nilai-nilai islam dalam pemerintahan : suatu penilaian
DESCRIPTION
assignment politik dan kerajaanTRANSCRIPT
1.0 PENDAHULUAN
Agama memainkan peranan penting dalam politik Malaysia. Sebagaimana Huntington
(1993, 1997) yang mengenal pasti agama adalah asas budaya dan peradaban, maka begitulah
juga peranan agama dalam setiap sektor kehidupan di Malaysia. Selain majmuk dari sudut
agama, Malaysia juga majmuk dari sudut ras, bahasa dan budaya. Tetapi pendekatan kaum
mendominasi sebarang wacana dan analisis terhadap sebarang isu yang melibatkan politik
Malaysia. Justeru, kelompok masyarakat dikenali sebagai Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Tetapi sekiranya pendekatan agama digunakan, maka dapat dikenal pasti wujud empat agama
atau budaya terbesar yang boleh dikenal pasti memainkan peranan penting dalam politik
Malaysia.
Pembinaan negara adalah keperluan masyarakat kerana manusia memerlukan ketua
bagi memimpin mereka. Keperluan manusia kepada pemerintahan menyamai keperluan
terhadap perkara-perkara asas yang lain seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Sesebuah negara boleh dikatakan sebagai negara Islam apabila rakyat negara itu
mengamalkan ajaran Islam dan melaksanakan semua tuntutan Islam tanpa berbelah bagi.,
Negara Islam haruslah mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam. Terdapat tiga ciri
penting dalam menegakkan negara Islam. Ciri-ciri tersebut ialah syariat Islam yang mesti
dipatuhi, rakyat yang melaksanakan syariat Islam tersebut dan pemerintah Islam yang
menaunginya.
Negara Islam yang pertama telah didirikan oleh Nabi Muhammad. Negara itu dikenali
dengan nama Madinah, mengambil sempena nama Bandar Madinah yang menjadi pusat
pemerintahan negara baru itu. Ketua negaranya adalah nabi Muhammad sendiri. Sistem
ketatanegaraan yang digunakan oleh Madinah menunjukkan Islam adalah agama yang tidak
memisahkan antara apa yang disebut agama daripada apa yang disebut politik. Politik adalah
sebahagian daripada Islam dan menegakkan pemerintahan berdasarkan undang-undang Islam
adalah kewajipan orang-orang Islam. Islam adalah agama yang lengkap. Ia mencantumkan
kehidupan spiritual dengan kehidupan material dan tidak memisahkan dunia daripada akhirat.
Ada pendapat yang menyatakan Islam hanya mempersoalkan hubungan spiritual antara
manusia dengan tuhan dan tidak berkaitan langsung dengan urusan kehidupan manusia di
dunia ini. Mereka mengatakan “agama lain, politik lain”.
1
1.1 KONSEP NEGARA ISLAM
Negara Islam ialah negara ideologi dan pemikiran. Berdasarkan pemikiran dan
ideologi itulah diasaskan pendidikan, budaya, sistem pendidikan, ekonomi, politik, dan
semua aspek kehidupan yang lain.
Terdapat pendapat yang mengatakan negara Islam adalah negara yang melaksanakan
undang-undang Islam dan kuasa politiknya berada dalam tangan orang Islam. Ia juga
membawa erti wilayah yang bebas dan selamat bagi orang Islam.
Menurut Abu Yusuf negara Islam ialah negara yang menjalankan undang-undang
Islam walaupun dalam negara itu ada rakyatnya yang bukan Islam. Ia menjadi negara bukan
Islam apabila undang-undang bukan Islam dijalankan walaupun rakyat negara itu adalah
orang-orang Islam.
Rafaie dalam bukunya Fath al-Aziz (Pembukaan yang Mulia) mengatakan tidak perlu
negara Islam itu majoriti penduduknya beragama Islam tetapi memadai apabila kuasa politik
negara itu dipegang oleh orang-orang Islam.
Pakar-pakar sains politik mengatakan dalam sesebuah negara Islam mesti wujud
kuasa politik di tangan-tangan orang Islam. Tidak mungkin orang bukan Islam hendak
menjalankan undang-undang Islam walaupun mereka membenarkan Islam diajarkan.
Daripada definisi yang diberikan oleh pakar-pakar agama dapat disimpulkan bahawa
negara Islam ialah negara yang kuasanya ada pada tangan orang Islam, ia melaksanakan
undang-undang Islam , orang Islam bebas mengamalkan agama tanpa gangguan , bebas
mengeluarkan arahan , wujud Susana aman bagi orang Islam dan bukan Islam dan
mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama sebagai warganegara dalam negara yang
merdeka.
2
1.2 KONSEP POLITIK MENURUT ISLAM
Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'.
Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan
konsep yang digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam. Politik dalam Islam
menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at
Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.la bertujuan untuk menyimpulkan segala
sudut Islam melalui satu institusi untuk menerajui dan melaksanakan undang-undang.
Abd Rahman Taj mengatakan politik ialah nama bagi peraturan bagaimana mentadbir
isu-isu rakyat daripada segi sistem pemerintahan, perundangan dan kehakiman. Menurutnya
lagi setiap umat mempunyai sistem politik yang khusus yang menepati suasana kehidupan
pada masa itu yang terdiri daripada politik perlembagaan, politik perundangan politik
kehakiman, politik kewangan dan sebagainya. Setiap sistem itu mempunyai undang-undang
serta peraturan yang tersendiri yang dinamakan politik Islam.
Kamus Dewan edisi ke-4 terbitan 2005 mendefinisikan politik sebagai ilmu
pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Ia juga dipanggil ilmu siasah
(berasal daripada bahasa Arab) atau ilmu kenegaraan. Politik Islam dikenali sebagai siasah
syar’iyyah yang membawa maksud mengurus atau mengatur perkara mengikut syariat Islam
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, siasah (politik) tersebut bermaksud
pengurusan dan pentadbiran orang yang diurus. Lalu, kata tersebut digunakan dalam
pengurusan urusan-urusan manusia. Pihak yang melaksanakan urusan-urusan manusia
tersebut dinamakan ahli politik (siasiyun).
Dalam bahasa Arab, politik disebut Al-siasah yang bermaksud menguruskan sesuatu
urusan dan memperbaikinya. Al-siasah atau politik dari sudut istilah pula mempunyai
beberapa pengertian. Antara pengertiannya ialah mentadbir urusan negara. Politik merupakan
satu ilmu atau kemahiran untuk memerintah negara.
Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia
mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk
“ilmu politik”. Politik juga dikatakan sebagai kemahiran kerana dalam realiti pelaksanaannya
ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat
teori dan tidak juga pada pelaksanaan sebenar kekuasaan atau kekuatan, malah ia menuntut
3
kepakaran tertentu yang diperoleh melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-
kaedah praktikal yang tertentu.
Pemimpin pula disebut sebagai ulil amri yang bertindak sebagai pengurus, pengatur
dan penjaga kepada rakyatnya. Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur
hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan. Sistem politik terbentuk daripada
keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur
kekuasaan.
1.3 TUJUAN POLITIK MENURUT ISLAM
Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan
dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam.
Imam Ghazali pernah mengatakan bahawa politik bertujuan untuk membaiki urusan manusia
dengan cara memberi petunjuk kepada mereka iaitu manusia ke arah jalan yang lurus yang
menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat.Dalam pemerintahan Islam, tujuan dan matlamat
yang dicari adalah untuk menegakkan kebenaran antara rakyat dengan pihak pemimpin dan
antara rakyat sesama rakyat dan antara umat Islam dengan yang bukan Islam. Pada asasnya,
seorang pemimpin itu hendaklah memainkan peranan penting dalam mendukung keadilan.
Dengan itu orang awam akan menikmati hidup selesa di bawah payung kebenaran yang betul
menepati teori dan amalan Islam.
1.4 PANDANGAN TOKOH ISLAM
1.4.1 AGAMA DALAM ASPEK PEMERINTAHAN
Di dalam pemerintahan atau politik telah muncul beberapa orang pelopor antaranya
adalah Niccola Marchiavelli yang dianggap sebagai pelopor pemikiran modern dalam bidang
sains politik. Setelah beliau memerhati tingkah laku pemerintah yang dianggapnya berjaya
seperti Cesare Borgia, dalam memerintah maka beliau membuat kesimpulan bahawa
pemerintah yang berjaya haruslah tidak memiliki belas kasihan kerana ia hanya boleh
bertahan ketika ia berlaku kejam, licik dan mampu menimbulkan ketakutan pada subjeknya.
4
Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa agama hanya diperlukan sebagai alat kepatuhan,
bukan kerana nilai- nilai yang terkandung dalam agama tersebut ( Pranoto 2010: 115).
Syeikh Muhammad Abduh menolak adanya pemisahan agama dari Negara atau
pemisahan kekuasaan keagamaan dari kekuasaan orang awam dengan alasan bahawa
pemerintah pada suatu Negara tidak akan terlepas dari agama yang dianutinya dan juga tubuh
ada jiwa, jika seorang pemerintah menguasai tubuh manusia dan golongan agama menguasai
jiwa mereka. Maka bagaimana terjadi pemisahan antara agama dan Negara. Pendapat ini
mengungkapkan tentang realiti bahawa di dalam tubuh ada jiwa yang tidak mungkin terpisah.
Begitu juga agama dan Negara tidak mungkin dapat dipisahkan kerana agama adalah politik
dan politik adalah agama. Agama adalah sesuatu yang menjadi panduan di dalam segala
aspek kehidupan manusia (Nawal , Hibah 2002: 84-85).
Oleh itu, Islam ini sememangnya tidak dapat di pisahkan di dalam pemerintahan sesebuah
Negara seperti yang dicanangkan oleh golongan sekular itu. Sistem yang dibangunkan oleh
Rasulullah s.a.w bersama dengan kaum mukminin yang hidup bersama baginda di Madinah
merupakan sistem politik yang terbaik dan pendapat ini tidak dapat disangkal lagi.
Hakikatnya, Islam merupakan agama yang sempurna merangkumi urusan- urusan kebendaan
dan rohani, dan mengurus tingkah laku manusia dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Bahkan para ilmuan Islam merangkum kedua hal itu dan tidak dapat dipisahkan kedua-
duanya ( Dhiauddin 2001: 4).
Antara pendapat tokoh Islam iaitu Hasan al-Banna di dalam pendapat beliau mengenai
masalah politik. Beliau berpendapat “jika ada yang menyangka bahawa agama tidak
berkaitan dengan politik atau bahawa politik bukan sebahagian dari sasaran agama, bererti
orang itu telah menzalimi dirinya sendiri, dan menzalimi keilmuannya terhadap Islam.
Begitu juga pendapat Imam al-Ghazali r.a yang berkata “ ketahuilah , syariah adalah dasar,
dan raja adalah penjaganya. Sesuatu yang tidak ada penjagaannya akan hilang. Daulah Islam
tidak akan berdiri kecuali berdasarkan dakwah, sehingga menjadi agama risalah, bukan
sekadar urusan pentadbiran, dan tidak menjadi pemerintahan yang bersifat material, beku dan
tuli, yang tidak mempunyai roh. Dan dakwah Islam pun tidak berdiri kecuali di bawah
naungan penjagaan Negara, bantuan dan kekuatannya (Herry 2008 : 203) .
