pengenalan i think

8
Program i-Think (Innovative Thinking) Program i-Think (Pemikiran Inovatif) merupakan satu program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Dalam usaha ini, Peta Pemikiran diperkenalkan sebagai salah satu alat berfikir yang dapat meningkatkan aras pemikiran murid. Program i-Think mengandungi lapan Peta Pemikiran. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajum atau unit pelajaran. Guru dan murid perlu menyesuaikan Peta Pemikiran dengan tajuk pembelajaran yang merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. 8 Peta Pemikiran: 1. Peta Bulatan (Circle Map) 2. Peta Buih (Bubble Map) 3. Peta Buih Berganda (Double Bubble Map) 4. Peta Pokok (Tree Map) 5. Peta Dakap (Brace Map) 6. Peta Alir (Flow Map) 7. Peta Pelbagai Alir (Multi-Flow Map) 8. Peta Titi (Bridge Map) 1

Upload: manisah-omar

Post on 09-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

peta minda

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan i Think

Program i-Think (Innovative Thinking)

Program i-Think (Pemikiran Inovatif) merupakan satu program yang bertujuan mempertingkat

dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid

berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Dalam usaha ini, Peta Pemikiran diperkenalkan

sebagai salah satu alat berfikir yang dapat meningkatkan aras pemikiran murid.

Program i-Think mengandungi lapan Peta Pemikiran. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses

pemikiran yang disesuaikan mengikut tajum atau unit pelajaran. Guru dan murid perlu

menyesuaikan Peta Pemikiran dengan tajuk pembelajaran yang merupakan sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

8 Peta Pemikiran:

1. Peta Bulatan (Circle Map)

2. Peta Buih (Bubble Map)

3. Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)

4. Peta Pokok (Tree Map)

5. Peta Dakap (Brace Map)

6. Peta Alir (Flow Map)

7. Peta Pelbagai Alir (Multi-Flow Map)

8. Peta Titi (Bridge Map)

1

Page 2: Pengenalan i Think

Bingkai Rujukan (Frame of Reference)

1. Digunakan dalam semua 8 Peta Pemikiran.

2. Dilukis pada bahagian luar Peta Pemikiran setelah semua maklumat di dalamnya sudah

diisi.

3. Bertujuan untuk menyatakan sumber rujuk atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

Contoh: ibu bapa --- bermaksud maklumat yang didapati telah diambil daripada ibu bapa.

2

buku kawan

guruibu bapa

Page 3: Pengenalan i Think

1. Peta Bulatan (Circle Map)

i. Proses pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks.

ii. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan di dalam bulatan kecil di bahagian tengah.

iii. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan topik tersebut

untuk menjana idea (proses sumbangsaran).

iv. Lukiskan bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau

sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

2. Peta Buih (Bubble Map)

i. Proses pemikiran: Menerangkan menggunakan kata sifat atau kata adjektif.

ii. Labelkan topik utama dalam bulatan di bahagian tengah.

iii. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata/frasa adjektif yang

mewakili topik tersebut, sama ada positif atau negatif dan warna yang berbeza boleh

digunakan.

Contoh kata adjektif : cantik, periang, cemburu, malas.

frasa adjektif : bertelinga besar, bersisik tebal.

iv. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lulus.3

Page 4: Pengenalan i Think

3. Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)

i. Proses pemikiran: Membanding beza.

ii. Lukiskan dua bulatan di bahagian tengah untuk menulis dua topik (objek/idea) yang ingin

dibandingkan.

iii. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara dua bulatan utama.

iv. Bagi bulatan yang berada di antara dua topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik

untuk mewakili persamaan.

v. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan yang hanya bersambung dengan satu topik

sahaja.

4. Peta Pokok (Tree Map)

i. Proses pemikiran: Membuat pengelasan/Mengklasifikasikan

ii. Tuliskan topik atau tajuk utama di bahagian atas dan gariskannya.

iii. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.

iv. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.

4

Page 5: Pengenalan i Think

v. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori dan gariskan.

5. Peta Dakap (Brace Map)

i. Proses pemikiran: Hubung Seluruh-Bahagian (sebahagian daripada keseluruhan).

ii. Digunakan untuk mengkaji atau menganalisa objek secara fizikal/maujud.

iii. Tuliskan objek yang ingin dipecahkan dan gariskannya.

iv. Tuliskan bahagaian atau pecahan utama.

v. Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.

vi. Lukiskan ( ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.

6. Peta Alir (Flow Map)

i. Proses pemikiran: Urutan

ii. Tuliskan tajuk (peristiwa/langkah).

iii. Lukiskan segiempat tepat dan isikan dengan langkah-langkah sehingga tamat proses

yang ingin diterangkan.

iv. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.

v. Sembungkan carta aliran bermula dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu).

5

Page 6: Pengenalan i Think

vi. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan petak kecil di bawah langkah utama

berkenaan.

7. Peta Pelbagai Alir (Multi-Flow Map)

i. Proses pemikiran: Sebab dan akibat.

ii. Digunakan untuk menggambarkan analisa sebab dan akibat.

iii. Tuliskan peristiwa yang dikaji di dalam petak di bahagian tengah; sebab-sebab berlakunya

dalam petak di sebelah kiri dan akibat daripada peristiwa tersebut dalam petak di sebelah

kanan peristiwa.

iv. Sambungkan setiap sebab dan akibat dengan anak panah mengarah ke kanan.

8. Peta Titi (Bridge Map)

i. Proses pemikiran: Melihat analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubung).

ii. Tuliskan faktor penghubung (relating factor) di sebelah kiri.

iii. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang berkaitkan.

iv. Semua pasangan berkaitan disambungkan oleh titi ( ).

v. Sentiasa meletakkan ‘as’ yang berserti sama seperti pada peta titi.

Contoh:

6

Page 7: Pengenalan i Think

Simpulan bahasa ringan tulang yang bermaksud rajin, sama seperti simbulan bahasa otak cair

yang bermaksud pandai, sama seperti murah hati yang bermaksud tidak kedekut.

7