pengenalan pa

6
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulu) di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi dan kematian bermaksud perihal mati. Terdapat pelbagai adat kematian yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita. Setiap adat yang diamalkan mempunyai maksudnya yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat kematian masyarakat India. See more at: http://ekamus.dbp.gov.my/Search.aspx? spec=false&type=1&cari=adat#sthash.IzS3QLkV.dpuf Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak dipasang dinyalakan. Serbuk suci atau thiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Duit syiling diletakkan di atas dahi. Lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan

Upload: benson

Post on 22-Dec-2015

7 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pengenalan Pa

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan PA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan

turun-temurun (sejak dahulu) di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan

peraturan yg harus dipatuhi dan kematian bermaksud perihal mati. Terdapat pelbagai adat

kematian yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita. Setiap adat yang diamalkan

mempunyai maksudnya yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat kematian

masyarakat India.

See more at: http://ekamus.dbp.gov.my/Search.aspx?

spec=false&type=1&cari=adat#sthash.IzS3QLkV.dpuf

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala

mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak dipasang dinyalakan. Serbuk

suci atau thiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Kaki dan tangan mayat

perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada.

Duit syiling diletakkan di atas dahi. Lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Lagu-

lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan

sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau

halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja

boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau

sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan

menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula

akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum

dimandikan dan minyak digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir.

Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat.

Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan

tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah

berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi

mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan

diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.

Page 2: Pengenalan PA

Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur

barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat

akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang

dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras

yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum

dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang

diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum

perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan

pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si

mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neipantham.

Nei bermaksud minyak sapi dan pantham adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan

dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan

dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam

sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang

terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan

ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna

adudaiya shivanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah

direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam

sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan. 

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat

dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada

periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung

melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang

yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki

mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut

yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan

rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng,

biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-

bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri. 

Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. Lampu minyak dinyalakan

dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi

untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri

Page 3: Pengenalan PA

daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli

keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa

dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga

dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air

yang berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah

upacara pengkebumi. Bagi mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk

melakukan upacara kollic catti. Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam

dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya

upacara kollic catti.

Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Air mawar

terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu

bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan

ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan

disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di

kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain

kuning dan dilepaskan ke laut.

Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya sesebuah

kematian. Tempoh mula berkabung sama ada lapan atau enam belas hari selepas kematian.

sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai

akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional

termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan

kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan

kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan

lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan

meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci

dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu.

Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaari iaitu hari

bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias

dengan cantik dan seorang sami dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat

dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian

batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan

batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang

sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap

Page 4: Pengenalan PA

kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama

dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua

belas malam dan yang ketiga pada awal pagi.

Hari berikutnya sami tersebut mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda.

Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam

keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, sami tersebut akan dibayar

dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini,

berakhirlah upacara karumaari.

http://www.slideshare.net/tlc1025/adat-tradisional-masyarakat-di-malaysia