panduan pentaksiran kajian tindakan
DESCRIPTION
Kajian TindakanTRANSCRIPT
PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN IPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
1.0 PENGENALAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih bakal guru dalam pelbagai bidang khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Kursus Penyelidikan Tindakan I dalam program ini adalah bertujuan melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan keterampilan menyediakan kertas cadangan Penyelidikan Tindakan sebagai wahana meningkatkan profesionalisme guru. Amalan Penyelidikan Tindakan dalam kalangan guru akan memberikan impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru. Penyelidikan Tindakan juga boleh membina keupayaan intelek yang dapat membantu guru melihat proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang dinamik dan berkembang sejajar dengan perkembangan ilmu keguruan dan pendidikan.
2.0 RASIONAL
Proforma Kursus Penyelidikan Tindakan I PISMP memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan dan berketrampilan mempraktikkan kemahiran penyelidikan yang diperolehi. Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan perlu dinilai dari masa ke semasa secara sistematik. Penilaian Kerja Kursus adalah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam usaha mengekalkan tahap dan pencapaian pelajar sepanjang pengajian di IPG.
Justeru, Panduan Pentaksiran Penyelidikan Tindakan I ini disediakan sebagai satu garis panduan pelaksanaan dan pentaksiran Kerja Kursus berbentuk Projek (Kertas cadangan Kajian Tindakan) bagi memastikan pelajar-pelajar mencapai tahap penguasaan kemahiran yang diperlukan dalam merancang kertas cadangan Kajian Tindakan. Melalui panduan ini juga diharapkan, pentaksiran Penyelidikan Tindakan I dapat dilaksanakan dengan sistematik serta meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran tersebut.
3.0 OBJEKTIF PANDUAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN I
3.1 Menyeragamkan proses pentaksiran Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
3.2 Menyediakan instrumen pentaksiran kertas cadangan Penyelidikan Tindakan
3.3 Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran yang dilaksanakan.
3.4 Sebagai dokumen rujukan dan panduan dalam pengurusan pentaksiran dan penilaian, serta kawalan mutu dan keselamatan.
4.0 STRUKTUR PENTAKSIRAN
Struktur Pentaksiran Penyelidikan Tindakan l Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
BIL KURSUS KOD KREDIT PEPKERJA KURSUS
CATATANPROJEK KKP AMALI
1. Penyelidikan Tindakan l – Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (Kaedah)
BMM3113 3 (3+0) 50% 50% - -
2. Penyelidikan Tindakan l – Bahasa Arab Pendidikan Rendah (Kaedah)
BAM3113 3 (3+0) 50% 50% - -
3. Penyelidikan Tindakan l – Bahasa Cina Pendidikan Rendah (Kaedah)
BCN3113 3 (3+0) 50% 50% - -
4. Penyelidikan Tindakan l – Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (Kaedah)
BTM3113 3 (3+0) 50% 50% - -
5. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Kaedah)
PIM3113 3 (3+0) 50% 50% - -
6. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (Kaedah)
PJM3116 3 (3+0) 50% 50% - -
BIL KURSUS KOD KREDIT PEPKERJA KURSUS
CATATANPROJEK KKP AMALI
7. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Prasekolah (Kaedah)
PRA3113 3 (3+0) 50% 50% - -
8. Penyelidikan Tindakan l – Pengajian Sosial Pendidikan Rendah (Kaedah)
PSS3113 3 (3+0) 50% 50% - -
9. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (Kaedah)
PSV3113 3 (3+0) 50% 50% - -
10. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (Kaedah)
MZU3122 3 (3+0) 50% 50% - -
11. Action Research l – Primary Mathematics (Methodology)
MTE3113 3 (3+0) 50% 50% - -
12. Action Research l – Primary Science (Methodology)
SCE3113 3 (3+0) 50% 50% - -
13. Penyelidikan Tindakan l – Reka Bentuk Teknologi Pendidikan Rendah (Kaedah)
RBT3113 3 (3+0) 50% 50% - -
14. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah (Kaedah)
PKB3113 3 (3+0) 50% 50% - -
15. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah (Kaedah)
PKD3115 3 (3+0) 50% 50% - -
16. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah (Kaedah)
PKL3115 3 (3+0) 50% 50% - -
17. Penyelidikan Tindakan l – Pendidikan Khas Masalah Pemulihan (Kaedah)
PKP3115 3 (3+0) 50% 50% - -
Jadual I : Kursus-kursus yang melibatkan pentaksiran Penyelidikan Tindakan l
5.0 PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN I
5.1 Panduan pelaksanaan pentaksiran Penyelidikan Tindakan I ini digunapakai untuk semua kursus major berdasarkan hasil pembelajaran yang terkandung dalam proforma kursus major. Sehubungan itu guru pelatih perlu mengaitkan fokus kajian mereka kepada major masing-masing.
5.2 Kerja Kursus bagi Kursus Penyelidikan Tindakan I ini adalah berbentuk projek yang telah diselaraskan bentuk dan format penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan untuk semua kursus major.
6.0 PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
6.1 Seorang pensyarah (Penyelia) membimbing dan menilai sekumpulan pelajar antara 1 hingga 5 orang guru pelatih
6.2 Pentaksiran menggunakan skala pemarkahan seperti yang ditetapkan dalam rubrik pemarkahan kursus
yang berkenaan
6.3 Markah dari setiap aspek yang dinilai hendaklah digabungkan dalam satu borang rumusan.
6.4 Pengiraan markah akhir dalam borang rumusan adalah berasaskan kiraan peratus.
7.0 PANDUAN FORMAT PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Nama penyelidik Nama Institusi / SekolahIsi Kandungan
PENDAHULUAN
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu / Refleksi sorotan Litratur
FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Tinjauan dan Analisis Masalah
OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
KUMPULAN SASARAN
PELAKSANAAN KAJIAN
Perancangan langkah-langkah tindakan Perancangan cara mengumpul data Perancangan cara menganalisis data
PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan Kos Kajian
Senarai Rujukan
Lampiran
8.0 SPESIFIKASI PENTAKSIRAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI WAJARAN
1 Kertas Cadangan Kajian Tindakan
1.0 PENDAHULUAN Refleksi pengalaman yang lalu /
Refleksi Sorotan Literatur
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Tinjauan dan Analisis Masalah
10
25
Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas
Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan
Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P
Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan
Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas
Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut: Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada
50%
BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI WAJARAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
4.0 KUMPULAN SASARAN
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan
5
5
sekolah
Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas
Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara amat terperinci
Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara berikut
fokus tindakan pencapaian tindakan
Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian
Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik ciri-ciri unik yang lain
Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas
BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI WAJARAN
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Jadual pelaksanaan Kos kajian
6.0 TINJAUAN LITERATUR
10
10
10
5
10
Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas
Merancang kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan
Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan
Kaedah analisis data amat tepat bagi jenis data yang dikumpul
Perancangan kaedah analisis data dijelaskan dengan amat baik
Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt dengan lengkap
Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci
Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti dengan amat jelas
Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang amat sesuai
BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI WAJARAN
Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 5 sumber kajian lepas yang tepat dan releven
Penulisan rujukan dan bibliografi yang betul (sistem APA)
2. Sahsiah 10Menunjukkan tindakbalas yang amat positif terhadap komen atau kritikan.
Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan.
Menunjukkan tahap penglibatan yang cemerlang.
