pengetahuan asas hivaids
TRANSCRIPT
5.1 PENGETAHUAN ASAS TENTANG HIV/AIDS
1. Menyampaikan maklumat asas tentang HIV/AIDS supaya murid biasa dengan istilah pendidikan HIV/AIDS serta memahami betapa serius jangkitan HIV dan penyakit AIDS
2. Menerangkan cara penyebaran HIV/AIDS dan cara ia tidak disebarkan
3. Membantu murid menilai tahap risiko sendiri dengan mengkaji pelbagai tingkah laku berisiko
4. Membantu murid memperoleh pengetahuan asas tentang ujian HIV/AIDS, sumber rujukan dan bantuan
4 waktu
Lembaran maklumat Lembaran kerja
1. Guru mempamerkan keratan akhbar.
2. Guru mengedarkan lembaran kerja HIV/AIDS sebagai bahan perbincangan murid.
3. Murid menjalankan aktiviti dalam lembaran kerja yang diedarkan.
4. Guru membimbing semasa murid melengkapkan lembaran kerja.
5. Guru membuat rumusan untuk pengukuhan.
6
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
TAJUK
BAHAN BANTU MENGAJAR
PROSEDURP&P
OBJEKTIF
CADANGAN MASA
LEMBARAN KERJA 5.1.1
Tuliskan [ B ] bagi pernyataan benar dan [ S ] bagi pernyataan yang salah.
Apakah yang anda tahu tentang HIV/AIDS?
Jawapan Skor
1. HIV disebabkan oleh AIDS.
2. AIDS memusnahkan sistem immune tubuh badan.
3. Tiada penawar bagi AIDS.
4. Orang yang menghidapi AIDS biasanya mati kerana penyakit serius.
5. Penyakit jangkitan seks bermakna penyakit yang menjangkiti satu jantina sahaja.
6. Seseorang mungkin dijangkiti HIV atau penyakit jangkitan seks tanpa disedarinya.
7. Tiada cara untuk melindungi diri daripada AIDS dan penyakit jangkitan seks.
8. Contoh penyakit jangkitan seks ialah gonorea.
9. Wanita mudah menghidapi AIDS berbanding lelaki jika mereka menjalani gaya hidup yang tidak sihat.
10. Orang yang sihat dan cergas sukar dijangkiti HIV/AIDS dan penyakit jangkitan seks.
Jumlah
Nota : a. Tandakan 1 bagi jawapan yang betul dan 0 bagi jawapan yang salah.
b. Jumlahkan markah di kotak skor.c. Baca maksud skor anda.
9 - 10 Syabas! 7 - 8 Baik! 5 - 6 Baik! 3 - 4Semaksemula maklumat
1 - 2 Nasib baik
Anda boleh mengajar rakan sekelas
Anda berupaya mencari maklumat tambahan
Mungkin anda perlu menyemak
Anda pasti tidak mahu dijangkiti HIV/AIDS
Ini merupakan latihan sahaja
7
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
AKTIVITIP&P
JAWAPAN LEMBARAN KERJA 5.1.1
Jawapan Penerangan Jawapan
1. Salah AIDS disebabkan oleh HIV dan bukan sebaliknya.
2. Salah HIV yang memusnahkan sistem immune tubuh badan.
3. Benar Masih tiada penawar bagi jangkitan HIV dan penyakit AIDS, tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mencegah jangkitan opportunistic.
4. Benar Kebanyakan orang yang menghidap AIDS mati kerana penyakit serius seperti kanser dan jangkitan paru-paru (pneumonia).
5. Salah Penyakit jangkitan seks menjangkiti kedua-dua jantina dan disebar melalui persetubuhan.
6. Benar Kebanyakan orang yang mempunyai HIV atau penyakit jangkitan seks biasanya tidak menyedari akan hal itu. Mereka mungkin tidak sengaja menjangkiti orang lain.
