pengenalan jsu.docx

Upload: perodua1962

Post on 18-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PengenalanMengajar dan menguji merupakan suatu lumrah di dalam kerjaya seorang guru. Setiap yang diajari, akan diuji bagi melihat sejauh mana keberkesanan teknik pengajaran, dan sejauh mana murid-murid mampu memahami pengajaran beliau. Sebagai seorang guru bahasa, penguasaan kita bukanlah sekadar kepada kemahiran bahasa semata-mata, namun merangkumi juga kehebatan kita dalam teknik menguji dan menilai kemahiran tersebut.Bagi menguji ataupun mengadakan sesebuah ujian, seorang guru perlulah mempunyai satu taburan bentuk soalan yang dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), ataupun dahulunya dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU). Membina soalan bukanlah suatu pekerjaan yang sewenang-wenangnya. Guru haruslah mematuhi prinsip-prinsip utama dalam membina JSU. Hal ini bagi memastikan keberkesanan dan kesahan sesuatu soalan tersebut. Justeru itu, sebelum mereka sesuatu soalan, konsep dan prinsip dalam membina JSU haruslah diketahui dan dikuasai dengan sebaik mungkin.

Definisi dan Konsep JSUJadual Penentuan Ujian (JPU) atau pun lebih dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan satu blue print yang mengandungi ujian tentang topik-topik pelajaran dan perlu dibina setelah guru dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Ujian yang dibina boleh berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain manakala pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.JSU membantu guru mengenal pasti kandungan pelajaran yang diajar di dalam kelas malahan turut membantu guru mengenal pasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom.Jadual ini terdiri daripada matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang). Bilangan item yang dibina perlulah mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran serta kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.Beberapa elemen yang penting perlulah diketahui oleh seorang guru sebelum membina JSU. Anataranya ialah:i. Keseimbangan sasaran ujian;ii. Keseimbangan tahap pembelajaran;iii. Format ujian;iv. Bilangan item ujian bagi seiap sasaran tahap pembelajaran; dan v. Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangka kerja.

Di dalam JSU perlulah terdiri daripada maklumat-maklumat seperti:i. Bentuk dan panjangnya ujian;ii. Kandungan topik-topik;iii. Aras kemahiran;iv. Peruntukan peratusan item/soalan;v. Bilangan soalan; dan aras kesukaran

Prinsip-prinsip Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)Sebelum memulakan ataupun merancang sesuatu ujian, guru haruslah menyediakan satu JSU yang tepat sebagai panduan bagi menggubal soalan. Pembinaan JSU merupakan suatu kondisi yang kritikal sebelum membina sesebuah ujian. Ketepatan JSU menjamin keputusan yang cemerlang dan ketepatan dalam mengukur keberkesanan p&p, dan sebaliknya. Oleh yang demikian, JSU dilengkapi dengan enam prinsip yang menjadi panduan tetap dalam membina JSU yang tepat.Berikut ialah JSU mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Kandungan Ujian berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan meliputi Kemahiran Meliputi aras kemahiran yang diuji (selalunya menggunakan Taksonomi Bloom) Wajaran Peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk Bentuk Ujian Berbentuk esei, objektif, amali, lisan, kerja kursus san sebagainya Bilangan Item Mengikut bentuk, aras kemahiran dan kandungan mata pelajaran Aras Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% hingga 80%

Berikut ialah langkah-langkah yang perlu ketika membina JSU

Langkah-Langkah Membina JSU1.Langkah Pertama Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

2. Langkah Kedua Tentukan soalan yang hendak dibina Objektif Jumlah soalan bagi setiap topik.

3. Langkah Ketiga Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

4. Langkah Keempat Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll).

5. Langkah Kelima Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen. Menentukan aras kesukaran soalan Penetapan markah

6. Langkah Keenam Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk