pembangunan sistem sokongan pembelajaran … · tidak lupa juga penghargaan kepada encik...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS
TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)
BERNADETTE DORIS ANAK RIDIS RINYOD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya BERNADETTE DORIS ANAK RIDIS RINYOD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: P.O. BOX 105 KAMPUNG SEGONG SINGAI, PROF. MADYA DR. ZALEHA BT. ISMAIL BAU, Nama Penyelia 94000 BAU, SARAWAK. Tarikh:___________________ Tarikh:___________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS
TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)
BERNADETTE DORIS ANAK RIDIS RINYOD
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………………………….
Nama Penulis : ……………………………………………………….
Tarikh : ……………………………………………………….
iii
Teristimewa buat ibu bapaku yang tercinta serta adik beradikku yang tersayang. Kalian
adalah tempatku bernaung dan mendapat kasih sayang dan sokongan. Tanpa kalian, tidak
mampu diriku menempuhi cabaran hidup ini.
iv
PENGHARGAAN
Salam perpaduan…
Syukur kepada Tuhan di atas limpah berkat dan pertolongan-Nya, saya dapat
menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan ingin saya ucapkan teristimewa buat Prof Madya Dr Zaleha
binti Ismail selaku penyelia bagi projek saya ini di atas tunjuk ajar serta bimbingan dan
juga kepercayaan yang diberikan oleh beliau kepada saya dalam menyempurnakan projek
ini.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang
sentiasa bersedia membantu dan berkongsi pengetahuan dalam menjayakan projek ini,
Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan
perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam projek ini. Begitu juga kepada
senior, Rohaliza binti ab Roshed, yang telah mengajar saya cara untuk menggunakan
kemudahan dalam MOODLE, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan.
Kepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan projek ini, sumbangan anda semua amat dihargai dan didahului
dengan ucapan kasih.
v
ABSTRAK
Teknologi e-pembelajaran telah berjaya mempengaruhi sistem pendidikan di
semua peringkat iaitu dari peringkat sekolah rendah hinggalah kepada peringkat Institut
Pengajian Tinggi (IPT). E-pembelajaran dijadikan sebagai satu alternatif pembelajaran
namun keberkesanannya bergantung kepada unsur pedagogi yang diterapkan didalamnya.
Oleh itu, satu projek yang mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, iaitu projek Sistem
Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian dibangunkan untuk menghasilkan suatu e-
pembelajaran yang berkesan, interaktif, mampu menarik minat murid untuk belajar serta
bersifat mesra pengguna. Dalam pembangunan projek ini, satu sistem pengurusan kursus
telah dipilih kerana pendekatannya menyokong konstruktivisme sosial. Model ADDIE
digunakan sebagai asas dalam merancang dan membangunkan projek ini. Bahan e-
pembelajaran dibangunkan bagi topik Growth and Reproduction dalam Biologi
Tingkatan 5. Bahan-bahannya merangkumi Student’s Lesson, Teacher’s Note, Student’s
Practice, Quizzes, Forum, Chat, Assignment, dan Glossary serta dilengkapi dengan
elemen grafik dan animasi. Antara keistimewaan utama projek ini ialah ia menyediakan
maklum balas informatif dan penilaian fleksibel bagi latihan dan kuiz yang disediakan.
Diharapkan semoga projek yang dibangunkan ini dapat digunakan sebaiknya oleh murid,
guru, ibu bapa, dan juga masyarakat serta memberikan manfaat kepada semua.
vi
ABSTRACT
E-learning technology has successfully influence the education system at all
levels, that is from primary school level to university level. E-learning is an alternative to
the popular face to face learning. However, the effectiveness of its usage depends on
pedagogical elements that are being infused in it. Hence, a project that applies e-learning
technology, known as Online Self Study Support System was developed to generate an
effective, interactive, interesting, and user-friendly e-learning. In the development of this
project, a course management system was chosen as the platform for the project as it
arises from social constructivism. ADDIE model was used as the foundation in planning
and developing this project. The e-learning materials were developed for a topic in
Biology Form 5, which is Growth and Reproduction topic. The materials include
Student’s Lesson, Teacher’s Note, Student’s Practice, Quizzes, Forum, Chat,
Assignment, Glossary and also some graphic and animation elements. Among the main
specialties of this project is that it provide informative and instant feedback as well as
flexible assessment for the exercises and quizzes given. It is hope that this project can be
used to the fullest by the students, teachers, parents, and also society and bring benefit to
all.