7. Salah Oleh kerana HIV/AIDS dan penyakit jangkitan seks disebar melalui persetubuhan dan penggunaan jarum suntikan tercemar, anda dapat mengawal penyakit ini dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
8. Benar Terdapat lebih daripada 20 jenis penyakit jangkitan seks dan gonorea ialah salah satu daripada penyakit ini.
9. Benar Dari segi fisiologi, wanita lebih mudah dijangkiti HIV berbanding dengan lelaki. Wanita dijangkiti HIV pada umur yang lebih rendah daripada lelaki. Ini adalah kerana ramai wanita muda berkahwin atau melakukan persetubuhan dengan lelaki yang lebih tua daripada mereka. Pasangan mereka mungkin pernah bersetubuh dengan orang lain.
10. Salah Sesiapa sahaja boleh dijangkiti HIV/AIDS dan penyakit jangkitan seks yang lain.
8
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
PANDUAN JAWAPAN
LEMBARAN KERJA 5.1.2
1. Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh orang dalam gambarajah berikut.
2. Rumuskan perbuatan yang tidak menyebarkan HIV.
3. Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada secara individu atau kumpulan.
4. Minta murid mencadangkan situasi lain yang tidak menyebarkan HIV. Contohnya, memegang tangan, menderma darah, berkongsi tuala, berkongsi sikat, jalan bersama-sama atau menyentuh orang yang dijangikti HIV.
(1)_______________ (2)______________ (3)______________
(4)_______________ (5)______________ (6)______________
(7)_______________ (8)______________ (9)______________
(10)______________ (11)_____________ (12)_____________
9
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
AKTIVITIP&P
JAWAPAN LEMBARAN KERJA 5.1.2
1. Berjabat tangan.
2. Batuk atau bersin.
3. Ciuman pada pipi.
4. Berpelukan.
5. Menggunakan telefon atau minum daripada paip air.
6. Menggunakan tandas awam.
7. Gigitan nyamuk atau serangga lain.
8. Makan atau minum daripada gelas dan pinggan yang pernah digunakan oleh orang yang dijangkiti HIV.
9. Berenang atau mandi.
10. Berkongsi bas yang sesak.
11. Menjaga haiwan kesayangan atau binatang lain.
12. Memakai pakaian orang lain.
Rumusan kelas :
Penghidap HIV/AIDS adalah sebahagian daripada ahli masyarakat. HIV tidak disebar melalui aktiviti hubungan biasa dengan orang yang telah dijangkiti. Oleh itu, kita tidak perlu bimbang tentang kegiatan harian kita.
10
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
PANDUAN JAWAPAN
AKTIVITIP&P
B S B S B S
LEMBARAN KERJA 5.1.3
1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil dan adakan kuiz “Apakah Yang Anda Percaya?”.
2. Bulatkan [ B ] bagi pernyataan yang benar dan [ S ] bagi pernyataan yang salah.
3. Bincangkan jawapan dengan murid.
APAKAH YANG ANDA
PERCAYA?
Soalan 1HIV boleh disebar dengan berjabat tangan.
Soalan 2HIV boleh disebar melalui persetubuhan.
Soalan 3Wanita yang mengandung boleh menyebar HIV kepada kandungannya.
Soalan 4Seseorang boleh dijangkiti HIV semasa menderma darah.
Soalan 5Kita boleh dijangkiti HIV daripada tempat duduk tandas awam.
Soalan 6HIV disebar melalui kucupan.
Soalan 7HIV diangkut melalui darah.
Soalan 8Penagih dadah yang dijangkiti HIV boleh menyebarkannya kepada pengguna dadah yang lain jika mereka berkongsi jarum suntikan.
Soalan 9Hanya lelaki sahaja yang dijangkiti HIV.
Soalan 10HIV tidak disebar melalui sentuhan.
Soalan 11Menggunakan gelas minuman orang yang dijangkiti HIV adalah berbahaya.
Soalan 12Jika anda kuat dan sihat, anda tidak mungkin dijangkiti HIV.
Soalan 13Paras rupa seseorang dapat menunjukkan sama ada orang itu dijangkiti HIV atau tidak.
Soalan 14Anda tidak akan dijangkiti HIV jika terluka oleh pisau yang telah melukai pembawa HIV.
Soalan 15Anda tidak akan dijangkiti HIV jika menggunakan semula kondom yang telah digunakan.
Soalan 16Anda lebih berisiko dijangkiti HIV dan penyakit jangkitan seks jika mempunyai ramai pasangan seksual.
Soalan 17Tiada masalah jika berkongsi cadar dan pinggan mangkuk dengan orang yang mempunyai HIV/AIDS.
Soalan 18Tiada masalah jika berkongsi pisau cukur dengan orang yang mempunyai HIV/AIDS.
Soalan 19Orang muda jarang dijangkiti AIDS.
Soalan 20Risiko dijangkiti HIV melalui persetubuhan tanpa perlindungan adalah lebih tinggi.
11
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
B S B S
B S B S B S
B S B S B S
B S
B S B S B S
B S B S B S
B SB S
JAWAPAN LEMBARAN KERJA 5.1.3
Jawapan Penerangan Jawapan
1. Salah HIV tidak dapat hidup dalam udara dan tidak disebar dengan berjabat tangan.
2. Benar HIV boleh disebar melalui persetubuhan kerana ia menggunakan cecair badan.
3. Benar HIV boleh dipindahkan dari darah ibu kepada darah bayi semasa perkembangan bayi dalam uterus atau semasa kelahiran.
4. Salah Pakar yang mengumpul darah menggunakan jarum baru, bersih dan disteril untuk mendapat darah daripada penderma. Tiada bahaya menderma darah. Jangan menderma darah jika anda terlibat dalam tingkah laku berisiko atau telah dijangkiti HIV.
5. Salah HIV tidak dapat hidup dalam udara dan tidak dapat menembusi kulit kecuali melalui luka.
6. Salah Tiada kes HIV disebar melalui kucupan. Sungguhpun virus pernah ditemui dalam air liur, tiada kes dilaporkan tentang ahli keluarga dijangkiti melalui ciuman, pelukan atau berkongsi peralatan makan semasa menjaga pesakit AIDS. HIV mungkin disebar melalui ciuman jika kedua-dua orang yang terlibat mempunyai luka dalam mulut.
7. Benar Jika darah seseorang yang dijangkiti HIV dipindah kepada orang yang tidak mempunyai HIV, berkemungkinan besar orang kedua akan mendapat HIV. Hal ini biasanya berlaku apabila orang menggunakan semula jarum dan picagari serta alat tajam lain yang tidak dibasmi kuman.
8. Benar Terdapat banyak kes HIV dipindah oleh pengguna dadah yang berkongsi jarum dan picagari yang tidak disteril.
9. Salah Sungguhpun begitu, lebih ramai lelaki daripada wanita dilaporkan dijangkiti AIDS pada permulaan penyakit ini. Wanita dijangkiti HIV pada kadar yang sama dengan lelaki. Dari segi fisiologi, wanita lebih mudah dijangkiti HIV.
12
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
PANDUAN JAWAPAN
10. Salah HIV tidak dapat hidup dalam udara dan tidak dipindahkan dari kulit ke kulit (kecuali terdapat luka pada kulit).
11. Salah HIV tidak dipindah melalui bekas minuman, aktiviti renang, mandi atau minum daripada air paip.
12. Salah Sesiapapun boleh dijangkiti HIV dan menghidapi AIDS jika mengamalkan gaya hidup berisiko.
13. Salah Paras rupa tidak menentukan status HIV seseorang.
14. Salah Jika alat yang digunakan untuk memotong atau mencucuk tidak disterilkan dahulu sebelum digunakan semula, berkemungkinan darah tercemar yang tertinggal pada alat itu akan menyebarkan HIV.
15. Salah Kondom yang digunakan semula mungkin telah tercemar dengan HIV, lebih mudah terkoyak, dan lebih sukar digunakan dengan betul. Kondom tidak boleh digunakan semula.
16. Benar Lebih ramai pasangan seksual, lebih tinggi risiko anda terdedah kepada seseorang yang telah dijangkiti HIV.
17. Benar Tidak pernah dilaporkan kes penyebaran melalui kaedah ini termasuk di kalangan mereka yang menjaga pesakit AIDS.
18. Salah Oleh kerana alatan ini mungkin mempunyai sisa darah tercemar, ada kemungkinan alatan ini menyebar HIV kepada orang lain. Oleh itu, kita tidak boleh berkongsi pisau cukur.
19. Salah Jangkitan AIDS tidak mengenal usia. Ia dipengaruhi gaya hidup sihat.
20. Benar HIV terdapat dalam darah, termasuk darah haid wanita yang dijangkiti HIV. Virus ini disebar melalui luka terdedah atau membran mukosa faraj. Wanita yang mengalami haid lebih berisiko dijangkiti HIV semasa persetubuhan.
13
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
Rumusan kelas :
Tumpuan kepada pengetahuan mengenai jangkitan HIV/AIDS.
LEMBARAN KERJA 5.1.4
Bagaimanakah Seseorang Dijangkiti AIDS?
Baca dan fahamkan tiga cara HIV disebarkan.
14
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
AKTIVITIP&P
Kebanyakan orang dijangkiti HIV kerana melakukan persetubuhan tanpa perlindungan dengan orang yang telah dijangkiti.
Persetubuhan tanpa perlindungan bermakna melakukan persetubuhan tanpa kondom.
HIV boleh juga disebar melalui seks oral.
Seseorang boleh dijangkiti HIV melalui pemindahan darah yang tercemar dengan HIV.
Seseorang boleh dijangkiti HIV jika menggunakan alat (seperti alat menindik, mencukur, bersunat) yang pernah digunakan oleh orang yang telah dijangkiti tetapi tidak disterilkan dengan sempurna.
Seseorang boleh dijangkiti HIV jika menggunakan jarum suntikan yang tidak disterilkan.
Ibu yang menghidapi HIV atau AIDS akan menjangkiti bayinya sama ada sebelum, semasa lahir dan kadangkala melalui susu ibu.
15
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
Setelah membaca Lembaran Kerja 5.1.4, guru mengemukakan soalan berikut kepada murid secara lisan.
Soalan 1 Apakah contoh penyakit jangkitan seks yang lain?
Jawapan : ________________________________________
Soalan 2 Apakah bendalir dalam sistem pembiakan lelaki yang mengandungi HIV?
Jawapan : ________________________________________
Soalan 3 Apakah nama bendalir dalam sistem pembiakan perempuan yang mungkin mengandungi HIV?
Jawapan : ________________________________________
Soalan 4 Bagaimanakah HIV dalam bendalir ini berjangkit kepada orang lain?
Jawapan : ________________________________________
Soalan 5 Bagaimanakah terdapat sisa yang tercemar dengan HIV dalam jarum suntikan?
Jawapan : ________________________________________
Soalan 6 Bagaimanakah alat yang tidak dibersihkan mengandungi darah, contohnya, alat untuk mencukur?
Jawapan : ________________________________________
Soalan 7 Bagaimanakah bayi boleh dijangkiti HIV?
Jawapan : ________________________________________
Soalan 8 Apakah yang dapat dilakukan untuk mengelakkan hal ini?
Jawapan : ________________________________________16
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
JAWAPAN LEMBARAN KERJA 5.1.4
17
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
PANDUAN JAWAPAN
LEMBARAN KERJA 5.1.5
Soalan 1 Apakah contoh penyakit jangkitan seks yang lain?
