pembinaan dan penilaian panduan pengajaran … · pembinaan dan penilaian panduan pengajaran...
TRANSCRIPT
PEMBINAAN DAN PENILAIAN PANDUAN PENGAJARAN
MENGGUNAKAN PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH BAGI
MATA PELAJARAN OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN
NORHAYATI BINTI SARIP@SHARIF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALASIA
19:16Pind. 1/97
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
Penyelidikan, atau di sertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PANDUAN PENGAJARAN
MENGGUNAKAN PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH BAGI MATA PELAJARAN OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN
. SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya NORHAYATI BINTI SARIP@SHARIF .
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesisi ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi
pengajian tinggi. 4. ** sila tandakan ( )
SULIT
SULIT TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: CIK SARIMAH BINTI ISMAIL NO 126-A FELDA APING TIMUR Nama Penyelia 81900 KOTA TINGGI JOHOR DARUL TAKZIM Tarikh : APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ............................................................
Nama Penyelia : Cik Sarimah Binti Ismail
Tarikh : 30 APRIL 2008
i
PEMBINAAN DAN PENILAIAN PANDUAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN
PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH BAGI MATA PELAJARAN
OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN
NORHAYATI BINTI HJ SARIP @SHARIF
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………..
Nama Penulis : Norhayati Binti Hj Sarip@Sharif
Tarikh : April, 2008
iii
Dipanjatkan kesyukuran dan kerahmatan buat-Nya yang mengizinkan akan
segala sesuatu..........
Untuk ayahanda dan bonda
Hj Sarif@Sharif Bin Abu dan Hjh Saniah Bte Garib
Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima kasih ayahanda dan bonda
Untuk bapa dan ibu mertua
En Yusup Bin Saba dan Hjh Rasmah Bte Senga
Doa, sokongan dan nasihatmu mengiringi kejayaanku
Terima kasih abah dan mak
Buat suami tersayang
En Yuli Bin Yusup
Terima kasih atas kesabaran,sokongan dan
Pengorbanan yang tidak ternilai hatta dengan wang ringgit sekalipun
Dan
Pensyarah Pembimbing yang dihormati
Cik Sarimah Ismail
Atas segala tunjuk ajar dan bimbingan
“KEJAYAAN ADALAH HASIL DARIPADA USAHA
DAN
USAHA ITU TIDAK AKAN BERKAT TANPA DOA....”
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji
Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan
sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah penyelidik menyempurnakan
kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Cik Sarimah binti Ismail
selaku penyelia projek ini diatas komitmen, kesabaran, bimbingan dan nasihat yang
dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini. Beliau adalah seorang yang
profesional terhadap tugasnya.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada Pn. Rubiah, Pn Zaharah dan En
Sanip Sapaat dari Institut Perguruan Sultan Ibrahim kerana telah memberikan
kerjasama dalam membantu menyempurnakan projek sarjana muda ini. Seterusnya
kepada rakan – rakan seperjuangan diatas bantuan, dorongan dan tunjuk ajar,
sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.
Terima Kasih
v
ABSTRAK
Panduan Pengajaran ialah bahan rujukan dan panduan untuk memudahkan
pengajaran. Kajian ini mengaplikasi rekabentuk kajian deskriptif tinjauan bagi
menilai keberkesanan tiga Panduan Pengajaran yang dibina bertajuk Pengenalan
Pendekatan Penyelesaian Masalah bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan
Makanan, Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah dalam Pengajaran Hidangan
Barat dan Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah dalam Pengajaran Hidangan
Melayu. Seramai lapan belas orang pensyarah yang berpengalaman mengajar mata
pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan telah terlibat dalam penilaian bagi tiga
Panduan Pengajaran yang dibina. Borang soal selidik yang digunakan sebagai
instrumen kajian terdiri daripada bahagian A yang mengandungi item berhubung
latar belakang responden dan bahagian B mengandung 20 item yang berhubung
dengan pembolehubah kesesuaian struktur ayat, isi kandungan mata pelajaran
Operasi Perkhidmatan Makanan, format, ilustrasi dan aplikasi pendekatan
Penyelesaian Masalah. Data – data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0
untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min dan nilai signifikan bagi ujian-
T. Hasil kajian menunjukkan ketiga – tiga Panduan Pengajaran yang dibina adalah
amat sesuai digunakan sebagai bahan rujukan untuk membantu pensyarah dalam
pengajaran mereka bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan dan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman mengajar penilai terhadap
aspek dinilai iaitu kesesuaian struktur ayat, isi kandungan, aplikasi penggunaan
pendekatan penyelesaian masalah, ilustrasi dan format bagi ketiga – tiga Panduan
Pengajaran tersebut.
