nilai novel di sebalik wajah

Upload: andi-nur-aqilah-binti-akarim

Post on 08-Apr-2018

258 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Nilai Novel Di Sebalik Wajah

    1/2

    Nilai-nilai murni dalam novel Di Sebalik Wajah

    Rajin

    Salah satu nilai dalam novel ini adalah rajin. Watak utama Doktor Fikri merupakan seorang budak yang rajin. Dia

    sanggup menanam sayur-sayuran dan menjual hasilan tanaman di tamu. Dia juga tekun membaca buku.

    kasih sayang

    Kasih sayang jelas terpapar dalam watak Cikgu Saiful dan Puan Halipah. Mereka sangat sayang akan anak kandung

    mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anak

    mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anak mereka.

    Tabah

    Doktor Fikri merupakan seorang pelajar yang tabah. Dia sabar menghadapi layanan rakannya yang telah salah faham

    akannya. Dia sentiasa tabah menghadapi layanan yang buruk daripada murid yang lain.

    Sedia memaafkan

    Doktor Fikri mengamalkan nilai sedia memaafkan dan tidak menaruh dendam terhadap orang yang pernah

    menganiayainya, iaitu Narius yang meletakkan barang dicurinya ke dalam beg Doktor Fikri. Doktor Fikri bukan

    memaafkan Narius malah meminta ayahnya mengikat jamin terhadap Narius kerana terlibat dalam kes kecurian.

    Simpati

    Doktor Fikri bersikap simpati terhadap nasib Narius, iaitu keluarganya miskin, bapanya sudah tua dan tidak mampu

    mengikat jaminnya keluar dari lokap. Doktor Fikri segera meminta ayahnya menghulurkan bantuan.

    Bertanggungjawab

    Kakitangan perubatan di Hospital Ratu Elizabelt menjalankan tugas dengan bertanggungjawab. Mereka melayani

    keluarga pesakit dengan mesra. Hal ini terpapar oleh jururawat Cina yang membenarkan Cikgu Saiful mengucapkan

    nazar kepada anaknya yang dilahirkan. Doktor yang berketurunan India juga menjalankan tugas dengan amanah. Selain

    itu pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah. Cikgu

    Wahab juga melaksanakan tugasnya sebagai guru disiplin dengan tegasnya.

    Berjimat cermat

    Doktor Fikri sentiasa berjimat cermat. Dia sentiasa membawa bekalan emaknya ke sekolah daripada berbelanja di kantin

    untuk menjimatkan wang.

    Alim

    Doktor Fikri di Hospital Ratu Elizabelt merupakan seorang yang alim dan bersopan santun. Ketika melihat Cikgu Saiful

    dalam keadaan yang gelisah, dia turut mengajak Cikgu Saiful menjalankan solat sembahyang di bilik surau di hospital

    tersebut. Sikapnya yang mulia turut menyebabkan Cikgu Saiful hendak menamai anak lelakinya sebagai Doktor Fikri.

    Gigih

  • 8/7/2019 Nilai Novel Di Sebalik Wajah

    2/2

    Nilai gigih juga terdapat dalam Doktor Fikri. Ketika menyertai acara lumba lari 1500 lelaki B, dia tidak berputus asa

    walaupun lututnya sakit dan berasa sukar bernafas. Bagaimanapun dia jatuh pengsan ketika mendekati garis penamat.

    Selain itu ketika mendaki Gunung Kinabalu, Doktor Fikri dan ibu bapanya tidak berpatah semangat untuk meneruskan

    pendakian walaupun berasa penat, sejuk, susah bernafas serta kaki yang sakit.

    Pengajaran dalam novel Di Sebalik Wajah

    Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah, pengajarannya ialah kita harus tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan

    dalam kehidupan. Contohnya sebagai anak balar yang cacat dari segi kulit, Doktor Fikri sentiasa tabah dan sabar ketika

    diejek, disindir malah dianiaya oleh murid lain.

    Pengajaran yang seterusnya ialah kita harus sedia memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya Doktor Fikri sedia

    memaafkan Narius yang pernah memeras ugut terhadap malah meminta ayahnya membantu Narius keluar dari lokap

    polis dengan membayar wang ikat jamin.

    Selain itu, kita perlu rajin untuk mengusahakan sesuatu kerja. Contohnya Doktor Fikri mengerjakan kebun sayur-

    sayurannya di belakang rumah pada setiap petang. Dia sanggup mengutip najis lembu sebagai baja. Selain itu dia juga

    menjualkan hasil tanaman di tamu.

    Bukan itu sahaja, terdapat pengajaran tentang kita perlu bertanggungjawab terhadap kerjaya kita. Misalnya kakitangan

    Hospital Ratu Elizabelt dapat menjalankan tugas dengan baik.

    Di samping itu, kita perlu berjimat cermat dalam kehidupan kita. Doktor Fikri sentiasa berjimat cermat dan membawa

    bekalan ibu ke sekolah tanpa berbelanja di kantin. Wang simpanan mencapai seribu ringgit di bank. Dia dapat membeli

    basikal barunya dengan wang simpanan sendiri.

    Tambahan pula, terdapat pengajaran kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa. Contohnya, Doktor Fikri sentiasa

    mematuhi perintah ibu bapanya. Dia juga meminta kebenaran ibu bapanya dahulu sebelum bertindak, seperti membeli

    basikal dengan wang simpanan sendiri.

    Pengajaran lain ialah ibu bapa harus mengambil berat pelajaran anak mereka. Contohnya ketika Doktor Fikri, ibunya

    puan Halipah pasti akan memeriksa buku latihan dan bertanya tentang pelajarannya di sekolah.

    Terdapat pengajaran tentang ibu bapa harus menerima kelahiran anak yang tidak sempurna dari segi fizikal. Tamsilnya

    pada mula Cikgu Saiful sukar menerima bayinya agak berbeza dengan bayi yang lain, anaknya ialah anak balar.

    Bagaimanapun atas nasihat doktor, dia telah menyesal atas sikapnya dan sedia menerima bayi yang cacat dari segi kulit.