nota rinkas

27
1.0 Getah 1. Getah ialah polimer semula jadi yang terbentuk daripada cecair resin atau susu getah yang diperolehi daripada kulit pokok Hevea brasiliensis. 1.1 Komposisi Getah Getah Asli ialah polimer tambahan isoprena, C 5 H 8 . Nama IUPAC bagi isoprena ialah 2-metilbut-1,3-diena. Getah asli adalah sangat kenyal dan dibuat dariapda monomer isoprena. Rajah 1: Isoprena & polisis isoprena Sambungan rantaian adalah pada sebelah yang sama ikatan dubel. Wujudnya ikatan dubel pada karbon–karbon, putaran tidak mudah berlaku dan orientasi kumpulan-kumpulan pada karbon adalah tegar. Ini memudahkan produk getah dioksidakan oleh udara, haba dan pergerakan mekanikal seperti melentur. Getah asli sintetik dihasilkan melalui pempolimeran 2-klorobuta- 1,3-diena. 1 Isoprena Polisis isoprena

Upload: catherineyouling

Post on 30-Sep-2015

124 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kkbikapas,wul, kertas

TRANSCRIPT

1.0 Getah1. Getah ialah polimer semula jadi yang terbentuk daripada cecair resin atau susu getah yang diperolehi daripada kulit pokok Hevea brasiliensis. 1.1 Komposisi Getah Getah Asli ialah polimer tambahan isoprena, C5H8. Nama IUPAC bagi isoprena ialah 2-metilbut-1,3-diena. Getah asli adalah sangat kenyal dan dibuat dariapda monomer isoprena.

Isoprena

Polisis isoprena

Rajah 1: Isoprena & polisis isoprena Sambungan rantaian adalah pada sebelah yang sama ikatan dubel. Wujudnya ikatan dubel pada karbonkarbon, putaran tidak mudah berlaku dan orientasi kumpulan-kumpulan pada karbon adalah tegar. Ini memudahkan produk getah dioksidakan oleh udara, haba dan pergerakan mekanikal seperti melentur. Getah asli sintetik dihasilkan melalui pempolimeran 2-klorobuta-1,3-diena.

n CH2=CH-C=CH2 ~(CH2-CH=C-CH2) ~ Cl Cl 2-klorobuta-1,3-diena neoprene

Rajah 2: 2-klorobuta-1,3-diena & neoprene Neoprena adalah kurang aktif terhadap bahan kimia dan digunakan untuk membuat hos petrol dan bekas untuk bahan-bahan kimia korosif. Satu lagi getah sintetik ialah getah stirena-butadiena (SBR), kopolimer antara feniletena (30%) dan 1,3-butadiena (70%).

CH2=CH-CH=CH2 + CH2=CH CH2-CH=CH-CH2-CH2-CH

1,3-butadiena feniletena Getah stirena-butadiena

Rajah 3: 1,3-butadiena, feniletena & getah stirena-butadiena

1.2 Sifat-sifat Getah1. Mudah terbakar 2. Kenyal dan boleh diregang 3. Reaktif kepada agen kimia seperti minyak, gris dan petrol4. Fleksibel kerana ia adalah satu termoplastik yang lembut dan mengeras bila berlaku pemanasan, boleh cair dan terbentuk semula untuk diguna pakai semula. 5. Tidak telap air.Ini menjadikannya suatu penghalang yang sangat baik terhadap patogen seperti virus hiv yang menyebabkan aids.6. Peka kepada penipisan ozon disebabkan oleh kehadiran ikatan berganda dalam setiap unit berulang.

1.3 Kegunaan Getah

Rajah 8: Penggunaan Getah Asli, Getah Tervulkan & Getah Sintetik

1.4 Pemprosesan getah1.4.1 Penorehan Getah

Rajah 4: Proses menoreh pokok getah

Sumber: http://images.google.com

Gambar Rajah 1: Gambar ini menunjukkan pokok getah, lateks yang dikutip dan pisau menoreh.

Lateks terdiri daripada 35% zarah getah dan 65% air. Setiap zarah getah mengandungi molekul getah yang disalut oleh lapisan membran protein yang bercas negatif. Beberapa titik larutan ammonia ditambah untuk mengelakkan pra-pembekuan lateks. Jika dibiarkan dalam cawan membeku secara semula jadi akan berlaku (tindakan bakteria yang menghasilkan asid). Ini akan menghasilkan produk getah yang lebih rendah grednya.

Rajah 5: Pemprosesan Getah Selepas diasapkan, kepingan getah menjadi lebih telus dan kekotoran lebih mudah dilihat dan dikeluarkan. Kepingan getah yang diasap ini dipanggil Ribbed Rubber Sheet atau RRS. Digredkan sebagai RRS1, RRS2, RRS3, RRS4 dan RRS5 bergantung kepada warna, ketulenan dan kekenyalan. Getah pukal digunakan untuk membuat tayar selepas pemvulkanan. Kepingan getah yang diproses kemudian dijual kepada kilang-kilang untuk membuat pelbagai bahan.

1.4.2 Perangkaian Silang dalam Getah Asli Getah asli mentah adalah termoplastik. Menjadi lembut dan melekit pada hari-hari yang panas. Menjadi keras apabila ia disejukkan kepada suhu yang lebih rendah. Penggunaannya adalah terhad. Ia boleh dibuat lebih keras dengan memperkenalkan ikatan kimia antara rantaian polimer (perangkaian silang). Semakin banyak perangkaian silang, semakin keras bahan tersebut.

Tiada rangkai silangPolimer 1Polimer 2Ada rangkai silangPolimer 3Polimer 4Rajah 6: Perangkaian Silang dalam polimer

1.4.3 Pemvulkanan Getah Asli Menambah sulfur kepada getah asli diikuti dengan pemanasan campuran. Atom-atom sulfur membentuk rangkaian silang antara rantai-rantai panjang molekul getah asli. Memerlukan dua atom sulfur bagi dua unit isoprena. Apabila diregangkan, rantai getah tervulkan tidak boleh mengelangsor di antara satu sama lain. Terpaksa balik semula kepada bentuk asalnya oleh rantai silang atom sulfur. Getah lebih kuat dan lebih tahan terhadap pengoksidaan atau tindak balas yang lain.

Rajah 7: Perangkaiaan silang dalam getah asli

2.0 Polimer Semual jadi1. Polimer ialah molekul berantai panjang yang dibentuk daripada penggabungan secara berulangan beberapa unit-unit kecil yang dipanggil monomer. Rajah 9: Maksud Polimer dalam Perkataan Greek.

2. Polimer semula jadi ialah polimer yang dihasilkan dari alam semula jadi secara amnya. Rajah 10 : Jenis Polimer Semula Jadi.2.1 Sutera1. Sutera merupakan serat berbentuk filamen yang diperolehi daripada serangga ulat sutera (silk worm) sewaktu membentuk kokon (kepompong).

Sumber: https://www.sourcingjournalonline.com/silk-production-cambodia-near-extinction-sb/

Sumber: http://www.todayifoundout.com/index.php/2014/10/real-silk-made/

Gambar Rajah 2: Kain Sutera dan Ulat Sutera

2. Ulat sutera: a. Merembeskan protein dalam keadaan bendalir untuk membina kokon (memberi perlindungan).b. Diternak dalam kurungan.c. Makanan: Daun Malberi.d. Terdapat dua pasang kelenjar dengan fungsi yang berbeza:i. Mengeluarkan cecair protein (fibrion) dan membentuk dua filamen sutera yang akan kering apabila terdedah di udara.ii. Mengeluarkan gam yang akan melekatkan kedua-dua filamen.

3. Jenis suteraa. Sutera bombyx mori: halus, berkilau dan berkualitas tinggi.b. Sutera liar atau tussah (berwarna coklat disebabkan pemakanannya). Sarang-sarangnya telah ditembus oleh kupu-kupu, kerana filamennya pendek.c. Sutera Dupion: benangnya tidak rata, penampangnya lebar, mudah putus.d. Sutera mentah: mengandung banyak zat perekat kainnya kaku dan kasar.e. Sutera Rejaan atau Chappe silk diambil dari bagian luar atau dalam kepompong.f. Sutera Bourette berasal dari sisa pemintalan sutera rejaan, banyak simpulnya,kotor, serat remuk dan benangnya berbintik kecil-kecil.g. Sutera pintal: berfilamennya pendek, dari kepompong yang ditembus kupu-kupu.