Mengamalkan etika penyelidikan
JUMLAH 100
9.0 RUBRIK PENTAKSIRAN
9.1 Rubrik Pentaksiran Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan
Aspek
KriteriaCEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH
(9-10) (7-8) (4-6) (1-3)1.0 PENDAHULUAN Refleksi
pengalaman yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur
(10 markah)
Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas
Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan
Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P
Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan
Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian jelas
Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus berkesan
Membincangkan andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P
Membincangkan secara terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan
Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian secara kurang jelas
Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus secara kurang berkesan
Membincangkan secara kurang jelas andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P
Membincangkan secara kurang jelas terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan
Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian secara tidak jelas
Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus secara tidak berkesan
Membincangkan secara tidak jelas andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P
Membincangkan secara tidak terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINANTinjauan dan Analisis Masalah
(25 markah)
Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas
Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut:
Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan baik dan jelas
Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan 4 daripada 6 kriteria berikut:
Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan kurang baik dan kurang jelas
Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan 3 daripada 6 kriteria berikut:
Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid secara tidak baik dan tidak jelas
Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan 2 daripada 6 kriteria berikut:
Aspek
KriteriaCEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH
(9-10) (7-8) (4-6) (1-3) Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada
sekolah
Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas
Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara amat terperinci
Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada
sekolah
Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan jelas
Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara terperinci
Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada
sekolah
Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan kurang jelas
Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara kurang jelas
Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada
sekolah
Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan secara tidak jelas
Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara tidak jelas
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
(5 markah)
Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara berikut
fokus tindakan pencapaian
tindakan
Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian
Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan jelas 3 perkara berikut
fokus tindakan pencapaian tindakan
Soalan kajian relevan dengan objektif kajian
Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan kurang jelas 3 perkara berikut
fokus tindakan pencapaian
tindakan
Soalan kajian kurang relevan dengan objektif kajian
Pernyataan objektif kajian tindakan tidak dinyatakan dengan jelas 3 perkara berikut
fokus tindakan pencapaian
tindakan
Soalan kajian tidak relevan dengan objektif kajian
Aspek
KriteriaCEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH
(9-10) (7-8) (4-6) (1-3)(5) (4) (3) (1-2)
4.0 KUMPULAN SASARAN(5 markah)
Memerihalkan ciri-ciri respoden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik ciri-ciri unik yang lain
Memerihalkan ciri-ciri respoden secara terperinci 4 perkara berikut: bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik
ciri-ciri unik yang lain
Memerihalkan ciri-ciri respoden secara terperinci 3 perkara berikut: bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik ciri-ciri unik yang lain
Memerihalkan ciri-ciri respoden secara terperinci 2 perkara berikut: bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik
ciri-ciri unik yang lain
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
(10 markah)
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data
Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas
Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas
Merancang kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian
Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan jelas
Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan jelas
Merancang kaedah pengumpulan data yang sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan
Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan kurang jelas
Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan kurang jelas
Merancang kaedah pengumpulan data yang kurang sesuai untuk menjawab soalan kajian
Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) secara tidak jelas
Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan secara tidak jelas
Merancang kaedah pengumpulan data secara tidak sesuai untuk menjawab soalan kajian
Aspek
KriteriaCEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH
(9-10) (7-8) (4-6) (1-3) (10 markah)
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data(10 markah)
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Jadual pelaksanaan
Kos kajian(5 markah)
tindakan
Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan
Kaedah analisis data amat tepat bagi jenis data yang dikumpul
Perancangan kaedah analisis data dijelaskan dengan amat baik
Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt dengan lengkap
Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci
Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan terperinci dan dilampirkan
Kaedah analisis data tepat bagi jenis data yang dikumpul
Perancangan kaedah analisis data dijelaskan dengan baik
Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt dengan hampir lengkap
Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci
tindakan
Instrumen kajian tindakan dijelaskan secara kurang terperinci dan dilampirkan
Kaedah analisis data kurang tepat bagi jenis data yang dikumpul
Perancangan kaedah analisis data dijelaskan secara kurang baik
Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt secara kurang lengkap
Menyediakan anggaran kos kajian secara kurang terperinci
tindakan
Instrumen kajian tindakan dijelaskan secara tidak terperinci dan dilampirkan
Kaedah analisis data tidak tepat bagi jenis data yang dikumpul
Perancangan kaedah analisis data tidak dijelaskan dengan baik
Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt secara tidak lengkap
Menyediakan anggaran kos kajian secara tidak terperinci
6.0 TINJAUAN LITERATUR(10 markah)
Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti dengan amat jelas
Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang amat
Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti dengan jelas
Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang sesuai
Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti secara kurang jelas
Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang kurang
Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti secara tidak jelas
Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang tidak
Aspek
KriteriaCEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH
(9-10) (7-8) (4-6) (1-3)sesuai
Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 5 sumber kajian lepas yang tepat dan releven
Penulisan rujukan dan bibliografi yang betul (sistem APA)
Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 4 sumber kajian lepas yang tepat dan releven
Penulisan rujukan dan bibliografi hampir betul (sistem APA)
sesuai
Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 3 sumber kajian lepas yang kurang tepat dan kurang releven
Penulisan rujukan dan bibliografi yang kurang betul (sistem APA)
sesuai
Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 3 sumber kajian lepas yang tidak tepat dan tidak releven
Penulisan rujukan dan bibliografi yang tidak betul (sistem APA)
SAHSIAH
(10 markah)
Menunjukkan tindakbalas yang amat positif terhadap komen atau kritikan.
Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan.
Menunjukkan tahap penglibatan yang cemerlang.
Mengamalkan etika penyelidikan
Menunjukkan tindakbalas yang positif terhadap komen atau kritikan.
Menunjukkan komitmen yang baik dalam menyelesaikan tugasan.
Menunjukkan tahap penglibatan yang baik.
Mengamalkan etika penyelidikan
Menunjukkan sikap kurang terbuka dalam menerima komen atau kritikan.
Menunjukkan komitmen yang memuaskan dalam menyelesaikan tugasan. Menunjukkan tahap penglibatan yang memuaskan.
Mengamalkan etika penyelidikan
Bertindakbalas secara negative terhadap komen atau kritikan.
Tidak menunjukkan komitmen dalam menyelesaikan tugasan.
Sangat kurang menunjukkan penglibatan.
Mengamalkan etika penyelidikan
10.0 SYARAT LULUS PENTAKSIRAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
10.1 Pelajar lulus
10.1.1 Kehadiran 100% dalam pengajaran dan pembelajaran
10.1.2 Pelajar wajib menghasilkan kertas cadangan Penyelidikan Tindakan l dengan lengkap mengikut format dan kriteria yang ditetapkan
10.1.3 Mencapai markah keseluruhan sekurang-kurangnya 40%
10.2 Pelajar Gagal
10.2.1 Tidak Melengkap dan Menyempurnakan kertas cadangan Penyelidikan Tindakan l
10.2.2 Tidak mencapai markah 40% ke atas
10.2.3 Pelajar yang tidak melengkap dan menyempurnakan kertas cadangan Penyelidikan Tindakan l dikehendaki mengulang.
10.2.4 Pelajar dikehendaki mengulang pentaksiran tersebut pada tarikh yang ditetapkan.
10.2.5 Pelajar yang lulus pentaksiran ulangan hanya diberi gred lulus sahaja.
11.0 KAWALAN KESELAMATAN
11.1 Kawalan Mutu
11.1.1 Pentaksiran Kerja Kursus ini wajib dimoderasikan
11.1.2. Pentaksiran kerja kursus ini hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan.
11.1.3 Pemantauan akan dilakukan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklum balas tentang pentaksiran yang dilaksanakan
11.2 Pengurusan Keselamatan Dokumen
11.2.1 Maklumat dan data tentang seseorang pelajar adalah dokumen terhad.
11.2.2 Instrumen pentaksiran yang digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad.
11.2.3 Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGM.
AHLI PANEL PENGGUBALAN
BILNAMA IPG
1 Dr CHOW FOOK MENG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS
2 TUAN HAJI HADI B MOHAMAD INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT TERENGGANU
3 EN ABU BAKAR B MOHAMAD RASHID INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS
4 Dr ISMAIL B ABAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, SELANGOR
5 EN PUTRA ABDUL RAHMAN B IBRAHIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, KEDAH
BILNAMA IPG
6 PN HJH SOFIAH BT ZAKARIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS
7 Dr YASMIN BT HUSSAIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
8 CIK HJH NOOR HAYATI BT MOHAMED INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
9 EN KAHAR B AHMAD INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
10 UST AINON BT WAZIR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, SELANGOR
11 EN YUSRI B HUSSAIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
12 PN JESMA BT ISMAIL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS
13 EN CHONG BENG HOOI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH
BILNAMA IPG
14 EN TAMIL MARAN A/L BADRAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH
15 CIK FRAULEIN LIPUN ANGKING INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, SARAWAK
16 EN MOHD YUSOF B SAAD INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR
15.0 PENYELARAS
BILNAMA BPG
1 DATIN Dr HJH FOWZIA BT OSMAN UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
2 PN RADZIAH BT MUHAMMAD UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU