penduduk kedayan
TRANSCRIPT
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
1/28
Penduduk Sabah dan Sarawak sebagaimana kita ketahui terdiri daripada pelbagai
kumpulan etnik dan mempunyai pelbagai kepercayaan, adat resam dan agama.
Mengikut analisitik diianggarkan terdapat lebih 30 kumpulan etnik di Sabah begitu
juga di Sarawak. Antara kumpulan etnik utama di Sabah ialah Kadazan Dusun,
Rungus,Bajau, Melayu-Brunei, Murut, Suluk, Orang Sungei , Kedayan, dan Bisaya.
Manakala di Sarawak majoritinya ialah suku kaum Iban, Melayu, Bidayuh, Murut,
Lun Bawang, Kedayan dan lain-lain. Dianggarkan terdapat lebih kurang 30
kumpulan etnik terdapat di Sarawak. Dalam kajian ini kaum Kedayan merupakan
kumpulan etnik yang serumpun dengan bangsa Melayu di Semenanjung, Sabah dan
Sarawak.
Sejarah asal-usul
Hasil kajian ini,kita mendapati banyak teori yang menjelaskan tentang asal-usul
kaum Kedayan ke Sabah. Terdapat sumber menyatakan Kedayan merupakan
bangsa campuran Orang Jawa dan MasyarakatMelayu Brunei . Sumber ini merujuk
kepada peristiwa Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah(1473-1521) yang pada
ketika itu singgah di tanah Nusantara seperti di Kepulauan Jawa, Sumatra,
Kalimantan dan termasuklah di tanah Jawa1[1] Sultan Brunei telah menyaksikan
aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan menawarkan mereka
untuk menetap di Brunei.
Keterangan ini juga merujuk kepada kenyataan tulisan Harrison and Harrison
2[2]1956 turut menjelaskan kewujudan kaum Kedayan dating dari Jawa Majapahit
ketika itu dipercayai bermula pada abad ke-14 dan ke-15 di Kota Batu Brunei. Di
sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui
perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini
kaum Kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait,Bandar Seri
Begawan dan Muara (Jerudong). Pada keagungan tamadun Brunei, kaum Kedayan
ini telah berpindah-randah sehinggalah mereka berkembang ke Sabah dan
Sarawak.
1
2
1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakathttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Melayu_Brunei&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Melayu_Brunei&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Bolkiahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=(1473-&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=1521)&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Nusantarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sumatrahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kalimantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakathttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Melayu_Brunei&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Bolkiahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=(1473-&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=1521)&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Nusantarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sumatrahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kalimantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jawa -
7/23/2019 Penduduk Kedayan
2/28
Dalam pada itu sejarah dan kebudayaan Melayu (1995 : 1120) pula mencatatkan
bahawa terdapat sumber lisan yang menyatakan orang Kedayan ini berasal dari
Indonesia. Setelah beberapa abad mereka menetap di Brunei, mereka berhijrah ke
Sabah dan Sarawak. Sehingga ini, pengkaji yang membuat penyelidikan atas asal
usul orang Kedayan sering mengaitkan tempat nenek moyang suku kaum ini dengan
kepulauan Indonesia, khususnya dari Jawa.
Namun Hose (1912) dalam kajian sejarah suku kaum Kedayan mendapati bahawa
suku kaum ini mempunyai pertalian darah dengan pribumi di Kalimantan, oleh itu
beliau mencapai keputusan bahawa orang Kedayan berasal dari Kalimantan3[3].-
Sejarah kedatangan kaum Kedayan ke Sabah bermula dari Selatan Negeri Sabah
apabila kawasan ini menjadi sebahagian daripada pemerintahan kerajaan Brunei
ketika itu. Kawasan-kawasan yang terlibat ialah di Kg Malintaman (Merintaman), Kg
Ulu Sipitang,, Mesapol, Kg. Banting dan Kg Luagan di Sipitang merupakan antara
penempatan kaum Kedayan terbanyak di Sabah. Selain itu kaum ini juga terdapat di
Mempakul dan Limadan di Kuala Penyu, Kg.Lingkungan , Kg.Inuman dan Kg.Bukau
di Beaufort. Manakala di Papar kaum ini terdapat di Kg.Kelanahan dan Kg Kelatuan.
Dalam tinjauan yang dibuat di Kg Banting Sipitang,mendapati bahawa sesetengah
warga tua yang menetap di kampung berkenaan menyatakan cerita lisan yang
diwarisi turun-temurun mendapati bahawa kedatangan kaum Kedayan di Sabah
bermula di Kampung Banting ini. Ianya bermula apabila berlakunya penghijrahan
masyarakat Kedayan dari Brunei Darusalam, dan Limbang Sarawak. Cerita ini
didukung oleh cerita lisan yang disebarkan dari mulut ke mulut (oral literature) dan
menjadi genre cerita rakyat dan legenda. Begitupun ada juga mengatakan
kedatangan kaum ini ke Sabah semasa kegemilangan Kesultanan Brunei telah
membawa banyak penduduk dari negara itu untuk menetap di Sipitang terutamanya
di Mesapol dan di kawasan persisiran pantai barat di Sabah.
Setakat ini, tidak banyak kajian dilakukan ke atas orang Kedayan baik yang
dilakukan oleh sejarawan atau ahli antropologi. Salah seorang pengkaji sejarah dan
3
2
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
3/28
budaya orang Kedayan ialah Allen Richmond Maxwell JR. Beliau telah melakukan
penyelidikan penuh peringkat PhD-nya atas budaya suku Kedayan di Lembah Labu,
Brunei Darussalam yang berjudul Urang Darat, An Ethnographic Study of The
Kedayan Of Labu Valley, Brunei, Yale University4[4]. Di samping itu, Maxwell (1980)
juga menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul "On the Various Spelling of the
Word Kadayan" (Brunei Museum Journal, Vol. 2, 1970), berhubung dengan pelbagai
ejaan dan panggilan orang Kedayan. Akibatnya terhasilah bermacam-macam ejaan
yang berlainan seperti "Kadaian", "Kadayan", "Kadian", "Kadien", "Kadyan",
"Karayan", "Kedyan", "Kedien" dan "Kerayan". Bagaimana pun pada masa kini,
hampir semua bahan cetak termasuk Kamus Dewan, Ensiklopedia Sejarah dan
Kebudayaan Melayu menggunakan ejaan "Kedayan".
Selain Maxwell, tidak banyak kajian secara teliti telah dilakukan atas sejarah dan
budaya suku kaum ini. Menurut Bantong Antaran (1985), bahawa asal nama
Kedayan itu telahpun wujud bersama-sama dengan kewujudan kesultanan Brunei.
Pada mulanya, semua penduduk Brunei hanya lebih dikenali sebagai Melayu dan
tidak mempunyai suku kaum yang dipanggil atau dikenali sebagai Kedayan ketika
sebelum wujudnya kesultanan Brunei ketika itu.
Di Sipitang Sabah, penduduk pertama yang menetap di situ dikenali sebagai orang
darat ialah masyarakat Kedayan dan Lundayeh5[5]
Sosiobudaya, Adat resam, Sistem sosial, dan Pendidikan
Sosiobudaya masyarakat Kedayan di Sabah banyak dipengaruhi oleh keadaan di
sekelilingnya. Pada kebiasannya budaya hidup masyarakat ini dipengaruhi oleh ahlikeluarga dan masyarakat yang akan membimbing golongan muda mengenai
peraturan,adat resam, agama serta kepercayaan yang telah diwarisi mereka sejak
turun-temurun. Pada umumnya seseorang individu itu akan lebih memahami
sosiobudaya hidup masyarakat mereka melalui pendidikan tidak formal yang
bermula dari rumah sehinggalah kepada komuniti tersebut.
4
5
3
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
4/28
Pada kewujudan kaum Kedayan,kaum ini mempunyai tempat tinggal yang dipunyai
oleh dua kelompok yang berbeza dan berasingan, iaitu yang tinggal di pesisiran
pantai dan kuala sungai yang bekerja sebagai nelayan.Manakala satu kelompok lagi
mendiami kawasan pendalaman dan bekerja sebagai petani dan pesawah.
Kehidupan tradisi masyarakat Kedayan adalah bergantung kepada kegiatan-
kegiatan ekonomi tradisional seperti mengusahakan sesuatu bagi memenuhi
keperluan dalam kehidupan harian.
Begitupun pada ketika ini kegiatan ekonomi masyarakat Kedayan ini telah berubah
dan menjadi moden berbanding kehidupan masyarakat dahulu. Kedayan sekarang
ini lebih banyak bergantung atau bekerja dengan Kerajaan dan juga dalam sektor
swasta. Jika adapun,masyarakat Kedayan yang masih melakukan aktiviti seperti
bertanam hanyalah sebahagian orang-orang tua yang hanya bertujuan untuk
mengisi masa lapang dan untuk keperluan mereka sahaja. Corak kehidupan tradisi
masyarakat Kedayan mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam bidang pertanian .
Kegiatan pertanian ini telah dijadikan sebagai sumber pendapatan yang utama bagi
kehidupan puak Melayu Kedayan ketika itu.
Antara aktiviti pertanian yang mereka usahakan ialah penanaman padi, buah-
buahan, sayur-sayuran dan menternak haiwan peliharaan seperti ayam dan itik.
Aktiviti lain yang turut diusahakan termasuklah memburu binatang kerana faktor
geologi dan kedudukan penempatan yang dikelilingi hutan telah mendorong kegiatan
ini. Salah satunya ialah mundul taipas (taripas). Selain itu kedudukan mereka di
persisiran pantai dan tepi sungai juga telah mendorong kegiatan ekonomi lain seperti
menangkap ikan dengan cara tradisional. Salah satunya mereka akan memancing
ikan dengan menggunakan peralatan tradisi seperti bubu, jala dan siyutuntuk ikan
air tawar dan menggunakanpukat dan ancau apabila menangkap ikan di laut.
Peraturan dan Adat Resam.
Masyarakat Sabah sememangnya kaya dengan adat resam dan pantang larang
hidup yang tersendiri. Hal ini telah menjadikan adat dan pantang larang sebagai
panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian masyarakat bumiputera di Sabah.
Amalan adat dan pantang larang dalam sesebuah masyarakat ini bertujuan4
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
5/28
memelihara dan menjamin kesejahteraan hidup.
Masyarakat Kedayan seperti juga halnya dengan masyarakat Melayu di
Semananjung Malaysia dan Sarawak mempunyai adat dan budaya yang sama serta
saling mempercayai dan mematuhi undang-undang adat. Jika seseorang itu tidak
mematuhi undang-undang adat yang ditetapkan, maka sesuatu perkara yang tidak
baik serta malapetaka akan menimpa masyarakat tersebut. Begitupun ianya
Terdapat beberapa undang-undang adat yang menjadi amalan penduduk di Sabah.
Antaranya yang berkaitan dengan pertanian, perkahwinan, dan kematian.
Adat Pertanian
Faktor geografi dan lokasi setempat masyarakat Kedayan telah mendorong kepada
kegiatan sosioekonomi dalam bidang pertanian, memburu dan nelayan.
Penanaman padi merupakan pekerjaan utama masyarakat ini sehingga kini masih
lagi mengamalkan pertanian tradisi. Sebelum menanam dan mengatam(menuai)
padi dijalankan kawasan penanaman padi terlebih dahulu ditetakan(dibaca doa)
oleh seorang pawang dengan cara manangas (Membaca ayat suci atau doa) di
sekeliling kawasan padi padi empat penjuru.
Apabila padi telah masak petani-petani ini akan batulong-tulongan (bantu-
mambantu) mengatam padi. Padi yang telah diketam (dituai) akan di simpan di
dalam durong iaitu sebuah tempat yang dibuat untuk berehat dan menyimpan padi.
Kerabau masih digunakan untuk membantu petani mengangkut hasil padi begitu
juga sebagai jentera untuk membajak sawah. Secara tradisinya para petani ini juga
akan menggunakan alat galok(sabit) untuk mengetam (menuai) padi .
Di samping itu para petani Kedayan juga melakukan aktiviti mundul taipas (cara
menangkap burung taripas). Aktiviti ini sememangnya telah terkenal di kalangan
kaum Kedayan. Untuk menangkap burung ini mereka akan menggunakan jaring
mengikut cara tradisi mereka. Selain itu memburupayau (rusa) juga merupakan
pekerjaan rutin pada musim menuai .
Bagi penduduk Kedayan yang tinggal di persisiran pantai dan di tebing sungai pula
5
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
6/28
lebih cenderung kepada aktiviti nelayan. Sama halnya seperti nelayan-nelayan dari
suku kaum yang lain nelayan Kedayan menjalankan aktiviti mengangkap ikan
dengan menggunakan rambat(jala), pukat, bujak(lembing), bubu, babang dan
manimba untuk menangkap ikan. Gubang (perahu kecil)dan perahu merupakan
sejenis pengangkutan air yang popular, juga akan digunakan untuk mengangkap
ikan. Gubang juga telah menjadi kenderaan pengangkutan utama suatu ketika
dahulu untuk mengangkut hasil tanaman dan makanan seperti padi dan beras.
Adat Perkahwinan
Setiap kumpulan etnik di Sabah mempunyai adat tersendiri dalam menjalankan
upacara perkahwinan. Bagi masyarakat Kedayan, adat perkahwinan adalah sama
seperti juga masyarakat Melayu. Umumnya adat sesebuah perkahwinan masyarakat
ini dimulakan dengan berjarum-jarum (merisik) di mana keluarga laki-laki dating ke
rumah bini-bini (perempuan).
"Adat perkahwinan masa dulu ani ialah kepala baiyairinya ialah kinkin pembuka
mulut kayis laki-laki yang mengantati arah bini-bini karang ani inda lagi ada usuri
sebagai penggantinya mun kelangkahan dulang adik kahwin dulu bagi yang bini-bini
yang laki-laki inda pulang ada bagi kelangkahan dulang laki-laki ani masti bagi kinkin
kepada yang dilangkahi dulang atu sepasang seorang tu sama seperti yang di bagi
kepada pengantin perempuan kalau bangsa lani lagi banyak ankup dangan
sepasang kasut kinkin sebantuk dan tudung dulang jua tanda bertunang kinkin
sebantuk pembuka mulut seperti basar-basar jarum atu mulanya seratus saja
belanja hangus kaban lima belas ijib saja seekong jadi kira mulanya belanja karun
masa dulu atu."Oleh Piah Bte Karim (umur 70 tahun, 2000), Limbang, Sarawak.
Selepas itu diikuti dengan bersarang gundih (meminang) dengan membawa
sebentuk kinkin (cincin). dan acara mengantat barian (hantaran kahwin). Mengantat
berian ini biasanya bakal pengantin laki-laki akan memberi wang hantaran bersama
seikung kerabau (seekor kerbau).Seterusnya apabila kata sepakat telah dicapai
majlis nikah akan dilangsungkan dengan diikuti majlis bertimbang (bersanding).
Seminggu sebelum majlis kahwin diadakan memucang (gotong-royong) kalangan6
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
7/28
keluarga terdekat dan jiran datang untuk membuat persiapan perkahwinan.
Biasanya memucang ini dilakukan bagi mempersiapkan khemah, dapur memasak
(tempat mendadih) dan membuat kuih-muih. Sehari sebelum majlis perkahwinan
pula majlis mendadih (memasak) iaitu mengelupis (sejenis makanan seperti ketupat
yang diperbuat daripada pulut) . Menyembelih kerbau secara berami-ramai
seringkali dilakukan untuk dijadikan lauk-pauk semasa jamuan makan. Daging
kerbau tersebut seterusnya dipotong-potong dengan mengarap (mencincang)
biasanya dilakukan oleh kaum wanita secara beramai-ramai.
Adat bagi pengantin perempuan (bini-bini) pula, terlebih dahulunya sebelum
menjelang saat perkahwinan orang-orang tua telah memberikan beberapa petua dan
adat tradisi yang mesti dipatuhi. Umpamanya mandi langir bagi membersihkan dan
mencantikkan wajah dan kulit bakal pengantin perempuan. Sesetengah adat pula
melarang bakal pengantin perempuan ini keluar rumah selama satu atau dua
minggu sebelum majlis perkahwinan. Adat ini mesti dipatuhi kerana khuatir akan
berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku ke atas bakal pengantin.
Pada malam selepas diijab Kabul (nikah) pula dilangsungkan majlis malam bebadak
(majlis berinai) . Pada malam ini majlis disertai bacaan berzanji, merhaban dan
selawat ke atas nabi s.a.w. Majlis merenjis pengantin akan dilakukan oleh kaum
keluarga dan jiran yang hadir dalam majlis ini semasa selawat nabi dialungkan.
Selepas itu diadakan pula acara bergambus (tari-menari) dan dan pada ketika ini
diadakan juga acara karaoke. Menjelang larut malam pula diadakan acara Mukun
atau Bergendang..Acara ini sangat popular pada ketika dahulu di mana tiga orang
wanita pemukul gendang atau rempana sambil berpantun seloka, berbalas-balas
dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk berbalas pantun. Kaum Kedayan
merujuk pantun sebagai pantun atau sabut-sabutan (walaupun kebanyakannya
merujuk teka-teki)Si penjual pantun pula akan menyampaikan pantun dengan
intonasi dan suara mengikut rentak gendang yang dialunkan.
Biasanya kaum wanita yang menjual pantun untuk dibalas oleh golongan lelaki, tidak
kira tua mahupun muda. Begitupun lain pula halnya bagi pengantin, seluruh
badannya akan disapu dengan dadak (bedak yang diperbuat daripada beras dan
semua jari tangan dan kaki akan dipacari (inai).7
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
8/28
Pada hari majlis perkahwinan diadakan jamuan makan kepada semua yang hadir
dan yang dating pula akan membawa buah tangan untuk diberi kepada pihak
pengantin. Mandi pengantin dilakukan dengan beradat sambil diiringi dengan
pukulan gulintangan dan rempana. Seperti juga dengan tradisi masyarakat Melayu,
pengantin lelaki yang akan bertandang ke rumah pengantin perempuan akan diiringi
oleh kumpulan rempana(kompang) dambil membawa bunga manggar. Pengantin
lelaki ini akan ditunda (dipimpin) dengan menggunakan saputangan oleh seorang
imam atau orang yang dianggap layak memimpinnya. Majlis bertimbang
( bersanding) dilakukan dari atas pelamin sehinggalah ke luar rumah supaya yang
hadir dapat menyaksikan kedua-dua pengantin tersebut. Pada malam itu pula
pasangan pengantin ini dilarang tidur kerana dipercayai sesiapa yang tidur akan mati
cepat. Selain itu acara maliwan (Pengantin lelaki akan membawa isteri bersama
rombongan balik ke rumahnya) diadakan selepas tiga atau lima hari majlis
perkahwinan.
Adat Kenduri
Kenduri ialah majlis membaca doa dengan menjemput saudara mara dan jiran
terdekat dan disajikan dengan jamuan makan selepas membaca doa. Kenduri yang
biasanya dilakukan oleh masyarakat Kedayan ialah kenduri doa selamat bagi
menyatakan maksud mensyukuri setelah mendapat sesuatu dan kenduri ini
biasanya dibuat selepas mengatam padi. Begitu juga halnya dengan kenduri
menyambut kelahiran bayi, kenduri gunting rambut bayi, kenduri selepas berkhatan
dan kenduri doa arwah iaitu kenduri mengingati keluarga yang telah meninggal
dunia. Selain itu ada juga sesetengah orang tua yang masih mempercayai kenduri
membaca doa tolak bala kerana rumah dimasuki oleh binatang liar seperti ular dan
biawak.
Adat kelahiran
Biasanya adat kelahiran ini adalah berpandukan kepada hukum dan syariat dalam
Islam. Anak yang baru dilahirkan akan dibangkan (diazankan) oleh bapa atau lelaki
terdekat kepada anak berkenaan). Seterusnya akikah dilaksanakan sebagai perkara8
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
9/28
sunat mengikut Islam bagi anak yang baru dilahirkan itu. Adat bercukur pula
dilakukan apabila anak tersebut telah melangkui usia 1 bulan diadakan secara
beramai-ramai dengan melagau (memanggil) saudara mara dan jiran terdekat .
Adat ini biasanya diadakan bacaan berzanji, merhaban dan berselawat ke atas nabi
sambil anak tersebut dipotong beberapa helai rambut dan ditabur beras kunyit dan
direnjis dengan wangi-wangian. Adat kelambiji (bersunat) juga masih dilakukan
sehingga ke hari ini. Majlis ini biasanya dilakukan selepas anak lelaki tersebut
berkhatan. Majlis yang dilakukan sama seperti majlis cukur rambut.
Adat Kematian
Apabila seseorang itu telah menginggal dunia, beberapa kepercayaan dan telah
menjadi amalan sunnah yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tuntutan fardu
kifayah. Ianya dilakukan adalah bagi mendoakan si mati semoga roh simati diampuni
dosa dan sejahtera. Sebagai memenuhi tuntutan agama masyarakat Kedayan akan
mengadakan majlis ini dengan menjemput saudara mara dan jiran untuk
mengadakan sembahyang di rumah si mati selama tujuh hari berturut-turut. Selepas
itu diadakan kenduri tiga hari diikuti Makan Tujuh hari (kenduri hari ke tujuh) dan
kenduri makan empat puluh hari. Kenduri Jumat-jumatan (setiap malam Jumaat)
juga diadakan sehingga empat puluh hari tadi. Ini diikuti dengan kenduri haul (ulang
tahun kematian) yang akan diadakan pada setiap tahun bagi mengenang
kemangkatan si mati.
Kenduri arwah juga turut diadakan pada setiap tahun menjelangnya bulan Syaaban
(taqwim Islam) dan biasanya selepas Nisfu Syaaban sebelum menjelangnya Bulan
Ramadhan.
Pendidikan
Masyarakat Kedayan di Sabah menerima pendidikan formal dan pendidikan tidak
formal. Pendidikan tidak formal dipelajari oleh kanak-kanak melalui keluarga atau
masyarakat yang bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan.
Pada peringkat ini kanak-kanak telah diajar cara-cara seperti memancing, memanja,9
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
10/28
berburu, bertukang, menyumpit,bersawah, dan berternak. Pendidikan ini bermula
dengan mengajar kanak-kanak mempelajari kemahiran ini bagi membolehkan
mereka berdikari apabila dewasa kelak.
Atas kesedaran mengenai dengan kepentingan pendidikan bagi anak-anak,
masyarakat Kedayan juga tidak ketinggalan bagi memberikan pendidikan yang tinggi
kepada anak-anak mereka. Anak-anak telah dihantar ke sekolah bagi menimba ilmu
pengetahuan yang amat berguna suatu masa kelas di samping dapat mengubah
kehidupan mereka sebelum ini yang hanya mengharapkan kepada bercucuk tanam
sahaja.
Pendidikan secara formal pula amat terhad dan hanya tertumpu pada pendidikan
agama Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi yang diadakan di surau,
pondok, serta rumah guru agama. Begitupun pendidikan sekular tidak diabaikan dan
menjadikan pendidikan ini sebagai wajib kepada anak-anak masyarakat Kedayan
bagi menghadapi masa depan. Anak-anak masyarakat Kedayan mendapat
pendidikan asas ini dengan belajar secara formal di sekolah-sekolah kerajaan dan
swasta. Pada peringkat umur 3 hingga 6 tahun anak-anak ini telah menduduki
sekolah di Taman Didikan Kanak-kanak ( TADIKA), Taman Bimbingan Kanak-kanak
(TABIKA), Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan di sekolah-sekolah swasta.
Pada peringkat 7 hingga 12 tahun anak-anak masyarakat Kedayan menerima
pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan dan sehinggalah ke sekolah menengah
(13 hingga 17) tahun. Selain itu juga pendidikan masyarakat ini juga telah mendapat
pendidikan sehingga mencapai ke peringkat ijazah.dengan mengikuti program
pensiswazahan di universiti-universiti tempatan dan luar negara.
Kepercayaan dan agama
Masyarakat etnik di Sabah pada peringkat awal adalahpagan dan mengamalkan
kepercayaan animisme. Setiap etnik mempunyai nilai hidup yang berbeza antara
satu sama lain. Pengaruh agama Islam pada abad ke-16 secara beransur-ansur
telah membawa perubahan dalam kehidupan mereka dan nilai-nilai Islam telah
diamalkan terutamanya di kalangan etnik Bajau dan Melayu-Brunei. Begitu juga bagi
10
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
11/28
etnik Kedayan, Islam merupakan agama yang telah dianuti sejak turun-temurun.
Kepercayaan dan pantang larang masyarakat Kedayan tidak banyak bezanya
seperti masyarakat Melayu di Semenanjung dan di Sarawak.Begitu juga
seperti masyarakat Islam yang lain, kaum Kedayan juga menyambut hari raya
Aidilfitri, hari raya Aidil adha, Maulud nabi s.a.w, Nisfu Syaaban dan Awal Muharram.
Ilmu batin orang Kedayan
Dalam kajian ini juga saya sempat merujuk kepada orang yang tahu tentang ilmu
kebatinan orang Kadayan bahawa sebahagian dari ilmu kebatinan kaum ini adalah
terpesong dari akidah kita sebagai umat Islam, terutama sekali yang menggunakan
mentera. Begitupun dalam kajian ini , ada juga terdapat ilmu kebatinan suku kaum
Kadayan yang menggunakan ayat-ayat suci al-quran dan berlandaskan sepenuhnya
kepada tatacara dan peradaban Islam, terutamanya dibidang perubatan tradisional.
Pada ketika dahulu ilmu kebatinan ini biasanya digunakan untuk mencuba sesuatu
kepada perkara atau perbuatan orang. Pada masa dahulu orang-orang tua
batupa(berlawan;bersaing) ilmu batin ini, yang menunjukkan siapa yang lebih tinggi
ilmunya. Antaranya ilmu kebatinan yang digunakan apabila adanya majlis
perkahwinan atau keramaian, ada di antaranya yang mencubu ilmu batin dalam
masakan yang dimasak dalam majlis tersebut. Apa yang berlaku apabila mereka
memasak sesuatu makanan(seperti daging) itu tidak akan masak walaupun telah
dimasak sehingga berjam-jam lamanya. Bahkan apabila menanak nasi dalam kawah
juga tidak akan masak walaupun telah berbau hangit tetapi di atasnya masih juga
beras.
Lain pula halnya dengan senapang tidak meletup apabila dipetik bucunya. Ini juga
pernah berlaku pada ketika majlis perkahwinan, pengantin lelaki yang datang ke
rumah pengantin perempuan akan disambut dengan letupan seperti mercun dan
tembakan senapang. Ada di antaranya orang tua yang mempunyai ilmu batin in
mencuba ilmu batin mereka sehingga senapang itu tidak meletup atau berbunyi
walaupun berulang kali di petik.
11
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
12/28
Selain itu ada juga ilmu batin orang Kedayan ini yang pandai bermain api yang boleh
terbang pada waktu malam. Pada orang tua-tua jika ternampak api di atas pokok
durian atau di udara, janganlah kita lihat atau tegur kerana ianya boleh membawa
musibah kepada yang melawannya.