vi
ABSTRACT
Teaching Guidance is the materials used by lecturers as reference and Guides
for effective teaching. This research is a descriptive research and purpose is to
construct and evaluate the effectiveness of three Teaching Guides titled Introduction
of problem solving approach for Operasi Perkhidmatan Makanan, application of
Problem Solving approach in teaching western food presentation and application of
Problem Solving approach in teaching Malay Dishes. This Teaching Guide is
evaluated using evaluation method. About eighteen experienced lecturers in Operasi
Perkhidmatan Makanan are involved in this evaluation. A form of Questionnaire
which consist part A about the respondents background and part B consisting 20
items related to sentence suitability, contents of Operasi Perkhidmatan Makanan
subject, format, illustration and application using Problem Solving method was
distributed to respondents. Data collected was analyzed using SPSS version 13.0
software to evaluate the frequency, percentage, mean and the value of p for
significance for T-test to answer research question for this research. The outcome of
this research shows that the three Teaching Guide books constructed is very suitable
to be used in teaching and learning process for Operasi Perkhidmatan Makanan
subject and there is no significance difference between teaching experience and
sentence suitability, contents of Operasi Perkhidmatan Makanan subject, format,
illustration and application using Problem Solving method.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.2.1 Fungsi Jabatan Restoran 7
1.2.2 Fungsi Jabatan Dapur 8
1.2.3 Fungsi Jabatan Pantri 8
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Hipotesis Kajian 12
viii
1.7 Rangka Kerja Konsep 13
1.8 Skop Dan Batasan Kajian 14
1.9 Kepentingan Kajian 15
1.8.1 Pensyarah Mata Pelajaran Operasi
Perkhidmatan Makanan 16
1.8.2 Pelajar 16
1.8.3 Institusi Pengajian Tinggi 16
1.10 Istilah Dan Definisi 17
1.10.1 Strategi 17
1.10.2 Masalah 17
1.10.3 Penyelesaian Masalah 17
1.10.4 Operasi Perkhidmatan Makanan 18
1.10.5 Penilaian 18
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 20
2.1 Penilaian Panduan Pengajaran 20
2.1.1 Konsep Penilaian 21
2.1.2 Tujuan Penilaian 21
2.1.3 Struktur Ayat dan Bahasa 22
2.1.4 Persembahan dan Format 23
2.1.5 Visual dan Ilustrasi 23
2.1.6 Isi Kandungan 25
2.2 Ciri – Ciri Penyelesaian Masalah 25
2.3 Pendekatan Mengajar Penyelesaian Masalah 27
2.4 Kebaikan Kaedah Penyelesaian Masalah 28
2.4.1 Kebaikan Kepada Pelajar 28
2.4.2 Kebaikan Kepada Guru 30
2.5 Cabaran Dan Kekangan Dalam Penggunaan Kaedah
Penyelesaian Masalah 32
2.5.1 Cabaran Terhadap Guru Dan Cara Mengatasinya 32
2.5.2 Cabaran Terhadap Pelajar Dan Cara Mengatasinya 34
ix
2.6 Model – Model Penyelesaian Masalah 35
2.6.1 Model Dewey (1948) 35
2.6.2 Model Polya (1957) 36
2.6.3 Model Lester (1978) 37
2.6.4 Model Rudnick Dan Krulick (1980) 38
2.6.5 Model Newell Dan Simon (1972) 40
2.6.6 Rumusan Model –Model Penyelesaian Masalah 40
2.7 Rasional Penggunaan Model Penyelesaian Masalah 43
2.7.1 Fasa Pertama: Memahami Masalah 44
2.7.2 Fasa Kedua: Mencari Maklumat 44
2.7.3 Fasa Ketiga: Merancang Strategi Penyelesaian
Masalah 45
2.7.4 Fasa Keempat: Melaksanakan Strategi
Penyelesaian 45
2.7.5 Fasa Kelima: Menilai Dan Membuat Refleksi 47
2.8 Aplikasi Penyelesaian Masalah Dalam Kajian Pendidikan
Teknikal 48
2.8.1 Kajian Pendidikan Di Dalam Lukisan Kejuruteraan 48
2.8.2 Kajian Pendidikan Di Dalam Mata Pelajaran
Reka Cipta 52
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 54
3.1 Rekabentuk Kajian 54
3.2 Tempat Kajian 55
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 56
3.4 Instrumen Kajian 57
3.5 Kebolehpercayaan Soal Selidik 58
3.6 Tatacara Kajian 60
3.6.1 Kajian Tahap 1: Membina Panduan Pengajaran 61
3.6.2 Kajian Tahap 2: Kajian Rintis Dan Penilaian
Formatif 62
x
3.6.3 Kajian Tahap 3: Analisis Data Dan Maklumat 64
BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 67
4.1 Analisis Bahagian A-Demografi 68
4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 68
4.1.2 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan
Akademik 68
4.1.3 Taburan Responden Berdasarkan Pengkhususan
Akademik 69
4.1.4 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman
Mengajar 70
4.1.5 Taburan Responden Berdasarkan Tempat
