modul kism

39
KURSUS INDUKSI KUMPULAN 1 SIRI 2/2006 TUGASAN INDIVIDU NAMA : MOHD NAZRI BIN MD DIN NO K/P : 800304-03-5057 ANGKA GILIRAN : 4242406823 SOALAN : SOALAN 1 DAN SOALAN 10 KUMPULAN : KUMPULAN 5 KURSUS : INDUKSI KUMP 1 SIRI 2/2006 RUBY INN, KOA KINABALU SOALAN 1 Encik Ali dan Encik Awang ialah dua orang pegawai kanan kerajaan yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa berhubung dengan pelupusan barang-barang di jabatan a! Nyatakan cara-cara pelupusan terhadap barang-barang yang tidak boleh digunakan yang boleh disyorkan oleh Encik Ali dan Encik Awang selaku ahli Lembaga Pemeriksa b! Nyatakan barang-barang yang boleh dilupuskan oleh sesebuah jabatan tanpa melalui Lembaga Pemeriksaan "A#APAN a) Pelupusan adalah satu proses dimana sesuatu aset/barang awam yang secar fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau diperlukan perlu dikeluarkan daripada simpanan dan rekod. Proses pelupusan melibatkan 3 peringkat : (i) Proses pemeriksaan Seorang pegawai yang professional dari segi teknikal dilanti membuat pemeriksaan dan laporan terhadap barang lo!i kelengkapan dan harta kera!aan yang telah dianggap tidak digunakan dan bernilai lagi. (ii) Pemeriksaan pem$eri%ikasi stok RUBY INN, KOTA KINABALU

Upload: remenzer-daimun

Post on 05-Nov-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

modul kism

TRANSCRIPT

Soalan 1

KURSUS INDUKSI KUMPULAN 1 SIRI 2/2006

TUGASAN INDIVIDU

NAMA

: MOHD NAZRI BIN MD DINNO K/P

: 800304-03-5057ANGKA GILIRAN: 4242406823SOALAN

: SOALAN 1 DAN SOALAN 10KUMPULAN

: KUMPULAN 5

KURSUS

: INDUKSI KUMP 1 SIRI 2/2006

RUBY INN, KOTA KINABALU

Soalan 1

Encik Ali dan Encik Awang ialah dua orang pegawai kanan kerajaan yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa berhubung dengan pelupusan barang-barang di jabatan.a) Nyatakan cara-cara pelupusan terhadap barang-barang yang tidak boleh digunakan yang boleh disyorkan oleh Encik Ali dan Encik Awang selaku ahli Lembaga Pemeriksa. b) Nyatakan barang-barang yang boleh dilupuskan oleh sesebuah jabatan tanpa melalui Lembaga Pemeriksaan.

Jawapan a) Pelupusan adalah satu proses dimana sesuatu aset/barang awam yang secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau diperlukan dan perlu dikeluarkan daripada simpanan dan rekod.Proses pelupusan melibatkan 3 peringkat :(i) Proses pemeriksaan

Seorang pegawai yang professional dari segi teknikal dilantik untuk membuat pemeriksaan dan laporan terhadap barang, loji, kelengkapan dan harta kerajaan yang telah dianggap tidak digunakan dan tidak bernilai lagi.

(ii) Pemeriksaan pemverifikasi stok(iii) Pemeriksaan oleh Lembaga Pemeriksa (Panduan 212 PP:TPS)a) Bagi aset/barang dimana nilai perolehan aset melebihi RM20,000 tiap-tiap satu atau secara aggregatnya melebihi RM 300,000.

b) Menggunakan Borang Laporan Lembaga Pemeriksa (Kew-300V)

c) Pendapat dan syor cara pelupusan hendaklah dinyatakan dengan jelas perlu membuat pemeriksaan ke atas barang-barang yang akan dilupuskan Cara-cara pelupusan yang boleh disyorkan oleh Encik Ali dan Encik Awang adalah seperti yang tertera dalam Tatacara Pengurusan Stor (Panduan 222 - 225), Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 02/1997 iaitu :i. Secara Jualan

a. Tender

b. Sebut harga

c. Lelong

d. Tukar beli (trade in)

e. Kontrak pusat

ii. Pindahan

iii. Hadiah

iv. Tanam/Bakar/Buang/Tenggelam/Lebur

v. Cara-cara lain jika ada

b) Barang-barang yang boleh dilupuskan oleh sesebuah jabatan tanpa melalui Lembaga Pemeriksaan adalah barang /aset yang mana nilai perolehan asal tidak melebihi RM20,000 tiap-tiap satu atau RM 300,000 secara aggregate.SOALAN 10 Huraikan pengertian etika kerja berikut dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi:

a. Akauntabiliti

b. Intergriti

c. ProfesionalismeJAWAPAN a. Akauntabiliti

Akauntabiliti dikaitkan dengan tanggungjawab kakitangan awam dalam melaksanakan tugas atau beban kerja yang diberikan. Mereka juga perlu memastikan matlamat dan objektif tugasan yang diberikan tercapai. Untuk mencapai objektif tersebut kakitangan awam perlu mengetahui selok belok tugas tersebut disamping mempunyai keupayaan melaksanakan dan memahami tahap prestasi yang diharapkan.

b. Intergriti

Intergriti dihubungkaitkan nilai-nilai amanah, jujur, kebolehpercayaan dan sentiasa memelihara kepentingan awam. Seorang kakitangan awam perlu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama selain berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah. Selain daripada itu, seorang kakitangan awam perlu bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan.

c. Profesionalisme

Profesionalisme berkaitrapat dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang cukup bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Tanggungjawab yang diberikan dapat diselesaikan dengan lebih cekap dan jika terdapat masalah, ia dapat mengatasi secara profesional. Selain itu, seorang kakitangan awam perlu berusaha meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada.

NAMA

: NORZAIREENWATI BINTI SAIDNO K/P

: 780625-10-5356ANGKA GILIRAN: 4242406839SOALAN

: SOALAN 2 DAN SOALAN 9KUMPULAN

: KUMPULAN 5

KURSUS

: INDUKSI KUMP 1 SIRI 2/2006

RUBY INN, KOTA KINABALU

Soalan 2

Terangkan apa yang dimaksudkan dengan perkara perkara berikut:

a ) Perbelanjaan Pembangunan

b ) Perbelanjaan Mengurus

Jawapan

a) Perbelanjaan Pembangunan

Perbelanjaan Pembangunan mempunyai keluaran yang berfaedah jangka panjang. Perbelanjaan ini diasingkan daripada perbelanjaan mengurus kerana ia mempunyai beberapa ciri yang tertentu dan memerlukan satu proses perancangan dan keputusan yang agak rumit dan teliti. Biasanya perbelanjaan pembangunan melibatkan ciri ciri berikut :

i. Melibatkan jumlah modal peruntukan yang besar.

ii. Aliran wang keluar dan masuk berangka panjang.

iii. Dibiayai dengan wang pinjaman dengan jumlah yang besar.

iv. Memerlukan penyelenggaran dan penyeliaan di masa akan datang seperti pembesaran, penggantian, pembaikan dan sebagainya.

v. Mempunyai implikasi aliran faedah dan kos kepada rakyat dan negara yang harus dipertimbangkan dengan teliti.

Peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan adalah diberi mengikut projek tetapi ditunjukkan secara lanjut mengikut jenis perbelanjaan seperti berikut :

i. Pembinaan dan pengambilan milik.

ii. Peralatan

iii. PelaburanPembayaran pindaan

iv. Perbelanjaan pembangunan yang lain.

Projek projek yang boleh dibiayai atau yang boleh ditakrifkan sebagai perbelanjaan pembangunan adalah dinyatakan dalam Akta Pembangunan Tahun 1966 dijadual 1 seksyen 3 diantara projek tersebut ialah sekolah, hospital, jalan, pelaburan dan lain lain. Dari segi peringkat pengurusan, peruntukan pembangunan dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu perbelanjaan pembangunan persekutuan, perusahaan awam bukan kewangan dan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri. Dari segi pengagihan perbelanjaan tersebut dibahagikan kepada sektor perkhidmatan ekonomi, perkhidmatan sosial dan keselamatan pertadbiran am.

b) Perbelanjaan Mengurus

Perbelanjaan mengurus boleh ditakrifkan sebagai perbelanjaan bagi aktiviti aktiviti seharian yang berulang dan berterusan atau boleh juga disebut sebagai perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus terbahagi kepada dua jenis iaitu Perbelanjaan Tanggungan dan Perbelanjaan Perbekalan. Perbelanjaaan Tanggungan ialah perbelanjaan yang telah sedia diperuntukkan oleh perlembagaan. Dengan kata lain perbelanjaan dipertanggungkan terus kepada kumpulan Wang disatukan oleh perlembagaan. Antara perbelanjaan tersebut ialah elaun elaun raja, ketua Hakim Negara, Hakim Besar dan hakim - hakim, ketua audit negara, perbelanjaan suruhanjaya suruhanjaya , bayaran pencen, elaun bersara dan ganjaran. Semua bayaran ini perlu melalui parlimen.

Perbelanjaan Perbekalan pula ialah semua perbelanjaan yang dilakukan untuk tujuan membiayai kegiatan kegiatan harian kementerian dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Perbelanjaan ini dibahagikan kepada empat sektor seperti berikut :

i. Sektor perkhidmatan ekonomi yang meliputi perkhidmatan awam, perdagangan dan perindustrian, pengangkutan, perhubungan dan perkhidmatan ekonomi yang seumpamanya.

ii. Sektor perkhidmatan sosial yang meliputi program pelajaran kesihatan, perumahan dan perkhidmatan sosial yang lain.

iii. Sektor keselamatan seperti pertanian dan keselamatan dalam negeri.

iv. Pentadbiran am yang meliputi pengurusan jabatan jabatan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, jabatan perangkaan, jabatan kastam dan eksais diraja dan lain lain.

SOALAN 9

Jelaskan.

a) i) Definasi Piagam Pelanggan

ii) Ciri-ciri Piagam Pelanggan yang dikatakan jelas dan senang disebar.

b) Bagaimanakah sistem maklum balas pelanggan boleh dilaksanakan?

JAWAPAN

a) i) Definisi Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan ialah satu komitmen bertulis jabatan/agensi kerajaan terhadap penyampaian keluaran atau perkhidmatannya kepada pelanggan ( termasuk stakeholders ). Ia merupakan satu jaminan jabatan/agensi kerajaan untuk menyampaikan keluaran/perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Standard kualiti keluaran/perkhidmatan adalah standard yang dapat memenuhi kemahuan dan citarasa pelanggang.

ii) Ciri-ciri piagam pelanggan

a. Jelas

Piagam Pelanggan hendaklah jelas, ringkas dan mudah difahami. Maklumat-maklumat di dalamnya hendaklah menyatakan hanya perkara-perkara utama dengan tepat.

b. Senang disebar

Piagam pelanggan disebar untuk pengetahuan orang ramai. Penyebarannya dibuat melalui risalah-risalah atau poster dan dipamerkan di tempat-tempat strategic, di pejabat/agensi atau tempat-tempat awam.

b) Sistem maklum balas pelanggan boleh dilaksanakan di sesebuah agensi adalah seperti berikut :a. Borang maklum balas pelanggan

Borang maklum balas disediakan oleh agensi kerajaan untuk mendapat pandangan atau pendapat daripada pelanggan terhadap perkhidmatan yang telah diberikan supaya pembaikan perkhidmatan dapat dijalankan dengan segera.

b. Peti Cadangan

Fungsi peti cadangan adalah mengumpulkan cadangan atau aduan daripada pihak pelanggan. Contohnya ketidakpuasan kerana perkhidmatan agensi kerajaan yang rumit dan kesilapan pekerja yang kurang mahir.

c. Pengesahan Berita

Dengan menggunakan mekanisme dalam jabatan untuk mengesahkan kebenaran maklumat yang disampaikan oleh orang awam.d. Kajian Pakar Perunding

Pakar Perunding diwujudkan untuk mengaji kelemahan agensi kerajaan dan memberi nasihat yang bernas supaya meningkatkan mutu perkhidmatan.

e. Penyediaan Perkhidmatan Hot Line

Perkhidmatan Hot Line telah menyediakan satu saluran yang ringkas dan memudahkan orang awam membuat aduan atau respon terhadap layanan yang diberi oleh kakitangan kerajaan.

f. Kajian PelangganBorang soal selidik disediakan untuk mengetahui dan seterusnya memenuhi kehendak pelanggan. Ini juga membolehkan perkhidmatan awam peka kepada keperluan dan kemahuan-kemahuan pelanggan.

