panduan pengguna sistem data praisi...panduan pengguna data praisi 13 1.8.4 sekiranya butang diklik...
TRANSCRIPT
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
1
PANDUAN PENGGUNA SISTEM
DATA PRAISI
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
2
SISTEM DATA PRAISI
1.0 Layari https://e.hasil.gov.my. Laman e-Hasil akan tertera seperti berikut.
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
3
1.1 Sila klik pada menu “Login e-Data Praisi” untuk menghantar data praisi.
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
4
1.2 Laman “Login e-Data Praisi” akan tertera seperti berikut:
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
5
1.3 Klik pautan “Muat Turun Layout Maklumat Praisi” ataupun “Muat Turun Manual
Pengguna e-Filing Data Praisi” untuk memuat turun layout maklumat praisi dalam bentuk
pdf sebagai rujukan (sekiranya perlu).
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
6
1.4 Pada laman “Login e-Data Praisi”, masukkan No. Pengenalan, No. Majikan
dan Kata Laluan (bagi Sijil Digital); seterusnya klik butang untuk ke skrin
yang seterusnya. Sijil digital yang digunakan adalah sijil individu. Sekiranya pengguna
tiada sijil digital, sila ke cawangan LHDNM yang berdekatan untuk mendapatkan
nombor PIN bagi pendaftaran sijil digital.
Medan Input Penerangan
No. Pengenalan Nombor pengenalan individu wakil majikan
No. Majikan 10 digit nombor majikan. Contoh : 2900030000
Kata Laluan Kata laluan yang dibuat semasa login kali pertama pendaftaran
sijil digital
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
7
1.5 Jika maklumat yang dimasukkan adalah sama dan wujud di dalam sistem, skrin seperti
langkah 1.7 akan dipaparkan.
1.6 Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak sama atau tidak wujud di dalam sistem, skrin
berikut akan dipaparkan.
Sila pastikan No. Pengenalan, No. Majikan dan Kata Laluan dimasukkan dengan
betul
Klik untuk memasukkan maklumat yang betul sekali lagi kemudian
klik .
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
8
1.7 Jika No. Pengenalan, No. Majikan dan Kata Laluan yang dimasukkan pada langkah 1.4
adalah betul dan wujud, skrin berikut akan dipaparkan.
1.8 Menu yang terdapat pada bahagian kiri halaman ialah :
1. Muat Naik Data Praisi – Untuk membuat semakan format fail praisi dan
menghantar fail data praisi ke pelayan (server).
2. Semakan Penghantaran – Membuat semakan penghantaran fail praisi yang berjaya
dihantar ke pelayan (server).
3. Layout Maklumat Praisi – Memuat turun fail ‘Layout Maklumat Praisi’ dalam
format .pdf.
4. Manual Pengguna Data Praisi – Memuat turun fail ‘Manual Pengguna Data Praisi’
dalam format .pdf.
5. FAQ Data Praisi – Memuat turun fail ‘FAQ Data Praisi’ dalam format .pdf.
6. Contoh Textfile Data Praisi - Memuat turun contoh softcopy textfile data praisi.
7. Keluar – Log keluar dari Sistem e-Filing Data Praisi dan kembali ke laman utama
https://e.hasil.gov.my.
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
9
1.8.1 Klik menu “Muat Naik Data Praisi” untuk menghantar data praisi. Skrin “Muat Naik
Data Praisi” seperti berikut dipaparkan untuk menghantar data praisi.
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
10
1.8.2 Klik untuk memilih fail dalam format .txt yang ingin dimuat naik ke
pelayan (server). Seterusnya, pengguna boleh memilih untuk
Klik butang untuk membuat semakan format data sahaja;
atau
Klik butang untuk membuat semakan format data dan memuat naik
fail ke pelayan (server).
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
11
1.8.3 Sekiranya format data terdapat kesalahan, error message akan dipaparkan seperti skrin
di bawah. Pengguna perlu membetulkan kesilapan format seperti yang dinyatakan oleh
sistem dan seterusnya melakukan langkah 1.8.2 semula.
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
12
1.8.3.1 Senarai error message yang mungkin dipaparkan adalah seperti berikut:
Bil Error Message
1 Fail anda GAGAL mematuhi format yang ditetapkan
Penyelesaian : Lakukan pembetulan pada medan yang dinyatakan salah mengikut
format yang telah ditetapkan.
2 Fail anda GAGAL diproses. Fail dengan nama yang sama telah wujud. Mohon
muat naik fail dengan nama yang lain. Contoh: P0123456789(1)_2012
Penyelesaian : Tukar fail yang akan dimuatnaik dengan nama yang lain.
Contoh: Fail dengan nama P0123456789_2012 telah wujud dalam sistem, maka
tukar nama fail yang akan dimuatnaik kepada P0123456789(1)_2012.
3 Fail anda GAGAL diproses. Sistem hanya membenarkan fail berformat .txt sahaja
dimuatnaik ke pelayan
Penyelesaian : Muatnaik fail yang berformat .txt (Notepad) sahaja.
4 Fail anda GAGAL diproses. Mohon muat naik fail untuk Tahun Taksiran 2012
Penyelesaian : Namakan semula fail yang dimuatnaik dengan tahun taksiran yang
betul. Contoh : P0123456789(1)_2012 dimana 2012 ialah tahun taksiran semasa.
5 Fail anda GAGAL diproses. Mohon muat naik fail dengan menggunakan format
yang ditetapkan. Contoh: P0123456789_2012
Penyelesaian : Namakan fail mengikut format yang telah ditetapkan.
Contoh: P0123456789_2012 dimana 0123456789 merupakan nombor majikan
kemudian diikuti dengan simbol ‘_’ dan 2012 merupakan tahun taksiran semasa.
6 Fail anda GAGAL diproses. Fail anda melebihi had saiz maksimum yang
dibenarkan.(Max=10MB)
Penyelesaian : Sekiranya fail yang hendak dimuatnaik melebihi had maksimum
yang dibenarkan, pecahkan fail kepada 2 bahagian atau lebih.
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
13
1.8.4 Sekiranya butang diklik dan fail berjaya disemak oleh sistem tanpa
sebarang kesalahan, skrin dengan mesej seperti dibawah akan dipaparkan.
Pengguna boleh terus memuat naik fail ke pelayan (server) dengan menekan butang
.
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
14
1.8.5 Sekiranya butang diklik dan fail berjaya disemak oleh sistem tanpa
sebarang kesalahan, skrin dengan mesej seperti di bawah akan dipaparkan. Ini bererti fail
pengguna telah berjaya dimuat naik ke dalam sistem.
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
15
1.9 Klik menu “Semakan Penghantaran” untuk menyemak senarai fail yang berjaya
dimuatkan naik ke pelayan (server).
1.9.1 Skrin “Semakan Penghantaran” seperti berikut akan dipaparkan. Pada skrin ini, senarai
fail yang berjaya dimuatnaik ke pelayan (server) akan dipaparkan.
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
16
1.10 Klik pada menu “Layout Maklumat Praisi” untuk memuat turun fail “Layout Maklumat
Praisi” dalam format .pdf. Manakala klik pada menu “Manual Pengguna Data Praisi”
untuk memuat turun fail “Manual Pengguna Data Praisi”. Klik pada menu “FAQ Data
Praisi” untuk memuat turun fail “FAQ Data Praisi” dalam format .pdf. Manakala klik
pada menu “Contoh Textfile Data Praisi” untuk memuat turun softcopy contoh textfile
data praisi.
PANDUAN PENGGUNA DATA PRAISI
17
1.11 Klik menu “Keluar” untuk keluar dari sistem dan kembali ke laman utama
https://e.hasil.gov.my.