penglibatan pbb dan negara lain

Upload: muhammad-khusairi

Post on 15-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penglibatan PBB Dan Negara Lain

TRANSCRIPT

PENGLIBATAN NEGARA-NEGARA LAIN TERHADAP PERANG DI BOSNIA

Krisis Bosnia-Herzegovina yang berlaku adalah satu krisis yang tidak boleh diselesaikan oleh mana-mana kerajaan dunia disebabkan oleh struktur antarabangsa yang berbentuk anarki dan kuasa terletak pada negara yang mempunyai ekonomi dan tentera yang paling kuat. Oleh itu, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghadapi dilemma dan tidak sependapat dalam usaha menanganinya. Kesatuan Eropah mengambil masa yang lama untuk memutuskan mencampuri urusan konflik Bosnia-Herzegovina kerana menganggap ia urusan dalaman Yugoslavia dan patut diselesaikan oleh aktor dalaman sendiri. Kesatuan Eropah Barat (WEU) yang bercita-cita hendak menjadi pasukan tentera EU hilang sabar dan mula mendesak PBB menghantar pasukan pengaman ke Bosnia tetapi Cyprus Vance, wakil khas PBB menolak desakan tersebut kerana EU masih mempunyai tentera Organisasi Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Perlakuan masyarakat antarabangsa yang melambat-lambatkan campurtangan di Bosnia ini adalah disebabkan oleh PBB, NATO dan EU sendiri yang tidak sepakat dengan cara bertindak. Amerika Syarikat sebagai kuasa terkuat dalam NATO hanya memberitahu sekutunya bahawa mereka tidak akan terlibat dengan kempen operasi pertama di Bosnia.Krisis di Bosnia adalah krisis yang Intractable iaitu sukar dikawal kerana ia rumit untuk diselesaikan. Ia melibatkan banyak aktor sama ada di peringkat individu, parti dan negara bangsa seperti Fanco Tudjman (HOS-Croatia), Alija Izetbegovic (SDA-Bosnia Herzegovina) dan Slobodan Milosevic (YPA-Serbia). Ketiga-tiga aktor individu inilah yang memimpin negara masing-masing ke kancah politik. Konflik ini juga melibatkan pelbagai isu yang melibatkan faktor agama, sejarah, budaya dan politik. Kepelbagaian ciri-ciri ini di sebalik setiap kumpulan etnik dan negara bangsa, serta faktor kedegilan mereka yang tidak mahu bertolak ansur tentang perbezaan-perbezaan ini menyebabkan krisis terdekat dalam keadaan Intractable seperti yang dinyatakan oleh Edgar OBallance sebagai pihak-pihak terlibat seperti tidak mahu memadam api perang saudara yang mula menyelimuti Bosnia-Herzegovina tidak kira berapa harga darah yang ditumpahkan. Di peringkat luaran pula, pendirian EU adalah tidak mahu campur tangan dalam konflik yang disifatkan sebagai isu dalaman bekas negara Yugoslavia yang boleh diselesaikan oleh aktor dalaman, serta terdapat beberapa negara anggota EU sendiri yang kurang pengetahuan dan kefahaman tentang negeri-negeri Balkan.PBB pada awalnya Boutros Ghali pada 10 April 1991 telah menolak permohonan Izetbegovic supaya dikirimkan tentera pengaman ke Bosnia-Herzegovina kerana faktor sumber kewangan dan sumbangan antarabangsa (pasukan tentera) yang terhad yang boleh menghadkan penglibatan mereka. Kegagalan masyarakat antarabangsa ini bertindak mencampuri konflik di Bosnia-Herzegovina dengan kadar segera telah menjadi satu kesilapan yang menghumban Bosnia-Herzegovina ke kancah perang yang berlarutan dan sukar dikawal. PBB sebenarnya telah tersalah anggap bahawa konflik di Bosnia akan selesai dengan mudah sepertimana di Iraq.Peranan United Nation atau pasukan pengaman PBB dalam konflik Bosnia telah menyebabkan timbulnya banyak perdebatan dan telah dilihat oleh banyak pihak sebagai yang terbaik tetapi tidak berkesan dan teruk serta cuai terhadap krisis yang berlaku di Bosnia-Herzegovina. Pada tahun 1993, resolusi keselamatan PBB telah menubuhkan enam kawasan selamat di Bosnia dan telah membenarkan penggunaan semua langkah yang perlu untuk melindungi mereka (Majlis Keselamatan Resolusi 836). Dengan itu, kawasan pertama yang disytiharkan selamat ialah Srebrenica (Majlis Keselamatan 819 (16 April 1993)). Kemudian kawasan selamat di perluaskan sehingga ke Sarajevo, Tuzla, Zepa, Gorazde dan Bihac menurut Majlis Keselamatan Resolusi 824 (6 Mei 1993).Kemudian kebenaran untuk menggunakan kekerasan melalui pendekatan sokongan udara pasukan pengaman PBB dibolehkan walaupun, menurut peraturan asas menyatakan penglibatan PBB dibenarkan dalam menggunakan kekerasan demi menjaga dan menjamin keselamatan negara-negara yang berada dalam masalah.Akhir sekali, tekanan datang daripada negara yang paling berkuasa iaitu Amerika Syarikat bagi mencapai penyelesaian dengan memberi amaran kepada Serb untuk menghentikan peperangan dan diselesaikan melalui perundingan. Justeru, pada awal bulan Mei, tentera Serbia mengalami kekalahan di tangan tentera-tentera Croatia dan Bosnia yang ketara berubah selepas kegagalan daripada rundingan dan juga