Pendapat ini turut disokong oleh segelintir orientalis barat seperti Dr. V. Fitzgerald yang
berkata “Islam bukanlah semata- mata agama, tetapi juga merupakan sebuah sistem politik.
Walaupun pada dekad-dekad terakhir ini terdapat beberapa kalangan dari umat Islam yang
5
mengaku mereka sebagai kalangan modernis, yang berusaha memisahkan kedua- dua perkara
itu. Namun seluruh gugusan pemikiran Islam dibangunkan di atas landasan bahawa Islam dan
politik itu saling berhubung kait dan selaras serta tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain
( Dhiauddin 2001: 5).
2.0 Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pemerintahan
Dalam Islam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan bersendikan akidah. Bagi
penganut agama Islam, nilai yang mereka pegang berpandukan ajaran dan panduan al-Quran
dan as-Sunnah. Oleh sebab sebahagian besar penduduk negara ini beragama Islam, maka
tentulah, nilai agama Islam berperanan dalam sejarah dan membentuk masyarakat Malaysia
hingga hari ini.
Nilai-nilai Islam merupakan satu bidang yang mempunyai skop yang luas. Kajian
berkenaan nilai-nilai Islam secara tidak langsung bermaksud mengkaji Islam itu sendiri
memandangkan Islam merupakan agama nilai kemanusiaan dan akhlak yang murni. Nilai-
nilai Islam merupakan himpunan akhlak yang membentuk keperibadian Muslim yang unggul,
seterusnya berupaya memberikan sumbangan kepada masyarakat, bekerjasama dan berusaha
ke arah pembentukan diri, keluarga dan akidah.(Jabir 1996: 49)
Evolusi sosial menyaksikan berlakunya pemisahan agama dari setiap aspek
kehidupan, termasuklah dari aspek pemerintahan. Walau bagaimanapun, ideologi sekular ini
tidak terus mematikan peranan agama dalam kehidupan. Misalnya di Barat, nilai agama
masih terus bertahan hingga kini. Hal ini demikian kerana, agama merupakan satu-satunya
asas kepada pembentukan masyarakat terutamanya dari segi akhlak dan nilai-nilai murni.
Tanah Melayu pada asalnya sejak wujudnya sebuah kerajaan, Tanah Melayu jelas
menggunakan undang-undang yang dipengaruhi oleh nilai pegangan Islam. Nilai-nilai ini
boleh dilihat melalui Undang-undang Kanun Melaka dalam pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka. Kemudian, kedatangan penjajah Barat telah mengubah struktur politik negara pada
waktu itu. Pemikiran sekular mula diserap dalam pemerintahan. Walau bagaimanapun,
pengaruh dan nilai Islam masih terus bertapak kuat dalam pembentukan sistem masyarakat
yang membentuk struktur pemerintahan penjajah pada waktu itu.
6
Nilai-nilai Islam ini juga turut diberikan keutamaan semasa berlangsungnya
rundingan dengan pihak British untuk memperoleh kemerdekaan. Hal ini dibuktikan apabila
pemimpin yang beragama Islam pada ketika itu berpendirian tegas untuk memaktubkan
dalam Perlembagaan yang dicadangkan supaya Islam menjadi agama rasmi negara.
Bagi membincangkan berkenaan nilai-nilai Islam yang asas dalam pemerintahan,
perbincangan ini merujuk kepada dasar yang pernah dilaksanakan di Malaysia iaitu Dasar
Penerapan Nilai Islam dalam Pentadbiran. Hal ini demikian kerana, seperti yang telah
dinyatakan, nilai-nilai Islam mempunyai skop yang sangat luas. Oleh hal yang demikian,
pemilihan dasar ini sebagai topik perbincangan adalah untuk memudahkan dan mengecilkan
skop perbincangan.
3.0 Latar Belakang Dasar Penerapan Islam dalam Pentadbiran
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam di Malaysia dirangka ekoran kebangkitan Islam di
seluruh dunia. Dasar ini di rangka selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik menjadi
sebagai Perdana Menteri pada 1 Julai 1981.Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan Islam
sebagai roh utama pentadbirannya sehingga Malaysia dikenali dunia sebagai negara yang
lebih Islamik tanpa menjadikannya sebagai negara Islam.
Walau bagaimanapun, pembentukan dasar ini mendapat maklum balas yang positif
dan negatif daripada masyarakat. Terdapat pihak yang menyatakan pembentukan dasar ini
disebabkan oleh motif politik semata-mata, terdapat juga pihak yang menyangkal pandangan
negatif itu. Dasar ini bukan semata-mata bermotifkan politik semata-mata, malah ia turut
dipengaruhi oleh faktor lain antaranya ialah Islam tidak lagi dipandang sebagai agama yang
menekankan isu ritual semata-mata malah ia merupakan ad-deen (way of life) iaitu suatu cara
hidup yang meliputi seluruh aspek kehidupan seperti politik, pentadbiran, ekonomi,
pendidikan dan sebagainya.
Objektif utama dasar ini adalah untuk menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci
dalam Islam, menghormati kebaikan dan bencikan keburukan, membentuk sikap yang
berguna kepada negara, menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan, menghasilkan perkhidmatan bermutu, melatih diri dengan disiplin
tinggi dan menjalankan amanah dengan dedikasi.
7
Dengan objektif-objektif yang telah dibentuk, penerapan nilai-nilai Islam ini dilihat
dapat memudahkan usaha untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan umat Islam demi
mencapai tujuan meninggikan lagi syiar Islam di Malaysia. Dari sudut lain, penerapan nilai-
nilai Islam adalah satu pendekatan baru bagi mengubah sikap umum masyarakat termasuk
perjuangan hidup, cara bekerja, sifat tanggungjawab dan amalan yang dilakukan oleh mereka
sepanjang hayat.
Rasionalnya dasar ini dibentuk kerana negara kita iaitu Malaysia terdiri daripada
berbagai-bagai-bagai ras. Setiap ras dan agama semuanya dijamin dalam perlembagaan untuk
menjalankan cara hidup dan keyakinan masing-masing secara bebas dan tanpa paksaan.
Pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting
dalam usaha ke arah membentuk identiti dan perpaduan negara.
Tanpa nilai-nilai yang diterima secara universal ini, maka masyarakat akan terdorong
untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai asing yang bercanggah dengan budaya dan
amalan tempatan. Ancaman terdedahnya budaya asing ini akan memberi kesan terhadap
kesetiaan dan identiti kebangsaan warganegaranya. Jika hal demikian berlaku, maka maruah
dan kebanggaan nilai-nilai murni bangsa tidak dijunjung tinggi yang seterusnya
mengakibatkan munculnya sikap menyanjung dan memuji bangsa asing dan memperkecil-
kecilkan identiti bangsa dan negara sendiri.
Bagi memelihara maruah warganegara Malaysia, memiliki identiti yang kukuh
merupakan usaha yang dianggap perlu. Dalam konteks ini, unsur terpenting sekali dalam
pembentukan identiti warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan faktor utama yang
boleh memastikan kelahiran sebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak
mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain
yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan perkembangan ini akan dapat
menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh.
Bagi masyarakat Malaysia adalah tepat sekiranya nilai itu diasaskan kepada kehendak
dan ajaran Islam bagi membentuk sebuah negara yang produktif yang disertai dengan sikap
moral yang tinggi. Nilai-nilai Islam boleh menjadi penggerak ke arah membanteras unsur-
unsur keburukan yang menjadi musuh utama negara seperti fahaman komunis, ajaran sesat,
kemiskinan, rasuah, kecuaian, kejahilan, penyelewengan dan pelbagai sifat buruk yang
sentiasa mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat dan pembangunan negara.
8
Dasar ini memilih pentadbiran sebagai komponen utama dasar ini adalah untuk
melicinkan pelaksanaan sesuatu dasar dan atas kesedaran bahawa kejayaan rancangan-
rancangan kerajaan banyak bergantung pada penjawat-penjawat perkhidmatan awam.
Penghayatan kepada nilai-nilai Islam akan dapat menjamin kelancaran dan kecekapan jentera
kerajaan serta menghindar perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Nilai-nilai tersebut iaitu amanah bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun,
bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur. Kesemua nilai itu merupakan
nilai-nilai Islam yang dipilih memandangkan ia merupakan kunci kejayaan pentadbiran
sesebuah negara. Berikut huraian atau pandangan mengenai sikap dan budaya kerja
berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam.
Amanah
Amanah merupakan satu nilai murni ajaran Islam yang berkait rapat dengan ciri-ciri
utama kepimpinan. Dalam konteks ini, amanah yang diberikan kepada penjawat awam
mestilah merujuk kepada kesedaran bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan
sebaik-baiknya. Bagi menjayakan tugas yang dipertanggungjawabkan, maka prasyarat
utamanya adalah ia mesti mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk
melaksanakan tugas berkenan. Dengan tersedianya pengetahuan ini, maka ia dapat lebih
mengutamakan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Hal ini secara tidak
langsung, penjawat awam dapat mengelakkan penyelewengan tugas sama ada dari segi masa,
kuasa, sumber wang, peralatan dan tenaga kerja.
Tanggungjawab
Tanggungjawab dapat dijelaskan apabila seseorang itu menerima hakikat bahawa
setiap tugas yang diterima dan amanah adalah dipertanggungjawabkan. Tanggungjawab ini
bukan sahaja di hadapan majikan malah ia juga penting kerana ia bakal disoal akan ketelusan
tanggungjawab itu dijalankan di hadapan Allah SWT di hari pembalasan kelak. Kepentingan
nilai yang teguh ini, pentadbir akan mempunyai sikap bersedia berkhidmat dan menghulurkan
bantuan bila-bila sahaja ketika diperlukan. Tanggungjawab juga bermakna untuk tidak
mengkhianati kepentingan organisasi atau institusi awam tempat dia berkhidmat dan bekerja
serta bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
9
Ikhlas
Secara umumnya ikhlas dari segi bahasa ialah bersih daripada kekotoran. Manakala
dari segi syarak bermaksud berniat mengharapkan keredaan Allah SWT dengan melakukan
amal tanpa menyekutukan Allah SWT dengan suatu apa pun. Oleh hal yang demikian,
apabila sikap ikhlas menjadi pegangan dan amalan kakitangan awam, maka setiap tugas yang
dijalankan tidak mengharapkan balasan dari manusia semata-mata melainkan mengharapkan
balasan dari pencipta. Selain itu, sikap ikhlas ini memupuk niat bertugas kerana tuhan,
mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya dan mengikis segala unsur yang
mementingkan diri sendiri dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.
Dedikasi
Dedikasi boleh ditakrifkan sebagai pengabdian diri, masa dan lain-lain sepenuhnya
kepada tujuan tertentu. Oleh hal yang demikian, dedikasi juga bermakna seseorang penjawat
awam perlu memiliki kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah peraturan-
peraturan yang ada. Ia juga komited kepada sebarang perubahan yang positif dan demi
kebaikan bersama. Dedikasi juga mendorong kepada sikap inisiatif dan proaktif dalam
menjalankan tugas-tugas yang diberikan.
Sederhana
Nilai sederhana yang dimaksudkan adalah menjamin perseimbangan antara diri
dengan tugas.Sederhana perlu untuk menghasilkan keseimbangan dalam membuat
keputusan.Sikap sederhana juga mendorong terbentuknya sifat rajin dan gigih mempelajari
serta menghasilkan kerja yang memuaskan semua pihak sehingga mencapai tahap cemerlang.
Tekun
Berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap kesempurnaan
tugas dan kehidupan serta rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan
untuk meningkatkan cara kerja. Dengan menghayati nilai-nilai ini, maka penjawat awam
boleh meningkatkan imej perkhidmatan organisasi.
10
Bersih
Penekanan nilai ini adalah mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas
harian.Ia juga berperanan dalam membentuk amalan kebersihan pakaian, bangunan, alam
sekitar dan bersih dalam pemilikan harta sebagai cara hidup. Berkhidmat demi kebajikan
semata-mata dan menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan
pemikiran dalam membuat keputusan.
Berdisiplin
nilai ini menekankan kepada penjawat untuk mengamalkan cara bekerja yang kemas,
terancang, mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. Dengan mengamalkan
sikap ini, maka ia boleh mengetahui prioriti tugas dan mendahulukan yang lebih utama serta
menepati masa dan janji.
Bekerjasama
Penjawat awam dituntut untuk mengamalkan siap saling tolong menolong dalam
melaksanakan kerja dan sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai
sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama.Hal ini secara tidak
langsung, penjawat awam dapat mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan dan
mengelakkan konflik kepentingan peribadi yang bercanggah dengan kepentingan organisasi,
agama, bangsa, dan negara.
Berbudi Mulia
Nilai ini menekankan kepada budi bahasa yang tinggi dengan selalu bersikap
bermanis muka sepanjang masa terutama ketika menghadapi pelanggan atau
pelawat.Bertimbang rasa, bertolak ansur, menghormati rakan sejawat dan sentiasa berinisiatif
untuk menolong pelanggan atau pelawat.
Bersyukur
Pentadbir mesti memiliki sikap bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk
menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat. Ia juga berusaha untuk
menghayati budaya kerja yang sopan dan tidak bertentangan dengan nilai-nilai agama seperti
selalu berfikiran positif, gigih dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, tidak berbangga
dengan kedudukan dan pangkat, tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia.
11
Pentadbir juga mempunyai pemikiran bahawa berkhidmat untuk negara merupakan
sebahagian daripada ibadah agar cita-cita menjadi manusia yang dapat memberikan
sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara tercapai.
4.0 Nilai-Nilai Islam Dalam Pemerintahan
4.1 Undang-undang
Nilai-nilai Islam dalam pemerintahan dapat dilihat dari pelbagai sudut iaitu ekonomi,
sosial, undang-undang dan politik. Jika dilihat dari sudut undang-undang pemerintahan yang
diamalkan sememangnya menggunakan nilai-nilai Islam itu sendiri secara tidak langsung.
Sebagai contohnya, berkenaan dengan nikah, harta pusaka dan sebagainya adalah berkaitan
dengan Islam. Jadi, dari segi perundangan jelas memperlihatkan bahawa telah diamalkan
nilai-nilai Islam tersebut dalam pemerintahan di negara kita. Secara amnya, undang-undang
yang telah digubal di negara kita telah berpandukan prinsip-prinsip Islam.
Jika dilihat dari segi pembahagian harta pusaka orang Islam di negara ini sebenarnya
dibuat berlandaskan kepada hukum syarak iaitu Hukum Faraid walaupun undang-undang
utama yang diguna pakai ialah undang-undang sivil. Hal ini kerana undang-undang yang ada
hanyalah untuk urusan pentadbiran semata-mata seperti tatacara memohon pembahagian,
memproses permohonan, pembahagian bidang kuasa dan sebagainya.
Pada peringkat penentuan waris, kadar bahagian masing-masing dan perkara-perkara
yang berkaitan dengan pembahagian, semuanya tertakluk kepada hukum syarak. Sebagai
conttohnya, peruntukan yang terdapat dalam Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta
98).Seksyen 12(7) Akta 98 memperuntukkan bahawa pembahagian harta pusaka si mati
hendaklah mengikut undang-undang kepadanya.Ini bermakna bagi orang Islam, pembahagian
hartanya hendaklah mengikut Hukum Faraid.
Seksyen 12(7):
“Pemungut hendaklah menentukan, dalam apa cara yang paling
sesuai, undang-undang yang terpakai kepada penurunan harta
pusaka si mati, dan hendaklah memutuskan siapa mengikut
undang-undang itu adalah benefisiari-benefisiari dan kadar syer
dan kepentingan masing-masing”
12
Di samping itu, sekiranya terdapat apa-apa persoalan berkaitan dengan hukum syarak,
termasuk Hukum Faraid atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya seperti penentuan
nasab, sah taraf anak, pengesahan wasiat, hibah dan sebagainya, pegawai yang membicarakan
harta pusaka tersebut bolehlah merujuk kepada pihak berkuasa agama di negeri masing-
masing seperti diperuntukkan dalam seksyen 19(1) (a) Akta:
Jika soalan itu berkaitan dengan undang-undang Islam atau adat Melayu
atau undang-undang anak watan atau adat Sabah atau Sarawak, merujuk
perkara itu untuk mendapat keputusannya kepada pihak berkuasa negeri
(Ruler of the state) di mana daerahnya terletak atau kepada mana-mana
orang lain atau kumpulan orang sebagaimana yang diarahkan oleh Raja
itu”
4.2 Ekonomi
Dari sudut ekonomi pula, jelas menunjukkan bahawa nilai-nilai Islam yang diamalkan
ialah dari segi kewangan penduduk di negara kita. Sebagai contoh yang jelas, zakat
dibenarkan oleh kerajaan negara kita walaupun bukan paksaan. Ini bermakna, ia merupakan
sesuatu dasar. Di Malaysia, sistem ekonominya terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi
kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara
menyeluruh pada tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).Kini
sistem ekonomi yang berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat, pelbagai
produk kewangan telah diperkenalkan antaranya ialah takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan
ar-Rahnu.
Oleh itu, untuk meraih pendapatan ekonomi yang baik dan seimbang sebagai orang
Islam kita hendaklah mengikut falsafah dan etika yang telah ditetapkan oleh
Allah.Mencontohi teladan-teladan khalifah terdahulu yang telah maju dalam pentadbiran
ekonomi dengan mengamalkan falsafah dan etika yang tidak bertentangan dengan peraturan
Allah s.w.t.
13
4.3 Sosial
Dari sudut sosial, wanita turut menyumbangkan tenaga dalam mencari pendapatan
sendiri. Bekerja merupakan satu tuntutan dalam Islam yang tidak terkecuali bagi lelaki
mahupun wanita. Setiap Muslim bukan sahaja perlu bekerja untuk menyara hidup dan
keluarganya tetapi menjadikan pekerjaan itu sebagai satu platform untuk mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t. Oleh itu, bekerja adalah satu bentuk ibadah dan mestilah dilakukan
dengan jujur, amanah dan bersungguh-sungguh (Azrina Sobian, 2004).
Selain itu, wanita juga perlu memenuhi etika khusus bagi mereka apabila berurusan di
luar rumah termasuklah dalam aktiviti sosial. Etika tersebut termasuklah mendapat keizinan
wali atau suami, tidak mengabaikan tanggungjawab asasi sebagai isteri dan ibu dalam unit
kekeluargaan serta memastikan kualiti tugas dalam rumah tangga serta tidak menimbulkan
kemudaratan sama ada kepada diri atau kumpulan yang dipimpin (Sharifah Hayaati Syed
Ismail, 2002). Justeru, dalam pemerintahan di negara kita jelas menunjukkan bahawa terdapat
nilai-nilai Islam yang diamalkan dalam pemerintahan negara terutamanya dari sudut
sosial.Kewajipan dalam Islam adalah memberi cuti kepada pekerja agar tidak mendatangkan
kemudaratan kepada kaki tangan kerajaan mahupun swasta.
Selain itu, dari sudut sosial yang lain pula turut diterapkan nilai-nilai Islam dalam
pemerintahan di negara kita. Sebagai contoh, dalam pendidikan di negara kita, kerajaan
membuat satu dasar di mana salah satu subjek yang perlu diajar di sekolah adalah Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral diajarkan kepada pelajar sekolah sama ada di peringkat rendah
mahupun menengah. Sebagai contohnya, dalam Pendidikan Islam itu sendiri pelajar-pelajar
diajar mengenai adab-adab seperti adab dengan ibu bapa, guru, pemimpin dan sebagainya.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa dasar yang dibuat oleh kerajaan turut mengamalkan nilai-
nilai Islam dalam pemerintahan khususnya dari segi pendidikan. Moral keperibadian yang
tinggi menunjukkan bahawa nilai-nilai Islam berjaya diterapkan dalam diri masyarakat di
Malaysia walaupun rumpun masyarakat majmuk.
14
4.4 Politik
Dari segi politik pula, negara mengamalkan demokrasi berparlimen berdasarkan
Perlembagaan Malaysia. Dalam Perlembagaan Malaysia itu sendiri telah tercatat bahawa
Perkara 3 iaitu menyatakan agama Islam merupakan agama rasmi negara. Ketetapan Islam
sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Negara bukanlah satu kebetulan yang
dilakukan secara tidak sengaja oleh mereka yang merundingkan Kontrak Sosial lebih 50
tahun yang lampau.
Malah, ia adalah pernyataan tegas oleh semua yang telah berperanan dalam rundingan
untuk mencapai kemerdekaan negara. Ia adalah rumusan yang telah mengambil kira latar
belakang sejarah, dinamika budaya tempatan, ciri-ciri ketamadunan dan ketatanegaraan di
Persekutuan Tanah Melayu. Ketetapan ini tidak pernah menolak keperluan mana-mana
anggota masyarakat yang lain untuk menghayati mana-mana agama yang menjadi anutannya.
Sebagai contoh, orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan atau memperluaskan agamanya
kepada orang Islam, tetapi orang Islam boleh menyebarkan agama kepada orang bukan Islam.
Agama Islam merupakan identiti bagi negara Malaysia yang mana rakyat Malaysia itu
sendiri melaksanakan setiap urusan mereka dengan penuh rapi, teliti, amanah dan rasa
bertanggungjawab yang boleh membawa kepada pembentukan identiti yang diperlukan oleh
sesebuah negara seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup yang mulia tidak
mungkin identiti yang membanggakan dapat dicapai. Al-Quran juga telah menamakan agama
Islam sebagai agama yang bernilai.
Penamaan ini memberikan keyakinan kepada semua orang bahawa kandungan yang
terdapat di dalam kitab suci Al-Quran itu adalah merupakan nilai-nilai yang mulia kerana ia
merupakan bimbingan-bimbingan (hidayah) yang datang daripada Allah s.w.t. dan ditujukan
kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang beragama Islam. Di antara bimbingan-
bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan moral (akhlak). Ini
bererti bahawa apa yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam
Pentadbiran ialah bimbingan pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam
kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai
yang murni dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara.
Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama dalam penerapan
nilai-nilai Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan kelicinan
15
jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran terpenting dalam pelaksanaan sesuatu
dasar. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh Kerajaan sebahagian besarnya
bergantung kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam. Penghayatan nilai-nilai
Islam oleh mereka akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan
menghindarkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
5.0 PERBANDINGAN ANTARA PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
Setiap yang diakui sebagai sebuah negara yang diwujudkan tidak lengkap jika negara
tersebut tidak mempunyai perlembagaannya sendiri sama ada secara bertulis atau tidak.
Perlembagaan bertujuan untuk memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat
berpandukan peraturan-peraturan yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat.
Perlembagaan wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Pada zaman itu, perlembagaan ini dikenali
sebagai Piagam Madinah. Perlembagaan yang digunakan dalam Malaysia mempunyai
hubung kait dengan Piagam Madinah sebagai negara Islam.
Piagam Madinah atau Shahifatul Madinah merupakan sebuah dokumen yang disusun
oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ia merupakan suatu perjanjian formal antara dirinya dengan
suku-suku dan kaum-kaum penting di Yathrib pada tahun 622 bersamaan tahun pertama
Hijrah. Piagam Madinah mempunyai 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan
tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu Ansar dan Muhajirin. Manakala
24 fasal piagam lagi membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan bukan Islam.
Selain itu, Piagam Madinah ini boleh dikata sebagai perlembagaan Madinah. Hal ini kerana
kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat islam bagi
membentuk negara Islam tulen yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa, kaum dan
agama.
Manakala Perlembagaan Malaysia pula merupakan garis panduan bagi undang-
undang Malaysia. Selain itu, Perlembagaan juga merupakan bahagian yang tertinggi yang
melebihi kuasa Yang Dipertua Agong. Perlembagaan Malaysia digubal pada tahun 1956 oleh
Suruhanjaya Reid. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara yang terbahagi
kepada 15 bahagian. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut
amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Sebahagian daripada hak-hak asasi manusia
16
adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kebebasan untuk hidup, hak
bersuara, hak berhimpun, hak beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan.
Dalam Piagam Madinah, perkara yang paling utama di dalam pengisiannya adalah
setiap tindakan mengikut Al-Quran dan Sunnah. Keseluruhan pengisian dalam Piagam
Madinah digubal oleh baginda Nabi Muhammad. Baginda menekankan perpaduan dan
penyatuan ummah di Madinah. Pada ketika itu, masyarakat Madinah terdiri daripada
masyarakat Islam, kaum Ansar dan Muhajirin serta Yahudi dan bangsa lain.
Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya pengukuhan perpaduan masyarakat
yang perlu disemat dalam pemerintahan sesebuah negara Islam walaupun tidak melabelkan
perkataan ‘Islam’ dalam setiap tindakannya. Ini terbukti apabila baginda Nabi Muhammad
sendiri kurang menggunakan perkataan Islam dalam piagamnya tetapi lebih kepada perbuatan
yang menjurus kearah syariat Islam itu sendiri.
Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh kepimpinan UMNO adalah seiring dengan
Perlembagaan Madinah. Dalam Perlembagaan Malaysia, perkara yang paling utama adalah
status agama Islam sebagai agama persekutuan dan Yang Dipertua Agong yang dipilih oleh 9
kesultanan Melayu adalah pemerintah tertinggi sebagai Ketua Negara dan Agama.
Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan sepertimana
dalam Piagam Madinah.
Selain itu, boleh dilihat juga dari segi konsep yang digunakan oleh pemimpin
sekarang dengan pimpinan Rasulullah. Pada hari ini, konsep 1 Malaysia yang dipelopori oleh
Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Haji Abdul Razak adalah sama dengan fasal 2 Piagam
Madinah iaitu ‘bahawa mereka ini adalah satu umat’.
Konsep perpaduan ini telah menjadi agenda utama negara Malaysia pada hari ini yang
diperjuangkan oleh pemimpin sekarang. Hal ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia
hidup dalam suasana aman dan harmoni secara berkompromi walaupun berbeza kaum, agama
dan pegangan. Perpaduan ini telah terbukti berjaya diamalkan oleh Umat Islam terdahulu.
Selain itu, perbezaan yang dapat dilihat dalam aspek pemerintahan zaman Rasulullah
dan pemerintahan sekarang adalah sistem syura dan sistem demokrasi. Sistem syura
diamalkan semasa pimpinan Rasulullah manakala sistem demokrasi diamalkan pada masa
kini. Seperti yang telah diketahui, sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan
rakyat. Hal ini kerana kuasa ditangan rakyat atau dengan erti kata lain rakyat berhak memilih
17
dan menentukan segala-galanya. Sebaliknya ia sangat berbeza dengan sistem syura yang
diamalkan semasa pemerintahan Rasulullah. Dalam sistem syura, pemerintahan sesebuah
negara adalah berdasarkan kekuasaanNya dan manusia ditugaskan sebagai khalifah di muka
bumi. Oleh itu, segala amalan dalam sistem pemerintahan Islam mestilah merujuk kepada Al-
Quran dan Sunnah.
Dari segi pemilihan khalifah atau pemimpin, terdapat perbezaan yang paling ketara
antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, pemilihan khalifah atau
pemimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah S.W.T dalam Al-
Quran. Menurut apa yang terkandung dalam Al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah
mempunyai ciri-ciri tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya kepada
Allah, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam konteks politik atau
pemerintahan negara serta dalam konteks ekonomi dan sosial. Di samping itu juga, seorang
khalifah itu haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta mempunyai
kemahiran dalam ilmu peperangan.
Dalam sistem Syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan iaitu kuasa
seseorang khalifah terhad kepada peruntukan kuasa yang telah disyariatkan dalam Al-Quran.
Maknanya seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya
untuk pecah amanah. Seseorang khalifah dalam sistem syura perlu mempunyai ketegasan
yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan
menghapuskan kebatilan.
Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang
luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu
perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan
dalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata
dan bukan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
Justeru, dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya
berdasrkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Sunnah. Sebagai contoh
seseorang khalifah adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana rasuah itu
dikira sebagai pecah amanah. Berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi di mana
pemimpin-pemimpin yang berfahaman demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan
perlembagaan negara yang digubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan
18
berpandukan asa Al-quran dan Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukan
perlembagaan.
Dari segi bidang kuasa kehakiman, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara
antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim memberikan
pengadilan berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam Al-
Quran. Contohnya, seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman maka
tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera
dilaksanakan. Berlainan dengan bidang kuasa kehakiman dalam sistem demokrasi yang mana
seseorang hakim boleh membenarkan seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan
hukuman untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh
Yang Dipertuan Agong hukuman tersebut boleh diringankan.
6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, nilai-nilai Islam merupakan himpunan akhlak yang
membentuk keperibadian Muslim yang unggul, seterusnya ianya berupaya memberikan
sumbangan kepada masyarakat, bekerjasama dan berusaha ke arah pembentukan diri,
keluarga dan akidah. Kepimpinan merupakan amanah Allah kepada manusia untuk mengurus
dan mentadbir muka bumi dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.Dalam melaksanakan
dan menyempurnakan tanggungjawab tersebut, manusia dibekalkan dengan pedoman
bersumberkan wahyu Ilahi iaitu Al-Quran dan sunah Rasul.
Di Malaysia, kepimpinan Islam mengiktiraf akan kewujudan masyarakat bukan Islam.
Keadaan ini sesuai dengan firman Allah yang menuntut manusia yang dijadikannya berpuak-
puak dan berkaum-kaum untuk saling kenal mengenali.Hasilnya, Malaysia menjadi model
dunia sebagai pengurus terbaik kepelbagaian etnik dan penganut berbilang agama.Ia bukan
berlaku secara tidak sengaja tetapi diusahakan secara penuh bijaksana oleh kepimpinan
negara. Permuafakatan yang digagaskan oleh kerajaan adalah titik tolak yang membawa
kepada kesejahteraan dan keamanan yang dikecapi selama ini.
Seterusnya, Negara Malaysia diperkenalkan dengan sebuah dasar yang dikenali
sebagai Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad.Rasionalnya dasar ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk
memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Bagi
19
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama dan menjalani cara
hidup yang berbeza-beza, pengalaman nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat
adalah menjadi asas penting dalam usaha membentuk identiti dan perpaduan.
Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan
menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia. Ini akan
menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta identitinya sebagai satu warganegara akan
menjadi kabur dan maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan
memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri.
Dengan itu rakyat Malaysia haruslah mempunyai identitinya sendiri dengan setiap
individu, organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja
yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan yang
dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan rasa bertanggungjawab boleh membawa
kepada pembentukan identiti yang diperlukan oleh sesebuah Negara seperti Malaysia
ini.Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup yang mulia tidak mungkin identiti yang
membanggakan dapat dicapai.
Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen pertama dalam penerapan nilai-nilai
Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan kelicinan jentera
pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran terpenting dalam pelaksanaan sesuatu
pentadbiran. Penghayatan nilai-nilai Islam oleh mereka akan menjamin kelancaran dan
kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan menghindarkan perbuatan rasuh, penyelewengan
dan sebagainya.
Bagi menjamin pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh
diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka beragama islam atau bukan islam.
Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yang boleh
diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin,
tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban,
tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain.
Terdapat beberapa strategi utama bagi mencapai objektif-objektif dasar ini
permulaannya adalah ditumpukan kepada anggota perkhidmatan awam. Pemilihan ini
bukanlah bererti bahawa Kerajaan mengenepikan pihak-pihak yang lain, malah membuktikan
kesedaran pemimpin negara ini bahawa perkhidmatan awam sebagai jentera yang
20
melaksanakan program dan projek bagi faedah rakyat dan negara perlu meningkatkan
prestasinya dari semasa ke semasa dengan harapan rakyat, negara dan islam mengakui betapa
pentingnya pentadbiran oleh sebab sebarang reformasi dalam sesebuah masyarakat tidak akan
terlaksana sekiranya jentera pentadbiran tidak dikemaskini serta dibentuk berdasarkan nilai-
nilai positif. Usaha untuk menerapkan nilai-nilai ini dikalangan anggota Kerajaan telah
dilakukan melalui penerangan dan penjelasan melalui dasar ini.
Dasar ini bergantung kepada beberapa faktor untuk kejayaannya. Antaranya
terasuklah political will, peruntukan kewangan yang cukup, jentera pelaksanaan yang sesuai
dan cekap, dan kesanggupan kumpulan sasaran menerima dasar ini. Sekiranya faktor-faktor
ini tidak wujud sekaligus dan saling membantu, sukar baginya untuk berjaya.Tetapi
kesukaran ini tidak patut dijadikan alasan untuk mengabaikan pelaksanaan dasar ini,
sebaliknya langkah-langkah mesti dicari untuk menjayakannya.
21