NAMA

: RESMAH BINTI PAILANNO K/P

: 760824-12-5466ANGKA GILIRAN: 4242406846SOALAN

: SOALAN 3 DAN SOALAN 8KUMPULAN

: KUMPULAN 5

KURSUS

: INDUKSI KUMP 1 SIRI 2/2006

RUBY INN, KOTA KINABALUSOALAN 3

Huraikan jenis-jenis panjar sebagaimana yang dijelaskan di bawah Arahan PerbendaharaanJAWAPAN

Panjar seperti mana yang dijelaskan di bawah arahan perbendaharaan terdapat empat (4) jenis kesemuanya. Diantaranya adalah seperti berikut ;-

a) Panjar Gaji

Panjar gaji adalah pendahuluan bagi membayar gaji.

b) Panjar Seperduabelas

Panjar seperduabelas adalah peruntukan wang tunai dalam Kumpulan Wang Disatukan dan oleh itu tidak dipertanggungkan dalam akaun sebagai perbelanjaan muktamad dan hanya pembayaran yang sebenar sahaja dari panjar itu, dipertanggungkan. Wang tunai yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara atau Akauntan Negeri / Bendahari Negeri sebagai Panjar hendaklah diakaunkan di bawah kepada panjar yang berasingan dalam akaun panjar diri atas nama pemegang panjar yang berkenaan, yang mana hendaklah dijelaskan apabila panjar itu akhirnya diserahbalik.

c) Panjar Unit

Panjar unit adalah pendahuluan khas kepada pegawai penjaga sesuatu kumpulan pasukan tentera dan polis bagi membayar perbelanjaan semasa menjalankan perkhidmatan.d) Panjar Wang Runcit

Panjar wang runcit adalah sejumlah wang yang diberi kepada pegawai pengakaun untuk membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada sesuatu VOT. Ia boleh juga digunakan bagi memberi pendahaluan wang tunai segera kepada pegawai pegawai yang memerlukan wang untuk membayar belanja perjalanan.

Soalan 8

Pilih mana-mana 3 daripada nilai-nilai murni berikut dan nyatakan ciri-ciri atau perlakuan seseorang pegawai awam yang mencerminkan seseorang pegawai awam itu menghayati nilai-nilai murni tersebut :

i. Amanah

ii. Ikhlas

iii. Bertanggungjawab

iv. Berdedikasi

JAWAPAN

Nilai-nilai murni sewajarnya wujud dalam diri seseorang sebagai insan sejak dari kecil lagi. Nilai- nilai yang telah diterapkan dalam diri seseorang itu dalam kategori pekerja bawahan hinggalah ke peringkat pengurusan dan profesional. Terdapat beberapa nilai-nilai yang terkandung dalam teras perkhidmatan awam dan perlu diamalkan atau dihayati oleh seseorang anggota perkhidmatan awam iaitu adil, amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, tekun, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia, bersyukur, jujur, baik hati, rajin dan menepati masa.

Pegawai awam merupakan antara kakitangan yang begitu penting dalam perjalanan sesebuah pentadbiran dan organisasi kerajaan. Oleh yang demikian seseorang pegawai hendaklah menjalankan tugas atau perkhidmatan berasaskan kepada teras-teras perkhidmatan awam. Kandungan yang terdapat di dalam perkhidmatan awam juga perlu menyentuh kepada nilai-nilai murni yang harus diamalkan oleh seseorang pegawai awam dalam melaksanakan tugasnya. Ciri-ciri atau perlakuan seseorang pegawai awam yang mencerminkan seseorang pegawai itu menghayati nilai-nilai murni tersebut adalah seperti berikut:i. Amanah

Amanah dalam diri seseorang pegawai awam merupakan satu sikap sebagai contohnya dalam menjalankan tugas atau kerja, di mana setiap kerja atau tugas yang diberikan dilakukan dengan sebaik mungkin dengan mengambil kira kepentingannya kepada masyarakat dan negara.

Sifat amanah bermakna boleh dipercayai sama ada menjalankan tugas ataupun menyimpan rahsia. Seseorang yang memiliki nilai ini tidak akan menyeleweng dari tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Setiap urusan yang dipertanggungjawabkan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Amanah juga boleh dikaitkan dengan penggunaan masa dengan sebaiknya. Pegawai awam yang bijak menggunakan masa dan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin tanpa menyerapkan amalan-amalan yang buruk pastinya akan melahirkan sikap yang baik dan disenangi ramai orang dan ini sekaligus bolehlah dikategorikan sebagai sikap amanah.

Begitu juga amalan membelanjakan harta awam mengikut peraturan dan menyiapkan kerja mengikut tempoh yang ditetapkan. Seseorang pegawai awam akan menjalankan tugasnya dengan jujur, sentiasa berserah pada yang berhak, serta menggunakan wang dengan cara yang betul dan tidak melakukan pembaziran. Secara tidak langsung, amalan rasuah dapat dielakkan dan semua kerja dapat disiapkan dengan betul dan mengikut jadual yang teratur.

Dengan terbentuknya nilai amanah dalam jati diri seseorang pegawai awam, pastinya hal ini akan membawa kepada terbentuknya perilaku individu yang mulia. Sebagai manusia kita hendaklah menunaikan amanah kepada Tuhan, Negara, organisasi, masyarakat, keluarga dan diri sendiri

ii. Ikhlas

Ikhlas yang perlu ada dalam diri seseorang pegawai awam merujuk kepada sifat iaitu ikhlas dalam menjalankan tugas tanpa merasakan bebanan kerja yang diberikan adalah satu bebanan sebaliknya adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam kerjaya.

Ikhlas juga merujuk kepada sikap tidak menunjuk-nunjuk dan tidak memilih tugas. Apa sahaja kerja yang diberikan oleh pihak atasan sebagai contohnya diterima dengan hati yang terbuka dan dilaksanakan tanpa paksaan. Sebaliknya sekiranya timbul perasaan tidak puas hati diselesaikan secara bersemuka dan berbincang dengan pihak yang terlibat. Seseorang pegawai awam yang ikhlas juga tidak akan menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawai atasan. Sebagai contohnya, tidak akan mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat dan melaksanakan tugas tanpa mengira waktu kerana matlamatnya adalah untuk melaksanakan tugas dengan baik dan sempura

Sifat ikhlas dalam diri seseorang pegawai awam juga boleh diterjemahkan melalui sentiasa bersedia untuk bertugas tidak kira di mana dan bertugas semata-mata kerana yang Maha Esa.

iii. Bertanggungjawab

Tugas adalah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas setiap orang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar kepada seseuatu masyarakat yang akan menentukan untung rugi produktiviti mereka. Bagi seseorang pegawai awam yang bertanggungjawab, definisi tugas bagi mereka mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati empat di atas, hasilnya akan menjadi tidak sempurna, lambat, tidak berguna, membazir dan mendatangkan kerugian dari segi masa, wang dan peralatan.

Pegawai awam yang bertanggungjawab akan melakukan tugas dengan sempurna dan tidak mengharapkan orang lain untuk menyempurnakan tugasnya. Pekerja tersebut juga akan rasa bersalah jika tugas yang dipikulnya itu tidak disempurnakan mengikut apa yang ditetapkan.

Akauntabiliti adalah merupakan antara ciri utama nilai bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa sanggup dirinya dibuat penilaian dan diepriksa bagi tujuan untuk meningkatkan kecekapan diri.NAMA

: ROSZELAH @ SOFINEH BT SHARIFFUDDINNO K/P

: 780131-12-5090ANGKA GILIRAN: 4242406851SOALAN

: SOALAN 4 DAN SOALAN 7KUMPULAN

: KUMPULAN 5

KURSUS

: INDUKSI KUMP 1 SIRI 2/2006

RUBY INN, KOTA KINABALU

Soalan 4

Perintah Am Bab D 4(2) menyatakan bahawa seseorang penjawat awam tidak boleh tidak jujur. Jelaskan perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang dianggap melanggar tatakelakuan ini.

Jawapan

Perintah Am bab 4(2) menyatakan bahawa seseorang Penjawat Awam tidak boleh tidak jujur. Perbuatan-perbuatan tidak jujur yang boleh dianggap melanggar tatakelakuan tersebut adalah :

1. Menerima atau memberi hadiahSeseorang pegawai yang menerima atau memberikan apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan secara langsung dengan tugas rasminya boleh dikenakan tindakkan tatatertib di bawah Perintah Am Bab D 4(2).

2. Memberi atau menerima keraian

Sesorang pegawai boleh memberi atau menerima keraian daripada mana-mana orang dan apa-apa jenis keraian. Sekirannya keraian itu mempengaruhi perlaksanaan tugas-tugas seorang pegawai awam untuk kepentingan orang itu adalah melakukan sesuatu perlanggaran tatatertib di bawah Perintah Am Bab D 4(2).

3. Tidak mengisytihar harta

Seseorang pegawai yang telah dilantik ke perkhidmatan awam, sekiranya tidak mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatannya, segala harta yang dipunyai olehnya atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya adalah melakukan sesuatu perlanggaran tatatertib di bawah Perintah Am Bab D 4(2).

4. Tidak melaporkan keterhutangan kewangan yang serius

Seseorang pegawai yang tidak melaporkan atau lengah melaporkan keterhutangan kewangannya yang serius atau yang melaporkan keterhutangan kewangannya yang serius tetapi tidak mendedahkan takat keberhutangannya itu dengan sepnuhnya atau memberikan keterangan yang palsu atau yang mengelirukan mengenai keterhutangannya adalah melakukan sesuatu perlanggaran tatatertib dibawah Perintah Am Bab D 4(2).

5. Membuat tuntutan palsu

Membuat tuntutan palsu (seperti tuntutan perjalanan dan elaun makan) juga merupakan perbuatan yang tidak amanah. Perbuatan sedemikian merupakan sesuatu perlanggaran tatatertib di bawah Perintah Am Bab D 4(2).6. Pura-pura sakit

Pura-pura sakit merupakan satu lagi perbuatan yang tidah amanah. Pegawai yang melakukan perbuatan sedemikian bukan saja tidak jujur tetapi juga tidak bertanggungjawab. Perbuatan ini merupakan sesuatu perlanggaran tatatertib di bawah Perintah Am Bab D 4(2).

SOALAN 7Jelaskan maksud Pembelian Runcit dan apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh Ketua Jabatan dalam proses pembelian tersebut.JAWAPAN

Pembelian runcit ialah pembelian yang dibenarkan bagi barang-barang yang di luar kontrak pusat yang melibatkan perbelanjaan tahunan yang tidak melebihi daripada RM 50 000. Ketua Jabatan boleh membuat pesanan terus kepada pembekal pilihan yang mana pembelian di utamakan daripada pembekal bumiputera dan harga yang ditawarkan haruslah berpatutan serta setimpal dengan kualiti yang diberikan.Berdasarkan Arahan Perbendaharaan 173, pembelian runcit yang membawa maksud membeli barangan satu jenis benda atau satu kelas benda yang berkaitan bertakrif sama ada; pengenap atau pelengkap kepada sesuatu barang atau peralatan contohnya cawan dan piring, tiup dan tayar serta lain-lain; gentian kepada sesuatu barang atau peralatan contohnya pen dan pensil; dan berasal daripada punca pengeluaran atau pemasangan yang bersama-sama contohnya, pinggan dan mangkuk.

Dalam proses Pembelian Runcit atau dikenali sebagai Pembelian Runcit Terus, Ketua Jabatan dibenarkan membuat pembelian tidak melebihi RM 10 000.00 setahun. Sekiranya pembelian melebihi nilai tersebut, Ketua Jabatan perlu membuat pesanan terus kepada syarikat berdaftar di Jabatan Pelajaran Negeri yang sentiasa dipercayai membekalkan barangan dengan harga berpatutan.

Dengan kuasa yang diberikan kepada Ketua Jabatan dalam pembelian secara runcit ini, maka banyak kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka. Di antara kesalahan-kesalahan itu ialah:

1. memecah kecilkan jumlah pembelian dalam setahun

2. menyalahtafsirkan kelas jenis benda dan membeli secara berasingan sama ada sengaja atau tidak sengaja.

3. membeli dari pembekal yang tidak berdaftar dengan perbendaharaan.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan ini akan membawa kepada tindakan surcaj dikenakan kepada Ketua Jabatan yang terlibat.NAMA

: ROZI BIN MOHAMAD ZAINNO K/P

: 740403-03-5069ANGKA GILIRAN: 4242406852SOALAN

: SOALAN 5 DAN SOALAN 6KUMPULAN

: KUMPULAN 5

KURSUS

: INDUKSI KUMP 1 SIRI 2/2006

RUBY INN, KOTA KINABALU

Soalan 5

Pn. Rohana ialah seorang pegawai kerajaan. Selaku pegawai awam beliau serta ahli keluarga layak menerima rawatan dan ubat-ubatan percuma daripada hospital atau klinik kerajaan. Walaubagaimanapun jika mereka dimasukkan wad kerana menerima rawatan mereka akan dikehendaki membayar wad kecuali dalam kes-kes tertentu.

a) Nyatakan kes-kes dimana seseorang pegawai awam atau keluarganya akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad.

b) Nyatakan mereka yang tergolong didalam definisi keluarga seorang pegawai awam seperti dalam Perintah Am Bab F.

Jawapan

a) Kes-kes yang membolehkan seseorang pegawai awam akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad adalah seperti seperti berikut :

i. penyakit tibi, kusta dan barah adalah percuma dan.

ii. menghidap penyakit merebak.

iii. seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya diluar ibu pejabatnya dan terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabatnya.

iv. seseorang pegawai yang menerima kecederaan semasa menjalankan tugas rasminya di luar ibu pejabatnya dan terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabatnya

b) Mereka yang tergolong dalam definisi keluarga ialah :

i. bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya.

ii. bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya.

iii. anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah di bawah umur 21 tahun.

iv. anak-anak daif (kelemahan otak atau jasmani) tiada had umur.

v. anak tiri atau anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.

vi. Balu seorang pegawai selagi ia tidak berkahwin semula.

vii. Ibu bapa kandung mengikut undang-undang pegawai berkenaan.