Jawapan : Gonorea, ketuat genital, herpes, sifilis (rujuk Modul 4)
Soalan 2 Apakah bendalir dalam sistem pembiakan lelaki yang mengandungi HIV?
Jawapan : Air mani
Soalan 3 Apakah nama bendalir dalam sistem pembiakan perempuan yang mungkin mengandungi HIV?
Jawapan : Lelehan faraj, darah haid
Soalan 4 Bagaimanakah HIV dalam bendalir ini berjangkit kepada orang lain?
Jawapan : Melalui membran mukosa yang meliputi faraj, zakar, dubur atau rektum.
Soalan 5 Bagaimanakah terdapat sisa yang tercemar dengan HIV dalam jarum suntikan?
Jawapan : Sisa darah tertinggal dalam jarum suntikan setelah digunakan untuk menyuntik orang lain.
Soalan 6 Bagaimanakah alat yang tidak dibersihkan mengandungi darah, contohnya, alat untuk mencukur?
Jawapan : Darah tertinggal pada alat kerana terpotong atau tercucuk kulit.
Soalan 7 Bagaimanakah bayi boleh dijangkiti HIV?
Jawapan : Daripada darah ibu, semasa mengandung atau kelahiran dan kadangkala melalui susu ibu.
Soalan 8 Apakah yang dapat dilakukan untuk mengelakkan hal ini?
Jawapan : Wanita yang mempunyai HIV perlu mendapat nasihat dan kaunseling jika dia ingin mencegah kehamilan.
18
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
AKTIVITIP&P
Apakah Risiko Anda?
Oleh kerana masih tiada vaksin atau penawar bagi HIV/AIDS, anda mesti tahu cara HIV disebar. Ini akan membantu anda mengetahui apakah yang dianggap berisiko dan perlu dielakkan.
Tandakan : TR - Tiada RisikoRR - Risiko RendahRT - Risiko Tinggi
Gunakan panduan di atas untuk menjawab soalan berikut :
1. Menggunakan tandas awam
2. Menyentuh atau memeluk seseorang yang menghidapi AIDS
3. Melakukan persetubuhan tanpa kondom
4. Melakukan seks oral (tanpa air mani dalam mulut)
5. Berciuman (ciuman kering)
6. Melakukan persetubuhan dengan menggunakan kondom terpakai
7. Berkongsi jarum suntikan semasa mengambil dadah
8. Berenang bersama orang yang dijangkiti HIV
9. Berkongsi jarum untuk bertindik
10. Tidak melakukan persetubuhan
11. Belajar di sekolah bersama murid yang dijangkiti HIV
12. Terhiris kulit dengan pisau kepunyaan orang yang dijangkiti HIV
13. Giigitan nyamuk
14. Menderma darah
15. Melakukan persetubuhan dengan menggunakan kondom secara betul
16. Makan makanan yang dimasak oleh orang yang dijangkiti HIV
JAWAPAN LEMBARAN KERJA 5.1.5
19
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
PANDUANJAWAPAN
Rumusan kelas :
Jawapan mereka bersifat peribadi dan tidak perlu dibincangkan.
LEMBARAN KERJA 5.1.6
Tahukah Anda?
1. TR Menggunakan tandas awam
2. TR Menyentuh atau memeluk seseorang yang menghidapi AIDS
3. RT Melakukan persetubuhan tanpa kondom
4. RR Melakukan seks oral (tanpa air mani dalam mulut)
5. TR Berciuman (ciuman kering)
6. RT Melakukan persetubuhan dengan menggunakan kondom terpakai
7. RT Berkongsi jarum suntikan semasa mengambil dadah
8. TR Berenang bersama orang yang dijangkiti HIV
9. RT Berkongsi jarum untuk bertindik
10. TR Tidak melakukan persetubuhan
11. TR Belajar di sekolah bersama murid yang dijangkiti HIV
12. RT Terhiris kulit dengan pisau kepunyaan orang yang dijangkiti HIV
13. TR Gigitan nyamuk
14. TR Menderma darah
15. RR Melakukan persetubuhan dengan menggunakan kondom secara betul
16. TR Makan makanan yang dimasak oleh orang yang dijangkiti HIV
20
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
AKTIVITIP&P
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Baca dialog di bawah.
