pengesyoran klon lgm 2013 - lgm.gov.my klon lgm 2013 - website.pdf · pokok penanti yang diunjurkan...

26
1 PENGESYORAN KLON LGM 2013

Upload: lamlien

Post on 12-Aug-2019

249 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

1

PENGESYORAN KLON LGM 2013

Page 2: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

2

Pengenalan

Pengesyoran Klon LGM 2013 adalah pengesyoran daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM)

kepada pengusaha getah nasional berhubung klon getah terkini yang terbukti prestasinya di

kawasan percubaan lapangan. Pengesyoran ini disediakan selepas penilaian di lapangan,

perbincangan dengan pakar-pakar dari pelbagai bidang getah dan akhirnya dialog bersama wakil-

wakil industri getah. Adalah diharapkan melalui pengesyoran ini sasaran produktiviti getah

negara iaitu 2,000 kg/ha/tahun dapat dicapai menjelang 2020.

Definisi

Kumpulan 1 terdiri daripada klon-klon dengan data hasil sekurang-kurangnya lima tahun pada

panel BO-1 dengan purata hasil minimum 1,500 kg/ha/tahun yang diperoleh dari Percubaan Klon

Skala Besar di pelbagai persekitran. Klon-klon dalam Kumpulan 1 juga mempunyai ciri-ciri

sekunder yang diingini iaitu kulit asal yang tebal, boleh dibuka toreh pada lima tahun

penanaman, kecederaan akibat kerosakan angin yang rendah, rintang terhadap kekeringan kulit

dan rintang terhadap penyakit-penyakit daun yang utama.

Kumpulan 2 terdiri daripada klon-klon baharu yang berpotensi dengan purata hasil minimum

1,800 kg/ha/tahun berdasarkan data hasil tiga tahun pertama di Percubaan Klon Skala Besar di

pelbagai persekitaran.

Anak benih adalah bahan tanaman yang ditanam daripada biji benih yang diperolehi dari kebun

biji benih.

Pokok Penanti adalah anak benih getah yang digunakan untuk penggandaan klon melalui

cantuman mata tunas.

Page 3: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

3

PENGESYORAN KLON LGM 2013

Pada dasarnya, klon-klon dikelaskan kepada dua kumpulan.

Kumpulan 1

Klon-klon Kumpulan 1 disyorkan untuk penanaman secara komersil di estet dan kebun kecil

tanpa sekatan ke atas keluasan tanaman dan bilangan klon. Kumpulan 1 terdiri daripada lima

klon dengan purata hasil minimum 1,500 kg/ha/tahun dan isipadu batang minimum 0.3

m3/pokok. Kumpulan ini terdiri dari klon:

RRIM 928, RRIM 2001, RRIM 2002, PB 260 dan PB 350

Kumpulan 2

Kumpulan 2 terdiri daripada empat klon dengan purata hasil minimum 1,800 kg/ha/tahun dan

isipadu batang minimum 0.3m3/pokok. Oleh kerana maklumat prestasi klon di pelbagai

persekitaran dan ciri-ciri sekunder adalah terhad, penanaman klon ini tidak melebihi 40%

daripada jumlah kawasan tanaman dan penanaman adalah di dalam blok monoklonal. Kumpulan

ini terdiri dari klon:

RRIM 2007, RRIM 2023, RRIM 2024 dan RRIM 3001

Anak benih

Kebun biji benih adalah kawasan yang diasingkan sekurang-kurangnya 1.3 km daripada pokok

getah yang lain yang mana biji benih ini boleh dikutip untuk penanaman. Kini Sime Darby Bhd

mengekalkan satu kebun biji benih iaitu PBIG GG 9. Anak benih ini tidak disyorkan untuk

pekebun kecil kerana hasil dan pertumbuhan yang tidak seragam.

Pokok penanti

Pokok-pokok penanti yang disyorkan dalam “RRIM Planting Recommendations 1992 – 1994”

masih boleh diguna pakai. Pokok-pokok penanti yang disyorkan adalah:

Pokok penanti yang terbukti berprestasi tinggi: PB5/51 dan RRIM 623

Pokok penanti yang terbukti berprestasi tinggi di dalam skala yang terhad berdasarkan ujian

di peringkat awalan: GT 1, RRIM 901, RRIM 712, RRIM 605, PB 217 dan PB 235

Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari

kawasan poliklonal, kawasan percubaan klon dan kebun biji benih.

