pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dadah...

14
242 Pre15-25 International Drug Prevention And Rehabilitation Cenference (Prevent 2015) PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH DALAM MENINGKATKAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN REMAJA BERISIKO Noor Azian binti Abd. Hani [email protected] Fakulti Kepimpinan & Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRACT This is a quasi-experimental study designed to identify drug psycho-educational group counseling approach to help improve self-concept among high school students at risk. Respondent consists of 30 at-risk students and were Form 2 students. 15 persons were chosen as samples of the treatment group and another 15 were in the control group. This group session using a module called “Modul Kursus Fasilitator Sahabat PPDa- PETRONAS”. Data obtained from Tennese Inventory Self Concept Scale (TSCS) was analyzed using SPSS. The results showed that there were significant changes between pre and post test scores for the treatment group after undergoing drug psycho-educational group sessions including Behavioral Self-Concept, Self Moral & Ethical, Personal Self and Family Self. The findings also showed that there are no significant changes between pre and post test scores for the control group. In line with the findings of the study, some implications and recommendations are presented. ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kajian kuasi-eksperimental yang bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dadah dalam membantu meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan pelajar berisiko sekolah menengah. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar berisiko dan merupakan pelajar tingkatan 2. 15 orang telah dipilih sebagai sampel kumpulan rawatan dan 15 orang lagi sebagai kumpulan kawalan. Sesi kelompok ini menggunakan modul yang dikenali sebagai “Modul Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-PETRONAS”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan signifikan antara skor ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan selepas menjaani sesi kelompok psikopendidikan dadah yang merangkumi Konsep Kendiri Tingkahlaku, Kendiri Moral & Etika, Kendiri Peribadi dan juga Kendiri Keluarga. Dapatan juga menunjukkan bahawa tiada perubahan yang signifikan antara skor ujian pra dan pasca bagi kumpulan kawalan.

Upload: others

Post on 12-Nov-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

242

Pre15-25 – International Drug Prevention And Rehabilitation Cenference (Prevent 2015)

PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH

DALAM MENINGKATKAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN

REMAJA BERISIKO

Noor Azian binti Abd. Hani [email protected]

Fakulti Kepimpinan & Pengurusan

Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRACT

This is a quasi-experimental study designed to identify drug psycho-educational group

counseling approach to help improve self-concept among high school students at risk.

Respondent consists of 30 at-risk students and were Form 2 students. 15 persons were

chosen as samples of the treatment group and another 15 were in the control group. This

group session using a module called “Modul Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-

PETRONAS”. Data obtained from Tennese Inventory Self Concept Scale (TSCS) was

analyzed using SPSS. The results showed that there were significant changes between

pre and post test scores for the treatment group after undergoing drug psycho-educational

group sessions including Behavioral Self-Concept, Self Moral & Ethical, Personal Self

and Family Self. The findings also showed that there are no significant changes between

pre and post test scores for the control group. In line with the findings of the study, some

implications and recommendations are presented.

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian kuasi-eksperimental yang bertujuan untuk mengenal

pasti pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dadah dalam membantu

meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan pelajar berisiko sekolah menengah.

Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar berisiko dan merupakan pelajar

tingkatan 2. 15 orang telah dipilih sebagai sampel kumpulan rawatan dan 15 orang lagi

sebagai kumpulan kawalan. Sesi kelompok ini menggunakan modul yang dikenali

sebagai “Modul Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-PETRONAS”. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa terdapat perubahan signifikan antara skor ujian pra dan pasca bagi

kumpulan rawatan selepas menjaani sesi kelompok psikopendidikan dadah yang

merangkumi Konsep Kendiri Tingkahlaku, Kendiri Moral & Etika, Kendiri Peribadi dan

juga Kendiri Keluarga. Dapatan juga menunjukkan bahawa tiada perubahan yang

signifikan antara skor ujian pra dan pasca bagi kumpulan kawalan.

Page 2: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

243

Pengenalan

Dadah bukanlah satu perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini, malah

ia merupakan satu-satunya masalah sosial paling kritikal yang sedang dihadapi oleh

negara seawal tahun 70-an lagi. Pelbagai label ditujukan kepada dadah seperti najis,

menjijikkan, haram dan sebagainya namun tidak memberikan sebarang impak. Apa yang

lebih membimbangkan adalah peningkatan penglibatan golongan remaja terutamanya

pelajar sekolah dalam gejala ini. Laporan Dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan

(AADK) menyatakan bahawa golongan belia merupakan golongan yang mudah terdedah

dengan risiko penagihan.

Walaupun pelbagai usaha pembanterasan dadah di negara telah diwujudkan

melalui Dasar Dadah Negara yang bertunjangkan kepada empat prinsip utama iaitu

pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan serta kerjasama antarabangsa namun ianya

masih belum cukup utuh untuk membanteras masalah ini hingga ke akar umbi. Apa yang

paling penting adalah tugas pembasmian dadah bukan hanya terletak kepada satu pihak

sahaja tetapi ia merupakan tanggungjawab semua pihak termasuklah kerajaan dan bukan

kerajaan.

Justeru, program pencegahan berbentuk psikopendidikan perlulah melalui

penambahbaikan dan pembaharuan dalam setiap pendekatannya dan ini juga merupakan

tujuan utama mengapa kajian ini perlu dilaksanakan. Selain itu, pengkaji juga mahu

melihat sejauhmana pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dapat membantu

meningkatkan pencegahan dan seterusnya membina konsep kendiri dalam kalangan

remaja berisiko.

Sebenarnya, pencegahan awalan ini telah pun dilaksanakan berdasarkan empat

strategi utama iaitu melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum, pembentukan sahsiah serta

pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Sebagai contoh melalui Modul Pendidikan &

Pencegahan Dadah (PPDa) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah salah satu

langkah pencegahan yang sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan kepada semua pihak

dalam usaha menangani masalah dadah seawal mungkin. Situasi ini sejajar dengan

matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah itu sendiri iaitu memastikan semua pelajar

memahami akan bahaya dadah dan berupaya untuk membina ketahanan diri yang tinggi

bagi menolak dadah dan seterusnya mensasarkan tahun 2012 sebagai tahun “SEKOLAH

BEBAS DADAH”.

Dalam konteks di sekolah rendah mahupun menengah, Kementerian Pelajaran

Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan telah pun melaksanakan pelbagai program

pencegahan melalui Buku Garis Panduan Pendidikan Pencegahan Dadah Dan Publisiti

yang bermatlamat untuk memberikan pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada

murid sekolah, pelajar IPT, remaja, ibu bapa, masyarakat dan komuniti akan bahaya

dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

program tersebut masih belum lagi mampu untuk menurunkan kadar peningkatan

bilangan remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Mahmood Nazar et. Al (tahun) menekankan bahawa polisi dan dasar kerajaan

mengenai dadah lebih mudah disampaikan melalui sistem pendidikan kerana hampir

semua orang dalam kehidupan mereka akan pergi ke sekolah. Tambahan pula, sekolah

Page 3: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

244

merupakan satu sistem mikro masyarakat yang terdapat di seluruh pelusuk tanah air dan

murid-murid sekolah seharusnya dibekalkan dengan kemahiran tertentu seperti

pembinaan kendiri, pengurusan diri dan latihan komunikasi berkesan yang boleh menjadi

‘perisai’ bagi melindungi mereka daripada terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah

(Tay, 2001).

Oleh yang demikian, teknik penyampaian berkaitan pendidikan dadah perlulah

dilakukan dalam pelbagai bentuk dan mesej serta disampaikan secara mudah dan

berkesan. Ini adalah kerana remaja perlu diberitahu agar tidak mengambil dadah walau

dengan cara apa sekalipun kerana najis dadah amat merbahaya kepada kesihatan dan

kesan penagihan terhadap golongan ini boleh mengancam keselamatan negara. Melalui

pemerhatian pengkaji, antara punca utama yang sering dikaitkan dengan penagih dadah

adalah faktor rakan sebaya selain daripada keseronokan, perasaan ingin tahu dan lain-

lain lagi.

Faktor-faktor ini sangat sinonim dengan zaman remaja yang inginkan kebebasan

berbanding dengan zaman dewasa yang didorong oleh tekanan perasaan, desakan hidup

dan bermacam lagi. Ini jelas membuktikan bahawa sejarah penagihan sememangnya

bermula dari zaman awal remaja dan bukannya dari zaman dewasa. Jika kita tinjau kadar

peningkatan penglibatan remaja dalam gejala dadah sejak akhir-akhir ini merupakan

fenomena yang amat membimbangkan semua pihak. Peningkatan yang ketara ini

membayangkan bahawa sebahagian pelajar remaja kini mengalami masalah gejala sosial

yang melambangkan keruntuhan akhlak mereka. Melihat kepada masalah ini, tindakan

dan pengawalan aktiviti pelajar remaja sudah dirasakan amat perlu bagi membendung

fenomena ini dari terus meningkat dari masa ke semasa.

Berdasarkan laporan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan 2010, peratusan penagih

dadah dalam kalangan remaja telah mencapai 75% sedangkan mereka ini merupakan aset

negara yang sangat bernilai dan sebagai harapan untuk meneruskan perjuangan membela

bangsa dan negara di masa akan datang. Keseriusan penglibatan remaja ini juga dapat

dibuktikan melalui perangkaan majoriti penagih yang dikesan sepanjang Januari-

Disember 2009. Jika dibandingkan penagih mengikut umur bagi bulan Jan-Dis 2009 dan

2008, berlakunya peningkatan mendadak bagi golongan belia dan remaja. Peningkatan

paling besar berlaku pada golongan belia yang berumur 19-24 tahun dan 25-29 tahun

iaitu sebanyak 46.60% dan 44.45%.

Peningkatan penagih belia berumur antara 19-24 tahun adalah dari 2,060 kes

tahun lepas kepada 3,020 orang tahun ini. Bagi penagih remaja yang dikesan,

peningkatan tertinggi berlaku pada umur 13-15 tahun. Peningkatan sebanyak 327.27%

iaitu kepada 47 orang untuk tahun ini. Apa yang menyedihkan lagi, Penagih belia

daripada Kelantan adalah penagih paling tinggi dikesan iaitu sebanyak 1,645 orang,

diikuti Kedah seramai 1,628 orang serta Selangor 1,445 orang. Keadaan ini jelas

menunjukkan bahawa penglibatan golongan remaja dalam penyalahgunaan dadah amat

kritikal dan menggerunkan semua pihak dan jika tidak dibendung sedari awal akan

mengancam keselamatan dan kemakmuran negara kelak. Justeru pendekatan kaunseling

kelompok ‘psikopendidikan’ adalah penting dalam meningkatkan konsep kendiri

golongan remaja ini. Psikopendidikan merupakan salah satu kaunseling kelompok yang

digunakan untuk membuat sesi berbentuk berorientasikan pengajaran kepada ahli.

Page 4: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

245

Menurut Waack (2006). Psikopendidikan adalah satu kelompok yang berkembang untuk

menyelesaikan masalah.

Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat adalah penting pendekatan kaunseling

kelompok psikopendidikan dalam aspek pencegahan terhadap golongan remaja. Ini

adalah kerana proses kaunseling kelompok dibina atas teori mengenai manusia dan

perhubungan antara mereka. Melalui kaunseling kelompok, ahli dapat meluahkan

tanggapan, kepercayaan dan masalah mereka. Kelompok juga menyediakan penggerak,

sokongan dan pemantauan di kalangan ahli dalam proses pengambilan keputusan serta

tindakan perubahan tingkahlaku yang dirancang. Selain itu, suasana dinamik kelompok

juga banyak mempengaruhi proses dan keberkesanan kaunseling.

Seterusnya ia mampu mengubah matlamat individu dengan adanya pengaruh

pemimpin kelompok. Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006), suasana yang menyokong di

dalam ahli kelompok akan menjadikan ahli lebih yakin mempelajari dan berlatih

tingkahlaku baru yang dipelajari melalui kelompok itu. Kekurangan diri menunjukkan

korelasi yang negatif terhadap konsep kendiri, pembelajaran yang mendalam dan

pengetahuan dalam pembelajaran (Cathy & Shannon 2007 ; Azizi Yahaya, Fawziah

Yahya, Zurihanni Zakariya & Noordin Yahaya, 2005). Keadaan ini bukan sahaja akan

mempengaruhi perkembangan konsep kendiri remaja tersebut malah boleh

menjerumuskan golongan ini dengan penyalahgunaan dadah. Oleh yang demikian

masalah ini perlu dibendung dengan segera agar permasalahan ini tidak berlanjutan.

Jelas, peranan kaunseling kelompok psikopendidikan bukan sahaja dapat

memberi impak dalam meningkatkan konsep kendiri malah dapat mengembalikan

kekuatan modal insan dalam diri kalangan remaja itu sendiri . Dengan berbuat demikian

diharapkan gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dapat dibanteras

dengan lebih efisyen. Adalah menjadi hasrat kepada semua pihak agar remaja yang

mempunyai konsep kendiri yang positif dan tinggi dapat menamatkan alam

persekolahannya dengan menjadi insan yang kamil, berminda kelas pertama serta

berketrampilan dalam pelbagai aspek. Sebaliknya, sekiranya pelajar kita mempunyai

konsep kendiri yang rendah dan negatif, kemungkinannya mereka akan menjadi devian,

tiada keyakinan diri dan tersisih (Azizi, Fawziah, Zurihanmi dan Noordin, 2005). Malah

sekiranya dibiarkan akan menyebabkan remaja ini mudah terjebak dengan isu

penyalahgunaan dadah.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauhmana

pendekatan kaunseling kelompok psychoeducational dadah dapat membantu

meningkatkan pencegahan dan konsep kendiri dalam kalangan remaja berisiko. Selain

itu, pengkaji juga mahu melihat samada konsep kendiri seseorang individu itu dapat

berubah dalam jangkamasa yang singkat dan seterusnya membina ketahanan diri remaja

tersebut daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Sesungguhnya, ‘Mencegah

adalah lebih baik dari mengubat’.

Page 5: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

246

Metadologi

Kaedah eksperimen kuasi diaplikasikan dalam kajian ini dan terdapat dua kelompok

sampel iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing dengan 15 orang

ahli, jadi keseluruhan sampel adalah 30 orang. Terdapat tiga peringkat kajian

dilaksanakan bagi kedua-dua kumpulan ini iaitu pada peringkat pertama, pengkaji akan

mengedarkan instrumen kajian iaitu Skala Konsep Kendiri Tennesse (SKKT) iaitu untuk

menguji tahap awal konsep kendiri sampel. Pada masa yang sama pengkaji juga memilih

aktiviti-aktiviti yang sesuai digunakan dalam sesi kelompok kelak. Walaupun pada

dasarnya, Modul Kursus Sahabat PPDa-Petronas ini bermatlamat untuk meningkatkan

konsep kendiri dalam kalangan pemimpin pelajar. Namun pengkaji percaya modul ini

mampu meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan pelajar berisikodan atas dasar

inilah pengkaji mahu melaksanakan kajian tersebut terhadap golongan ini.

Pengkaji telah menjalankan sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah

selama tujuh sesi iaitu lima sesi memfokuskan kepada komponen meningkatkan konsep

kendiri dan dua lagi adalah sesi berkenalan dan sesi penamatan. Seterusnya sesi

kaunseling kelompok psikopendidikan dadah yang menggunakan modul Kursus Sahabat

PPDa-Petronas dijalankan bersama kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Pengkaji

juga membincangkan komponen konsep kendiri pada minggu yang sama. Tujuannya

ialah agar ahli lebih memahami tentang konsep kendiri. Peringkat terakhir, pengkaji akan

mengedarkan semula instrumen Skala Konsep Kendiri Tennesse (SKKT) kepada kedua-

dua kumpulan setelah tamat sesi kaunseling.

Instrumen ini mengandungi 100 item yang terdiri daripada item positif dan

negatif, skala jawapan adalah berbentuk skala likert lima mata. Skala likert ini terdiri

daripada sangat benar, benar, tidak pasti, tidak benar dan tidak benar sama sekali. Pada

waktu kajian, hanya kumpulan rawatan sahaja yang akan menjalani Kaunseling

Kelompok Psikopendidikan Dadah.

Lapan komponen yang terdapat dalam konsep kendiri dalam Skala Konsep

Kendiri Tennessee (SKKT) ialah identiti kendiri, kepuasan kendiri, tingkahlaku kendiri,

kendiri fizikal, kendiri moral & etika, kendiri peribadi, kendiri keluarga dan kendiri

sosial. Bagi mengetahui nilai kritik diri, ia mempunyai skala yang khusus yang

digunakan untuk mengukur kritik diri. Soalan adalah berbeza berdasarkan item yang

diperuntukkan bagi setiap komponen yang terkandung dalam Skala Konsep Kendiri

Tennessee (SKKT). Berikut adalah komponen yang terkandung dalam Skala Konsep

Kendiri Tennessee.

Page 6: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

247

Komponen Konsep Kendiri Soalan

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Tingkah Laku Soalan 13 hingga 18,31 hingga 36, 49 hingga 54, 67

hingga 72

dan 85 hingga 90.

Kepuasan Kendiri Soalan 7 hingga 12, 25 hingga 30, 43 hingga 48, 61

hingga

66,79 hingga 84

_______________________________________________________________________

____

Identiti Kendiri Soalan 1 hingga 6, 19 hingga 24, 37 hingga 42, 55

hingga 60,

73 hingga 78

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Fizikal Soalan 1 hingga 18

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Moral & Etika Soalan 19 hingga 36

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Peribadi Soalan 37 hingga 54

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Keluarga Soalan 55 hingga 72

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Sosial Soalan 73 hingga 90

Dalam analisis data ini, perisian SPSS akan diguanakan untuk membuat

penganalisaan dan tafsiran terhadap semua data. Subjek akan diukur dengan

menggunakan SKKT dan ujian pra retrieved at. Variable bebas kemudiannya

dimanipulasi dan subjek yang sama diukur sekali lagi untuk memperoleh skor pasca.

Ujian-t ini digunakan untuk pengukuran berulangan kemudian digunakan untuk

menentukan samada terdapat perbezaan antara min-min dua set data yang diperolehi

daripada ujian pra dan pasca tersebut Ujian–t untuk pengukuran berulangan (Paired

Sample t-Test) dan min akan dikira. Ujian-t untuk pengukuran berulangan (Paired

Sample t-Test) digunakan apabila setiap individu dalam sampel diukur dua kali dan

kedua-dua data pengukuran digunakan untuk dibuat perbandingan. Selain itu, ujian

korelasi untuk menentukan perhubungan antara satu variable dengan variable yang lain.

Pengkaji ingin melihat perhubungan antara satu komponen dengan satu komponen yang

lain dalam konsep kendiri.

Page 7: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

248

Dapatan Kajian

Terdapat perubahan yang signifikan terhadap perubahan konsep kendiri bagi kumpulan

rawatan bagi ujian pra dan pasca selepas kaunseling kelompok psikopendidikan dadah

dijalankan. Ia merangkumi peningkatan terhadap Kendiri Tingkahlaku, Kendiri Moral

dan Etika, Kendiri Peribadi dan Kendiri Keluarga. Manakala bagi kumpulan kawalan

pula, tiada perubahan yang signifikan bagi ujian pra dan pasca bagi Skala Konsep

Kendiri Tennesse.

Keputusan Analisis Ujian-t Jenis Pengukuran Berulangan

Perbezaan Sisihan Piawai Nilai t- Darjah

Signifikan

Min Kiraan (t) Kebebasan 2-

hujung

Kendiri Sosial .53333 5.70547 .362 14 .723

(Kelompok Rawatan)

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Sosial -.14286 5.77604 -.093 13 .928

(Kelompok kawalan)

Keputusan analisis ujian-t jenis pengukuran berulangan. Jadual menunjukkan

perbezaan skor min ujian pra dan pasca diuji dengan ujian-t, dua sampel bersandar untuk

menentukan kesignifikan, keputusan yang diperolehi adalah [t=.362, df=14, p>.05) dan

nilai signifikan kebarangkalian 2 hujung bagi pembolehubah Kendiri Sosial untuk

kelompok rawatan adalah .723, iaitu di atas aras keyakinan .05.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa hipotesis nul diterima dan pengkaji

membuat keputusan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian

pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan selepas pendekatan kaunseling kelompok

psikopendidikan dadah untuk pembolehubah Kendiri Sosial dalam kalangan pelajar

berisiko. Keputusan yang diperolehi bagi kumpulan kawalan pula ialah [t=-.093, df=13.

P>.05] dan nilai signifikan kebarangkalian 2 hujung bagi pembolehubah Kendiri Sosial

untuk kelompok kawalan adalah .928, iaitu di atas aras keyakinan .05. Maka keputusan

kajian menunjukkan bahawa hipotesis nul yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan

yang signifikan antara skor ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan untuk

pembolehubah Kendiri Sosial dalam kalangan pelajar berisiko diterima.

Perbincangan

Secara keseluruhannya terdapat perubahan yang signifikan terhadap perubahan konsep

kendiri bagi kumpulan rawatan bagi ujian pra dan pasca selepas kaunseling kelompok

psikopendidikan dadah dijalankan. Ia merangkumi peningkatan terhadap Kendiri

Tingkahlaku, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi dan Kendiri Keluarga.

Manakala bagi kumpulan kawalan pula, tiada perubahan yang signifikan bagi ujian pra

dan pasca bagi Skala Konsep Kendiri Tennesse. Ini jelas menunjukkan bahawa konsep

kendiri seseorang itu boleh berubah dalam jangkamasa yang singkat namun tidak

melibatkan semua komponen. Hal ini berlaku kemungkinan disebabkan sampel

Page 8: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

249

kumpulan rawatan juga menerima pendedahan berkaitan dengan isu dadah melalui

Minggu Pendidikan & Pencegahan Dadah yang diadakan serentak dengan sesi ini

dijalankan. Situasi ini juga jelas membuktikan bahawa, aktiviti sebegini banyak

membantu dalam meningkatkan kefahaman berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah dan

secara tidak langsung sampel ini lebih berkeyakinan dalam membentuk kendiri masing-

masing.

Dapatan kajian menunjukkan ada peningkatan konsep kendiri tingkahlaku dalam

kalangan pelajar berisiko bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling

kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 95.0667. Ini

menunjukkan bahawa konsep kendiri pelajar berisiko dapat ditingkatkan yakni ia

berkaitan dengan tindakan seseorang berdasarkan apa yang dilaluinya melalui

pengalaman, emosi dan apa yang berlaku disekelliling mereka. Pengkaji percaya,

kumpulan rawatan ini mampu membentuk diri yang positif dan secara tidak langsung

dapat mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan gejala dadah.

Seterusnya menunjukkan ada peningkatan konsep kendiri moral dan etika bagi

kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah

iaitu dengan skor minnya adalah 60.0000. Ini menunjukkan bahawa konsep kendiri

moral dan etika pelajar berisiko dapat ditingkatkan iaitu melalui amalan nilai-nilai

kerohanian. Pengkaji berpendapat bahawa sekiranya nilai keagamaan diterapkan dalam

diri setiap pelajar berisiko, pasti golongan pelajar ini dapat menentukan hala tuju yang

positif dan seterusnya dapat mengatakan “tidak” pada dadah.

Selain itu, ada peningkatan konsep kendiri peribadi bagi kumpulan rawatan

setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor

minnya adalah 60.6000. Ini menunjukkan bahawa persepsi golongan ini terhadap diri

sendiri dan orang disekelilingnya semakin positif dan ia telah merangsang mereka untuk

terus membuat perubahan terhadap diri sendiri. Sekiranya mereka diterima dan diberi

peluang, sesungguhnya golongan ini mampu meninggalkan tingkahlaku negatif dan

seterusnya dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Situasi ini akan memberi

dorongan baru kepada mereka untuk terus berubah.

Peningkatan konsep kendiri keluarga bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi

kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 67.2000.

Ini menunjukkan bahawa persepsi golongan ini terhadap keluarga bertambah baik dan

sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak dan pelajar.

Kemungkinan sebelum ini, kata-kata mereka tidak didengari oleh keluarga namun

setelah rasional akhirnya mereka tahu akan tanggungjawab hakiki dan dapat melakukan

perubahan sedikit demi sedikit. Pengkaji berpendapat keluargalah yang

bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah anak-anak dan juga yakin pelajar ini

mampu membentuk sahsiah yang lebih baik pada masa akan datang. Sahsiah yang baik

bukan sahaja mampu membentuk keterampilan yang baik malah dapat menghindarkan

diri mereka daripada terus terjebak dengan dadah.

Tiada perubahan dalam kepuasan kendiri bagi kumpulan rawatan setelah

menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya

adalah 95.9333. Keputusan ini tidak bermakna kumpulan ini tidak berpuas hati dengan

apa yang mereka miliki atau lalui dalam kehidupan seharian tetapi pengkaji berpendapat,

mereka perlu diberi masa untuk melakukan sesuatu yang baru dalam kahidupan. Oleh

Page 9: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

250

kerana tempoh sesi agak singkat maka perubahan tahap kepuasan kendiri tidak dapat

dilihat. Pengkaji juga percaya bahawa sekiranya mereka diberi kepercayaan dan harapan

yang positif oleh orang yang signifikan maka tahap kepuasan kendiri golongan ini dapat

ditingkatkan. Justeru, mereka akan lebih jelas dan memahami akan diri sendiri dan

seterusnya dapat membezakan perkara yang baik atau buruk termasuk dalam isu

penyalahgunaan dadah.

Tiada perubahan dalam identiti kendiri bagi kumpulan rawatan setelah menjalani

sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah

109.8667. Keputusan ini tidak bermakna kumpulan ini tidak dapat membentuk identiti

mereka sendiri tetapi pada peringkat umur sebegini sememangnya berlaku “kecelaruan

identiti”. Pada awal remaja inilah, berlakunya cabaran dalam mencari identiti samada

positif mahupun negatif. Dalam hal ini, pengkaji berpendapat bahawa orang yang

signifikan, rakan-rakan dan persekitaran banyak mempengaruhi bagaimana untuk

mereka membentuk diri sendiri yang lebih baik dan baik. Pengkaji percaya sekiranya

sesi kelompok psikopendidikan dadah ini diteruskan untuk satu jangkamasa yang

panjang, maka perubahan identiti kendiri golongan ini dapat dilihat dengan jelas malah

akan dapat membentuk jatidiri yang kental dalam kalangan pelajar berisiko. Justeru,

tiada lagi istilah “pelajar berisiko” di sekolah malah peratus penglibatan remaja dalam

penyalahgunaan dadah juga dapat dikurangkan.

Tiada perubahan dalam kendiri fizikal bagi kumpulan rawatan setelah menjalani

sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah

62.5333. Keputusan ini tidak bermakna pelajar bagi kumpulan ini tidak dapat menerima

keadaan fizikal diri mereka sendiri tetapi sebenarnya mereka masih lagi tidak dapat

membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

Pengkaji berpendapat, pada tahap umur awal remaja ini, mereka banyak

menerima kritikan dan penilaian orang lain terhadap diri mereka daripada

memuhasabahkan diri sendiri disamping “redha” dengan apa yang dikurniakan oleh

tuhan masing-masing. Ini yang menyebabkan penilaian terhadap diri sendiri tidak dapat

diinterpretasikan dengan jelas. Pengkaji juga percaya jika pelajar ini diberi sokongan,

dorongan, motivasi disamping kepercayaan daripada keluarga, rakan-rakan dan

persekitaran, maka pembentukan kendiri fizikal dapat ditingkatkan dengan baik

seterusnya mereka dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan dadah.

Tiada perubahan dalam kendiri sosial bagi kumpulan rawatan setelah menjalani

sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah

57.6667. Keputusan ini tidak bermakna pelajar bagi kumpulan ini tidak mampu

berinteraksi dengan persekitaran. Pergaulan antara pelajar berisiko juga sering

disalahfaham dan mereka dikatakan sering bergerak dalam kumpulan yang sama. Pada

pandangan pengkaji, jika golongan ini tidak diberi kepercayaan oleh orang yang

signifikan mahupun persekitaran maka suasana sebegini akan berterusan dan akan

menggalakkan mereka untuk terlibat dengan kes-kes disiplin berat mahupun jenayah.

Oleh yang demikian, semua pihak samada keluarga, masyarakat, sekolah

mahupun persekitaran harus melupuskan persepsi negatif terhadap golongan ini ekoran

daripada pengalaman pahit yang telah mereka lalui sebelum ini. Pengkaji percaya

sekiranya golongan ini dilabelkan dengan sesuatu yang positif dan mereka diterima

Page 10: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

251

dalam persekitaran maka kendiri sosial mereka dapat ditingkatkan. Seterusnya dapat

mewujudkan sikap muhibbah masyarakat dalam menangani isu penyalahgunaan dadah

sejajar dengan pernyataan.

Kesimpulan

Hasil daripada dapatan kajian membuktikan bahawa kaedah kaunseling kelompok

psikopendidikan dadah sesuai digunakan untuk meningkatkan konsep kendiri dalam

kalangan pelajar berisiko walaupun hanya terdapat empat komponen konsep kendiri

sahaja yang meningkat. Hasil ujian-t bagi keempat-empat konsep kendiri menunjukkan

peningkatan yang signifikan. Sebelum ini telah banyak kajian yang dijalankan dengan

menggunakan kaedah kaunseling kelompok turut menunjukkan kesan yang positif.

Pihak Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan kokurikulum baru di sekolah yang

menjurus kepada program-program pencegahan dan motivasi secara konsisten kepada

pelajar. Ini adalah kerana program-program pencegahan dan motivasi akan dapat

membantu pelajar lebih mengenali diri mereka, lebih mengenali individu di sekeliling

dan secara tidak langsung membantu kepada peningkatan konsep kendiri. Pengkaji

berharap agar pihak Kementerian Pelajaran dapat mengkaji dan memperhalusi lagi

modul ini agar ia dapat diaplikasi kepada pelajar berisiko kelak. Sekiranya kekuatan

modal insan pelajar risiko ini digilap, pengkaji percaya ia mampu menurunkan isu sosial

dalam kalangan remaja malah secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah

di Malaysia.

Rujukan

Abdul Halim b. Mohd. Hussin et. Al, (2009/2010). Projek Penyelidikan Agensi

Antidadah Kebangsaan & Universiti Sains Islam Malaysia.

Agensi Antidadah Kebangsaan, 2007 Jurnal Antidadah Malaysia, Kementerian Dalam

Negeri.

Agensi Antidadah Kebangsaan, (2007). Dadah Musuh No. 1 Negara, Kementerian

Dalam Negeri.

Ali dan rakan-rakan (1991) Sejauhmanakah Keberkesanan Program Pencegahan Dadah

Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Telah Dilaksanakan Oleh Sekolah-sekolah

Negeri Melaka, Universiti Pertanian Malaysia.

Amin Johari Ghazali (1995). Kesan Latihan Kemahiran Sosial Terhadap Konsep Kendiri

Pelajar, Universiti Utara Malaysia, Diambil pada 28 Mac 2009 daripada

HTTP://WWW.PDF SEARCH-ENGINE.COM/KONSEP KENDIRI-PDF.HTML

Buku Garis Panduan Pendidikan Pencegahan Dadah Dan Publisiti (2009). Agensi

Antidadah Kebangsaan. Kementerian Dalam Negeri.

Campbell, Donald T. & Stanley, Julian C. (1996). Experimental and quasiexperimental

design for research. Johns Hopkins Universit : Houghton Mifflin Company Boston

Page 11: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

252

Choong Lean Keow. (2007). Kaunseling : Teori dan Praktis : Pengetahuan &

pengalaman pengamal. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow (1996). Psikopendidikan Sebagai Satu Strategi Tambahan Model

SERENTI , Satu Kajian Perintis Di Pusat Serenti Sungai Besi, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Chuah Moi Kim dan Aminah Hj. Hashim (1998). Kaunseling Berkelompok : Kesan ke

atas konsep kendiri dan pencapaian akademik pelajar yang rendah pencapaian akademik.

Jurnal PERKAMA,7,55-65.

Chua Yan Piaw (2006). Asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur:McGraw-Hill

(Malaysia) sdn. Bhd.

Chuah Moi Kim dan Aminah Hj. Hashim (1998). Kaunseling Berkelompok : Kesan Ke

Atas Konsep Kendiri Dan Pencapaian Akademik Pelajar Yang Rendah Pencapaian

Akademik. Jurnal PERKAMA,7,55-65

Corey, G. (2004). Theory And Practice Of Group Counseling (6th ed). Belmont, CA :

Brooks/Cole-Thomson Learning.

Corey, G. (2005). Theory And Practice Of Counseling And Psychotherapy (7th ed.).CA

: Thomson Brooks/Cole

Ee Ah Meng. (1995). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak (asas pendidikan 4).

Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Fitts, W.H (1996). Tennessee self concept scale TSCS : 2 (2nd ed). WPS Publisher

Distributor

Gladding, S.T (2003). Group work : A Counselling speacialty (4th ed). Upper Saddle

River, NJ: Merrill

Hartina Ahmed Tharbe (2005). Scriptotherapy: Penggunaan Jurnal Reflektif Dalam

Kaunseling Kelompok. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Kaunseling

Universiti Malaysia 2005.

Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur :

PTS Profesional Publishing

Ishak Mad Shah (2004). Konsep Kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja :

melihat sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa sebagai moderator. Jurnal Teknologi, 40

(E) Jun, 2004 : 33-34 Universiti Teknologi Malaysia. Di ambil pada 28 Mac, 2011

daripada http://www.pdf-search-engine.com/konsep-kendiripdf.html

Jamaludin Ahmad (2002), Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dan Keberkesanan Modul

Program Maju Diri Ke Atas Motivasi Pencapaian Di Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah Negeri Selangor. Serdang, UPM.

Page 12: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

253

Jamaludin Ahmad, Sidek Mohd. Noah, Rusnani Abd Kadir & Hishamuddin Ahmad

(2002) Keberkesanan Modul Program Maju Diri Ke Atas Motivasi Pencapaian Di

Kalangan Pelajar.

Jamaludin Ahmad. (2007). Modul & Kaunseling Penyalahgunaan Dadah ;Universiti

Putra Malaysia.

Jaz Laile Suzana Jaafar. (1996). Psikologi Kanak-kanak Dan Remaja. Selangor : Dewan

Bahasa dan Pustaka

Jacobs, E.E., Masson, R.L. & Harvill. R.L (2002). Group counseling : Strategies and

skill (7th ed). Belmont, CA : Thomson Brooks/Cole

Jenau Anak Pawan. (2007). Pendekatan Kaunseling Kelompok Berstruktur Dalam

Membantu Meningkatkan Konsep Kendiri. Projek ilmiah tahun akhir bagi Ijazah Sarjana

Muda (Kaunseling) yang tidak diterbitkan. Kota Samarahan : Universiti Malaysia

Sarawak

Kamarudin Ahmed Junaidi (2004). Pendekatan kaunseling kelompok berstruktur dalam

peningkatan konsep kendiri. Kajian yang tidak diterbitkan, Kota Samarahan.

Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan. (Jun 2008). HBEF

2103 Psikologi Pendidikan. Selangor : Open University Malaysia (OUM).

Khatijah Othman, Marina Munira Abdul Mutalib, (2008). Manual Peribadi Remaja

Muslim; Mencari Identiti Unggul Generasi Warisan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Lembaga Penyelidikan Undang-undang (2005). Akta Kaunselor 1998 (akta 580) dan

peraturan-peraturan. Petaling Jaya : International Law Book Services.

Mahmood Nazar Mohamed et. Al , 2006 ; Mencegah, Merawat & Memulihkan

Penagihan ; Dadah, Beberapa Pendekatan Dan Amalan Di Malaysia.Utusan Publications

7 Distributors Sdn. Bhd.

Modul Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-PETRONAS (2008), Bahagian Pengurusan

Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Panduan Pengurusan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (2009). Sekolah Bebas

Dadah 2012, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, sector Pengurusan Pembangunan

Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sidek Mohd. Noah (1998). Pengujian dalam psikologi dan kaunseling .Selangor : Fakulti

Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd. Noah (2005). Pengujian & penilaian dalam kaunseling : Teori & aplikasi.

Serdang : Univerisiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd. Noah & Jamaludin Ahmad (2005). Pembinaan modul : Bagaimana

membina modul latihan dan modl akademik. Serdang :Univerisiti Putra Malaysia.

Page 13: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

254

Siti Rohani Binti Ahmad, Pendekatan Kaunseling Kelompok Psychoeducational Dalam

Membantu Meningkatkan Konsep Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Yang Lemah

Akademik, 2009, Universiti Malaysia Sarawak.

Wan Abdul Kader Wan Ahmad (1994). Kaunseling kelompok berstruktur : Pengurangan

kebimbangan sosial. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Zainol Madon & Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Panduan mengurus remaja moden.

Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Zuraidah Abdul Rahman (2001). Pembimbing rakan sebaya : Langkah seterusnya.

Petaling Jaya :IBS Buku Sdn. Bhd.

Zuraidah Abdul Rahman (2004). Pengenalan kaunseling kelompok. Selangor : IBS Buku

Sdn. Bhd.

Page 14: PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14912/1... · dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan

255