pembangunan aplikasi web dan multimedia · pdf file“saya akui bahawa saya telah membaca...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI
KONSTRUKTIVISME DALAM MEMPELAJARI KONSEP LUKISAN PERSPEKTIF
BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN LIMA
MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:
PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM MEMPELAJARI KONSEP LUKISAN PERSPEKTIF BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN LIMA
SESI PENGAJIAN :
Saya
2009/2010
(HURUF BESAR) MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN__________
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
_______________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
DR MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD
IBU PEJABAT POLIS, (NAMA PENYELIA) DAERAH KOTA KINABATANGAN
,
SANDAKAN, SABAH
Tarikh : 20 APRIL 2010 Tarikh :
20 APRIL 2010
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
Tandatangan : …………………………..........................
Nama Penyelia : Dr. Muhammad Sukri Bin Saud
Tarikh : 20 APRIL 2010
i
PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN
TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM MEMPELAJARI KONSEP LUKISAN
PERSPEKTIF BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN
TINGKATAN LIMA
MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Karya ini adalah memadai dari segi skop
dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”
Tandatangan : ……………………………………….
Nama Penulis : Mohd Zulfadly Bin Othman
Tarikh : 20 APRIL 2010
iii
Teristimewa untuk insan – insan tersayang ...
Untuk Ayahanda & Bonda
Othman Bin Baharum & Orip Binti Alan
Yang banyak berkorban dan memberikan semangat
serta mengiringkan doa buatku agar tercapai kejayaan ini.
Untuk kekanda-kekandaku & insan-insan yang dihargai
Terima kasih atas dorongan dan tunjuk ajar.
Untuk teman – teman seperjuangan,
Terima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan daripada kalian
Ya Allah, Tuhan yang menetapkan segala sesuatu.
Hanya Engkaulah yang memberikan segala kekuatan padaku
Golongkanlah kami ke dalam golongan orang – orang bersyukur
Amin
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat, taufik dan hidayah
serta inayahNya, kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi. Pada
kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada mereka yang telah
banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk menjayakan Projek Sarjana Muda ini
sehingga dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Pada kesempatan ini ingin saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Dr. Muhammad Sukri Bin Saud, selaku penyelia kajian saya di atas sokongan,
nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Segala yang dipelajari daripada beliau amat
berguna dalam menjayakan projek ini.
Kepada kedua-dua ibu bapa saya, Othman Bin Baharum dan Orip Binti Alan
yang tidak pernah jemu-jemu memberi sokongan dan semangat semenjak saya mula
melihat dunia. Dorongan, doa dan keperluan bahan yang diberikan amat saya hargai dan
tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Turut tidak saya lupakan sahabat-sahabat,
kawan-kawan, kenalan dan juga teman seperjuangan yang telah memberi sokongan dan
pendapat.
Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam projek pembinaan laman web ini.
v
ABSTRAK
Pembelajaran berasaskan laman web dan pembelajaran konstruktivisme merupakan dua
penyumbang penting kepada perkembangan semasa dalam bidang pendidikan
profesional. Pembelajaran berasaskan web menawarkan lebih peluang untuk
mempersembahkan pengalaman pembelajaran dari pelbagai aspek yang boleh dicapai
oleh individu pelajar pada berlainan masa atau tempat berbanding peluang pembelajaran
secara tradisional. Laman web ini menawarkan pendekatan intruksi yang dapat
memotivasikan pelajar terlibat dalam pembelajaran yang authentik serta
memperkembangkan sikap dan kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran kendiri
sepanjang hayat. Projek ini adalah mengenai reka bentuk dan pembangunan sistem
pembelajaran berasaskan laman web yang menggunakan pendekatan konstruktivisme
sebagai rangkakerja reka bentuk. Objektif projek ini adalah untuk membantu pelajar
dalam mempelajari topik Lukisan Perspektif Tingkatan Lima dan bagaimana ia boleh
digunakan dengan efektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dapat
mempelajari konsep dan membina Lukisan Perspektif. Di samping itu, antara faktor
yang ditekankan adalah elemen interaktiviti, kepelbagaian aktiviti dan pembelajaran
melalui pengalaman. Projek ini juga menggunakan grafik dan animasi sebagai kekuatan
yang dapat dimanipulasikan bagi menarik minat pelajar terhadap topik yang disediakan.
Adobe Flash CS4 dipilih sebagai perisian pengarangan yang utama untuk mencipta
sistem pembelajaran berasaskan laman web dan disokong oleh perisian pembangunan
yang lain seperti Adobe Dreamweaver CS4, Adobe Fireworks CS4 dan Sound Forge 8.0.