Page 4: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

4

Klon RRIM 600 tidak disyorkan sebagai pokok penanti kerana masalah genetik kuning. Biji

benih siri RRIM 2000 boleh digunakan sebagai pokok penanti untuk tujuan cantuman. Hanya

anak benih yang sihat digunakan sebagai pokok penanti.

Bahan Tanaman bagi Penghasilan Kayu Getah untuk Penanaman Hutan Getah

Penekanan di dalam bidang pembiakbakaan getah menjurus kepada penghasilan klon dengan

tumbesaran yang cepat bagi menghasilkan klon yang tinggi lateks dan kayu. Klon-klon yang

disyorkan adalah klon-klon yang terdapat dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Lanjutan itu,

RRIM 2025 yang tidak terdapat dalam Kumpulan 1 ataupun Kumpulan 2 boleh ditanam di

ladang hutan getah disebabkan pertumbuhannya yang cergas dan isipadu batang yang tinggi.

CIRI-CIRI KLON

Klon-klon Kumpulan 1

Purata hasil klon Kumpulan 1 dalam gram/pokok/torehan (g/t/t) diberikan dalam Jadua1. Data

adalah berdasarkan hasil torehan untuk lima tahun pertama dari Percubaan Klon Skala Besar.

Julat purata hasil adalah dari 50.0 g/t/t untuk PB 260 hingga 55.3 g/t/t untuk RRIM 2001 dan PB

350.

JADUAL 1. HASIL PURATA (G/T/T) KLON-KLON KUMPULAN 1

Klon Tahun Torehan

Purata 1 2 3 4 5

RRIM 928 42.9 58.7 58.8 61.6 47.2 53.8

RRIM 2001 45.6 54.0 53.0 57.5 66.5 55.3

RRIM 2002 43.8 53.7 55.0 54.1 65.2 54.4

PB 260* 39.3 47.5 54.8 53.4 54.9 50.0

PB 350* 54.4 54.8 53.5 59.7 54.1 55.3

Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 93. Pokok sehatar: 370.

Data Percubaan Klon Skala Besar

* Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 90. Pokok sehatar: 327.

Data Percubaan Klon Skala Besar

Page 5: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

5

Purata hasil produktiviti kawasan kg/ha/tahun diberikan di Jadual 2. Data adalah berdasarkan

hasil torehan untuk lima tahun pertama dari Percubaan Klon Skala Besar. Julat purata hasil

adalah dari 1,525 kg/ha/tahun untuk PB 350 hingga 1,983 kg/ha/tahun untuk RRIM 2002.

JADUAL 2. HASIL PURATA DALAM KG/HA/TAHUN KLON-KLON KUMPULAN 1

Klon Tahun Torehan

Purata 1 2 3 4 5

RRIM 928 1429 1955 1958 2051 1572 1793

RRIM 2001 1023 1744 1726 1703 2586 1756

RRIM 2002 1249 1974 1986 2004 2701 1983

PB 260* 1119 1470 1886 1773 1776 1605

PB 350* 1269 1537 1562 1545 1712 1525

Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 93. Pokok sehatar: 370.

Data Percubaan Klon Skala Besar

* Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 90. Pokok sehatar: 327.

Data Percubaan Klon Skala Besar

Purata ukur lilitan tahunan dan kadar tambahan ukur lilitan sebelum torehan diberikan dalam

Jadual 3. Ukur lilitan tertinggi selepas enam tahun penanaman ialah 53.4 cm untuk PB 260

manakala ukur lilitan terendah ialah 46.4 cm untuk PB 350. PB 260 mencapai purata ukur lilitan

untuk penorehan pada tahun kelima penanaman manakala klon-klon lain dalam kumpulan ini

mencapai purata ukur lilitan lebih daripada 45.0 cm selepas enam tahun penanaman. Julat kadar

pertambahan ukur lilitan sebelum torehan ialah dari 8.3 cm/tahun untuk PB 350 hingga 11.9

cm/tahun untuk PB 260.

JADUAL 3. PURATA UKUR LILITAN TAHUNAN DAN PERTAMBAHAN UKUR

LILITAN SEBELUM TOREHAN KLON KUMPULAN 1

Klon Tahun Penanaman (cm) Pertambahan Ukur Lilitan (cm/tahun)

2 3 4 5 6 Sebelum Torehan

RRIM 928 13.4 23.0 35.8 44.1 48.0 8.7

RRIM 2001 13.9 23.4 33.3 41.1 47.5 8.4

RRIM 2002 15.1 25.9 36.6 44.7 50.5 8.9

PB 260 15.4 28.4 43.3 51.0 53.4 11.9

PB 350 13.1 22.2 34.6 42.4 46.4 8.3

Page 6: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

6

Maklumat beberapa ciri sekunder yang penting bagi klon Kumpulan 1 diberikan dalam Jadual 4.

