran GuruBahagian X : Jemaah Nazir SekolahBahagian XI : KewanganBahagian XII : RayuanBahagian XIII : Peraturan-PeraturanBahagian XIV : Kesalahan dan PenaltiBahagian XV : PelbagaiBahagian XVI : Peralihan Dan Pemansuhan

Page 4: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 4

Bahagian II: Pentadbiran1. Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan2. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain3. Ketua Pendaftar dan Guru4. Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah.5. Pengarah Peperiksaan6. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas

Bahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan KebangsaanFungsi dan Kuasa Majlis

Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan

Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan1.Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan:

• Pendidikan Prasekolah• Pendidikan Rendah• Pendidikan Menengah• Pendidikan Lepas menengah dan• Pendidikan Tinggi

Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa

2. Kategori Institusi Penddidikan• Institusi Pendidikan Kerajaan• Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan• Institusi Swasta

3. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali sekolah jenis kebangsaan makabahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa kebangsaan

4.Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah

5.Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.

Bab 2 - Pendidikan Prasekolah1. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika2. Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika3. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika4. Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan, tetapi Bahasa Kebangsaan wajib

sebagai satu matapelajaran.5. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak

Page 5: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 5

Bab 3- Pendidikan Rendah1. Menteri - Mengadakan Pendidikan Rendah.2. Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.3. Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun).4. Pendidikan Sekolah rendah wajib.

Bab 4- Pendidikan Menengah1. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah.2. Boleh mengadakan Kelas Peralihan.

Bab 5 – Pendidikan Lepas MenengahMenteri boleh mengadakannya di Sekolah Menengah Kebangsaan atau maktab atau institusi pendidikanlain.

Bab 6- Institusi Pendidikan LainMenteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institusi pendidikan seperti maktab, sekolahkhas, politeknik dan institusi pendidikan yang lain.

• Menteri boleh memberi sumbangan bantuan kepada institusi yang tidak ditubuhkan olehnya.

Bab 7- Pendidikan Teknik & Politeknik1.Pendidikan teknik di Sekolah Menengah Kebangsaan dan institusi pendidikan yang lain.

• Kuasa menteri• Menyediakan kemahiran

2. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yangdiluluskan oleh Menteri.

3. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam pendidikan Teknik dan Vokasional• Tertakluk kepada kelulusan Menteri• Tertakluk kepada terma dan syarat Menteri

4. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah yang diberikan oleh universiti.

5. Kuasa untuk membuat peraturan berhubung dengan politeknik:• Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dabn mengubahsuai kurikulumdan program latihan

• Menjalankan pengukuran atu penilaian atau mengendalikan peperiksaan• Penganugerahan sijil/diploma• Disiplin murid• Penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis,

badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum

Page 6: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 6

Bab 8 – Pendidikan Khas1. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan Khas di sekolah khas atau mana-mana sekolah

rendah/menengah yang difikirkan sesuai dan membawa manfaat.2. Menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh dan kursus pendidikan khas.

• Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik.

Bab 9- Pendidikan Guru1. Tiada seorang pun boleh menubuhkan maktab pendidikan guru melainkan dengan kelulusan Menteri.2. Semua maktab – didaftarkan.3. Maktab - anugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain.4. Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajiandan program latihan yang diluluskan

oleh Menteri.

Bahagian IX: Pendaftaran GuruBab 1 – Pendaftaran Guru1. Larangan mengajar: tidak boleh mengajar tanpa didaftarkan.2. Daftar Guru( D.G ): Ketua Pendaftar ( K.P ) mesti simpan suatu Daftar Guru.3. Permohonan – borang dan prosedur tetap – kepada Ketua Pendaftar.4. Ketua Pendaftar boleh menolak daftarkan guru:

• Umur < 18 tahun• Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar• Membuat pernyataan palsu• Kecacatan jasmani/mental/penyakit• Telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah

Bagi sesebuah Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia,setiap guru yang mengajar adalah didaftarkan dan diberi permit mengajar. Kriteria yang diguna pakaiadalah dari segi kelayakan minimum SPM dan mempunyai tahap kesihatan yang baik. Namun begitu, pihakpengurusan institusi sememangnya bebas untuk memilih mana-mana guru yang mereka kehendaki,namun ia mestilah mendapat kelulusan permit dari Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ianya bolehmengajar di sesuatu institusi yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

Adakah melakukan kesalahan sekiranya tidak mempunyai permit untuk mengajar?

Permit Mengajar1. Ketua Pendaftar boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kepada yang bukan guru

berdaftar:• Memohon didaftarkan sebagai guru dan permohonannya belum diputuskan lagi• Seseorang yang diperlukan sebagai guru sementara

2. Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa & ikut budi bicaranya, membatalkan suatupermit mengajar dgn memberikan notis bertulis.

Page 7: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 7

Bahagian XIV132. Kesalahan dan penalti

(1) …pernyataan palsu atau mengelirukan dalam promosi institusi pendidikan itu adalahmelakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit ataudipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

133 Kesalahan dan penalti berhubunga dengan pendaftaran guru.….(c) bertindak sebagai guru di suatu institusi yang tidak berdaftar (didenda tidak melebihi limaribu ringgit).

134 Kesalahan dan penalti berhubung dengan nazir(a) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah dalam menjalankan tugas.

(b) Enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen

(c) Memberi maklumat palsu

Didenda tiga puluh ribu ringgit atau penjara dua tahun dan kedua-duanya,

AKTIVITI1. Bolehkan seseorang guru tidak menyediakan Buku Rekod Guru?2. Apakah penalti seseorang guru tidak menyimpan Buku Rekod?

Page 8: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 8

Akta 550 (Akta Pendidikan)

Tahukah anda tokoh-tokoh dan pengasas pendidikan awal kanak-kanak?Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;1. Imam Al-Ghazali2. Ibnu Khaldun3. Johann Heinrich Pestalozzi4. Friedrich Froebel5. Maria Montessori

Program pendidikan prasekolah yang diutarakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untukmemberikan pengalaman sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan formal. Semuainstitusi pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Syarat-syaratpenubuhan tadika atau prasekolah mesti mematuhi Akta 550 (Akta Pendidikan 1996). Semua tadika adalahtertakluk kepada akta dan peraturan yang terdapat di dalam undang-undang. Akta diwujudkan untukmenjaga kepentingan murid, penjaga, pengusaha, serta menjamin kualiti perkhidmatan.

Page 9: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 9

Definisi:

Akta 550 (akta Pendidikan) merupakan satu akta yang mengawal dan mengawasi perjalanan sistempendidikan kebangsaan. Mengikut akta 550 ianya dibahagikan kepada 16 bahagian dengan setiapbahagian dibahagikan kepada beberapa bab dan seksyen. Sistem Pendidikan Kebangsaan telah diletakkanpada bahagian IV dimana dapat dibahagikan kepada 12 bab dan 54 seksyen. Pendidikan Prasekolah telahdiletakkan pada bab 2 dan mengandungi 7 seksyen

Seksyen 20: Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika.(i) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika

(ii) Tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.Seseorang yang melanggar subseksyen (i) adalah melakukan suatu kesalahan

Seksyen 21: Kuasa menteri untuk menubuhkan tadika.Menteri boleh, tertakluk kepada peruntkan Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

Seksyen 22: Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika.

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenali sebagai KurikulumPrasekolah Kebangsaan yang henndaklah digunakan oleh semua tadika dalam SistemPendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan dibawah subseksyen (1) hendaklahmenyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.

(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagaitambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakankurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itumengikut cara yang ditetapkan.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1 ) atau (3) adalah melakukan suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duannya.

Seksyen 23: Bahasa pengantar di tadika Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa selaindaripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jikasesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaanhendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

Page 10: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 10

Seksyen 24: Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikanprasekolah. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.

Seksyen 25: Bab 2 tidak terpakai bagi Taman Asuhan Kanak-kanak Peruntukan Bab ini tidak terpakaibagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan taman sedemikian.

Seksyen 26: Ketidakpakaian seksyen 18 dan 19 Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika

ISU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata,masalah utama yang dihadapi pengusaha dalam proses pendaftaran berpunca daripada PBT yangmempunyai syarat serta yuran pemprosesan yang berbeza-beza.

Tahukah anda bagaimana proses pendaftaran tadika dilakukan?

Pendaftaran:

Proses pendaftaran Tadika (Peraturan ini hanya untuk tadika swasta sahaja)Sebelum sesebuah tadika swasta itu ditubuhkan, pengurusan tadika hendaklah terlebih dahulumengemukakan permohonan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri yangberhampiran untuk perhatian Unit Pendidikan Swasta.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan:a.Lakaran pelan lokasi, kedudukan dan pandu arah kawasan sekelilingb.Lakaran pelan tapak, bilik-bilik dengan ukuranc.Nama tadika beralamat penuh 3 km keliling/ 300 buah rumah (bagi kawasan perumahan)d.Surat persetujuan jiran-jiran terdekat, mengandungi nama, nombor kad pengenalan, alamat

rumah dan tandatangan tuan punya rumah tidak kurang dari 10 buah rumah jiran.e.Surat perjanjian sewa bangunan ( tenancy agreement)f.Sijil kelayakan menduduiki bangunan (CF)g.Kertas kerja (garis panduan disediakan)

Page 11: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 11

Pendaftaran dan pembaharuan tadika perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan olehagensi-agensi berikut:

Perkara Ciri Jabatan yangmeluluskan

a. Premis i) Lokasi

• Tempat yang selamat

• Udara bersih• Jauh dari pusat hiburan• Tiada pencemaran bunyi• Kebenaran bertulis dari jiran

• Kadar tadika 1 tadika bersamaandengan 300 buah rumah

PihakBerkuasaTempatan

ii) Fizikal

Bangunan dalam keadaan baik, tingkat bawahadalah digalakkan.

Dalam bangunan yang mencukupi untuk sudutpembelajaran, tandas dan ruang rehat.

Tempat permainan luar. Perlu menyediakan kemudahan bagi kanak-

kanak kurang upaya. Premis tadika tidak boleh dijadikan tempat

tinggal

Pihak BerkuasaTempatan

(iii) Keselamatan

Mempunyai sekurang-kurangnya dua buahpintu yang mudah dibuka tanpa halangan.

Dapur perlu diasingkan

Alat pemadam api sentiasa diperiksa danmematuhi peraturan

Perabot alat permainan dan bahanpengajaran selamat digunakan

Semua punca elektrik hendaklah yang tidakmudah dicapai atau dilindungi

Kolam atau tempat menampung airhendaklah mengikut ukuran yangditetapkan dan berpagar.

Bomba

TenagaNasional

Page 12: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 12

(iv) Kesihatan

Kawasan bangunan dan lantai hendaklah dalamkeadaan bersih dan selamat

Bilangan tandas mencukupi, bersih, selamat danselesa untuk kanak-kanak.

Menyediakan peralatan pertolongan cemas yanglengkap

Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi

Pihak BerkuasaTempatan

JabatanKesihatan

b) Nama Tadika Menggunakan istilah `tadika’ sebagai awalan

Nama yang diberikan hendaklah mengikutlatar belakang Malaysia

Nama yang dipilih adalah munasabah,bukannya mengelirukan.

Nama tadika tidak ada persamaan dengantadika lain.

Menggunakan nama orang perlu mendapatpersetujuan bertulis daripada tuan punya nama/waris.

c) Pemilikan Dimiliki sepenuhnya oleh warganegara

Malaysia.

Pemilikan orang perseorangan atau

perkongsian hendaklah berdaftar dengan

pendaftar peniagaan.

Tadika yang ditubuhkan oleh organisasi

kerajaan dikecualikan daripada mendaftar.

d) Kurikulum • Semua tadika mesti menggunakanKurikulum prasekolahKebangsaan.

• Bahasa pengantar ialah BahasaKebangsaan dan diajar sekurang-kurangnya 2 jam seminggu

• Pendidikan Agama Islam hendaklah diajaroleh guru beragama Islam yangdituliahkan

• Pendidikan Moral hendaklah diajar kepadakanak- kanak bukan beragama Islam

Page 13: Modul KAA3013 Unit 1

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 13

AKTIVITI 1.2

Mengikut akta Pendidikan 1996, apakah yang perlu diambil kira bagi membukatadika swasta?

RUMUSAN

Sebagai rumusannya akta pendidikan 1996 adalah penting kerana sebagai seorang guru kita perlumengetahui akta ini kerana melalui akta, kita mengetahui bagaimana cara untuk menguruskan kanak-kanakserta kita dapat mengetahui peraturan yang boleh digunakan serta dapat mengetahui kesalahan yangdilakukan. Oleh sebab itu guru-guru perlu menguasai akta pendidikan supaya dapat mengelak daripadamelakukan kesilapan. Dalam akta ini terdapat pelbagai perkara yang perli diketahui kerana guru mungkinmelakukan kesilapan tanpa disedari, Maka adalah perlu untuk guru mengetahui apa yang berkaitan denganskop kerja masing-masing. Ini adalah penting kerana semuanya sudah termaktub di dalam akta pendidikan1996.

PENILAIAN KENDIRI

1) Apakah tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996?

2) Apakah kriteria yang diambil kira untuk mengajar institusi pendidikan swasta?

3) Pendaftaran dan pembaharuan tadika perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.Huraikan perkara-perkara yang terkandung dalam syarat-syarat tersebut?

RUJUKANIsbell, R. T. & Raines, S. (2003). Creativitiy and the Arts with Young Children. NY: Thomson Delmar

Learning

Schirrmacher, R. (2002). Art and Creative Development for Young Children, 4th ed. NY: Thomson DelmarLearning

Libby, W. M. L. (2002). Enriching the Curriculum with Art Experiences. NY: Thomson Delmar Learning