vii
KANDUNGAN
PERKARA
HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
BAB
SENARAI LAMPIRAN
xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Kepentingan Projek 8
viii
1.5.1 Murid 8
1.5.2 Guru 9
1.5.3 Sekolah 9
1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 10
1.6 Skop dan Batasan Projek 10
1.7 Kerangka Teori Projek 11
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Sistem Sokongan 14
1.8.2 Pembelajaran 14
1.8.3 Kendiri 15
1.9 Penutup
15
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 E-Pembelajaran 17
2.3 Ciri-Ciri dan Kebaikan E-Pembelajaran melalui
Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri
atas Talian
17
2.4 Perbezaan antara E-Pembelajaran dengan Pembelajaran
Secara Tradisional
19
2.5 E-Pembelajaran di Luar Negara 20
2.6 E-Pembelajaran di Malaysia 22
2.6.1 Di Peringkat Sekolah 23
2.6.2 Di Peringkat Universiti, Institut, dan Maktab 25
2.7 Perisian Sumber Terbuka-MOODLE 28
2.7.1 Rangka Keseluruhan MOODLE 29
2.7.2 Pengurusan Laman Web 31
2.8 Masalah Pembelajaran bagi Topik Growth and
Reproduction
31
2.9 Penutup 32
ix
3
PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Model ADDIE 34
3.2.1 Fasa Analisis (ANALYSIS) 35
3.2.2 Fasa Rekabentuk (DESIGN) 38
3.2.3 Fasa Pembangunan (DEVELOPMENT) 42
3.2.4 Fasa Perlaksanaan (IMPLEMENTATION) 52
3.2.5 Fasa Penilaian (EVALUATION) 52
3.2.5.1 Penilaian Formatif 53
3.2.5.2 Penilaian Sumatif 53
3.3 Penutup
54
4 BAHAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN
KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TOPIK GROWTH
AND REPRODUCTION
4.1 Pengenalan 55
4.2 Cara mendaftar masuk (Login) ke dalam Sistem
Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik
Growth and Reproduction
56
4.3 Skrin Menu 59
4.4 Penghasilan Bahan-bahan Sistem Sokongan Pembelajaran
Kendiri atas Talian bagi topik Growth and Reproduction
60
4.4.1 Bahan pembelajaran Teacher’s Note dalam
Resource
61
4.4.2 Bahan pembelajaran Student’s Lesson dalam
Lesson
63
4.4.3 Bahan pembelajaran Student’s Practice dalam
Quizzes
67
x
4.4.4 Bahan pembelajaran Quizzes menggunakan
perisian Hot Potatoes
69
4.4.5 Bahan pembelajaran animasi menggunakan
perisian Macromedia Flash
70
4.5 Pengaplikasian Forum dalam Sistem Sokongan
Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and
Reproduction
71
4.6 Pengaplikasian Chat dalam Sistem Sokongan
Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and
Reproduction
72
4.7 Pengaplikasian Assignment dalam Sistem Sokongan
Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and
Reproduction
74
4.8 Pengaplikasian Glossary dalam Sistem Sokongan
Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and
Reproduction
75
4.9 Penutup
76
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 77
5.2 Perbincangan Projek 77
5.2.1 Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran
Kendiri atas Talian bagi topik Growth and
Reproduction
78
5.2.1.1 Keistimewaan Sistem Sokongan
Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi
topik Growth and Reproduction
79
5.2.1.2 Kebaikan Sistem Sokongan
Pembelajaran Kendiri atas Talian kepada
80
xi
murid
5.2.1.3 Kelemahan Sistem Sokongan
Pembelajaran Kendiri atas Talian
82
5.3 Rumusan 82
5.4 Masalah-Masalah yang Dihadapi semasa Pembangunan
Projek
83
5.4.1 Kepakaran yang terhad 83
5.4.2 Capaian Internet yang lembab 84
5.4.3 Proses penghasilan bahan pembelajaran 84
5.5 Cadangan Pembaikan Projek 85
5.6 Penutup
85
RUJUKAN 87
Lampiran A - E 89 - 117
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Perbezaan antara e-pembelajaran dengan
pembelajaran secara tradisional
19
3.1 Contoh jawapan yang diberi oleh murid
tingkatan 5 mengenai pemahaman tentang
hormon dalam pembiakan
37
3.2 Taksonomi Bloom 38
3.3 Contoh item soalan yang melibatkan
miskonsepsi di kalangan murid
41
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Teori Projek 12
3.1 Model ADDIE 35
3.2 Contoh nota guru (Teacher’s Note)
menggunakan perisian Microsoft Office
PowerPoint
43
3.3 Contoh nota guru (Teacher’s Note)
menggunakan perisian OpenOffice.org.2.3
(Impress)
44
3.4 Perisian Winzip 45
3.5 Perisian Hot Potatoes 46
3.6 Perisian Macromedia Flash MX 2004 47
3.7 Carta alir pembangunan Teacher’s Note
dalam bentuk html
48
3.8 Carta alir pembangunan Teacher’s Note
dalam bentuk PowerPoint
49
3.9 Carta alir pembangunan Student’s Lesson 50
3.10 Carta alir pembangunan Student’s Practice 51
3.11 Carta alir pembangunan Interactive Quiz 51
4.1 Skrin paparan utama 56
4.2 Skrin Login 57
xiv
4.3 Skrin create new account 58
4.4 Skrin antaramuka Sistem Sokongan
Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik
Growth and Reproduction
59
4.5 Skrin menu bagi topik Growth and
Reproduction
60
4.6 Skrin Teacher’s Note dalam format html 62
4.7 Skrin Teacher’s Note dalam format
PowerPoint
63
4.8 Skrin Student’s Lesson (Learning
Objectives Subtopic 4.1)
64
4.9 Skrin Student’s Lesson (Pengenalan) 65
4.10 Skrin Student’s Lesson (isi kandungan
pembelajaran)
65
4.11 Skrin Student’s Lesson (Soalan) 66
4.12 Skrin Student’s Practice bagi jawapan yang
betul
67
4.13 Skrin Student’s Practice bagi jawapan yang
salah
68
4.14 Skrin paparan rekod gred murid 69
4.15 Skrin Hot Potatoes JQuiz bagi subtopic 4.2 70
4.16 Skrin animasi bagi proses pembentukkan
kembar Siam
71
4.17 Skrin Forum 72
4.18 Skrin Chat on Topic 4 73
4.19 Skrin Chat on Assignment 73
4.20 Skrin Assignment 74
4.21 Skrin Glossary 75
xv
SENARAI SINGKATAN
CMS - Course Management System
GIF - Graphic Interchange Format
HTML - Hypertext Markup Language
ICT - Information and Communication Technology
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
LMS - Learning Management System
MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning
Environment
PDA - Personal Digital Assistant
PHP - Hypertext Preprocessor
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Jadual analisa soalan latihan (Student’s
Practice)
84
B Contoh borang soal selidik 109
C Jadual analisa penilaian Sistem Sokongan
Pembelajaran Kendiri atas Talian
111
D Jadual analisa perbandingan Sistem
Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian
(OSSS) dengan sistem pembelajaran e-
learning yang lain
112
E Surat memohon kebenaran mendapatkan
maklumat
117
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menyedari betapa pentingnya sains dalam kehidupan dan kemajuan negara,
matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah untuk memastikan
murid mampu menguasai konsep serta kemahiran tentang sains dan seterusnya
melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menghayati keindahan alam ciptaan
Tuhan. Selain itu, KBSM ingin melahirkan murid yang berkembang secara menyeluruh
dan seimbang jadi segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS) serta
melahirkan insan yang sempurna dan berguna kepada masyarakat dan negara. Oleh itu,
guru yang merupakan pendidik anak bangsa memainkan peranan dan tanggungjawab
yang amat besar bagi memastikan matlamat yang telah ditetapkan tercapai dengan
jayanya. Guru harus bijak memilih serta menggunakan teknik dan kaedah pengajaran
yang sesuai dengan kebolehan, sikap, serta minat murid agar suatu proses pengajaran dan
pembelajaran itu dapat berjalan dengan berkesan. Dengan berkembangnya sains dan
teknologi, setiap guru harus memiliki kemahiran untuk mengaplikasikan penggunaan
bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi bagi menghasilkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang menarik, interaktif, dan dinamik.
2
Dalam mencapai wawasan 2020 iaitu untuk menjadikan negara kita sebuah negara
perindustrian yang berkembang maju serta membasmi kemiskinan dan melahirkan rakyat
Malaysia yang celik IT, pengaplikasian ilmu sains dan teknologi perlu diperkenalkan dan
diterapkan kepada masyarakat sejak di bangku sekolah lagi. Pelbagai strategi telah
dilaksanakan oleh sistem pendidikan untuk menerapkan penggunaan sains dan teknologi
dalam pendidikan. Antaranya ialah menyediakan kemudahan komputer serta bahan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan CD-ROM kepada sekolah-sekolah. Manakala,
bagi program pendidikan di peringkat tinggi sama ada institusi awam ataupun swasta,
setiap pelajar dikehendaki mempelajari dan mengaplikasikan penggunaan sains dan
teknologi walaupun ianya mungkin bukan merupakan bidang khusus mereka. Ia
bertujuan untuk memastikan setiap pelajar menjadi insan yang celik IT serta mempunyai
pelbagai kemahiran yang berguna demi masa depan sendiri dan juga negara. Pelajar yang
mengambil pengkhususan dalam bidang sains dan teknologi pula perlu juga mempelajari
bidang lain seperti sastera dan kemanusiaan supaya menjadi insan yang seimbang dan
bepengetahuan luas. Ia selari dengan pernyataan Wawasan 2020 menerusi cabaran ke-6
yang menegaskan perlunya latihan untuk menambahkan tenaga profesional di bidang
sains dan teknologi dan perlunya ditentukan keseimbangan antara golongan yang terlatih
di bidang ini dengan mengikuti pengkhususan di bidang sastera, kemanusiaan, dan sosial.
Dalam abad ke-21 ini, ledakan maklumat yang bersifat saintifik dan teknologi
membolehkan sesuatu maklumat diperoleh dan disampaikan dengan mudah tanpa
memerlukan seseorang untuk bergerak jauh dari satu tempat ke tempat yang lain serta
tidak mengambil masa yang lama dan memenatkan. Pendidikan siber, pendidikan jarak
jauh serta proses capaian maklumat di Internet membolehkan pelajar melakukan
pembelajaran berasaskan talian secara meluas. Internet merupakan satu rangkaian
komputer antarabangsa yang menghubungkan berjuta komputer secara talian terus.
Melalui Internet, manusia boleh berkongsi maklumat dan juga ilmu pengetahuan tanpa
perlunya bertemu muka. Internet adalah singkatan dari perkataan Inter-Network atau a
network of networks. Ianya bersifat antarabangsa dan menyediakan pelbagai
perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna seperti mel elektronik dan laman web
3
(Aris, B., et.al, 2003). Dunia tanpa sempadan di mana manusia dari seluruh pelusuk
dunia dapat berhubung dan berkongsi maklumat menunjukkan kecanggihan Internet
dalam menghubungkan manusia dari serata dunia.
World Wide Web (WWW) telah menjadikan Internet mesra pengguna dan
menarik di mana terdapatnya integrasi antara pelbagai elemen media seperti grafik,
animasi, teks, audio, dan video di dalam sesebuah laman web. E-pembelajaran
(pembelajaran elektronik) merupakan salah satu contoh pembelajaran melalui Internet di
mana pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran dan belajar mengikut rentak tersendiri
atau dalam erti kata lain, belajar secara tidak formal. Menurut Aris, B., et. al (2003),
melalui kaedah pembelajaran web, suatu aspek penting adalah penglibatan pelajar kepada
proses pembelajaran. Pelajar yang terlibat akan berinteraksi secara aktif dalam
mendapatkan maklumat dan pengetahuan samada sesama pelajar sendiri mahupun
interaksi bersama penyelia mereka.
E-pembelajaran telahpun diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah
pembelajaran. Ianya turut merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat tradisional seperti kapur dan papan putih. Salah satu contoh
e-pembelajaran yang telah pun dilancarkan adalah PORTAL pendidikan utusan di mana
ia telah dilancarkan pada Julai 2001. Menurut sumber berita Utusan Melayu (16
September 2002), Portal Pendidikan Utusan Melayu telah menyediakan bahan-bahan
untuk subjek Sains dan Matematik Tahun Satu dalam versi bahasa Inggeris mulai tahun
2003.
Selain daripada menyediakan bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk elektronik,
e-pembelajaran turut membenarkan perkongsian maklumat dan idea antara pengguna
melalui media-media tertentu seperti ruangan Forum, Chat, email, dan juga video.
Dalam erti kata lain, pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran di mana pelajar
4
boleh meneroka bahan pembelajaran sendiri dan mengikut rentak sendiri pada bila-bila
masa dan di mana jua asalkan terdapatnya kemudahan Internet.
Secara keseluruhannya, Internet memainkan peranan sebagai salah satu teknik
pembelajaran dalam dunia pendidikan di era sains dan teknologi masa kini. Pelajar boleh
memperoleh pelbagai maklumat dan bahan pendidikan melalui e-pembelajaran.
Pembelajaran adalah berpusatkan pelajar di mana pelajar menentukan pembelajaran
mereka sendiri dan proses pembelajaran adalah aktif dan tidak formal.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matapelajaran sains merupakan salah satu matapelajaran teras yang wajib untuk
dipelajari oleh setiap murid. Ini kerana matapelajaran sains merupakan salah satu
matapelajaran yang penting dalam menyediakan murid dengan kemahiran saintifik untuk
pembangunan negara ke arah sains dan teknologi pada masa akan datang. Ia selaras
dengan cabaran yang ke-6 yang menyatakan bahawa “untuk mewujudkan masyarakat
yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang
tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan” (Jabatan Perdana Menteri, 1991).
Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat
masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru.
Sesetengah murid pula tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Menurut Rubiah dan Ong (2005),
masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar adalah berlainan daripada satu sama lain.
5
Namun, secara puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi.
Mereka berpendapat bahawa selalunya masalah ini timbul apabila para pelajar
menghadapi tekanan, sama ada tekanan daripada keluarga, tekanan daripada guru,
mahupun tekanan yang dicorakkan oleh para pelajar sendiri.
Bagi matapelajaran sains, masalah miskonsepsi dan kesalahan lazim merupakan
masalah yang sering dihadapi para murid ketika mempelajari matapelajaran ini. Menurut
Hershey (2004), terdapat beberapa miskonsepsi yang dikenalpasti dalam matapelajaran
Biologi. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah terlalu
menggeneralisasikan (overgeneralization), terlalu memudahkan (oversimplification),
pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion), salah mengenalpasti
(misidentifying), salah faham (misunderstanding), salah maklumat (misinformation),
kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs), salah faham konsep (conceptual
misunderstands), kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs), dan
penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly
explained) serta beberapa miskonsepsi yang lain. Masalah lazim pula seperti murid tidak
menjawab seperti yang dikehendaki oleh soalan dan cuai dalam memilih jawapan yang
tepat.
Oleh itu, Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian diperkenalkan
untuk membantu para murid dan juga guru dalam menangani masalah-masalah yang
dinyatakan sebentar tadi. Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri dalam Talian ialah
nama bagi e-pembelajaran yang dibina khas oleh pembangun untuk membolehkan para
murid belajar sendiri secara on-line. Melalui Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri
atas Talian, para murid boleh melakukan pembelajaran kendiri di mana murid boleh
menentukan sendiri masa untuk belajar, kandungan bahan pelajaran yang ingin dipelajari
serta hala tuju pembelajaran. Proses pembelajaran adalah fleksibel dan mengikut rentak
murid sendiri. Selain itu, murid juga berpeluang mempelajari tajuk yang sukar untuk
difahami berulang kali serta menjawab kuiz yang disediakan untuk menguji dan
6
mengukuhkan kefahaman. Ini dapat mengelakkan miskonsepsi pada masa akan datang
kerana para murid didedahkan dengan soalan-soalan yang menjadi kesalahan lazim yang
dilakukan sebelum ini.
Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian turut menyediakan ruangan
Forum dan Chat untuk membolehkan para murid menyatakan sebarang kemusykilan dan
masalah pembelajaran serta mengadakan perbincangan berkenaan topik yang dipelajari.
Justeru, perbincangan yang teratur dan terancang dapat dilaksanakan dengan adanya
teknologi diaplikasikan dalam proses pembelajaran. Apa yang pasti, Sistem Sokongan
Pembelajaran Kendiri atas Talian menyimpan rekod pembelajaran secara berkesan dan
sistematik untuk dijadikan rujukan murid sendiri, ibu bapa dan juga guru. Nota untuk
guru juga disediakan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru sekiranya guru tidak
sempat menyediakan bahan pembelajaran sendiri disebabkan kekangan masa yang
dihadapi. Beberapa elemen multimedia seperti animasi dan grafik turut diselitkan dalam
pembelajaran untuk menjadikan proses pembelajaran suatu proses yang menarik dan
lebih berkesan.
Kesimpulannya, Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian merupakan
satu kaedah pembelajaran yang dinamik dan amat sesuai dijalankan oleh para murid sama
ada di dalam ataupun di luar waktu sekolah. Ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh e-
pembelajaran menjadikan ia suatu kaedah pembelajaran yang berkesan sekiranya para
murid memanfaatkan penggunaannya. Penggunaan Internet secara negatif juga dapat
dikurangkan jika para murid menggunakan Internet untuk tujuan pembelajaran dan
menimba ilmu pengetahuan.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah mempelajari matapelajaran Sains (khususnya, Biologi) di kalangan
murid telah pun wujud sejak dari dahulu lagi hinggalah ke hari ini. Murid seringkali
menghadapi masalah untuk memahami dan mengingati apa yang dipelajari. Pelbagai
initiasif telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengatasi masalah yang dihadapi
ini. Seiring dengan perubahan dan ledakan teknologi yang pantas, maka suatu bentuk e-
pembelajaran iaitu Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian dibangunkan
untuk dijadikan sebagai salah satu alternatif bagi menangani masalah tersebut.
Terdapat pelbagai bentuk e-pembelajaran yang sedia ada namun kebanyakannya
tidak menyediakan suasana pembelajaran yang berkesan, interaktif, menarik, dan mesra
pengguna. Sekiranya elemen-elemen tersebut ada, pembelajaran menggunakan teknologi
mampu menjadikan murid semakin berminat untuk meneroka alam ilmu sains. Ini kerana
melalui kaedah teknologi ini pelbagai cara maklumat yang dikehendaki dapat diperoleh
dengan mudah dan cepat. Maka Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian
dilaksanakan bagi menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang cuba untuk
mengintegrasikan elemen-elemen tersebut.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini ialah untuk membangunkan satu sistem e-pembelajaran
bernama Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri Atas Talian bagi topik Growth and
Reproduction.