berpunca daripada tahap baru atau komitmen dari negara Amerika Syarikat ke atas tentera Croatia, yang telah dilatih secara terbuka oleh Amerika Syarikat.US telah memutuskan untuk memakai pendekatan sederhana, mengharapkan perundingan-perundingan seterusnya akan terhasil. Pemerhati PBB mula keluar dari Gorazde selepas keadaan tidak berubah. Kedudukan US lebih terdesak, penasihat Clinton mencadangkan penggunaan serangan udara yang lebih besar. Polisi US seakan mengalami peruabahan besar selepas berlaku perkembangan apabila Serb Bosnia bersetuju meletakkan senjata dan membenarkan kontinjen UNPROFOR memasuki bandar. Mereka juga mula membebaskan tawanan dan mengembalikan senjata daripada depot PBB sekitar Sarajevo. Serb berjanji mereka tidak akan memasuki Gorazde dan jaminan ini diulang oleh Karadzic.Tindak balas antarabangsa kepada peperangan di Bosnia-Herzegovina didominasi oleh kuasa-kuasa besar seperti Britain, Perancis, Jerman, US dan Russia yang telah memainkan peranan penting membentuk tindak balas kolektif kepada krisis ini. Antara tindak balas tersebut yang boleh dikategorikan sebagai kaedah meredakan, mengurangkan dan menamatkan krisis adalah seperti berikut:i. Resolusi 749 Majlis Keselamatan PBB pada 7 April 1992 menyeru kepada gencetan senjata (cease fire) dan perundingan penyelesaian (negotiated settlement).ii. Resolusi 752 Majlis Keselamatan PBB pada 15 Mei 1992 menyeru kepada gencatan senjata, pengunduran tentera Yugoslavia dan Croatia, penyuraian dan perletakan senjata tentera simpanan, perundingan, penyelesaian perlembagaan di bawah naungan Persidangan EU di Belgrade, serta penamatan pembersihan etnik.iii. Sekatan (Sanctions) ke atas Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) berikutan pengeboman ke atas pelarian yang kebuluran di Sarajevo pada 27 Mei 1992.iv. Resolution 757 Majlis Keselamatan PBB pada 30 Mei 1992 mengenakan sekatan ekonomi (economic embargo) ke atas Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) dan menegaskan bahawa wilayah tidak boleh diubah dengan kuasa ketenteraan.v. Resolution 758 Majlis Keselamatan PBB pada 8 Jun 1992 mengarahkan semua pihak menghormati perjanjian mereka mengekalkan gencatan senjata dan mengembalikan pengawalan lapangan terbang Sarajevo kepada PBB.vi. Lord Carrington pada 17 Julai 1992 memangil wakil ketiga-tiga pihak bermesyuarat di London tetapi ditolak oleh mereka dan mahu menggunakan orang tengah dari EU. Oleh itu, perundingan menggunakan EU sebagai orang tengah telah gagal.vii. Resolusi 770 Majlis Keselamatan dibuat pada Ogos 1992 sebagai penguatkusaan terhad menggunakan apa sahaja cara untu meneruskan bantuan kemanusiaan, bukan kepada penyelesaian keseluruhan krisis.viii. Pada 6 September 1992, Cyrus Vance (wakil khas Setiausaha Agung PBB) dan Lord David Owen (wakil EU) memberi kata dua kepada Serb meminta mereka mengeluarkan senjata berat dari Sarajevo, Bihac, Jacje dan Gorazde serta meletakkan Gorzde dibawah pengawasan PBB pada 12 September.ix. Pada awal Oktober 1992, Vance dan Owen yang mewakili Persidangan Antarabangsa Bekas Negara Yugoslavia (ICFY) menjadi perunding tellah mengemukakan Pelan Vance-Owen kepada ketiga-tiga pihak yang terlibat dan mula merundingkan tawar-menawar (berkenaan wilayah baru yang dicadangkan di Bosnia). Sehingga Mac 1993, perundingan ini gagal kerana semua pihak sentiasa berbalah tentang wilayah-wilayah yang dicadangkan.x. Resolusi 781 Majlis Keselamatan PBB dibuat.xi. Resolusi 820 Majlis Keselamatan pada 17 April 1993 dibuat dan dijadualkan akan dilaksanakan pada 26 April. Milosevic bersetuju menerima pelan ini dengan syarat isu status timur Bosnia dan kawasan majoriti Muslim diselesaikan dalam perundingan seterusnya dengan Lord Owen. Milosevic kemudiannya mengubah pendirian.xii. Resolusi 836 Majlis Keselamatan dipersetujui pada 4 Jun 1993 sebagai jaminan keselamatan unit UNPROFOR di zon selamat.xiii. Pelan Tindakan EU terhasil pada 8 November 1993 bagi menyelesaikan masalah krajina di Croatia. Pertemuan kali kedua pada Disember juga gagal kerana tidak sepakat dalam pembahagian wilayah.xiv. Atas desakan Jerman, pada 9 Januari 1994, Izetbegovic dan Tudjman bertemu di Bonn membincangkan gencatan senjata dan pembebasan tawanan.xv. Di Bawah tekanan diplomatik US, Croatia setuju menerima plan tajaan US berkenaan pembentukan gabungan persekutuan Muslim-Croatia di mana wilayah Bosnia akan dipegang oleh muslim dan tentera Croatia sebanyak satu pertiga. Peristiwa ini berlaku pada bulan Febuari 1994.xvi. 1 Mac 1994, perjanjian prinsip-prinsip Persekutuan Bosnia (Muslim-Croat) serta permulaan perjanjian persekutuan antara persekutuan Bosnia dengan Croatia dibentuk di Washington. Peristiwa ini dipanggil Perjanjian Washington.