SOALAN 6Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan 21(1), menegaskan bahawa seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik. Nyatakan lima aktiviti politik yang dilarang mengikut Peraturan tersebut.

JAWAPANLima aktiviti politik yang dilarang mengikut peraturan 21(1):1. Membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu antara parti-parti politik.

2. Menerbit atau mengeliling buku, makalah atau risalah yang mengemukakan pandangan yang berat sebelah atau pandangan orang lain atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik.

3. Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

4. Bertindak sebagai seorang ejen pilihanraya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam suatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau bagi mana-mana DUN.5. Masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.NAMA

: SALMIAH BINTI MAT DIN @ SAMSUDINNO K/P

: 800425-02-5648ANGKA GILIRAN: 4242406859SOALAN

: SOALAN 11 DAN SOALAN 20KUMPULAN

: KUMPULAN 5

KURSUS

: INDUKSI KUMP 1 SIRI 2/2006

RUBY INN, KOTA KINABALU

Soalan 11

Nyatakan 2 prinsip asas yang digunakan dalam Sistem Belanjawan Diubahsuaikan dan apakah matlamat yang hendak dicapai dengan terlaksananya system ini.?

Jawapan

Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS) diperkenalkan pada tahun 1989. Ia dilaksanakan berdasarkan 2 prinsip asas utama iaitu:

i. Kuasa membuat keputusan diberikan seberapa praktikal yang boleh kepada beberapa bawahan.

ii. Kuasa yang diberikan mesti bersesuaian dengan prinsip akauntibiliti.

Dengan terlaksananya system ini diharap agar matlamat-matlamat berikut dapat dicapai:

i. Agensi pusat tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana dengan ketat. Sebaliknya mereka boleh memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana.

ii. Agensi pelaksana diberi kuasa yang lebih luas untuk menguruskan program aktiviti mereka. Agensi pelaksanalah yang mengenal pasti lebih awal masalah-masalah pelaksan yang mungkin akan timbul dan tindakan yang sewajarnya untuk diambil. Oleh itu kelewatan melaksanakan sesuatu program atau aktiviti dapat dielakkan.

iii. Agensi pelaksana mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan sesuai dan segera bagi melaksanakan program atau aktiviti mereka. Ini adalah berasaskan kepada konsep Let Manager Manage yang diberi kuasa yang lebih luas kepada pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan program, aktiviti atau projek untuk membuat keputusan berkaitan dengan program.

Kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauh mana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan mempunyai lebih fleksibiliti untuk melaksanakan tugas mereka.SOALAN 20 Buku Vot digunakan untuk mengawal peruntukan supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukan.

a. Bagaimanakah Buku Vot digunakan untuk mengawal peruntukan?

b. Jelaskan mengapa Buku Vot perlu dibuat penyelesaian?

JAWAPANa) Secara amnya, Buku Vot berperanan mengawal dan memastikan perbelanjaan dan tanggungan tidak melebihi peruntukan yang diluluskan. Ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan perbelanjaan mengurus terhadap peruntukan yang diberikan dapat dilaksanakan secara berkesan setiap tahun.

Buku Vot juga digunakan sebagai punca maklumat dalam menyediakan laporan berkenaan dengan perbelanjaan tanggungan dan baki tanggungan. Semua tanggungan yang belum diselesaikan termasuk insiden yang belum ditunaikan pada akhir tahun kewangan hendaklah dibawa ke hadapan di dalam Buku Vot pada tahun berikut.Akauntan Negera atau Akauntan Negeri atau bendahari Negeri sebagai pejabat perakaunan hendaklah menghantar setiap bulan laporan terperinci akaun vot hasil dan amanah kepada Pegawai Pengawal atau wakilnya kemudian hendaklah menyesuaikan urus niaga laporan terperinci dari pejabat perakaunan dengan rekod perakaunannya dan menyediakan penyata penyesuaian untuk dikemukakan kepada pejabat perakaunan.b) Penyesuaian Buku Vot perlu dilaksanakan bagi memastikan supaya :

i. Sebarang bayaran yang tidak dibenarkan dapat dikesan.

ii. Kesilapan membuat akaun pada peringkat Akauntan negara atau wakilnya dapat dikesan.

iii. Laporan pengurusan ke atas peruntukan, perbelanjaan dan tanggungan yang disediakan daripada Buku Vot adalah tepat dan lengkap bagi membantu proses membuat keputusan.

iv. Akaun awam yang disediakan daripada rekod-rekod Akauntan Negara menggambarkan perbelanjaan kerajaan dengan tepat dan lengkap

NAMA

: SITI KAMILAH BT MOHAMAD ZINNO K/P

: 780707-11-5398ANGKA GILIRAN: 4242406863SOALAN

: SOALAN 12 DAN SOALAN 19KUMPULAN

: KUMPULAN 5

KURSUS

: INDUKSI KUMP 1 SIRI 2/2006

RUBY INN, KOTA KINABALUSoalan 12

Ketekunan membawa kejayaan adalah salah satu daripada beberapa nilai dalam Tonggak 12. Berikan sepuluh contoh amalan positif individu yang mencerminkan nilai ketekunan ini.

JAWAPAN

Salah satu nilai yang terdapat dalam tonggak 12 ialah ketekunan membawa kejayaan. Seseorang individu dikatakan mengamalkan nilai ketekunan apabila individu tersebut memberi fokus yang sepenuhnya kepada pelaksanaan sesuatu kerja sehingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada sesebuah agensi dan individu tersebut. Contoh amalan nilai ketekunan ialah gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar. Tugas seorang guru bukan sekadar menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran tetapi juga perlu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti lain seperti Sukan Tahunan yang memerlukan kegigihan bagi memastikan tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Guru juga perlu memupuk sifat kerajinandan sentiasa berusaha dalam dirinya seperti selalu mengikuti kursus serta berusaha untuk mendapatkan maklumat terkini yang berguna untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, guru juga perlu peka terhadap isu-isu semasa untuk meningkatkan kecekapan diri dan dapat melahirkan murid yang berkualiti.

Guru perlu tekun dalam menjalankan tugasnya. Seseorang guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya satu suasana pembelajaran yang menarik dapat diwujudkan agar objektif pengajaran tercapai.

Guru perlu mempunyai sifat sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan. Contohnya, guru perlu berhadapan dengan pelbagai pihak serta menghadapi pelbagai masalah dan tekanan. Dengan mengamalkan sifat sabar, hubungan dengan pelbagai pihak akan sentiasa baik dan segala masalah akan dapat diatasi.

Selain itu perlulah sentiasa berpandangan jauh. Seseoarang guru perlu mempunyai visi dan misi yang tersendiri iaitu guru sepatutnya menetapkan matlamat yang khusus bagi dirinya supaya tahap prestasi kerja dapat dipertingkatkan.

Bersemangat dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Guru perlu sentiasa berfikiran positif dan terbuka semasa menerima arahan ataupun tugas yang diamanahkan kepadanya. Sekiranya tugas dapat dilaksanakan dengan cekap dan cepat, ianya akan meningkatkan kualiti kerja.

Sifat dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi. Guru perlu memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan mencapai objektif untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan tinggi yang dapat mencapai matlamat untuk meningkatkan prestasi murid.

Seorang guru mestilah mempunyai sikap sanggup berkorban. Guru perlu mempunyai kesanggupan untuk mengorbankan masa dan tenaganya dengan mengadakan kelas-kelas lanjutan kepada pelajar yang lemah bagi membantu memperbaiki prestasi murid tersebut.

Guru perlu cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas. Contohnya guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam murid seperti ada yang sering mengganggu proses pengajaran. Tetapi guru perlu cekal dan terus melaksanakan proses pengajaran untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Guru perlu mempunyai cita-cita. Seorang guru perlu mempunyai cita-cita untuk meningkatkan kualiti hidupnya iaitu melalui proses kenaikan pangkat dari guru biasa kepada guru cemerlang, guru pakar atau jusabi.

Kesimpulannya nilai tekunan membawa kejayaan ini bukan sahaja dapat menjamin matlamat sesebuah organisasi, tetapi juga dapat meningkatkan mutu kerja yang seterusnya membawa kecemerlangan dalam bidang kerjaya mereka.

SOALAN 19

Jelaskan jenis-jenis panjar berikut yang terdapat di dalam Arahan Perbendaharaan

( a ) Panjar gaji

( b ) Panjar Seperdua Belas

( c ) Panjar Unit

( d ) Panjar Wang Runcit

JAWAPANa) Panjar gaji

Panjar gaji adalah pendahuluan bagi pembayaran gaji.

b) Panjar Seperdua Belas

Panjar Seperdua Belas adalah peruntukan wang tunai dalam Kumpulam Wang disatukan dan oleh itu tidak dipertanggungkan dalam akaun sebagai perbelanjaan muktamad dan hanya perbelanjaan yang sebenar sahaja dari panjar itu dipertanggungkan. Wang tunai yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara atau Akauntan Negeri/Bendahari Negeri sebagai panjar hendaklah diakaunkan di bawah kepala panjar yang berasingan dalam akaun panjar diri atas nama pemegang panjar yang berkenaan yang mana hendaklah dijelaskan apabila panjar itu diserah balik.

c) Panjar Unit

Panjar unit adalah pendahuluan khas kepada pegawai penjaga sesuatu kumpulan pasukan tentera dan polis bagi membayar perbelanjaan semasa menjalankan perkhidmatan.

d) Panjar Wang Runcit

Panjar wang runcit adalah sejumlah wang yang diberi kepada pegawai pengakuan untuk membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada sesuatu vot. Ia boleh juga digunakan bagi memberi pendahuluan wang tunai segera kepada pegawai-pegawai yang memerlukan wang untuk membayar belanja perjalanan. NAMA

: SUBTORIA @ ZAITON BT HJ TAHASSANNO K/P

: 540323-12-5236ANGKA GILIRAN: 4242406865SOALAN

: SOALAN 13 DAN SOALAN 18KUMPULAN

: KUMPULAN 5

KURSUS

: INDUKSI KUMP 1 SIRI 2/2006

RUBY INN, KOTA KINABALU

Soalan 13

Nyatakan aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian di dalam pengurusan tenaga manusia untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan staf kaunter.JAWAPAN

Aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian di dalam pengurusan tenaga manusia untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan staf kaunter adalah seperti berikut :

Mengadakan program latihan yang terancang untuk menghasilkan tenaga manusia yang berkualiti melalui program latihan sebelum penempatan dilakukan dan mengadakan latihan dalaman semasa bertugas.

Mewujudkan sistem pengiktirafan untuk menghargai pegawai / staf yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Mengadakan program motivasi pekerja bagi mendorong serta meningkatkan keupayaan pekerja untuk mewujudkan sistem komunikasi antara staf kaunter dengan pihak pengurusan untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapai dan cara-cara untuk mengatasinya dengan serta merta.

Memastikan bilangan staf adalah mencukupi berbanding dengan beban kerja.

Mengadakan sistem giliran kerja bagi membolehkan pegawai dan staf mendapat pendedahan yang secukupnya mengenai semua bidang tugas jabatan / pejabat untuk meningkatkan keupayaan mereka.

Menempatkan kakitangan mengikut kebolehan dan kemahiran.

SOALAN 18Sepertimana yang dinyatakan dalam Perintah Am Bab C jelaskan maksud perkara-perkara berikut :

a) Cuti

b) Cuti Sakit

c) Sijil sakit

JAWAPAN

a)Cuti ( Perintah Am Bab C )

Cuti merupakan satu kemudahan bagi membolehkan seseorang pegawai dibenarkan meninggalkan tugasnya dengan;

i)tidak putus perkhidmatan

ii)tidak berhenti kerja

iii)ditolak tempoh perkhidmatan jika cuti tanpa gaji

iv)memberi kesan ke atas kelayakan gaji serta kemudahan lain.

b)Cuti Sakit ( Perintah Am Bab C 17 21 )

Merupakan cuti bergaji penuh atas sebab-sebab kesihatan / perubatan dengan sijil sakit ( Medical Certificate / MC ) daripada doctor pegawai perubatan yang diakui.

Tujuan :

1. Cuti Bergaji Penuh

2. Cuti dihabiskan di rumah atau di hospital

Kadar Kelayakan :

1. 180 hari (90 hari diluluskan oleh Ketua Jabatan (PPG) dan 91 hari ke atas diluluskan oleh KSU, KPM )

2. Tambahan 25 hari kepada guru sekolah

3. Cuti rehat yang layak

c)Sijil Sakit Cuti Sakit ( Perintah Am Bab C 15 )

Dokumen atau surat yang dikeluarkan oleh doctor atau pegawai perubatan yang menyatakan pemberian cuti terhadap pesakit atas sebab-sebab kesihatan /perubatan.

Tujuan :

Untuk mengesahkan bahawa pegawai tidak sihat untuk bertugas

Pihak yang mengesahkan :

Pegawai Perubatan

Lembaga Perubatan

Ahli Panel Doktor

Doktor Pravet (swasta)

Sijil sakit Doktor Pravet ( swasta )

Tidak lebih 2 hari, jika lebih perlu pengesahan pegawai perubatan.

