norashikin binti mohd moslim · 2018. 11. 21. · “saya/kami akui bahawa saya/kami* telah membaca...
TRANSCRIPT
RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO BAGI PEMBINAAN PROJEK
BERSKALA BESAR
NORASHIKIN BINTI MOHD MOSLIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya/Kami akui bahawa saya/kami* telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami*karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan”.
Tandatangan : .................................................................
Nama Penyelia I : PROF. MADYA SR. ABDUL WAHID
KAMARULZAMAN
Tarikh : .................................................................
Tandatangan : .................................................................
Nama Pembaca Kedua : EN. JAMALUDDIN YAAKOB
Tarikh : .................................................................
RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO BAGI PEMBINAAN PROJEK
BERSKALA BESAR
NORASHIKIN BINTI MOHD MOSLIM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI, 2014
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ...............................................
Nama : NORASHIKIN BINTI MOHD MOSLIM
Tarikh : ...............................................
iii
DEDIKASI
Tesis ini dengan bangganya dihadiahkan kepada kedua ibu bapa saya dan
juga ahli keluarga saya sebagai tanda terima kasih tidak ternilai diatas
bantuan dan sokongan yang telah diberikan selama ini.
Ucapan terima kasih yang teristimewa buat penyelia saya, Prof. Madya Sr.
Abdul Wahid Kamarulzaman diatas segala tunjuk ajar serta bantuan
daripada beliau kepada saya dalam menyiapkan tesis ini.
Terima kasih khas buat rakan seperjuangan atas segala jasa baik dan
dorongan kalian semua. Semoga persahabatan ini kekal ke akhir hayat. Akhir
sekali, ucapan terima kasih kepada pihak yang membantu samada secara
langsung atau tidak langsung dalam memberikan sokongan kepada saya.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya,
kajian ini dapat saya siapkan dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan khas buat penyelia saya, Prof.
Madya Sr. Abdul Wahid Kamarulzaman diatas segala ilmu serta tunjuk ajar yang
telah dicurahkan selama ini. Segala ilmu yang telah diberikan tidak akan saya sia-
siakan sampai bila-bila.
Terima kasih buat keluarga tercinta dan setinggi-tinggi penghargaan saya
tujukan atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini untuk menjadikan
saya insan berguna kelak kepada bangsa, agama dan negara.
Tidak lupa juga, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada kesemua
responden yang sudi meluangkan masa untuk memberi kerjasama serta membantu
saya mendapatkan maklumat berkaitan kajian ini. Kerjasama daripada pihak tuan
yang telah banyak membantu dalam kajian ini amat saya hargai.
Buat rakan-rakan seperjuangan, ribuan terima kasih diucapkan atas sokongan
dan juga kata-kata semangat yang diberikan untuk meneruskan perjuangan sebagai
seorang mahasiswa sepanjang pengajian di UTM ini.
v
ABSTRAK
Risiko adalah suatu ketidakpastian yang mungkin boleh mendatangkan kesan negatif
kepada projek pembinaan. Risiko bagi projek pembinaan berskala besar telah
menjadi satu kekangan dan perhatian yang besar disebabkan oleh kepentingan faktor
masa dan kos bagi sesebuah projek. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti
risiko yang wujud dalam pembinaan projek berskala besar serta kaedah yang
digunakan untuk menguruskan risiko tersebut. Skop kajian melibatkan pengurus
projek yang berpengalaman mengendalikan projek berskala besar di seluruh
Malaysia yang mempunyai nilai melebihi RM100 juta. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan kualitatif iaitu melalui borang soal selidik dan temubual
berstruktur bersama 15 orang responden. Kajian ini mendapati dua jenis risiko yang
wujud dalam pembinaan iaitu risiko dalaman dan risiko luaran. Risiko dalaman
merupakan risiko yang boleh dikawal oleh pasukan pengurusan projek seperti pihak
klien, perunding, kontraktor dan pembekal bahan binaan. Manakala risiko luaran
adalah risiko yang wujud diluar kawalan pasukan pengurusan projek seperti risiko
fizikal, ekonomi, undang-undang dan persekitaran. Kaedah pengurusan risiko yang
diamalkan dalam pengurusan projek adalah seperti penahanan risiko, pengelakan
risiko, pemindahan risiko serta pengurangan risiko. Penahanan risiko melalui
penggunaan klausa kontrak dan insurans adalah paling banyak digunakan berbanding
kaedah-kaedah yang lain.
vi
ABSTRACT
Risk is an inherent uncertainty that may bring negative effects to construction
project. The risk of large-scale construction projects has become a constraint and a
great attention due to the importance of time and cost factors to the project. The
objective of the study is to identify the risks inherent in the construction of large-
scale projects as well as the methods used to manage those risks. The scope of the
study involves project managers who have had experienced in large-scale projects
throughout Malaysia, with the value of more than RM100 million. This study uses
both quantitative and qualitative approaches through the distribution of
questionnaires and structured interviews involving 15 respondents. The findings
indicate that there are two types of risks occur in construction projects which are
internal risk and external risk. Internal risks are risks that can be controlled by the
project management team such as clients, consultants, contractors and suppliers
while external risks are risks that exist beyond the control of the project management
team for instance the risk of physical, economic, law and environmental. Risk
management practices which are adopted in project management; are risk retention,
risk avoidance, risk transfer and risk reduction. As compared to other methods,
retention of risk using contract clauses and insurance are widely practised.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Kajian 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Persoalan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Skop Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Susunan Bab 8
viii
2 RISIKO DAN PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Definisi Risiko 10
2.3 Definisi Pengurusan Risiko 12
2.4 Definisi Projek Berskala Besar 14
2.5 Jenis-Jenis Risiko 17
2.5.1 Risiko Dalaman 17
2.5.1.1 Risiko daripada Klien 18
2.5.1.2 Risiko dari Pasukan Rekabentuk 20
2.5.1.3 Risiko dari Kontraktor 21
2.5.1.4 Risiko dari Subkontraktor 23
2.5.1.5 Risiko dari Pembekal 24
2.5.2 Risiko Luaran 25
2.5.2.1 Risiko dari Aspek Fizikal 25
2.5.2.2 Risiko dari Aspek Ekonomi 28
2.5.2.3 Risiko dari Aspek Undang-undang/Politik 29
2.5.2.4 Risiko dari Aspek Persekitaran 30
2.6 Pengurusan Risiko 32
2.7 Proses Pengurusan Risiko 34
2.7.1 Mengenalpasti Risiko 35
2.7.2 Menganalisis Risiko 36
2.7.3 Tindak Balas Risiko 38
2.7.3.1 Penahanan Risiko (Risk Retention) 38
2.7.3.2 Pengurangan Risiko (Risk Reduction) 39
2.7.7.3 Pemindahan Risiko (Risk Transfer) 40
2.7.3.4 Pengelakan Risiko (Risk Avoidance) 41
2.8 Kesimpulan 42
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Kajian Literatur 44
3.3 Rekabentuk Kajian 45
3.4 Instrumen Kajian 46
3.4.1 Penyediaan Borang Temu Bual Berstruktur 47
3.5 Analisis Data 49
3.5.1 Analisis Skala Likert 49
3.5.2 Teknik Pengkodan 51
3.6 Kesimpulan dan Cadangan 52
3.7 Rumusan Bab 53
4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 54
4.2 Data Kajian 54
4.3 Maklumat Responden 55
4.3.1 Jawatan Responden 56
4.4 Risiko dalam Pembinaan Projek Berskala Besar 57
4.4.1 Risiko berdasarkan Tahap Risiko
(Risiko Dalaman) 57
4.4.2 Risiko berdasarkan Tahap Risiko
(Risiko Luaran) 60
4.4.3 Risiko berdasarkan Kekerapan Risiko Wujud
(Risiko Dalaman) 63
4.4.4 Risiko berdasarkan Kekerapan Risiko
(Risiko Luaran) 66
4.4.5 Kesimpulan Berdasarkan Tahap Risiko dan
Kekerapan Berlaku 68
4.5 Kaedah Menguruskan Risiko Pembinaan Projek
Berskala Besar 70
x
4.5.1 Kaedah Menguruskan Risiko Klien 70
4.5.2 Kaedah Menguruskan Pasukan Rekabentuk 73
4.5.3 Kaedah Menguruskan Risiko Kontraktor 75
4.5.4 Kaedah Menguruskan Risiko Subkontraktor 78
4.5.5 Kaedah Menguruskan Risiko Pembekal 81
4.5.6 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek Fizikal 82
4.5.7 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek Ekonomi 86
4.5.8 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek
Undang-Undang/Politik 89
4.5.9 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek Persekitaran 91
4.6 Rumusan Bab 93
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 94
5.2 Hasil Kajian 94
5.2.1 Objektif Satu: Mengenalpasti Risiko yang Wujud dalam
Pembinaan Projek Berskala Besar 95
5.2.2 Objektif Dua: Mengenalpasti Kaedah Menguruskan
Risiko dalam Pembinaan Projek Berskala Besar 96
5.3 Masalah yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian 97
5.3.1 Kesukaran Mendapatkan Responden 97
5.3.2 Kesukaran Mendapatkan Maklumat 98
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 98
RUJUKAN 99
BIBLIOGRAFI 105
LAMPIRAN 106
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Risiko dan Ketidakpastian 11
3.1 Kaedah Perolehan Data 48
3.2 Julat Min bagi Frekuensi Skala 51
4.1 Senarai Projek dan Jawatan Responden 55
4.2 Jawatan Responden 56
4.3 Risiko daripada Klien 57
4.4 Risiko daripada Pasukan Rekabentuk 58
4.5 Risiko daripada Kontraktor 58
4.6 Risiko daripada Subkontraktor 59
4.7 Risiko daripada Pembekal 59
4.8 Risiko dari Aspek Fizikal 60
4.9 Risiko dari Aspek Ekonomi 61
4.10 Risiko dari Aspek Undang-Undang/ Politik 61
xii
4.11 Risiko daripada Aspek Persekitaran 62
4.12 Risiko daripada Klien 63
4.13 Risiko daripada Pasukan Rekabentuk 63
4.14 Risiko daripada Kontraktor 64
4.15 Risiko daripada Subkontraktor 64
4.16 Risiko daripada Pembekal 64
4.17 Risiko dari Aspek Fizikal 66
4.18 Risiko dari Aspek Ekonomi 66
4.19 Risiko dari Aspek Undang-Undang/Politik 67
4.20 Risiko daripada Aspek Persekitaran 67
4.21 Kaedah Menguruskan Risiko Klien 70
4.22 Kaedah Menguruskan Risiko Pasukan
Rekabentuk 73
4.23 Kaedah Menguruskan Risiko Kontraktor 75
4.24 Kaedah Menguruskan Risiko Subkontraktor 78
4.25 Kaedah Menguruskan Risiko Pembekal 81
4.26 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek Fizikal 82
xiii
4.27 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek Ekonomi 86
4.28 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek
Undang-Undang/Politik 89
4.29 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek Persekitaran 91
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Proses Pengurusan Risiko 34
3.1 Carta Alir Metodologi Kajian 53
xv
SENARAI SINGKATAN
CIDB - Construction Industrial Development Board
JAS - Jabatan Alam Sekitar
JKKP - Jabatan Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan
JKR - Jabatan Kerja Raya
LRT - Light Rail Transit
MRT - My- Rapid Transit
PAM - Pertubuhan Arkitek Malaysia
PBT - Pihak Berkuasa Tempatan
RMK-10 - Rancangan Malaysia Ke 10
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
B Borang Temubual
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Kajian
Industri binaan memberikan sumbangan yang sangat signifikan kepada
pertumbuhan ekonomi negara kerana mempunyai “pengganda pantas" untuk
menggerakkan sektor ekonomi lain. Pelan Strategik 2011-2012 menunjukkan sektor
pembinaan mencatatkan pertumbuhan sehingga 5.8% pada tahun 2009. Pertumbuhan
positif sejak tahun 2007 ini adalah kesan daripada pelaburan kerajaan dan swasta
yang berterusan terutamanya dalam subsektor bukan kediaman dan kejuruteraan
awam. Kementerian Kerja Raya bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran
sektor pembinaan yang kondusif agar terus mencatatkan pertumbuhan yang positif
(Pelan Strategik 2011-2012, 2011).
Malaysia akan mencapai taraf ekonomi maju menjelang 2020 dan ini
sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan negara yang berdaya saing secara
strategik dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang mapan serta
peningkatan kualiti hidup secara menyeluruh (Pelan Strategik 2011-2012, 2011).
Pengumuman Kerajaan mengenai RMK-10 dalam Bajet 2011 dan Program
Transformasi Ekonomi akan memberikan impak yang tinggi bukan sahaja dalam
2
ekonomi Negara bahkan juga perkembangan industri pembinaan (Pelan Strategik
2011-2012, 2011).
Melalui ucapan Ketua Ekskutif CIDB Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Sri
Ir. Dr. Judin Abdul Karim dalam Perhimpunan pagi Kementerian Kerja Raya pada
26 November 2010, pelbagai projek berskala besar telah direncanakan dalam RMK-
10 yang merupakan fasa pertama dalam memastikan negara mencapai taraf negara
maju. Sebanyak RM230 billion telah diperuntukkan bagi tempoh 2011 hingga 2015
dan sebanyak 52 projek infrastruktur berimpak tinggi bernilai RM63 billion akan
dilaksanakan. Antara projek yang telah dikenalpasti adalah pembinaan enam
lebuhraya bernilai RM19 billion, dua stesen janakuasa bernilai RM7 billion,
Pembangunan di Sungai Buloh dan juga Sungai Besi yang dianggarkan bernilai
RM10 billion, pembinaan landasan keretapi berkembar dari Gemas ke Johor Bahru
yang bernilai RM8 billion, pertambahan laluan “Light Rail Transit” (LRT) serta
pembangunan Iskandar Malaysia yang dijangkakan bernilai RM59 billion. Selain itu,
beliau menjelaskan sebanyak RM5 billion telah diperuntukkan untuk pembinaan
Menara Warisan 100 tingkat serta RM14.5 billion bagi perlaksanaan Projek
Perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang melibatkan Pembinaan Loji Janakuasa Kitar
Padu di Kimanis Sabah, Hospital Universiti Antarabangsa di Kuantan Pahang,
Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Kompleks Penyelidikan Kesihatan Bersepadu di
Kuala Lumpur serta beberapa lagi projek lain (Dato’ Sri Ir.Dr. Judin, 2010).
Disamping itu, sektor pembinaan tahun 2012 semakin rancak menyaksikan
pelbagai kontrak bernilai RM14 billion telah ditawarkan kepada kontraktor. Menurut
pemerhati industri, antara projek berskala besar pada tahun 2012 ialah My Rapid
Transit (MRT) yang membabitkan beberapa fasa pembinaan bertingkat laluan Sungai
Buloh-Kajang serta bahagian atas V5 dan V6 dengan nilai terkumpul kira-kira RM13
billion (Pelan Strategik 2011-2012, 2011).
3
Selain itu, pemilik projek KLIA2 Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)
menyatakan kerja-kerja tambahan projek dilakukan bagi melengkapkan terminal
dengan kemudahan dan ciri kelengkapan untuk menjadi terminal lapangan terbang
berkelas dunia. Antara perubahan yang dilakukan dalam terminal bangunan utama
membabitkan kerja pembesaran ruang bernilai RM420 juta, terminal pesawat RM160
juta, pemanjangan landasan, laluan teksi dan sistem AGL RM180 juta, penambahan
kerja fizikal RM670 juta, menaiktaraf kemudahan menara kawalan trafik udara
RM130 juta dan pembinaan infrastruktur awam benilai RM260 juta (Ahmad, 2012).
1.2 Pernyataan Masalah
Pembangunan pelbagai projek pembinaan berskala besar melibatkan banyak
kerja-kerja yang perlu diuruskan kerana terdiri daripada fasa-fasa kompleks yang
memerlukan perancangan dari segi kesesuaian tapak, bahan-bahan, kewangan dan
lain-lain. Projek pembinaan ini memerlukan perancangan yang teliti sebelum projek
dilaksanakan sehinggalah projek siap bagi mengelakkan kos dan masa melebihi
belanjawan. Faktor kejayaan sesebuah projek amat berkaitrapat dengan aspek kos,
masa dan kualiti. Kejayaan ini terhasil daripada pengurusan projek yang cemerlang
Namun begitu, pelbagai risiko yang wujud dalam pembinaan projek berskala
besar telah menjadi satu kekangan dan perhatian yang besar disebabkan oleh masa
dan kos yang melebihi nilai pembinaan tersebut. Risiko yang wujud semasa
pembinaan akan menyebabkan kegagalan kontraktor menyiapkan projek dengan
lancar (Kartam dan Kartam, 2001).
Terdapat beberapa kes melibatkan projek berskala besar yang menghadapi
masalah samada selepas projek siap mahupun semasa projek pembinaan sedang
4
dilaksanakan. Antaranya ialah kes runtuhan tanjakan konkrit di susur keluar
Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr
Lim Chong Eu yang telah mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga orang cedera.
Jabatan Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) termasuk Jabatan Forensik
Pulau Pinang dan Putrajaya telah melakukan siasatan dengan meneliti reka bentuk
struktur binaan, kaedah pemasangan, penyeliaan pekerja, faktor tanah serta sistem
keselamatan yang digunakan untuk mengetahui punca runtuhan. Setelah siasatan siap
dilakukan, JKKP telah mengenalpasti punca runtuhan adalah disebabkan kecuaian
prosedur dan teknikal oleh pihak kontraktor (Siti Fatimah, 2013).
Selain itu, terdapat juga kes yang melibatkan runtuhan selepas projek
pembinaan siap dilaksanakan. Contohnya runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan
Zainal Abidin (SSMZA) pada 2 Jun 2009. Datuk Ahmad Said, Menteri Besar
Terengganu ketika itu mengulas bahawa kegagalan semua pihak yang dilantik
membina SSMZA yang bernilai RM270 juta itu telah menjadi punca kejadian
tersebut berlaku. Punca mendapati bahan dan kualiti hasil kerja tidak memenuhi
spesifikasi dan faktor reka bentuk yang tidak memadai menyumbang kepada
runtuhan. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa kawalan kualiti yang tidak
dilaksanakan ditapak projek, pengawasan lemah ketika pembinaan dijalankan,
kekurangan pekerja mahir, kekurangan jurutera pakar dan perunding berpengalaman
serta sikap ambil mudah turut menjadi punca kejadian. Kejadian ini telah
membangkitkan isu berkaitan kegagalan pengurusan bagi projek pembinaan bernilai
ratusan juta ringgit (Manja Ismail, 2010).
Namun begitu terdapat juga projek berskala besar yang berjaya dalam
pembinaannya. Contoh, projek pembinaan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur
berjaya disiapkan mengikut jadual. Pelbagai aspek diambil kira untuk mencapai
kejayaan dalam pembinaan projek lapangan terbang ini. Antaranya ialah pengurusan
projek yang efektif antara klien dan kontraktor berdasarkan pengalaman,
pengetahuan dan kompeten terhadap kerja. Pengetahuan pengurusan projek mahupun
pengurusan risiko yang efektif dan betul memastikan projek pembinaan berjaya
5
disiapkan dengan jayanya mengikut tempoh yang telah ditetapkan serta pembaziran
kos dapat dielakkan tanpa menjejaskan kualiti pembinaan walaupun melibatkan.
Pengurusan projek berskala besar adalah bersifat kompleks, strategik serta pemimpin
yang berkebolehan menjadi faktor kejayaan projek ini (Jamilus Hussein, 2006).
Risiko ditakrifkan sebagai ketidakpastian, atau sesuatu keadaan yang apabila
wujud, boleh mendatangkan kesan positif atau negatif pada salah satu objektif seperti
masa, kos, skop atau kualiti.. Risiko merupakan ancaman untuk mencapai kejayaan
dalam sesebuah projek. Kegagalan berpunca daripada risiko yang wujud akan
mempengaruhi kos dan masa diperlukan. Tidak mungkin sesuatu projek pembinaan
tidak mempunyai sebarang risiko. Oleh itu, proses pengurusan risiko amat penting
untuk menangani semua jenis risiko (El-Sayegh, 2008).
Smith et al. (2006) menyatakan projek mega atau projek berskala besar yang
dijalankan mempunyai pelbagai risiko yang perlu dikawal. Risiko bukan sahaja
berasaskan keselamatan, kewangan, kekangan masa bahkan boleh dilihat dari
pelbagai sudut. Pengurusan risiko adalah penting bagi mengelakkan projek bernilai
jutaan ringgit gagal dalam perlaksanaannya.
1.3 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian telah dibentuk untuk dijadikan panduan asas
kepada perlaksanaan kajian ini. Antara persoalan tersebut ialah:
1) Apakah risiko yang wujud dalam pembinaan projek berskala besar?
2) Apakah kaedah untuk mengurus risiko dalam pembinaan projek berskala
besar?
6
1.4 Objektif Kajian
Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui risiko-risiko yang wujud
dalam projek pembangunan dalam industri pembinaan khususnya yang berskala
besar. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui kaedah yang diguna
pakai untuk mengurus risiko tersebut.
Beberapa objektif telah dibina untuk mencapai matlamat kajian ini. Antara
objektif tersebut ialah:
1) Mengenalpasti risiko yang wujud dalam pembinaan projek berskala besar.
2) Mengenalpasti kaedah untuk mengurus risiko dalam pembinaan projek
berskala besar.
1.5 Skop Kajian
Terdapat beberapa kajian terdahulu yang berkaitan dengan risiko dan
pengurusan telah dilakukan. Fazilah Binti Yusof (2003) menjalankan kajian dengan
memberikan penekanan terhadap jenis-jenis risiko paling utama serta keupayaan
pengurangan risiko dalam projek pembinaan. Kajian ini dijalankan di negeri Johor
Bahru melibatkan responden yang terdiri daripada pemaju, kontraktor dan pihak
konsultan. Selain itu, kajian Muhd Sulaiman (2004) pula lebih memfokuskan kepada
risiko yang wujud dalam industri pembinaan dan kaedah pengurusan risiko melalui
kaedah pengendalian pojek serta keberkesanan penggunaan kaedah tersebut. Skop
kajian beliau melibatkan kontraktor kelas A dan kelas B yang menjalankan kerja-
kerja kejuruteraan awam di sekitar Johor Bahru sahaja.
7
Berdasarkan kajian terdahulu, boleh disimpulkan kajian yang akan dijalankan
kali ini adalah berbeza. Skop kajian ini memberi tumpuan kepada:
1) Beberapa projek berskala besar atau projek mega yang terdapat di Malaysia.
2) Responden kajian ini melibatkan Pengurus Projek atau individu yang telah dilantik
dan pernah bertanggungjawab untuk mengendalikan projek tersebut.