Dengan terhasilnya laman web ini, diharapkan dapat membantu pengguna memahami
topik ini dengan baik serta mampu dijadikan sebagai panduan kepada pembinaan
pembelajaran berasaskan web yang lain.
vi
ABSTRACT
Web based learning and constructivist learning are two significant contributions to
current developments in professional education. Web based learning offers the
opportunity to present rich, multifaceted learning experiences that can be accessed by
individual students who are separated by time or geography from more traditional
learning opportunities. This web site offers instructional approaches that motivate
students to engage with authentic problems of practice and to develop the attitudes and
skills required for lifelong independent learning. This project is about the design and
development of web based learning system using a constructivist learning design
framework. The objective was to assist students in learning about Perspective Drawing
and how it can be used effectively teaching and learning process. Students learn
fundamental concepts and constructing Perspective Drawing. In addition, few other
factors that has been highlighted on this project is the element of interactivity, multiple
activities and exploratory learning This project also make use of the graphic and
animation which can be manipulated to attract student’s interest on the given topic.
Adobe Flash CS4 was chosen as the primary authoring tool to create the web based
learning system and supported by other development software such as Adobe
Dreamweaver CS4, Adobe Fireworks CS4 and Sound Forge 8.0. With the availability of
this web based leaning system, hoped that it can be utilized in order to help user to
understand this topic easier and able to become an example to the development of other
web based learning.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENULIS
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiii
xv
xvi
viii
1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.2.1 Kelemahan Pelajar untuk Memahami Konsep
Lukisan Kejuruteraan
1.2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer Sangat
Bersifat Tradisi
1.2.3 Cabaran Mengintegrasikan Teknologi
Multimedia Interaktif dan Web dalam Mata
Pelajaran Lukisan Kejuruteraan
1.2.4 Aplikasi Teori Konstruktivisme dalam
Perisian Integrasi Multimedia dan Web.
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Rasional Pembangunan Laman Web
1.5 Objektif Rekabentuk dan Pembangunan Laman Web
1.6 Tujuan Pembangunan Laman Web
1.7 Skop Laman Web
1.8 Kepentingan Laman Web
1.9 Definisi Operasi
1.9.1 Multimedia
1.9.2 Web Berasaskan Multimedia
1.9.3 Interaktif
1.9.4 Internet
1.9.5 Teori Konstruktivisme
1.10 Penutup
1
5
8
8
10
12
13
14
14
15
16
16
17
17
18
18
18
19
19
19
xii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan
2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
2.4 Komputer Dalam Pendidikan Teknikal
2.5 Multimedia Dalam Pendidikan
2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal
2.7 Pembelajaran Teori Konstruktivisme
2.7.1 Ciri-ciri Pembelajaran Secara
Konstruktivisme
2.8 Pembelajaran Berasaskan Web
2.9 Penutup
21
22
22
24
25
27
28
30
31
32
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE
3.2.1 Fasa Pertama Analisis
3.2.2 Fasa Kedua: Reka bentuk
3.2.3 Fasa Ketiga: Pembangunan
3.2.4 Fasa Keempat: Perlaksanaan
3.2.5 Fasa Kelima: Penilaian
3.3 Konsep Reka Bentuk Integrasi Web Multimedia
3.3.1 Reka Bentuk Informasi
3.3.2 Reka Bentuk Interaksi
3.3.3 Reka Bentuk AntaraMuka dan Persembahan
33
34
36
30
37
38
39
33
40
41
44
xiii
3.4 Pemilihan Perisisan Pembangunan Aplikasi Web dan
Multimedia
3.4.1 Perisian Pengarangan Web
3.4.2 Perisian Animasi
3.4.3 Perisian Penyuntingan Grafik
3.4.4 Perisian Penyuntingan Video
3.4.5 Perisian Penyuntingan Audio
3.5 Penutup
46
47
47
48
48
49
49
4 REKA BENTUK LAMAN WEB
4.1 Pendahuluan
4.2 Persembahan Laman Web
4.2.1 Halaman Utama
4.2.2 Bahagian Pembelajaran Utama
4.2.3 Bahagian Aktiviti, Rujukan dan Pautan-
pautan lain
4.3 Penilaian Pengguna
4.4 Analisis Dapatan Soal Selidik
4.4.1 Reka bentuk Infromasi atau Strategi
Pembelajaran
4.4.2 Reka Bentuk Antaramuka atau Persembahan
4.4.3 Reka Bentuk Interaksi
4.5 Pengujian Sistem
4.6 Penutup
50
51
53
56
59
62
63
64
65
67
68
69
xiv
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Pandangan Pengguna Mengenai Reka bentuk
Informasi atau Strategi Pembelajaran
5.2.2 Pandangan Pengguna Mengenai Reka Bentuk
Antara Muka Atau Persembahan
5.2.3 Pandangan Pengguna Mengenai Reka bentuk
Interaksi
5.3 Rumusan
5.4 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan
5.5 Penutup
70
70
71
72
73
74
75
76
RUJUKAN
LAMPIRAN
77
79
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 4.2 4.3 4.4 4.5