Klon yang dikategorikan dalam kumpulan ini memiliki sekurang-kurangnya empat ciri sekunder

yang diingini dengan skor minima “4=baik” untuk ciri pokok dan sekurang-kurangnya “rendah”

untuk tahap keparahan penyakit. Kriteria pengskoran ciri-ciri sekunder ini dijelaskan di dalam

Jadual 5 dan Jadual 6. Indeks keparahan penyakit daun Oidium, Colletotrichum dan

Corynespora diberikan dalam Gambarajah 1 hingga Gambarajah 3.

JADUAL 5. KRITERIA UNTUK PENGSKORAN CIRI-CIRI SEKUNDER

Ciri Skor

1 2 3 4 5

Ketebalan kulit asal semasa buka-

toreh (mm) ≤ 4.9 5.0-5.4 5.5-5.9 6.0-6.4 ≥ 6.5

Peratus populasi mencapai

ukurlilitan 45 cm (170 cm daripada

tanah) pada 60 bulan selepas

penanaman (%)

≤ 49.9 50.0-59.9 60.0-69.9 70.0-79.9 ≥ 80.0

Peratus populasi mengalami

kerosakan akibat serangan angin

(%)

≥ 40 30-39 20-29 11-19 ≤ 10

Peratus kekeringan keseluruhan (%) ≥ 40 30-39 20-29 11-19 ≤ 10

5-Sangat baik, 4-Baik, 3-Sederhana, 2-Kurang baik, 1-Teruk

JADUAL 4. CIRI-CIRI SEKUNDER PENTING KLON-KLON KUMPULAN 1

Ciri-ciri Sekunder RRIM

928

RRIM

2001

RRIM

2002 PB 260 PB 350

Ketebalan kulit semasa buka-toreh 5 5 4 2 4

70% populasi mencapai ukur lilitan 45 cm

(170 cm dari dasar) pada 60 bulan selepas

penanaman di ladang

5 5 4 4 5

Populasi mengalami kerosakan angin (%) 4 4 4 4 4

Kekeringan pokok (%) 4 4 4 2 4

Kerintangan terhadap penyakit cendawan

angin N L N L N

Kerintangan terhadap Oidium* M M M M M

Kerintangan terhadap Colletotrichum* M M L M VL

Kerintangan terhadap Corynespora* N L N N N

5=Sangat baik, 4=Baik, 3=Sederhana, 2=Kurang baik, 1=Teruk, N=Tiada, VL=Sangat Rendah,

L=Rendah, M=Sederhana, S=Parah.

* Data ujian di makmal

Page 7: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

7

JADUAL 6. KRITERIA UNTUK PENGSKORAN PENYAKIT GETAH

Penyakit Keparahan

Tiada

Sangat

Rendah Rendah Sederhana Parah

Sangat

Parah

Cendawan angin (%

jangkitan)

Tiada

jangkitan - < 1 1-10 > 10 -

Corynespora (%

jangkitan)

Tiada

jangkitan - < 10 10-50 > 50 -

Oidium (indeks

keparahan)

Tiada

jangkitan 0.1-1.0 1.1-2.0 2.1-3.0 3.1-4.0 4.1-5.0

Colletotrichum (indeks

keparahan)

Tiada

jangkitan 0.1-1.0 1.1-2.0 2.1-3.0 3.1-4.0 4.1-5.0

Gambarajah 1: Indeks keparahan penyakit daun Corynespora

Page 8: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

8

Gambarajah 2: Indeks keparahan penyakit daun Oidium

Gambarajah 3: Indeks keparahan penyakit daun Colletotrichum

Page 9: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

9

Isipadu kayu untuk klon Kumpulan 1 diberikan dalam Jadual 7. Semua klon di dalam kumpulan

ini mempunyai isipadu batang melebihi 0.30 m3/pokok pada umur pokok seperti yang

dinyatakan.

Ciri-ciri daun dan biji klon-klon Kumpulan 1 diberikan di dalam Jadual 8 bagi tujuan identifikasi

klon.