Ilmu Pantak6[6] merupakan salah satu ilmu ghaib yang masih diamalkan dalam
masyarakat Kedayan. Ianya lebih kepada ilmu yang menyebabkan seseorang itu
akan sakit dan mungkin juga menemui ajal jika terkena ilmu pantak ini. Suatu ketika
dahulu ilmu ini diamalkan oleh orang tua-tua dan ianya telah semakin pudar kerana
pengamal ilmu ini telah meninggal dunia dan ianya bertentangan dengan ajaran
Islam.
Ilmu Pugai sememangnya telah terkenal sejak zaman dahulu dalam masrayakat
Kedayan. Biasanya ilmu ini seperti juga ilmu pukau yang menyebabkan seseorang
anak dara itu terpikat kepada seorang lelaki yang memugainya. berkeinginan untuk
memperisterikannya.
Tapi oang Kadayan jangan dicabar pasal mahunja pasangan. Ada oang Kadayan
yang pandai MUGAI. Aku nie tadangaa caita jua nganya, sama ada banaa atu inda,
inda taku tahu, tapi PUGAI dikalangan masyarakat Kadayan mimang ujud. Sakuat-
kuat PUGAI, caita oang patuhaan mulanya ialah bila bisia dapat MUGAI batu
pangilingan lada bananang atas aing. Sandi tu PUGAI Kadayan. Bilakan dikia-kia,
batu pangilingan lada atu baat, apa jua olahnya bananang kian. Amun batu
pangilingan lada dapat bananang atas aing, apa lagi jalama. Sandi, sandi. Ani kan
caita jua nganya. Aku inda ku balajaa ilmu PUGAI.7[7]
Selain itu terdapat juga kepercayaan tentang burung yang membawa pelbagai
khabar yang tidak baik akan berlakunya sesuatu yang buruk di komuniti tersebut
masih lagi dipercayai.
Kalau nya kadayan di Brunei Darussalam burung Bugang anitah yang suka
6
7
12
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
13/28
membawa khabar inda baik bila ia berbunyi siring rumah diwaktu malam. Kunonnya
ada adatah orang kan Nuhon atau sakit kuat sebagai tanda tanda orang hampir
siring rumah kan Nuhon. Kepercayaan ini masih dipercayai oleh orang tuha tuha
kitani di Brunei Darussalam yang lahir sebelum tahun 70an.Tetapi generasi muda
kitani inda ingau lagi pasal bunyian bunyian burung burung membawa khabar ani.
Kerana agama kitani Islam sudah kuat berkembang.
Begitu jua ceritanya dengan burung Tuit-tuit bila berbunyi dan lacus lacus terabang
barang kepala. Apalagi bila masa menyiut Mengkutut/Bangkutut (udang air tawar)
lakas lakastah mulih ketungkalan takut ada yang kan Nuhon dikampung. Bugang jua
mun ia hinggap di Bubung rumah masyarakat kitani dahulu lakas lakas makan doa
selamat tolak bala ditakuti mati serumah. Begitulah sedikit ceritanya ditempat kami
di Negara Brunei Darussalam yang ada masih mempercayainya.8[8]
Kepercayaan lain pula, masyarakat Kedayaan juga percaya sebelum bertolak
meninggalkan rumah untuk pergi ke suatu tempat yang jauh. Jika sekiranya ada
kucing melintas di hadapan atau kedengaran bunyi burung gagak sebelum kita
berangkat, hendaklah kiuta membatalkan pemergian tersebut kerana bimbang akan
berlakunya sesuatu yang tidak baik ke atas kita atau keluarga kita. Petanda ini
masih lagi dipercayai oleh masyarakat di kampung sehingga hari ini.
Masakan dan kuih tradisional
Dari sudut makanan pula,tradisi berzaman masyarakat Kedayan ialah masakan
Daging Rebus Kedayan, Ayam masak Kedayan, Pais ikan, Salai Berubut, Sambal
Tahai, Tarap muda masak lemak, Nasi Kebuli, dan banyak lagi. Masakan-masakan
ini merupakan masakan asli dan agak berbeza daripada masakan masyarakat
Melayu yang lain walaupun ianya menggunakan bahan dan resepi yang hampir
serupa. Selain itu terdapat juga masakan dari tumbuhan hutan yang dimasak seperti
humbut hanibung (umbut nibung) atau humbut piasau(kelapa) yang disapak (digaul)
dengan ikan masin begitu menyelerakan semasa makan tangah hari.Begitu juga
halnya dengan kuih-kuih tradisional orang Kedayan lebih popular dengan bingka
dadak kubal chacha, gatas, wajik, kuripit ubi kayu, kelupis, pinyaram, kuih cincin,
8
13
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
14/28
bahaulu, sasagun, dan jelurut.
durian, tarap
Kesenian.
Masyarakat Sabah sememangnya terkenal sebagai salah satu etnik yang kaya
dengan seni budaya yang tersendiri. Antara seni budaya masyarakat Kedayan
Sabah ialah tarian, muzik, kraf tangan, anyaman, pertahanan diri, pertukangan,
ukiran, dan binaan.
Anding ialah satu-satunya tarian tradisi kaum Kedayan yang sehingga kini masih lagi
diwarisi dan dipersembahkan. Tidak mempunyai makna khusus pada perkataan
anding, namun tarian ini agak popular dalam era 50-an. Dua Kampung yang terkenal
dan masih lagi mewarisi tarian Anding ini ialah Kampung Ulu Sipitang dan Kampung
Luagan di daerah Sipitang. Beberapa tahun lepas tarian ini telah diangkat semula
untuk diketengahkan bagi generasi muda mempelajarinya melalui Persatuan
Kedayan Sabah.
Bagi irama lagu, kaum Kedayan ini juga mempunyai lagu-lagu tersendiri yang
dinyanyikan oleh penyanyi kaum Kedayan dengan menggunakan bahasa Kedayan
seperti Baju Kabaya, Baju Kuung, Cam Cambi, Daun Sadaman, Hujan Baai-Baai,
dan Papan Manjungkat9[9]. Selain itu juga masyarakat Kedayan ini terkenal dengan
nyanyian lagu nasyid, bergambus, tarian zapin dan joget.
Gambus merupakan antara alat muzik tradisional yang kian popular di kalangan
suku kaum Kedayan. Pada kebiasaanya gambus ini dimainkan semasa majlis
keramaian seperti perkahwinan dan juga menyambut tetamu yang terhormat.
Bahan untuk membuat gambus biasanya pembuat gambus akan memilih dan
mengambil kayu yang sesuai seperti kayu Santul, kayu Bulayon, dan kayu
Limpadok (Bahasa Kedayan) . Jenis kayu ini sangat sesuai dan ia sudah teruji
sebagai kayu yang sangat sesuai untuk membuat gambus.
9
14
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
15/28
Cerita gambus ini dipercayai berasal daripada sepasang suami isteri, di mana
kedua-dua pasangan ini tidak sehaluan kerana dipaksa berkahwin, terutama si
suami. Bagi si isteri pula amat sayang dengan suaminya sehingga di mana saja
suaminya pergi si isteri ikut sama. Dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh si
isteri terhadap suaminya, setiap kali tidur si isteri memeluk suaminya kerana takut
ditinggalkan. Bagaimanapun perbuatan si isteri itu hanya sia-sia sahaja, kerana
apabila si isteri sedar dari tidur keesokan paginya dia bukan pula memeluk
suaminya, tetapi memeluk sebatang kayu.
Oleh kerana cinta kasihnya terhadap suaminya, maka si isteri telah mengukir kayu
tersebut serupa bentuk badan suaminya dan telah dinamakan gambus. Ekoran dari
itu, gambus hingga kini menjadi kebanggan dan muzik yang popular, khususnya di
kalangan suku kaum Kedayan di Kampung Lingkungan Weston, Beaufort, Sabah.10
[10]
Masyarakat Kedayan ini mempunyai banyak permainan tradisi seperti bermain kuhit
iaitu sejenis permainan menggunakan tempurung kelapa yang ditebuk ditengah-
tengah dan dimainkan secara menggolek dengan menggunakan dua belah kaki.
Permainan ayng lebih popular pula ialah permainan gasing. Permainan ini menjadi
permainan tradisi yang dimainkan secara rasmi pada setiap tahun di Sipitang
Sabah.
Kraftangan yang lain ialah pembuatan kikik(layang-layang) , bagalau
Hasil pertukangan kayu orang Kedayan ialah keupayaan mereka membuat gubang
(sejenis sampan), perahu nelayan, alat membajak sawah dan banyak lagi ukiran
kayu yang kreatif. Kraftangan kayu yang lain terdapat juga berberapa hasil
rekabentuk seperti rempana (rebana;kompang), dan baduk. Selain itu juga terdapat
beberapa hasil ukiran tangan pada barang-barang kemas dan tembaga. Begitu juga
dengan ukiran pada senjata seperti keris yang mempunyai daya kreativiti asli
masyarakat Kedayan.
Kraftangan lain yang juga dihasilkan oleh masyarakat ini ialah seperti anyaman
10
15
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
16/28
peralatan kegunaan dapur seperti membuat nyiru dan ayagan (alat untuk
mengayak beras dan padi), bubu dan siyut(alat dibuat daripada buluh untuk
menangkap ikan), belatak dan talaya.
Bentuk binaan rumah kaum Kedayan dipengaruhi oleh masyarakat Melayu Brunei
dan kebudayaan setempat. Biasanya rumah masyarakat ini berkonsepkan rumah
balah bubung(belah bumbung). Ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pantaran
(luar rumah), langgar (ruang tamu) dan dapur. Begitu pun rumah Kedayan
tradisional begitu ringkas, bertiangkan kayu yang ala kadar besarnya, berlantaikan
buluh, beratapkan daun nipah, untuk mencantum dari tiang ke atap, tiada sebilah
paku yang digunakan, semuanya menggunakan lilitan dan ikatan rotan mahupun
akar. Antara jenis ikatan yang digunakan ialah ikatan angit, ikatan tindih, ikatan
tapak pelanduk dan ikatan genggam ambuk.
Nama-nama lantai dan rangka rumah hingga ke atap antaranya; sangka(r) tiang
belakang, sangka(r) tap balaai, suga-suga, kasau, tetaban, penyucuk, gelagaa(r)
laas, bumbung dan atap.
Bagi kebanyakan alat muzik masyarakat bumiputera Sabah pula diperbuat daripada
buluh. Terdapat pelbagai jenis alat muzik yang dicipta.Penciptaan alat muzik ini
menunjukkan masyarakat Sabah mempunyai kemahiran dan keunikannya yang
tersendiri.
Bagi masyarakat Kedayan, Kulintangan Kayu Sadaman ialah sejenis alat muzik
tradisional yang paling popular. Biasanya kulintangan ini dimainkan oleh tiga atau
empat orang pemain, dan dimainkan semasa majlis perkahwinan, menyambut
tetamu, dan juga majlis keramaian suku kaum Kedayan. Alat muzik ini pada
keseluruhannya diperbuat sepenuhnya daripada kayu Sadaman.11[11]
Dari sudut pertahanan diri, kaum Kedayan juga turut mewarisi seni persilatan.
Pakaian tradisi Kedayan
11
16
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
17/28
Walaupun pengaruh Melayu-Brunei begitu sinonim dalam kehidupan masyarakat
Kedayan namun begitu Kedayan ini juga mempunyai warisan pakaian tradisi mereka
iaitu Baju Butang Tipai bagi kaum lelaki dan juga Baju Bersuja Berkubamban untuk
perempuan.
Bahasa
Etnik di Sabah menggunakan lebih daripada 50 bahasa, yang dituturkan sekurang-
kurang lebih daripada 80 dialek12[12].Bahasa Kedayan merupakan satu-satunya
bahasa yang berbeza dari rumpun bangsa Melayu . Perbezaan yang ketara yang
terdapat pada bahasa Kedayan dengan bahasa Melayu ini ialah dari segi bilangan
huruf abjad.Abjad bahasa Kedayan hanya terdiri daripada 18 huruf, iaitu terdapat
hanya 3 huruf vokal iaitu a, i, dan u; manakala hanya 15 hurufkonsonan, iaitu b, c,
d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y.
Bahasa ibunda yang menjadi tradisi kaum ini, vokal o dan e hampir tidak wujud
dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya:
besar = basaa otak = utak
kota = kuta.
Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo
untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa
Melayu yang tidak digunakan dalam bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z(xtidak wujud
dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan rmerupakan
satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan
bahasa Kedayan akan berbunyi seperti berikut:
r = aa; umpamanya besar = basaa
r = ii; pandir =pandii
r = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluu
12
17
http://wapedia.mobi/ms/Abjadhttp://wapedia.mobi/ms/Konsonanhttp://wapedia.mobi/ms/Abjadhttp://wapedia.mobi/ms/Konsonan -
7/23/2019 Penduduk Kedayan
18/28
r = ing
air = aing.
Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkanbahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya,
bahasa Kedayan hanya dapat menggunakan 18 huruf yang tersebut.
Dialek Melayu Kedayan pula dianggap sebagai salah satu dialek atau bahasa
minoriti di negara ini. Hal ini berlaku kerana masyarakat Kedayan akan
menggunakan bahasa Melayu Brunei ketika berkomunikasi. Ini diperkuatkan lagi
apabila puak ini bertembung dengan etnik-etnik atau puak-puak yang lain yangterdapat di negara ini, Dialek Kedayan dalam penggunaan kata sapaannya untuk
berkomunikasi ataupun berinteraksi, dalam setiap bahasa sememangnya telah
menentukan norma dan juga sistem atau aturan sosial mereka.
Penggunaan sistem sapaan ini merupakan salah satu cara bagi menghormati
seseorang di samping bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan sebagai
menghormati orang ydang disapa Salah satu contoh adalah kata biskita atau kita
(awak) digunakan apabila bertemu dengan seseorang yang lebih tua daripada
penutur. Sapaan kawu (kau) pula biasanya digunakan kepada rakan penutur yang
seusia atau yang lebih muda daripada penutur.
Bahasa Kedayan Bahasa Melayu
Abak-abak berdebar-debar
Abal-abal Meniarap
Agatah Pergi
Aing Air
Ambulong Sagu
18
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
19/28
Ambuyat Makanan daripada sago
Andang Kekal
Ani Ini
Antap terlampau; terlalu
Atu Itu
Awu Ya
Babal Bodoh
Bagas Bekas
Baibun Bergurau
Bajaur Merayau
Bakamih Kencing
Bangas Basi
Bapadah Berkata
Bapanyap Berkemas
Basaa Besar
Batah Lambat
Batis Betis19
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
20/28
Belurih mendapat hasil
Belusir Berlari
Berinut berjalan lambat
Beriya Berak
Betinting berjalan ketinting
Bida Hodoh
Bini -bini perempuan
Bisai cantik ; lawa
Bisdurang Mereka
Bubus Bocor
Damit Kecil
Dandam rindu ; dendam
Dangani Temankan
Gauk Nakal
Gigiran , bibiran Melatah
Giuk Ulat
Gulaian Sayur20
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
21/28
Hambat pukul ; rotan
Hantap
Hindik Tending
Hulun Suruhan
Ikung ekor
Inda Tidak
Jalama Manusia
Kadikamu Kamu
Karau Keras
Kawu kamu ; kau ; awak
Kediaku Aku
Kurapak Cakap
Lacah Lantai basah
Lagat Kotoran degil
Lagau Panggil
Lai kata manja
Lampong Lampu21
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
22/28
Lidut lambat
Luan Selalu
Malamaie Senja; petang
Malimpang Baring
Mengujar Mencari
Miani Begini
Miatu Begitu
Mua Muka
Ngalih Penat
Ngam Betul
Nuun Berjalan ; meninggal dunia
Patuha Datuk
Pabinian Isteri
Palakian Suami
Pulak patah
Salajur terus; sekaligus
Sepanggal Sepotong22
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
23/28
Ucapnya Katanya
Unjar Cari
Keistimewaan dan keunikan Kedayan
Keistimewaan yang lazim tertonjol dalam aspek kebudayaan itu dapat dikesan
menerusi seni budaya rakyat atau folklore. Menurut James Danandjaya (1984:21)
pengertian folklor agak luas, merangkumi folkor lisan, sebahagian lisan dan folklor
bukan lisan. Dengan demikian, kepelbagaian folklor Sabah banyak dipengaruhi oleh
petempatan penduduk disebabkan landskap geografi Sabah yang bergunung
ganang dan dikelilingi laut mewujudkan masyarakat yang heterogen, bervariasi
bukan sahaja daripada aspek fizikal malah turut diperlihatkan perbezaan daripada
aspek pancaran sosiobudayanya.
Sistem sosial masyarakat Kedayan merupakan antara keisitimewaan kaum ini
dengan wujudnya sikap saling batulong-tulongan (bekerjasama) atau mamucang
(bekerjasama melakukan suatu perkara). Perkara-perkara yang dialkukan secara
mamucang ialah membina rumah, membina masjid atau surau, balai raya, sekolah
dan membersihkan kawasan kampung.
Apabila mengadakan kenduri, masyarakat ini biasanya mengamalkan budaya
kekitaan dengan menjemput jiran dan saudara mara untuk sama-sama
memeriahkan majlis tersebut. Begitu juga apabila berlaku sebarang
kesusahansaudara dan jiran tetangga akan dapat untuk memberi pertolongan.
Keunikan kaum Kedayan ini juga bersifat pemurah dan suka bersedekah.
Kedayan baaniaga macamani. Bajual tia pakis, kana bali sainggit, disadakahinya
saikat labih. Dangan mbali buah di kabunnya, disuuhnya makan puas puas, mbali
sepalastik nganya. Babuu tia ka hutan, luih payau dibahigii nya jan oang
kampong13[13].( Orang Kedayan ini berniaga dengan cara begini. Menjual sayur
pakis seikat seringgit. apabila dibeli dia memberi pula sedekah seikat kepada
13
23
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
24/28
pembeli. Apabila ada orang membeli buah-buahan di dusunnya, pembeli itu
disuruhnya makan puas-puas, walhal pembeli hanya membeli seplastik buah. Begitu
juga apabila dia pergi ke hutan mendapat seekor rusa, seluruh masyarakat kampung
tersebut akan diberi dan merasa daging rusa tersebut).
Keistimewaan lain yang menjadi tradisi masyarakat ini juga ialah dalam permainan
gasing. Bagi masyarakat Kedayan di Sabah, gasing merupakan permainan tradisi
yang diwarisi sejak zaman dahulu.
Gasing satu permainan rakyat cukup sinonim dengan Daerah Sipitang. Persatuan
Gasing Sipitang adalah persatuan terawal ditubuhkan di Sabah dan satu-satunya
persatuan berdaftar yang wujud di negeri ini sehingga kini. Ahli Persatuan Gasing
Sipitang telah memenangi beberapa kejohanan gasing jemputan dan peringkat
kebangsaan.14[14]
Permainan tradisi gasing kedayan adalah terbahagi kepada dua, iaitu peringkat
baatas (baaja - individu) dan baumbuk (berpasukan, bergu). Gasing dimainkan dan
tergolong sebagai permainan set; tetapi tidak melibatkan body
contact antara pasukan pemain.Suatu pasukan di dalam permainan gasing tradisi
Kedayan dipanggil umbuk. Tiada had tertentu untuk setiap umbuk. Adakalanya
saumbuk kumpulan ngayau dan bertahan (tetamu dan tuan rumah) mengandungi 10
orang setiap satunya. Namun, biasanya setiap pasukan adalah mengandungi antara
5 & ndash; 6 orang pemain.
ermainan ini dimulakan dengan proses guau (legai uri). Guau merupakan proses
bertanding gasing siapa yang paling lama, paling tahan berpusing paling
tahan kadaa. Guau Ia merupakan pertandingan madami. Pertama, gasing akan
dipusing menggunakan tali, kemudian disiut dan disimpan di atas cermin demi
menjamin pusingan yang lancar dan bertahan lama tahan kadaa.
Permainan ini memerlukan kemahiran yang tinggi. Pemain akan nanai (menatang)
cermin dan mempastikan pusingan gasing akan berterusan sehingga ke peringkat ia
elintuk akibat daya pusingan semakin habis. Bagi pemain yang mahir, proses ini
14
24
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
25/28
dipanggil liuk. Liuk boleh berpanjangan dan membentuk masa tambahan dari 1
10 minit sebelum gasing langsung berhenti bergerak sepenuhnya.
Selain itu amalan pengubatan berturun telah diwarisi sejak turun temurun oleh
kalangan masyarakat Kedayan adalah berbeza dengan kaum yang lain. Namun
demikian amalan berturun ini tidak lagi digunakan kerana bercanggah dengan
hukum Islam .
Suatu ketika dahulu amalan berturun dijadikan salah satu cara pengubatan untuk
menghalau pelbagai jenis penyakit . Untuk memulakan amalan berturun ini seorang
bomoh akan menggunakan mayang buah kelapa sebagai peralatan wajib semasa
berturun . sementara itu asap kemenyan akan dibakar dan permainan muzik
tradisional akan dimulakan dengan irama gambus rebana dan gulingtangan .
seorang dari anggotapenurunan akan menyanyikan senikata lagu seperti berikut;
ANDING DIDA.... KUDIDA ANDING .....
ANDING DIDA... , MALAI, MALAIKU... SAYANG
MINTA MAAF BISKITA SEMUA....
ANDING DIDA TUMPANG BERMAIAN15[15]
Seterusnya Bomoh tersebut akan terus menghempas -hempaskan secara perlahan
mayang kelapa ke badan pesakit. Ternampak pada aksi Pak Bomoh berada dalam
haus dan dahaga yang akhirnya akan meminum dan malahap makanan dangan
penuh rakus dan kelaparan .
Selain daripada terkenal dengan tarian Anding dan permainan muzik kayu
Sadaman, Kaum Kedayan ini juga sangat cekap menangkap burung. Kecekapan
menangkap burung ini dalam bahasa orang Kedayan disebut dalam dialek mereka
sendiri ialah 'melagau' bermaksud 'memanggil'.
.
Seorang penangkap burung, Shunie Adi, 50 yang berasal dari kampung Sungai
Bubus, kira-kira 6.5 km dari pekan Sipitang, menjelaskan untuk 'melagau' burung dia
perlu membina sebuah rumah kecil yang dinamakan 'bumbun'.
15
25
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
26/28
Bumbun ini diperbuat daripada anak-anak kayu sebanyak tujuh batang yang lurus
dan ditutup dengan daun-daun. Bumbun ini boleh menempatkan satu atau dua
orang di dalam dan jika dilihat dari luar, burung yang di 'lagau' (dipanggil) tidak akan
sedar ada sesiapa di dalam 'bumbun' itu. Di depan, lubang kecil 'bumbun' ini dibuat
satu tapak seperti padang kecil tempat burung-burung punai hinggap. Tapak mini
jaraknya tujuh tapak kaki dari 'bumbun' dan tujuh tapak kaki lebar orang dewasa
yang dibersihkan. Semasa memanggil burung, tapah ini ditabur makanan seperti
padi atau jagung.
.
Satu alat khas yang dipanggil 'dukut' diperbuat daripada bambu nipis yang ukur lilit
bulatannya 4 sm dan 98 sm panjang dan hujungnya disambung dengan buluh nipis
berbentuk seperti alat muzik. Alat ini ditiup dari dalam bumbun yang mengeluarkan
bunyi seperti burung punai tanah iaitu 'poo'. Ia ditiup tujuh kali berselang seli. Bunyi
dukut itu akan menjadi tarikan burung yang ada di sekitarnya.
Sebelum 'melagau' dilakukan, terlebih dahulu 'mantera' dibaca dan beberapa petua
dilakukan sebanyak tujuh kali, mengambil tujuh helai daun kayu yang tumbuh dari
arah depan bumbun bertujuan memanggil semangat burung itu dan tapak di mana
burung itu turun juga ditanam 'benda' yang boleh menarik perhatian burung supaya
datang ke tempat tersebut.Mentera juga digunakan untuk menarik perhatian burung
yang hendak dipikat.
.
Beberapa 'gerakan' seperti memusing-musing dukut sebanyak tujuh kali akan
dilakukan oleh si pemanggil di depan bumbun sebelum melagau. Begitupun jika
silap melagau lain yang akan datang. 'Orang halus' yang menyerupai binatang atau
perempuan yang akan dating.
.
Dalam pada itu, burung-burung yang mendengar bunyi dukut itu akan menjadi jinak
seperti 'dipukau'.Burung itu kemudiannya juga akan ditangkap dengan
menggunakan tangan.
Burung-burung yang telah ditangkap akan diikat leher dan dimasukkan ke dalam
kurungan khas. Selain itu dipercayai juga kekuatan mantera boleh menarik perhatian26
-
7/23/2019 Penduduk Kedayan
27/28
binatang lain seperti pelanduk, kijang ataupayau (rusa).
.
Rujukan
Harian Ekspres, 7 April 2009
http://bruneisabah.org/komuniti_kraftangan.html
Bibliography Amde, S. (Ed.). (2007). The Mystic of Borneo Kadayan. Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia: Borneo Publisher.
Masakan Brunei. (1990). Brunei Darusalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Darusalam.
Nik Safiah, K. (Ed.). (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguirtik Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
16[1] http://eyamkedayan.blogspot.com/2008/05/asal-usul-kedayan.html
17[2] Harrison & Harrison,1970
18[3]En. Low Kok On, BA., MA. (USM)2000, Pensyarah Sastera Rakyat.
19[4] A.R.Maxwell Jr.research for PhD(Yale University) on linguistic of Kadayan in
Brunei
20[5] Amde Sidik ,The Mystic of Borneo Kedayan,Kota Kinabalu: Borneo
Publishers,2007.
21[6]www.kadayanuniverse.com,column about Kadayan
16
17
18
19
20
21
27
http://bruneisabah.org/komuniti_kraftangan.htmlhttp://bruneisabah.org/komuniti_kraftangan.html -
7/23/2019 Penduduk Kedayan
28/28
22[7] /index.html
23[8] http://kadayanuniverse.com/content/view/793/2/
24[9] Ibharim Hj Diman, http://itsurday.blogspot.com/search/label/Kedayan%20Songs
25[10]Encik Satia Janudin, Kampung Lingkungan Weston, Beaufort, Sabah,
26[11] http://www.gatasipitang.gov.my/budayasipitang.htm
27[12] http://donlokns.blogspot.com/2008/09/folkor-sabah_29.html
28[13] Encik Jumat
29[14] http://www.gatasipitang.gov.my/mengenaigata.htm
30[15]Tuan Hj Othman Matussin 89 Tahun
http://beaufort.bdd.org.my/BETURUN,02/11/2008
22
23
24
25
26
27
28
29
30
28
http://simply-kedayan.weebly.com/index.htmlhttp://itsurday.blogspot.com/search/label/Kedayan%20Songshttp://beaufort.bdd.org.my/BETURUNhttp://simply-kedayan.weebly.com/index.htmlhttp://itsurday.blogspot.com/search/label/Kedayan%20Songshttp://beaufort.bdd.org.my/BETURUN