2.1.1 Sifat Sutera1. Ringan.2. Berkilau dan lembut. (Tidak akan menyerap debu.)3. Mempunyai kekuatan yang tinggi. Gentian semula jadi yang paling kuat tetapi kehilangan 20% kekuatan apabila basah4. Elastik. Dapat ditarik sehingga 1/7 ke 1/5 daripada panjang asalnya.5. Tidak akan mengkonduksikan haba. (Sesuai untuk membuat pakaian musim sejuk )6. Senang untuk diwarnakan. 7. Rinatangan rendah kepada sinaran matahari, sutera akan berubah warna dan kekuatannya turun.8. Akan berurai pada suhu 330 F (165 C).9. Tahan asid mineral10. Mempunyai kelembapan yang baik.

2.1.2 Kegunaan Sutera

Rajah 11: Kegunaan Sutera.

2.1.3 Proses Pembuatan Sutera

KokonKokonBenang sutera akan dibasuh, dikering dan digabungkan untuk membentuk helaian yang tebal dan dicelup,Benang berganda dari kokon yang direndam dibuka untuk membentuk satu benang tunggalUlat SuteraHaba ketuhar cukup digunkan untuk membunuh ulat sutera tetapi tidak merosakkan sutera dalam kepompong. Selepas itu, ia direndam dalam air panas.Hanya ulat sutera yang sihat akan dipilih untuk diternak. Ulat sutera akan membalutkan diri dengan sutera dan membentuk kokon.Rajah 12 : Pemprosesan Sutera

2.2 Kapas1. Kapas adalah serat lembut yang tumbuh di sekitar biji benih pokok kapas, pokok renek yang berasal dari kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia, termasuk Afrika, India dan Amerika.2. Kapas adalah tanaman musim panas, jadi ia mesti ditanam di kawasan-kawasan yang mempunyai kurang taburan hujan.

Sumber:https://shairahbpsrt.files.wordpress.com/2011/04/cotton-plant.jpg

Sumber:http://intisari-online.com/read/manfaat-lain-bola-kapas

Gambar Rajah 3: Pokok Kapas dan Kapas

3. Gentian yang paling popular diputar ke dalam benang dan digunakan untuk membuat tekstil yang lembut, di mana ianya merupakan gentian kain semulajadi yang paling meluas digunakan dalam pakaian hari ini.4. Warna serat kapas secara umum adalah putih. Pengaruh mikroorganisma akan menyebabkan warna kapas menjadi suram. Dalam kondisi cuaca yang jelek pula, warna kapas menjadi sangat gelap abu-abu kebiruan. Kapas yang tidak bertumbuh akan berwarna kekuningan.

2.2.1 Sifat-sifat Kapas1. Kuat.2. Tahan pada pelbagai suhu.3. Tahan lama.4. Baik untuk mencetak.5. Selesa.6. Penyerap kelembapan yang baik.7. Daya tahan yang rendah (Mudah berkedut).8. Mempunyai rintangan tinggi terhadap pelarut organik dan alkali.9. Hypoallergenic. (Tidak sensitif kepada kulit).10. Kekuatan serat kapas meningkat apabila menjadi basah.

2.2.2 Kegunaan Kapas

Rajah 13 : Kegunaan Kapas2.2.3 Pemprosesan Kapas

Rajah 14: Pemprosesan Kapas

2.3 Wul / Benang Bulu1. Benang bulu adalah gentian yang berasal dari sel-sel kulit yang khusus, yang dipanggil folikel. 2. Ia diperolehi dari haiwan dalam keluarga Caprinae, terutamanya kambing biri-biri, tetapi rambut dari sesetengah spesis mamalia lain seperti kambing, llamas dan arnab juga boleh dipanggil benang bulu. 3. Benang bulu mempunyai beberapa kualiti yang membezakan dari rambut atau bulu: ia kerinting, mempunyai tekstur yang berlainan, anjal dan tumbuh dalam kelompok.

Sumber: http://www.tafsiranmimpi.com/wp-content/uploads/2013/07/mimpi-kambing-biri-biri.jpg

Gambar Rajah 4: Gambar Kambing Biri-biri

2.3.1 Sifat-sifat Benang Bulu1. Gentian ketat berkerut.2. Sel-sel luar gentian menangkis air sementara sel-sel dalaman menyerap lembapan.3. Keanjalan wol yang tinggi memiliki keupayaan yang lebih besar untuk kembali ke panjang asal selepas diregangkan berbanding dengan mana-mana gentian tiruan.4. Merupakan bahan-bahan panas.5. Keupayaan penyerap yang tinggi6. Pewarnaan benang bulu lebih unggul berbanding dengan gentian tumbuhan dari segi kekayaan dan kecerahan warna.

2.3.2 Kegunaan Benang Bulu

Rajah15: Kegunaan Benang Bulu

2.3.4 Pemprosesan Benang Bulu

Rajah 16: Pemprosesan Benang Bulu3.0 Kertas1. Perkataan kertas berasal daripada istilah Yunani untuk bahan penulisan purba Mesir yang dikenali sebagai papyrus, yang terbentuk daripada jalur pukulan tumbuhan papyrus.2. Kertas adalah helaian nipis yang digunakan terutamanya untuk menulis, mencetak atau pembungkusan.3. Terdapat pelbagai Jenis kertas:

Rajah 17: Jenis Kertas

3.1 Sifat-sifat Kertas

3.2 Kegunaan Kertas

Gambar Rajah 6: Kegunaan Kertas

3.3 Proses mekanikal pulpaSerpihan kayuProses kimia pulpaNatrium hidroksida dan natrium sulfidaPenambahan aditifPengeringanPulpaPenggelekPenggelek pengeringanPemanas stim digunakan untuk mengurangkan kandungan air Proses Pembuatan

Sumber: http://www.madehow.com/Volume-6/Wrapping-Paper.htmlGambar Rajah 5: Proses Pembuatan kertas

3.3.1 Pemprosesan Gentian Dinding sel kayu terdiri daripada gentian yang terikat bersama-sama. Gentian dipisahkan antara permukaan dan kabohidrat, terutamanya selulosa dan setengah selulosa terdedah. Ikatan hidrogen antara karbohidrat menunjukkan kekuatan kertas.

3.3.2 Proses Kimia Pulpa Bertujuan untuk memecahkan struktur kimia lignin (mengikat sel-sel tumbuhan) dan larut dalam pelarut supaya dapat dibasuh dari gentian selulosa. Pulpa dihasilkan daripada gentian. Pulpa diluntur untuk menghasilkan kertas putih. Kos tinggi kerana hasil yang rendah, iaitu 40-50% daripada kayu asal. Kertas lebih kukuh kerana panjang gentian terpelihara. Kebanyakan haba dan elektrik digunakan untuk membakar lignin.

3.3.3 Proses Mekanikal Pulpa Mengandungi proses termodinamikal pulpa (RMT) dan proses mekanikal pulpa. Dalam proses RMT, kayu diracik lalu dimasukkan ke dalam pemanas berlapis stim di mana lapisan kayu akan diperah serta dihancur antara dua cakera keluli. Dalam proses mekanikal pulpa, batang tanpa kulit dimasukkan ke dalam pengisar di mana batang tersebut ditekan dan dihancur dengan batuan berputar. Proses mekanikal pulpa tidak menyingkir lignin menghasilkan kertas berlignin yang lebih daripada 95%. Namun menyebabkan kertas lebih rapuh dan kuning apabila disimpan lama. Pulpa mekanikal mempunyai panjang gentian yang pendek menyebabkan kertas dihasil lemah. Jumlah tenaga elektrik yang besar diperlukan tetapi kos lebih rendah dibanding dengan pulpa kimia.

3.3.4 Aditif Kapur atau tanah liat ditambah bagi memperbaiki ciri-ciri kertas. Boleh ditambah ke dalam web kertas dalam proses pembuatan. Bagi mewujudkan permukaan sesuai untuk menyerap dakwat atau cat.

3.3.5 Pengeringan Air dikeluarkan daripada web kertas. Proses penekanan dan pengeringan dijalankan. Kaedah untuk kedua-dua proses mempunyai cara perlaksanaan berbeza. Penekanan merupakan helaian kertas ditekan secara kekerasan, lalu satu bahan penyerap digunakan untuk menyerap air. Pengeringan merupakan penggunaan haba dan udara bagi membuang air dari helaian kertas. Zaman dahulu, kertas disidai seperti menyidai baju. Zaman moden, pemanas stim yang menghasilkan suhu melebihi 930C dengan urutan 40 buah bekas. Dengan ini, kelembapan kertas dikurangkan sehingga kurang daripada 6%.

3.3.6 Proses akhir Kertas diubahsuai saiznya mengikut kegunaan. Kertas pada keadaan ini tidak bersalut. Kertas yang bersalut mempunyai lapisan nipis seperti lapisan tanah liat untuk skrin beresolusi tinggi. Kertas bersalut dibahagikan kepada matt, semi-matt dan kilat (gloss).

19