Ruangan tambahan dalam Laman Web Lukisan Perspektif Analisis Data Bagi Reka Bentuk Informasi Analisis Data Bagi Reka Bentuk Antara Muka Analisis Data Bagi Reka Bentuk Interaksi Pengujian sistem laman web
59
63
64
65
66
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 2.2 3.1 3.2 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7
Teori Konstruktivisme Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Aliran kerja Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE Reka bentuk interaksi: Struktur hirarki Paparan kandungan Laman Web Lukisan Perspektif Menu utama pembelajaran Lukisan Perspektif Pautan tambahan yang terletak pada bahagian atas laman web Ruangan forum pelajar dan guru Bahagian pautan-pautan menarik laman web Bahagian pembelajaran Konsep Lukisan Perspektif Bahagian pembelajaran Jenis-jenis Lukisan Perspektif
28
30
35
45
52
54
54
55
56
57
58
xvii
4.8 4.9 4.10 4.11
Bahagian pembelajaran Pembinaan Lukisan Perspektif Ruangan Aktiviti dan Tips yang terdapat dibawah Pautan Interaktif Sumber nota dan soalan yang disediakan Ruangan Berita dan Ruangan Laman pembelajaran yang disediakan
58
60
61
62
xviii
SENARAI SINGKATAN
ABM
CAD
CS4
KPM
MSC
PBK
PSM
PTV
P&P
SPM
− Alat Bantu Mengajar.
− Computer Aided Design
− Creative Suite version 4
− Kementerian Pelajaran Malaysia.
− Multimedia Super Corridor
− Pembelajaran Berbantukan Komputer.
− Projek Sarjana Muda.
− Pendidikan Teknik dan Vokasional.
− Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
− Sijil Pelajaran Malaysia.
xix
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A B
Borang Penilaian Soal Selidik Pengguna Borang Papan Cerita
77
78
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara
meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan
seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi
perkembangan ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah
melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya
manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta
menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa
dan negara. Namun begitu, dengan kepesatan zaman sekarang yang semakin
berlumba-lumba dalam menghasilkan teknologi terkini, masyarakat kita bukan sahaja
perlu menjadi bijak fikiran malah berkemahiran dalam menggunakan teknologi yang
semakin canggih dari semasa ke semasa.
Bidang pendidikan dalam negara kita juga tidak ketinggalan dalam
mengaplikasikan teknologi maklumat ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Malah, kerajaan optimis bahawa dengan menyerapkan teknologi maklumat ke dalam
sistem pendidikan dapat meningkatkan lagi tahap pendidikan kita. Ini dapat
2
dibuktikan dengan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam
merealisasikan hasrat negara ini. Aspek teknologi telah digabungkan dalam
kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat
serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Kewujudan Sekolah
Bestari yang sekaligus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan
Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC). Pelaksanaan
Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan
internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem
pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas
dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam
bidang pendidikan.
Komitmen kerajaan untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai
sekolah bestari menjelang tahun 2010 juga memberikan satu gambaran tentang arus
perubahan besar yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara khususnya
berhubung dengan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Perkembagan
ini sejajar dengan aspirasi negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020 dengan memberikan penekanan kepada penguasaan teknologi
maklumat di kalangan rakyat Malaysia. Koridor Raya Multimedia, sebagai satu
langkah strategik kearah mencapai matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat
bermaklumat telah menetapkan sekolah bestari salah satu tempat dari tujuh
aplikasinya (Mohd Aizaini, 2004).
Sebelum pengenalan komputer di sekolah-sekolah, kaedah pengajaran dan
pembelajaran adalah secara tradisional hanya melibatkan dua entiti utama sahaja iaitu
antara guru dan pelajar. Di samping itu, ia juga lebih banyak menggunakan konsep
menghafal fakta-fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah sebegini menimbulkan
banyak masalah terutamanya apabila hendak mengingati fakta yang terlalu banyak
dan tidak banyak dokumen bertulis yang boleh dirujuk mengenainya apabila
diperlukan. Penyediaan alat bantu mengajar bagi pengajaran tradisi juga terhad
kepada bahan-bahan statik sifatnya. Perkara ini secara tidak langsung mengurangkan
minat pelajar terhadap pengajaran yang diberikan.
3
Multimedia merupakan salah satu bidang yang amat penting pada masa kini.
Maklumat dapat disampaikan secara lebih mudah dengan penggunaan aplikasi
multimedia. Di zaman teknologi maklumat ini, penyampaian maklumat dengan cara
yang lebih mudah difahami adalah salah satu faktor untuk menarik minat orang ramai
terhadap perkara yang ingin disampaikan. Kini, pengguna multimedia boleh
berinteraksi dengan perisian tersebut, bukannya sekadar lihat dan dengar sahaja.
Perkara ini merupakan antara faktor yang menarik minat orang ramai terhadap
multimedia.
Penggunaan teknologi multimedia dalam pembelajaran sesebuah
matapelajaran akan dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai apa yang
mereka pelajari. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia contohnya, telah
menjadikan bidang pembelajaran menggunakan multimedia atau lebih dikenali
sebagai e-pembelajaran sebagai alat untuk memberikan kefahaman kepada para
pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Jelaslah di sini bahawa penggunaan multimedia
adalah sebagai pemangkin dalam bidang pembelajaran untuk masa depan yang lebih
mencabar.
Dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) khasnya,
penggunaan teknologi multimedia masih belum digunakan secara meluas berbanding
matapelajaran lain seperti sains dan matematik. Bagi pengajaran Lukisan
Kejuruteraan pula, kaedah biasa digunakan adalah linear iaitu pengajaran guru
menggunakan kaedah-kaedah biasa seperti tunjukcara, perbincangan dan kaedah
berkumpulan. Kaedah-kaedah ini menunjukkan sesuatu langkah untuk melukis
sesuatu lukisan. Sekiranya terdapat segelintir pelajar yang tercicir, guru terpaksa
menerangkan kembali sesuatu langkah dan ini akan menyukarkan tugas guru dan
pengajaran pelajar-pelajar yang lain.
4
Bagi menarik minat golongan pelajar dan sebagai memudahkan lagi proses
pengajaran, satu kaedah baru adalah perlu bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran konsep Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Menyelitkan elemen-elemen
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah yang
boleh membantu para pelajar dalam memahami konsep Lukisan Kejuruteraan.
Dengan wujudnya elemen-elemen multimedia ini, maka sesuatu perubahan akan
menjadi lebih menarik dan berlakunya proses komunikasi interaktif. Manakala proses
pengajaran dan pembelajaran pula akan menjadi suatu pengalaman yang
menyeronokkan dan membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan lebih cepat
dan mudah.
Terdapat beberapa strategi pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru
untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain
daripada menggunakan teknologi multimedia interaktif, sumber pengajaran dan
pembelajaran berasaskan penggunaan internet juga boleh menjadi wahana yang
berkesan dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Rangkaian internet
yang begitu meluas membolehkan pelajar mendapat maklumat ke serata dunia.
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid
di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibu bapa khususnya dalam
menghadapi cabaran teknologi maklumat dan era globalisasi.
Pengalaman dalam penggunaan internet dalam kehidupan harian seharusnya
diintegrasikan kepada dunia pendidikan bagi menyediakan pengalaman pembelajaran
sebenar kepada pelajar. Ciri interaktif dan fleksibel yang disediakan menjadi pilihan
utama yang menjadikan laman web dilihat sebagai alternatif terkini proses
penyampaian pengajaran. Oleh yang demikian, penggunaan sumber pengajaran dan
pembelajaran berasaskan multimedia interaktif dan laman web dapat membantu
guru-guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran mereka agar pembelajaran di
dalam kelas menjadi efektif dan bermakna bagi pelajar. Guru mempunyai alternatif
dalam menyampaikan pengajaran mereka di samping mengurangkan beban mencari
maklumat melalui buku-buku rujukan. Tambahan pula, melalui penggunaan laman
5
web, pelajar akan berasa lebih tertarik untuk terus melayari maklumat yang ada
memandangkan laman web yang dibina digabungkan dengan unsur-unsur multimedia
di dalamnya bagi menggalakkan pembelajaran secara kendiri.
Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan teknologi multimedia interaktif dan laman web bergantung kepada
keupayaan dan kebolehan aplikasi teknologi yang ada pada guru-guru dan pelajar-
pelajar yang terlibat. Isu ini memberi satu cabaran besar terhadap kadar penerimaan
dan persiapan mental dan kompetensi dalam penggunaan teknologi di kalangan guru-
guru secara amnya. Justeru itu, guru-guru perlu bersedia untuk menukar peranan
yang mereka jalankan selama ini kepada sebagai pemudahcara dengan menggunakan
teknologi maklumat dan multimedia di hadapan pelajar-pelajar mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem pendidikan negara sedikit sebanyak telah mengalami perubahan
sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Perkembangan sains dan teknologi
yang mula berkembang dengan pesat harus dieksploitasikan ke dalam sistem
pendidikan negara. Jika sains dan teknologi sahaja yang berkembang tetapi sistem
pendidikan masih tidak berubah adalah tiada ertinya perkembangan itu. Oleh itu,
perkembangan ini hendaklah diterapkan sebaik mungkin ke dalam sistem pendidikan
negara agar sistem pendidikan negara tidak ketinggalan oleh arus perkembangan
sains dan teknologi.
