pekeliling penggunaan rotan

17
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150 Laman Web : http://www.moe.gov.my KP(BS) 8591/Jld.XVIII (7) 29 Oktober 2003 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 : KUASA GURU MEROTAN MURID Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama. Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas bahawa : Peraturan 6 : Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu: 2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang diberikan itu digunakan oleh pihak sekolah dengan mematuhi PERATURAN 5 di bawah ordinan yang sama : Peraturan 5 : (1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat : Dengan syarat bahawa – (a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan (b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu. (2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar. Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan.

Upload: tfchung83

Post on 12-Jul-2016

80 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pekeliling Penggunaan Rotan

TRANSCRIPT

Page 1: Pekeliling Penggunaan Rotan

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150

Laman Web : http://www.moe.gov.my

KP(BS) 8591/Jld.XVIII (7)

29 Oktober 2003

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 : KUASA GURU MEROTAN MURID Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama. Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas bahawa : Peraturan 6 : Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk

kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu:

2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang diberikan itu digunakan oleh pihak sekolah dengan mematuhi PERATURAN 5 di bawah ordinan yang sama : Peraturan 5 :

(1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat :

Dengan syarat bahawa –

(a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan (b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain

kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar. Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan.

Page 2: Pekeliling Penggunaan Rotan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang diberikan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid. Guru-guru yang merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya. Dalam konteks sekolah, merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada mereka yang tidak berdisiplin. 4. Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negatif yang lebih besar terhadap perkembangan keperibadian seorang murid. Bersama-sama surat ini disertakan contoh Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan (Lampiran A) sebagai panduan. 5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha

Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia

11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 3: Pekeliling Penggunaan Rotan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN A

CONTOH Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan

Nama Sekolah : Alamat Sekolah : Telefon & Faks Sekolah : Rujukan Kami : Tarikh : Nama Guru : No. Kad Pengenalan : Tuan/Puan, PENURUNAN KUASA MELAKSANAKAN HUKUMAN ROTAN Merujuk perkara di atas, dengan ini saya menurunkan kuasa melaksanakan hukuman rotan yang diperuntukkan kepada saya selaku Pengetua/Guru Besar sesuai dengna PERATURAN 6, PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957 kepada Tuan/Puan mulai ........................ hingga ..................... 2. Walau bagaimanapun Tuan/Puan diperingatkan agar dapat mematuhi PERATURAN 5(1)(b), PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957 berhubung dengan syarat pelaksanaan hukuman rotan yang dinyatakan seperti berikut :

Peraturan 5(1) (b)

hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

3. Adalah diharapkan hukuman rotan ini hanya dilaksanakan sebagai langkah terakhir dalam usaha mengawal disiplin di kalangan murid-murid. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ................................................ (Nama Pengetua/Guru Besar) (Nama Sekolah)

Page 4: Pekeliling Penggunaan Rotan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN B

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN

BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN

1. * Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan)

2. ** Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan)

3. *** Kesalahan Ringan Diberi Amaran dan sesi kaunseling

* KESALAHAN BERAT 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.

2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.

3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.

4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang

benda yang memabukkan/mengkhayalkan.

5. Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.

6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas

murid.

7. Biadab terhadap guru/pengawas/murid.

8. Memeras ugut guru/pengawas/murid.

9. Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.

10. Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.

11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau

rakaman dan multimedia terlarang.

14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.

15. Mencabul kehormatan guru/murid.

16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.

17. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.

18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.

19. Mengintai murid lelaki/perempuan.

20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.

21. Merosakkan harta benda sekolah/guru.

22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.

23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.

Page 5: Pekeliling Penggunaan Rotan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.

26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu

pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.

27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan

masyarakat Malaysia.

28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak

sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala

(tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.

30. Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang menjalankan

tugas.

31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.

32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.

33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.

34. Melakukan hubungan yang dicurigai.

35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

** KESALAHAN SEDERHANA 1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.

2. Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa

kebenaran.

3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.

5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

6. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan.

7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.

8. Menconteng pada harta benda sekolah.

9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang

berlebihan pada satu cuping telinga.

10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

*** KESALAHAN RINGAN 1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.

2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.

3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.

4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa

kebenaran.

5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.

Page 6: Pekeliling Penggunaan Rotan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.

7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.

9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.

10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.

11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.

12. Makan dan minum di bilik darjah.

13. Melakukan pembaziran air/elektrik.

14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.

15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak

membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).

16. Datang lewat ke sekolah.

17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.

18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.

19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.

20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.

21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.

22. Mengganggu kawasan.

23. Mengganggu guru.

24. Lewat masuk kelas.

25. Mengotorkan kelas.

26. Tidak duduk setempat.

27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

Page 7: Pekeliling Penggunaan Rotan
Page 8: Pekeliling Penggunaan Rotan
Page 9: Pekeliling Penggunaan Rotan
Page 10: Pekeliling Penggunaan Rotan
Page 11: Pekeliling Penggunaan Rotan
Page 12: Pekeliling Penggunaan Rotan
Page 13: Pekeliling Penggunaan Rotan
Page 14: Pekeliling Penggunaan Rotan
Page 15: Pekeliling Penggunaan Rotan

BAHAGIAN SEKOLAH JABATAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN) PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Telefon : 03-2556900 Fax : 03-2535150

Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (10)

Tarikh : 11 Oktober 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah Sejak akhir-akhir ini terdapat tindakan dan hukuman yang keterlaluan dikenakan oleh pihak sekolah sama ada oleh pengetua, guru besar atau guru-guru ke atas pelajar-pelajar seperti mana yang dilaporkan di media massa. Antaranya pelajar dijemur di tengah panas, melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan, mencubit hingga berdarah, merotan hingga melukai dan mencederakan, berlari dengan memakai seluar dalam dan menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. 2. Tindakan-tindakan sedemikian telah menjadi pengetahuan masyarakat umum. Disamping itu terdapat pula kejadian-kejadian yang berlaku di bilik darjah atau di persekitaran sekolah secara senyap-senyap dan terselindung daripada penglihatan kita, misalnya pengucapan kata-kata yang kesat dan penyingkiran pelajar-pelajar dengan cara memandang sepi dimana kesemuanya ini merupakan pemusnahan semangat dan melanggar Tatacara Disiplin Sekolah yang telah digariskan bagi panduan pengetua, guru besar dan guru-guru. 3. Pelbagai jenis tindakan yang menggambarkan perhubungan buruk antara guru dengan pelajar akan berterusan dipaparkan di media massa untuk tatapan masyarakat. Sekolah-sekolah akan terus menjadi sasaran dan maruah profesion perguruan akan terus tercabar dan seterusnya akan menggugat reputasi Kementerian Pendidikan.

4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk mengingatkan pengetua, guru besar dan guru-guru supaya tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan panduan-panduan seperti yang terkandung dalam :

4.1 Panduan Am Disiplin Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Percetakan Adabi, Kuala Lumpur, 1981.

4.2 Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian

Pendidikan, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988

4.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 bertarikh 17 November 1983 iaitu mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.

Page 16: Pekeliling Penggunaan Rotan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

5. Antara panduan yang dijelaskan ialah :

5.1 Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu.

5.2 Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk

penyeksaan, cacian dikhalayak ramai yang memberi kesan emosi atau lain-lain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan hendaklah dielakkan.

6. Diharap Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan dapat memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua pengetua, guru besar dan guru-guru. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia s.k 1. Y.B. Datuk Seri Haji Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn

Timbalan Menteri Pendidikan 4. Ketua Setiausaha

Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 17: Pekeliling Penggunaan Rotan