nota 1.doc

14
1.0.PENGENALAN Program khas yang pertama di Malaysia.Dilancarkan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, pada 2 March 2009 di UKM.untuk kumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi (atau) dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik. Kajian yang dijalankan oleh Tidwell (1980) menunjukkan terdapat seorang pelajar pintar dan berbakat bagi setiap 10,000 orang kanak- kanak. Hari ini di Malaysia terdapat seramai 3.5 juta kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 15 tahun, dan jika dapatan kajian Tidwell boleh digunakan di Malaysia, maka secara amnya kita boleh buat kesimpulan bahawa terdapat kira-kira 350,000 orang pelajar pintar dan berbakat di Malaysia. Pusat PERMATApintar Negara (PPpN) UKM beroperasi sejak bulan Januari 2011.Laman ini (http://www.ukm.my/permatapintar/index.php/sekapur- sireh) memberi makluman umum tentang pusat ini. Serba sedikit maklumat mengenai pusat ini, program-program yang dijalankan dan kegiatan pelajar boleh didapati di sini. Pusat PERMATApintar TM Negara UKM merupakan satu-satunya pusat kecemerlangan di Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi, dan bakat mereka.Usaha ini perlu dijalankan kerana pelajar-pelajar ini adalah aset negara yang sangat berharga.Kegagalan mengenalpasti pelajar- pelajar ini boleh menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja yang sangat berharga, samada kerana mereka tercicir dari arus pendidikan,

Upload: navaneethavaneetha

Post on 23-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA 1.doc

1.0.PENGENALAN

Program khas yang pertama di Malaysia.Dilancarkan oleh Datin Paduka Seri Rosmah

Mansur, pada 2 March 2009 di UKM.untuk kumpulan pelajar yang menunjukkan potensi

intelek yang tinggi (atau) dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik.

Kajian yang dijalankan oleh Tidwell (1980) menunjukkan terdapat seorang pelajar pintar dan

berbakat bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak. Hari ini di Malaysia terdapat seramai 3.5

juta kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 15 tahun,  dan jika dapatan kajian Tidwell

boleh digunakan di Malaysia, maka secara amnya kita boleh buat kesimpulan bahawa

terdapat  kira-kira 350,000 orang pelajar pintar dan berbakat di Malaysia.

Pusat PERMATApintar Negara (PPpN) UKM beroperasi sejak bulan Januari 2011.Laman ini

(http://www.ukm.my/permatapintar/index.php/sekapur-sireh) memberi makluman umum

tentang pusat ini. Serba sedikit maklumat mengenai pusat ini, program-program yang

dijalankan dan kegiatan pelajar boleh didapati di sini.

Pusat PERMATApintarTM Negara UKM merupakan satu-satunya pusat kecemerlangan di

Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari

seluruh tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi, dan

bakat mereka.Usaha ini perlu dijalankan kerana pelajar-pelajar ini adalah aset negara yang

sangat berharga.Kegagalan mengenalpasti pelajar-pelajar ini boleh menyebabkan negara

kehilangan tenaga kerja yang sangat berharga, samada kerana mereka tercicir dari arus

pendidikan, atau mereka berhijrah ke negara luar yang menawarkan ganjaran serta peluang

pendidikan yang lebih baik. 

25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang dicari untuk

sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikan hasrat murni

berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan calang-calang orang dan mereka juga senada

bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya dimulakan lebih awal

lagi

Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, latar

belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar kanak- kanak, ahli akademik, aktivis

wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini dengan mengadakan kajian dan

penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas dijadikan input bagi pembangunan

Page 2: NOTA 1.doc

konsep pendidikan sedemikian.

Bagi menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan

bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak

berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi menjadikan kanak-kanak

setempat yang agak mundur kepada yang lebih berjaya dan membanggakan.

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan

modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada

pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.

1.2.Visi

Menjadi institusi terulung yang mempelopori dan keperluan pendidikan pelajar pintar cerdas

dalam membentuk generasi bitara bangsa yang menyumbang kepada kesejahteraan

sejagat.

1.3.Misi

Menjadi pemimpin pendidikan yang holistik untuk pelajar pintar cerdas berpandukan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah.Paduan antara Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial yang mendasari

pendidikan berterusan untuk mengoptimumkan potensi pelajar.

1.4. Objektif

1. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada

masalah, dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran-pemikiran baru

berhubung ilmu yang dipelajari hasil penelitian yang analitikal dan kritis.

2. Berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan

dalam akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

3. Menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi yang mantap, serta mempunyai sikap

yang sesuai untuk terlibat aktif dengan berkesan dalam aktiviti di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa

Page 3: NOTA 1.doc

4. Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dan terpuji, bertanggungjawab dan

boleh membuat keputusan yang berkesan dengan mengambilkira prinsip-prinsip nilai

baik dan beretika.

5. Sihat fizikal, sihat minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran kendiri

yang matang dan bijaksana.

1.5. Tujuan

1. Menyediakan program pembelajaran holistik dan suasana pembelajaran yang

kondusif

2. Kurikulum pembelajaran yang sesuai

3. Menyediakan pengalaman awal dan bimbingan mentor dari kalangan ahli akademik

4. Mengumpul pelajar Malaysia yang berpotensi dan memberi pengalaman awal untuk

mengembangkan minda kreatif mereka.

5. Menjadi model pendidikan pintar cerdas.

6. Mewujudkan satu wadah perkongsian antara industri, pusat pengajian tinggi dan

sekolah.

1.7.Kurikulum Permata

Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan

kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan

fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-

1.7.1 PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar

Pusat PERMATApintar Negara, UKM telah merangka satu program pengayaan yang dapat

mencabar minda pelajar pintar cerdas. Program pengayaan ini dikenali sebagai Program

Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara kerana dijalankan pada masa cuti

persekolahan akhir tahun iaitu dalam bulan November dan Disember.Pembinaan Program

Perkhemahan Cuti Sekolah ini ialah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara

yang menekan kepada perkembangan holistik pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial pelajar.Program yang dijalankan dalam tempoh 3 minggu ini dikendalikan

Page 4: NOTA 1.doc

oleh pengajar, pembantu pengajar dan pembantu pelajar yang dilatih khusus oleh pengajar

UKM yang telah mendapat latihan di Johns Hopkins University – Center for Talented Youth.

Sepanjang perkhemahan, pelajar didedahkan dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum

berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian mengikut agama masing-

masing dan lawatan sambil belajar.Pelajar yang terpilih berumur antara 9 hingga 15 tahun

dari pelbagai bangsa dan latar sosio-budaya dan telah melalui Ujian Saringan UKM1 dan

UKM2. Ini menjadikan program ini satu program yang benar-benar melambangkan konsep

satu Malaysia yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun

Razak. Pelajar akan mengikuti salah satu daripada 15 kursus yang ditawarkan.

Perkhemahan ini mengambil pendekatan yang melibatkan program pengayaan dan pecutan

bagi menyediakan pelajar pintar cerdas peluang untuk mengembangkan kebolehan mereka

untuk melakukan pembelajaran sepanjang hayat. Objektif perkhemahan ini adalah untuk:

1. Mengembangkan bakat dan kebolehan sedia ada pelajar.

2. Mengasah potensi pelajar secara holistik.

3. Mengembangkan kemahiran pelajar

4. Memupuk pembelajaran sepanjang hayat

Perkhemahan ini menyediakan kursus-kursus yang mencabar minat dan minda pelajar

pintar cerdas yang tidak menjalani pembelajaran biasa di sekolah. Kursus-kursus ini adalah

seperti:

a. Menjadi Saintis (Be a Scientist) 9 Tahun

b. Rekacipta (Invention) 9-12 Tahun

c. Penaakulan Mantik (Mathematical Reasoning) 10 Tahun

d. Penulisan dan Imaginasi (Writing and Imagination) 11 Tahun

e. Pengenalan kepada Robotik (Introduction to Robotic) 12 Tahun

f. Robotik Lanjutan (Advance Robotic) 13 Tahun

g. Mengarang Penulisan (Crafting the Essay) 13 Tahun

Page 5: NOTA 1.doc

h. Rekacipta Lanjutan (Advance Invention) 13-15 Tahun

i. Kriptologi (Cryptology) 14 Tahun

j. Kristal dan Polimer (Crystal and Polimer) 14-15 Tahun

k. Sains Penerbangan (Flight Science) 14-15 Tahun

l. Kebarangkalian dan Teori Permainan (Probability and Game Theory) 14-15 Tahun

m. Teknologi Hijau (Green Technology) 15 Tahun

n. Bioteknologi (Biotechnology) 15 Tahun

o. Biologi Pecutan (Fast-Paced Biology) 15 Tahun

Pihak pengurusan Pusat PERMATApintar Negara akan memastikan setiap pelajar akan

bertingkah laku secara bersesuaian setanding dengan keperluan pusat mengikut perkara-

perkara berikut:

i. Kod Kehormatan Pusat PERMATApintar Negara (Code of Honor) Setiap pelajar

pintar cerdas perlu mempunyai rasa hormat, bertanggungjawab dan saling

mempercayai. Untuk membina komuniti sedemikian, setiap individu yang wujud

dalam komuniti tersebut perlulah: –

ii. Melakukan yang terbaik dalam semua aktiviti akademik

iii. Bertoleransi dan menghormati perbezaan kaum, budaya, agama, gender, usia,

keupayaan dan negeri kelahiran. –

iv. Bertingkahlaku secara mesra, bekerjasama, selamat dan bertanggungjawab

terhadap semua yang ada dalam komuniti –

v. Menghadiri semua sesi pembelajaran, makan bersama, aktiviti-aktiviti lain dan

perjumpaan yang telah ditetapkan –

vi. Bertanggungjawab di atas kerja dan tingkahlaku sendiri – Sentiasa bekerjasama

dengan pihak pengurusan –

vii. Mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan ii.

Perbezaan Sifar (Zero Indiferrerence) Setiap individu yang berada dalam

komuniti ini perlu bekerja tanpa memberi layanan yang berbeza antara satu

sama lain. Setiap mereka harus di layan dengan saksama, penuh rasa hotmat

dan mesra. Apabila membincangkan konsep Bekerja Tanpa Beza ini, Pusat

PERMATApintar Negara mempunyai tiga matlamat: –

Page 6: NOTA 1.doc

viii. Meningkatkan kesedaran kakitangan tentang tingkahlaku pelajar yang boleh

mengangu proses pembelajaran –

ix. Membenarkan kakitangan (termasuk guru, dan pihak pengurusan) mengambil

tindakan terus (mengikut peraturan yang telah ditetapkan) untuk menghentikan

sebarang tingkahlaku membuli yang boleh menghalang proses pembelajaran

yang berkesan. –

x. Meningkatkan kesedaran untuk semua kakitangan dan pelajar supaya sentiasa

berkomunikasi secara berhemah tanpa membuat orang lain berasa terasing atau

disingkir baik secara fizikal atau psikologikal.

xi. Persekitaran Pembelajaran yang Selamat. Pelajar-pelajar perlu diberikan satu

persekitaran pembelajaran yang boleh membuatkan mereka rasa selamat dan

dihargai. Kajian-kajian lepas menunjukkan wujud hubungan yang positif antara

rasa selamat dengan pencapaian akademik yang diperolehi oleh pelajar-pelajar

disekolah.

(Sumber Buku Panduan Perlaksanaan Permata Pintar 2009)

Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program

pendidikan ini yang akan bermula pada bulan Januari 2011, dengan ambilan pertama

seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 (16 tahun). Pada tahun 2012 sekolah ini dijangka

mempunyai pendaftaran penuh seramai 400 orang pelajar yang terdiri daripada 200 orang

pelajar tingkatan 4 dan 200 orang pelajar tingkatan 5.

Sekolah Pintar Cerdas di Luar Negara

Terdapat beberapa buah institusi pengajian tinggi di luar negara yang telah mempunyai

sekolah pintar cerdas tersendiri.Antaranya di National University of Singapore, di Mahidol

University, Thailand, dan di Korea Advance Institute of Science and Technology (KAIST).

Justeru, Malaysia juga perlu mempunyai sekolah yang sedemikian supaya pelajar pintar

cerdas Malaysia dapat belajar di tanah air sendiri. Pada ketika ini, ramai pelajar pintar

cerdas Malaysia telah dihantar oleh ibu bapa masing-masing yang berkemampuan untuk

belajar di sekolah pintar cerdas di luar negara dan ada diantara mereka yang mendapat

tajaan biasiswa dan kewarganegaraan negara berkenaan.

Pemilihan Pelajar ke Program Pendidikan PERMATApintar

Pelajar-pelajar yang akan mengikuti program ini adalah mereka yang telah menduduki ujian-

ujian PERMATApintar UKM1 dan UKM2 ketika berusia 15 tahun (tingkatan 3). Mereka yang

Page 7: NOTA 1.doc

melepasi tahap-tahap yang ditetapkan bagi pencapaian ujian PERMATApintar UKM1 dan

UKM2 akan seterusnya dinilai sekali lagi menerusi sesi temubual dan pemerhatian pada

Perkhemahan Khas Matematik dan Sains. Selain daripada kemampuan kognitif dan

kemampuan menyelesaikan masalah, daya kreativiti dan daya saing pelajar juga akan dinilai

dalam pemilihan tersebut.

Program Pendidikan

Para pelajar di akademi ini akan mengikuti program pendidikan yang menyepadukan

pembelajaran akademik, ko-kurikulum, pembinaan sahsiah dan nilai murni melalui

pengalaman pembelajaran aktif dan bermakna. Suasana serta persekitaran sekolah turut

dibangunkan agar menyumbang kepada perkembangan pelajar yang holistik dan

menyeluruh. Pelajar di sini akan mengikuti kurikulum kebangsaan dan pada waktu yang

sama diberi peluang untuk mempelajari mata pelajaran lain yang lebih mencabar.