Menurut Sulaiman (1996), Internet akan menjadi sebahagian dari program
Sekolah Bestari menjelang Januari 2012 kelak dan telah pun diumumkan bahawa,
semua sekolah menengah akan mendapat talian ke Internet pada tahun 2009.
Kementerian Pendidikan Malaysia pada ketika itu dengan kerjasama serta bantuan
6
kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan. Melalui projek
ini, pihak kementerian telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian
kepada para pelajar dan pendidik disamping menyediakan program latihan yang
berterusan kepada para guru. Ini menunjukkan pihak kerajaan telah mula memandang
serius penggunaan laman web dalam pendidikan.
Bidang kejuruteraan kini memerlukan lebih ramai pakar yang dapat
membantu membangunkan industri negara ini mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020. Selaras dengan ini, satu kaedah pengajaran yang menarik dan
mudah difahami perlu disediakan bagi membolehkan negara menghasilkan jurutera
yang berkualiti bagi memenuhi bekalan tenaga kerja dalam bidang kejuruteraan pada
masa akan datang.
Melalui penggunaan multimedia berasaskan web, penyampaian maklumat
akan menjadi lebih mudah. Berdasarkan penggunaan aplikasi multimedia dan
teknologi maklumat yang semakin berkembang, adalah perlu bagi mereka yang
terlibat dalam bidang kejuruteraan bagi mengikut arus ini. Ini kerana, jika kita tidak
mengikut arus ini, kita akan ketinggalan jauh di belakang dari pelbagai aspek. Oleh
itu, penyampaian multimedia dalam bentuk interaktif ditambah pula dengan aplikasi
maklumat berasaskan web dikatakan mampu menarik minat orang ramai
menggunakan teknologi tersebut.
Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran yang
amat penting. Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan memerlukan daya imaginasi yang
mendalam bagi menggambarkan objek yang dihasilkan. Penguasaan pada peringkat
asas adalah amat penting kepada pelajar dalam mempelajari sesuatu topik dalam
mata pelajaran ini sebelum dapat diaplikasikan sepenuhnya. Selain diajarkan di
sekolah-sekolah teknik, mata pelajaran ini juga telah ditawarkan kepada pelajar-
pelajar sekolah menengah harian biasa. Bagi sesebuah sekolah teknik, ia dilengkapi
dengan bilik lukisan yang lengkap dengan perlalatan melukis seperti meja lukis,
sesiku-T dan alat-alat melukis yang lain. Akan tetapi sebaliknya di sekolah
7
menengah harian kerana peruntukan yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk
melengkapkan sesebuah sekolah dengan bilik lukisan yang lengkap. Ini akan
menyukarkan pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Pendekatan pengajaran secara tradisi awal yang berasaskan “chalk and talk”
tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak
melibatkan kesemua pancaindera terutama sekali dalam pembelajaran mata pelajaran
pengajian Lukisan Kejuruteraan. Mata pelajaran ini berhubung kait dengan mata
pelajaran teknikal yang mengandungi banyak topik yang memerlukan pelajar berfikir
secara kreatif dan kritis untuk menggambarkan lukisan yang akan dihasilkan.
Salah satu daripada topik yang memerlukan kefahaman yang mendalam
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah topik Lukisan Perspektif.
Penggunaan sedia ada sekarang untuk mengajar topik Lukisan Perspektif kurang
sesuai kerana penggunaan kapur tulis sukar untuk membezakan jenis-jenis garisan.
Penggunaan papan putih dapat mengatasi sedikit masalah ini namun ia tetap tidak
dapat mengelakkan masalah lain seperti:
(a) Pelajar tidak nampak dengan jelas konsep perspektif.
(b) Alat bantu mengajar sedia ada tidak dapat menggambarkan konsep
perspektif.
(c) Kejituan lukisan guru adalah rendah kerana penggunaan jangka lukis
pada papan tulis adalah kurang sesuai.
Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lambat kerana
guru terpaksa melukis dan menerangkan sesuatu langkah kerja kepada pelajar. Jika
terdapat keciciran di antara pelajar, guru terpaksa mengulangi langkah melukis
sesuatu lukisan.
8
1.2.1 Kelemahan pelajar untuk memahami konsep Lukisan Kejuruteraan
Lukisan Kejuruteraan adalah gabungan antara Lukisan Geometri dan Lukisan
Berkaitan. Analisis peperiksaan SPM yang dibuat oleh KPM menunjukkan mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan mempunyai prestasi pencapaian yang paling rendah
berbanding dengan mata pelajaran kejuruteraan yang lain.