JADUAL 7. ISIPADU KAYU KLON KUMPULAN 1

Klon Umur (Tahun) Isipadu Kayu (m3/pokok)

RRIM 928 21 0.59

RRIM 2001 17 0.41

RRIM 2002 17 0.44

PB 260 20 0.37

PB 350 19 0.33

Page 10: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

10

JADUAL 8: CIRI-CIRI DAUN DAN BIJI KLON DI DALAM KUMPULAN 1

Klon Ciri-ciri daun dan biji Daun Biji

RRIM 928

Daun – Elliptikal lebar, hijau tua, bersinar,

licin. Tip akuminat, pangkal daun kuneat,

tepi daun beralun, keratan rentas bentuk U.

Daun bersentuh

Biji – bulat, saiz sederhana. pudar, perang

muda. Pergoresan warna perang di bahagian

dorsal. Ventral sedikit beralur. Bahagian pipi

ternaik. Posterior yang tertekan.

RRIM 2001

Daun – Obovate, hijau tua, bersinar, licin. Tip

kuspidat lebar, pangkal daun atenuat. Tepi

daun licin. Keratan rentas rata. Daun

berpisah.

Biji – segi empat, saiz sederhana, perang

muda, bersinar, Dorsal rata dengan

pergoresan perang. Alur yang dalam pada

ventral dengan pipi yang ternaik. Posterior

yang tertekan.

Page 11: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

11

Klon Ciri-ciri daun dan biji Daun Biji

RRIM 2002

Daun- elliptical lebar, hijau muda, dull, licin.

Tip kuspidat lebar, pangkal daun obtuse. Tepi

daun licin. Keratan rentas bentuk U. Daun

bertindih.

Biji – bentuk kuboid, saiz sederhana, perang

tua dan bersinar. Pergoresan perang dengan

ridge yang jelas. Ventral dengan sedikit beralur

dan pipi ternaik. Posterior sedikit tertekan.

PB 260

Daun – elliptical lebar, hijau muda, sedikit

bersinar, licin. Tip akuminat. Pangkal daun

kuneat. Tepi daun bergelombang, keratan

rentas bentuk bot. Daun bertindih

Biji- bulat, saiz sederhana, bersinar, perang

muda, pergoresan warna perang pada dorsal.

Ventral dengan pipi yang ternaik. Posterior

yang tertekan.

Page 12: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

12

Klon Ciri-ciri daun dan biji Daun Biji

PB 350

Daun - bulat, hijau muda, dull, licin. Tip

kuspidat. Pangkal daun obtuse. Tepi daun

beralun. Keratan rentas rata. Daun bertindih.

Biji – bentuk segi empat, saiz sederhana,

bersinar, perang tua, pergoresan warna perang

pada dorsal, ventral sedikit beralur, pipi yang

ternaik, posterior yang tertekan.

Page 13: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

13

Klon Kumpulan 2

Purata hasil klon Kumpulan 2 dalam g/t/t diberikan dalam Jadual 9. Data adalah berdasarkan

hasil purata lateks pada tiga tahun pertama daripada Percubaan Klon Skala Besar. Julat purata

hasil adalah daripada 49.4 g/t/t untuk RRIM 2002 hingga 72.9 g/t/t untuk RRIM 2007.

JADUAL 9. PURATA HASIL DALAM G/T/T KLON KUMPULAN 2

Klon Tahun Torehan

Purata 1 2 3

RRIM 2007 63.5 73.6 81.6 72.9

RRIM 2023 54.1 63.1 59.5 58.9

RRIM 2024 40.7 52.5 55.0 49.4

RRIM 3001 45.6 63.8 55.5 55.0

Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 93. Pokok sehatar: 370.

Data Percubaan Klon Skala Besar

Purata hasil dalam kg/ha/tahun bagi klon-klon Kumpulan 2 diberikan dalam Jadual 10. Data

adalah berdasarkan hasil purata lateks pada tiga tahun pertama daripada Percubaan Klon Skala

Besar. Julat purata hasil adalah daripada 1,998 kg/ha/tahun untuk RRIM 2023 hingga 2,331

kg/ha/tahun untuk RRIM 2007.

JADUAL 10. PURATA HASIL DALAM KG/HA/TAHUN KLON KUMPULAN 2

Klon Tahun Torehan

Purata 1 2 3

RRIM 2007 1904 2568 2522 2331

RRIM 2023 1559 2238 2198 1998

RRIM 2024 1466 2266 2282 2005

RRIM 3001 1699 2639 2491 2276

Sistem torehan: S/2 d3 6d/7. Bilangan hari torehan: 93. Pokok sehatar: 370.

Data Percubaan Klon Skala Besar

Purata ukur lilitan tahunan dan kadar pertambahan ukur lilitan sebelum torehan diberikan dalam

Jadual 11. Ukur lilitan tertinggi selepas enam tahun penanaman ialah 56.3 cm untuk RRIM

3001 manakala ukur lilitan terendah ialah 48.9 cm untuk RRIM 2007. Kedua-dua klon ini

mencapai purata ukur lilitan untuk penorehan pada tahun kelima manakala dua klon selebihnya

mencapai ukur lilitan melebihi 45.0 cm selepas enam tahun penanaman. Julat purata

pertambahan ukur lilitan adalah daripada 9.1 cm/tahun untuk RRIM 2023 hingga 10.6 cm/tahun

untuk RRIM 3001.

Page 14: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

14

JADUAL 11. PURATA UKUR LILITAN TAHUNAN DAN PERTAMBAHAN UKUR

LILITAN SEBELUM TOREHAN KLON KUMPULAN 2

Klon Tahun penanaman (cm)

Pertambahan Ukur Lilitan

(cm/tahun)

2 3 4 5 6 Sebelum torehan

RRIM 2007 16.9 29.3 38 45.9 48.9 9.7

RRIM 2023 13.3 23.1 34.6 41.5 49.6 9.1

RRIM 2024 14.7 25.1 36.2 43.8 51.3 9.2

RRIM 3001 16.8 27.5 39.7 48.6 56.3 10.6

Purata isipadu kayu bagi klon-klon Kumpulan 2 diberikan dalam Jadual 12. Semua klon di dalam

kumpulan ini menunjukkan purata isipadu batang licin pada 0.3 m3/pokok pada umur pokok

seperti yang dinyatakan kecuali bagi RRIM 2007 di mana ia menunjukkan isipadu batang pada

0.2 m3/pokok selepas 14 tahun penanaman.

Page 15: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

15

JADUAL 12. ISIPADU TUAL KLON KUMPULAN 2

Klon Umur (Tahun) Isipadu Kayu (m3/pokok)

RRIM 2007 14 0.20

RRIM 2023 14 0.35

RRIM 2024 14 0.52

RRIM 3001 21 0.60

Ciri-ciri daun dan biji klon-klon Kumpulan 2 diberikan di dalam Jadual 13 bagi tujuan

identifikasi klon.

Page 16: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

16

JADUAL 13: CIRI-CIRI DAUN DAN BIJI KLON DI DALAM KUMPULAN 2

Klon Ciri-ciri daun dan biji Daun Biji

RRIM 2007

Daun – elliptical memanjang, hijau, sederhana

bersinar, licin. Tip aristat, pangkal daun tirus.

Tepi daun bergelombang. Keratan rentas bentuk

U. Daun berpisah.

Biji – segi empat, saiz sederhana, licin, bersinar,

warna perang. Dorsal yang rata dengan ridge

yang jelas, pergoresan warna perang yang tebal

pada anterior. Ventral dengan pipi yang ternaik

dan tertekan di posterior.

RRIM 2023

Daun – elliptical lebar, hijau muda, sederhana

bersinar, licin. Tip akuminat, pangkal daun kuneat.

Tepi daun beralun. Keratan rentas bentuk U. Daun

berpisah.

Biji – bentuk kuboid. Saiz sederhana, perang muda

dan bersinar. Ridge yang jelas pada dorsal dengan

pergoresan warna perang. Ventral dengan pipi yang

ternaik dan beralur dalam, posterior tertekan.

Page 17: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

17

RRIM 2024 Daun – elliptical lebar, hijau tua, bersinar, stiff.

Tip kuspidat, pangkal daun obtuse, Tepi daun

licin. Keratan rentas rata. Daun berpisah.

Biji – segi empat, saiz sederhana, perang muda

dan bersinar. Dorsal dengan ridge yang jelas

dan pergoresan warna perang. Ventral dengan

pipi yang rata dan sedikit beralur, posterior

tertekan.

RRIM 3001

Daun - ellitikal memanjang, hijau tua, bersinar,

licin. Tip akuminat, pangkal daun kuneat. Tepi

daun licin. Keratan rentas bentuk U. daun

berpisah.

Biji - rectangular, saiz sederhana, perang tua

dan bersinar. Dorsal yang rata dengan ridge

yang tidak jelas. Ventral dengan pipi yang

ternaik dan posterior yang tertekan.

Page 18: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

18

PEMETAAN PENYAKIT DAN KEROSAKAN ANGIN DI KAWASAN-KAWASAN

PENANAMAN BERLAINAN

Kawasan-kawasan penanaman getah di Semenanjung Malaysia dipetakan berdasarkan

berlakunya penyakit-penyakit daun pada tahun 2010 (Gambarajah 4 – 7) dan kerosakan angin

yang teruk (Gambarajah 5 - 6). Penyakit luruhan daun Corynespora telah dilaporkan di Johor,

Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pahang dan Kelantan. Penyakit luruhan daun sekunder

Oidium dan Colletotrichum dilaporkan di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Penyakit

hawar daun Fusicoccum hanya dilaporkan di negeri Johor dan Perak. Kerosakan angin yang

teruk dilaporkan di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor manakala kerosakan

angin yang sederhana dilaporkan di negeri Perak, Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu dan

Johor. Peta taburan penyakit dan kerosakan angin boleh digunakan sebagai panduan untuk

pemilihan klon yang ingin ditanam (Gambarajah 8- 9).

Syor Penanaman Getah LGM 2003 Pengesyoran Klon MRB 2013

Gamabarajah 4: Pemetaan penyakit luruhan daun Corynespora di Semenanjung Malaysia

Luruhan daun Corynespora

Phytophthora

Corynespora

Page 19: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

19

Syor Penanaman Getah LGM 2003 Pengesyoran Klon MRB 2013

Gambarajah 5: Pemetaan penyakit luruhan daun Oidium di Semenanjung Malaysia

Oidium SLF

Oidium

Page 20: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

20

Syor Penanaman Getah LGM 2003 Pengesyoran Klon MRB 2013

Gambarajah 6: Pemetaan penyakit luruhan daun Colletotrichum di Semenanjung Malaysia

Colletotrichum secondary leaf fall

Colletotrichum

Page 21: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

21

Pengesyoran Klon MRB 2013

Gambarajah 7: Pemetaan penyakit hawar daun Fusicoccum di Semenanjung Malaysia

Penyakit hawar daun Fusicoccum

Page 22: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

22

Gambarajah 8: Pemetaan kelajuan angin di Semenanjung Malaysia

Kelajuan angin (m/s)

22-24

26-28

30-32

34-36

38-40

24-26

28-30

32-34

36-38

> 40

Page 23: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

23

Gambarajah 9: Tahap kerosakan angin di Semenanjung Malaysia

Kerosakan angin yang teruk

Kerosakan angin yang sederhana

Page 24: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

24

Page 25: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

25

KESIMPULAN

Di dalam Pengesyoran Klon LGM 2013, lima klon disyorkan dalam Kumpulan 1 dan

empat klon disyorkan dalam Kumpulan 2. Pengusaha getah disyorkan hanya menanam klon-

klon yang tulen dan berkualiti tinggi dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Penanaman klon

Kumpulan 2 seharusnya kurang daripada 40% daripada jumlah kawasan bertanam dalam blok

monoklonal. Amalan pertanian yang baik diperlukan untuk mencapai potensi hasil klon-klon

yang disyorkan.

Page 26: PENGESYORAN KLON LGM 2013 - lgm.gov.my Klon LGM 2013 - WEBSITE.pdf · Pokok penanti yang diunjurkan mempunyai prestasi baik: Anak benih yang diperolehi dari kawasan poliklonal, kawasan

26

APENDIKS

KAWASAN TINJAUAN UNTUK PENYAKIT DAUN UTAMA DI MALAYSIA

Tarikh Kawasan Catatan

12 – 18 April 2010 Kota Tinggi, Johor Tinjauan dilakukan terhadap

penyakit daun utama di

Malaysia:

- Penyakit daun

Corynespora

- Penyakit luruhan daun

sekunder Oidium dan

Colletotrichum

- Penyakit hawar daun

Fusicoccum

19 – 25 April 2010 Kerling Estate, Selangor

Tanjung Malim, Selangor

Bukit Jelai, Negeri Sembilan

Bukit Pilah, Negeri Sembilan

Air Songsang, Melaka

Bukit Senggeh, Melaka

Segamat, Johor

Kluang, Johor

27 – 30 April 2010 Gua Musang, Kelantan

K. Gris

Kerilla

Besut, Terengganu

5 – 10 Julai 2010 Hulu Renggol, Pahang

Kuala Lipis, Pahang

Jerantut, Pahang

Chenor, Pahang

Jengka 8, Pahang

Maran, Pahang