Sehubungan itu, setiap pelajar disediakan perancangan pembelajaran khusus sesuai

dengan keperluan pembelajarannya.Mereka juga berpeluang mempelajari mata pelajaran

yang ditawarkan diperingkat universiti sekiranya dinilai berkemampuan mengikuti

pembelajaran tersebut.Pendekatan ini membolehkan para pelajar di sini mengikuti

pembelajaran yang lebih mencabar, dan boleh melengkapkan pengajiannya dalam jangka

masa yang lebih pendek sekiranya dia seterusnya mendaftar sebagai pelajar di Universiti

Kebangsaan Malaysia.

1.5.Pembestarian Sekolah

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek

perlu dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan mampu berdaya saing dan relevan

dengan kehendak semasa.Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam

pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial

serta budaya masa kini.Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi

pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek,

antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar,

penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Page 8: NOTA 1.doc

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi

penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti

pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah

dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud

mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang

direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi

maklumat.Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan

pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini

akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran

yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran kendiri.

(Selitkan dimana perlu)Camillia P. Benbow (1991) menulis,

The pacing of educational programs must be responsive to the capacities and knowledge

of individual children. ( ms 157)

Pendidikan untuk semua seperti yang termaktub dalam falsafah pendidikan akan menjadi

kenyataan dengan program Permata Pintar ini.

Seseorang itu dianggap pintar cerdas sekiranya dia bukan sahaja memiliki kemampuan

kognitif yang tinggi bahkan boleh menggunakan kemampuan tersebut dengan baik dalam

semua situasi.(Gagne,1995; Piirto,1999). Maka program Pintar menjadi tulang belakang

bagi melahirkan personaliti-personaliti yang mampu menerajui Negara kelak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata potensi mereka tidak dapat

dioptimumkan untuk kepentingan negara sekiranya kelompok ini tidak dilengkapi dengan

sistem pendidikan yang sesuai dengan kemampuan pemikiran mereka yang luar biasa itu.

Beliau berkata sekiranya sistem pendidikan yang sesuai buat mereka tidak disediakan,

kesannya banyak, antaranya mungkin kanak-kanak ini akan cepat bosan dengan pelajaran,

Page 9: NOTA 1.doc

atau mungkin mereka akan dihantar oleh ibu bapa masing-masing untuk menuntut dan

bekerja di luar negara.

“Ini akan jadikan kita kehilangan ‘bakat’ yang boleh memberi kesan kepada negara, berlaku

apa yang dikatakan sebagai ”brain drain’ (penghijrahan cendekiawan),” katanya ketika

berucap merasmikan Kompleks Pusat PERMATApintar Negara di Universiti Kebangsaan

Malaysia di sini.

Berdasarkan keputusan PTS pada tahun 1996, seramai 0.8% daripada 407,150 orang murid

Tahun 3 telah dibenarkan melangkau Tahun 4 dan terus ke Tahun 5 (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2001). Namun pada tahun 20011, selepas PTS diimplimentasikan selama 5 tahun,

ia telah ditamatkan. Hal ini kerana lebih daripada 50% kanak-kanak yang melangkau kelas

telah mencapai keputusan yang lebih buruk dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)

berbanding rakan sebaya lain yang tidak melangkau kelas. Dalam PTS dasar melangkau

kelas dari tahap satu ke tahap dua adalah menjadi satu rintangan dimana murid-murid

tahun tiga (tahap satu) melangkau ke tahun 5 tanpa persediaan yang mantap di tahun

empat. Sebaliknya Program Permata Pintar pula dilaksanakan dengan begitu teratur

menggunakan ujian saringan.Kelebihan ini sudah tentu membuahkan hasil.

Page 10: NOTA 1.doc

Kesimpulan

Program Permata Pintar menjadi agenda untama dalamm usaha menguasai kemahiran abad ke-21, pembelajaran seharusnya dapat diperoleh di mana-mana sahaja. Pembelajaran juga boleh dicapai dalam pelbagai konteks persekitaran dan situasi serta mempunyai kandungan yang paling adaptif .Menurut Nik Aziz Nik Pa(1990), dari sudut pembangunan Negara, kehadiran kanak-kanak pintar cerdas dalam masyarakat merupakan satu sumber semula jadi (aset) yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta. Justeru, sumber ini perlu dimajukan untuk manfaat Negara pada masa akan datang.

Page 11: NOTA 1.doc

RUJUKAN

1. Camillia P. B. (1991) Underachievement of highly able student and the peer society. Gifted and Talented International, 10(2) ,67-68.

2. Gagnes,F(1993). Constructs and models pertaining to exceptional human abilities. In K.A Heller, FJ Monks. International Handbook of Research and development of Gifted and Talent 9pp.63(85). Oxford :pergamon Press.

3. Tidwell, R. 1980. A psycho-educational profile of 1,593: Gifted High School Students. Gifted Child Quarterly, 24, 2, 63-68

4. Nik Azis, N. P. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas. Kajang: Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)