Dalam Lukisan Kejuruteraan, pembentukan konsep yang tepat amatlah
diperlukan agar setiap pelajar mampu menggambar dan menyelesaikan masalah
dalam lukisan dengan betul. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil pelajar masih
mengulangi kesalahan yang sama apabila melukis objek yang sama. Perkara ini
adalah disebabkan kebanyakan daripada mereka gagal untuk memahami konsep yang
betul.
Kajian mendapati bahawa kelemahan pelajar dalam penyelesaian Lukisan
Kejuruteraan adalah dari sudut persepsi yang rendah dan tidak memahami konsep
dengan jelas serta lemah dalam visualisasi. Secara keseluruhan, beberapa kajian yang
telah dijalankan lebih bersetuju bahawa kelemahan pembelajaran pelajar adalah
disebabkan tidak dapat mengintegrasikan pengetahuan yang terdahulu dengan yang
baru dipelajari secara bersepadu dan bermakna.
1.2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer Sangat Bersifat Tradisi
Sesuatu perisian yang bermutu tinggi serta berkualiti agak sukar untuk
dihasilkan. Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama
menjadikan perisian yang bermutu tinggi sukar dihasilkan. Pembangunan sesebuah
perisian juga sering menumpukan kepada nilai komersial yang menyebabkan kualiti
9
hanya dinilai berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualiti
nilai pengajaran dan pembelajaran serta perubahan tingkahlaku pelajar yang ingin
dicapai.
Kebanyakan perisian yang ada pada hari ini tidak mempunyai ciri tambahan
sepertimana yang diperlukan. Biasanya, perisian tidak mampu membezakan input
pelajar yang hampir sama ataupun yang mempunyai maksud yang sama.
Pembelajaran melalui komputer pada hari ini lebih tertumpu kepada kaedah tutorial
dan latih tubi yang bersifat objektif. Selain daripada itu, perisian yang dibangunkan
kebanyakannya bersifat tradisi dan tidak berkualiti. Menurut Jamalludin dan
Zaidatun (2001), fungsi sesetengah perisian yang menyerupai buku teks hanya
membantu pelajar dari segi pemahaman serta perubahan tingkahlaku secara
berperingkat apabila berlakunya suatu proses pembelajaran.
Menurut Rio Sumarni (1996), pembelajaran berasaskan komputer (PBK)
sewajarnya menerapkan teori pembelajaran yang berupaya membantu pelajar berfikir
dan melaksanakan proses pembelajaran secara aktif. Pembelajaran berasaskan
komputer juga sewajarnya mampu membimbing pelajar meneroka, menyelesaikan
masalah dan mempelajari sesuatu konsep dengan berkesan. Kesemua ini hanya dapat
dicapai sekiranya pembangunan sesuatu PBK diasaskan kepada sesuatu teori yang
sesuai seperti teori konstruktivisme. PBK ini juga perlu diaplikasikan untuk
membantu pelajar menguasai konsep dalam sesuatu mata pelajaran seperti mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
Usaha ke arah pembinaan perisian ini direka bentuk disebabkan oleh beberapa
faktor. Faktor kekurangan perisian berbentuk teknikal di pasaran menjadikan
matlamat utama projek ini. Perisian pendidikan yang terdapat di pasaran
kebanyakannya tidak menepati objektif atau hasil pembelajaran serta aktiviti
pembelajaran yang digariskan dalam kurikulum yang dikehendaki oleh pihak
pendidikan. Perisian berperanan sebagai sebuah buku elektronik yang memerlukan
murid menggunakan komputer sahaja. Masalah kekurangan guru pakar dalam mata
10
pelajaran Lukisan Kejuruteraan juga mendorong pembangun untuk membina perisian
integrasi ini.
1.2.3 Cabaran mengintegrasikan teknologi multimedia interaktif dan web
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
Pembelajaran yang banyak memerlukan kefahaman tentang bentuk,
pergerakan dan ketepatan seperti mata pelajaran teknikal iaitu Pengajian
Kejuruteraan Awam dan Lukisan Kejuruteraan akan lebih mudah difahami dan
dihayati oleh pelajar sekiranya suatu sumber alternatif direka untuk mempengaruhi
dan merangsang minda pelajar. Pelbagai media pengajaran perlu digabungkan
bertujuan untuk mengatasi masalah ini. Sehubungan dengan itu, projek ini
merupakan satu usaha untuk mereka bentuk perisian yang mengintegrasikan
multimedia dan web khususnya untuk pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di sekolah.
Penggunaan laman web sebagai salah satu sumber untuk proses pengajaran
dan pembelajaran semakin mendapat pendedahan dan perhatian pendidik.
