pemikiran kritis dan kreatif group
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF(PPP 4023)
BAB 5: PEMIKIRAN KREATIF
MARSHITA BINTI AROPL20112008645
SURIANI BINTI SHAFIEIL20112008641
NOOR DIANA BINTI JAFARL20112008634
NURUL JANNAH BINTI NASARIL20112008653
SITI FIRDAUS BINTI MOHAMAD DAMINL20112008640
DEFINISI KREATIF• Menurut Kamarudin,2003 dalam Jamal etc. Pemikiran
Kritis dan Kreatif menyatakan:
- berasal dari perkataan ‘create’ yang bermaksud kata dasarnya mencipta.
- merujuk kepada suatu ciptaan baharu yang tidak pernah wujud sebelum ini.
- dikaitkan dengan pelbagai aktiviti untuk memperkembangkan sesuatu, menambah, mempertingkatkan, memperbaiki, memperkukuh dan memperluaskan sesuatu yang telah sedia ada.
• Menurut Maimunah,2004 Pemikiran Kreatif:
- keupayaan untuk menjana idea-idea baru yang menyimpang daripada kebiasaan
- Dikatakan permulaan kepada kreativiti kerana penjanaan idea memungkinkan wujudnya kreativiti dalam tujuan penyelesaian sesuatu masalah, penambahbaikan, produktiviti, keberkesanan dan nilai tambah.
Istilah KREATIVITI secara universal:
1)Sidney W.Tiedt(1961):-kreativiti sebagai suatu hasil cipta yang baru dan asli, sesuatu
yang memperlihatkan hubungan yang baru serta juga penggunaan imaginasi dan penerokaan.
2) Merujuk kepada satu proses pemikiran yang berbeza daripada orang lain atau satu cara unik untuk membuat sesuatu. animasi pembelajaran matematika 1.flv
3) Kebolehan minda untuk mengambil pelbagai cebisan maklumat melalui pelbagai aktiviti otak dan melahirkan entiti baru...\..\..\Contoh Video Guru Mengajar Solo.flv
4) Pelajar Psikologi di California State University, Northridge-kebolehan mengguna imaginasi, insight, intelek dan perasaan
untuk menggerakkan sesuatu idea daripada keadaan sekarang kepada satu keadaan alternatif yang belum pernah diterokai...\..\..\..\Pictures\2012-09-22
CIRI-CIRI PEMIKIRAN KREATIF
Sumber daripada Pemikiran Kritis dan Kreatif:Teori dan Aplikasi.Pengarang:Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory dan Zuraidah Zainol)
PERBEZAAN DEFINISI
CIRI INDIVIDU YANG KREATIF
PROSES YANG KREATIF
LANGKAH PROSES BERFIKIR KREATIF
Graham Wallas(1926) :
Persediaan• Peringkat awal dalam proses berfikir kreatif.• Pemikir akan mengenal pasti dan menjelaskan
masalah sebenar yang wujud atau produk yang hendak dihasilkan.
• Pemikir akan menerokai sumber-sumber yang relevan dari segi pengetahuan, bahan, maklumat yang akan dikumpul, dipilih dan di nilai.
• Mengambil masa yang agak lama
Pengeraman
• Peringkat paling mudah.• Pemikir akan berhenti seketika untuk berfikir
permasalahan yang terlibat di peringkat persediaan.• Mengalih fikiran kepada perkara-perkara lain.• Pemikir akan merenung idea-idea yang telah
dikumpul di peringkat persediaan.• Meluangkan masa untuk merehatkan minda.• Proses pengeraman idea hanya berlaku dalam otak
sahaja.
Iluminasi
• Peringkat puncak dalam proses berfikir.• Boleh berlaku dalam masa yang singkat.• Pemikir dapat mengubah persepsi dan kombinasikan
idea baru atau satu transformasi yang menghasilkan penyelesaian atau jawapan yang memuaskan.
• Pemikir akan rasa keseronokkan, penuh semangat dan kepuasan dapat menghasilkan idea atau cari penyelesaian yang dikehendaki – pengalaman Aha atau Eureka.
Verifikasi
• Proses terakhir dalam berfikir kreatif.• Menyemak dan menilai idea atau jawapan yang
dihasilkan.• Penting kerana pemikir mungkin menghasilkan
penemuan baru yang tidak berguna dan tidak berupaya selesaikan masalah.
• Pemikir perlu ke tahap persediaan dan pengeraman sekiranya idea yang dijana tidak boleh diterima atau digunakan.
HASIL KREATIVITI MASYARAKAT JEPUN (SAWAH PADI)
Produk Yang
Kreatif
Bagaimana Kreativiti Berlaku?
Bagaimana Kreativiti Berlaku?
1. M : Minda reset- Minda perlu di ‘reset’
dalam mencari penyelesaian2 kepada
sesuatu isu.
2. M : Motivasi- Beri motivasi kepada
diri dan orang lain untuk mengeluarkan idea-idea.
2. M : Motivasi- Beri motivasi kepada
diri dan orang lain untuk mengeluarkan idea-idea.
3. M : Method- Apakah kaedah2 yang dpt. digunakan untuk
menghasilkan idea, mengemukakan idea,
mengeluarkan idea dan pelbagai ttg. menjana
idea.
3. M : Method- Apakah kaedah2 yang dpt. digunakan untuk
menghasilkan idea, mengemukakan idea,
mengeluarkan idea dan pelbagai ttg. menjana
idea.
4. I : Ingin tahu- Ingin tahu tentang peristiwa, terpesona
dengan alatan, berminat dengan idea-idea baru.
4. I : Ingin tahu- Ingin tahu tentang peristiwa, terpesona
dengan alatan, berminat dengan idea-idea baru.
5. Q : Questioning (suka menyoal)
- Untuk mendapatkan pengetahuan, mengumpul fakta, memahami dengan lebih jelas, membina keyakinan.
6. R : Reasoning (mempunyai alasan
munasabah/ justifikasi)- Dapat meminimakan risiko, dapat mengelakkan kesilapan besar, menjimatkan masa.
6. R : Reasoning (mempunyai alasan
munasabah/ justifikasi)- Dapat meminimakan risiko, dapat mengelakkan kesilapan besar, menjimatkan masa.
7. A : Action (bertindak)
- Cepat bertindak.
7. A : Action (bertindak)
- Cepat bertindak.
APLIKASI KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INFO
Menurut Maimunah (2004), Penyelidikan yang pernah dibuat di
Amerika Syarikat mendapati bahawa potensi kanak-kanak akan semakin menurun selaras dengan
peningkatan umur.
(sumber daripada Pemikiran Kritis dan Kreatif:Teori dan Aplikasi.Pengarang:Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory dan Zuraidah Zainol)
PERKARA YANG DAPAT MERANGSANG PERTUMBUHAN KREATIVITI KANAK-KANAK
Menurut Hallman(1967):1. Jangan cepat menilai2. Menggunakan soalan terbuka3. Menggalakkan minat belajar sendiri4. Menggalakkan minat terlebih belajar5. Menggunakan fleksibiliti intelektual6. Menggalakkan penilaian kendiri7. Membantu mereka yang mengalami kekecewaan dan
kegagalan
Sumber daripada Pemikiran Kritis dan Kreatif:Teori dan Aplikasi.Pengarang:Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory dan Zuraidah Zainol)
KAEDAH MENINGKATKAN KREATIVITI PELAJAR
KAEDAH MENINGKATKAN KREATIVITI PELAJAR
KAEDAH MENINGKATKAN KREATIVITI PELAJAR
KAEDAH MENINGKATKAN KREATIVITI PELAJAR
Sumber diperoleh daripada Jurnal Pengajian Umum : Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar, MOHAMAD MOHSIN MOHAMAD SAID & NASRUDDIN YUNOS.
Dimuatturun : http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_09_2008/artikel%205%20-%20mohsin%20ms%2057-72.pdf
Sumber diperoleh daripada Jurnal Pengajian Umum : Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar, MOHAMAD MOHSIN MOHAMAD SAID & NASRUDDIN YUNOS.
Dimuatturun : http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_09_2008/artikel%205%20-%20mohsin%20ms%2057-72.pdf
Menurut Adams (1986), terdapat empat jenis halangan kreativiti :
1. Halangan Persepsi1. Halangan Persepsi
1. Menghalang seseorang daripada mempersepsi masalah atau maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya:-
Apabila seseorang individu telah membuat andaian bahawa dia sudah tahu tentang sesuatu perkara yang difikirkan.
Apabila seseorang hanya berminat untuk melihat apa yang diharapkannya sahaja (stereotyping) sehingga tidak mampu melihat permasalahan sebenar yang berlaku.
2. Kecenderungan menetapkan batasan kepada sesuatu masalah yang berlaku dan kegagalan melihat masalah daripada pelbagai perspektif turut menyumbang kepada kreativiti yang bercambah.
3. Berlaku apabila minda seseorang menjadi tepu sehingga menyebabkan kegagalan untuk menggunakan kesemua input sensorinya.
[persepsi=gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, Kamus Dewan Edisi Keempat]
2. Halangan Emosi2. Halangan Emosi
1. Boleh menyekat kreativiti apabila wujud perasaan marah, takut, bimbang dan benci yang melampau. Contoh :-
Seseorang yang mudah takut untuk melakukan kesilapan cenderung untuk tidak mengambil sebarang risiko dan enggan bertoleransi terhadap sesuatu yang tidak pasti.
Seseorang yang terlalu mementingkan keselamatan diri, lebih suka menilai atau menghakimi idea daripada menjanakan idea.
2. Berlaku apabila individu tidak dapat bertenang, tidak berupaya mengekalkan minat untuk memikir secara mendalam atau berada dalam situasi kurang cabaran.
3. Individu yang tidak dapat membezakan realiti dan fantasi kerana dalam pemikiran kreatif, imaginasi perlu dikawal supaya tidak lari dari realiti.
3. Halangan Budaya dan Persekitaran3. Halangan Budaya dan Persekitaran
Budaya:1. Apabila seseorang individu mementingkan taboo, iaitu
kepercayaan karut atau pantang larang.2. Apabila ketiadaan humor di sepanjang proses
menyelesaikan sesuatu masalah. Ini kerana kebiasaannya orang yang serius tidak akan membenarkan orang lain berjenaka semasa menyelesaikan sesuatu masalah.
3. Apabila individu lebih mementingkan penaakulan berbanding intuisi, pemikiran logikal lebih penting daripada imaginasi, sains lebih penting daripada seni dan sastera serta lebih berminat untuk terus mengekalkan tradisi daripada mengubahnya.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Humor bermaksud keadaan hati (gembira,sedih,marah), kebolehan menyatakan sesuatu yang menggelikan hati
Persekitaran:1. Apabila persekitaran tidak menyokong aktiviti kreativiti seperti ketiadaan bahan
atau suasana bilik yang terlalu bersepah.2. Kritikan yang melampau terhadap idea yang diutarakan serta sikap ketua terlalu
autokratik.3. Menurut Mohsin Bin Mohamad Said & Nasaruddin Yunus(2008) Halangan dalam
persekitaran sekolah iaitu sistem pendidikan, guru dan rakan sebaya adalah penyumbang paling tinggi membantutkan kreativiti seseorang murid.
i. Sistem pendidikan FPN mahukan murid JERIS tetapi masih berorientasikan peperiksaan maka murid lebih menghafal. ii. Guru Menurut MacKinnon (1963), guru kebiasaannya tidak menyukai bilik
darjah yang pelajarnya terdiri daripada individu yang kreatif. Sebaliknya guru lebih suka kepada bilik darjah yang para pelajarnya terdiri daripada individu yang pengakur dan baik kerana mereka senang dikawal dan diurus.
iii. Rakan Sebaya Torrance (1968) melalui kajiannya beliau mendapati bahawa punca kepada penurunan aras kreativiti adalah kerana tekanan agar mereka akur kepada rakan sebaya.
3. Halangan Budaya dan Persekitaran3. Halangan Budaya dan Persekitaran
Mohamad Mohsin Bin Mohamad Said & Nasruddin Yunus, (2008),Halangan-halangan Kepada Usaha Memupuk Kreativiti di Kalangan Pelajar, Prosiding SKIKS, Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, 89-96
4. Halangan Intelektual dan Komunikasi
Intelektual:1. Intelek atau mental individu yang kurang mantap terhadap
sesuatu isu atau masalah menyebabkan kreativiti terbantut di mana akan menghadkan pilihan taktik atau strategi untuk menyelasaikan masalah.
2. Dilema intelektual, contohnya kebanyakan mereka yang intelek sering mencurigai sekiranya sesuatu idea atau cadangan penyelesaian terlalu mudah.
Komunikasi:1. Berlaku apabila kekurangan maklumat yang betul,
menerima maklumat yang salah atau kurangnya kebolehan berkomunikasi dalam menyampaikan idea. Contohnya, kreativiti tidak dapat disampaikan apabila individu tidak mempunyai kemahiran untuk menyatakan idea secara efektif melalui penggunaan rajah atau carta.
Menurut Hallman (1967), empat faktor yang menghalang kreativiti seseorang individu :-
RUMUSANRUMUSAN• Kreativiti merupakan keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru
melalui penggabungan pengetahuan dan imaginasi tanpa memerlukan intelek istimewa atau IQ yang tinggi. Kreativiti digunakan untuk menghasilkan dan mengembangkan produk, perkhidmatan, pasaran, pembungkusan, promosi, pengiklanan dan penyelesaian masalah. Pemikiran kreatif digunakan bagi menyelesaikan masalah, mencipta peluang-peluang baru dan menyokong idea yang bertentangan dengan fikiran semasa (Ainon dan Abdullah, 2003)
• Terdapat empat ciri-ciri orang yang kreatif iaitu dinamik, berani, benyak sumber, rajin bekerja dan berdikari (Vincent R. Ruggiero, 2010)
• Proses berfikir kreatif melibakan empa langkah iaitu persediaan, pengeraman, iluminasi dan verifikasi ( Graham Wallas, 1926)
• Halangan kreativiti terdiri daripada halangan persepsi, halangan emosi, halangan budaya dan persekitaran dan halangan intelektual dan komunikasi.
Bibliografi• Jamal @ Nordin Yunus,Khuan Wai Bing, Marinah Awang,
Suzyanty Mohd Shokory dan Zuraidah Zainol (2012). Pemikiran Kritis dan Kreatif : Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur ,Kaisar Media Kreatif.
• Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos (2008). Peranan Guru Dalam Memupuk Kreativiti Pelajar. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pengajian Umum Bil. 9. dimuatturun daripada http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_09_2008/artikel%205%20-%20mohsin%20ms%2057-72.pdf pada 25 September 2012.
• Mohd. Azhar Abd. Hamid, Zainudin Hassan, Esa Khalid & Othman Abu Kassim (2003). Pendidik Kreatif Sebagai Teras Transformasi Literasi Kreatif di Malaysia. Jurnal……dimuatturun daripada http://eprints.utm.my/2286/1/PENDIDIK_KREATIF_SEBAGAI_TERAS_TRANSFORMASI.pdf pada 25 September 2012.
• http://nurasyikinrazak.blogspot.com/2009/09/bagaimana-kreativiti-itu-berlaku-dan.html dimuatturun pada 25 September 2012
• http://jurnalmalaysia.com/index.php/berita-terkini/46-jurnal/306-kreativiti-kru dimuatturun pada 25 September 2012.
• http://busuk.org/ping/search/gambar-produk-yang-kreatif- dimuatturun pada 25 September 2012.
• http://pena-bonda.blogspot.com/2011/07/bagaimana-memupuk-pemikiran-kreatif.html dimuatturun pada 28 September 2012
PENILAIAN KENDIRI
1) Menurut Parkhurst(1999), definisi terbahagi kepada 3 kategori.Nyatakan dan huraikan secara ringkas setiap kategori tersebut.
2) Bagaimanakah ibu bapa dan guru-guru merangsang kreativiti kanak-kanak (Hallman,1967)?
3) Nyatakan jenis halangan kreativiti menurut Adams,1986.
Ubahkan nombor di atas menjadi ke nombor 36 dengan membuang 2 garisan sahaja.
UJI MINDA
Ubahkan kedudukan arah ikan ke arah yang bertentangan dengan hanya menggerakkan tiga batang mancis.
1 2 3
2 4 6
3 6 ?
Nombor apakah yang hilang?
SEKIAN TERIMA KASIH