pai tg3

Upload: ahmad-adib

Post on 06-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 pai tg3

    1/11

    SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA PUTERI RASULULLAH

    a. Biodata Saidatina Fatimah Az-Zahra

    Nama : Fatimah binti Muhammad

    Rasulullah SAW

    Keturunan : Quraisy, puteri bongsu Rasulullah

    (anak keenam)

    Tarikh Lahir : 20 Jamadilakhir (5 tahun

    sebelum Rasulullah menerima

    wahyu ) / 605M

    Tempat Lahir : Mekkah Al-Mukaramah

    Gelaran : Az-Zahra (Putih Berseri)

    Nama Suami : Ali bin Abi Talib

    Nama Anak : Al-Hasan, Al-Husin, dan Zainab

    Tarikh Wafat : 4 Jamadilawal 11 Hijrah (6 bulanselepas kewafatan Rasulullah SAW)

    Umur ketika wafat : 28 tahun

    Tempat makam : Al-Baqi di Madinah Al-Munawarah

    b. Sifat Mulia Saidatina Fatimah Az-Zahra

    1. Sabar menghadapi kematian keluarga.

    Beliau sabar menghadapi kematian ibunya Saidatina

    Khadijah dan kakaknya, Ruqiah, Zainab dan Ummu

    Kalthum.

  • 8/2/2019 pai tg3

    2/11

    Beliau mengambil tempat ibunya untuk menjaga

    Rasulullah.

    Beliau sabar atas kematian ayahandanya Rasulullah

    SAW orang yang paling disayanginya.

    2. Mentaati ayahanda.

    Beliau menjaga ayahandanya selepas kematian ibunya

    Saidatina Khadijah.

    Beliau menjaga makan minum dan pakaian ayahandanya

    seperti ibunya sehingga mendapat panggilan timangan

    Rasulullah dengan Ummu Abiha yang bermaksud ibukepada ayahnya.

    Beliau tidak berkahwin sehingga ayahandanya

    berkahwin dengan Saidatina Aisyah.

    Walaupun mas kahwin yang diberikan tidak mahal,

    beliau mentaati keputusan ayahandanya.

    3. Redha menghadapi kesusahan.

    Beliau sering kekurangan makanan. Pada suatu hari,

    Rasulullah menziarahi Fatimah yang sedang menumbuk

    gandum. Rasulullah bersabda kepadanya: Wahai

    Fatimah, bersabarlah menghadapi kesusahan dunia jika

    ingin mendapat ganjaran akhirat. Kemudian Rasulullah

    berdoa yang bermaksud: Ya Allah, Tuhan yang

    mengenyangkan orang yang lapar dan menghilangkan

    kesempitan, angkatlah kedukaan Fatimah bintiMuhammad.

    4. Taat kepada suami.

  • 8/2/2019 pai tg3

    3/11

    Beliau setia kepada suaminya sejak dari awal

    perkahwinan walaupun menerima mas kahwin yang

    rendah.

    Beliau menjaga maruah sebagai seorang isteri dan tidakpernah keluar rumah tanpa mendapat keizinan.

    Beliau membantu suaminya melakukan kerja-kerja

    harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan

    membakar roti.

    Beliau tidak pernah ingkar suruhan suaminya.

    Sentiasa menyokong perjuangan suaminya menjalankandakwah bersama-sama Rasulullah.

    5. Kejayaan mendidik anak.

    Al-Hasan, Al-Husin dan Zainab tidak pernah

    membantah dan menderhaka kepadanya dan suaminya.

    Al-Hasan dan Al-Husin dipilih oleh Allah menjadi

    Sayyid Syabab Ahli Jannah iaitu ketua pemuda ahli

    syurga.

    Zainab mengadakan majlis pengajian khusus untuk

    wanita menjadi seorang pejuang bersama Saidina Al-

    Husin, dan merupakan ahli sasterawan Islam pada

    zamannya.

    Ramai keturunan beliau menjadi ulama dan tokoh

    ilmuwan Islam hingga akhir zaman.

    6. Tidak berbangga walaupun anak Rasulullah.

    Beliau tidak tamak menggunakan harta Baitulmal untuk

    kepentingan dirinya.

  • 8/2/2019 pai tg3

    4/11

    Beliau tidak mengambil kesempatan mendesak

    Rasulullah memberi khadam kepadanya walaupun

    hidupnya susah.

    Beliau sanggup menerima tetamu walaupun tetamu itudaripada kalangan anak yatim, orang miskin dan

    tawanan perang. Beliau dan suaminya sanggup menahan

    lapar kerana menghidangkan makanan kepada tetamu.

    7. Bertanggungjawab semasa ayahandanya sakit.

    Beliau sentiasa berada di samping Rasulullah ketika

    sakit.

    Beliau amat mengambil berat terhadap ayahandanya

    dengan merawat dan menjaga makan minumnya.

    Ketika berumur 10 tahun, beliau membersihkan kepala

    dan belakang Rasulullah yang berlumuran najis kerana

    dilontarkan oleh masyarakat Quraisy ketika baginda

    sedang sujud berdekatan Kaabah.

    c. Sumbangan Saidatina Fatimah Az-Zahra

    1. Menjadi pendorong dan motivasi kepadda Rasulullah

    ketika baginda menerima tekanan dan tentangan

    masyarakat Quraisy di Mekkah.

    2. Sentiasa memberi bantuan semasa Rasulullah

    menjalankan dakwah.

    3. Membantu suaminya Saidina Ali bin Abu Talib

    menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk

    memasuki medan peperangan.

  • 8/2/2019 pai tg3

    5/11

    4. Bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan

    kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan

    Uhud.

    5. Menyediakan makanan untuk tentera Islam yangmenggali parit dalam peperangan Khandak.

    d. Faedah Mencontohi Peribadi Saidatina Fatimah Az-Zahra

    1. Anak soleh.

    Mendapat keredhaan Allah SWT.

    Mendapat restu daripada ibu bapa.

    Kehidupan diberkati Allah SWT.

    Maruah ibu bapa terpelihara dan kehidupan mereka

    semasa tua terjamin.

    2. Isteri yang taat.

    Rumah tangga aman dan bahagia.

    Menjadi motivasi dalam kerjaya suami.

    Menjadi contoh rumah tangga bahagia kepada

    masyarakat.

    Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

    Disegani dan dihormati oleh masyarakat.

    3. Ibu penyayang.

    Anak mendapat kasih sayang yang sempurna

    daripada seorang ibu.

  • 8/2/2019 pai tg3

    6/11

    Memberi pendidikan yang lengkap dan sempurna

    kepada anak-anak.

    Melahirkan anak-anak soleh yang menjadi pemimpin

    masyarakat dan negara.

    Anak akan memberi syafaat pada hari akhirat atas

    pendidikan yang diberikan.

    SAIDATINA AISYAH ILMUWAN WANITA TERUNGGUL

  • 8/2/2019 pai tg3

    7/11

    a. Biodata Saidatina Aisyah R.A.

    Nama : Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq R.A.

    Gelaran : Al-Humaira (putih kemerah-kemerahan)

    Nama bapa : Abu Bakar bin Abu Khuhafah bin Umar

    Nama ibu : Ruman binti Umair bin Amir

    Tarikh lahir : 8 tahun sebelum Hijrah, iaitu pada tahun

    614M

    Tempat lahir : Mekah al-Mukaramah

    Nama suami : Muhammad bin Abdullah (Rasulullah SAW)

    Tarikh kahwin : Bulan Syawal, tahun ke-10 kenabian.

    Tarikh wafat : 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah.

    Umur wafat : 67 tahun.

    Tempat wafat : Madinah al-Munawarah.

    Tempat makam : Al-Baqi, Madinah al-Munawarah.

    b. Sifat-sifat Mulia Saidatina Aisyah

    1. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Sejak dari zaman kanak-

    kanak lagi beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap

    ilmu pengetahuan.