Perkembangan web yang semakin meluas membuatkan majoriti masyarakat
terutamanya pelajar menjadikan sumber ini sebagai sumber untuk mencari maklumat
ataupun bahan pembelajaran. Tidak dinafikan terdapat banyak laman-laman web
yang dibangunkan dengan pelbagai reka bentuk khusus untuk tujuan pembelajaran
dan pendidikan supaya pelajar-pelajar memperolehi pendedahan dan dapat
mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran mereka.
Namun begitu, tidak semua laman web yang terdapat di dalam internet
tersebut dapat memenuhi keperluan untuk sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar bukan setakat tidak dapat belajar atau sukar mencari maklumat
11
malah pelajar akan berasa keliru kerana terpaksa berhadapan dengan masalah yang
terdapat di dalam web. Kadangkala masalah laman web yang tidak memenuhi
spesifikasi proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja mengelirukan malah
seterusnya akan mengganggu peringkat perlaksanaan pembelajaran pelajar sendiri.
Ditambah lagi dengan grafik laman web yang tidak direka bentuk dengan sempurna,
ini akan menyulitkan lagi pembelajaran pelajar dan pemahaman pelajar menjadi
kurang jelas. Hal ini adalah kerana reka bentuk juga merupakan salah satu unsur
penting dalam memudahkan lagi pemahaman pelajaran dalam sesuatu subjek.
Elemen-elemen multimedia yang terdapat dapat laman web seharusnya direka
bentuk sebaik mungkin agar fungsi-fungsinya dapat berfungsi dengan baik.
Pembelajaran menerusi integrasi multimedia dan web ini dapat dilaksanakan dengan
lebih kondusif dan efektif sekiranya pembinaannya dilakukan berdasarkan teknik dan
kaedah yang betul.
Kebaikan yang ditawarkan oleh integrasi multimedia dan laman web dapat
menghasilkan satu suasana pembelajaran yang lebih segar dan efektif. Pelajar bukan
sahaja dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran malah dapat belajar
secara kendiri. Kesepaduan web di dalam teknologi multimedia sesuai digunakan
sebagai sumber topik ini kerana pelajar dapat mencapai contoh-contoh bagi topik ini
dengan lebih mudah dan realistik. Terdapat banyak contoh yang boleh didapati
dengan cepat hanya dengan terus melayari internet berbanding terpaksa mencarinya
di dalam buku-buku.
Oleh itu pembinaan dan penggunaan integrasi multimedia dan web
merupakan suatu kaedah yang sesuai yang dapat membantu guru mencapai objektif
pengajaran dan pembelajarannya dalam tajuk Lukisan Perspektif. Perisian integrasi
ini akan menjadi satu alternatif kepada guru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
12
1.2.4 Aplikasi Teori Konstruktivisme dalam perisian integrasi multimedia dan
web
Menyedari kelemahan perisian yang dibangunkan pada masa kini, pengkaji
memilih pendekatan konstruktivisme sebagai satu pendekatan dalam perisian
integrasi multimedia dan web yang dibangunkan kerana teori ini memberi penekanan
kepada penglibatan pelajar secara aktif. Teori ini memberi penekanan kepada
tingkahlaku pelajar (hands-on) serta menekankan aktiviti mental (minds-on) pelajar.
Mengikut pandangan teori konstruktivisme, pelajar telah mempunyai idea tersendiri
mengenai kejadian suatu fenomena sebelum memasuki bilik darjah.
Pembelajaran berasaskan komputer yang berlandaskan teori konstruktivisme
menekankan kepada pembangunan suatu perisian yang mempunyai perspektif yang
pelbagai (multiple perspectives) seperti penggunaan alat kolaborasi dan komunikasi
dan juga akses kepada data bagi membolehkan pelajar belajar dari pelbagai
perspektif. Pembelajaran juga berpusatkan pelajar mengaplikasikan sepenuhnya
keupayaan pelajar untuk bebas memilih tajuk yang ingin dipelajari, menjana
persoalan sendiri serta merancang pembelajaran masing-masing. Menurut
Baharuddin (2002), teori konstruktivisme menggalakkan strategi penemuan dalam
perisian yang dibangunkan. Pelajar harus diberikan aktiviti yang membolehkan
pelajar menemui sendiri prinsip pelajaran. Guru pula tidak seharusnya membantu
dengan memberi prinsip kepada pelajar bagi membantu proses pengajaran supaya
lebih berkesan. Dalam konteks ini, pelajar dibantu untuk membuat generalisasi dan
memindahkan pembelajaran kepada situasi lain dengan menggunakan konsep yang
sama.
Pembangun berpendapat bahawa teori pembelajaran konstruktivisme sesuai
dipraktikkan di dalam penghasilan laman web ini kerana teori ini memberi
penekanan kepada kegiatan pelajar. Teori ini juga kurang memberi penekanan
13
kepada tingkahlaku pelajar tetapi lebih menekankan aktiviti mental pelajar. Mengikut
pandangan teori konstruktivisme, pelajar telah mempunyai idea tersendiri mengenai
kejadian sesuatu fenomena sebelum memasuki bilik darjah. Melalui laman web yang
dihasilkan ini, pembelajaran kendiri akan dapat dibentuk di mana pelajar akan belajar
dengan sendirinya yang melibatkan interaksi antara pelajar dengan komputer.
1.3 Pernyataan Masalah
Pemerhatian dan kesedaran terhadap peri pentingnya kesan, implikasi dan
cabaran penggunaan teknologi dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan kepada
generasi muda, khususnya pelajar, ditambah pula dengan kekurangan pendedahan
penggunaan perisian dan web di dalam kelas Lukisan Kejuruteraan. Maka projek
pembangunan ini diharap dapat membantu dalam memperkasakan penggunaan
aplikasi laman web multimedia pada masa kini.
Perisian integrasi multimedia interaktif berasaskan web boleh bertindak
sebagai pembimbing dalam proses pembelajaran. Pakej perisian kursus multimedia
interaktif boleh digunakan dalam bentuk cakera padat, sistem rangkaian internet dan
cakera keras. Perisian integrasi multimedia dan web ini juga diharap akan dapat
menjadi media pengajaran yang boleh digunakan oleh semua sekolah di Malaysia
pada waktu pembelajaran yang anjal.
14
1.4 Rasional Pembangunan Perisian
Perubahan sistem pendidikan yang fleksibel telah memberi peluang kepada
pelajar-pelajar untuk memilih bidang yang bersesuaian diminati dengan minat
mereka. Perkara ini terbukti apabila pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah pun
dikembangkan di sekolah sekolah akademik harian biasa berbanding dengan
sebenarnya apabila mata pelajaran dulu hanya tertumpu di sekolah-sekolah aliran
teknik sahaja.
Sehubungan dengan itu, perisian integrasi multimedia dan web amat
diperlukan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih
menarik. Proses pengajaran dan pembelajaran ini juga lebih fleksibel dan mampu
berinteraksi mengikut kehendak pengguna serta kesesuaian tahap pembelajaran
dibandingkan dengan penggunaan alat bantu mengajar yang sedia ada. Selain itu,
proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu guru dan juga pelajar
memahami setiap konsep dengan cepat dan tepat. Proses pengajaran guru juga akan
menjadi lebih mudah dan berkesan.
1.5 Objektif Reka Bentuk dan Pembangunan Perisian
Berdasarkan penyataan masalah yang telah dibincangkan, pembangun telah
menggariskan dua objektif utama untuk dicapai menerusi pembangunan perisian
integrasi ini. Objektif-objektif rekabentuk dan pembangunan perisian integrasi ini
adalah seperti berikut:
1.5.1 Menghasilkan sebuah perisian pembelajaran laman web yang diintegrasikan
dengan Multimedia mengenai satu topik kecil “Lukisan Perspektif” mengikut
Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Lima yang dapat
15
menggabungkan pelbagai media seperti audio, imej, animasi grafik dan
sumber maklumat dengan tujuan meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran dan pengajaran para pendidik dan pelajar.
1.5.2 Menambah bilangan dan kualiti perisian pembelajaran berasaskan laman web
versi tempatan khasnya dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan serta
boleh dijadikan sebagai panduan kepada pembinaan perisian-perisian
pembelajaran yang lain.
1.6 Tujuan Pembangunan Laman Web
Pembinaan perisian integrasi multimedia dan web ini mempunyai beberapa
tujuan dan matlamat yang hendak dicapai. Antara tujuan perisian integrasi ini
dibangunkan adalah seperti berikut:
(a) Membolehkan pelajar-pelajar belajar secara sendiri tanpa kehadiran
guru.
(b) Memberikan keselesaan dan menarik minat pelajar untuk terus belajar
bagi menghasilkan pembelajaran berkesan.
(c) Membantu pelajar-pelajar dalam memahami bahagian-bahagian
abstrak dengan melihat simulasi yang disediakan.
(d) Memudahkan pelajar-pelajar membuat ulangkaji pelajaran, membuat
latihan pengukuhan dan mendapatkan maklumat tambahan melalui
pautan yang disediakan di dalam perisian tersebut.
(e) Membolehkan pelajar berinteraksi dan bertanya secara terus kepada
guru melalui kemudahan forum internet yang disediakan.
(f) Menyediakan ruang kepada pelajar-pelajar untuk berkongsi maklumat
dengan pelajar dari sekolah-sekolah lain melalui rangkaian yang
disediakan di dalam perisian integrasi tersebut.