penerapan bioda'i dalam pdp topik 2

2
CADANGAN PENERAPAN BIODA’I DALAM PdP Framework TOPIK 2 Topic / subtopik Bio Da’i Catatan Sel adalah unit asas kehidupan – sangat kecil Organel – struktur yang berfungsi di dalam sel adalah jauh lebih kecil dan hanya mampu dilihat dengan mikroskop electron Fungsi sel berlaku jika organel- organel menjalankan fungsi masing- masing dengan betul dan teratur Walaupun sel sangat kecil tetapi ia mempengaruhi kehidupan. Kalau baik sel kita...maka baiklah tisu, organ , sistem dan seterusnya diri kita. Jagalah kehidupan sel kita dengan memberi makan sel kita dari sumber halalan tayeban ZARAH KECIL DISEBUT DALAM AL-QURAN Al- Quran: Firman Allah SWT bermaksud, Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)“ (Q: al-Zalzalah, 99:7-8) Zarah bermaksud suatu jasad yang sangat kecil. Zarah yang paling kecil biasanya dirujuk kepada debu. Namun dengan kemajuan teknologi, manusia menerokai pelbagai jenis zarah yang lebih kecil termasuk atom, partikel, habuk, debu dan sebagainya. Saiz zarah yang kecil ini adalah sebagai analogi untuk menyatakan Allah SWT sangat menghalusi dan mengambil kira segala amalan yang dilakukan oleh manusia di dunia ini. Allah SWT Maha Berkuasa mencipta sesuatu yang sangat seni, sehingga tidak dapat dilihat oleh mata, begitu juga mencipta cakerawala yang begitu besar hingga tidak dapat dijangkau oleh manusia. Hanya manusia yang meremehkan perkara2 yang dianggap kecil di mata mereka Nyatakan organisma yang paling seni yang pernah ditemui oleh manusia? Sebahagian besar protoplasma adalah air Medium di dalam dan diluar sel adalah air AIR ADALAH KOMPONEN UTAMA DALAM ORGANISMA Al-Quran: Firman Allah SWT bermaksud, “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu Organisma tidak boleh hidup tanpa air. Seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas, Allah SWT telah mencipta segala sesuatu yang hidup dari air. Ini adalah sebab bahawa penerokaan angkasa ke planet Marikh misalnya, telah membuat pengesanan air sebagai pelopor kepada kewujudan hidupan lain

Upload: norhafizah-bachok

Post on 11-Jul-2016

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penerapan Bioda'i Dalam PdP Topik 2

CADANGAN PENERAPAN BIODA’I DALAM PdPFramework TOPIK 2

Topic / subtopik Bio Da’i Catatan Sel adalah unit asas

kehidupan – sangat kecil

Organel – struktur yang berfungsi di dalam sel adalah jauh lebih kecil dan hanya mampu dilihat dengan mikroskop electron

Fungsi sel berlaku jika organel-organel menjalankan fungsi masing-masing dengan betul dan teratur

Walaupun sel sangat kecil tetapi ia mempengaruhi kehidupan. Kalau baik sel kita...maka baiklah tisu, organ , sistem dan seterusnya diri kita. Jagalah kehidupan sel kita dengan memberi makan sel kita dari sumber “halalan tayeban”

ZARAH KECIL DISEBUT DALAM AL-QURANAl- Quran:

Firman Allah SWT bermaksud, “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)“ (Q: al-Zalzalah, 99:7-8)

Zarah bermaksud suatu jasad yang sangat kecil. Zarah yang paling kecil biasanya dirujuk kepada debu. Namun dengan kemajuan teknologi, manusia menerokai pelbagai jenis zarah yang lebih kecil termasuk atom, partikel, habuk, debu dan sebagainya.

Saiz zarah yang kecil ini adalah sebagai analogi untuk menyatakan Allah SWT sangat menghalusi dan mengambil kira segala amalan yang dilakukan oleh manusia di dunia ini.

Allah SWT Maha Berkuasa mencipta sesuatu yang sangat seni, sehingga tidak dapat dilihat oleh mata, begitu juga mencipta cakerawala yang begitu besar hingga tidak dapat dijangkau oleh manusia.

Hanya manusia yang meremehkan perkara2 yang dianggap kecil di mata mereka

Nyatakan organisma yang paling seni yang pernah ditemui oleh manusia?

Sebahagian besar protoplasma adalah air

Medium di dalam dan diluar sel adalah air

AIR ADALAH KOMPONEN UTAMA DALAM ORGANISMA

Al-Quran: Firman Allah SWT bermaksud,

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Q. al-Anbiya’, 21:30)

Organisma tidak boleh hidup tanpa air. Seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas, Allah SWT telah mencipta segala sesuatu yang hidup dari air. Ini adalah sebab bahawa penerokaan angkasa ke planet Marikh misalnya, telah membuat pengesanan air sebagai pelopor kepada kewujudan hidupan lain

Page 2: Penerapan Bioda'i Dalam PdP Topik 2