Berkhidmat 70
4.2 Analisis Bahagian B 71
4.2.1 Analisa Persoalan Kajian 1 71
4.2.2 Analisa Persoalan Kajian 2 73
4.2.2.1 Kesesuaian Dari Segi Struktur Ayat Dan
Bahasa 74
4.2.2.2 Kesesuaian Dari Segi Isi Kandungan 77
4.2.2.3 Kesesuaian Dari Segi Format 84
4.2.2.4 Kesesuaian Dari Segi Ilustrasi 86
4.2.2.5 Aplikasi Penyelesaian Masalah Dalam
Panduan Pengajaran 88
4.2.1.6 Rumusan Dapatan Persoalan Kajian 2 93
4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 93
4.2.3.1 Dapatan Analisis Persoalan Kajian 3
Bagi Panduan Pengajaran 1 94
4.2.3.2 Dapatan Analisis Persoalan Kajian 3
Bagi Panduan Pengajaran 2 96
4.2.3.3 Dapatan Analisis Persoalan Kajian 3
xi
Bagi Panduan Pengajaran 3 97
4.2.3.4 Kesesuaian Ketiga–Tiga Panduan Pengajaran
Digunakan Sebagai Bahan Pengajaran Dan
Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran
Operasi Perkhidmatan Makanan. 99
4.2.3.5 Perbezaan Penilaian Kesesuaian Bahan
Pengajaran Dibina Sebagai Panduan
Pengajaran Merentasi Pengalaman
Mengajar Penilai 100
4.3 Cadangan Penambahbaikan Panduan Pengajaran 101
4.3.1 Panduan Pengajaran 1: Pengenalan Pendekatan
Penyelesaian Masalah Bagi Mata Pelajaran
Operasi Perkhidmatan Makanan 101
4.3.2 Panduan Pengajaran 2: Aplikasi Pendekatan
Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran
Hidangan Barat 102
4.3.3 Panduan Pengejaran 3: Aplikasi Pendekatan
Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran
Hidangan Melayu 102
4.4 Penutup 103
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 104
5.1 Perbincangan Bahagian A: Demografi 104
5.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 106
5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2
5.3.1 Apakah Struktur Ayat Yang Digunakan Dalam
Panduan Pengajaran Bersesuaian 109
5.3.2 Apakah Isi Kandungan Yang Terkandung
Dalam Panduan Pengajaran Bersesuaian 109
xii
5.3.3 Apakah Format Yang Digunakan Dalam
Panduan Pengajaran Bersesuaian 112
5.3.4 Apakah Ilustrasi Yang Digunakan Dalam
Panduan Pengajaran Bersesuaian 113
5.3.5 Apakah Aplikasi Pendekatan Penyelesaian
Masalah Panduan Secara Keseluruhan
Bersesuaian 114
5.3.5.1 Apakah Aplikasi Model Penyelesaian
Masalah Panduan Pengajaran 1
Bersesuaian? 114
5.3.5.2 Apakah Aplikasi Model Penyelesaian
Masalah Panduan Pengajaran 2
Bersesuaian? 116
5.3.5.3 Apakah aplikasi model penyelesaian
masalah Panduan Pengajaran 3
bersesuaian? 117
5.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 117
5.5 Rumusan 118
5.6 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 119
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 120
5.8 Kesimpulan 122
RUJUKAN 123
LAMPIRAN 128-139
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 1.1 Mata Pelajaran Yang Di Tawarkan Oleh Jabatan PTK 5 1.2 Sukatan Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan 7 1.3 Taburan Responden Yang Dipilih Berdasarkan Institut
Pengajian Tinggi 14 2.1 Perbezaan Antara Kejayaan Dan Kegagalan Pelajar Dalam
Penyelesaian Masalah 29 2.2 Kebaikan Pendekatan Penyelesaian Masalah Melalui Kajian 30 2.3 Perbandingan Model–Model Penyelesaian Masalah 42 3.1 Taburan Responden Yang Dipilih Berdasarkan Institut Pengajian Tinggi 56 3.2 Pembahagian Item Soalan Bahagian B 57 3.3 Pekali Alpha Conbach 58 3.4 Hasil kajian rintis 59 3.5 Pengkelasan Skala Lima Mata 64 3.6 Markat Skala Penyelidik 64 3.7 Perubahan markat dan skala 65 3.8 Klasifikasi ujian –T 65 4.1 Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Jantina 68 4.2 Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik 69
xiv
4.3 Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Pengkhususan Akademik 69
4.4 Taburan Bilangan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 70 4.5 Taburan Bilangan Responden Mengikut Institut Pengajian Tinggi 70 4.6 Kesesuaian Ayat Dan Bahasa Panduan Pengajaran 1 74 4.7 Kesesuaian Ayat Dan Bahasa Panduan Pengajaran 2 75 4.8 Kesesuaian Ayat Dan Bahasa Panduan Pengajaran 3 76 4.9 Kesesuaian Isi Kandungan Panduan Pengajaran 1 78 4.10 Kesesuaian Isi Kandungan Panduan Pengajaran 2 80 4.11 Kesesuaian Isi Kandungan Panduan Pengajaran 3 82 4.12 Kesesuaian Format Panduan Pengajaran 1 84 4.13 Kesesuaian Format Panduan Pengajaran 2 85 4.14 Kesesuaian Format Panduan Pengajaran 3 85 4.15 Kesesuaian Ilustrasi Panduan Pengajaran 1 86 4.16 Kesesuaian Ilustrasi Panduan Pengajaran 2 87 4.17 Kesesuaian Ilustrasi Panduan Pengajaran 3 87 4.18 Aplikasi Penyelesaian Masalah Panduan Pengajaran 1 88 4.19 Aplikasi Penyelesaian Masalah Di Dalam Panduan Pengajaran 2 90 4.20 Aplikasi Penyelesaian Masalah Di Dalam Panduan Pengajaran 3 91 4.21 Kesesuaian Bahan–bahan Pengajaran Di Bina Sebagai Panduan
Pengajaran Bagi Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan 93 4.22 Ujian-T Antara Pengalaman Mengajar Penilai Dengan Panduan
Pengajaran 1 94 4.23 Ujian-T Antara Pengalaman Mengajar Penilai Dengan Panduan
Pengajaran 2 96 4.24 Ujian-T Antara Pengalaman Mengajar Penilai Dengan Panduan
Pengajaran 3 98
xv
4.25 Purata Kesesuaian Panduan Pengajaran 100 4.26 Rumusan Dapatan Persoalan Kajian 2 Menggunakan Ujian-T 100 4.27 Maklum Balas Responden Panduan Pengajaran 1 101 4.28 Maklum Balas Responden Panduan Pengajaran 2 102 4.29 Maklum Balas Responden Panduan Pengajaran 3 103
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
1.1 Rangka kerja konsep 13
2.1 Penyelesaian masalah berdasarkan Model Dewey 35
2.2 Penyelesaian masalah berdasarkan Model Polya (1957) 36
2.3 Model pengajaran berasaskan Penyelesaian Masalah bagi
kajian ini 43
2.4 Pendekatan Penyelesaian Masalah Hatta berdasarkan teori
Skemp (2001) Bagi Lukisan Ortografik dan Pandangan Keratan 50
3.1 Model pengajaran berasaskan Penyelesaian Masalah bagi
kajian ini 55
3.2 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 60
3.3 Rangka Kerja Kajian Tahap 1 61
3.4 Rangka Kerja Kajian Rintis 62
3.5 Rangka Kerja Penilaian 63
5.1 Rangka kerja Aplikasi Penyelesaian Masalah dalam Panduan
Pengajaran Operasi Perkhidmatan Makanan 108
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Borang Soal Selidik 128
B Dapatan nilai Alpha kajian rintis 134
C Analisis dapatan kajian 136
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Perubahan sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini telah membawa
satu perubahan besar di dalam kaedah pengajaran guru. Mereka tidak lagi
mengamalkan kaedah tradisional yang lebih berpusatkan guru tetapi
mempelbagaikan cara pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Senario ini telah
menyebabkan perubahan cara belajar yang lebih baik kepada pelajar. Mereka tidak
lagi dibelenggu cara pemikiran yang lama tetapi kini pembelajaran sedemikian telah
menjana pemikiran pelajar agar lebih kreatif, kritis, analitis, logik dan rasional.
Kaedah pengajaran menggunakan pendekatan Penyelesaian Masalah (PM)
bukanlah merupakan satu pendekatan yang baru, malah ia telah lama digunakan
sama ada di Malaysia atau di luar negara. Kaedah PM merupakan pendekatan yang
kompleks untuk merangsang pembelajaran. Menurut Barrows, (1996), Boud &
Faletti (1991) dan Savery & Duffy (2001), kaedah PM ini telah digunakan sebagai
pendekatan pedagogi bermula dari tahun 1970. Pendekatan ini digunakan secara
meluas bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi turut digunakan dalam bidang
perubatan, kejururawatan dan pertanian (Kenny, 2005). Tujuan kaedah ini
diperkenalkan adalah untuk menggalakkan pelajar–pelajar melibatkan diri secara
aktif dalam menghadapi situasi sebenar, meminta mereka mengenal pasti masalah
dan mencari maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
2
Lester seorang ahli matematik terkenal dalam tahun 1978 menggambarkan
masalah sebagai suatu situasi apabila seseorang individu atau kumpulan itu
dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya. Mereka perlu menentukan strategi
dan kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja
penyelesaiannya (Sang, 1997). Penyelesaian ditakrifkan sebagai strategi ataupun
proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif bagi
memutuskan cadangan yang terbaik bagi mengatasi kesukaran, halangan atau pun
kekurangan yang dihadapi. Travers et al., (1977) pula menyatakan masalah ialah
soalan yang sukar dan memerlukan kebolehan mensintesiskannya celik akal untuk
menjawabnya. Selain itu, masalah dicirikan sebagai satu situasi apabila seseorang itu
ingin mencari penyelesaiannya. Namun, wujud halangan atau cabaran, maka
penyelesaian tidak dapat diperoleh dengan serta merta (Lesh dan Zawojewski, 1992;
Travers et al., 1977). Manakala Mayer (1985) dalam Uzi Dollah (2006) pula
menyatakan masalah berlaku apabila terdapat halangan antara maklumat yang diberi
dengan matlamat yang ingin dicapai.
Definisi PM menurut Sternberg (1986) dalam Azizi et al., (2005) adalah
penyelesaian masalah hanya berlaku apabila manusia itu diberikan tugasan, soalan
ataupun mencapai matlamat. Menurut Simon (1962) dalam Philips (1997) semua
aktiviti kognitif atau pemikiran pada asasnya ialah penyelesaian masalah. Kaedah
PM ini juga telah ditakrifkan sebagai satu proses kognitif yang berperingkat tinggi
dan memerlukan perubahan serta pengawalan kemahiran-kemahiran yang lebih rutin
atau asas (Goldstein & Levin, 1987). Szetela dan Nicol (1992) dalam Lee (2002)
menyatakan PM sebagai proses menghadapi suatu situasi yang baru, membentuk
perhubungan antara fakta–fakta yang diberi, mengenal pasti tujuan dan meninjau
strategi–strategi yang mungkin untuk mencapai tujuan itu. Mayer (1985) dalam Uzi
Dollah (2006) pula menjelaskan PM adalah proses yang dilakukan oleh pelajar untuk
mencapai matlamat, berdasarkan maklumat yang diberikan dalam sesuatu masalah.
Pelajar harus mampu menterjemahkan dan mengintegrasikan maklumat dalam
masalah tersebut agar masalah dapat difahami. Ia merupakan pemikiran yang
merangsang pembelajaran secara aktif dan dapat menggalakkan pelajar–pelajar
berfikir secara analitis, logik, rasional dan objektif.
3
Terdapat tiga ciri utama di dalam kaedah iaitu keadaan PM matlamat,
keadaan awal dan pelaksana, (Simon 1962; dalam Philips, 1997). Kaedah
penyelesaian masalah yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
sesuatu waktu mata pelajaran biasanya melibatkan beberapa aktiviti seperti
membimbing pelajar–pelajar memahami, mengenal pasti ciri–ciri masalah yang
dikemukakan, mengingati semula pengalaman lalu yang berkaitan untuk
membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang diberi, memilih strategi yang
sesuai dan menggunakan kemahiran mereka untuk menjalankan aktiviti penyelesaian
(Sang, 1997).
Kajian lepas menunjukkan pengajaran menggunakan pendekatan PM ini telah
diaplikasikan hampir kepada semua mata pelajaran. Antara kajian PM adalah di
dalam mata pelajaran matematik oleh Anderson (1998) dan Fatimah (1999).
Manakala Sam Chee Hoo (2000) dan Lee Min Fong (2002) telah mengkaji
pendekatan Penyelesaian Masalah dalam Lukisan Kejuruteraan dan Reka cipta.
Proses penyelesaian masalah ini bergantung kepada mata pelajaran yang
diajar. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pemikiran yang diterapkan
kepada pelajar adalah untuk mencipta perubahan, inovasi dan penyelesaian masalah
(Ainon, 1994). Pelajar diberi suatu masalah dan mereka diminta supaya mereka
cipta pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Di dalam mata pelajaran reka cipta, terdapat empat peringkat penyelesaian
masalah iaitu mengungkapkan masalah sebenar yang perlu diselesaikan, mengenal
masalah utama dan masalah sampingan, mengenal perbezaan antara masalah dan
tugas, menerbitkan pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah dan memilih cara yang terbaik.
Terdapat empat peringkat proses penyelesaian masalah yang diperkenalkan
dalam mata pelajaran Matematik menerusi Model Polya iaitu memahami soalan
bermasalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan
menyemak masalah serta penyelesaiannya semula.
4
Lester (1978) telah menyarankan enam peringkat penyelesaian masalah yang
dikenali sebagai model Lester iaitu kesedaran masalah, kefahaman masalah, analisis
objektif, perancangan strategi, pelaksanaan strategi dan prosedur serta penilaian
penyelesaian.
Menurut Newell dan Simon (1972) pula langkah–langkah penyelesaian
masalah adalah bermula dengan mengenal pasti masalah, mendefinisikan masalah,
mencari penyelesaian, bertindak dan menilai kejayaan tindakan (Philips,1997).
Manakala menurut Kenny (2005), terdapat tiga pendekatan utama penyelesaian
masalah iaitu berpusatkan pelajar, pembelajaran kendiri dan refleksi.
Kesimpulannya, terdapat lebih daripada satu kaedah penyelesaian masalah
yang boleh digunakan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, pemilihan kaedah penyelesaian masalah ini perlulah sesuai dengan
mata pelajaran yang akan diajar agar objektif pembelajaran tercapai.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut sejarah, pendidikan Teknik dan Vokasional ini telah diperkenalkan
di beberapa sekolah di negeri Melayu bersekutu pada tahun 1918. Pada masa
tersebut dikenali sebagai sekolah tukang (Muhd Rashid, 2006). Di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) pendidikan tersebut dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan. Jabatan ini menawarkan pelbagai mata
pelajaran (rujuk Jadual 1.1) di mana kurikulumnya adalah berdasarkan kurikulum
Pendidikan Teknik dan Vokasional.
5
Jadual 1.1: Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Oleh Jabatan PTK
Kategori
Mata Pelajaran
Mata Pelajaran Kod Nama Kredit
SPE 1032 Keselamatan Bengkel 2
SPE 1022 Lukisan Kejuruteraan 1 2
SPE 4052 Organisasi Pengurusan Bengkel 2
SPE 2022 Penghantar Pendidikan Teknik & Vokasional 2
SPE 3022 Industri dan PTV 2
SPE 3002 Perdagangan dan Keusahawanan 2
SPE 2062 Pengukuran dan Penilaian dalam PTV 2
SPE 2112 Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer 2
SPE 4602 Teknologi Pembuatan 2
SPE 4612 Asas Pneumatik dan Hidraulik 2
SPE 1002 Asas Lukisan Kejuruteraan 2
SPE 2032 Asas Reka cipta 3
SPE 2622 Reka bentuk Industri 2
SPA 3003 Latihan Industri (HW) 2
SPM 1002 Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran 2
SPM 1012 Telekomunikasi dan Rangkaian 2
SPP 3042 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 2
SPU 4902 Projek Sarjana Muda I 2
SPU 4904 Projek Sarjana Muda II 4
Mata Pelajaran Wajib
/ Teras Fakulti
Jumlah 41
SPL 1302 Asas Perdagangan 2
SPL 1002 Teknologi Kayu 2
SPL 1112 Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan 2
SPL 2412 Asas Pemasaran 2
SPL 1022 Asas Elektrik 2
SPL 1212 Pembiakan dan Pengurusan Tanaman 2
SPL 1122 Pakaian dan Fabrik 2
SPL 3422 Kajian Konsumer dan Amalan 2
SPL 2112 Pengajian Pakaian 2
SPL 3212 Hortikultur Hiasan 2
SPL 2012 Kimpalan dan Fabrikasi Logam 2
Mata pelajaran Teras
Program/
Pengkhususan
SPL 2122 Penyediaan Makanan 2
6
Sumber: Buku Panduan Akademik Fakulti Pendidikan Siri Kemasukan 2007/2008
Mata pelajaran yang ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan ini menggunakan pendekatan kaedah Penyelesaian Masalah sama ada
secara menyeluruh atau tidak. Namun begitu bagi tujuan kajian ini penyelidik akan
memfokuskan kepada kaedah Penyelesaian Masalah di dalam mata pelajaran Operasi
Perkhidmatan Makanan (SPH 5012). Berikut adalah sukatan pelajaran bagi mata
pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia.
Kategori
Mata Pelajaran
Mata Pelajaran Kod Nama Kredit
SPL 3212 Hortikultur Hiasan 2
SPL 2012 Kimpalan dan Fabrikasi Logam 2
SPL 2122 Penyediaan Makanan 2
SPL 2402 Reka bentuk Berbantukan Komputer 2
SPL 1012 Asas Elektrik dan Elektronik 2
SPL 3002 Perkhidmatan Bangunan : Perpaipan 2
Jumlah 30
SOK 3412 Aplikasi Komputer Grafik 2
SPL 4102 Teknologi Pemprosesan Pemakanan I 2
SPL 4402 Asas Pengurusan Inovasi dan Pengeluaran Produk 2
SPL 4403 Reka cipta 2
SPL 4002 Teknologi Automotif 2
SPL 4222 Prinsip Pengeluaran Ternakan 2
SPL 4112 Teknologi Pemprosesan Pemakanan II 2
SPL 4202 Agroteknologi 2
Jumlah 18
Mata Pelajaran Teras
Program /
Pengkhususan
Jumlah Kredit Keseluruhan 101
7
Jadual 1.2: Sukatan Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan
Sumber: Sukatan Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan Semester 1 sesi 2006/2007
Secara umumnya, pendekatan PM yang diaplikasikan dalam mata pelajaran
Operasi Perkhidmatan Makanan bermula dengan membahagikan pelajar kepada tiga
Jabatan iaitu Jabatan Pantri, Jabatan Restoran dan Jabatan Dapur. Setiap Jabatan
mempunyai seorang penyelia. Ketiga–tiga Jabatan ini diketuai oleh seorang General
Manager. Setiap Jabatan mempunyai tugas yang berbeza–beza. Tugas–tugas ini
perlu dilakukan secara sistematik dan teratur agar perjalanan pembelajaran dan
pengajaran Operasi Perkhidmatan Makanan berjalan dengan lancar. Mata pelajaran
Operasi Perkhidmatan Makanan amat mementingkan sikap kerjasama di antara ahli
kumpulan sama ada kumpulan besar (di dalam satu kelas) dan kumpulan kecil (di
dalam satu Jabatan).
1.2.1 Jabatan Restoran
Antara tugas-tugas di Jabatan Restoran ini adalah mencari pelanggan,
menghias ruang makan yang bersesuaian dengan tema yang telah dipilih,
Minggu Kandungan / Tema
1 Pengenalan kursus Operasi Perkhidmatan Makanan
2 Tunjuk cara peranggu meja, melayan pelanggan, pengiraan kos dan merancang strategi 3 Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Hidangan Barat
4 Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Hidangan Melayu
5 Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Hidangan Cina
6 Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Hidangan India
7 Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Hidangan Bufet Continental
8 Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Hidangan Barat
9 Projek berkumpulan
10 Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Jualan kuih Raya - Pengeluaran
11 Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Jualan kuih Raya - Pengeluaran
12 Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Jualan kuih Raya - Pengeluaran
13 Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Jualan kuih Raya - Pembungkusan
14 Operasi Perkhidmatan Makanan bagi Jualan kuih Raya - Penghantaran
8
menetapkan peralatan yang perlu digunakan untuk menghidang makanan melalui
perbincangan dengan Jabatan Dapur, menggosok napkin, menyediakan alas meja,
kad menu dan ‘guest comment card’, mengubah bunga, menyusun atur meja,
menyediakan ‘table setting’, sentiasa memberi khidmat layanan yang berkualiti
dengan memastikan keselesaan tetamu yang berkunjung ke premis makanan,
menyajikan makanan dan minuman mengikut peraturan yang betul dan sistematik
serta mengatasi masalah tetamu dan melayani mereka dengan mesra (Kamariah,
2005).
1.2.2 Jabatan Dapur
Staf di Jabatan Dapur ditugaskan untuk membuat senarai bahan yang perlu
dimasak kepada tetamu, mencari resepi masakan mengikut tema yang telah
ditetapkan oleh pensyarah. Di antara menu yang perlu disediakan adalah pembuka
selera, hidangan utama, pencuci mulut dan minuman. Selain itu mereka juga perlu
memasak makanan yang akan dinikmati oleh pelanggan mengikut bilangan
pelanggan, menghias makanan yang telah dimasak, menghidang makanan dan
mengemas semula peralatan memasak yang telah digunakan. Mereka juga sentiasa
bekerjasama dengan kakitangan Jabatan Dapur dan Jabatan Restoran bagi
membincangkan peralatan yang sesuai digunakan di dalam hidangan selari dengan
tema yang telah ditetapkan.
1.2.3 Jabatan Pantri
Tugas utama Jabatan Pantri pula adalah menyediakan peralatan memasak
yang diperlukan untuk Jabatan Dapur dan menyediakan peralatan hidangan seperti
kutleri, pinggan mangkuk dan water goblet, mengeluarkan alatan memasak untuk
hidangan staf, mengeluarkan alatan untuk menghidang, menyediakan sarapan pagi
untuk staf, menyediakan makan tengah hari untuk staf, mencuci peralatan hidangan
9
yang telah digunakan oleh jabatan restoran. Pembersihan keseluruhan kawasan Pantri
seperti menyapu sampah, membersihkan lantai menggunakan air panas, mencuci
longkang dan membuang sampah, memastikan semua kepala gas ditanggalkan
daripada tong gas dan menutup semua suis. Setiap Jabatan ini akan bertukar–tukar
tugas mengikut jadual yang ditetapkan (Sukatan Pelajaran Operasi Perkhidmatan
Makanan Semester 1 sesi 2006/2007).
Di dalam mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan, sistem penilaian
yang digunakan ditentukan oleh pelajar, pensyarah dan pelanggan restoran.
Pensyarah menilai pelajar mengikut skema pemarkahan yang ditetapkan. Penilaian
untuk Jabatan Restoran adalah berbeza dengan penilaian untuk Jabatan Dapur dan
Jabatan Pantri. Pelajar–pelajar turut diberi peluang untuk menilai rakan mereka sama
ada menjalankan tugas dengan baik atau sebaliknya kerana orientasi pembelajaran
adalah secara berkumpulan. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya
ketidakadilan di dalam pemberian markah kepada setiap pelajar dan menjadikan
penilaian tersebut mempunyai kesahan yang tinggi. Pelanggan restoran pula menilai
melalui ‘guest comment card’ yang telah diberi kepada mereka semasa datang ke
restoran. Di antara perkara–perkara yang dinilai oleh pelanggan adalah tempahan
yang dibuka kepada pelanggan, perkhidmatan yang cekap dan mesra, kedudukan
restoran yang selesa, makanan yang disediakan, cara bayaran yang dikendalikan oleh
pramusaji dan layanan setelah selesai majlis kepada pelanggan. Pelanggan juga
digalakkan memberi cadangan untuk membuat sebarang penambahbaikan tentang
perkhidmatan yang telah diberikan.
Berdasarkan penerangan yang dinyatakan secara umum tentang mata
pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan menunjukkan mata pelajaran ini memberi
penekanan kepada kerja–kerja amali di samping memerlukan pengetahuan yang
mendalam di dalam teori Operasi Perkhidmatan Makanan sebelum melaksanakan
amali. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini
sangat penting bagi membantu para pensyarah memahami dengan lebih mendalam
tentang cara pengendalian kelas Operasi Perkhidmatan Makanan. Selain itu
kepentingan bahan bantu mengajar dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna
dan lebih kekal, membantu berlakunya pemindahan pembelajaran kerana konsep–
10
konsep dapat diterapkan dengan lebih jelas lagi. Penggunaan bahan bantu mengajar
sangat berfaedah kepada pelajar–pelajar yang lemah kerana isinya bersifat lebih
konkrit manakala bahan bantu mengajar yang lebih canggih amat mencabar bagi
pelajar–pelajar berpencapaian tinggi. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar
ini dapat mengelakkan kebosanan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ia
turut menimbulkan suasana pengajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan di
samping merangsang dan memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif.
Sesuatu konsep dapat dijelaskan dengan lebih cepat melalui penggunaan bahan bantu
mengajar. Terdapat banyak bahan pengajaran dan pembelajaran Operasi
Perkhidmatan Makanan yang boleh diperolehi di pasaran sama ada berbentuk modul
atau bahan bacaan tetapi agak sukar untuk mendapatkan bahan pengajaran yang telah
memenuhi status kesesuaiannya daripada aspek isi kandungannya dan aspek–aspek
penting yang lain yang sepatutnya ada dalam sesebuah bahan pengajaran. Melihat
kepentingan dan faedah penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran ini, satu
Panduan Pengajaran untuk mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan perlu
diwujudkan bagi membantu pengajar menyampaikan isi pelajaran dengan lebih
mudah.
1.3 Pernyataan Masalah
Hasil daripada temuduga bersama Pensyarah Operasi Perkhidmatan Makanan
di UTM, penyelidik mendapati bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang
sedia ada seperti penggunaan buku teks, modul pengajaran kendiri, pengajaran
terancang, bahan maujud, carta dan transparensi yang digunakan untuk pengajaran
dan pembelajaran di dalam mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan masih
belum mencukupi untuk membantu pengajar menyampaikan isi pelajaran dengan
lebih mudah dan berkesan untuk meningkatkan generik pelajar. Oleh itu kajian ini
bertujuan untuk membangunkan Panduan Pengajaran yang mengaplikasikan
pendekatan Penyelesaian Masalah bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan
Makanan. Ini untuk memudahkan pengajar menyampaikan isi pelajaran bagi mata
pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan.
11
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
1. Membina tiga Panduan Pengajaran berdasarkan kaedah Penyelesaian Masalah
bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan makanan bagi tajuk:
a. Panduan Pengajaran 1: Pengenalan pendekatan Penyelesaian Masalah
dalam mata pelajaran Operasi Perkhidmatan
makanan.
b. Panduan Pengajaran 2: Aplikasi pendekatan Penyelesaian Masalah
dalam pengajaran Hidangan Barat.
c. Panduan Pengajaran 3 : Aplikasi pendekatan Penyelesaian Masalah
dalam pengajaran Hidangan Melayu.
2. Menilai kesesuaian ketiga–tiga Panduan Pengajaran yang telah dibina bagi
kegunaan pengajaran yang mengajar mata pelajaran Operasi Perkhidmatan
makanan.
3. Membandingkan kesesuaian ketiga–tiga Panduan pengajaran yang telah
dibina untuk pengajaran mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan
merentas pengalaman mengajar penilai.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah merangkumi beberapa aspek seperti berikut:
1. Apakah tiga Panduan Pengajaran yang dibina menggunakan pendekatan
Penyelesaian Masalah?
12
2. Apakah penilaian oleh penilai ke atas ketiga–tiga Panduan Pengajaran yang
dibina sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
dalam mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan?
3. Apakah terdapat perbezaan dalam penilaian oleh penilai terhadap ketiga–tiga
Panduan Pengajaran yang dibina berdasarkan pengalaman mengajar penilai?