    2. Sabar, cekal dan tabah. Beliau tidak pernah mengeluh walaumenempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Beliau juga amat cekal

    dan tabah dalam menghadapi dugaan kehidupan seperti fitnah

    yang dilemparkan kepadanya dalam peristiwa Hadis al-Ifk.

  • 8/2/2019 pai tg3

    8/11

    3. Dermawan. Beliau sanggup menjual barang kepunyaannya

    semata-mata membantu orang lain.

    4. Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami, tegas dan berani

    menegakkan kebenaran dan banyak lagi.

    c. Faktor Keunggulan Jati Diri Saidatina Aisyah

    1. Keimanan dan akidah yang kukuh.

    2. Mendampingi Rasulullah SAW setelah menjadi isteri baginda.

    3. Ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam.

    4. Mempunyai semangat jihad yang tinggi.5. Memelihara maruah diri.

    d. Sumbangan Saidatina Aisyah

    1. Tafsir al-Quran.

    Memperkaya bidang tafsir al-Quran.

    Sering dijadikan tempat rujukan bagi para sahabat.

    2. Hadis.

    Banyak merawikan hadis daripada Rasulullah. Beliau telah

    merawikan tidak kurang daripada 1210 hadis.

    Menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai.

    3. Kewanitaan.

    Memberi fatwa tentang agama terutamanya yang

    berkaitan dengan kewanitaan.

    4. Seorang pejuang Islam yang bersama-sama Rasulullah dalam

    beberapa peperangan menentang musuh.

  • 8/2/2019 pai tg3

    9/11

    Saidina Khalid bin al-Walid Perwira Perkasa

    a. Biodata Saidina Khalid bin al-Walid

    Nama : Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah.

    Keturunan : Bani Makhzum.

    Tarikh Lahir : 592M.

    Nama bapa : al-Walid bin al-Mughirah bin Abdullah bin

    Umar bin Makhzum.

    Nama ibu : Lubabah binti al-Harith saudara perempuan

    kepada Maimunah binti al-Harith (isteri Nabi

    SAW).

    Tempat lahir : Mekkah al-Mukaramah.

    Tarikh peluk Islam : Bulan Safar tahun 8 Hijrah.

    Tarikh wafat : tahun 21 Hijrah.

    Umur wafat : 60 tahun.

    Tempat makam : Hims, Syria.

    Gelaran : Saifullah (pedang Allah).

    Kerjaya : Panglima tentera.

  • 8/2/2019 pai tg3

    10/11

    b. Sifat-sifat Mulia Khalid bin al-Walid

    1. Berwawasan.

    Beliau berwawasan dan bercita-cita tinggi ingin syahid di

    jalan Allah. Oleh itu, beliau menyertai setiap peperangan

    agar mencapai cita-citanya itu. Walau bagaimanapun,

    beliau terselamat dalam kesemua peperangan yang

    disertai. Sebelum meninggal dunia, beliau berkata, Aku

    telah menyertai seratus peperangan, setiap inci tubuhku

    ini dipenuhi dengan tikaman, namun sekarang aku akan

    mati di tempat tidur.

    2. Tegas.

    Dalam perang Yamruk, panglima Rom dengan angkuhnya

    merendah-rendahkan moral tentera Muslimin sambil

    berkata, Sekiranya kamu mahu berundur akan aku

    berikan setiap seorang makanan, pakaian, dan wang 10

    dinar. Khalid al-Walid menjawab dengan tegas, Kami

    tidak ke sini kerana kelaparan, tetapi kami datang ke sini

    kerana kami dahagakan darah kamu.3. Bertanggungjawab.

    Dalam peperangan Yamruk, beliau sempat berdialog

    dengan seorang panglima Rom yang bernama George.

    Saidina Khalid menjelaskan tanggungjawabnya sebagai

    Muslim dengan mengajak George memeluk Islam. Akhirnya

    George memeluk Islam dan mengucap dua kalimah

    syahadah di hadapan Khalid. Beliau sempat belajardaripada Saidina Khalid cara menunaikan solat. George

    gugur syahid selepas sempat menunaikan solat dua rakaat.

    4. Berani.

  • 8/2/2019 pai tg3

    11/11