Penjelasan tentang pengujian HIV :
Padankan pernyataan di lajur A dengan jawapan di lajur B. Tuliskan nombor di ruang lajur B.
21
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
Apakah ujian bagi
HIV?Ujian itu dipanggil ujian “ELISA” dan ia menunjukkan
kehadiran antibodi HIV dalam darah
anda.
Mengapakah saya perlu menjalani ujian ini?
Jika anda tidak dijangkiti, anda
mesti berasa lega dan perlu
melindungi diri daripada HIV. Jika
sudah dijangkiti, pastikan ia tidak disebar kepada
orang lain.
Apakah bentuk ujian
“ELISA”?Sedikit darah
akan diambil dan diuji. Anda perlu
jumpa doktor sekali lagi untuk
mengetahui keputusan ujian.
Adakah ujian itu selalu betul?
Ya..! 99% tepat. Ujian ini boleh diambil semula
selepas 3 bulan. Jangan melakukan
aktiviti berisiko dalam tempoh ini
untuk mengesahkan
keputusan ujian pertama.
Ke manakah patut saya pergi untuk menjalani
ujian?
Di hospital, pusat kesihatan
atau klinik swasta.
Jika saya benar-benar
dijangkiti HIV? Anda akan diberi
nasihat dan kaunseling.
Keputusan ujian ini adalah sulit.
AKTIVITIP&P
1 2
3 4
5 6
LAJUR A LAJUR B
1. Kekerapan ujian yang perlu bagi seseorang dalam masa 3 bulan ialah
Nasihat, rawatan dan bantuan
2. Pentingnya menjalani ujian HIV
Pusat kesihatan dan klinik swasta
3. Nama biasa ujian HIV Mengesan kehadiran antibodi
4. Langkah segera yang perlu diambil jika anda dijangkiti HIV
Dua kali
5. Tujuan ujian HIV 99%
6. Peratus ketepatan ujian HIV
Jumpa doktor
7. Adalah penting mengambil ujian HIV supaya dapat
ELISA
8. Mengapakah orang lain tidak diberitahu tentang ujian ini? Ini bermakna ujian ini
Tidak menjangkiti orang lain
9. Tempat ujian boleh dijalankan
Keputusan ujian adalah sulit
10. Untuk mengetahui keputusan ujian
Memberitahu teman
Rumusan kelas :
Menilai kefahaman murid.
JAWAPAN LEMBARAN KERJA 5.1.6
22
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
PANDUAN JAWAPAN
LAJUR A LAJUR B
1 Kekerapan ujian yang perlu bagi seseorang dalam masa 3 bulan ialah
4 Nasihat, rawatan dan bantuan
2 Pentingnya menjalani ujian HIV
9 Pusat kesihatan dan klinik swasta
3 Nama biasa ujian HIV 5 Mengesan kehadiran antibodi
4 Langkah segera yang perlu diambil jika anda dijangkiti HIV
1 Dua kali
5 Tujuan ujian HIV 6 99%
6 Peratus ketepatan ujian HIV
10 Jumpa doktor
7 Adalah penting mengambil ujian HIV supaya dapat
3 ELISA
8 Mengapakah orang lain tidak diberitahu tentang ujian ini? Ini bermakna ujian ini
2 Tidak menjangkiti orang lain
9 Tempat ujian boleh dijalankan
8 Keputusan ujian adalah sulit
10 Untuk mengetahui keputusan ujian
7 Memberitahu teman
23
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
24
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI