pbs pengajian am 2013
TRANSCRIPT
TAJUK PBS PENGAJIAN AM :
KELEBIHAN DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT DI
PASAR RAYA BESAR GIANT KEPADA PENGGUNA.
1
2.0 KANDUNGAN
BIL. PERKARA HALAMAN
1.0 Sinopsis 1
3.0 Penghargaan 2
4.0 Pengenalan 3-4
5.0 Objektif Kajian 5
6.0 Lokasi Kajian 6
7.0 Kaedah Kajian 7-10
8.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 11-35
9.0 Kesimpulan 36
10.0 Rujukan 37
11.0 Lampiran 38-44
2
1.0 Sinopsis
Kajian yang bertajuk- Kepentingan dan Permasalahan Pasar Raya
Besar Giant kepada pengunjung/pelanggan, ini bertujuan untuk
mengenalpasti kepentingan serta permasalahan yang terdapat di Pasar Raya
Besar Giant terhadap pengguna. Seramai 30 orang pengguna dipilih sebagai
sampel kajian.
Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian
yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi
responden dan Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek
persoalan kajian. Terdapat dua persoalan kajian yang diutarakan dalam
kajian ini iaitu faktor kepentingan dan permasalahan yang berlaku ketika
pengguna berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant.
Dapatan kajian menunjukkan kepentingan paling mempengaruhi
pengguna berbanding permasalahan dalam kajian ini. Walaubagaimanapun,
analisis mendapati kepentingan dan permasalahan berada dalam kedudukan
yang seimbang dalam kajian yang saya lakukan ini. Akhir sekali, beberapa
implikasi kajian terhadap kepentingan dan permasalahan dicadangkan serta
beberapa cadangan untuk kajian lanjutan juga turut dikemukakan.
3
3.0 PENGHARGAAN
Assalammualaikum, syukur Alhamdulillah dan saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga
terhasilnya kerja kursus saya mengenai permasalah dan kelebihan yang terdapat Pasar Raya
Besar Giant kepada pengguna.
Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai
bantuan dan kebenaran menjalankan kajian.Setinggi-tinggi penghargaan kepada Razuwan Bin
Ramli dan Mohd Zaini Bin Ismail, guru Pengajian Am saya yang telah memberi panduan,
nasihat serta bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang masa kajian ini dijalankan. Dan yang paling
utama ucapan ribuan terima kasihi juga ditujukan kepada ibu bapa tersayang kerana telah
memberi banyak perhatian dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi
kerjasama serta sumbangan yang ikhlas yang dihulurkan semasa kajian ini dijalankan. Ucapan
terima kasih juga kepada semua pengunjung Pasar Raya Besar Giant yang telah memberikan
kerjasama yang baik semasa temubual dan soal selidik dijalankan. Wassalam…
4
4.0 PENGENALAN
Pasar raya ialah sejenis kedai layan diri serbaneka yang menawarkan beraneka
produkmakanan dan keperluan rumah. Pasar raya lazimnya lebih besar dan banyak pilihannya
berbanding kedai runcit dan lebih kecil berbanding pasar raya besar.Pasar raya biasanya
merangkumi bahagian daging, hasil tani, tenusu, dan makanan bakar bersama dengan ruangan
rak yang dimaksudkan untuk barangan bertin dan berbungkus serta juga untuk pelbagai barangan
bukan makanan seperti pembersih rumah, produk farmasi dan bekalan haiwan. Kebanyakan
pasar raya juga menjual pelbagai keperluan rumah lain yang kerap diguna, seperti alkohol (di
mana penggunaan dibenarkan), produk pembersihan rumah, ubat dan pakaian.
Pasar Raya Besar Giant ialah sebuah rangkaian pasar raya dan peruncit yang utama di
Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, dan UAE. Ia adalah anak syarikat Dairy
Farm International Holdings (DFI).
Pasar Raya Besar Giant telah ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai
runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya
ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu. Selepas berpuluh-
puluh tahun berniaga, terdapat sebuah syarikat bertaraf antarabangsa berniat untuk membeli
Giant kerana kebolehan Giant ialah menawarkan produk yang nilainya setimpal dengan harga
yang dikenakan. Dairy Farm International Holding yang telah membeli Giant terus mengekalkan
prinsip itu sehingga dapat mengubah wajah Giant menjadi jenama terkenal .
Setelah enam tahun berusaha , akhirnya telah berjaya mereka bentuk gedungnya
pengenalan produk bukan makanan dalam Pasar Raya Besar Giant , pelaksanaan piawaian runcit
antarabangsa yang merangkumi keselamatan, kebersihan, latihan berstruktur, dan persekitaran
beli-belah yang bertenaga serta juga fungsi pembelian berpusat dan peningkatan mutu operasi,
Dairy Farm telah menjadikan Giant sebagai peneraju yang tidak tercabar dalam sektor peruncitan
Malaysia.
Pada 1999, gedung Pasar Raya Besar Giant pertama dibuka di Shah Alam, Selangor.
Menjelang tahun 2006, syarikat ini telah mengembang untuk mengoperasi sejumlah 86 pasar
raya besar/pasar raya di Malaysia dengan saiz cawangan dari pasar raya besar 350,000 kaki
persegi di Shah Alam hingga pasar raya 11,000 kaki persegi di Bangsar, Kuala Lumpur.
Rangkaian ini juga meliputi 6 gedung di selatan Malaysia iaitu Singapura. Pasar raya besar Giant
menawarkan selingkungan luas barangan tempatan, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil
5
laut yang segar dalam persekitaran pasar basah. Namun begitu masih terdapat pelbagai masalah
yang terdapat di pasar raya ini.
Kadar keburukan yang terdapat di pasar raya telah di hadapi oleh pengguna dapat di lihat
melalui borang soal selidik yang telah di tandakan oleh pengguna telah saya gunakan sebagai
responden bagi mengkaji masalah atau keburukan yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant.
Kajian mendapati terdapat banyak masalah yang ada di pasar raya ini. Oleh itu, saya akan
mengkaji dan mengenal pasti kadar peratusan pengguna yang tidak berpuas hati dengan
perkhidmatan yang di sediakan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 86.7% pelanggan yang datang ke Pasar
Raya Besar Giant bersetuju menyatakan bahawa pekerja di sini tidak begitu mesra dengan
pelanggan yang datang, selain itu, seramai 80% pelanggan bersetuju bahawa terlalu banyak
kaunter pembayaran di tutup, seterusnya pekerja-pekerja di sini terlalu mengambil mudah
tentang kehabisan bekalan barangan di rak pula sebanyak 93.4%, seramai 93.3% pelanggan
terpaksa beratur panjang ketika ingin membayar barangan yang telah di beli. Daripada butiran
yang yang terdapat pada borang soal selidik, jelas menunjukkan bahawa masalah yang terdapat
di Pasar Raya Besar Giant bukanlah hal yang boleh dipandang remeh.
Oleh itu, semua pihak Pasar Raya Besar Giant harus memainkan peranan dan
bekerjasama membuang sikap kurang mesra dan membuat pembaharuan bagi memperbaiki
permasalahan yang di hadapi oleh pelanggan.
6
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang telah dilakukan oleh institut teknologi mara pada
november, 1990 membuktikan bahawa "Pasar raya sebagai tempat yang
popular dikalangan masyarakat masa kini". Terdapat dua objektif utama
kajian ini dijalankan. Pertama adalah untuk mengenalpasti permasalahan
dari semua golongan dari segi umur , bangsa dan jantina ketika berkunjung
ke Pasar Raya. Seterusnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
kepentingan pengguna-pengguna ketika berada di Pasaraya tersebut.
Kaedah methodologi yang digunakan dalam kajiselidik ini ialah dengan
menggunakan borang soal kajiselidik melalui kaedah temuduga secara
bersemuka, seterusnya pengamatan dan ulasan dari kajian-kajian yang
lepas. Didalam kajian ini pensampelan yang digunakan ialah pensampelan
tidak berkemungkinan iaitu pensampelan kuota yang mengandungi 30
responden yang mengikut bangsa Melayu, Cina dan India.
Objektif kajian ini ialah:
1. Mengenalpasti permasalahan yang berlaku ketika pengguna
berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant.
2. Mengenalpasti kelebihan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna.
7
6.0 LOKASI KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Pasar Raya Besar Giant yang terletak di berhampiran
dengan pusat bandar. Lokasi tempat kajian ini terletak bersebelahan dengan Masjid Al-Bukhary
dan pasar.(sila rujuk gambar dan peta yang dilampirkan)
Alamat :
Lot 273 & Lot 3569 Jalan Langgar,
Mukim Alor Malai,
05350 Alor Setar, Kedah.
Tel:04-7335909
Fax: 04-7336125
8
7.0 KAEDAH KAJIAN (METOD)
Kajian ini ialah berbentuk destriptif iaitu meggunakan kaedah soal
selidik untuk mendapatkan kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui
permasalahan dan kepentingan Pasar Raya Besar Giant kepada
pengguna/pelanggan. Terbahagi kepada dua aspek iaitu mengenalpasti
berlaku ketika pengguna berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant dan
mengenalpasti kepentingan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna.
Dapatan kajian ini perolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan
kepada responden iaitu pengunjung di pasar raya tersebut. Manakala
maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif. Data jenis
kuantitatif ialah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan
kekerapan, angka dan peratusan. Ini ialah kerana data jenis kuantitatif
sesuai bagi penyelidikan yang menggunakan instrument soal selidik ,
temubual, serta kaedah perpustakaan untuk mendapatkan maklumat
kajian.
7.2 Kaedah Soal Selidik
Dengan kaedah soal selidik yang dijalankan ialah untuk
mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Selain itu,
melalui kaedah ini juga dapat memudahkan lagi kajian yang hendak
dijalankan. Saya telah menyediakan soal selidik yang sesuai untuk
memenuhi objektif kajian. Borang itu saya edarkan secara rawak
kepada pengunjung Pasar Raya Besar Giant untuk dijadikan responden
dalam kajian ini.
7.3 Kaedah Temubual
9
Kaedah temubual saya ialah menggunakan kaedah tidak formal,
berdasarkan temubual dengan pengunjung secara persendirian.
Sebagai contoh , saya telah melakukan temubual ini dengan beberapa
orang pengguna yang kerap berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant
serta tujuan kunjungan ke pasar raya tersebut. Temubual yang
dilakukan ini sedikit sebanyak membantu dalam memberi matlumat
terhadap kajian yang dibuat. Saya telah menggunakan alat perakam
suara untuk merakan perbualan dan kemudiannya digunakan untuk
menganalisis temubual tersebut.
7.4 Kaedah perpustakaan
Kaedah perpustakaan saya ialah menggunakan internet untuk membuat carian
tentang pasar raya yang saya telah membuat kajian. Selain itu, saya menggunakan
internet juga untuk membuat carian tentang kajian saya melalui Wikipedia dan google.
10
Bahagian A:
Mengenai demografi responden seperti jantina, umur dan bangsa.
Seramai 30 orang responden dijadikan bahan kajian kami.
Bahagian B:
Bahagian ini mempunyai 27 soalan bagi mendapatkan dan mengenal
pasti objektif kajian. Pecahan item terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1. Kepentingan di Pasar Raya Besar Giant.
2. Permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant
Penyelidik menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala
empat mata untuk memperoleh jawapan daripada responden. Skala empat
mata ini terdiri daripada pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju, setuju,
tidak setuju dan sangat tidak setuju. Ianya seperti mana yang ditunjukkan
pada Jadual 1.
Jadual 1: Skala Tahap Persetujuan
Skor Tahap Persetujuan
1
2
3
4
Sangat tidak setuju (STS)
Tidak setuju (TS)
Setuju (S)
Sangat setuju (SS)
11
Rajah 1: Carta Alir Proses Penyelidikan
Berdasarkan Rajah 1, kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan
prosedur kajian yang telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai.
Prosedur kajian dimulakan dengan perbincangan bersama penyelia
mengenai masalah yang ingin dikaji. Perbincangan melibatkan perkara-
perkara seperti mengenal pasti masalah, tajuk dan objektif kajian. Selain itu,
perbincangan juga mengumpul maklumat berkaitan masalah yang telah
dibincangkan, mengenal pasti responden dan kaedah yang digunakan untuk
menganalisis data.
Penyelidikan menyerahkan borang soal selidik kepada responden dan
menerangkan cara-cara untuk menjawab. Setelah borang selesai dijawab,
12
Membina item soalan kajian
mendapatkan kebenaran daripada pihak Pasar Raya
Besar Giant
mengedar soal selidik kepada responden
menganalisis data
mentafsir data
membuat rumusan kajian
penyelidik membuat penganalisisan data bagi mendapatkan dapatan kajian
dan kesimpulan.
8.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan
8.1 Dapatan Kajian
8.1.1 Analisis Bahagian A
i. Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Jadual 2: Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Jantina Frenkuensi Peratusan
Lelaki
Perempuan
6
24
20%
80%
Jumlah 30 100%
20%
80%
lelakiperempuan
Carta Pai 1 Menunjukkan Taburan Responden Mengikut
Jantina
13
Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Analisis
menunjukkan responden yang berjantina perempuan seramai 24 orang
(80%) dan diikuti dengan responden berjantina lelaki seramai enam orang
(20%).
ii. Taburan Responden Berdasarkan Umur
Jadual 3: Taburan Responden Berdasarkan Umur
Umur Frenkuensi Peratusan %
20-25
26-30
31-35
36-40
41-45
46-50
2
3
4
9
6
6
7
10
13
30
20
20
Jumlah 30 100
14
7%
10%
13%
30%
20%
20%
20-2526-3031-3536-4041-4546-50
Carta Pai 2 Taburan Responden Berdasarkan Umur
Jadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Didapati
responden yang berumur 36 hingga 40 tahun merupakan majoriti dalam
kajian ini dengan bilangan seramai sembilan orang (30%) diikuti dengan
responden yang berumur 41 hingga 45 tahun dan 46 hingga 50 tahun
seramai enam orang (20%) , responden yang berumur 31 hingga 35 tahun
seramai empat orang (13%) manakala responden yang berumur 25 hingga
30 tahun seramai tiga orang (10%) dan 20 hingga 25 tahun hanya seramai
dua orang (7%).
15
iii. Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum
Jadual 4: Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum
Bangsa/Kaum Frenkuensi Peratusan%
Melayu
Cina
India
17
7
6
57
23
20
Jumlah 30 100
57%
23%
20%
MelayuCinaIndia
Carta Pai 3 Menunjukkan Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum
Jadual 4 menerangkan tentang taburan responden berdasarkan bangsa.
Hasil kajian menunjukkan bilangan pelanggan yang berbangsa Melayu
seramai 17 orang dengan peratus sebanyak 57% dan diikuti oleh responden
yang berbangsa Cina seramai 7 orang dengan peratus sebanyak 23%.
Manakala responden yang berbangsa India seramai 6 orang dengan
peratusan sebanyak 20%.
16
8.1.2 Analisis Bahagian B
Untuk mengetahui maklumat mengenai kepentingan dan permasalahan yang terdapat di
Pasar Raya Besar Giant kepada pelanggan, penyelidik telah membahagikan empat tahap
persetujuan bagi setiap item kepada dua bahagian iaitu setuju dan tidak setuju. Bahagian setuju
merangkumi mereka yang setuju (S) dan sangat setuju (SS) dengan kenyataan yang saya berikan.
Manakala bahagian tidak setuju pula merangkumi mereka yang tidak setuju (TS) dan sangat
tidak setuju (STS) dengan kenyataan yang di kemukakan.
i. Kelebihan Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna.
Jadual 5: menunjukkan Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Kelebihan yang Terdapat di Pasar
Raya Besar Giant.
Bil Item-item soal selidik Jawapan
TIDAK SETUJU (TS) SETUJU (S)
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
f % f % f % F %
1. Pasar raya ini menyediakan khidmat ‘fast food’.
5 16.7 1 3.3 9 30 15 50
20% 80%
2. Mudah untuk pelanggan mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan.
2 6.7 4 13.3 6 20 18 60
20% 80%
3. Penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di Pasar Raya Besar Giant.
9 30 12 40 5 16.7 4 13.3
70% 30%
4. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang
1 3.3 1 3.3 8 26.7 20 66.7
6.6% 93.4%
17
berlainan kerana terdapat banyak barangan di sana.
5. Tahap keselamatan yang terjamin disediakan.
3 10 3 10 8 26.7 16 53.3
20% 80%
6. Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat memasak dan sebagainya boleh membeli makanan di ‘food court’ yang disediakan.
1 3.3 3 10 9 30 17 56.7
13.3% 86.7%
7. Terdapat pelbagai makanan tradisional yang dipasarkan di Pasar Raya Besar Giant.
4 13.3 5 16.7 9 30 12 40
30% 70%
8. Terdapat pelbagai
pilihan barangan
keperluan seperti
barang basah, barang
kering dan keperluan
harian.
9 30 1 3.3 15 50 5 16.7
33.3% 66.7%
9. Pasar raya ini sering mengadakan hari tanpa beg plastik iaitu “green day”.
3 10 0 0 25 83.3 2 6.7
10% 90%
10. Pasar raya ini sering mengadakan promosi yang menarik dan harga yang menjimatkan.
0 0 2 6.7 3 10 25 83.3
6.7% 93.3%
11. Pasar raya ini mudah dan terletak di tengah-tengah bandar.
0 0 3 10 8 26.7 19 63.3
10% 90%
12. Pelanggan boleh mencuba
makanan luar seperti sushi,
4 13.3 4 13.3 10 33.4 12 40
26.6% 73.4%
18
takoyaki dan sebagainya.
19
S1 S2 S3 S4 S5 S60
10
20
30
40
50
60
70
80
Sangat Tidak se-tuju
Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju
S7 S8 S9 S10 S11 S120
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju
20
Analisis kajian mendapati bahawa pelanggan yang berpuas hati dengan kelebihan yang
terdapat di Pasar Raya Besar Giant. ,Seramai 80% pelanggan bersetuju bahawa Pasar Raya Besar
Giant ini menyediakan khidmat ‘fast food’. Hal ini mungkin kerana pelanggan lebih suka makan
makanan diluar. Oleh itu, mereka bersetuju dengan khidmat yang disediakan ini. Walau
bagaimanapun, 20% pelanggan lagi tidak bersetuju dengan penyataan ini.
Kajian mendapati 80% pelanggan bersetuju bahawa mereka mudah mencari barang
kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan di setiap rak. Hanya segelintir yang
tidak bersetuju dengan penyataan ini iaitu seramai 20% pelanggan.
Seramai 70% pelanggan bersetuju bahawa penduduk sekitar dapat menambah pendapatan
dengan pekerja di Pasar Raya Besar Giant. Walau bagaimanapun, seramai 30% pelanggan tidak
bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Selain itu, seramai 93.4% pelanggan bersetuju bahawa Pasar Raya Besar Giant ini dapat
menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang
berlainan kerana terdapat pelbagai pilihan barangan terdapat disitu. Walau bagaimanapun,
seramai 6.6% pelanggan tidak bersetuju dengan penyataan ini.
Aspek keselamatan juga merupakan kelebihan yang terdapat di Pasar Raya Giant ini. Ini
dibuktikan apabila seramai 80% pelanggan bersetuju dengan tahap keselamatan di Pasar Raya
Besar Giant ini. Namun begitu, masih ada yang tidak bersetuju dengan perkara ini iaitu seramai
20% pelanggan.
Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat untuk memasak dan sebagainya boleh
membeli makanan di ‘food court’ yang disediakan tidak mendapat persetujuan sepenuhnya
apabila hanya seramai 86.7% pelanggan tidak bersetuju dengan penyataan ini. Hanya 13.3%
pelanggan yang dikaji bersetuju dengan kenyataan ini.
Pelanggan-pelanggan dalam kajian ini juga bersetuju bahawa terdapat pelbagai makanan
tradisional dipasarkan oleh Pasar Raya Besar Giant ini. Hal ini dibuktikan apabila seramai 70%
pelanggan bersetuju dengan pendapat ini. Walaupun peratusan aspek ini berada pada tahap yang
tinggi, namun terdapat juga pelanggan yang tidak bersetuju. Dapatan kajian ini dibuktikan hanya
30% pelanggan tidak bersetuju dengan penyataan ini.
21
Berdasarkan peninjauan, didapati terdapat pelbagai pilihan barang yang terdapat di Pasar
Raya Besar Giant seperti barang basah, barang kering dan keperluan lain lagi. Ini dapat
dibuktikan apabila seramai 66,7% pelanggan bersetuju dengan pendapat ini. Walau
bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelanggan iaitu 33.3% yang tidak bersetuju dengan
penyataan yang dibuat.
Kajian mendapati bahawa Pasar Raya Besar Giant ini menyediakan khidmat ‘green day’
iaitu hari sedunia tanpa plastik. Seramai 90% pelanggan menyatakan setuju dengan aspek ini.
Terdapat juga sebilangan kecil pelanggan yang tidak bersetuju dengan aspek ini iaitu seramai
10%.
Sementara itu, seramai 93.3% pelanggan-pelanggan dalam kajian ini pula bersetuju
dengan pihak Pasar Raya Besar Giant kerana sering mengadakan promosi yang menarik dan
yang menjimatkan. Aspek ini adalah antara sebab mereka sering berkunjung ke Pasar Raya Besar
Giant. Walaupun begitu, seramai 6.7% pelanggan pula dilihat tidak bersetuju dengan penyataan
ini.
Pelanggan-pelanggan dalam kajian ini juga amat gemar mengunjungi Pasar Raya Besar
Giant ini mudah dan kedudukannya amat strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar. Ini
dibuktikan dengan seramai 90% pelanggan mengatakan setuju terhadap aspek ini. Walaupun
peratusan aspek ini berada pada tahap yang tinggi, namun begitu terdapat juga pelanggan yang
tidak bersetuju. Dapatan kajian ini dibuktikan hanya 10% pelanggan tidak bersetuju bahawa
lokasi Pasar Raya Besar Giant berada pada kedudukan yang strategik.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelanggan boleh mencuba makanan luar sepeti
sushi, takoyaki dan pelbagai lagi. Seramai 73.4% pelanggan bersetuju dengan pendapat ini.
Namun begitu, seramai 26.6% pelanggan tidak bersetuju kerana berkemungkinan kerana mereka
tidak gemar dengan makanan luar yang disediakan.
Sebagai rumusan, antara ciri-ciri yang menunjukkan pengaruh yang tinggi terhadap
kelebihan Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna adalah pelanggan mudah mencari barang
kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan, perkhidmatan ‘green day’ dan
pelbagai makanan tradisional dipasarkan. Pelanggan-pelanggan ini juga gemar berkunjung ke
sini kerana penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di pasar raya ini.
22
ii. Permasalahan yang terdapat di Pasar Raya Giant terhadap pengguna.
Jadual 6: Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Permasalahan yang Terdapat di Pasar Raya
Giant.
Bil. Item-item soal selidik Jawapan
TIDAK SETUJU (TS) SETUJU (S)
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
f % f % f % f %
1. Layanan yang diberikan oleh pekerja di pasar raya ini tidak memuaskan.
2 6.7 4 13.3 6 20 18 60
20% 80%
2. Kaunter pembayaran yang disediakan banyak namun hanya beberapa sahaja yang dibuka.
0 0 2 6.7 3 10 25 83.3
6.7% 93.3%
3. Banyak troli di sini rosak. 5 16.7 1 3.3 9 30 15 50
20% 80%
4. Pekerja tidak menjalankan kerja apabila barangan di rak kehabisan.
2 6.7 4 13.3 6 20 18 60
20% 80%
5. Susunan barangan yang tidak teratur.
9 30 12 40 5 16.7 4 13.3
70% 30%
6. Tandas yang terdapat disini tidak bersih.
1 3.3 1 3.3 8 26.7 20 66.7
6.6% 93.3%
7. Kekurangan tempat simpanan barang bagi barangan yang dibeli.
9 30 1 3.3 15 50 5 16.7
33.3% 66.7%
23
8. Pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran kerana kaunter yang dibuka terhad.
3 10 0 0 25 83.3 2 6.7
10% 90%
9. Pasar raya ini menjejaskan peruncit-peruncit yang berdekatan.
3 10 3 10 8 26.7 16 53.3
20% 80%
10. Pembeli terpaksa membeli barang-barang yang banyak untuk mendapat lebih banyak potongan harga.
1 3.3 3 10 9 30 17 56.7
13.3% 86.7%
11. Berlaku kekurangan tempat letak kereta.
4 13.3 5 16.7 9 30 12 40
20% 80%
12. Berlaku kesesakan ketika tibanya hujung minggu.
9 30 1 3.3 15 50 5 16.7
33.3% 66.7%
13. Barang jenama sendiri kurang berkualiti dan cepat rosak.
3 10 0 0 25 83.3 2 6.7
10% 90%
14. Kekurangan pekerja di pasar raya.
1 3.3 1 3.3 8 26.7 20 66.7
6.6% 93.4%
15. Terlalu banyak pekerja asing di pasar raya ini.
9 30 12 40 5 16.7 4 13.3
6.6% 93.4%
24
S1 S2 S3 S4 S50
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Sangat Tidak SetujuTidak SetujuSetujuSangat Setuju
S6 S7 S8 S9 S100
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju
25
S11 S12 S13 S14 S150
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju
26
Analisis kajian mendapati bahawa layanan pekerja di Pasar Raya Besar Giant tidak
memuaskan. Ada pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju atas soalan yang kami sediakan. Oleh
itu, sebanyak 80% pelanggan yang datang bersetuju bahawa pekerja di sini tidak mesra dan 20%
lagi tidak bersetuju dengan soalan yang saya kemukakan.
Kajian mendapati bahawa` terlalu banyak kaunter sering di tutup di Pasar Raya Besar
Giant. Seramai 93.3% pelanggan bersetuju dengan soalan yang dinyatakan. Terdapat sebilangan
sahaja iaitu sebanyak 6.7% pelanggan tidak bersetuju dengan soalan ini.
Pihak-pihak Pasar Raya Besar Giant seperti tidak ambil peduli dengan masalah troli
rosak. Terdapat sebilangan besar pelanggan bersetuju dengan masalah yang perlu mereka hadapi
iaitu sebanyak 80% dan hanya sebahagian kecil sahaja tidak bersetuju dengan soalan yang
disediakan iaitu sebanyak 20%.
Selain itu, pekerja-pekerja di pasar raya ini terlalu mengambil remeh tentang kehabisan
bekalan barangan di rak. Seramai 80% pelanggan bersetuju dengan soalan ini dan terdapat 20%
tidak bersetuju.
Walaupun ramai pelanggan yang datang ke pasar raya ini, terdapat 70% pelanggan
bersetuju bahawa susunan barangan di pasar raya ini tidak teratur. Sebilangan sahaja tidak
bersetuju iaitu sebanyak 30% sahaja.
Keadaan Pasar Raya Besar Giant ini yang besar pasti terdapat juga kekurangan, walaupun
hanya masalah kecil. Hampir 93.3% pelanggan tidak berpuas hati dengan kebersihan tandas di
pasar raya ini. Hanya 6.7% pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Sementara itu, kekurangan tempat simpan barang juga menyusahkan para pelanggan
yang berkunjung ke sini. Terdapat 66.7% pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini dan
sebanyak 33.3% lagi pelanggan tidak bersetuju.
Kajian mendapati bahawa sebanyak 90% pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini yang
menunjukkan bahawa pelanggan terpaksa beratur panjang ketika ingin membayar barang yang
hendak dibeli. Masalah ini sering dihadapi ketika tiba hari minggu. Hanya 10% sahaja jumlah
pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
27
Kebanyakan masyarakat menganggap bahawa pembukaan pasar raya besar ini
menjejaskan peruncit-peruncit kecil. Apabila soalan ini diberikan kepada pelanggan seramai 80
% pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini dan hanya 20% sahaja tidak bersetuju.
Ramai pembeli bersetuju sebanyak 86.7% bahawa mereka terpaksa membeli barangan
yang banyak untuk mendapat potongan harga yang mereka inginkan. Terdapat 13.3% sahaja
yang tidak bersetuju.
Kajian ini mendapati bahawa tempat letak kereta di sini kurang dan akan menjadi
masalah ketika tiba musim perayaan dan hari cuti. Seramai 80% pelanggan bersetuju dengan
masalah yang diutarakan ini dan terdapat 20% lagi tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Dengan keadaan pasar raya terletak di kawasan pusat bandar, para pengguna terpaksa
menghadapi masalah kesesakan lalu lintas apabila tiba waktu puncak. Hampir 66.7% pelanggan
pasar raya ini tidak bersetuju dengan masalah ini, hanya 33.3% sahaja bersetuju dengan
kenyataan ini.
Seperti mana yang diketahui, setiap pasar raya besar mengeluarkan barang jenama
sendiri. Sebilangan besar pelanggan beranggapan bahawa barangan jenama sendiri cepat rosak.
Oleh itu, sebanyak 90% bersetuju dengan kenyataan ini dan 10% tidak bersetuju.
Masalah kekurangan bilangan pekerja juga dihadapi oleh pihak pelanggan yang datang.
Sebanyak 93.4% pelanggan bersetuju dan 6.6% lagi pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan
ini.
Kajian mendapati bahawa terlalu ramai pekerja asing yang bekerja di pasar raya ini. Hal
ini telah memberi masalah kepada rakyat di negara ini untuk bekerja di sini. Seramai 93.4%
pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini dan 6.6% lagi tidak bersetuju.
Sebagai rumusan, penyelia di pasar raya ini haruslah mengatasi masalah yang telah
berlaku di Pasar Raya Besar Giant ini seperti kerosakkan troli, sering berlaku kesesakan lalu
lintas apabila tiba waktu puncak dan pelbagai lagi. Jika masalah ini cepat diatasi, mungkin
jumlah pelanggan yang datang ke Pasar Raya Besar Giant akan bertambah.
28
8.1.3 Temubual
Kepentingan/kebaikkan pengguna terhadap Pasar Raya Besar
Giant.
No Soalan Jawapan pengguna/pelanggan
1 Adakah lokasi Pasar Raya Giant
strategik dengan tempat tinggal
anda ?
Sangat
strategik
Boleh
tahan
jauhnya
Tidak
strategik
5 3 2
50% 30% 20%
2 Adakah Pasar Raya Giant ini sering
mengadakan promosi?
Selalu
mengada
kan
promosi
Kurang
mengadak
an promosi
Tidak
mengada
kan
promosi
6 4 0
60% 40% 0%
3 Bagaimanakah layanan pekerja
kepada anda?
Amat
mesra
Kurang
mesra
Tidak
mesra
1 5 4
10% 50% 40%
4. Adakah tempat letak kereta disini
banyak?
Mudah
untuk cari
tempat
letak
kereta
Kurang
tempat
letak
kereta
Susah
untuk
mencari
tempat
letak
kereta
8 1 1
29
80% 10% 10%
Temubual telah dibuat berdasarkan persoalan kelebihan yang
disediakan kepada pengguna. Seramai 10 orang pengunjung telah
ditemubual dalam kajian ini. Respon yang diberikan oleh responden amat
memuaskan, ringkas dan mudah untuk difahami.
Graf Temubual
Kelebihan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna
50%
30%
20%
1. Adakah lokasi Pasar Raya Besar Giant strategik denagn tempat tinggal anda?
sangat strategikboleh tahan jauhnyatidak strategik
30
Carta pai 1 menunjukkan temubual lokasi Pasar Raya Besar Giant
strategik dengan tempat tinggal pengguna. Terdapat skala tiga mata yang
diberikan oleh saya kepada pelanggan pasar raya tersebut iaitu sangat
strategik, boleh tahan jauhnya serta tidak strategik. Majoriti graf ini
menunjukkan bahawa sebanyak 5 orang (50%) menyatakan kedudukkan
Pasar Raya Besar Giant ini berada di kawasan yang strategik. Hanya tiga
orang (30%) menyatakan boleh tahan jauhnya. Manakala tidak strategik
hanya dua orang (20%) sahaja.
60%
40%
2.Adakah Pasar Raya Besar Giant ini sering mengadakan promosi?
Selalu mengadakan promosiKurang mengadakan promosiTidak mengadakan promosi
Carta pai 2 menganalisiskan tentang promosi yang diadakan
oleh Pasar Raya BesarGiant. 6 orang pengguna iaitu 60% mengatakan
bahawa Pasar Raya Besar Giant ini sering mengadakan promosi ,
manakala sebanyak 4 orang (40%) setuju bahawa Pasar Raya Besar
Giant kurang mengadakan promosi. Tiada responden menyatakan
bahawa pasar raya ini tidak mengadakan promosi.
31
32
10%
50%
40%
3.Bagaimanakah layanan pekerja di sini kepada pelanggan yang datang?
Amat mesraKurang mesraTidak mesra
Carta pai 3 menyatakan tentang layanan pekerja kepada
pelanggan ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. Sebanyak 4
orang (40%) menyatakan bahawa sikap pekerja kepada pelanggan
tidak mesra, manakala sebanyak seorang (10%) mengatakan bahawa
amat mesra layanan pekerja Pasar Raya Besar Giant ini terhadap
pelanggan. Namun ada menyetujui sebanyak 5 orang (50%) bahawa
pekerja disitu kurang mesra apabila melayan karenah pelanggan.
33
80%
10% 10%
4.Adakah tempat meletakkan kereta di sini mencukupi?
Mudah untuk mencari tempat meletak keretaKurang tempat meletak keretaSusah untuk mencari tempat letak kereta
Carta pai 4 menunjukkan analisis adakah tempat letak kereta
disini banyak. Seramai 8 orang (80%) menyatakan mudah untuk cari
tempat letak kereta ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant.
Manakala seorang (10%) menyetujui bahawa kurang tempat letak
kereta dan susah untuk mencari tempat letak kereta iaitu hanya
seorang sahaja(10%).
34
Permasalahan yang ada di Pasar Raya Besar Giant
Temubual telah dibuat berdasarkan soalan permasalahan terhadap
pengguna yang disediakan. Seramai 10 orang pengunjung telah ditemubual
dalam kajian ini. Respon yang diberikan oleh responden amat memuaskan,
ringkas dan mudah difahami.
No Soalan Jawapan
pengguna/pelanggan
1. Ketika tuan/puan mengunjungi
Pasar Raya Besar Giant, adakah
mudah untuk mencari barangan
keperluan ?
Tiada /
kurang
papan
tanda
Tulisan
papan
tanda
terlalu kecil
Baranga
n tidak
teratur
serta
susah
hendak
cari
2 6 2
30% 50% 20%
2. Pada pendapat tuan/puan ,
adakah patut pekerja asing
bekerja di Pasar Raya Besar Giant
ini ?
Amat
tidak
setuju
Kurang
setuju
Tidak
patut
3 2 5
30% 20% 50%
35
GRAF TEMUBUAL
Permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant terhadap
pengguna
20%
50%
30%
1.Ketika tuan/puan mengunjungi Pasar Raya Besar Giant, adakah mudah untuk mencari
barangan keperluan?
Tiada papan tanda
Tulisan dipapan tanda terlalu kecil
Barangan tidak teratur dan susah untuk mencari barang
Terdapat juga beberapa masalah yang berlaku kepada pelanggan
ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. Carta pai ini menunjukkan
36
adakah mudah untuk mencari barangan keperluan di pasar raya tersebut.
Sebanyak 3 orang (30%) menyatakan bahawa barangan tidak teratur serta
susah hendak cari manakala seramai 2 orang (20%) menyatakan bahawa
kurang papan tanda di pasar raya ini. 5 orang (50%) pula menyatakan
tulisan di papan tanda terlalu kecil dan sukar untuk pelanggan membaca.
20%
30%
50%
2. Pada pendapat tuan / puan adakah patut pekerja asing bekerja di Pasar Raya Besar
Giant ini?
Amat tidak setujuKurang setujuTidak patut
Carta pai ini menunjukkan pendapat pelanggan Pasar Raya Besar Giant
tentang jumlah pekerja asing yang bekerja di pasar raya ini. Majoriti iaitu
seramai 5 orang (50%) menyatakan tidak patut dengan soalan yang di
kemukakan. Manakala 3 orang (30%) tidak bersetuju dan dua orang (20%)
menyatakan amat tidak setuju.
37
38
8.2 PERBINCANGAN
Adakah dengan adanya pasar raya besar, ia menjejaskan peruncit-peruncit kecil yang
berdekatan?
Berdasarkan pada analisis yang saya lakukan melalui borang soal selidik yang di berikan
kepada pengunjung mencatatkan peratusan sebanyak 80% bersamaan dengan 24 orang
responden menyatakan setuju dengan soalan ini. Menurut Encik Muhammad Bin Yusuf, seorang
peniaga ayam di pasar yang berhampiran dengan Pasar Raya Giant ini menyatakan bahawa
pelanggan beliau semakin berkurangan kerana pihak pasar raya mungkin mengadakan pelbagai
promosi berbanding dengan tempat perniagaannya.
Di samping itu, bagi peratus yang tidak bersetuju mempunyai pendapat lain berbanding
peniaga tadi. Kebanyakkan peniaga-peniaga untuk pasar sehari menyatakan bahawa mereka
boleh menambahkan pendapatan melalui perniagaan di dalam kawasan pasar raya ini kerana
pasar raya ini merupakan tempat yang sering dikunjungi.
Melalui kertas kerja yang di sediakan oleh Haidi bin Mohd Ali (1990) menyatakan
bahawa pasar raya adalah tempat untuk penduduk setempat bersiar-siar bukannya tempat untuk
membeli barangan seperti yang semua ketahui. Oleh itu, peruncit-peruncit tetap menjadi pilihan
pengguna, kerana harga barangan yang di jual lebih murah dari pasar raya, pelanggan terpaksa
membeli barangan yang banyak untuk mendapat potongan harga yang disediakan.
Akhir sekali, dapatan kajian mendapati, walaupun pasar raya tumbuh bak cendawan,
peruncit-peruncit kecil tetap menjadi pilihan penduduk di sekitar sini. Tetapi,industri peruncitan
merupakan sumber terpenting dalam ekonomi negara, tanpa industri peruncitan tidak majulah
pengeluar-pengeluar produk yang hanya bergantung kepada pasar raya untuk menarik para
pelanggan membeli.
39
Adakah dengan adanya pekerja warga asing yang bekerja dalam industri peruncitan
memudaratkan warga tempatan,?
Berdasarkan analisa temubual yang telah saya lakukan kepada pengunjung Pasar Raya
Besar Giant sebanyak 100% bersamaan dengan 10 orang responden bersetuju dengan soalan
yang telah saya kemukakan. Seperti yang diketahui, pekerja warga asing hanya di tempatkan
bekerja dalam sektor perindustrian sahaja, berlakunya perkara seperti ini menyebabkan pemuda
dan remaja tidak mendapat pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaan serta musim
cuti.
Melalui kajian luar Mustaffa bin Abdul Majid (1990) mendapati bahawa jumlah
penganggur dalam negara ini semakin meningkat kerana jumlah kemasukkan warga asing
semakin meningkat sehingga menjejaskan penduduk negara.
Di samping itu, Muaz bin Ramli antara pengunjung pasar raya ini menyatakan bahawa
kebanyakkan pasar raya dalam negara seperti berada di negara luar kerana jumlah warga asing
semakin hari semakin bertambah. Kadangkala masalah ini boleh mengurangkan jumlah
pengunjung untuk datang membeli belah.
Akhir sekali, langkah awal perlu diambil oleh pengurus di pasar raya ini dengan hanya
mengambil warga kerja tempatan, kerana dapat mengurangkan jumlah penganggur dalam negara.
40
9.0 KESIMPULAN
Membangunnya sesebuah pasar raya dalam negara mestilah mempunyai permasalahan
serta kepentingan yang terdapat dalam pasar raya tersebut. Segala masalah serta kepentingan ini
telah melibatkan pengunjung atau pelanggan yang datang ke pasar raya ini. Dapatan kajian
mendapati bahawa permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant merupakan faktor yang
pihak pasar raya perlu membaiki untuk menambahkan lagi jumlah pelanggan untuk datang.
Justeru itu, pihak pengurusan pasar raya sendiri harus mencari jalan untuk mengatasi
segala masalah yang ada di Pasar Raya Besar Giant ini. Sesungguhnya dengan semua masalah
ini dapat di atasi, mungkin dapat meningkatkan jumlah pendapatan pihak pasar raya ini sendiri.
41
10.0 RUJUKAN
1. Modus Perniagaan Pasar Raya Besar, diakses pada Februari 23, 2013, sumber
dari :http://www.imr.com.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=65%3Amodus-perniagaan-pasaraya-
besar&catid=42%3Ainformasi-perniagaan&Itemid=1
2. Store Location Giant, diakses pada Februari 23, 2013, sumber dari:
http://www.giant.com.my/stores?q=Alor%20Setar
3. Giant Hypermarket-Alor Setar,Kedah, diakses pada Februari 23, 2013, sumber dari:
https://foursquare.com/v/giant-hypermarket/4d58de9d23e0a093ab6a3e49/photos
4. Pasar Raya- Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, diakses pada Februari 26, 2013, sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_raya
5. Pusat Rujukan Persuratan Melayu@DBP, diakses pada Februari 26, 2013,sumber dari: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pasar+raya
6. Haidi bin Mohd Ali (1990) Pasar Raya Merupakan Tempat Yang Popular Untuk Masyarakat Masa Kini: Universiti Teknologi Mara.
42
11.0 LAMPIRAN
PETA :
Peta 1: Peta Pasar Raya Besar Giant, Alor Setar.
43
GAMBAR:
Gambar 1: Pasar Raya Besar Giant, Alor Setar, Kedah.
Gambar 2 : Kawasan tempat letak kereta di Pasar Raya Besar Giant
44
Gambar 3 dan 4: Menunjukkan keadaan di dalam Pasar Raya Besar Giant.
45
Gambar 5 dan 6 : barangan makanan yang ada di Pasar Raya Besar Giant.
46
Gambar 7 dan 8: barangan keperluan harian yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant.
47
BORANG SOAL SELIDIK
Umur: 20-25( ) 26-30( ) 31-35( ) 36-40( ) 41-45( ) 45-50( )
Bangsa: Melayu( ) Cina( ) India( )
Jantina: Lelaki( ) Perempuan( )
Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.
Bil Soalan STS TS S SS
1. Pasar raya ini menyediakan khidmat ‘fast food’.
2. Mudah untuk pelanggan mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan.
3. Penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di pasaraya.
4. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat banyak barangan disitu.
5. Tahap keselamatan yang terjamin disediakan.
6. Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat memasak dan sebagainya boleh membeli makanan di ‘food court’ yang disediakan.
7. Terdapat pelbagai makanan tradisional yang dipasarkan di pasar raya ini.
8. Terdapat pelbagai pilihan barangan keperluan
seperti barang basah, barang kering dan
keperluan harian.
9. Pasar raya ini sering mengadakan hari tanpa beg plastik iaitu “green day”.
10. Pasar raya ini sering mengadakan promosi yang menarik dan harga yang menjimatkan.
11. Pasar raya ini mudah dan terletak di tengah-tengah bandar.
12. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa
pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak
48
perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat
pelbagai barangan di sini.
BORANG SOAL SELIDIK
Umur: 20-25( ) 26-30( ) 31-35( ) 36-40( ) 41-45( ) 45-50( )
Bangsa: Melayu( ) Cina( ) India( )
Jantina: Lelaki( ) Perempuan( )
Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.
Bil Soalan STS TS S SS
1. Layanan yang diberikan oleh pekerja di pasar raya ini tidak
memuaskan.
2. Kaunter pembayaran yang disediakan banyak namun hanya
beberapa sahaja yang dibuka.
3. Banyak troli di sini rosak.
4. Pekerja tidak menjalankan kerja apabila barangan di rak
kehabisan.
5. Susunan barangan yang tidak teratur.
6. Tandas yang terdapat disini tidak bersih.
7. Kekurangan tempat simpanan barang bagi barangan yang
dibeli.
8. Pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat
pembayaran kerana kaunter yang dibuka terhad.
9. Pasar raya ini menjejaskan peruncit-peruncit yang berdekatan.
10. Pembeli terpaksa membeli barang-barang yang banyak untuk
mendapat lebih banyak potongan harga.
11. Berlaku kekurangan tempat letak kereta.
12. Berlaku kesesakan ketika tibanya hujung minggu.
13. Barang jenama sendiri kurang berkualiti dan cepat rosak.
49
14. Kekurangan pekerja di pasar raya.
15. Terlalu banyak pekerja asing di pasar raya ini.
50