1.6 Kepentingan Kajian
Dengan adanya kajian ini, risiko yang wujud dalam projek pembinaan
berskala besar dapat diketahui. Selain itu, kajian ini boleh membantu dalam
mengenalpasti kaedah yang digunakan untuk menguruskan risiko dalam sesebuah
projek pembinaan berskala besar. Dengan itu, ia dapat dijadikan sebagai garis
panduan kepada pihak pembinaan untuk berhadapan dengan risiko pembinaan pada
masa akan datang.
Melalui kajian ini, maklumat yang berkaitan akan diperolehi daripada
maklum balas responden menggunakan metodologi kajian yang telah dirancang.
Kajian ini dilaksanakan dengan harapan dapat membantu pihak berkenaan dengan
industri pembinaan bersedia serta mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi
kemungkinan yang berlaku dalam projek pembinaan.
8
1.7 Susunan Bab
Kajian ini memberi tumpuan kepada isu berkaitan dengan risiko dan kaedah
pengurusan risiko yang diamalkan dalam projek berskala besar di Malaysia. Bab satu
menerangkan pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian serta
kepentingan kajian.
Bab dua pula memberi tumpuan kepada kajian literatur yang berkaitan
dengan risiko-risiko dalam projek berskala besar serta pengurusan risiko yang telah
diamalkan dalam industri pembinaan.
Bab tiga pula membincangkan berkenaan dengan metodologi kajian bagi
kajian ini. Rekabentuk kajian, instrumen kajian, pengumpulan data dan rekabentuk
borang temubual serta analisis data diterangkan dalam bahagian ini.
Semua analisis dan perbincangan kajian dijelaskan di dalam bab empat. Data
dan keputusan yang diperoleh dan dianalisis akan dibincangkan dalam pencapaian
objektif kajian.
Akhir sekali, kesimpulan berserta cadangan untuk kajian masa depan akan
dijelaskan dalam bab lima.
BAB 2
RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO PROJEK PEMBINAAN
2.1 Pengenalan
Kwayke (1997) berpendapat bahawa tidak ada satu pun projek pembinaan
yang terkecuali daripada menghadapi risiko. Risiko adalah sesuatu ketidakpastian
yang wujud dan boleh mendatangkan kesan buruk. Apabila wujud risiko seperti
kelewatan penyiapan kerja mengikut tempoh ditetapkan, maka ini mungkin
menjejaskan kemajuan kerja projek pembinaan. Kesan ini bukan sahaja melibatkan
projek pembinaan, bahkan juga pihak yang terlibat. Contohnya, pihak kontraktor
terpaksa melanjutkan tempoh penyiapan kerja yang bukan saja menjejaskan jadual
kerja, kos kerja malahan kualiti kerja. Semakin banyak risiko yang wujud, semakin
meningkat kos yang bakal dihadapi oleh organisasi.
Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan secara terperinci mengenai
risiko yang wujud dalam industri pembinaan merangkumi definisi risiko dan jenis-
jenis risiko. Selain itu, penyelidik juga turut membincangkan mengenai kaedah
pengurusan risiko yang diamalkan dalam pengurusan risiko serta peringkat dalam
menguruskan risiko.
10
2.2 Definisi Risiko
Apakah itu risiko? Risiko mempunyai banyak makna dan selalu dianggap
akan mendatangkan kesan negatif kepada sesiapa sahaja, dimana dan bagaimana
wujudnya. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2007) menyatakan risiko adalah
berkenaan dengan kemungkinan atau bahaya kerugian melakukan sesuatu tanpa
mempedulikan kemungkinan bahaya itu. Risiko juga boleh diistilahkan sebagai yang
berkaitan dengan kebarangkalian yang boleh diukur secara kuantitatif
Menurut Cooper (2005), risiko merupakan pendedahan kepada sesuatu
ketidakpastian. Dalam konteks projek, risiko adalah peluang untuk berlaku sesuatu
yang akan memberi kesan kepada matlamat yang dicapai. Ini termasuklah
kemungkinan kerugian atau perubahan daripada hasil yang dikehendaki atau
dirancang, sebagai akibat ketidaktentuan berkaitan dengan perancangan yang telah
ditetapkan.
Manakala mengikut definisi A Guide to the Project Management Book of
Knowledge (PMBOK Guide, 4th
Edition) (2008), risiko adalah ketidakpastian perkara
atau keadaan yang mana jika berlaku menyebabkan kesan kepada salah satu objektif.
Objektif yang dimaksudkan merangkumi skop, kos, jadual dan kualiti. Pernyataan ini
disokong oleh Tadayon et al. (2012) bahawa risiko pembinaan dianggap sebagai
kejadian yang mempengaruhi objektif projek iaitu kos, masa dan kualiti.
Definisi seterusnya oleh Cleden (2009) dimana risiko adalah kenyataan yang
wujud akibat kekurangan pengetahuan. Risiko adalah jurang dalam pengetahuan
yang mana seseorang beranggapan wujud satu bentuk ancaman kepada sesebuah
projek. Risiko boleh wujud dalam tiga kelas yang mempengaruhi kos, kualiti dan
masa yang setiapnya berkait rapat antara satu dengan yang lain. Ketidakpastian
adalah suatu yang tidak boleh di anggarkan. Risiko dan ketidakpastian mempunyai
11
hubungan masalah. Tahap pengetahuan seseorang mengenai terma-terma ini berubah
samada kuat atau lemah.
Jadual 2.1 menunjukkan penilaian akhir yang lebih dititikberatkan pada
sebahagian data. Ketidakpastian pula adalah satu penilaian akhir yang kurang
dititikberatkan dimana tiada data yang menyebabkan keputusan perlu dilakukan.
Seseorang mempunyai kebebasan untuk memberi pendapat terhadap ketidakpastian
tersebut. Perbezaan antara risiko dan ketidakpastian ditunjukkan dalam rajah
dibawah:
Jadual 2.1 : Risiko dan Ketidakpastian
Sumber: Chapman (1991)
Risiko Ketidakpastian
Sesuatu yang boleh diramal Sesuatu yang tidak boleh diramal
Penilaian data secara statistik Subjektif kemungkinan
Bergantung kepada data yang relevan Bebas kepada pemberian pendapat
Sumber-sumber yang menyumbang kepada risiko utama sesebuah projek
ialah saiz projek, kekompleksan projek, kelancaran pembinaan lokasi dan kebiasaan
melakukan kerja. Ini merupakan bebanan keatas kos projek dan tempoh masa projek.
Sumber projek yang lain adalah melibatkan risiko luaran. Contohnya seperti inflasi,
keadaan pasaran, pertambahan kos bahan binaan, pekerja, politik dan lain-lain lagi.
Dalam konteks pembinaan, risiko merupakan peluang berlakunya sesuatu
yang akan memberi impak. Antaranya kemungkinan kepada kerugian, perubahan
terhadap hasrat atau perancangan akibat daripada ketidakpastian yang berkaitan
dengan tindakan tertentu. Risiko terbahagi kepada dua elemen iaitu kemungkinan
atau kebarangkalian sesuatu berlaku dan akibat atau kesan sekiranya berlaku.
12
Sebagai rumusan, risiko merupakan ketidakpastian yang wujud dan boleh
mendatangkan kerugian atau penyebab kepada kegagalan objektif atau matlamat
projek. Ia juga dianggap sebagai kemungkinan yang wujud diluar jangkaan manusia
yang mampu memberi kesan kepada pasukan projek, aktiviti projek serta kemajuan
sesebuah projek.
2.3 Definisi Pengurusan Risiko
Risiko yang wujud dalam pembinaan memerlukan pengurusan yang efisien
agar risiko dapat dikurangkan. Adalah penting untuk memahami definisi pengurusan
risiko terlebih dahulu sebelum menguruskan risiko dengan berkesan. Pengurusan
merupakan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal dalam mengurus dan
melaksanakan sesuatu dengan menggunakan teknik atau kemahiran tertentu untuk
mencapai sesebuah objektif. Oleh itu, pengurusan bagi sekumpulan manusia dalam
sesebuah organisasi ditakrifkan Turk (2008) sebagai
“Sesuatu proses kerja dengan dan melalui orang lain bagi mencapai objektif
organisasi secara berkesan dengan menggunakan sumber-sumber terhad secara cekap
dalam suasana yang sentiasa berubah-ubah”
Bagi pengurusan risiko pula, Zou et al. (2007) berpendapat pengurusan risiko
merujuk kepada budaya, proses serta struktur yang berterusan kearah pengurusan
efektif terhadap kesan buruk dan potensi ia berlaku. Proses pengurusan risiko
mengaplikasikan pengurusan yang sistematik, melibatkan polisi, proses dan prosedur
dengan mewujudkan konteks, mengenalpasti, menganalisis, menaksir, merawat,
memantau dan berkomunikasi dengan risiko. Risiko wujud kerana ketidakpastian
tentang masa depan.
13
Terdedah kepada risiko boleh mengakibatkan gangguan ekonomi, kerugian
dari segi kewangan atau sosial, kecederaan fizikal atau kelewatan. Ia juga boleh
menjadi penyebab perubahan dalam hubungan antara pihak-pihak yang terlibat
seperti pembekal, pemilik, operasi dan penyelenggaraan aset untuk tujuan awam atau
swasta.
A Guide to the Project Management Book of Knowledge (PMBOK Guide, 4th
Edition) (2008) menyatakan pengurusan risiko adalah satu sistem yang bertujuan
untuk mengenalpasti dan mengira segala risiko terhadap perniagaan dan projek yang
terdedah kepada keputusan yang mencurigakan dengan mengambil kira langkah
untuk menguruskan risiko. PMBOK menjadikan pengurusan risiko sebagai salah satu
daripada sembilan fokus dalam pengurusan projek dan digambarkan sebagai proses
yang menitikberatkan mengenai perancangan pengurusan risiko, mengenalpasti,
menganalisis secara kualitatif, menganalisis secara kuantitif tindak balas, meninjau
dan mengawal projek.
Pengurusan risiko merupakan suatu proses yang sistematik dalam
mengenalpasti dan menilai risiko yang mungkin dihadapi oleh individu mahupun
organisasi. Seterusnya adalah perlaksanaan teknik pengurusan risiko yang paling
sesuai untuk mengawal risiko yang telah dikenal pasti selaras dengan matlamat dan
objektif individu/organisasi tersebut.
Zou et al.(2007) berpendapat terdapat enam proses dalam menguruskan risiko
iaitu mengenalpasti risiko, analisis risiko, tindak balas risiko dan komunikasi risiko,
memantau, mengkaji semula risiko dan memahami risiko. Berbeza pula dengan
Kliem dan Ludin (1997), yang mengatakan proses menguruskan risiko hanya
terbahagi kepada empat iaitu mengenalpasti risiko, mengelaskan risiko, menganalisis
risiko dan bertindak balas dengan risiko. Pendapat ini turut disokong oleh Flanagan
dan Norman (1993) yang menyatakan proses menguruskan risiko hanya melibatkan
14
empat proses iaitu mengenalpasti risiko, menganalisis risiko mengawal risiko dan
melaporkan risiko.
Terdapat pelbagai pihak telah menyatakan pelbagai teori dan kefahaman
mereka berkaitan dengan pengurusan risiko. Namun begitu, pengurusan risiko adalah
merupakan satu konsep pengurusan baru dalam industri pembinaan Malaysia. Ia akan
mengambil masa yang lama untuk diterima sepenuhnya dalam industri. Ini kerana,
kebanyakan daripada mereka terdiri daripada pasukan yang terlibat dalam projek
pembinaan sukar untuk memulakan sesuatu yang baru kerana lebih terikat dengan
budaya lama tanpa mencuba konsep baru (Hamimah Adnan, 2008).
Dapat dirumuskan daripada definisi diatas bahawa pengurusan risiko
mempunyai pelbagai teknik yang boleh diguna pakai bergantung kepada proses yang
mana akan dipilih untuk diaplikasikan dalam sesebuah projek. Pengurusan risiko
merupakan suatu proses sistematik bagi menguruskan risiko dalam sesebuah
perniagaan atau projek. Oleh yang demikian, sesuatu ‘projek’ atau perancangan
hanya menjadi kenyataan sekiranya dilaksanakan dan diurus secara cekap dan
berkesan.
2.4 Definisi Projek Berskala Besar
Sebelum memahami maksud projek berskala besar, lebih elok difahami
terlebih dahulu maksud projek. Projek menurut Kidd (2009) ialah merupakan suatu
siri rangkaian aktiviti yang mempunyai tujuan tertentu, titik permulaan dan titik
tamat yang jelas bagi mencapai satu set objektif secara berkesan dengan
menggunakan sumber terhad yang diperuntukkan secara cekap.
15
Ini bertepatan dengan takrif yang diutarakan oleh Taylor (2008) yang
mengatakan sesuatu projek mempunyai beberapa ciri seperti berikut:
a) Mempunyai titik permulaan yang tamat dan jelas
b) Mempunyai objektif tertentu untuk dicapai
c) Mempunyai satu siri kerja
d) Melibatkan penggunaan sumber masukan seperti peralatan, tenaga, modal
dan bahan.
Disamping itu, projek pembinaan ini tidak dinafikan sebagai sebuah
perniagaan berisiko kerana pelbagai sebab. Cooke dan Williams (2009) menyatakan
bahawa projek pembinaan berisiko kerana:
i. Rekod buruk terhadap kos dan ketidakpastian masa bagi pihak klien.
ii. Pertelingkahan pendapat dan percanggahan serta litigasi
iii. Risiko bagi keuntungan adalah rendah
iv. Rekod yang lemah berkaitan dengan sistem keselamatan dan kesihatan dalam
industri.
v. Tekanan daripada kumpulan pembinaan terutamanya pengurusan tapak dan
bahagian operasi untuk menjimatkan masa dan kos.
vi. Tekanan undang-undang terhadap keselamatan dan kesihatan
Menurut Saidin et al. (2011) projek pembinaan mempunyai saiz yang
semakin besar dan canggih. Fenomena ini dapat dilihat terutamanya dalam
pembinaan kompleks beli-belah, hotel, bangunan pejabat dan juga bangunan awam.
Oleh itu, projek sedemikian tentunya melibatkan:
a) Sejumlah modal yang besar dan banyak.
b) Jenis dan bilangan loji binaan yang banyak.
c) Pekerja atau buruh dan tenaga mahir, samada profesional atau separa
profesional yang berpengalaman.
d) Kaedah atau teknik atau teknologi binaan yang lebih rumit dan canggih.
16
Flyvbjerg et. al (2009) menyatakan projek berskala besar atau projek mega
adalah projek yang mempunyai nilai pelaburan yang sangat besar iaitu melebihi $1
billion. Projek berskala besar termasuklah projek yang mempunyai teknologi yang
kompleks, projek infrastruktur awam, kejuruteraan awam bawah tanah, industri
pembinaan kilang dan sebagainya. Selain itu, projek lain yang kurang kos daripada
$1 million juga boleh dianggap sebagai projek mega sekiranya melibatkan
pembangunan, perancangan serta pengurusan bergantung kepada risiko yang
ditanggung projek.
Tidak ramai penulis sebelum ini yang membincangkan karakter sesebuah
projek yang dikenali sebagai projek berskala besar. Oleh itu, penyelidik berpendapat
konsep projek berskala besar boleh dilihat dari sudut yang berbeza. Namun begitu, ia
tidak boleh dinilai mengikut nilai mata wang yang asal kerana nilai mata wang
sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Sesebuah negara mempunyai pandangan
sendiri berkenaan projek berskala besar di negara mereka.
Secara rumusannya, penyelidik berpendapat projek berskala besar bukan
hanya melibatkan saiz projek yang besar serta kos yang tinggi, bahkan juga terdiri
daripada projek yang menggunakan kaedah atau teknologi moden. Ini membabitkan
proses perancangan dan pengurusan yang sistematik. Kejayaan dalam projek
pembinaan berskala besar adalah satu perkara yang mencabar dan bergantung kepada
beberapa aspek yang termasuk faktor manusia, projek, pengurusan projek dan lain-
lain lagi.
17
2.5 Jenis-Jenis Risiko
Terdapat pelbagai pihak telah membahagikan risiko mengikut pemahaman
mereka. Flanagan dan Norman (1993) berpendapat terdapat tiga cara untuk
mengklasifikasikan risiko dengan mengenalpasti kesan, jenis risiko dan impak risiko
tersebut.
El-Sayegh (2008) telah membahagikan risiko kepada dua kumpulan utama
iaitu risiko dalaman dan luaran. Kenyataan El-Sayegh (2008) turut disokong oleh
Mohamad dan Skumaran (nd) dimana risiko terbahagi kepada dua kumpulan iaitu
risiko dalaman dan luaran. Namun menurut Rezakhani (2012), risiko terbahagi
kepada tiga kumpulan iaitu risiko luaran, risiko dalaman dan risiko undang-undang.
Penyelidik telah mengambil kira kenyataan El-Sayegh (2008) bahawa hanya
terdapat dua kumpulan risiko iaitu risiko luaran dan risiko dalaman dalam
melaksanakan kajian ini. Risiko dalaman dan risiko luaran mempunyai jenis-jenis
risiko tertentu . Terdapat beberapa risiko yang telah dikenal pasti. Risiko-risiko ini
diterangkan pada bahagian seterusnya dan akan dijadikan sebagai alat kajian
penyelidik.
2.5.1 Risiko Dalaman
Risiko dalaman merupakan risiko yang boleh dikawal dan diubah oleh
pasukan pengurusan projek. Risiko dalaman terbahagi kepada lima aspek utama iaitu
risiko yang berkaitan pihak klien, pasukan reka bentuk, kontraktor, sub-kontraktor
dan pembekal (El-Sayegh, 2008).
18
2.5.1.1 Risiko daripada Klien
1. Perubahan rekabentuk dari klien
Zou et al. (2007) berpendapat risiko dalaman daripada pihak klien ialah
apabila klien membuat perubahan tidak kira sama ada pada peringkat perancangan,
rekabentuk atau semasa pembinaan sedang berjalan. Perubahan ini berlaku mungkin
disebabkan oleh dua perkara sama ada klien berubah fikiran untuk menukar
rekabentuk pembinaan ataupun klien telah salah faham terhadap keperluan serta
keinginan mereka pada peringkat perancangan projek. El-Sayegh (2008) bersetuju
dengan pendapat ini dengan menyatakan perubahan rekabentuk yang kerap kali
dilakukan oleh klien akan menjejaskan objektif projek serta berlaku kelemahan
dalam skop kerja. Klien di anggap sewenang-wenangnya membuat perubahan pada
rekabentuk terutamanya ketika fasa pembinaan berjalan.
2. Kesukaran mendapatkan kelulusan dokumen penting
Kelulusan dokumen penting yang diperlukan seperti pemilikan tapak yang
lewat dilakukan berpunca daripada pengurusan pihak klien boleh menganggu
perjalanan projek. Pelan Pengurusan Risiko (2013) yang diamalkan oleh Jabatan
Kerja Raya telah menyatakan kelulusan dokumen perlulah diperolehi segera
mengikut tempoh tertentu untuk mengelakkan masalah seperti kelewatan pemilikan
tapak, kelewatan memulakan kerja dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, Zou et
al.(2007) turut menambah dokumen yang tidak lengkap biasanya berlaku disebabkan
oleh kelemahan pengurusan rutin projek atau karenah dari pihak kerajaan. Klien
perlulah melantik pasukan yang berwibawa dalam pengurusan berkaitan perolehan
kelulusan daripada agensi kerajaan mahupun pihak berkaitan agar dapat
menyediakan dokumen projek dengan cepat, cekap dan berkesan.
3. Kelewatan bayaran kemajuan kepada kontraktor
Kelewatan bayaran kemajuan menyukarkan kontraktor untuk meneruskan
kerja kerana bayaran dari klien merupakan salah satu sumber kewangan kontraktor
19
(El-Sayegh, 2008). Kenyataan ini telah disokong oleh Sambasivan dan Yau (2007)
yang menjelaskan bahawa kontraktor meletakkan kesalahan kelewatan memulakan
kerja mahupun penyiapan kerja adalah disebabkan pihak klien yang lambat membuat
pembayaran bagi kerja-kerja yang telah siap dilakukan kontraktor. Dalam projek
melibatkan kerajaan, kontraktor mengambil masa yang lama untuk menerima
bayaran kemajuan hasil dari kerja yang telah disiapkan.
4. Komunikasi lemah antara klien, pasukan rekabentuk serta kontraktor
Komunikasi antara pihak terlibat adalah penting dalam menentukan kejayaan
perlaksanaan dan penyiapan sesebuah projek. Komunikasi yang baik ini perlu dibina
bermula daripada peringkat perancangan lagi (Toor dan Ogunlana, 2008). Masalah
komunikasi menyebabkan berlakunya banyak salah faham yang boleh memberi
kesan buruk kepada perjalanan aktiviti pembinaan. Segala salah faham boleh
diselesaikan dengan adanya komunikasi baik antara klien dan jug pasukan
rekabentuk Sambasivan dan Yau (2007).
Long et al. (2004) menyatakan komunikasi yang lemah adalah salah satu
masalah utama yang wujud dalam projek mega kerana terlalu banyak pihak yang
terlibat dalam pembinaan dan campur tangan dalam pengurusan projek. Masalah ini
boleh mewujudkan pertikaian sesama pihak dan menjadi penjejas kepada kelancaran
sesebuah projek pembinaan.
5. Bankrap
El-Sayegh (2008) menyatakan ini bukanlah risiko utama dalam sesebuah
projek pembinaan tetapi apabila ia wujud, klien berkemungkinan membuat
keputusan untuk membatalkan projek atau melanggar syarat-syarat kontrak.
20
2.5.1.2 Risiko dari Pasukan Rekabentuk
1. Perubahan rekabentuk/spesifikasi
Zou et al. (2007) menyatakan perubahan ini mungkin disebabkan rekabentuk
tidak lengkap kerana pasukan rekabentuk ingin menyiapkan rekabentuk secepat
mungkin agar projek pembinaan bermula mengikut tempoh pembinaan yang telah
ditetapkan . Selain itu, perubahan rekabentuk disebabkan kehendak klien antara
risiko yang wujud kepada pasukan rekabentuk. El-Sayegh (2008) turut memberi
pendapat sebahagian perubahan rekabentuk yang dilakukan oleh pasukan rekabentuk
semasa fasa pembinaan adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti rekabentuk
sedia ada.
2. Anggaran kos yang tidak tepat
Antara risiko yang sering wujud dalam risiko berkaitan anggaran adalah
berpunca akibat kurang pengalaman pasukan rekabentuk ketika membuat anggaran
kos (Zou et al., 2007). El-Sayegh (2008) menyokong pendapat ini dengan menambah
bahawa perubahan harga bahan di pasaran yang tidak menentu juga serta
ketidaksesuaian kaedah anggaran kos yang digunakan turut menyumbang kepada
wujudnya ketidaktepatan dalam anggaran kos. Long et al. (2004) pula menyatakan
bahawa rekabentuk yang tidak jelas dan terperinci, rekabentuk yang sering berubah
dan spesifikasi tidak lengkap menjadi punca kepada masalah ini. Kelemahan
anggaran ini menggambarkan kelemahan pasukan dan ketidakcekapan perlaksanaan
projek.
3. Maklumat tidak mencukupi
Maklumat seperti laporan ujian tanah serta penyiasatan tapak yang tidak
mencukupi akan membawa kepada rekabentuk yang tidak sempurna dan seterusnya
memberi kesan kepada kerja-kerja pembinaan awal di tapak (Zou et al., 2007).
21
4. Penjadualan program kerja yang tidak efektif
Risiko wujud apabila beberapa program penjadualan kerja yang telah
dirangka terpaksa dikurangkan tempohnya bagi memenuhi garis masa penyiapan
sesuatu kerja (Zou et al., 2007). Selain itu, jadual program kerja yang disediakan
tidak terancang dan tersusun mengikut jenis kerja yang dilaksanakan akan memberi
peluang untuk wujudnya risiko ini. Tambahan pula, kemungkinan yang tidak dapat
dijangka menjadikan mustahil untuk meramal tepat masa yang diperlukan dalam
pelaksanaan sesuatu kerja.
2.5.1.3 Risiko dari Kontraktor
1. Program pembinaan tidak selari dengan perancangan
Zou et al. (2007) berpendapat risiko boleh wujud disebabkan oleh jadual
kerja yang telah dirangka tidak selari dengan kemajuan kerja dan kurangnya
pengalaman kontraktor dalam merancang program pembinaan. Sambasivan dan Yau
(2007) bersetuju dengan pendapat diatas dengan menjelaskan pihak konsultan hanya
memeriksa dan mengkaji program kerja kontraktor secara umum.
2. Pengurusan tapak yang lemah
Pemantauan yang jarang dilakukan menyukarkan penyiapan projek mengikut
tempoh yang telah ditetapkan (Zou et al., 2007). Selain itu, risiko yang wujud
berpunca oleh pihak kontraktor ialah kualiti kelemahan produktiviti, masalah-
masalah teknikal, kontraktor tidak kompeten serta kekurangan kakitangan dalam
pengurusan sesebuah projek (El-Sayegh, 2008). Pengurusan tapak yang lemah oleh
kontraktor adalah salah satu sebab utama berlaku kelewatan pembinaan. Kajian
mendapati kontraktor mempunyai kelemahan dalam perancangan tapak,
perlaksanaan serta kawalan.
22
Sambasivan dan Yau (2007) menyatakan pengurusan tapak yang lemah
adalah salah satu sebab penting yang menyebabkan kelewatan pembinaan. Hasil
kajian mendapati bahawa kekurangan dalam perancangan tapak, pelaksanaan dan
kawalan tapak menjadi punca kelewatan penyiapan projek pembinaan di Malaysia.
Pengurusan tapak yang lemah menyebabkan kesan negatif kepada kemajuan kerja.
Contoh kes yang melibatkan kelemahan pengurusan tapak oleh kontraktor ialah
runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu pada tahun
2009. Laporan siasatan menunjukkan bahawa kawalan kualiti yang tidak
dilaksanakan kontraktor serta pengawasan lemah ketika proses pembinaan berjalan
menjadi antara punca runtuhan bumbung stadium itu (Manja Ismail, 2010).
3. Pengetahuan teknikal dan mutu kerja yang rendah
Odeh dan Batteinah (2002) menyatakan bahawa kontraktor tidak
berpengalaman yang memperolehi kontrak untuk menjalankan projek menjadi risiko
terbesar dalam sesebuah projek pembinaan berskala besar. Ini menjejaskan kualiti
kerja kontraktor. Apabila kualiti kerja terjejas, ini turut menyumbang kepada
gangguan terhadap kelancaran kerja dan kelewatan penyiapan lewat Akibatnya,
kontraktor akan meminta lanjutan masa untuk menyiapkan kerja.
4. Kurang staf yang berkelayakan
Kurang staf berkelayakan adalah satu risiko yang dihadapi kontraktor. Staf
yang berkelayakan dalam bidang pengurusan sukar untuk diperolehi (El-Sayegh,
2008).
5. Masalah aliran tunai yang dihadapi kontraktor
Risiko yang wujud di dalam aliran tunai adalah berpunca daripada
perbelanjaan melebihi kos yang telah ditetapkan. Faktor ini berlaku akibat perubahan
rekabentuk yang kerap kali diubah-ubah atas permintaan klien. Selain itu, salah urus
kewangan juga boleh mendatangkan risiko kepada kegagalan penyiapan sesebuah
projek yang akan memberi kesan buuk kepada sesebuah projek itu.
23
2.5.1.4 Risiko dari Subkontraktor
1. Kualiti kerja yang rendah oleh subkontraktor
Di Malaysia, risiko ini berlaku kerana kebanyakan pekerja subkontraktor
yang dilantik kurang mahir dengan kerja dilakukan. Selain itu, tahap keupayaan yang
tinggi yang diperlukan dalam pembinaan di Malaysia tidak dapat diselaraskan
dengan keupayaan buruh asing yang sedia ada menjadi punca kewujudan risiko ini
(Sambasivan dan Yau, 2007).
2. Kelewatan dalam penyiapan kerja
Kebiasaannya, banyak subkontraktor dilantik bekerja dibawah kontraktor
utama. Sekiranya subkontraktor berkeupayaan, projek mampu disiapkan mengikut
masa yang ditetapkan. Projek akan mengalami kelewatan seandainya subkontraktor
dipaksa melakukan kerja diluar kemampuan mereka (Sambasivan dan Yau, 2007).
Zou et. al (2007) menyatakan kelewatan kerja disebabkan subkontraktor ialah
akibat daripada kelemahan pengurusan subkontraktor. Tidak seperti kontraktor utama
yang terus menguruskan tapak pembinaan untuk tempoh yang lama, subkontraktor
hanya memperuntukkan tenaga manusia dan sumber lain untuk mencapai keuntungan
maksimum mereka sendiri. Tanpa pengurusan yang cekap, subkontraktor tidak boleh
menguruskan sumber mereka dengan berkesan serta memenuhi keperluan tapak
sepenuhnya.
3. Koordinasi kerja yang lemah antara subkontraktor dengan kontraktor utama
Koordinasi lemah antara subkontraktor dan kontraktor boleh membawa
kepada keadaan huru-hara dalam pengurusan pasukan pembinaan serta program
kerja. Pengurus projek yang mahir dalam pasukan dan penyelarasan program
haruslah dilantik bagi tujuan untuk mewujudkan kerjasama dan komunikasi yang
baik antara semua pihak di samping membantu meningkatkan kualiti pembinaan dan
24
tahap kecekapan (Zou et al., 2007). Jabatan Kerja Raya turut menambah kelemahan
koordinasi menyebabkan percanggahan kerja dan pertambahan kerja baru yang boleh
menyebabkan kelewatan dalam penyiapan kerja (Pelan Pengurusan Risiko, 2013).
4. Pengamalan cara kerja tidak selamat
Kemalangan yang berpunca daripada subkontraktor semasa pembinaan
memberikan impak negatif. Antara impak dari kecuaian subkontraktor adalah semua
matlamat yang ingin dicapai dalam projek pembinaan terjejas, kos akan meningkat,
penangguhan kerja dan penurunan tahap produktiviti (El-Sayegh, 2008). Ini turut
menjejaskan reputasi kontraktor utama. Di Malaysia, pelanggaran Akta Keselamatan
Kesihatan dan Pekerjaan boleh menyebabkan kontraktor didenda dan diambil
tindakan penarikan lesen kerja sekiranya didapati cuai dalam melaksanakan obligasi
mereka.
2.5.1.5 Risiko dari Pembekal
1. Bahan binaan yang dibekalkan tidak berkualiti
Risiko dari pihak pembekal pula adalah dari segi material binaan yang
dibekalkan dalam projek pembinaan seperti pasir, simen, batuan yang tidak berkualiti
menjadi punca kewujudan risiko kepada pembinaan. Ini menjejaskan kualiti
sesebuah projek (Sambasivan dan Yau, 2007).
2. Kelewatan penghantaran bahan ke tapak bina
Selain daripada bekalan material binaan yang tidak berkualiti, pembekal turut
mendatangkan masalah dalam sesebuah projek pembinaan apabila menghantar bahan
binaan yang ingin digunakan dalam projek tidak mengikut masa yang betul. Ini
menjadi punca kelewatan dan penyebab kepada penangguhan dalam melaksanakan
kerja-kerja pembinaan (El-Sayegh, 2008).
25
2.5.2 Risiko Luaran
Hasnul dan Skumaran (nd) menyatakan risiko luaran wujud di luar kawalan
pasukan pengurusan projek adalah seperti perubahan dasar kerajaan atau perubahan
pasaran. Pendapat ini disokong oleh El-Sayegh (2008). Risiko luaran merangkumi
aspek politik, sosial, ekonomi dan fizikal.
2.5.2.1 Risiko dari Aspek Fizikal
Risiko dari sudut fizikal merujuk kepada risiko akibat kejadian bencana alam,
peralatan dan jentera, keadaan cuaca, buruh, keadaan tanah, bahan binaan, kelewatan
dalam penyiapan kerja, anggaran, reka bentuk, kemalangan dan kecederaan,
pengurusan tidak cekap dan sebagainya.
1. Bencana alam
Kejadian bencana alam adalah seperti Force Majeure (kuasa Allah S.W.T)
seperti gempa bumi, banjir kemarau, tanah runtuh dan sebagainya. Wabak penyakit
seperti taun, denggi juga terdiri daripada risiko fizikal dalam kategori bencana alam.
2. Keadaan cuaca tidak menentu
Fazilah Binti Yusof (2003) menyatakan cuaca boleh memberi kesan ke atas
projek pembinaan. Contohnya, apabila hujan lebat berlarutan berlaku, maka terdapat
sedikit perubahan pada aktiviti dalam dan luar kerja-kerja pembinaan. Hayes (1985)
mengatakan keadaan cuaca yang tidak menentu merupakan antara risiko yang ada
dalam aspek fizikal. Keadaan hujan lebat atau ribut petir menyukarkan pihak
kontraktor untuk meneruskan kerja di tapak bina.
26
3. Peralatan dan jentera
Risiko dari segi peralatan dan jentera pula ialah kerosakan atau kesukaran
mendapatkan jentera khas yang perlu digunakan terutamanya bagi projek yang besar
dan unik. Ini memberi cabaran kepada projek terutamanya kepada kontraktor utama
untuk mendapatkan jentera tersebut. Ini mungkin akan menjejaskan kualiti
pembinaan. Ini mungkin berlaku kerana keunikan projek atau ketidakbiasaan
kontraktor mengendalikan jentera atau peralatan itu (El-Sayegh, 2008).
Selain itu, kebanyakan kontraktor tidak mempunyai jentera sendiri yang
diperlukan untuk kerja pembinaan. Mereka menyewa jentera dan peralatan apabila
diperlukan. Apabila terlalu banyak projek pembinaan berjalan, jentera tidak dapat
dibekalkan dalam jangka masa pendek dan tidak diselenggarakan dengan baik. Ini
membawa kepada kegagalan jentera berfungsi yang menyebabkan kemajuan kerja
terjejas (Sambasivan dan Yau, 2007).
4. Bekalan buruh
Kualiti dan kuantiti terhadap bekalan buruh adalah major impak dalam
projek. 20 peratus pekerja dalam industri pembinaan di Malaysia adalah terdiri
daripada Indonesia dan Vietnam. Sebahagian daripada mereka adalah pendatang
tanpa izin dan mempunyai kemahiran yang sangat lemah jika dibandingkan dengan
kemahiran yang dimiliki pekerja tempatan. Kualiti dan produktiviti yang rendah
memberi impak terhadap perjalanan projek. Selain itu, pendatang tanpa izin yang
ditangkap oleh imigresen Malaysia dihantar pulang dan ini akan menyebabkan
kekurangan sumber buruh dalam industri pembinaan (Sambasivan dan Yau, 2007).
Flanagan dan Norman (1993), berpendapat setiap peringkat kerja dari
permulaan kerja sehinggalah kepada penyiapan projek amat mementingkan kualiti.
Kualiti merupakan sesuatu yang teknikal kerana terdapat peningkatan kualiti dari
segi pelaburan, reka bentuk, bahan, kecekapan dan hasil keluaran.
27
5. Keadaan tanah
Merujuk kepada Izdihar (2005), risiko fizikal berdasarkan keadaan tanah atau
geologi adalah seperti siasatan tanah yang tidak lengkap, maklumat keadaan tanah
yang tidak mencukupi serta keadaan tanah yang tidak dapat dijangkakan sewaktu
projek pembinaan dijalankan.
6. Kekurangan bahan binaan
Kekurangan bahan asas binaan seperti pasir, simen, batuan dan besi boleh
menyebabkan kelewatan dalam kerja pembinaan projek-projek utama. Semenjak
Malaysia berkembang menjadi sebuah Negara membangun, seringkali berlaku
permintaan melebihi bekalan dan ini menyebabkan harga bahan binaan di pasaran
meningkat. Kontraktor bertindak menangguhkan aktiviti pembelian bahan binaan
sehinggalah harga bahan menurun berkurangan. Ini menjejaskan kemajuan projek
pembinaan (Sambasivan dan Yau, 2007).
7. Kemalangan dan kecederaan
Risiko kemalangan dan kecederaan seperti yang berlaku kepada pekerja,
buruh binaan dan orang awam adalah salah satu risiko fizikal. Disamping itu,
kemalangan berpunca akibat kurang mempraktikkan langkah keselamatan di tapak
juga termasuk dalam risiko ini (Izdihar, 2005).
28
2.5.2.2 Risiko dari aspek Ekonomi
Risiko dalam aspek ekonomi pula adalah merujuk kepada risiko dari segi
kewangan, perniagaan dan syarikat, serta keadaan ekonomi.
1. Upah buruh profesional yang tinggi
Dalam perlaksanaan projek mega, bantuan daripada buruh mahir dari luar
negara kebiasaannya diperlukan. Oleh itu, upah yang perlu dibayar atas khidmat
mereka adalah tinggi merangkumi kos tempat tinggal, kos pengangkutan serta kos
kerja yang telah dilaksanakan. Kerja-kerja pembinaan melibatkan jumlah wang yang
besar dan kebanyakan kontraktor mendapati amat sukar untuk menanggung
perbelanjaan yang tinggi dalam sesebuah projek pembinaan yang besar seandainya
pihak klien membuat pembayaran lambat kepada kontraktor. Ketidakmampuan
majikan untuk membayar kontraktor dan subkontraktor telah menyebabkan
keengganan kontraktor melaksanakan kerja (Sambasivan dan Yau, 2007).
2. Cukai serta duti import yang tinggi untuk barangan import
Projek pembinaan berskala besar kebiasaannya menggunakan bahan binaan
yang berkualiti dari negara luar. Oleh itu, cukai yang dikenakan terhadap bahan
binaan ini adalah tinggi dan ini menjadi risiko kepada kontraktor dan klien kerana
terpaksa membelanjakan wang yang besar bagi menanggung bayaran cukai untuk
membawa masuk bahan binaan dari luar negara.
3. Inflasi yang timbul dalam pasaran
Inflasi yang berlaku adalah berkaitan dengan risiko turun naik harga bahan
binaan semasa peringkat pembinaan (El-Sayegh, 2008).
29
4. Turun-naik harga bahan binaan
Turun naik harga bahan binaan akan memberikan kesan kepada keuntungan
projek (El-Sayegh, 2008). Zou et al. (2007) menyatakan bahawa harga bahan binaan
berubah bersama-sama dengan kadar inflasi dan hubungan antara bekalan dan
permintaan dalam pasaran pembinaan. Risiko ini umumnyaa tidak mampu dielak dan
pihak yang terlibat perlu bersedia untuk menghadapinya.
5. Kemelesetan ekonomi
Tahun 1997 merupakan tahun yang amat mencabar yang telah memberi kesan
keatas ekonomi Malaysia. Keadaan ini turut memberi kesan kepada kos pembinaan
yang luar biasa tinggi dari kos pembinaan sebenar. Banyak projek di Malaysia
terbengkalai dan terpaksa dihentikan akibat kegawatan ekonomi antara 1997 dan
2000. Harga bahan binaan akan berubah mengikut kadar inflasi dan pasaran semasa.
(Kartam dan Kartam (2001) menyokong pendapat bahawa kemelesetan ekonomi
boleh memberi kesan besar kepada ekonomi sesebuah negara dan juga global.
Namun begitu, risiko ini amat jarang berlaku tetapi mampu memberi kesan amat
besar sekiranya terjadi.
2.5.2.3 Risiko dari aspek Undang-undang/Politik
1. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak kerajaan
Perubahan dalam undang-undang serta peraturan dalam pembinaan boleh
memberi kesan tidak baik kepada akitiviti pembinaan. Sebagai contoh, perubahan
undang-undang yang berlaku di Arab Saudi telah menghentikan aktiviti pembinaan
yang sedang rancak dijalankan (El-Sayegh, 2008). Halangan untuk mendapatkan
permit bagi buruh asing antara risiko yang wujud dalam pembinaan projek mega.
Industri pembinaan merupakan salah satu industri yang paling ramai menggunakan
tenaga buruh asing. Ini kerana terlalu banyak prosedur yang perlu dilakukan serta
mengambil masa yang lama untuk diselesaikan dalam pengambilan pekerja buruh
asing ini (dirujuk kepada Norharnila Rusli, 2007).
30
2. Kegagalan dalam mematuhi kontrak
Kegagalan dalam berkontrak yang melibatkan klien dan kontraktor atau
subkontraktor dalam perjanjian kontrak antara risiko yang boleh menyebabkan
kelewatan projek. Kebiasaannya pertikaian antara pihak ini diselesaikan oleh pihak
ketiga tanpa melibatkan mahkamah. Namun begitu, sekiranya pertikaian berterusan
dan bertambah buruk, ia mungkin akan melibatkan pihak mahkamah. Ini memberi
kesan buruk kepada kelancaran sesebuah projek pembinaan (Sambasivan dan Yau,
2007).
3. Kesukaran mendapatkan pekerja tempatan
Risiko ini wujud kerana kurangnya rakyat tempatan yang ingin bekerja
sebagai buruh dalam pembinaan. Dianggarkan sebanyak 20 peratus pekerja dalam
sektor pembinaan adalah terdiri daripada rakyat Indonesia dan Vietnam (MALBEX),
(Sambasivan dan Yau, 2007).
4. Mogok pekerja tapak bina
Mogok jarang dilakukan oleh pekerja di tapak bina kecuali berlaku atas
sebab-sebab yang tertentu. Contoh sebab yang boleh menjadi punca mogok adalah
bayaran gaji pekerja yang sedikit, penindasan terhadap kebajikan pekerja mahupun
pergaduhan antara pekerja dengan pekerja lain. Di Malaysia, kejadian ini amat jarang
berlaku melibatkan pekerja binaan (JKKP, 2013).
2.5.2.4 Risiko Dari Aspek Persekitaran
Risiko dari aspek persekitaran termasuklah:
1. Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar yang berlaku sering berkaitan dengan industri
pembinaan. Pencemaran alam sekitar termasuklah pencemaran air, pencemaran udara
31
dan pencemaran bunyi. Antara laporan yang pernah dibuat adalah berkaitan
pencemaran bunyi akibat pembinaan MRT. Penduduk Taman Tun Dr Ismail telah
menyuarakan kebimbangan mereka berkaitan bunyi bising daripada pembinaan MRT
(Bernama, 2012).
Selain itu, pencemaran air adalah berpunca daripada pembuangan sisa pepejal
binaan ke dalam sungai. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
mengatasi masalah ini. Antaranya penekanan terhadap pengurangan serta
meminimumkan pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pembangunan yang
telah diusulkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (Azura, 2007).
2. Kerosakan ekologi
Menurut Izdihar (2005), kerosakan ekologi berlaku akibat daripada
pembukaan kawasan baru, penebangan pokok yang tidak terkawal serta pengorekan
tanah secara haram. Kerosakan ekologi memberi kesan buruk kepada alam sekitar.
Zaini (nd) telah menyokong pendapat di atas dengan menyatakan pembinaan
infrastruktur besar seperti empangan memusnahkan ekosistem di sekitar kawasan
empangan. Pembinaan struktur besar ini menyebabkan kepupusan flora dan fauna
yang akan menjejaskan alam sekitar.
3. Rawatan sisa pembinaan
Masalah pengurusan sisa pembinaan telah menjadi satu isu di Malaysia.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Jabatan Alam Sekitar (JAS)
bertanggungjawab untuk memantau aktiviti pembuangan sisa pembinaan oleh pihak
kontraktor.
Seow dan Abdul Halim (2005) menyatakan kebanyakan kontraktor Malaysia
kurang mengambil perhatian terhadap pengurusan sisa pembinaan. Kebanyakan
daripada mereka mengambil jalan mudah dengan membuang sisa pembinaan ke
32
tempat yang tidak sepatutnya seperti ke dalam sungai. Contohnya, keratan akhbar
Berita Harian (2003) yang menyatakan salah satu punca pencemaran Sungai Klang
adalah sikap sambil lewa kontraktor yang membuang sisa pembinaan ke dalam
sungai tersebut.
Rumusan yang dapat dihasilkan daripada subtopik di atas ialah terdapat
pelbagai jenis risiko dalam sesebuah projek pembinaan. Jenis risiko boleh dilihat
daripada risiko dalaman mahupun risiko luaran. Bagi kajian ini, penyelidik
memfokuskan kepada kedua-dua kumpulan risiko yang dijelaskan dalam subtopik di
atas.
2.6 Pengurusan Risiko
Pengurusan risiko projek adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko yang
menjadi penyebab kepada objektif sesebuah projek tidak tercapai. Selain itu, ia turut
berperanan dalam mengenalpasti serta menyediakan peluang yang lebih baik dalam
menguruskan risiko dalam sesebuah projek. Pengurus projek yang bertanggungjawab
dalam sesebuah projek dapat menetapkan peruntukan sumber dan melaksanakan
sesuatu tindakan yang dapat membantu mencapai objektif projek
Pengurusan risiko bukan sahaja terhad penggunaannya keatas projek berskala
besar atau berisiko tinggi, bahkan juga diaplikasikan dalam pelbagai saiz projek dan
aktiviti perolehan. Di samping itu, pengurusan risiko boleh diguna pakai pada setiap
peringkat kitar hayat projek pembinaan. Pengurusan risiko juga menyediakan
kebaikan dalam menentukan serta menetapkan sesebuah keputusan dengan lebih baik
melalui penyediaan proses yang konsisten dan kukuh serta mampu menyokong
dalam proses membuat keputusan (Cooper, 2005).
33
Smith et al. (2006) menyatakan bahawa pengurusan risiko mempunyai
kebaikan yang luas dalam industri perusahaan, tetapi lebih membantu dalam
menyiapkan projek mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Dari konteks pembinaan
pula, pengurusan risiko mendatangkan banyak manfaat seperti:
i. Projek dilaksanakan dengan jelas, mudah difahami serta dipertimbangkan
dari permulaan projek.
ii. Membuat keputusan dengan sistematik.
iii. Keputusan yang dibuat boleh dipercayai dan disokong melalui analisis.
iv. Objektif dan struktur projek dapat dikawal secara berterusan.
v. Mengenal pasti kemungkinan yang dapat diurus, diawasi dan dikawal pada
semua peringkat projek.
vi. Risiko yang spesifik yang berkaitan dengan projek dapat difahami dengan
jelas.
vii. Menambah maklumat yang terdahulu untuk dijadikan panduan untuk
menguruskan risiko pada masa hadapan.
Sejajar dengan kepentingannya itu, pengurusan risiko telah dikenal pasti
sebagai keperluan dalam industri pembinaan dan juga sebagai salah satu strategi dan
teknik yang telah dibangunkan untuk mengawal pengaruh yang telah dibawa oleh
risiko yang berpotensi.
Bagi mendalami aspek pengurusan risiko, kajian seterusnya akan
membincangkan beberapa elemen utama dalam pengurusan risiko yang meliputi
proses pengurusan risiko. Proses pengurusan risiko terdiri daripada empat elemen
iaitu kenal pasti risiko, analisis risiko, tindak balas risiko dan kawalan risiko.
34
2.7 Proses Pengurusan Risiko
Menurut Ainon et al. (2011), pengurusan risiko adalah sebuah proses
sistematik untuk mengenalpasti , mengukur dan menganalisis kerugian yang terdedah
dan memilih teknik yang efektif untuk mengatasinya. Selepas mengambil kira jenis-
jenis risiko, perlaksanaan langkah pengurusannya akan dibuat.
Proses sistematik pengurusan risiko biasanya dibahagikan kepada
mengenalpasti risiko dan klasifikasi, analisis risiko dan tindak balas risiko dimana
tindak balas risiko telah dipecahkan kepada empat tindakan iaitu penahanan,
pengurangan, pemindahan dan pengelakan. Proses pengurusan risiko ditunjukkan
seperti di bawah:
Rajah 2.1 Proses Pengurusan Risiko
Sumber: (Flanagan dan Norman, 1993)
Kliem dan Ludin (1997) menyokong pendapat di atas bahawa hanya terdapat
empat sahaja proses pengurusan risiko iaitu mengenalpasti risiko, menganalisis
risiko, mengawal risiko dan melaporkan risiko. Namun begitu, A Guide to the
Project Management Book of Knowledge (PMBOK Guide, 4th
Edition (2008) telah
mengariskan bahawa proses pengurusan risiko terbahagi kepada enam proses iaitu
35
perancangan pengurusan risiko, pengenalpastian risiko, analisis risiko kualitatif,
analisis risiko kuantitatif, perancangan tindak balas risiko dan pengawalan risiko.
Selain itu, Management of Risk Guideline (MoR) yang sering digunakan dalam
organisasi sektor awam menetapkan sembilan garis panduan pengurusan risiko yang
perlu dipatuhi iaitu:
Menentukan rangka kerja pengurusan risiko
Mengenalpasti risiko
Mengenalpasti risiko klien
Menilai risiko
Tahap penerimaan risiko
Menentukan proses dan kajian
Memastikan keberkesanan
Melaksanakan tindak balas
Menentukan tindak balas risiko
Penyelidik berpendapat terdapat pelbagai struktur pengurusan risiko yang
diamalkan dalan pengurusan projek. Penyelidik memfokuskan kepada empat elemen
utama di dalam pengurusan risiko. Elemen utama tersebut diterangkan dalam
subtopik yang seterusnya.
2.7.1 Mengenalpasti Risiko
Satu analisis risiko yang melibatkan proses mengenalpasti ancaman yang
paling berkemungkinan terhadap organisasi dan menganalisis kelemahan organisasi
apabila berdepan dengan ancaman ini.
36
Pengenalpastian risiko projek merupakan proses untuk mengetahui apa,
bagaimana dan kenapa sesuatu perkara terjadi. Proses ini untuk menentukan apa
yang mungkin berlaku yang mana akan memberi kesan kepada objektif projek.
Proses ini melibatkan kaedah mengenalpasti kawasan berisiko serta ketidakpastian
yang boleh menghalang untuk mencapai objektif (Cleden, 2009).
Pendapat ini disokong kuat oleh Kendrick (2009) yang menyatakan terdapat
empat teknik utama untuk mengenalpasti risiko. Empat teknik utama itu ialah senarai
semak, temubual, analisis projek lepas dan brainstorming. Proses ini merupakan
proses mengenal pasti risiko yang wujud merangkumi seluruh aspek dalam peringkat
sebelumnya.
Berlainan pula dengan Cooper (2005) yang telah menyenaraikan enam teknik
untuk mengenalpasti risiko yang berkaitan dengan projek. Antaranya termasuklah:
Brainstorming
Analisis berdasarkan pengalaman daripada projek yang sama seperti analisis
daripada projek siap dan audit
Senarai Semak
Temubual Analisis Senario
Tinjauan dan soal selidik
Analisis Struktur Pecahan Kerja (WBS)
2.7.2 Menganalisis Risiko
Analisis risiko merupakan peringkat kedua dalam pengurusan risiko dimana
analisis merupakan proses pengumpulan data berkenaan risiko yang berpotensi untuk
37
tujuan analisis. Ia mempunyai penggunaan yang sistematik dimana risiko yang
dikumpulkan akan dikelaskan mengikut kekerapan ia berlaku dan akibatnya. Ia boleh
menggunakan pelbagai teknik matematik yang ada (Cooper, 2005).
Dalam analisis risiko, terdapat dua kaedah yang biasa digunakan iaitu
kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif paling sesuai digunakan dimana risiko
boleh diletakkan pada skala yang tinggi hingga rendah. Manakala kaedah kuantitif
pula digunakan untuk menentu kebarangkalian dan kesan risiko berdasarkan
anggaran angka (Winch, 2002). Syarikat pembinaan lebih cenderung untuk
menggunakan pendekatan kualitatif kerana lebih mudah untuk menggambarkan
sesuatu risiko itu daripada mengira.
Teknik yang akan dijelaskan dalam kajian ini adalah merupakan teknik
kuantitatif. Menurut Kliem dan Ludin (1997) menyatakan terdapat empat teknik yang
biasa digunakan dalam menganalisis risiko iaitu:
i. Three-Point Estimate
ii. Pokok Keputusan (Decision tree)
iii. Simulasi Monte Carlo (Monte Carlo Simulation)
iv. Heuristik
Risiko perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum risiko berkenaan dinilai.
Selepas implikasi risiko tersebut dikaji, barulah Pengurus Risiko boleh membuat
keputusan yang efektif untuk memilih teknik menguruskan risiko yang sesuai
dilaksanakan (Lim, 2003). Pilihan tersebut ialah mengelakkan risiko, mengurangkan
risiko, memindahkan risiko atau menahan risiko.
38
2.7.3 Tindak Balas Risiko
Tindak balas risiko merupakan tindakan pengurusan risiko untuk
mengurangkan risiko. Tindak balas risiko boleh dibahagikan kepada empat iaitu
penahanan risiko pengelakan risiko, pengurangan risiko dan pemindahan risiko.
Penjelasan terhadap tindak balas risiko diterangkan di dalam subtopik dibawah.
2.7.3.1 Penahanan Risiko (Risk Retention)
Penahanan risiko terbahagi kepada tiga iaitu samada secara wang tahanan,
insurans mahupun pemagaran. Setiap projek yang bermasalah akan disekat
kewangannya untuk membayar kerugian yang di alami. Tahanan ini adalah sebagai
jaminan kewangan yang disediakan dalam satu tabung khas yang membantu
menyelesaikan masalah kewangan. Wang tahanan dibahagikan kepada dua iaitu dana
dalaman seperti aliran tunai projek, modal kerja umum dari aset dan pelaburan cair.
Dana luaran pula seperti pinjaman dan penjualan saham (dirujuk kepada Fazilah
Binti Yusof, 2003).
Setiap individu yang bersetuju untuk melabur kepada pihak insurans
dijelaskan sebagai pemindahan menanggung risiko ganti rugi terhadap pihak
insurans. Setiap pemegang insurans akan membayar premium untuk kontrak insurans
bagi menuntut kerugian sekiranya mengalami kemalangan. Penahanan dalam
premium insurans berlaku semasa proses penuntutan kewangan bagi memulihkan
kehilangan serta kerugian. Contohnya, sekiranya berlaku kemalangan keatas pekerja
yang bekerja di tapak bina. Insurans nyawa pekerja diberikan melalui pembiayaan
perubatan kos yang akan dipindahkan kepada pihak insurans. Penahanan tuntutan
untuk kemalangan dan bayaran boleh dibuktikan melalui laporan yang sah dan
diperakukan oleh undang-undang (Fazilah Binti Yusof, 2003).
39
Cara seterusnya adalah melalui pemagaran iaitu penggunaan kontrak dalam
menguruskan risiko. Kontrak dapat membantu mengurangkan aktiviti yang
menyalahi undang-undang dalam projek pembinaan Kontrak merupakan satu ikatan
perjanjian yang telah termaktub dalam undang-undang kontrak selepas dipersetujui
bertanggungjawab, komited ke atas segala kerja yang telah dijanjikan mengikut
spesifikasi perjalanan kerja. Perkara yang terkandung dalam dokumen kontrak adalah
seperti insurans, tugas pegawai penguasa, bon perlaksanaan, perubahan kerja,
kelewatan serta lanjutan masa. Pihak yang berkontrak terdiri dari pihak klien,
kontraktor dan pembekal bahan binaan. Contoh penggunaan kontrak dalam projek
pembinaan ialah borang kontrak JKR dan borang kontrak PAM.
2.7.3.2 Pengurangan Risiko (Risk Reduction)
Cara lain untuk mengelakkan terdedah dengan risiko adalah dengan berkongsi
dengan pihak lain. Contohnya, kontraktor utama boleh mengurangkan risiko
pendedahan beliau membayar ganti rugi akibat kelewatan penyiapan kerja ke dalam
fasal ganti rugi dalam perjanjian bersama dengan subkontraktor domestik. Begitu
juga dengan perjanjian kontrak, penggunaan jenis yuran pengurusan kontrak
dilakukan untuk mengurangkan kemungkinan tuntutan kerugian atau perbelanjaan
langsung disebabkan oleh sikap kontraktor (Flanagan dan Norman, 1993).
Pengurangan risiko dibahagikan kepada empat kategori. Pertama ialah,
pendidikan dan latihan untuk mengingatkan staf terhadap setiap potensi risiko yang
wujud dalam pembinaan. Kedua, perlindungan fizikal untuk mengurangkan
kemungkinan penyebab kepada kerugian. Contohnya, kontraktor melantik syarikat
lain untuk menilai kualiti kerja bagi setiap projek yang dilakukan oleh mereka.
Walaupun melibatkan kos tinggi, tetapi ia mampu mengelakkan insiden yang boleh
menjejaskan kualiti kerja berlaku. Ketiga, memastikan kualiti sentiasa berada pada
tahap baik serta sistem yang dilakukan selaras dan akhir sekali ialah perlindungan
fizikal terhadap orang dan harta benda (Cooke dan Williams, 1993).
40
2.7.3.3 Pemindahan Risiko (Risk Transfer)
Pemindahan risiko tidak semestinya akan mengurangkan sumber-sumber
kritikal risiko tetapi hanyalah mengalihkan kepada pihak yang lain. Kadang kala
pemindahan risiko boleh menyebabkan peningkatan risiko. Penuntutan risiko kepada
insurans dilakukan apabila projek terdapat kesilapan dalam perlaksanaannya yang
menyebabkan kerugian dan seterusnya menunjukkan pemindahan bayaran daripada
pihak insurans kepada individu tersebut (Fazilah BintiYusof, 2003).
Berdasarkan Tai Pei Ngor (1992), pemindahan risiko merupakan langkah
untuk mengelakkan klien menanggung risiko dan risiko akan dipindahkan kepada
pihak yang lain seperti kontraktor melalui dokumen kontrak. Risiko boleh
dipindahkan kepada pihak lain yang turut sama berada dalam industri pembinaan
supaya beban risiko yang dipikul oleh satu pihak dapat dikurangkan.
Penyusunan pemindahan risiko yang umum adalah bermula daripada pihak
klien kepada pereka bentuk, kemudian klien kepada kontraktor seterusnya kontraktor
kepada subkontraktor dan terakhir ialah dari pihak klien, pereka bentuk, kontraktor
atau subkontraktor kepada pihak insurans (Muhd Sulaiman Yusuf, 2004).
Terdapat tiga kaedah digunakan dalam memindahkan risiko iaitu pemindahan
melalui insurans, bon-bon dan juga kaedah pengendalian projek. Kontraktor pula
mempunyai tiga kaedah dalam memindahkan risiko iaitu melalui insurans,
subkontrak dan perubahan dalam kontrak (B.A.K.S Perera & Rameezdeen, 2008).
Pemindahan melalui insurans adalah satu cara paling umum dalam
menguruskan risiko iaitu dengan memindahkan risiko tersebut kepada pihak
insurans. Insurans merupakan penggembelengan kerugian yang tidak disengajakan
41
dan beban yang menanggung kerugian ini telah dipindahkan kepada syarikat insurans
(Lim, 2003). Ini dilakukan dengan memulangkan bayaran premium sekiranya pihak
pemegang insurans mengalami kerugian. Risiko yang dihadapi oleh pemegang
insurans dipindahkan kepada penanggung insurans (Muhd Sulaiman Yusuf, 2004).
Melalui kaedah bon pula, ia merupakan satu jaminan yang diberikan oleh
pihak ketiga sebagai perlindungan kepada pihak klien terhadap pematuhan dan
perlaksanaan tanggungjawab kontraktor dalam menyiapkan projek seperti yang
dikehendaki oleh kontrak (Mohd Nazir Ismail, 2008). Bon berupa sebuah kontrak
deposit kewangan yang dimeteraikan dalam bentuk ‘secure account’. Seandainya
kontraktor atau subkontraktor gagal melaksanakan kerja mereka atau melanggar
mana-mana syarat yang termeterai dalam kontrak, pihak klien boleh mengambil bon
tersebut sebagai pampasan.
Kaedah pengendalian projek ialah memindahkan risiko dengan membuka
tender sesuatu aktiviti kepada pihak lain atau menyingkirkan sebahagian fasal di
dalam kontrak yang boleh menyebabkan kerugian (Muhd Sulaiman Yusuf, 2004).
2.7.3.4 Pengelakan Risiko (Risk Avoidance)
Mengelakkan risiko bermakna risiko yang dihadapi akan dihindarkan dan
risiko yang sedang dihadapi akan disingkirkan. Mengelakkan risiko juga dinyatakan
sebagai keengganan untuk menerima risiko. Ia lebih melibatkan risiko spesifik
seperti perundingan kontrak yang telah dipersetujui dalam perlaksanaan projek.
Apabila kontraktor telah pecah kontrak, majikan berhak untuk membatalkan kontrak.
Ia merupakan cara terbaik untuk mengelakkan risiko (Lim, 2003). Pendapat ini turut
disokong oleh Flanagan dan Norman (1993). Menurut Kliem dan Ludin (1997),
pengelakkan risiko boleh dilakukan dimana pengurus projek bertindak dengan
menyediakan jadual untuk menyingkirkan kemungkinan risiko yang wujud.
42
2.10 Kesimpulan
Dengan ini, melalui senarai bahagian yang telah dibincangkan, dapatlah
diterangkan secara ringkas jenis-jenis risiko yang wujud dalam pembinaan serta
proses pengurusan risiko yang diaplikasikan dalam projek pembinaan. Risiko-risiko
ini berkait rapat dengan skop, kos dan kualiti. Kesimpulannya, risiko ini secara
langsung atau tidak langsung boleh memberi kesan terhadap kehidupan kita.
Selain itu, kerjasama dari semua pihak adalah merupakan kunci utama
sesebuah kejayaan dalam menguruskan risiko. Ini kerana, pengurusan risiko
merupakan salah satu proses yang kompleks dari peringkat permulaan sehinggalah
proses yang terakhir. Tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak, tidak akan
berjayalah sesebuah pengurusan risiko tersebut.
Dengan segala maklumat yang telah difahami dalam bab ini, penyelidik akan
menyediakan borang kajian yang akan digunakan untuk mengumpul data. Bab
seterusnya membincangkan berkenaan proses pengumpulan data termasuk
rekabentuk serta instrumen kajian yang akan digunakan bagi melaksanakan kajian
ini.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi di definisikan sebagai satu sistem yang merangkumi kaedah dan
prinsip yang digunakan dalam satu kegiatan, disiplin dan sebagainya (Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1994). Ia merupakan perancangan penyelidikan asas yang merangkumi
kajian literatur, rekabentuk kajian, kaedah pengumpulan data serta kaedah analisis
data. Metodologi kajian dilakukan berdasarkan kepada objektif kajian serta persoalan
kajian yang telah ditentukan di dalam Bab 1. Kefahaman yang jelas serta teliti amat
diperlukan pada peringkat ini agar perolehan data selaras dengan objektif yang telah
dibina.
Pertama sekali, kajian literatur akan dijalankan untuk mendapatkan
pengetahuan berkenaan dengan topik penyelidikan. Data kemudiannya akan
dianalisis, dibincang serta diolah bagi mendapat keputusan yang diperlukan.
Kesimpulan dibuat pada peringkat akhir hasil daripada keseluruhan data yang telah
dianalisis dan dibincangkan. Carta aliran kaedah kajian ditunjukkan dalam Rajah 3.1
dan setiap proses diterangkan secara terperinci dalam subtopik yang seterusnya.
44
3.2 Kajian Literatur
Kajian literatur didefinisi sebagai membuat rujukan secara kritikal dan
sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan
kaedah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan
dilaksanakan. Tujuan utama kajian literatur ialah untuk meletakkan kajian yang akan
dijalankan pada perspektif saintifik serta membantu pengkaji untuk menghubung-
kaitkan kajian dengan badan pengetahuan (body of knowledge) (Chua, 2006).
Kajian literatur dilaksanakan untuk memberi pemahaman jelas berkenaan
dengan topik kajian dan seterusnya mengenalpasti kawasan kajian. Pembacaan dari
jurnal, buku, tesis sarjana muda dan sarjana, kajian lepas serta sumber lain dari
internet dan segala risalah yang berkaitan dengan topik risiko serta pengurusan risiko
membantu penyelidik memahami kajian yang akan dilakukan. Bahan-bahan ini
didapati dari Perpustakaan Sultanah Zanariah dan juga sumber-sumber lain. Idea-
idea yang diperoleh dari pembacaan adalah penting kerana ini akan membantu untuk
membina soalan berkaitan dengan kajian ini.
Disamping itu, sesi perbincangan bersama penyelia dilakukan untuk
mendapatkan gambaran kasar serta idea berkenaan masalah dan isu yang dihadapi
dalam kajian ini.
45
3.3 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian merupakan kaedah tertentu untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Rekabentuk kajian dilakukan
bertujuan untuk mengetahui bagaimana sesuatu objektif kajian dapat dicapai. Kajian
ini mengandungi dua objektif utama iaitu untuk mengenalpasti risiko-risiko yang
terlibat dalam sesebuah projek pembinaan berskala besar dan mengenalpasti kaedah
pengurusan yang digunakan bagi menguruskan risiko yang terlibat dalam sebuah
projek pembinaan berskala besar.
Rekabentuk kajian dalam kajian ini adalah secara kualitatif dan kuantitatif.
Kaedah kuantitatif memfokuskan kepada data numerika dan ketepatan. Penyelidikan
kuantitatif dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang dipungut
dianalisis dengan ujian statistik. Instrumen kajian bagi pengumpulan data kuantitatif
adalah seperti, soal selidik, pemerhatian berstruktur dan temubual berstruktur yang
agak boleh dipercayai (Chua, 2006).
Kaedah kualitatif pula lebih kepada sains dan pendekatan eksperimen.
Instrumen kajian bagi data kualitatif pula ialah seperti pemerhatian tidak berstruktur,
temubual tidak berstruktur dan dokumentasi. Instrumen pengumpulan data
merangkumi kajian kes, temubual yang memberikan maklumat lebih mendalam dan
terperinci (Chua, 2006).
Bagi kajian ini, kaedah kualitatif digunakan untuk mencapai objektif kajian
dan kaedah temubual telah dipilih bagi memperoleh segala maklumat penting
berkaitan dengan kajian ini. Temubual adalah berguna untuk mendapatkan cerita di
sebalik pengalaman peserta. Soalan boleh ditanyakan sehingga mendalam berkaitan
topik yang dibincangkan.
46
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian ialah alat atau kaedah yang digunakan untuk memperoleh
serta mengumpul data. Menurut Chua (2006), instrumen kajian biasanya merupakan
soal selidik yang direka khas untuk mengumpul data kajian dalam penyelidikan sains
sosial. Kegunaan instrumen sebagai senarai semak untuk merekodkan pemerhatian
keatas tingkah laku responden, atau sebagai soalan sesi temubual atau sebagai ujian
kertas-pensil dan sebagainya.
Menurut (Chua, 2006), temubual didefinisi sebagai perbualan dua hala yang
bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Temubual merupakan interaksi secara
bersemuka antara penemubual dan responden. Ia dijalankan untuk memperoleh
maklumat daripada responden kajian secara lisan. Menurut (Denzin dan Lincoln
(2000) temubual perlulah bersifat reflektif dan dapat mencerminkan kehidupan serta
keadaan sebenar mengenai suatu fenomena dan bukan sebagai alat pengumpulan
maklumat semata-mata. Temubual merupakan salah kaedah utama yang berkesan
digunakan untuk mendapatkan data untuk kajian ini. Proses temubual merupakan
proses yang membolehkan kita mendapatkan kepastian serta kesahihan perkara yang
di analisis berdasarkan maklum balas yang diperolehi dari temu bual.
Temubual berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian untuk
mendapatkan maklumat secara terperinci dan memberi gambaran jelas mengenai
jenis-jenis risiko dan pengurusan risiko projek berskala besar. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk menjelaskan sesuatu situasi, memahami persepsi, fakta serta
pandangan daripada responden mengenai kajian ini. Temubual ini dijalankan secara
formal, dirancang serta dilaksanakan mengikut satu senarai soalan yang perlu
dijawab oleh responden. Soalan yang diajukan kepada responden berkait dengan
topik kajian dan senarai soalan yang dibina serta setiap soalan yang ditanya kepada
responden adalah serupa.
47
Temubual dijalankan dengan bersemuka sendiri dengan pihak responden. Ini
bertujuan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas serta mengelakkan
kekeliruan terhadap maklumat yang telah diperolehi. Panggilan telefon dibuat
terlebih dahulu dengan pihak responden bagi menentukan tarikh, masa dan tempat
temubual akan dijalankan.
3.4.1 Penyediaan Borang Temubual Berstruktur.
Draf soalan temubual adalah berdasarkan kajian literatur yang dibuat pada
peringkat awal. Draf soalan temubual dibuat terlebih dahulu dan ditunjukkan kepada
penyelia bagi tujuan perbincangan dan penyemakan sebelum digunakan untuk sesi
temubual bersama responden kelak. Setelah draf soalan disemak dan dibetulkan,
barulah borang temubual yang lengkap akan disediakan. Borang temubual
mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C.
Bahagian A: Bahagian ini mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang
responden. Antara maklumat yang diperlukan ialah jawatan responden, nama
organisasi dan nama projek yang pernah dikendalikan responden.
Bahagian B: Soalan dalam bahagian B lebih menjurus kepada risiko-risiko
yang dihadapi oleh sepanjang tempoh sesebuah projek pembinaan. Ia meliputi
kesemua aspek dalaman dan luaran samada dari sudut fizikal, ekonomi, politik,
persekitaran dan lain-lain lagi yang berkaitan. Soalan pada bahagian ini
menggunakan kaedah kuantitatif iaitu perolehan jawapan menggunakan soal selidik
48
Risiko-risiko yang wujud dalam projek berskala besar ini dinilai berdasarkan
dua faktor yang berbeza iaitu:
a) Tahap Risiko
Tahap risiko bermaksud apakah kategori sesuatu risiko itu apabila wujud
dalam projek berskala besar. Tahap risiko telah ditentukan iaitu paling
kritikal, sederhana kritikal dan tidak kritikal.
b) Kekerapan Berlaku
Kekerapan berlaku yang di maksudkan ialah adakah risiko itu sering berlaku,
sederhana berlaku atau tidak berlaku ketika dalam projek pembinaan.
Bahagian C: Soalan pada bahagian ini adalah merupakan bahagian paling
penting. Soalan yang disediakan memerlukan pemahaman yang mendalam berkenaan
dengan pengurusan risiko. Ini adalah langkah untuk mengetahui apakah kaedah yang
diaplikasikan oleh pengurus projek dalam menguruskan risiko projek.
Jadual 3.1 : Kaedah Perolehan Data
Objektif Cadangan Penyelidikan
1. Mengenal pasti risiko
yang wujud dalam projek
berskala besar
2. Mengenal pasti kaedah
menguruskan risiko
projek berskala besar
Temubual: Dijalankan bersama dengan Pengurus
Projek ataupun individu berpengalaman yang
pernah mengendalikan projek berskala besar
(kos pembinaan projek melebihi 100 juta).
15 orang responden di temubual untuk
mendapatkan maklumat berkenaan projek. Ini
dapat mengukuhkan lagi maklumat yang telah
diperolehi.
Soalan bahagian B adalah berbentuk skala dan
soalan bahagian C berbentuk temubual
berstruktur dimana ia berkait dengan pendapat
serta cadangan yang diberikan oleh responden.
49
3.5 Analisis Data
Analisis data adalah penukaran dari data mentah kepada maklumat yang
boleh dilihat dengan jelas. Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan untuk
menganalisis borang temubual ialah analisis Skala Likert yang menggunakan skor
min dan Teknik Pengkodan Data. Data-data yang diperolehi akan dipersembahkan
dalam bentuk jadual berserta huraian dalam bentuk penulisan supaya mudah
difahami. Data yang telah dianalisis akan membantu dalam membuat kesimpulan dan
cadangan.
3.5.1 Analisis Skala Likert
Kaedah ini digunakan untuk menganalisis soalan bahagian B yang berbentuk
skala. Terdapat tiga jenis skala yang dijadikan petunjuk bermula dari skala 1sehingga
5. Soalan yang mengukur tahap risiko dinilai dimana skala 1- tidak kritikal, 3-
sederhana kritikal dan 5- paling kritikal. Bagi soalan yang menilai kekerapan risiko
berlaku pula ialah skala 1- tidak berlaku, 3- sederhana berlaku dan 5- sering berlaku.
Data yang diperoleh dari soalan Bahagian B dianalisis menggunakan kaedah
min skor. Min skor boleh dikira menggunakan fomula yang ditunjukkan di bawah:
Nilai Min,
Dimana: = Nilai Min
i = Frekuensi X Skala
n = Jumlah Responden
= i
n
50
Contoh:
Jadual 3.3: Contoh untuk mendapatkani min skor bagi Risiko Dalaman (Tahap
Risiko) bagi Pihak Klien
Bil Frekuensi Jumlah
Skor
Jumlah
Responden
Min
Skor 1 2 3 4 5
1.1 Perubahan
rekabentuk oleh
pihak klien
0 0 4 6 6 66 16 4.13
Jadual di atas menunjukkan risiko perubahan rekabentuk dari pihak klien.
Empat orang responden memilih sederhana kritikal, empat orang memilih kritikal
dan enam orang memilih paling kritikal. Bagi frekuensi satu dan dua adalah 0. Nilai
min ialah:
Nilai min = (0 x 1) + (0 x 2) + (4 x 3) + (6 x 4) + (6 x 5)
16
= 66
16
= 4.13
Seterusnya, min perbezaan skor dikira seperti di bawah:
Julat Min Skor = Min Skor Tertinggi – Min Skor Terendah
3
= (5 – 1) / 3
= 1.33
51
Kemudian, julat min akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu tidak
kritikal, sederhana kritikal dan paling kritikal.
Jadual 3.2 : Julat Min bagi Frekuensi Skala
Tahap Risiko Julat Min
Tidak Kritikal 1.00 – 2.33
Sederhana Kritikal 2.34 – 3.66
Paling Kritikal 3.67 – 5.00
Berdasarkan kepada Jadual 3.4, nilai min bagi tahap risiko pihak klien untuk
perubahan rekabentuk berada dalam kategori paling kritikal. Ini bermaksud
responden telah mengkategorikan perubahan rekabentuk oleh klien adalah paling
kritikal semasa pembinaan.
3.5.2 Teknik Pengkodan
Bagi soalan Bahagian C pula, penyelidik menggunakan teknik pengkodan
terbuka untuk menganalisis data yang telah diperoleh. Sebelum itu, penyelidik akan
menerangkan secara ringkas mengenai teknik pengkodan ini. Teknik pengkodan
ialah memberi kod kepada idea-idea utama yang telah dijana daripada temubual.
Dayang dan Abdul Hafiz (2009) menjelaskan bahawa proses koding bermula sebaik
sahaja penyelidik mula memikirkan tentang set data yang telah dikumpul dan proses
ini akan berterusan sehingga pemyediaan laporan penyelidikan.
Dayang dan Abdul Hafiz (2009) menyatakan tidak ada lagi rujukan literatur
yang menunjukkan satu panduan standard yang digunakan dalam teknik pengkodan.
52
Teknik ini dibuat bagi memudahkan penyelidik untuk merujuk semula idea utama
dalam data dan menghubungkan kategori, sub tema dan tema. Dua bentuk sistem
pengkodan yang dihasilkan ialah pengkodan terhadap sumber dan pengkodan
terhadap pencarian jawapan kepada soalan kajian. Penyusunan data yang banyak
kepada pembentukan kategori, sub tema dan tema merupakan satu konsep
pengurangan. Proses ini sebagai satu usaha kecil pengecilan saiz lambakan data
secara beransur-ansur kepada unit yang lebih kecil berdasarkan persamaan. Data
yang diperoleh dibaca berulang kali untuk mendapatkan kefahaman lebih jelas.
Bagi menghasilkan pengkodan terbuka, penyelidik perlu mendalami dan
membaca data berulang kali dan menghasilkan kod-kod yang mudah, tepat dan
ringkas. Setiap petikan akan dilabel dengan kod-kod tertentu yang mencerminkan
makna. Kod itu sebenarnya adalah konsep yang kemudiannya dikelompokan kepada
kategori-kategori tertentu. Menurut Strauss dan Corbin (1998), salah satu cara untuk
membuat pengkodan terbuka ialah menganalisis ayat demi ayat.
Penyelidik akan memulakan analisis dengan kategori yang ditentukan
daripada peringkat awal (senarai tema) dan cuba mencari data yang berkaitan dengan
topik dan kategori yang telah ditetapkan. Tema-tema ini membantu menyediakan
hala tuju maklumat yang sebenarnya dicari dalam data.
3.6 Kesimpulan dan Cadangan
Kesimpulan dan cadangan adalah berdasarkan kepada hasil data yang telah
dianalisis yang telah dibincangkan pada peringkat akhir kajian ini. Ini merupakan
peringkat akhir penulisan segala maklumat yang telah diperolehi. Kesimpulan dan
cadangan membantu menyelesaikan masalah dan isu dalam kajian ini.
53
3.7 Rumusan Bab
Secara kesimpulannya, bab ini membincangkan bahagian yang penting
kerana ia menceritakan secara jelas dan terperinci setiap peringkat kajian yang
dilakukan penyelidik agar objektif kajian dapat dicapai dan memberi kefahaman
kepada orang lain. Bab seterusnya akan membincangkan semua keputusan yang telah
diperolehi.
Rajah 3.1 Carta Alir Metodologi Kajian
Kajian Literatur
Mengenalpasti Masalah
Pernyataan
Masalah
Objektif
Kajian
Kepentingan
Kajian
Skop
Kajian
Rekabentuk Kajian
(Kuantitaif & Kualitatif)
Analisis Data
Pengumpulan Data
Jenis-jenis risiko projek
pembinaan berskala besar
Langkah pengurusan risiko
yang dilakukan /diambil
Kesimpulan dan Cadangan
Instrument Kajian
Soal selidik
Temubual Berstruktur
Responden
Pengurus Projek atau
individu yang
berpengalaman
mengurus projek
berskala besar
5 buah projek berskala
besar yang dipilih
Keputusan
BAB 4
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, borang temubual akan dianalisis dan diterangkan secara
terperinci hasil daripada dapatan data yang telah dikumpulkan semasa proses
temubual dilakukan bersama responden. Kaedah temubual berstruktur digunakan
untuk mengajukan soalan secara terus berkaitan dengan objektif kajian.
4.2 Data Kajian
Seramai lima belas orang responden yang bekerja dalam industri pembinaan
serta berpengalaman telah berjaya ditemubual. Hasil kajian ini dapat terbahagi
kepada tiga iaitu:
Bahagian A : Latar belakang responden
Bahagian B : Risiko yang wujud dalam pembinaan projek berskala besar
Bahagian C: Kaedah untuk mengurus risiko dalam projek berskala besar.
55
4.3 Maklumat Responden
Jadual 4.1 dibawah menunjukkan senarai projek serta jawatan responden
setiap responden.
Jadual 4.1 : Senarai Projek dan Jawatan Responden
Kod
Responden Nama Projek Jawatan Responden
R1 Menaiktaraf seluruh jalan, Pejabat
Daerah Negeri Johor, Johor Bahru Pengurus Kanan Projek
R2
Projek Kuala Terengganu City Centre
(KTCC) - Muara Selatan,
Kuala Terengganu
Pengurus Kanan Projek
R3 Institut Aminuddin Baki, Nilai
Negeri Sembilan Pengarah Urusan
R4 Hospital Pengajar Universiti Putra
Malaysia, Serdang Selangor
Ketua Penolong Pengarah
Kanan
R5 Institut Kanser Negara, Putrajaya Pengurus Kanan Projek
R6 Menara Tiga PETRONAS,
Kuala Lumpur Pengurus Projek
R7
Lot 185, Mixed Development,
Kuala Lumpur
(dua buah menara pejabat dan hotel)
Pengurus Kanan Projek
R8 Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin@
Masjid Besi, Putrajaya Pengurus Projek
R9
Pembinaan 20 pangsapuri serta
bangunan dan infrastrukur di Sri
Rampai, Kuala Lumpur.
Pengurus Projek
R10 Parcel F, Putrajaya Pengurus Kanan Projek
R11 Suria KLCC,Kuala LumpuPr Ketua Jabatan (Fungsi dan
Komersial)
56
R12 Ibu Pejabat Bank Rakyat,
Kuala Lumpur Pengarah Urusan
R13 Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated
Expressway (SUKE), Selangor Pengurus Kanan Projek
R14 Pinewood Iskandar Malaysia Studio,
Johor Bahru Pengurus Kontrak
R15
Pembinaan Bangunan Kuliah Arkitek
bagi International Islamic Malaysia,
Kuala Lumpur
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian
4.3.1 Jawatan Responden
Jadual 4.2: Jawatan Responden
Jawatan Bilangan
Pengarah Urusan 2
Pengurus Projek 3
Pengurus Kanan Projek 1
Pengurus Kontrak 2
Ketua Penolong Pengarah Kanan 1
Ketua Penolong Pengarah Bahagian 1
Ketua Jabatan 1
Jumlah 16
Jadual 4.2 menunjukkan jawatan responden di dalam firma dimana dua orang
responden merupakan pengarah urusan firma, tiga orang adalah pengurus projek dan
enam orang adalah pengurus kanan projek. Manakala tiga lagi responden masing-
masing menjawat jawatan sebagai pengurus kontrak, ketua penolong pengarah dan
juga ketua jabatan.
57
4.4 Risiko Dalam Pembinaan Projek Berskala Besar
Dalam bahagian ini, risiko yang wujud dalam pembinaan projek berskala
besar akan dinilai mengikut dua faktor yang berbeza iaitu mengikut tahap risiko itu
wujud dan kekerapan risiko wujud dalam sesebuah projek pembinaan berskala besar.
4.4.1 Risiko Berdasarkan Tahap Risiko (Risiko Dalaman)
Jadual 4.3 : Risiko daripada Klien
Kedudukan Daripada Klien Min
Skor
Tahap
Risiko
1
Perubahan rekabentuk oleh klien
Perubahan atas permintaan klien semasa
fasa pembinaan
4.13 Paling
Kritikal
2
Kesukaran mendapatkan kelulusan bagi
dokumen penting
Sebagai contoh, kelulusan perlantikan dan
penjadualan kerja kritikal.
3.50 Sederhana
Kritikal
3
Komunikasi lemah antara klien dan
kontraktor
Sebagai contoh, percanggahan pendapat
serta pertikaian arahan antara klien dan
kontraktor.
3.31 Sederhana
Kritikal
4 Kelewatan bayaran kemajuan kepada
kontraktor 3.19
Sederhana
Kritikal
5 Bankrap 3.13 Sederhana
Kritikal
58
Jadual 4.4 : Risiko daripada Pasukan Rekabentuk
Kedudukan Daripada Pasukan Rekabentuk Min
Skor
Tahap
Risiko
1 Perubahan rekabentuk pada fasa pembinaan 3.88 Paling
Kritikal
2
Anggaran kos tidak tepat
Kurang pengetahuan, perubahan harga
bahan yang tidak menentu
3.63 Sederhana
Krtikal
3
Penjadualan program kerja tidak efektif
Jadual program kerja yang tidak
terancang
3.63 Sederhana
Kritikal
4
Maklumat tidak mencukupi
Sebagai contoh, laporan ujian tanah dan
penyiasatan tapak tidak lengkap
3.38 Sederhana
Kritikal
Jadual 4.5 : Risiko daripada Kontraktor
Kedudukan Daripada Kontraktor Min
Skor
Tahap
Risiko
1
Program pembinaan tidak selari dengan
perancangan
Jadual kerja yang disediakan tidak selari
dengan kemajuan kerja yang dibuat
3.88 Paling
kritikal
2 Pengurusan tapak yang lemah 3.81 Paling
kritikal
3 Masalah aliran tunai yang dihadapi oleh
kontraktor bagi meneruskan kerja pembinaan 3.75
Paling
kritikal
4
Pengetahuan teknikal dan kualiti kerja
Sebagai contoh, kurangnya pengetahuan
terhadap peralatan berteknologi tinggi
serta mutu kerja yang rendah.
3.63 Sederhana
kritikal
5 Kekurangan staf berkelayakan dalam
pengurusan projek 3.56
Sederhana
kritikal
59
Jadual 4.6 : Risiko daripada Subkontraktor
Kedudukan Daripada Subkontraktor Min
Skor
Tahap
Risiko
1 Kelewatan dalam penyiapan kerja 4.25 Paling
Kritikal
2 Koordinasi kerja yang lemah antara
subkontraktor dengan kontraktor utama 3.94
Paling
Kritikal
3 Pengamalan cara kerja tidak selamat 3.94 Paling
kritikal
4 Kualiti kerja yang rendah
Kurang memuaskan, tidak kemas 3.69
Paling
Kritikal
Jadual 4.7 : Risiko daripada Pembekal
Kedudukan Daripada Pembekal Min
Skor
Tahap
Risiko
1 Bahan binaan yang dibekalkan tidak
berkualiti 3.81
Paling
kritikal
2 Kelewatan penghantaran bahan binaan ke
tapak bina 3.56
Sederhana
Kritikal
Jadual 4.3 menunjukkan risiko daripada pihak klien berdasarkan tahap risiko
dalam sesebuah projek pembinaan. Perubahan rekabentuk yang dilakukan oleh klien
pada semasa pembinaan menunjukkan risiko ini adalah risiko paling kritikal dengan
min skor tertinggi iaitu 4.13.
Jadual 4.4 pula menunjukkan risiko yang wujud berpunca daripada pasukan
rekabentuk. Perubahan rekabentuk yang dilakukan pada fasa pembinaan telah
mencatatkan min skor dalam kategori paling kritikal iaitu 3.88.
60
Risiko daripada pihak kontraktor telah ditunjukkan dalam Jadual 4.5 dimana
min skor yang tertinggi iaitu 3.88 adalah berkaitan dengan ‘program pembinaan tidak
selari dengan perancangan’ yang dihadapi oleh kontraktor serta ‘pengurusan tapak
yang lemah’. Risiko-risiko ini dikategorikan pada tahap paling kritikal.
Jadual 4.6 menunjukkan risiko daripada pihak subkontraktor. Risiko yang
mencatatkan min skor tertinggi ialah kelewatan dalam menyiapkan kerja oleh pihak
subkontraktor. Tahap risiko ini adalah tahap paling kritikal dengan 4.25 min skor.
Jadual 4.7 menunjukkan risiko daripada pembekal bahan binaan. Hanya
terdapat dua risiko yang telah dikenal pasti melibatkan pembekal bahan binaan iaitu
bahan binaan yang dibekalkan tidak berkualiti serta kelewatan penghantaran bahan
binaan ke tapak bina. Min skor tertinggi adalah berkaitan dengan bahan binaan tidak
berkualiti dengan min skor 3.8.
4.4.2 Risiko Berdasarkan Tahap Risiko (Risiko Luaran)
Jadual 4.8 : Risiko Dari Aspek Fizikal
Kedudukan Dari Aspek Fizikal Min
Skor
Tahap
Risiko
1 Bekalan buruh tidak mencukupi 3.75 Paling
Kritikal
2
Peralatan dan jentera yang digunakan
Kesukaran mendapatkan jentera dan
kerosakan jentera berteknologi tinggi
3.44 Sederhana
Kritikal
3
Kekurangan bahan binaan
Kesukaran mendapat bekalan bahan
binaan
3.38 Sederhana
Kritikal
4
Keadaan cuaca tidak menentu
Hujan lebat, banjir kilat dan angin
kencang
3.25 Sederhana
Kritikal
61
5
Keadaan tanah
Keadaan tanah yang tidak dapat dijangka
dari penyiasatan awal
3.06 Sederhana
Kritikal
6
Kejadian bencana alam
Force Majeure seperti gempa bumi, tanah
runtuh dan sebagainya
3.06 Sederhana
Kritikal
7
Kemalangan dan kecederaan
Berlaku kepada pekerja, buruh binaan
atau orang awam; akibat tidak
mempraktikkan langkah keselamatan
3.00 Sederhana
Kritikal
Jadual 4.9 : Risiko dari Aspek Ekonomi
Kedudukan Dari Aspek Ekonomi Min
Skor
Tahap
Risiko
1 Kemelesetan ekonomi 3.44 Sederhana
Kritikal
2 Upah buruh profesional yang tinggi 3.19 Sederhana
Kritikal
3 Inflasi dalam pasaran 2.88 Sederhana
Kritikal
4 Turun naik harga bahan binaan 2.88 Sederhana
Kritikal
5 Cukai/duti import yang dikenakan dalam
projek tinggi 2.69
Sederhana
Kritikal
Jadual 4.10 : Risiko dari Aspek Undang-undang/Politik
Kedudukan Dari Aspek Undang-undang/Politik Min
Skor
Tahap
Risiko
1 Kegagalan dalam pematuhan kontrak 3.75 Paling
Kritikal
2
Penguatkuasaan undang-undang
Prosedur yang lama untuk mendapat
kelulusan berkaitan permit/lesen untuk
buruh asing
3.56 Sederhana
kritikal
3 Kesukaran untuk mendapatkan pekerja
tempatan 3.31
Sederhana
Kritikal
4 Mogok oleh pekerja di tapak bina 2.75
Sederhana
Kritikal
62
Jadual 4.11 : Risiko daripada Aspek Persekitaran
Kedudukan Dari Aspek Persekitaran Min
Skor
Tahap
Risiko
1
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran air, pencemaranudara
dan pencemaran bunyi
2.88 Sederhana
Kritikal
3 Rawatan sisa pembinaan 2.63 Sederhana
Kritikal
2 Kerosakan ekologi 2.56 Sederhana
Kritikal
Jadual 4.8 menunjukkan risiko daripada aspek fizikal berdasarkan tahap
risiko dalam sesebuah projek pembinaan. Risiko yang mencatatkan min skor paling
kritikal ialah bekalan buruh tidak mencukupi dengan min skor 3.75.
Daripada aspek ekonomi yang ditunjukkan dalam Jadual 4.9, didapati risiko
yang berkaitan dengan kemelesetan ekonomi telah menduduki min skor tertinggi.
Namun begitu, risiko ini telah dikategorikan sebagai risiko yang sederhana kritikal
dengan min skor 3.44.
Risiko dalam Jadual 4.10 menunjukkan tahap risiko yang wujud dari aspek
undang-undang dan politik. Bagi aspek ini, di dapati kegagalan dalam pematuhan
kontrak adalah paling kritikal dengan mencatatkan min skor tertinggi iaitu 3.75.
Jadual 4.11 menunjukkan risiko dari aspek persekitaran. Pencemaran alam
sekitar termasuk pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran bunyi
mencatatkan tahap risiko yang berkeadaan sederhana kritikal dengan min skor 2.88.
63
4.4.3 Risiko berdasarkan Kekerapan Risiko (Risiko Dalaman)
Jadual 4.12 : Risiko daripada Klien
Kedudukan Daripada Klien Min
Skor
Kekerapan
Berlaku
1
Perubahan rekabentuk oleh klien
Perubahan atas permintaan klien semasa
fasa pembinaan
3.50 Sederhana
2
Kesukaran mendapatkan kelulusan bagi
dokumen penting.
Sebagai contoh, kelulusan perlantikan
dan penjadualan kerja kritikal.
3.13 Sederhana
3
Komunikasi lemah antara klien dan
kontraktor
Sebagai contoh, percanggahan pendapat
serta pertikaian arahan antara klien dan
kontraktor.
3.00 Sederhana
4 Kelewatan bayaran kemajuan kepada
kontraktor 2.31
Jarang
Berlaku
5 Bankrap 1.13 Jarang
Berlaku
Jadual 4.13 : Risiko daripada Pasukan Rekabentuk
Kedudukan Daripada Pasukan Rekabentuk Min
Skor
Kekerapan
Berlaku
1 Perubahan rekabentuk pada fasa
pembinaan 3.19 Sederhana
2
Anggaran kos tidak tepat
Kurang pengetahuan, perubahan
harga bahan yang tidak menentu
2.94
Sederhana
3
Maklumat tidak mencukupi
Sebagai contoh, laporan ujian tanah
dan penyiasatan tapak tidak lengkap.
2.75 Sederhana
4
Penjadualan program kerja tidak efektif
Jadual program kerja yang tidak
terancang
2.63 Sederhana
64
Jadual 4.14 : Risiko daripada Kontraktor
Kedudukan Daripada Pasukan Kontraktor Min
Skor
Kekerapan
Berlaku
1
Program pembinaan tidak selari dengan
perancangan
Jadual kerja disediakan tidak selari
dengan kemajuan kerja yang dibuat
3.63 Sederhana
2 Pengurusan tapak yang lemah 3.50 Sederhana
3 Kekurangan staf berkelayakan dalam
pengurusan projek 3.06 Sederhana
4
Masalah aliran tunai yang dihadapi
kontraktor bagi meneruskan kerja
pembinaan
3.06 Sederhana
5
Pengetahuan teknikal dan kualiti kerja
Sebagai contoh, kurangnya
pengetahuan terhadap peralatan
berteknologi tinggi serta mutu kerja
yang rendah.
2.94 Sederhana
Jadual 4.15 : Risiko daripada Subkontraktor
Kedudukan Daripada Pasukan Subkontraktor Min
Skor
Kekerapan
Berlaku
1 Pengamalan cara kerja tidak selamat 3.38 Sederhana
2 Koordinasi kerja yang lemah antara
subkontraktor dengan kontraktor utama 3.31 Sederhana
3 Kualiti kerja yang rendah
Kurang memuaskan, tidak kemas 3.25 Sederhana
4 Kelewatan dalam penyiapan kerja 3.13 Sederhana
Jadual 4.16 : Risiko daripada Pembekal
Kedudukan Daripada Pasukan Pembekal Min
Skor
Kekerapan
Berlaku
1 Kelewatan penghantaran bahan binaan ke
tapak bina 2.88 Sederhana
2 Bahan binaan yang dibekalkan tidak
berkualiti 2.69 Sederhana
65
Jadual 4.12 menunjukkan risiko dalaman yang dinilai daripada faktor
kekerapan risiko yang wujud dalam projek pembinaan berskala besar. Bagi risiko
yang wujud di pihak klien, perubahan rekabentuk atas permintaan semasa pembinaan
telah menduduki kedudukan pertama dengan min skor 3.50. kekerapan bagi risiko ini
berlaku dikategorikan sebagai sederhana sahaja.
Daripada Jadual 4.13, risiko berkaitan dengan perubahan rekabentuk semasa
pembinaan telah mencatatkan risiko yang sederhana wujud dalam projek pembinaan
berskala besar. Risiko ini menunjukkan min skor 3.19.
Jadual 4.14 menunjukkan kekerapan risiko wujud daripada pihak kontraktor.
Bagi pihak kontraktor, program pembinaan tidak selari dengan perancangan
mendapat min skor yang tinggi berbanding risiko-risiko lain dengan min skor
sederhana iaitu 3.63.
Jadual 4.15 adalah kekerapan risiko berlaku oleh pihak subkontraktor.
Pengamalan kerja yang tidak selamat telah dipilih oleh pihak responden sebagai
risiko berkategori sederhana. Min skor bagi risiko ini ialah 3.38.
Jadual 4.16 menunjukkan keputusan kekerapan risiko berlaku daripada pihak
pembekal. Risiko berkaitan kelewatan penghantaran bahan binaan ke tapak adalah
risiko berkategori sederhana dengan min skor 2.88.
66
4.4.4 Risiko Berdasarkan Kekerapan Risiko (Risiko Luaran)
Jadual 4.17 : Risiko dari Aspek Fizikal
Kedudukan Dari Aspek Fizikal Min
Skor
Kekerapan
Berlaku
1 Bekalan buruh tidak mencukupi 3.25 Sederhana
2
Peralatan dan jentera yang digunakan
Kesukaran mendapatkan jentera dan
kerosakan jentera berteknologi tinggi
2.38 Sederhana
3
Keadaan tanah
Keadaan tanah yang tidak dapat
dijangka dari penyiasatan awal
2.19 Jarang
Berlaku
4
Kekurangan bahan binaan
Kesukaran mendapat bekalan bahan
binaan
2.19 Jarang
Berlaku
5
Keadaan cuaca tidak menentu
Hujan lebat, banjir kilat dan angin
kencang
2.13 Jarang
Berlaku
6
Kemalangan dan kecederaan
Berlaku kepada pekerja, buruh binaan
atau orang awam;akibat tidak
mempraktik langkah keselamatan
2.00 Jarang
Berlaku
7
Kejadian bencana alam
Force Majeure seperti gempa bumi,
tanah runtuh dan sebagainya
1.25 Jarang
Berlaku
Jadual 4.18 : Risiko dari Aspek Ekonomi
Kedudukan Dari Aspek Ekonomi Min
Skor
Kekerapan
Berlaku
1 Turun naik harga bahan binaan 2.94 Sederhana
2 Inflasi dalam pasaran 2.63 Sederhana
3 Upah buruh profesional yang tinggi 2.50 Sederhana
4 Kemelesetan ekonomi 2.31 Jarang
Berlaku
5 Cukai/duti import yang dikenakan dalam
projek tinggi 2.06
Jarang
Berlaku
67
Jadual 4.19 : Risiko dari Aspek Undang-undang/Politik
Kedudukan Dari Aspek Undang-undang/Politik Min
Skor
Kekerapan
Berlaku
1 Kesukaran untuk mendapatkan pekerja
tempatan 2.81 Sederhana
2 Kegagalan dalam pematuhan kontrak 2.75 Sederhana
3
Penguatkuasaan undang-undang
Prosedur yang lama untuk mendapat
kelulusan berkaitan permit/ lesen untuk
buruh asing
2.38 Sederhana
4 Mogok oleh pekerja di tapak bina 1.56 Jarang
Berlaku
Jadual 4.20 : Risiko dari Aspek Persekitaran
Kedudukan Dari Aspek Persekitaran Min
Skor
Kekerapan
Berlaku
1
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran air, pencemaran udara dan
pencemaran bunyi
2.06 Jarang
Berlaku
2 Kerosakan ekologi 1.88 Jarang
Berlaku
3 Rawatan sisa pembinaan 1.81 Jarang
Berlaku
Jadual 4.17 sehingga 4.20 menunjukkan kekerapan berlakunya sesuatu risiko
luaran. Jadual 4.17 menunjukkan risiko daripada aspek fizikal. Bagi risiko ini,
bekalan buruh telah dipilih sebagai risiko yang sederhana dalam aspek ini. Min skor
bagi risiko ini ialah 3.25.
Jadual 4.18 pula adalah kekerapan berlaku daripada aspek ekonomi. Turun
naik harga bahan binaan menduduki tempat pertama tetapi masih di dalam kategori
risiko yang sederhana wujud dalam projek pembinaan berskala besar dengan min
skor 2.94.
68
Risiko dari aspek undang- undang dan politik berdasarkan kekerapan berlaku
ditunjukkan dalam Jadual 4.19. Kesukaran mendapatkan pekerja menduduki min
paling tinggi berbanding risiko yang lain dengan skor 2.81. namun begitu, risiko ini
dikategorikan dengan kekerapan sederhana.
Jadual 4.20 pula menunjukkan pencemaran alam sekitar mendapat min skor
2.06 yang dikategorikan sebagai jarang berlaku dalam pembinaan projek berskala
besar. Ketiga-tiga risiko dari aspek ini telah di kelaskan sebagai risiko yang jarang
berlaku.
4.4.5 Kesimpulan Berdasarkan Tahap Risiko Dan Kekerapan Berlaku
Beberapa rumusan boleh dibuat berdasarkan keputusan yang telah
diterangkan diatas. Pengurus Projek bersetuju bahawa risiko berkaitan perubahan
rekabentuk adalah paling kritikal daripada pihak klien dan pasukan rekabentuk.
Menurut Pengurus Projek terdapat tiga risiko yang berada pada tahap kritikal
daripada kontraktor. Risiko tersebut adalah berkenaan dengan program pembinaan
yang tidak selari dengan perancangan, pengurusan tapak yang lemah serta masalah
aliran tunai untuk meneruskan kerja pembinaan. Manakala, pihak subkontraktor pula
memilih tahap risiko kritikal adalah berpunca dari kelewatan penyiapan kerja,
koordinasi lemah dengan kontraktor serta pengamalan cara kerja tidak selamat.
Pengurus projek menyatakan bahawa bahan binaan tidak berkualiti yang dibekalkan
oleh pembekal adalah merupakan risiko yang paling kritikal.
Seterusnya, risiko yangg paling kritikal dari sudut fizikal pula adaalah
berkaitan dengan kekurangan tenaga buruh. Pengurus Projek telah menyatakan
kesemua risiko dari aspek ekonomi berada dalam kedudukan sederhana kritikal. Bagi
risiko berkaitan aspek undang-undang/politik, kegagalan dalam pematuhan kontrak
69
merupakan risiko paling kritikal. Pengurus Projek telah berpendapat bahawa risiko
yang wujud dari aspek persekitaran berada pada tahap sederhana kritikal.
Bagi risiko yang dinilai berdasarkan kekerapan berlaku, Pengurus Projek
mendapati bahawa tiga risiko berpunca dari klien adalah dalam peringkat sederhana.
Risiko itu ialah perubahan rekabentuk, kesukaran mendapatkan kelulusan dokumen
penting dan kelemahan komunikasi antara klien dan kontraktor. Melalui kajian ini
juga, penyelidik mendapati bahawa Pengurus Projek telah mengelaskan setiap risiko
dari pasukan rekabentuk adalah didalam kategori sederhana berlaku. Bagi risiko
dalaman daripada kontraktor, subkontraktor dan pembekal, kesemua risiko yang
disenaraikan berada pada kekerapan yang sederhana.
Kajian mendapati dua risiko aspek fizikal yang mempunyai kekerapan
sederhana ialah kekurangan buruh dalam pembinaan serta kesukaran mendapatkan
peralatan dan jentera yang berteknologi tinggi. Risiko lain dari aspek ini dikelaskan
sebagai jarang berlaku. Seterusnya, berkaitan dengan risiko dari aspek ekonomi. Tiga
risiko yang mempunyai kekerapan berlaku yang sederhana adalah turun naik harga
bahan binaan, inflasi dan upah buruh mahir yang tinggi. Dari aspek undang-
undang/politik, Pengurus Projek berpendapat kesukaran mendapatkan pekerja
tempatan, kegagalan pematuhan kontrak dan undang-undang adalah risiko
berkeadaan sederhana. Seterusnya, keputusan dari aspek persekitaran menunjukkan
risiko dari kategori ini amat jarang terjadi.
70
4.5 Kaedah Menguruskan Risiko Pembinaan Projek Berskala Besar
Setelah mengenal pasti jenis-jenis risiko yang wujud dalam projek berskala
besar, bahagian ini pula menerangkan berkenaan tindakan yang dilakukan oleh pihak
risiko untuk mengatasi risiko-risiko yang wujud. Kaedah menguruskan risiko ini
akan diterangkan mengikut setiap jenis risiko yang wujud.
4.5.1 Kaedah Menguruskan Risiko Klien
Jadual 4.21 : Kaedah Menguruskan Risiko Klien
No Jenis Risiko Kaedah Menguruskan Risiko Jumlah Peratus
(%)
1
Perubahan
rekabentuk
fasa
pembinaan
Penahanan Risiko
i. A1) Menetapkan rekabentuk semasa
peringkat pra-kontrak
7/15
46.67
ii. A2) Penyediaan kontrak perlulah
meliputi isu berkaitan perubahan 4/15 26.67
A3) Mengeluarkan notis perubahan
dengan segera kepada pasukan
rekabentuk lain.
2/15 13.33
Pengelakan Risiko
i. B1) Menyediakan senarai semak ketika
peringkat perancangan rekabentuk.
5/15 33.33
ii. B2) Terlibat dalam peringkat rekabentuk
daripada dari awal sehingga rekabentuk
siap.
3/15 20
2
Kesukaran
mendapatkan
kelulusan
bagi
dokumen
penting
Penahanan Risiko
iii. A1) Memastikan setiap arahan untuk
mendapat kelulusan dijelaskan secara
bertulis.
4/15 26.67
Pengelakan Risiko
i. B1) Menyediakan senarai semak
dokumen-dokumen yang perlu untuk
kelulusan.
12/15 80
71
B2) Pasukan projek bertindak memantau
setiap proses untuk mendapat kelulusan. 2/15 13.33
3
Kelewatan
bayaran
kemajuan
kepada
kontraktor
Penahanan Risiko
A1) Semasa penyediaan kontrak, segala
perihal berkaitan isu ini perlulah
dimasukkan sebagai langkah
perlindungan.
8/15 53.33
A2) Membahagikan sumber kewangan
yang mencukupi untuk membuat
bayaran kerja.
2/15 13.33
Pengelakan Risiko
iv. B1) Sentiasa mengikut jadual dan aliran
proses bayaran.
8/15 53.33
4
Komunikasi
lemah antara
klien dan
kontraktor
Pengelakan Risiko
ii. A1) Menerangkan dengan jelas ketika
penyediaan ‘Condition of Contract’.
6/15 40
A2) Sentiasa berkongsi pendapat dan
bertolak ansur dalam membuat
keputusan.
2/15 13.33
A3) Mengadakan perjumpaan yang
kerap antara klien, kontraktor dan
konsultan untuk berbincang mengenai
masalah berkaitan projek.
5/15 33.33
A4) Pengurus Projek bertindak sebagai
perantara sekiranya wujud pertikaian. 2/15 13.33
5 Bankrap
Penahanan Risiko
A1) Klien perlu menyediakan
perancangan awal sebagai langkah
persediaan untuk menghadapi masalah
kewangan dengan segera.
5/15 33.33
A2) Menerangkan dengan jelas
berkaitan bankrap semasa penyediaan
kontrak perjanjian
2/15 13.33
A3)Melakukan saringan ketika
peringkat tender 1/15 6.70
72
Jadual 4.21 menunjukkan kaedah menguruskan risiko pihak klien yang telah
dicadangkan oleh responden. Seramai 7 responden dengan 46.67% berpendapat
kaedah penahanan risiko untuk menguruskan perubahan rekabentuk dalam fasa
pembinaan adalah dengan menetapkan rekabentuk semasa peringkat pra-kontrak lagi.
Selain itu, seramai 5 responden (33.33%) telah mencadangkan penggunaan senarai
semak ketika peringkat perancangan rekabentuk untuk mengelakkan risiko
perubahan rekabrntuk semasa pembinaan.
Bagi menguruskan risiko berkaitan kesukaran mendapatkan kelulusan
dokumen penting, seramai 12 orang responden (80%) berpendapat agar setiap
dokumen yang memerlukan kelulusan mempunyai senarai semak. Bagi mengatasi
risiko berkaitan dengan kelewatan bayaran kemajuan kepada kontraktor pula,
seramai 8 responden (53.33%) mencadangkan agar klausa berkaitan isu ini
dimasukkan ketika penyediaan dokumen kontrak. Ini bertujuan untuk menjadikan
kontrak sebagai langkah perlindungan kepada masalah ini. 8 orang responden
(53.33%) telah mencadangkan agar pihak klien mematuhi jadual pembayaran yang
telah ditetapkan.
Bagi menguruskan risiko berkaitan komunikasi lemah antara klien dan
kontraktor pula, seramai 6 responden (40%) mencadangkan kaedah penahanan risiko.
Kaedah penahanan risiko yang dicadangkan ialah penetapan klausa di dalam kontrak
perjanjian ketika penyediaan dokumen kontrak.
Bagi risiko bankrap pula, 5 responden (33.33%) menggalakkan pengurusan
penahanan risiko dengan membuat perancangan awal sebagai persediaan untuk
menghadapi masalah kewangan.
73
4.5.2 Kaedah Menguruskan Pasukan Rekabentuk
Jadual 4.22 : Kaedah Menguruskan Risiko Pasukan Rekabentuk
No Jenis Risiko Kaedah Menguruskan Risiko Jumlah Peratus
(%)
1
Perubahan
rekabentuk
oleh pasukan
rekabentuk
Penahanan Risiko
iii. A1) Mengeluarkan arahan perubahan
rekabentuk seawal mungkin untuk
justifikasi kos dan masa.
5/15 33.33
Pengurangan Risiko
B1) Memberi lebihan masa untuk
menyediakan rekabentuk yang lengkap
dan terbaik.
6/15 40
B2) Pastikan terlibat dalam peringkat
merekabentuk daripada awal untuk
kurangkan perubahan ketika fasa
pembinaan.
3/15 20
Pengelakan Risiko
v. C1) Memahami dan memuktamadkan
rekabentuk mengikut kehendak klien dan
kesesuaian rekabentuk.
vi.
2/15 13.33
2
Anggaran
kos tidak
tepat
Pengurangan Risiko
vii. A1) Sentiasa mengemaskini data kos. 3/15 20
iii. A2) Membuat kajian atau merujuk
kepada projek lepas yang mempunyai
kos lebih kurang sama.
2/15 13.33
A3) Membuat salinan bagi setiap
anggaran yang dah dibuat. 1/15 6.70
Pengelakan Risiko
B1) Pastikan kadar yang telah ditetapkan
mengambilkira faktor inflasi, perubahan
harga semasa dan akan datang.
5/15 33.33
B2) Membuat semakan ke atas anggaran
kos sebelum mendapat kelulusan. 4/15 26.67
3
Maklumat
tidak
mencukupi
Penahanan Risiko
A1) Memberi masa dan menyediakan
peruntukan yang mencukupi untuk
mengumpul maklumat sepenuhnya.
6/15 40
74
Jadual 4.22 menunjukkan kaedah menguruskan risiko bagi pasukan
rekabentuk. Bagi risiko perubahan rekabentuk, 6 responden (40%) berpendapat
langkah yang sering diambil oleh pasukan rekabentuk ialah meminta pihak klien
memberi tambahan masa semasa penyediaan rekabentuk. Ini bertujuan untuk
memastikan rekabentuk yang dihasilkan lengkap dan terbaik. Selain itu, seramai 5
responden (33.33%) mencadangkan agar arahan berkenaan perubahan dikeluarkan
secepat mungkin bagi menentukan kos dan masa yang diperlukan.
Bagi risiko berkaitan ketidaktepatan anggaran kos, 5 responden (33.33%)
mencadangkan agar, pihak yang terlibat dalam menyediakan anggaran untuk
mengambil kira faktor inflasi serta perubahan harga semasa atau akan datang ketika
membuat anggaran.
A2) Memohon ‘Request for Information’
(RFI)’ kepada pihak berwajib. 3/15 20
Pengelakan Risiko
B1) Sediakan senarai semak yang wajar
dari peringkat permulaan projek.
8/15 53.33
Pengurangan Risiko
C1) Segala butiran terperinci, maklumat
tertentu, penjelasan, keputusan dan
sebagainya mestilah diberikan dengan
segera.
1/15 6.70
4
Penjadualan
program
kerja tidak
efektif/
terancang
Penahanan Risiko
A1) Penjadualan semula perlu dilakukan
untuk memastikan kerja yang dijalankan
berjalan lancar.
8/15 53.33
A2) Menyediakan dana tambahan untuk
menanggung segala kelewatan serta
penangguhan kerja.
3/15 20
Pengurangan Risiko
B1) Melantik perancang/staf yang mahir
dalam menyediakan jadual kemajuan
kerja.
3/15 20
B2) Merujuk kepada projek yang lepas. 2/15 13.33
75
Bagi mengatasi risiko berkaitan dengan maklumat yang tidak mencukupi, 8
orang responden (53.33%) mengambil langkah dengan menyediakan senarai semak
untuk setiap maklumat yang diperlukan. Bagi risiko penjadualan program kerja tidak
terancang, 8 responden (53.33%) memilih kaedah penahanan risiko iaitu penjadualan
semula dilakukan untuk memastikan kerja yang dijalankan berjalan lancar.
4.5.3 Kaedah Menguruskan Risiko Kontraktor
Jadual 4.23 : Kaedah Menguruskan Risiko Kontraktor
No Jenis Risiko Kaedah Menguruskan Risiko Jumlah Peratus
(%)
1
Program
pembinaan
tidak selari
dengan
perancangan
iv. Penahanan risiko
A1) Penjadualan semula dari segi jumlah
tenaga kerja serta jentera yang ingin
digunakan sebelum melaksanakan
sesuatu pembinaan.
8/15 53.33
A2) Melantik kontraktor yang
berpengalaman dalam melaksanakan
kerja seperti tertakluk dalam kontrak.
3/15 20
Pengurangan Risiko
B1) Memantau serta mengawal program
pembinaan menggunakan kaedah seperti
‘Critical Path Method’- (Kaedah Laluan
Kritikal) terutama kerja-kerja yang
kritikal.
5/15 33.33
B2) Membandingkan jadual kerja dengan
projek terdahulu berdasarkan saiz projek
dan aktiviti pembinaan yang dilakukan
4/15 26.67
viii. B3) Melantik orang luar yang kompeten
untuk memantau dan merancang jadual
kerja.
3/15 20
76
2
Pengurusan
tapak yang
lemah
Pengurangan Risiko
A1) Menambah kakitangan yang
berpengalaman dan layak dalam struktur
pentadbiran.
12/15 80
iv. A2) Memberi latihan dan kursus
pengurusan dengan melakukan pemilihan
serta menetapkan syarat-syarat untuk staf
meningkatkan keyakinan diri.
6/15 40
v. A3) Memastikan kontraktor menjalankan
kerja dan diselia oleh Pengurus Projek. 4/15 26.67
vi. A4) Memberi insentif/bonus kepada
pekerja sebagai motivasi 2/15 13.33
3
Kurang
pengetahuan
teknikal dan
kualiti kerja
yang rendah
Pengurangan Risiko
A1) Menambah bilangan pekerja yang
berpengalaman untuk mengendalikan
peralatan.
7/15 46.67
A2) Mengadakan latihan dan praktikal
kepada pekerja untuk meningkatkan
kemahiran.
4/15 26.67
A3) Melantik pihak kompeten/
‘specialist’ untuk mengambil alih tugas
mengendalikan jentera dan peralatan.
4/15 26.67
Pengelakan Risiko
B1) Menyediakan jadual berkala untuk
memantau dan mengawal operasi kerja
yang diselia oleh pakar.
5/15 33.33
4
Kekurangan
staf
berkelayakan
dalam
pengurusan
projek
Penahanan Risiko
A1) Menyediakan kontrak perjanjian
yang berkaitan dengan pekerja dan
organisasi.
4/15 26.67
Pengurangan Risiko
B1) Mengambil pekerja tempatan yang
mempunyai pengalaman di dalam
pengurusan.
7/15 46.67
B2) Mengambil pekerja dari negara luar
yang mempunyai kemahiran profesional. 2/15 13.33
B3) Menyediakan latihan kepada pekerja. 1/15 6.70
Pengelakan Risiko
C1) Sediakan senarai semak bagi
mengambil tenaga kerja untuk
pengurusan projek.
1/15 6.70
77
Jadual 4.23 menunjukkan kaedah menguruskan risiko pihak kontraktor.
Seramai 8 responden (46.67%) memilih kaedah penahanan risiko iaitu penjadualan
semula dari segi jumlah tenaga kerja serta jentera yang ingin digunakan sebelum
melaksanakan sesuatu pembinaan. Bagi kategori pengurangan risiko, seramai 5
responden (33.33%) mencadangkan pemantauan serta pengawalan program
pembinaan menggunakan kaedah seperti Critical Path Method’terutama bagi kerja-
kerja kritikal sebagai langkah untuk mengurangkan ketidakselarian program
pembinaan dengan perancangan.
Bagi menguruskan risiko berkaitan pengurusan tapak yang lemah, seramai 12
orang responden (80%) menyatakan langkah yang sesuai untuk menguruskan risiko
ini ialah menambah kakitangan berpengalaman dan berkelayakan dalam struktur
pentadbiran.
5
Masalah
aliran tunai
yang
dihadapi oleh
kontraktor
Penahanan Risiko
A1) Membuat bayaran kepada kontraktor
dengan segera dan menepati kehendak
kontrak.
6/15 40
A2) Menyediakan bantuan dana dari luar
untuk menampung perbelanjaan
kontraktor
4/15 26.67
Pengurangan Risiko
B1) Melantik kontraktor yang
mempunyai sumber kewangan yang
stabil untuk mengelakkan masalah
kewangan ketika pembinaan.
3/15 20
B2) Meningkatkan produktiviti kerja agar
dapat menuntut bayaran lebih. 2/15 13.33
Pemindahan Risiko
C1) Melaksanakan kerja secara sub –
melantik subkontraktor yang lain untuk
melakukan kerja.
4/15 26.67
Pengelakan Risiko
D1) Memantau aliran tunai (cash flow)
projek dengan kerap bagi untuk
mengetahui pengaliran tunai projek.
3/15 20
78
Seterusnya risiko berkaitan ‘kurang pengetahuan teknikal dan kualiti kerja
yang rendah’ dapat diatasi dengan menambah bilangan pekerja yang berpengalaman
untuk mengendalikan jentera. Seramai 7 responden (46.67%) telah menggunakan
pendekatan ini untuk mengatasi risiko. Kaedah pengelakan risiko boleh dilaksanakan
dengan mengaplikasikan penggunaan jadual berkala untuk memantau dan mengawal
operasi kerja. Seramai 5 responden (33.33%) bersetuju dengan kaedah ini.
Seterusnya, langkah untuk mengatasi risiko masalah aliran tunai yang
dihadapi kontraktor adalah membuat pembayaran kepada kontraktor dengan segera
menepati terma-terma kontrak yang telah ditetapkan. Seramai 6 responden (40%)
telah mencadangkan kaedah pengurusan risiko ini. Seterusnya, 3 responden (20%)
berpendapat risiko dapat dielak dengan melantik kontraktor yang mempunyai sumber
kewangan stabil untuk mengelakkan masalah kewangan ketika projek pembinaan.
4.5.4 Kaedah Menguruskan Risiko Subkontraktor
Jadual 4.24 : Kaedah Menguruskan Risiko Subkontraktor
No Jenis Risiko Kaedah Menguruskan Risiko Jumlah Peratus
(%)
1 Kualiti kerja
yang rendah
Penahanan Risiko
v. A1) Berkomunikasi terus dengan pihak
subkontraktor untuk memastikan kerja
dibuat mematuhi piawaian
kerja/kontrak.
8/15 53.33
A2) Melaksanakan ‘Schedule of
Procedure’ (SOP) yang ketat serta
pemantauan berterusan.
6/15 40
A3) Memberi penerangan yang jelas
kepada subkontraktor sebelum sesuatu
kerja dilaksanakan
2/15 13.33
79
Pengelakan Risiko
B1) Perlantikan subkontraktor perlulah
dirancang dengan teliti dan bersesuaian
dengan program kerja kontraktor.
5/15 33.33
2
Kelewatan
dalam
penyiapan
kerja
Penahanan risiko
ix. A1) Pastikan subkontraktor mematuhi
segala terma di dalam kontrak berkaitan
penyiapan kerja.
3/15 20
A2) Membuat pemantauan kerja ke atas
subkontraktor secara berkala. 10/15 66.67
Pengelakan Risiko
B1) Kontraktor boleh melantik lebih
daripada satu subkontraktor untuk
menyiapkan kerja dalam tempoh yang
ditetapkan.
4/15 26.67
3
Koordinasi
yang lemah
antara
subkontraktor
dan
kontraktor
utama
Penahanan Risiko
A1) Sentiasa mengadakan perjumpaan
antara kontraktor dan subkontraktor
untuk mengetahui masalah yang berlaku
ketika melakukan kerja di tapak.
9/15 60
vi. A2) Pematuhan berkontrak sebagai
tanda ikatan antara pihak yang
bertanggungjawab.
5/15 33.33
A3) Membuat perancangan kerja dengan
penuh teliti dan atas persetujuan
bersama
5/15 33.33
Pengelakan Risiko
x. B1) Mengenalpasti segala punca
kelemahan pada peringkat awal dan
mencari langkah penyelesaian.
4/15 26.67
xi. B2) Melantik orang luar untuk
membantu meningkatkan kerjasama
semua pihak.
2/15 13.33
4
Pengamalan
cara kerja
tidak selamat
Penahanan Risiko
A1) Pemantauan pihak berkuasa agar
prosedur dan undang-undang sentiasa
dipatuhi.
9/15 60
A2) Melantik kontraktor yang
mengamalkan Standard OSHA8000 atau
ISO9001.
4/15 26.6
80
Pengelakan Risiko
vii. B1) Memberi ‘tool box’ setiap hari
sebelum memulakan kerja.
8/15 53.33
Pemindahan Risiko
C1) Mengambil insurans daripada pihak
ketiga sebagai jaminan perlindungan
kepada klien dan kontraktor semasa
projek sedang dilaksanakan oleh
kontraktor.
3/15 20
Kaedah menguruskan risiko subkontraktor ditunjukkan dalam Jadual 4.24.
Bagi risiko kualiti kerja yang rendah, seramai 8 responden (53.33) mencadangkan
risiko ini dapat diatasi dengan kaedah penahanan risiko. Kontraktor utama
digalakkan berkomunikasi terus dengan pihak subkontraktor bagi memastikan kerja
mematuhi piawaian kerja/kontrak. Selain itu, seramai 5 responden (33.33%)
mencadangkan pengurusan risiko secara pengelakan dengan memastikan perlantikan
subkontraktor perlu dirancang dengan teliti dan bersesuaian dengan program kerja
kontraktor.
Bagi risiko kelewatan dalam penyiapan kerja, seramai 10 responden (66.67%)
mengambil langkah membuat pemantauan kerja ke atas subkontraktor secara berkala.
4 responden (26.67%) menyatakan langkah lain iaitu memberi peluang kepada
kontraktor untuk melantik lebih daripada satu subkontraktor untuk menyiapkan kerja.
9 responden (60%) mencadangkan agar perjumpaan antara kontraktor dan
subkontraktor perlu dilakukan untuk mengetahui masalah yang berlaku ketika
bekerja ditapak. Ini dapat mengelakkan salah faham arahan antara kontraktor dan
subkontraktor.
Bagi risiko ‘pengamalan cara kerja tidak selamat’, 9 orang responden (60%)
mengambil langkah melalui pemantauan pihak berkuasa berkaitan pematuhan
undang-undang dan prosedur adalah kaedah pengurusan risiko terbaik bagi risiko ini.
81
4.5.5 Kaedah Menguruskan Risiko Pembekal
Jadual 4.25 : Kaedah Menguruskan Risiko Pembekal
No Jenis risiko Kaedah Menguruskan Risiko Jumlah Peratus
(%)
1
Bahan binaan
yang
dibekalkan
tidak
berkualiti
Penahanan Risiko
vii. A1) Memasukkan klausa berkaitan
bahan binaan semasa penyediaan
kontrak.
4/15 26.67
Pemindahan Insurans
B1) Mengambil insurans untuk
melindungi bahan binaan yang
dibekalkan ke tapak.
5/15 33.33
Pengelakan Risiko
xii. B1) Membuat pemantauan dan
menyediakan senarai semak bahan
binaan agar mematuhi spesifikasi bahan
binaan yang telah ditetapkan
10/15 66.67
xiii. B2) Membuat pemeriksaan ke kilang
sebelum bahan binaan dihantar ke tapak
xiv.
2/15 13.33
2
Kelewatan
penghantaran
bahan binaan
ke tapak bina
Pengurangan Risiko
viii. A1) Sediakan alternatif lain untuk
memastikan bahan binaan sampai ke
tapak bina dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
3/15 20
Pemindahan Risiko
B1) Sentiasa menyelia jadual
penghantaran bahan binaan untuk
mengelak kelewatan.
9/15 60
ix. B2) Membuat pesanan bahan binaan
lebih awal. 2/15 13.33
Jadual 4.25 menunjukkan kaedah menguruskan risiko pembekal. Bagi risiko
berkenaan bahan binaan yang dibekalkan tidak berkualiti, kaedah pengelakan risiko
menunjukkan 10 orang responden (66.67%) mencadangkan pemantauan dan
penyediaan senarai semak bahan binaan untuk memastikan bahan binaan yang
82
dibekalkan mematuhi spesifikasi. Selain itu, 4 responden (26.67%) mencadangkan
agar klausa berkenaan bahan binaan ditekankan semasa penyediaan borang kontrak.
Melalui pemindahan risiko pula, 5 orang responden (33.33%) menetapkan pembekal
perlu melindungi bahan binaan mereka dengan mengambil insurans.
Bagi risiko berkenaan kelewatan penghantaran bahan binaan ke tapak bina, 9
orang responden (60%) menyatakan pembekal perlu sentiasa mengawal selia jadual
penghantaran bahan binaan untuk mengelak kelewatan penghantaran. Manakala 3
orang responden (20%) menyatakan pihak pembekal perlu menyediakan alternatif
lain sebagai langkah untuk memastikan bahan binaan sampai ke tapak bina dalam
tempoh yang telah ditetapkan.
4.5.6 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek Fizikal
Jadual 4.26: Kaedah Menguruskan Risiko Fizikal
No Jenis Risiko Kaedah Menguruskan Risiko Jumlah Peratus
(%)
1
Kejadian
bencana
alam (Force
Majeure)
Penahanan Risiko
viii. A1) Klausa borang kontrak
menetapkan kontraktor boleh
mendapatkan lanjutan masa sekiranya
berlaku kejadian seperti gempa bumi,
tanah runtuh dan sebagainya.
4/15 26.67
Pemindahan Risiko
xv. B1) Pengambilan insurans kerana
terdapat skop klausa yang melindungi
klien dan kontraktor apabila berlaku
kemusnahan akibat bencana.
7/15 46.67
xvi. Pengelakan Risiko
xvii. C1) Pihak klien dan konsultan
digalakkan menyediakan pelan
perancangan untuk menghadapi risiko
berkaitan bencana alam.
4/15 26.67
83
2
Keadaan
cuaca tidak
menentu
Penahanan Risiko
x. A1) Lanjutan masa dibenarkan untuk
tempoh tertentu akibat keadaan cuaca.
3/15 20
Pemindahan Risiko
B1) Mengambil insurans seperti
Insurans Semua Risiko (CAR) sebagai
langkah perlindungan.
9/15 60
xi. Pengurangan Risiko
xii. C1) Sediakan jadual kerja dengan
mengambilkira keadaan cuaca dalam
perlaksanaan kerja.
6/15 40
xiii. C2) Dapatkan jadual daripada Jabatan
Kaji Cuaca supaya jadual kerja dapat
disusun untuk mengelakkan
pertembungan dengan cuaca yang tidak
menentu.
2/15 13.33
3
Kerosakan
peralatan
dan jentera
yang
digunakan
Pengelakan Risiko
A1) Melantik ‘specalist’ untuk
mengendalikan atau membaiki jentera
atau peralatan yang rosak.
4/15 26.67
A2) Menyediakan perancangan sebagai
langkah persediaan untuk menghadapi
masalah berkaitan dengan jentera
berteknologi tinggi.
3/15 20
4
Bekalan
buruh tidak
mencukupi
Pengelakan Risiko
A1) Mengambil pekerja dari luar
Negara yang datang bekerja dalam
sektor pembinaan.
14/15 93.33
A2) Membuat pemantauan secara
berkesan mengenai jumlah tenaga kerja
yang diperlukan.
4/15 26.67
5
Keadaan
tanah yang
tidak
dijangka
Pengurangan Risiko
A1) Penyiasatan tanah mesti dilakukan
selengkap yang mungkin supaya dapat
menghasilkan maklumat yang tepat.
6/15 40
A2) Memohon lebih masa untuk
membuat penyiasatan di kawasan tapak
sendiri.
5/15 33.33
Pengelakan Risiko
B1) Melantik orang luar untuk menilai
dan melakukan penyiasatan tapak dan
menilai kualiti tanah.
5/15 33.33
84
6
Kekurangan
bahan
binaan
Penahanan risiko
A1) Menyediakan peruntukan
tambahan dalam pengiraan kos
tempahan bahan binaan.
3/15 20
Pengurangan Risiko
B1) Mengatur jadual penghantaran
bahan binaan dengan mengutamakan
bahan binaan yang ingin digunakan
terlebih dahulu untuk projek.
2/15 13.33
B2) Mengimport dan menggunakan
bahan binaan dari luar Negara. 3/15 20
Pengelakan Risiko
C1) Menyediakan jadual/senarai semak
untuk bahan binaan yang diperlukan di
tapak terlebih dahulu.
6/15 40
C2) Mengenalpasti penyelesaian untuk
masalah ini ketika peringkat tender lagi
2/15
13.33
7
Kemalangan
dan
kecederaan
Pemindahan Risiko
A1) Mengambil insurans sebelum
memulakan sesuatu kerja untuk
melindungi pekerja dan orang awam.
6/15 40
Pengelakan Risiko
B1) Memastikan perlaksanaan prosedur
keselamatan dan kesihatan di tapak
tanpa ada kompromi.
9/15 60
B2) Mengambil tindakan seperti
pembatalan kontrak atau denda kepada
kontraktor dan subkontraktor yang
tidak mengamalkan langkah kerja yang
selamat dan betul
4/15 26.67
B3) Memberi taklimat, kursus serta
latihan keselamatan kepada pekerja
yang bekerja di tapak.
4/15 26.67
Kaedah menguruskan risiko untuk aspek fizikal ditunjukkan dalam Jadual
4.26. Dalam risiko kejadian bencana alam (Force Majuere), pengambilan insurans
juga merupakan salah satu teknik pemindahan risiko kepada pihak ketiga sekiranya
berlaku bencana. Insurans tidak akan melindungi kerosakan akibat Force Majeure,
85
namun insurans bagi kos pembersihan sampah sarap akibat risiko ini boleh diambil
oleh pihak kontraktor. Seramai 7 orang responden (46.67%) bersetuju dengan kaedah
ini. Selain itu, 4 orang responden (26.67%) mencadangkan pihak klien dan konsultan
perlu menyediakan pelan perancangan untuk menghadapi risiko bencana alam.
Bagi risiko berkenaan keadaan cuaca yang tidak menentu, 9 responden (60%)
menyatakan pengambilan insurans adalah perlu sebagai langkah perlindungan. Selain
itu, 3 responden (20%) menentukan lanjutan masa adalah dibenarkan sebagai kaedah
penahanan yang sering dilakukan oleh kontraktor. 6 orang responden (40%) pula
mengambil langkah menyediakan jadual kerja dengan mengambilkira keadaan cuaca
dalam setiap perlaksanaan kerja sebagai langkah pengurangan risiko cuaca tidak
menentu.
Bagi risiko berkaitan dengan kerosakan peralatan dan jentera, cadangan yang
dikemukakan oleh 4 orang responden (26.67%) ialah melantik ‘specialist’ untuk
mengendalikan atau membaiki jentera/ peralatan yang rosak. Bagi mengatasi risiko
bekalan buruh binaan yang tidak mencukupi, 14 orang responden (93.33%)
mencadangkan pengambilan pekerja dari luar negara sebagai langkah untuk
mengatasi risiko ini.
Berkaitan risiko keadaan tanah yang tidak dijangka pula, penyiasatan tanah
selengkapnya perlu dilakukan supaya dapat menyediakan maklumat yang tepat. 6
orang responden (40%) telah mencadangkan kaedah pengurangan risiko ini. Selain
itu, untuk mengelakkan risiko ini, 5 orang responden (33.33%) telah memberi idea
untuk melantik orang luar bagi menilai dan melakukan penyiasatan tapak dan menilai
kualiti tanah.
86
Penyelesaian bagi kekurangan bahan binaan pula dapat diatasi melalui kaedah
pengelakan risiko dengan menyediakan jadual pembekalan terhadap bahan binaan
yang ingin digunakan terlebih dahulu ke tapak. 6 orang Pengurus Projek (40 %) telah
mencadangkan langkah ini.
9 orang responden (60%) berpendapat kemalangan dan kecederaan di tapak
bina boleh dielakkan sekiranya prosedur keselamatan dan kesihatan dilaksanakan
dengan ketat. 6 responden (40%) turut mencadangkan pengambilan insurans bagi
melindungi pekerja dan orang awam dari risiko ini.
4.5.7 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek Ekonomi
Jadual 4.27 : Kaedah Menguruskan Risiko Ekonomi
No Jenis Risiko Kaedah Menguruskan Risiko Jumlah Peratus
(%)
1
Upah buruh
mahir yang
tinggi
Penahanan Risiko
ix. A1) Memasukkan harga upah semasa
pengiraan dalam harga kontrak.
7/15 46.67
Pengurangan Risiko
B1) Berikan latihan kepada pekerja
yang sedia ada.
3/15 20
xviii. B2) Mendapatkan khidmat pekerja
mahir dari luar Negara. 1/15 6.70
xix. Pengelakan Risiko
xx. C1) Kontraktor menyediakan senarai
semak untuk mengetahui jumlah
pekerja profesional yang diperlukan
untuk mengira kos upah pekerja.
4/15 26.67
87
2
Cukai/duti
import yang
dikenakan
dalam projek
tinggi
Penahanan Risiko
xiv. A1) Cukai perlu diambil kira pada
peringkat menghargakan tender lagi.
7/15 46.67
A2) Konsultan perlu berbincang untuk
buat perubahan dalam kontrak. 3/15 20
Pengelakan Risiko
B1) Menyediakan senarai semak serta
perancangan untuk menghadapi
perubahan cukai.
2/15 13.33
3 Inflasi dalam
pasaran
Penahanan Risiko
A1) Menghargakan tender dengan
mengambil kira faktor inflasi ketika
peringkat menender.
5/15 33.33
A2) Melakukan perubahan dalam
kontrak kerana inflasi adalah
penyebab harga bahan binaan tidak
menentu.
4/15 26.67
Pengurangan Risiko
B1) Mencari sumber yang lebih murah
jika melibatkan bahan binaan.
2/15 13.33
4
Turun naik
harga bahan
binaan
Penahanan Risiko
A1) Membenarkan perubahan dalam
kontrak sekiranya berlaku peningkatan
harga bahan binaan.
9/15 60
A2) Memasukkan tuntutan bayaran
balik dalam ‘Conditon of Contract’. 2/15 13.33
A3) Melaksanakan perjanjian untuk
menetapkan harga kontrak walaupun
semasa berlaku turun naik harga bahan
binaan semasa pembinaan.
1/15 6.70
Pengelakan Risiko
B1) Membuat perancangan awal
sebelum pembinaan dimulakan.
4/15 26.67
5 Kemelesetan
ekonomi
Penahanan Risiko
A1) Membenarkan perubahan dalam
kontrak sekiranya berlaku peningkatan
harga bahan binaan.
5/15 33.33
Pengelakan Risiko
B1) Membuat kajian kemungkinan
untuk persediaan menghadapi
kemelesetan ekonomi.
6/15 40
88
Jadual 4.27 menunjukkan jadual menguruskan risiko daripada aspek
ekonomi. 7 responden (46.67%) mengambil langkah untuk memasukkan upah buruh
mahir semasa membuat pengiraan harga kontrak. Bagi kaedah pengurangan risiko
pula, 3 Pengurus Projek (20%) mencadangkan pekerja yang sedia ada diberikan
latihan agar dapat meningkatkan kemahiran mereka. 4 responden (26.67%)
menyatakan langkah yang perlu diambil oleh kontraktor ialah menyediakan senarai
semak untuk mengetahui jumlah pekerja profesional yang diperlukan. Ini bertujuan
untuk membantu mengira kos upah pekerja.
Bagi mengatasi masalah ‘cukai/duti import yang dikenakan tinggi dalam
projek’, 7 responden (46.67%) menyatakan cukai perlu dikira sekali ketika peringkat
menghargakan tender. 5 responden ((33.33%) mencadangkan pengiraan tender
hendaklah mengambilkira faktor inflasi ketika peringkat menender. Daripada risiko
turun naik harga bahan binaan, 9 responden (60%) mencadangkan kebenaran
perubahan dalam kontrak sekiranya berlaku peningkatan harga bahan binaan. Selain
itu, 4 responden (26.67%) mencadangkan penyediaan perancangan awal sebelum
pembinaan dimulakan.
Bagi risiko kemelesetan ekonomi, kaedah penahanan risiko yang diutarakan
oleh 5 responden (33.33%) turut mencadangkan perubahan dalam kontrak sekiranya
berlaku peningkatan harga bahan binaan. Selain itu, 6 responden (40%)
mencadangkan pengelakan risiko boleh dilakukan dengan membuat kajian
kemungkinan sebagai persediaan untuk menghadapi kemelesetan ekonomi.
89
4.5.8 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek Undang-undang/Politik
Jadual 4.28 : Kaedah Menguruskan Risiko Undang-undang/Politik
No Jenis Risiko Kaedah Menguruskan Risiko Jumlah Peratus
(%)
1 Penguatkuasaan
undang-undang
Penahanan Risiko
x. A1) Pematuhan terma dan syarat
seperti dalam kontrak.
3/15 20
A2) Sentiasa mengikut prosedur
mendapatkan kelulusan dengan betul. 1/15 6.70
Pengurangan Risiko
B1) Melantik kontaktor yang
mempunyai prestasi kerja yang baik
dan sentiasa mematuhi prosedur
peraturan.
3/15 20
Pengelakan Risiko
xxi. C2) Menyediakan senarai semak untuk
memastikan kesemua dokumen penting
mendapat kelulusan lebih awal.
5/15 33.33
2
Kegagalan dalam
pematuhan
kontrak
Penahanan Risiko
xv. A1) Memastikan segala arahan
disediakan secara bertulis untuk
mengelakkan percanggahan dalam
berkontrak.
6/15 40
A2) Pastikan kontraktor yang dlantik
sentiasa merujuk kepada terma dan
syarat-syarat yang telah ditetapkan
dalam kontrak untuk elakkan
pembatalan kontrak.
5/15 33.33
Pengelakan Risiko
B1) Sentiasa berjumpa dan membuat
perbincangan sebelum melaksanakan
kerja untuk
mengetahui segala permasalahan yang
wujud.
2/15
13.33
B2) Pastikan setiap kerja yang
dilaksanakan dipantau dan mengikut
spesifikasi kerja yang telah ditetapkan. 2/15 13.33
90
3
Kesukaran
mendapatkan
pekerja tempatan
Pengurangan Risiko
A1) Menawarkan gaji yang lebih tinggi
untuk menarik minat pekerja tempatan.
6/15 40
A2) Meminta kontraktor melantik
pekerja dengan lebih awal. 5/15 33.33
A3) Mengambil pekerja dari luar
negara yang mempunyai kemahiran
lebih kurang sama dengan pekerja
tempatan.
2/15 13.33
Pengelakan Risiko
B1) Meminta kontraktor melantik
pekerja dengan lebih awal.
2/15 13.33
B2) Membuat kajian pasaran untuk
mengetahui jumlah pekerja tempatan
yang ada.
2/15 13.33
4
Mogok oleh
pekerja di tapak
bina
Penahanan Risiko
A1) Pastikan pekerja patuh dengan
kontrak yang ada.
2/15 13.33
Pengelakan Risiko
B1) Pastikan pekerja dibayar mengikut
kemajuan kerja untuk memberi
motivasi kepada mereka.
5/15 33.33
B2) Menyediakan insentif dan pelbagai
kemudahan kepada pekerja. 3/15 20
Jadual 4.28 merujuk kepada kaedah untuk menguruskan risiko dari aspek
undang-undang/politik. Pengurus Projek telah mengambil langkah untuk membuat
senarai semak bagi memastikan dokumen-dokumen penting mendapat kelulusan
lebih awal. 5 orang responden (33.33%) telah menyatakan pendapat ini.
Risiko berkaitan kegagalan dalam pematuhan kontrak menunjukkan 6
responden (40%) menyokong teknik penahanan risiko sebagai langkah untuk
memastikan kegagalan dalam pematuhan kontrak dapat dielakkan. Langkah yang
boleh diambil ialah dengan memastikan segala arahan disediakan secara bertulis
untuk mengelakkan percanggahan dalam berkontrak.
91
Bagi risiko ‘kesukaran mendapatkan pekerja tempatan, 6 responden dengan
(40%) mencadangkan agar gaji yang ditawarkan kepada pekerja perlulah dinaikkan
bagi menarik minat pekerja tempatan.
Risiko mogok di tapak pula boleh dielakkan dengan memastikan pekerja
dibayar mengikut kemajuan kerja yang telah dilakukan untuk meningkatkan motivasi
kepada mereka. Seramai 5 responden (33.33%) mempunyai pendapat yang sama
dalam mengatasi risiko ini.
4.5.9 Kaedah Menguruskan Risiko Aspek Persekitaran
Jadual 4.29 : Kaedah Menguruskan Risiko Persekitaran
No Jenis Risiko Kaedah Menguruskan Risiko Jumlah Peratus
(%)
1 Pencemaran
alam sekitar
Penahanan Risiko
xi. A1) Memasukkan berkenaan
tanggungjawab dalam menjaga alam
sekitar ketika penyediaan kontrak.
4/15 26.67
Pengurangan Risiko
B1) Melantik Pengurus Alam Sekitar
untuk memantau kualiti dan
persekitaran tapak.
4/15 26.67
xxii. Pengelakan Risiko
xxiii. C1) Membuat pemantauan dengan
kerap persekitaran dan mengambil
tindakan segera sekiranya menerima
laporan.
2/15 13.33
2
Kerosakan
ekologi
Penahanan Risiko
xvi. A1) Pihak Berkuasa dilantik untuk
membuat penilaian kualiti di tapak
mengikut undang-undang alam
sekitar yang sedia ada
6/15 33.33
92
Pengurangan Risiko
B1) Melantik Pengurus Alam Sekitar
memantau kualiti dan persekitaran
tapak.
5/15 33.33
Pengelakan Risiko
C1) Sentiasa mematuhi undang-
undang alam sekitar yang sedia ada.
5//15 33.33
3 Rawatan sisa
pembinaan
Pengelakan Risik
A1) Mematuhi prosedur
mengendalikan sisa pembinaan yang
termaktub dalam Akta.
4/15 26.67
Jadual 4.29 merujuk kepada kaedah untuk menguruskan risiko dari aspek
persekitaran. Bagi risiko pencemaran alam sekitar, 4 responden (26.67%)
menyatakan kaedah penahanan risiko yang terbaik ialah memasukkan berkenaan
tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar ketika penyediaan kontrak. Untuk
kaedah pengurangan risiko pula, 4 responden (26.67%) telah mencadangkan
perlantikan Pengurus Alam Sekitar untuk memantau kualiti dan persekitaran tapak
sebagai langkah mengurangkan pencemaran. 2 responden (13.33%) menyatakan
untuk mengelakkan risiko pencemaran alam sekitar, pihak klien dan kontraktor boleh
membuat pemantauan dengan kerap terhadap persekitaran dan mengambil tindakan
dengan segera sekiranya menerima laporan.
Bagi risiko kerosakan ekologi pula, seramai 6 responden (33.33%)
mencadangkan Pihak Berkuasa perlu dilantik untuk membuat penilaian kualiti
ditapak dengan mengikut undang-undang alam sekitar yang sedia ada. Bagi
pengurangan risiko pula, 5 responden (33.33%) mencadangkan perlantikan Pengurus
Alam Sekitar suntuk memantau kualiti dan persekitaran tapak pembinaan sebagai
langkah pengurangan risiko kerosakan ekologi.
93
Bagi mengelakkan risiko berkaitan masalah rawatan sisa pembinaan, 4
responden (26.67%) menyatakan pematuhan harus dibuat untuk mematuhi prosedur
mengendalikan sisa pembinaan yang termaktub dalam Akta yang ada.
4.6 Rumusan Bab
Bab 4 ini menerangkan secara jelas hasil data yang telah diperolehi daripada
temu bual bersama responden. Keseluruhan hasil data dibahagikan mengikut
kepentingan topik dalam temu bual yang dijalankan. Secara ringkasnya, bab ini
menganalisis kesemua data yang diperoleh daripada sesi temu bual dan diringkaskan
menjadi satu keputusan. Kesimpulan dan cadangan dibincangkan pada bab
seterusnya.
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan mengenai rumusan daripada hasil kajian yang
telah lengkap. Hasil kajian ini adalah berdasarkan kepada data-data dan maklumat
daripada pihak responden, Selain itu, bab ini juga akan turut menjelaskan mengenai
permasalahan yang dihadapi sepanjang kajian dijalankan serta cadangan bagi kajian
pada masa hadapan.
5.2 Hasil Kajian
Maklumat mengenai kajian ini dapat dilihat dengan jelas seperti mana yang
telah dibincangkan di dalam Bab 2. Berdasarkan objektif kajian, kesimpulan hasil
kajian dapat ditunjukkan seperti mana akan dijelaskan selanjutnya.
95
5.2.1 Objektif Satu: Mengenalpasti Risiko yang Wujud Dalam Pembinaan
Projek Berskala Besar
Terdapat pelbagai jenis risiko yang wujud dalam pembinaan projek berskala
besar sama ada risiko dalaman ataupun luaran. Risiko-risiko ini telah dinilai
mengikut dua faktor yang berbeza iaitu risiko yang diukur berdasarkan tahap risiko
itu wujud dalam projek berskala besar dan kekerapan sesuatu risiko itu berlaku.
Risiko dalaman merupakan risiko yang melibatkan pihak-pihak yang terlibat
dalam projek pembinaan yang terdiri daripada pihak klien, pasukan rekabentuk,
kontraktor, subkontraktor dan pembekal bahan binaan. Perubahan rekabentuk ketika
fasa pembinaan merupakan risiko yang sering berlaku disebabkan oleh pihak klien
dan juga pasukan rekabentuk. Pihak kontraktor pula sering berhadapan dengan
masalah berkenaan dengan ketidakselarian program pembinaan dengan perancangan
yang telah dibuat.
Selain itu, risiko pembinaan projek berskala besar yang wujud melibatkan
pihak subkontraktor adalah kelewatan dalam penyiapan kerja dan amalan kerja yang
tidak selamat. Risiko berkaitan dengan kelewatan pembekalan bahan binaan ke tapak
dan bahan binaan tidak berkualiti telah dikenal pasti sebagai risiko yang sering
berpunca dari pihak pembekal bahan binaan.
Risiko yang sering wujud dalam pembinaan projek berskala besar berkaitan
aspek fizikal ialah bekalan buruh yang tidak mencukupi. Manakala dari aspek
ekonomi, risiko turun naik harga bahan binaan ketika pembinaan sedang berjalan
sering terjadi. Turun naik harga bahan boleh menyebabkan peningkatan kos ketika
pembinaan. Seterusnya risiko dari aspek politik pula ialah kegagalan pihak-pihak
berkontrak dalam mematuhi kontrak pembinaan. Kegagalan pematuhan kontrak
boleh menyebabkan penamatan kontrak antara pihak-pihak berkontrak sekiranya
96
tidak diselesaikan dari permulaan lagi. Terdapat juga risiko berkaitan aspek
persekitaran yang wujud dalam projek berskala besar. Namun begitu, risiko-risiko ini
tidaklah terlalu mempengaruhi kelancaran sesebuah projek.
5.2.2 Objektif Dua: Mengenalpasti Kaedah untuk Menguruskan Risiko dalam
Pembinaan Projek Berskala Besar
Daripada hasil kajian, terdapat pelbagai kaedah pengurusan risiko yang telah
diamalkan bagi mengatasi risiko-risiko yang wujud dalam pembinaan projek berskala
besar. Kaedah penahanan misalnya lebih menekankan berkenaan penggunaan
kontrak sebagai salah satu medium untuk mengurangkan risiko pembinaan. Dalam
penyediaan syarat dan terma-terma kontrak, beberapa klausa berkaitan dengan risiko
yang boleh wujud dalam pembinaan telah dimasukkan. Ini bertujuan untuk
menyatakan tentang tanggungjawab pihak-pihak berkontrak.
Selain daripada teknik penahanan, terdapat juga kaedah pengelakan risiko
yang digunakan oleh pihak-pihak pembinaan. Pengurangan risiko lebih menekankan
berkenaan perlindungan fizikal yang boleh dilakukan sebagai kaedah untuk
menguruskan risiko. Contohnya, ialah melantik syarikat untuk menilai kerja-kerja
pembinaan yang telah dilaksanakan. Selain itu, pelbagai kursus serta latihan telah
dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran pekerja.
Kaedah pemindahan pula adalah bertujuan untuk memindahkan risiko atau
berkongsi risiko dengan pihak ketiga. Ini bertujuan untuk mengurangkan beban pihak
yang terlibat dalam pembinaan. Contohnya pengambilan insurans sebagai
perlindungan kepada kontraktor dalam melaksanakan kerja. Bukan itu sahaja, kaedah
pengendalian projek juga nerupakan salah satu teknk pemindahan. Kaedah
97
pengendalian yang biasa dilakukan dalam pembinaan ialah kontraktor utama
melantik ‘specialist’ untuk melakukan kerja-kerja pakar di dalam projek.
Pengelakan risiko bermaksud untuk menghindari atau menyingkirkan risiko
yang wujud dalam pembinaan. Penyediaan jadual kerja dan perancangan adalah
contoh pengelakan risiko yang diamalkan untuk mengatasi risiko dalam pembinaan
projek berskala besar.
5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian
Terdapat beberapa halangan dan kekangan yang dihadapi semasa
menjalankan kajian dimana ia secara tidak langsung memberikan kesan kepada kos
dan masa yang diambil untuk melaksanakan kajian ini. Antara halangan tersebut
ialah:
5.3.1 Kesukaran Mendapatkan Responden
Masalah untuk mendapatkan responden ini berlaku disebabkan beberapa
orang responden terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk berjumpa dan
melaksanakan proses temubual. Namun begitu, masalah ini berjaya di atasi dengan
bantuan daripada penyelia yang membantu penyelidik untuk menghubungi pihak
responden.
98
5.3.2 Kesukaran Mendapatkan Maklumat
Beberapa orang responden sukar memberikan kerjasama ketika proses
temubual dijalankan. Ini menyukarkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat
berkenaan kajian dengan lengkap kerana maklumat yang diperlukan adalah terhad
dan sulit. Selain itu, terdapat segelintir responden hanya memberikan jawapan
ringkas dan umum untuk menjawab soalan yang diajukan oleh penyelidik.
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian yang dijalankan ini masih mempunyai kekurangan seperti data-data
tertentu yang diperlukan adalah terhad, tidak lengkap kerana halangan masa dan kos.
Cadangan supaya kajian ini dapat dilakukan pada masa akan datang iaitu:
I. Kajian mengenai risiko serta pengamalan pengurusan risiko bagi firma-firma
kecil.
II. Kajian mengenai risiko dan pengurusan risiko bagi projek infrastruktur dan
kejuruteraan awam.
III. Kajian berkenaan tanggungjawab Jurukur Bahan dalam pengurusan risiko
terhadap projek-projek besar di Malaysia.
RUJUKAN
Ahmad Farizal Hajat., 2012. Sektor pembinaan kekal rancak. Berita Harian Online.
5 Januari 2012. Dipetik daripada laman web
http://www.bharian.com.my/articles pada 16 Jun 2013.
Ainon Basar, A. C., Bahiah, Y., & Aris, W., 2011. Risk Management. Selangor:
McGraw Hill Education.
Azura Md. Ariffin., 2007. Kajian Terhadap Risiko Dalam Projek Pembinaan.
Fakulti Alam Bina. Universiti Teknologi Malaysia. Ijazah Sarjana
Muda.
Bahagian Perancangan Korporat Kementerian Kerja Raya Malaysia., 2011. Pelan
Strategik 2011-2012. Kuala Lumpur.
Bernama., 2012. Projek MRT Kini Masuki Fasa Pembinaan Aktif: MRT Corp. Berita
Harian Online. 1 Ogos 2012. Diakses dari laman web
http://www.bharian.com.my/articles/ProjekMRTkinimasukifasapembinaanakt
if_MRTCorp/Article/ pada 8 Julai 2013.
B.A.K.S Perera, R. R., & Rameezdeen, R., 2008. Use of Insurance in Managing
Risk Consrtruction Risk : Evaluation Of Contractor's All Risks (CAR)
Insurance Policy, 24-31.
Chua, Yan Piaw., 2006. Kaedah Penyelidikan Buku 1 Edisi Kedua. Malaysia:
McGraw-Hill.
Cleden, D., 2009. Managing Project Uncertainty. Farnham, England :Gower.
100
Cooke, B. and Williams, P., 2009. Construction Planning, Programming and
Control. UK. : Wiley-Blackwell Publications.
Cooper, D., 2005. Project Risk Management Guidelines. West, England: J. Will.
Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim., 2010. Ucapan Ketua Ekskutif CIDB Malaysia.
Kuala Lumpur.
Dayang Hajah Tiawa Awang Haji Hamid dan Abdul Hafidz Haji Omar., 2009.
Analisis Data Kualitatif: Skudai: Nasmax Sdn. Bhd.
Denzin, N. and Lincoln, Y., 2000. Handbook of Qualitative Research. Thousand
Oaks, Calif: Sage Publications.
El-Sayegh, S. M., 2008. Risk Assessment and Allocation in the UAE Construction
Industry. International Journal of Project Management, 26 (4): 431-438.
Fazilah Binti Yusof., 2003. Risiko dan Pengurusan Risiko dalam Projek
Pembinaan. Fakulti Kejuruteraan Awam. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana Muda.
Flanagan, R. and Norman, G., 1993. Risk Management and Construction. Oxford:
Blackwell Scientific Publications.
Flyvbjerg, B. Bruzelius, N. and Rothengatter, W., 2009. Megaprojects and Risk.
Cambridge [U.A.]: Cambridge Univ. Press.
Hamimah Adnan. 2008. An Assesment of Risk Management in Joint Venture
Projects (JV) in Malaysia. Asian Social Science Journal, Vol. 4: 99-105.
Hasnul Mohamad Salleh dan Kohilavaani Skumaran., nd. Risiko dan Pencegahan
Pengurusan Projek.
101
Izdihar Mohd Zain., 2005. Risiko Projek Semasa Pembinaan. Fakulti Kejuruteraan
Awam. Universiti Teknologi Malaysia. Ijazah Sarjana Muda.
Jamilus Hussein dan Shafie Karimin., 2006. KLIA Experience in Managing Mega
Projects. International Construction Conference (ICC 2006). Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Keempat., 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kartam, N. and Kartam, S., 2001. Risk and Its Management in the Kuwaiti
Construction Industry: A Contractors’ Perspective. International Journal of
Project Management, 19: 325-335.
Kendrick, Tom., 2009. Identifying and Managing Project Risk. AMACON: New
York.
Kidd, T.T. (ed). 2009. Handbook of Research on Technology Project Management,
Planning and Operations. Hersheys, PA: Information Science Reference.
Kliem, R.L. and Ludin, I.S., 1997. Reducing Project Risk. Alderhot, England:Gower.
Kwayke, A.A., 1997. Construction Project Administration in Practice. England:
Addison Wesley Longman. The Chartered Institute of Building.
Lim Chee Chee., 2003. Pengurusan Risiko & Insurans. Sintok: Universiti Utara
Malaysia.
Long, N., Ogunlana, S., Quang, T. and Lam, K., 2007. Large Construction Projects
in Developing Countries: A Case Study from Vietnam. International Journal
of Project Management, 22 (7): 553-561.
Manja Ismail., 2010. Stadium runtuh. Punca diketahui, Siapa Pelaku? Berita Harian
Online. 15 Mac 2010. Diakses dari laman web
http://www.bharian.com.my/bharian/articles pada 8 Julai 2013.
102
Mohd Nazir Ismail., 2008. Pengenalan Kepada Pentadbiran Kontrak (Berdasarkan
Borang Kontrak JKR 203A). Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti
Teknologi MARA.
Muhd. Sulaiman B. Yusuf., 2004. Pengurusan Risiko Melalui Kaedah Pengendalian
Projek dalam Industri Pembinaan. Fakulti Kejuruteraan Awam. Universiti
Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Mohd Saidin Misnan, Abdul Hakim Mohammed dan Mat Naim Abdullah., 2011.
Pengurusan Projek Pembinaan. Johor Bahru: Uiversiti Teknologi Malaysia,
Johor.
Nurharnila Rusli., 2006. Salah Urus Risiko dalam Projek Pembangunan Perumahan:
Kajian Terhadap Perumahan Terbengkalai di Malaysia. Fakulti Kejuruteraan
Awam. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Odeh, M. Abdallah and Battaineh, T. Hussein, 2002. Causes of Construction Delay:
Traditional Contracts. International Journal Project Management 20: 67-73.
Hayes, R. W. and Perry, J. H., 1985. Risk and its Management in Construction
Projects. The Institution of Civil Engineering, 499-521.
Project Management Institute., 2008. A Guide to the Project Management Body of
Knowledge (PMBOK), Upper Darby.
Rezakhani, Pejman., 2012. Classifying Key Risk Factors in Construction Projects.
Buletin of Polytechnnic, 27-37.
Sambasivan, M and Yau, W. S., 2007. Causes and Effects of Delays in Malaysian
Construction Industry. International Journal of Project Management, 25 (5):
517-526.
103
Seow Ta Wee dan Abdul Halim Mohamad., 2005. Penerapan Konsep Bersepadu
Pengurusan Sampah Sarap di Malaysia: Satu Tinjauan.”Proceedings of
National Civil Engineering Conference”. (NACEC), KUITTHO, Johor
Bahru.
Siti Fatimah Ahmad., 2013. Siasatan Runtuhan Jambatan Dijangka Siap dalam
Sebulan. Berita Harian Online. 07 Jun 2013. Diakses dari laman web
http://www.bharian.com.my/bharian/articles pada 8 Julai 2013.
Smith, N., Merna, T. and Jobling, P., 2006. Managing Risk in Construction
Projects. Oxford: Blackwell Science Publications.
Strauss, A., and Corbin, J., 1998. Basics of Qualitative Research: Techniques and
Procedures for Developing Grounded Theory .2nd ed. Thousand Oaks, CA:
Sage.
Tadayon, M ., Jaafar, M. and Nasri, E., 2012. An Assessment of Risk Identification
in Large Construction Projects in Iran. Journal of Constructon in Developing
Countries, Supp (1): 57-69.
Taylor, J., 2008. Project Scheduling and Cost Control:Planning, Monitoring and
Controlling the Baseline. Florida, FL.: J Ross Pub.
Toor, S. and Ogunlana, S., 2008. Critical Coms Of Success in Large-Scale
Construction Projects: Evidence from Thailand Construction Industry.
International Journal of Project Management, 26 (4):420-430.
Turk, W., 2008. Common Sense Project Management. Milwaukee: ASQ Quality
Press.
Winch, G., 2002. Managing Construction Projects. Malden, MA: Blackwell
Science.
104
Zaini Ujang., (nd) Empangan dari Perspektif Pencinta Alam. Universiti Teknologi
Malaysia.
Zou, P. X. W, Zhang, G. and Wang, J., 2007. Understanding The Key Risks in
Construction Projects in China. International Journal of Project
Management, 25 (6): 601-614.
BIBLIOGRAFI
Alaghbari, W., Mohd Razali, A. K., Azizah, S., and Ernawati., 2007 The Significant
Factors Causing Delay of Building Construction Projects in Malaysia.
Engineering, Construction and Architectural Management, Vol 14, No.2.
Bent Flyvbjerg., 2011. Over Budget, Over Time, Over and Over Again- Managing
Major Projects. The Oxford Handbook of Project Management. Oxford
University Press: 321-344.
Miller, R., and Lessard, D., 2001. Understanding and Managing Risks in Large
Engineering Projects. International Journal of Projects Management 19:437-
443.
Sadi A.Assaf and Sadiq Al-Hejji., 2006. Cause of Delay in Large Construction
Projects. International Journal of Project Management 24,:349-357.
Shen, L. Y., 1997. Project Risk Management in Hong Kong. International Journal of
Project Management, Vol.15 No.2 : 101-105.