modul perpaipan domestik part 3
DESCRIPTION
perpaipan bangunanpaip tembaga, kuprum, copper pipeTRANSCRIPT
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
39 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
Unit 6. PEMASANGAN PAIP TEMBAGA (COPPER PIPE)
Hasil Pembelajaran:
Diakhir modul ini, peserta akan dapat:
i. Mengenali paip tembaga.
ii. Mengetahui kebaikan dan keburukan paip tembaga.
iii. Menamakan bahan penyambung paip tembaga.
iv. Cara pemasangan paip tembaga.
6.1 Pengenalan kepada paip tembaga
Umumnya, paip tembaga digunakan sebagai salur gas, cecair pendingin hawa, air panas,
gas memasak dan seumpamanya. Paip tembaga dijual dalam bentuk dua jenis, iaitu bergelung
dan rod panjang. Paip tembaga bentuk bergelung lebih lembut, dinding lebih nipis dan biasa
digunakan untuk pendinggin hawa dan peti sejuk. Paip tembaga jenis rod lebih keras dan tebal,
digunakan untuk menyalurkan air panas atau sejuk. Paip tembaga jenis lembut boleh
dibengkokkan tetapi paip tembaga keras tidak boleh dibengkokkan dan perlu guna bahan
penyambung seperti siku 90o dan lain-lain. Saiz paip diambil dari diameter luar.
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
40 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
6.2 Kebaikan dan kelemahan paip tembaga
Berikut merupakan kebaikan menggunakkan paip tembaga:
i. Sesuai digunakkan untuk mengalirkan cecair panas atau sejuk kerana sifat konduktor
haba yang baik.
ii. Saiz garis pusat yang kecil memudahkannya ditanam dalam dinding bata berbanding jenis
paip lain.
iii. Keupayaan tahan tekanan tinggi
iv. Tahan karat
v. Kekuatan dan kemuluran tinggi
vi. Mudah dipasang dan disambung
vii. Ringan dan mudah dikerjakan
viii. Mendapat hasil kerja yang kemas dan cantik apabila kerja pemasangan siap kerana
diameter paip yang kecil.
ix. Permukaan dalam paip yang licin kurang memberi rintangan kepada aliran air.
Berikut merupakan kelemahan menggunakkan paip tembaga:
i. mahal
Rajah menunjukkan lapisan karat di
bahagian dalam paip tembaga.
(Sumber:
http://www.bushman.cc/photos/Copp
er_Water_Pipe_Corrosion.jpg, Jun
2013.)
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
41 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
6.1 Menamakan bahan penyambung paip tembaga
Terdapat bahan penyambung (fittings) paip tembaga jenis copper end feed fittings,
copper solder ring fittings, compression fittings (copper brass pipe fittings). Copper end feed
fittings sesuai untuk penyambungan brazing dan penyambungan soldering. Manakala copper
solder ring fittings direka khas untuk penyambungan soldering.
i. Copper End Feed Fittings
# "C" refers to female sweat connection in copper fittings, while "FTG" refers to male sweat
connection
90 Elbow-Short
Radius CXC
45 Elbow CXC
Reducing 90 Elbow
CXC
90 Elbow-Short
Radius FTGxC
Cap C
Cross-Over Coupling
90 Elbow-LR CXC
90 Elbow-LR FTGXC
Equal Tee CXCXC
Cross CXCXCXC
45 Elbow FTGXC
Reducing Tee
Reducing Tee
Coupling
Reducing Tee
Reducing Coupling
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
42 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
ii. Copper solder ring fittings
Copper Solder Ring Fittings -
Couplers
Copper Solder Ring Fittings - Solder Ring Elbows & Street
Elbows
Copper Solder Ring
Fittings - Tee's
Copper Solder Ring Fittings -
Tap Connectors
Copper Solder Ring Fittings -
Stop End
Copper Solder Ring Fittings - Reducing
Coupler
Solder Ring Fittings - Male &
Female Adaptors
Solder Ring Fittings - Stopcock
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
43 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
iii. Compression fittings / Copper brass fittings
Compression
Fittings - Elbows
Compression Fittings
- Couplers
Compression fittings -
End Caps
Compression Fittings -
Male & Female Irons
Compression
Fittings - Tank
Connectors
Compression fittings
- Tap Connectors
Compression Fittings - Tee's
6.4 Cara pemasangan paip tembaga
Terdapat 3 cara pemasangan paip tembaga iaitu; penyambungan compression,
penyambungan soldering, dan penyambungan brazing. Penyambungan compression lebih
mudah dilakukan namun memerlukan kos tinggi menbeli bahan penyambung brass.
Penyambungan soldering menggunakan timah pateri (coil solder) sebagai bahan tambahan.
Manakala penyambungan brazing menggunakan brass atau bronze rod sebagai bahan tambahan
(filler rod).