Perlembagaan persekutuan yang dibentuk di Washington pada 18 Mac 1994 mengesahkan kedaulatan dan integriti Bosnia-Herzegovina. Perlembagaan ini akan diterimapakai di wilayah yang tahun 1991, adalh di bawah majoriti penduduk Muslim dan Croatia. Penyelesaian perlembagaan di kawasan yang dikuasai Serb akan ditakrifkan sebagai konteks penyelesaian damai Bosnia. Status Serb yang berada di dalam wilayah perlembagaan kekal tidak selesai. Hanya Bosniac (Label baru kepada Muslim Bosnia) dan Croat dikenalpasti sebagai penduduk negara berperlembagaan Bosnia-Herzegovina. Bermakna selepas perjanjian damai ini berhasil, Bosnia-Herzegovina akan mempraktiskan amalan berperlembagaan seperti hubungan luar negeri.BIBLOGRAFI

Elizabeth M. Cousens dan Charles Cater. (2001). Toward Peace in Bosnia: Implementing the Dayton Accords. US: Lynne Rienner Publisher Inc.Gerald Toal dan Carl T. Dahlman. (2011). Bosnia Remade: Etnic Cleansing and its Reversal. New York: Oxford University Press Inc.Tim Clancy. (2013). Bosnia and Herzegovina. USA: The Globe Pequot Press Inc.http://pureideas76.blogspot.com/2008/09/peperangan-bosnia-1991-1997.html