pendidikan pergerakan

6
PENDIDIKAN PERGERAKAN Apakah pendidikan pergerakan ? Pendidikan Pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam Pendidikan Jasmani. Oleh kerana pendedahan mengenainya tidak begitu berkembang dikalangan guru-guru pendidikan jasmani sekolah menengah, maka bidang ini ditinggalkan begitu sahaja. Pendidikan Pergerakan melibatkan pergerakan- pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat dan mengawal badan. Semua pergerakan adalah hasil daripada satu atau kombinasi beberapa pergerakan asas ini. Tujuan Pendidikan Pergerakan Tujuan pendidikan pergerakan ini adalah untuk melatih pelajarnya agar mereka mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu aksi dengan menggunakan daya tenaga yang minimum. Ia juga bertujuan membolehkan pelajar menyedari perkaitan antara pergerakan-pergerakan dengan tubuh badan, ruang, masa, beban, daya, ritma, aliran dan kesinambungan pergerakan. Pendidikan Pergerakan mempunyai 4 faktor yang saling bergantung antara satu sama lain terutamanya dalam proses mencipta satu rangkaian pergerakan agar kelihatan licin, teratur dan menarik. Faktor-faktor

Upload: kinsley-chua

Post on 27-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN PERGERAKAN

PENDIDIKAN PERGERAKAN

Apakah pendidikan pergerakan ?

Pendidikan Pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam

Pendidikan Jasmani. Oleh kerana pendedahan mengenainya tidak

begitu berkembang dikalangan guru-guru pendidikan jasmani sekolah

menengah, maka bidang ini ditinggalkan begitu sahaja.

Pendidikan Pergerakan melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti

berjalan, berlari, melompat dan mengawal badan. Semua pergerakan

adalah hasil daripada satu atau kombinasi beberapa pergerakan asas

ini.

Tujuan Pendidikan Pergerakan

Tujuan pendidikan pergerakan ini adalah untuk melatih pelajarnya agar

mereka mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu aksi dengan

menggunakan daya tenaga yang minimum. Ia juga bertujuan

membolehkan pelajar menyedari perkaitan antara pergerakan-

pergerakan dengan tubuh badan, ruang, masa, beban, daya, ritma,

aliran dan kesinambungan pergerakan.

Pendidikan Pergerakan mempunyai 4 faktor yang saling bergantung

antara satu sama lain terutamanya dalam proses mencipta satu

rangkaian pergerakan agar kelihatan licin, teratur dan menarik. Faktor-

faktor tersebut ialah Kesedaran Tubuh Badan, Kawalan Berat Badan,

Masa dan Aliran.

Terdapat 8 daya asas dalam pendidikan pergerakan iaitu daya sentakan

(flick), daya memedap (dab), daya berapung (float), daya meluncur

(glide), daya menolak (thrust), daya menekan (press), daya mengelar

(slash) dan daya memerah (wring).

Page 2: PENDIDIKAN PERGERAKAN

Pergerakan Kreatif

Pergerakan Kreatif ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan

deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Ia memberi

keutamaan kepada keempat-empat unsur asas pengenalan iaitu ruang,

rasa, tubuh badan dan tenaga.

Keempat-empat unsur ini merupakan perbendaharaan pergerakan untuk

memeudahkan remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-

potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui

pergerakan.

Objektif utama pendidikan pergerakan kreatif ialah :

1. Memberi pengalaman pergerakan yang akan memperkembangkan

daya cipta kreatif

2. Memberi kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan

dalam penggunaan tubuh badan sebagai alat pencurahan perasaan dan

idea.

3. Menanam ciri-ciri pengucapan dan pencurahan perasaan individu

serta semangat berkumpulan dalam pergerakan

4. Memperkembangkan imaginasi pergerakan

5. Menyuburkan ritma semulajadi sebagai satu daya kreatif

6. Mengembangkan perasaan terhadap unsur-unsur pergerakan iaitu

daya, masa dan ruang.

7. Memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif

terhadap rangsangan bunyi (muzik, suara) dan visual (design)

Page 3: PENDIDIKAN PERGERAKAN

Gimnastik Pendidikan.

Gimnastik Pendidikan adalah satu bidang aktiviti yang kreatif serta

memberi kepuasan dan mempunyai manfaatnya tertentu. Pelajar dapat

mencipta rangkaian-rangkaian pergerakan dengan atau tanpa alat

hanya dengan mempelajari gimnastik pendidikan.

Bagaimanapun, suasana selamat harus disediakan serta bimbingan,

sokongan dan rangsangan perlu diberi setiap masa kepada pelajar agar

mereka boleh mencipta dan mengubahsuai. Pelajar juga harus

disedarkan bahawa semua pergerakan adalah berkait antara satu sama

lain dalam rangkaian yang licin dan efisien.

Pelajar adalah dibenarkan melakukan apa yang mereka yakin di dalam

kemampuan mereka. Mereka tidak harus dipaksa atau digertak untuk

melakukan perkara diluar kemampuan mereka.

Ruang juga penting kerana pelajar mesti berkeyakinan bahawa mereka

dapat bergerak dengan bebas dan tidak terasa diri mereka diperhati

atau dihalang oleh apa jua halangan yang mungkin menyebabkan

ketakutan atau kerisauan.

Atas sebab keselamatan dan untuk mengelak berlakunya kecwederaan

seperti terhantuk, tidak boleh digunakan untuk memberi alas yang

selamat serta membina keyakinan pelajar.

Page 4: PENDIDIKAN PERGERAKAN

Gimnastik Irama

Gimnastik Irama ialah suatu pergerakan yang dilakukan segerak dengan

ritma pergerakan berkoordinasi dan bersifat estetik tanpa atau dengan

alatan secara licin dan berterusan.

Pergerakan dalam gimnastik irama lebih menggunakan peralatan

tertentu seperti bola, gelung, tali, riben dan belantan. Dengan

menggunakan alatan tersebut, pelbagai pergerakan dapat dicipta.

Antaranya melantun, melambung, menyambut, menggolek, memutar,

helikopter, aksi angka 8, skip, aksi ular dan banyak lagi.

Gimnastik Artistik

Gimnastik Artistik merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran

secara formal dan terancang. Ia menggunakan teknik dan gaya

pelaksanaan sesuatu kemahiran pergerakan adalah khusus.

Aktiviti utama yang ditekankan dalam gimnastik artistic ialah

ketangkaasn, lombol dan imbangan. Dalam aktiviti ketangkasan, antara

yang diperkenalkan ialah guling depan, guling balak, guling belakang

dan banyak lagi. Manakala pergerakan asas bagi aktiviti lombol ialah

lombol bujur lalu, lombol kangkang, lombol hamburan kepala dan lombol

hamburan tangan. Imbangan asas yang dipelajari ialah imbangan

kepala, imbangan tangan, imbangan bahu, imbangan harimau dan

sebagainya.