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
44 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
6.4.1 Penyambungan compression
Peralatan diperlukan:
i. Bahan penyambung brass, ferrule, dan nut.
ii. Pemotong paip tembaga
iii. Paip tembaga
Penyambungan compression adalah mudah dilakukan. Bahan penyambung dibuka dan
disusun mengikut rajah di bawah. Nut dimasukkan dahulu diikuti ferrule. Kemudian, nut
diketatkan. Ferrule akan mengecil dan mencengkam paip akibat daripada tekanan daripada nut
yang diketatkan. Ferrule hanya boleh digunakan sekali sahaja. Apabila telah diketatkan, ia tidak
dapat dilonggorkan semula.
Tiada keperluan untuk meletak pita paip (white tap) antara fitting dengan nut. Ini kerana
pita paip adalah tidak tahan haba panas. Ferrule, nut dan fitting yang diikat kuat sudah
mencukupi untuk sambungan tidak bocor.
Kelemahan penyambungan compression adalah bahan penyambung adalah lebih mahal
berbanding cara sambungan yang lain. Kedua, penyambungan compression perlu diketatkan
semula jika berlaku kebocoran setelah sekian lama digunakan.
(Sumber: www.diyadvice.co, Jun 2013)
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
45 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
6.4.2 Penyambungan soldering
Peralatan diperlukan:
i. Bahan penyambung tembaga
ii. Penunu propana
iii. Timah pateri (coil solder), (GUNA LEAD FREE SOLDER, untuk penyambungan paip air
minuman).
iv. Kertas pasir
v. Soldering flux/paste
(soldering flux kelihatan seperti geris, namun kedua-duanya adalah dua bahan yang
berbeza. Jangan gunakan geris. Pastikan anda membaca label sebelum penggunaan.)
vi. Pemotong paip tembaga
vii. Paip tembaga
Langkah keselamatan perlu diambil seperti mengalihkan bahan mudah terbakar dari
tempat kerja, dan pastikan pengudaraan tempat kerja lancar. Bagi penyambungan paip air
minuman, hendaklah sentiasa mengunakkan timah tanpa plumbum. Ini kerana lead atau
plumbum dalam timah boleh menyebabkan keracunan kepada air minuman.
Peralatan persediaan soldering:
Paip tembaga,
copper fittings,
brass fittings,
Timah jenis lead free
pemotong paip tembaga
Penunu gas propana
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
46 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
Langkah-langkah kerja:
i. Paip tembaga dipotong menggunakan pemotong paip kuprum.
ii. Hujung paip digosok dengan kertas pasir untuk membuang lapisan karat.
iii. Bahagian dalam fitting tembaga juga digosok dengan kertas pasir untuk membuang
lapisan karat.
iv. Bahan kerja dilap dengan kain kering untuk membuang kotoran.
v. Buang lapisan karat pada dawai pateri, jika perlu. Sekiranya, timah pateri telah disimpan
lama dan lapisan luar telah bertukar gelap maka pateri juga perlu digosok dengan kertas
pasir untuk membuang lapisan karat.
vi. Sapu solder paste pada sekeliling paip dan bahagian dalam bahan penyambung dengan
berus. Letak solder paste ditempat timah pateri perlu dilekat. Timah pateri akan melekat
pada tempat yang telah disapu solder paste. Elakkan solder paste daripada terkena
kepada mata. Solder paste juga bertindak melindungi timah dari teroksida semasa kerja
paterti. Ia, tidak boleh disapu pada kuantiti berlebihan.
Guna pateri tanpa plumblum, lead free.
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
47 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
vii. Gunakan pelapik besi bagi melindungi meja kerja. Baldi berisi air juga boleh disediakan
sebagai langkah pencegahan kebakaran.
viii. Panaskan paip tembaga dengan penunu. Jangan panaskan pateri kerana pateri akan
mencair walaupun paip dan fitting belum cukup panas lagi. Apabila paip telah cukup
panas, letakkan pateri di antara sambungan paip dengan fitting. Pateri akan mencair dan
mengalir ke tempat-tempat yang telah disapu solder paste. Anda tidak perlu memusing
paip dan memateri bahagian belakangnya kerana pateri akan mengalir sendiri dan
melekat ke bahagian yang telah disapu solder paste. Oleh itu, langkah menyapu solder
paste adalah penting. Pateri digerakkan ke bahagian tepi paip bagi memudahkan pateri
meresap masuk ke bahagian lain.
ix. Jangan overheat solder paste/ flux kerana boleh membakar flux. Elakkan menghalakan
api terus kepada flux. Apabila kepanasan keterlaluan flux terbakar dan tidak berfungsi
dengan baik. Aliran pateri ke dalam kapilari akan terganggu.
Solder paste disapu dengan berus pada
tempat kimpal.
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
48 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
x. Pemanasan adalah mencukupi apabila pateri melebur sebaik sahaja menyentuh
sambungan. Pada masa ini, api hendaklah dihalakan ke dasar fitting. Ini akan membantu
pateri diserap masuk ke dalam fitting.
xi. Pastikan keseluruhan paip dipateri sekata tanpa terdapat rekahan atau kebocoran.
xii. Sambungan yang tidak lengkap atau rosak hendaklah dibuang dan digantikan.
Sambungan yang rosak tidak boleh dipateri semula.
xiii. Semasa pateri, paip dan fitting hendaklah kering.
xiv. Jangan pateri paip tembaga yang ada dipasang valve, kerana pemanasan dari penunu
boleh mencairkan getah pada valve.
xv. Sambungan pateri adalah tidak sesuai bagi suhu perkhidmatan melebihi 100oC.
(sumber diadaptasi dari http://waterheatertimer.org/How-to-solder-pipes.html, Jun 2013).
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
49 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
6.4.3 Penyambungan brazing
Peralatan diperlukan:
i. Bahan penyambung tembaga
ii. Penunu gas oksi-asetiline
iii. Rod brass atau bronze rod
iv. Kertas pasir
v. Soldering flux/paste
vi. Pemotong paip tembaga
vii. Paip tembaga
Sambungan brazing adalah lebih kuat dan tahan haba berbanding sambungan solder.
Sambungan brazing diperlukan apabila suhu perkhidmatan melebihi 175oC. Langkah kerja
penyambungan adalah lebih kurang sama dengan sambungan solder. Sambungan brazing
memerlukan haba yang lebih tinggi untuk meleburkan rod penambah pada suhu 450C. Terdapat
dua jenis rod penambah iaitu aloi BCuP yang mengandungi fosforus, dan aloi BAg yang
mengandungi perak. Gas oksi-asetiline digunakan. Rajah dibawah menunjukkan spesifikasi
kimpalan yang diperlukan.
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
50 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
6.5 Latihan
1. Bagi kerja penyambungan paip tembaga yang banyak, penyambungan kaedah brazing
dan penyambungan pateri adalah lebih menjimatkan berbanding penyambungan
compression kerana _____________________________.
2. Kekuatan penyambungan brazing adalah ________________ berbanding penyambungan
pateri.
3. Adakah paip tembaga jenis bergelung sesuai digunakan untuk perpaipan air panas dalam
bangunan?
4. Selepas membuat penyambungan pateri, didapati terdapat kebocoran pada tempat
kimpalan pateri. Bolehkah sambungan pepasang yang rosak tersebut dikimpal semula
atau harus dibuang dan dibuat sambungan baru?
5. Terangkan fungsi solder flux / solder paste semasa kerja kimpalan.
6. Mengapakah kita harus memilih timah pateri tanpa plumbum untuk kerja pateri
perpaipan air minuman?
7. Namakan dua jenis rod penambah digunakan untuk sambungan brazing.
8. Terangkan kelemahan yang boleh berlaku pada penyambungan compression apabila
digunakan untuk jangka masa lama.
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
51 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
Lampiran
Singkatan Jenis Paip Nama Penuh Paip
PVC Polyvinyl chloride
UPVC Unplasticized polyvinyl chloride
HDPE High-density polyethylene
GI Galvanised Iron
Cu Copper (Tembaga)
SS Stainless Steel
ABS Acrylonitrile butadiene styrene
MS Mild Steel
PB Polybutylene
PE Polyethylene
PP Polypropylene
PS Poly steel
PU Polyurethane
PA Poly aluminium
(Sumber: katalog A.V.F.ASTORE VALVES AND FITTINGS s.r.l, Disember 2007)
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
52 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
Saiz Paip Diameter Dalam Unit Imperial Dan Unit mm
Unit Imperial Unit mm
inci dia. 15 mm dia. (13mm dia)
inci dia. 20 mm dia. (19mm dia)
1 inci dia. 25 mm dia.
1 inci dia. 32 mm dia.
1 inci dia. 40 mm dia.
2 inci dia. 50 mm dia.
2 inci dia.# 65 mm dia.
3 inci dia. 80 mm dia.
4 inci dia. 110 mm dia.
5 inci dia. 125 mm dia.
6 inci dia. 155 mm dia.
8 inci dia. 200 mm dia.
10 inci dia. 250 mm dia.
12 inci dia. 300 mm dia.
# tempahan khas dengan kilang
* walaupun 1 inci = 25.4mm, namun dalam perpaipan unit piawai ke ukuran berhampiran
digunakan.
-
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]
53 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
BIBLIOGRAFI
1. Modul Latihan Tukang Paip Jenis A1, Akademik Binaan Malaysia Wilayah Tengah, CIDB,
SPAN.
2. Buku Kertas Penerangan B020-01 Jurukerja Paip, Industri Latihan Perindustrian, Kuala
Terengganu, Jabatan Tenaga Manusia.