Maksima 15 hari setahun

NAMA

: SUFIAH BINTI ABU BAKARNO K/P

: 790613-12-5762ANGKA GILIRAN: 4242406866SOALAN

: SOALAN 14 DAN SOALAN 17KUMPULAN

: KUMPULAN 5

KURSUS

: INDUKSI KUMP 1 SIRI 2/2006

RUBY INN, KOTA KINABALUSoalan 14

Dato Ali ialah seorang Ketua Setiausaha di salah sebuah kementerian di mana beliau merupakan Pegawai Pengawal kepada kementerian tersebut. Di antara tanggungjawab Dato Ali selaku Pegawai Pengawal ialah mengawal perbelanjaan supaya vot di bawah kawalannya tidak dilampaui serta mengurus dengan sepatutnya wang awam yang dipungut, diterima atau dibelanjakan dan barang-barang awam yang diterima, disimpan atau dilupuskan dibawah kawalannya;

a) Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Dato Ali sekiranya mendapati vot perbelanjaan di bawah kawalannya dilampaui.

b) Adakah lampauan (disoalan a) boleh dipertanggungkan. Beri alasan anda

Jawapana) Buku vot ialah suatu rekod kewangan yang perlu diselanggarakan mengikut kehendah Arahan Perbendaharaan (AP) 95 yang menyatakan tiap-tiap pegawai atau pengawal yang diamanah mengawal mana-mana perbelanjaan hendaklah menyelenggara sebuah buku vot. Buku vot mengandungi maklumat kewangan iaitu mengenai peruntukan tanggungan, perbelanjaan dan baki peruntukan. Tugas mengawal perbelanjaan supaya vot di bawah kawalannya tidak terlampau adalah salah satu daripada tugas Pegawai Pengawal seperti dalam AP 95.Dalam kes Dato Ali yang merupakan seorang Ketua Setiausaha dan Pegawai Pengawal kementerian tersebut telah menghadapi masalah buku vot di bawah kawalannya dilampaui. Dilampaui dalam kes ini bermaksud perbelanjaan kementerian tersebut telah melebihi peruntukan dan hasil. Apabila keadaan ini berlaku, Dato Ali telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Pegawai Pengawal. Jadi tindakan yang perlu diambil oleh Dato Ali ialah membuat satu laporan yang lengkap kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan ataupun Pegawai Kewangan Negeri. Ini bersesuaian dalam AP 54 yang mengkehendaki Pegawai Pengawal membuat satu laporan penuh kepada Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri apabila perbelanjaan telah dilebihi ataupun dilampaui. b) Lampauan tersebut boleh dipertanggungjawabkan kepada Dato Ali sehingga keputusan telah dibuat. Dalam AP 54 menyatakan bahawa Pegawai Pengawal haruslah dipertanggungjawabkan atas kesalahan tersebut sehingga menunggu keputusan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kerajaan Negeri.Jika didapati bersalah, Dato Ali boleh dikenakan Surcaj di bawah Seksyen 18 Akta Acara Kewangan 1997 kerana kegagalan beliau mengurus kewangan melalui surat Pekeliling Kewangan Kementerian Bil 3/1997. Surcaj yang dikenakan bergantung kepada budi bicara daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kerajaan Negeri dan bergantung kepada jumlah lampauan yang besar maka amaun surcaj dikenakan di bawah Seksyen 20 iaitu pemotongan gaji atau pencen orang yang dikenakan caj. Bayaran yang dikenakan daripada jumlah pendapatan bulanan atau pencen.SOALAN 17

Kewujudan sesebuah organisasi turut dipengaruhi oleh persekitarannya. Di antara persekitaran yang wujud ialah persekitaran kerja, persekitaran masyarakat dan persekitaran dalaman. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran kerja, persekitaran masyarakat dan persekitaran dalaman.

JAWAPAN

Organisasi boleh ditakrifkan sebagai kesatuan atau susunan yang terdiri daripada bahagian-bahagian di dalam sesuatu pertubuhan atau perkumpulan untuk tujuan-tujuan tertentu atau kepentingan bersama. (Kamus Dewan, 1985: 810).

Dalam pembangunan dan kewujudan sesebuah organisasi, pelbagai situasi diambil kira untuk menentukan kerjaya sesebuah organisasi. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan sesebuah organisasi tersebut Salah satu faktor yang memainkan peranan penting ialah faktor persekitaran iaitu terdiri daripada persekitaran kerja, persekitaran masyarakat dan persekitaran dalaman.1. Persekitaran kerja

Sesebuah organisasi yang wujud dalam persekitaran-persekitaran ini akan mempengaruhi dan dipengaruhi oleh organisasi. Persekitaran yang paling dekat adalah persekitaran kerja. Persekitaran kerja membawa maksud fenomena yang sedia wujud di tempat kerja atau organisasi. Persekitaran kerja biasanya merujuk kepada pihak-pihak yang terlibat seperti tuan punya atau pemilik organisasi, kerajaan, pelanggan, masyarakat dan pembekal. Komponen-komponen ini boleh menentukan sama ada berjaya atau sebaliknya sesebuah organisasi yang diwujudkan.

2. Persekitaran masyarakat

Persekitaran masyarakat merangkumi 4 faktor terbesar iaitu:

a) Sosial budaya

Corak pemikiran, nilai kepercayaan dan corak perilaku

b) Tekanan politik dan perundangan

Pengawalan, pengaruh dan tekanan yang dikenakan oleh politik dan

Perundangan

c) Teknologi

Tahap yang dicapai dalam masyarakat sangat penting untuk menentukan kewujudan organisasi. Tiada guna perlaksanaan teknologi yang tinggi dijalankan sekiranya masyarakat masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti elektrik, sekolah, hospital dan sebagainya.

d) Ekonomi

Prestasi yang wujud akhirnya dan kesannya boleh membawa keuntungan kepada masyarakat.

3. Persekitaran dalaman

Persekitaran yang terakhir adalah persekitaran dalaman yang merangkumi proses kerja. Ini termasuklah proses pengumpulan maklumat dan cara berkomunikasi, proses mendapatkan sumber, cara membuat keputusan, proses penukaran input menjadi output dan pengemblengan antara faktor-faktor pengeluaran output organisasi.

Jelasnya disini, kewujudan sesebuah organisasi telah dipengaruhi oleh persekitaran kerja, persekitaran masyarakat dan persekitaran dalaman yang mana faktor-faktor tersebut mempengaruhi perkembangan dan perjalanan sesebuah organisasi samada secara langsung atau tidak.

NAMA

: TAN CHEE TEANNO K/P

: 780424-07-5875ANGKA GILIRAN: 4242406869SOALAN

: SOALAN 15 DAN SOALAN 16KUMPULAN

: KUMPULAN 5

KURSUS

: INDUKSI KUMP 1 SIRI 2/2006

RUBY INN, KOTA KINABALU

Soalan 15

Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Jawapan

Sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia telah bermula sejak zaman penjajahan lagi. Selepas tanah Melayu mencapai kemerdekaan Dasar Pendidikan Negara telah dibuat rombakan semula. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 merupakan asas kepada Akta Pelajaran 1961. Pada tahun 1974, satu Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisplin serta memenuhi keperluan sumber tenaga yang terlatih. Beberapa perkara di dalam Dasar Pendidikan Negara yang membantu dalam mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia ialah :

i. Falsafah Pendidikan Negara.Falsafah Pendidikan Negara telah diolah dengan tujuan menjurus kepada proses pembinaan dan perkembangan individu secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Apabila wujud keseimbangan dari semua segi maka, akan wujudlah rasa prihatin, tolak ansur dan seterusnya membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negaraii. Mewajibkan persekolahan kepada semua rakyat.Dalam Laporan Kabinet 1979 dicadangkan agar peluang pendidikan diberikan kepada semua termasuk golongan miskin manakala Akta Pendidikan 1996 juga memberikan peluang kepada golongan yang mempunyai masalah fizikal melalui Pendidikan Khas. Langkah mewajibkan sekolah untuk semua ini adalah merupakan serampang dua mata bagi membina generasi berilmu seterusnya mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.iii. Kurikulum yang sama.Semua sekolah rendah menggunakah KBSR manakala sekolah menengah menggunakan KBSM. Pendidikan yang dilaksanakan diselitkan dengan unsur-unsur ketatanegaraan dan cintakan Malaysia kerana dengan cara ini semangat kebangsaan dan sifat taat setia kepada negara dapat dipupuk. Oleh sebab penekanan dibuat ke atas keadaan hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya, maka sifat-sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur boleh dibentuk bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu.iv. Sistem peperiksaan yang seragamKerajaan memperkenalkan peperiksaan seragam bagi membentuk suatu identiti Malaysia. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bagi tingkatan tiga telah diperkenalkan pada tahun 1956 dan kemudiannya ditukar kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperkenalkan kepada pelajar tingkatan lima dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk pelajar tingkatan enam. Manakala pelajar tahun enam di sekolah rendah diperkenalkan dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dengan cara ini perasaan rendah diri dapat dihindarkan dan satu identiti yang sama dan sepadu dapat dibentukv. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama

Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah dan pusat pengajian tinggi mulai tahun 1970. Mata pelajaran Bahasa Melayu telah diwajibkan dan juga diwajibkan disemua sekolah rendah aliran cina dan tamil. Penggunaan satu bahasa dapat mengeratkan lagi perhubungan dan persefahaman antara kaum di negara ini.vi. Aktiviti ko-kurikulumAktiviti ko-kurikulum dan sukan telah diwajibkan di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kegiatan yang dimaksudkan ialah unit beruniform, persatuan dan sukan/olahraga. Aktiviti ini diwujudkan bagi menyediakan pelajar ruang untuk bersosial dan membina jati diri. Dengan cara ini usaha untuk melahirkan generasi muda yang berdisplin, bersemangat kebangsaan dan bersatu padu akan mudah dicapai.

KesimpulanDasar Pendidikan Negara merupakan salah satu dasar yang amat penting bagi menyatu padukan rakyat Malaysia. Hal ini kerana melalui pendidikan manusia itu boleh dibentuk sifatnya, dibina dan digerakkan untuk melakukan sesuatu. Berdasarkan konsep ini proses pendidikan kepada semua rakyat dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan.

SOALAN 16Dasar Pembangunan Nasional bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di Negara ini. Jelaskan lima aktiviti yang telah dijalankan oleh kerajaan ke arah mencapai matlamat di atas.

JAWAPANDasar Pembangunan Nasional(DPN) dilancarkan pada 17 Jun 1991 oleh Y.A.Bhg Tun Dr.Mahathir Mohammad, Bekas Perdana Menteri Malaysia untuk menyusuli Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah menyediakan rangka pembangunan ekonomi negara untuk tempoh sepuluh tahun. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 2000 telah menandakan satu lagi era baru di dalam usaha untuk bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang tahun 2020.

Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurang ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pengurangan kadar kemiskinan, DPN telah mengambilkira beberapa perupanan dibuat terhadap peranan sektor awam.

Aktiviti-aktiviti pengurangan kadar kemiskinan Dalam Dasar Pembangunan Negara (DPN):

Aktiviti 1: Latihan belia luar bandar.

Memberi latihan kepada belia-belia di luar bandar yang membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan.

Aktiviti 2: Menggerakkan Sektor Awam

Melalui DPN, sektor awam digerakkan untuk membasmi kemiskinan melalui program-program berikut:

i. pendidikan

ii. Latihan

iii. Kesihatan

iv. Jalanraya di luar bandar

v. Pengankutan

vi. Perumahan

vii. Bekalan air dan elektrik

Aktiviti 3: Mengurangkan ketidak seimbangan pembanguan

Melaksanakan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara negeri Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Dalam DPN ini, program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar telah dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Kerajaan melalui DPN ini, merancang dan menetapkan zon pembangunan Bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar secara teratur. Program tersebut bukan sahaja dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.

Aktiviti 4: Pengurangan kadar kemiskinan secara keseluruhan.

Melalui DPN, kerajaan telah memberi tumpuan kepada pengurangan kadar kemiskinan secara keseluruhan yang melaksanakan pelbagai program pengurangan kemiskinan yang memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan pendapatan, serta membaiki taraf kehidupan khususnya di kawasan luar bandar yang mempunyai kadar kemiskinan yang secara relatifnya lebih tinggi. Projek-projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

a. Pembangunan tanah baru

b. Penyatuan dan pemulihan tanah

c. Penanaman semula getah, kelapa sawit dan lain-lain.

d. Pembanguan pertanian bersepadu

Projek-projek di atas menghasikan produktiviti serta pendapatan yang lebih tinggi melalui teknik pengeluaran dan pengurusan ladang yang lebih baik. Pada masa yang sama penanaman kontan dan aktiviti lain di dalam dan di luar ladang membolehkan petani menambah pendapatan mereka.

Aktiviti 5: Menaikan taraf kualiti hidup kumpulan berpendapatan rendah di kawasan bandar.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek termasuk penyediaan rumah kos rendah dan peluang untuk membolehkan golongan miskin di kawasan bandar menceburi bidang perniagaan kecil. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Contohnya, WADI telah dilaksanakan di kawasan setinggan dan rumah pangsa kos rendah dimana tahap kesihatan adalah rendah dan kemudahan asas berkurangan. Di bawah program ini, golongan miskin dan kawasan setinggan mendapat manfaat daripada pembekalan elektrik, air paip awam dan kemudahan kesihatan, manakala yang tinggal di rumah pangsa kos rendah telah disediakan dengan pusat tuisyen dan penjagaan kanak-kanak.

Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin, serta antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

RUBY INN, KOTA KINABALU