pemikiran kreatif kanak-kanak
TRANSCRIPT
1.PENGENALAN
Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang
kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah
satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan
ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana
minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan
pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.
Daripada banyak kebolehan semulajadi yang dianugerahkan kepada manusia. Kebolehan
‘kreatif’ biasanya membawa perasaan istimewa dan eksklusif kepada diri individu yang
mempunyai kebolehan itu kerana dia sering dianggap memepunyai beberapa kualiti yang sejati
yang jarang dijumpai. Kualiti inilah yang membezakan individu tersebut dari kumpulan majority
manusia yang kurang kreatif. Walau bagaimanapun, penyelidikan saintifik kebelakangan ini
membawa kepada pemahaman yang lebih jelas berkenaan krativiti dan juga kepada pendekatan
yang lebih realistik untuk menjalankan kajian-kajian tentangnya. Sejak tiga dekad yang lalu
didapati bertambahnya minat terhadap bidang ini dan ada penyelidik-penyelidik yang
berpendapat bahawa “ semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif ; dan
dengan adanya persekitaran serta teknik-teknik yang sesuai maka potensi ini boleh dikenali,
dipupuk dan diukur” (Jones 1972: vii)
Kini fenomena bertambahnya minat terhadap bidang kreativif dilihat oleh sesetengah
golongan manusia sebagai satu perkembangan yang besar dalam pendidikan. Namun begitu ada
pula yang menganggap bahawa minat baru ini sebagai sesuatu yang bersifat semntara dan akan
lenyap dengan cepat. Di samping itu ada pula mereka yeng begitu berazam untuk memupuk
bakat dan kemahiran kreatif dalam kalangan pelajar dan golongan ini tidak terlepas daripada
kritikan serta kesangsian umum. Contohnya, Ausubel pernah menyatakan seawal tahun enam
puluhan lagi bahawa “ pengajaran untuk memupuk sifat kreatif merupakan satu keganjilan
terbaru yang terus meningkat subur dalam bidang pendidikan pada masa ini.
1
Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat
bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila
mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di
dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang
kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak.
Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak
menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang
lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya
tidak dapat dielakkan.
Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan
sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk
membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan
mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum
menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-
kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala
kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak
pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan
perhatikan.
2.TEORI PERKEMBANGAN
2.1. Teori Jean Piaget
Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di
Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget
berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah,
sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji
tingkah laku kanak-kanak.
2
Rajah 1.1: Jean Piaget
Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada
pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung
kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran.
Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar.
Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan
persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan
orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang
lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga
menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain
seperti emosi, sosial dan moral.
Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi
biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus ada
kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi
mental. Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah
melalui empat peringkat konsekutif iaitu:
Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun
Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun
Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun
Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun
3
Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan
melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang
pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan
kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan
makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan
perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa
secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.
Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget
sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya
yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model
pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada
pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh
disimpan dan diguna semula apabila diperlukan.
Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat
dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai.
Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia
dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan
dengan orang lain di persekitarannya.
2.2. Teori Vygotsky
Lev S. Vygotsky (Rajah 1.2) ialah seorang pakar psikologi Russia yang meninggalkan
andaian yang jelas tentang perkembangan bahasa. Idea utama Lev Vygotsky ialah kemahiran
perkembangan kognitif berlaku di dalam konteks sosiobudaya dan berkembang di dalam
interaksi sosial kanak-kanak.
4
Rajah 1.2: Lev S. Vygotsky
Lev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan
oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang
cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan
kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan
bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu
pada aras sosial dan pada aras individu.
Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui
interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting di dalam
teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi cara berfikir, dan
perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-
ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak
mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam
budaya mereka.
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut:
Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan
melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh
orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran
kanak-kanak.
Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu
potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui
proses scaffolding.
5
Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk
memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.
Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa, media,
televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi,
pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.
Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-
prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan
menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang
pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang
bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.
Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan
kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi
perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada
pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan
pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran
mengawal perasaan.
Pendekatan Teori Perkembangan Kanak-kanak Piaget dan Vygotsky terhadap Konsep Kreativiti
Walaupun pendekatan teori Piaget dan Vygotsky terhadap pengajaran dan pembelajaran
berbeza, namun kedua-dua teori ini bersetuju akan kepentingan pembelajaran melaluidiscovery
learning. Piaget menyarankan pembelajaran penemuan di mana guru kurang membimbing.
Vygotsky pula menekankan bimbingan guru sebagai faktor utama.
Dalam konteks perkembangan kreativiti, Piaget dan Vygotsky bersetuju berkenaan
kebaikan bermain dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Kreativiti boleh dirangsang
melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan
keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan melalui permainan berbentuk akademik juga perlu
diwujudkan. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti aktiviti melukis,
menconteng, membuat kolaj, “sandplay” dan sebagainya.
6
Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain. Menurut
Piaget dan Vygotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia
persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Murid juga seharusnya
diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti
bermain dan aktiviti seni.
Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berfaedah jika guru menyediakan
aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak.
2.3. Teori kecerdasan pelbagai
Howard Gardner (1983), merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan teori
kecerdasan pelbagai. Beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman terkenal dan berpengaruh
dari Universiti Havard. Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-
kurangnya lapan kecerdasan dan pada tahun 1999 Gardner menyatakan bahawa semua ada satu
lagi kecerdasan iaitu Kecerdasan Spiritual.
Rajah 1.4: Howard Garder
7
Rajah 1.5 Menerangkan teori kecerdasan menurut Gardner.
Rajah 1.5: Sembilan Jenis Kecerdasan Menurut Gardner
Gardner percaya semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks, berkembang
melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran yang bermakna dan kecerdasan tersebut boleh
dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat.
Beberapa prinsip penting Teori Kecerdasan Pelbagai ialah seperti berikut:
Kecerdasan pada asasnya adalah diwarisi turun temurun tetapi boleh ditingkatkan melalui
pembelajaran dan pengajaran.
Setiap individu mempunyai kombinasi 9 kecerdasan yang dipanggil profil kecerdasan
yang berbeza bagi setiap individu.
8
Setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan
adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.
Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik yang boleh dikenal pasti dan dinyatakan
dengan jelas jika setiap individu mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan
kepelbagaian kecerdasannya.
Latar belakang peribadi menjadi faktor penting dalam membentuk dan mengembangkan
pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua jenis kecerdasan.
Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik, sentiasa berubah, kecerdasan
antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya.
Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada
peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik
bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.
Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara
berikut:
Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak
mudah mengalah.
Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang
yang diceburi.
Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada
tahap kecemerlangan.
Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.
Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan
toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.
Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan Pelbagai
Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting
dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru boleh melaksanakan aktiviti
berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid.
9
Membentuk Garisan: Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan
mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa,
jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni
visual (lihat Rajah 1.6).
Melakar bentuk atau rupa : Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan
yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik.
Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula
yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah
sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim).
Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
Membentuk : Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua
jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui
lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang
bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi.
Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3
dimensi.
Jalinan : Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia
dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi
kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang
dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan
jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya
dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang
dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua
objek.
Warna : Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu
permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna
sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning;
dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula
terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran
dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas
dan sekunder.
10
3.KREATIVITI
3.1.Pengertian Kreativiti
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini
disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan
perasaan ingin tahu.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud
“membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus
Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya
kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan
sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti
sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
3.2. Pandangan tokoh-tokoh seni visual mengenai kreativiti
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan
ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di
dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau
telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta
sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.
Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang
sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor
tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang
dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi
individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa
tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di
11
persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam
bidang seni ataupun sains,
Victor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur
melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas ) fleksibel,
(mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea
baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses
pengamatan dan merekod.)
4. TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru
perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan dan gambar.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang
dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.
12
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti
dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan
sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui
tindakan setelah merencana segala aktiviti.
13
Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti ‘’Bagaimana
harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’
(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan
selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui
sebagai satu bentuk refleksi diri.
4.2 Laura H. Chapman memperkenalkan 3 kaedah :
(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
14
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.
guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya
selain menerangkan kaedah menjana idea.
(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih
sistematik dan tersusun.
Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan
atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.
(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
15
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta
penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan
bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
5.CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan
situasi selain mempunyai keyakinan optimis.
(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk
gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.
(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang
asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea
mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini
biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka
hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.
(d) Bersifat Terbuka
16
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai
hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.
(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang
baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.
(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara
sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang
selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak
membuat keputusan.
6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI
5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh
membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak
mampu dilaksanakan.
(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan
dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu
mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang
kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan
kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.
(c) Kaedah Ketiga
17
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia
ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.
(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan
sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid
mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.
5.6.2.Kreativiti Paul Torrance
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru
kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian.
(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses
pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang
kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.
(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan
alat yang terdapat di sekeliling.
(f) Memanipulasi
18
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan
seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan
mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan
masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan
melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti
seperti membuat mural di sekolah.
5.6.3. Motivasi
Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan
untuk pelbagai aktiviti seni visual.
(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk
berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya
murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.
(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk
mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
19
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai
sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat
untuk meneruskan penghasilan karya.
(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka
berikan di dalam kelas
6.KESIMPULAN
Jelas disini apabila kita mengkaji berkenaan kreativiti, segalanya adalah bermula dari
perkembanagan kanak-kanak. Tahap kekreatifan kanak-kanak boleh dilihat secara berperingkat,
seperti yang diperjelaskaskan melalui teori perkembanagn kanak-kank piaget, yang terdiri dari
empat tahap yang menunjukkan perubahan yang amat ketara.
Disamping itu, melalui tahap ini kita boleh mengenal peringkat kreativiti kanak-kanak
dan secara aktifnya, kanak-kanak akan memperlihatkan tahap kekreatifan pada usia empat tahun
seperti yang dikatakan oleh E. Paul Torrance (1964), kerana padavtahap ini la kanak-kanak cuba
memahami segala yang ada disekitarnya dan mengaplikasikan kedalam bentuk seni.
Umpamanya, mengikut pengalaman daripada diri saya sendiri, pada usia ini, saya mula melukis,
ayam, manusia, pokok namun ia msih dalam bentuk dua dimensi yang masih belum boleh
mencapai tahap operasi formal yang boleh melihat kepada bentuk tiga dimensi.
Di samping itu juga kreatif memfokuskan beberapa perkara iaitu:
Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik
kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid.
20
Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau
kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan
maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu
proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat.
Proses kognitif adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang
saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca.
Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan
nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta
lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.
Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam
pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik,
nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang
paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti
terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti
kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran
21
7.BIBLIOGRAFI
Ainon & Abdullah, (1994). Pemikiran Reka Cipta, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Ainon Mohd Abdullah Hassan,(1997). Seni Berfikir Kreatif, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala
Lumpur.
Leonard M S Yong, (1993). Kreativiti Kearah Membentuk Masyarakat Kreatif. arenabuku sdn
bhd. Kuala Lumpur.
Joan Bouza koster, (2001). Growing Artists Teaching Art to Young Children
Maimunah Osman, ( 2005). PEMIKIRAN KREATIF. Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN),
Kuala Lumpur.
Mohd. Azhar Abd. Hamid Othman A. Kassim Muhammed Fauzi Othman, (2005). CIPTAAN
IDEA BARU, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Rebecca T. Isbell & Shirley C. Raines, (2003). Creativity and the Arts with Young Children.
Robert Schirrmacher, (1998). Art And Creative Development For Young Children, Delmar
Publishers an internasional Thomsom Publishing Company.
Robert W. Olson , (1980) . Seni Berfikir Kreatif, P.T Gelora Aksara Pratama.
Yew Kam Keong, (2002). Bebaskan Kreativiti Anda, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala
Lumpur.
http://slideshare
http://fppsm.utm
http://ppgusm.blogspot
http://fskpm.upsi.edu.my
22