pengurusan emosi di tempat kerja
DESCRIPTION
StressTRANSCRIPT
-
Dr Rosnah bt Ishak
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan
UMS
-
Suatu ekspresi perasaan daripada naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya.
Kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan (Mohd Fazli Abu Bakar, 2005).
Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.
-
Menurut Cherniss dan Goleman (2001), kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengenal perasaan diri dan orang lain supaya dapat memotivasi diri sendiri serta mengendalikan emosi dengan baik dalam diri dan dalam hubungan dengan orang lain.
Kecerdasan emosi memandu kecerdasan intelektual manusia dalam menentukan keputusan daripada beberapa pilihan yang ada dan seterusnya mengambil tindakan.
-
Pekerja yang unggul adalah pekerja yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi (Cooper & Sawaf, 2000).
Orang yang cerdas emosi mampu mengatasi konflik, menyediakan jambatan bagi melalui jurang, melihat setiap aspek positif daripada masalah, bersedia menempuh segala halangan dengan lebih cekap dan cepat dariapad orang lain.
Kecerdasan emosi tidak didasarkan bagaimana pintarnya seseorang pekerja tetapi menekankan ciri tingkah laku yang dimilikinya.
Kecerdasan intelektual hanya menyumbang 20 peratus berbanding 80 peratus kecerdasan emosi dalam menentukan kejayaan seseorang individu (Goleman, 2002).
-
Seseorang pekerja yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi berupaya: Memahami reaksi emosi diri terhadap sesuatu
keadaan.
Memahami bagaimana orang lain melihat atau membuat persepsi terhadap sesuatu keadaan.
Menjalinkan hubungan akrab dengan manusia.
Memujuk individu lain melalui tingkah laku dan tutur kata yang baik
Mengenal arah tuju dan matlamat berdasarkan nilai, prinsip, dan falsafah peribadi yang kuat.
-
Ketegangan emosi adalah rasa tegang dan tidak selesa emosi yang disedari atau mungkin tidak disedari dan ditunjukkan melalui tingkah laku tertentu.
ketegangan emosi adalah suatu siri reaksi badan yang melibatkan sistem saraf simpatetik, (sebahagian daripada sistem saraf yang menghasilkan tindakan luar kawal) bagi meningkatkan keupayaan badan untuk bergerak balas.
-
Meningkatkan degupan jantung dan kadar pernafasan supaya anda mendapat lebih oksigen dan tenaga.
Megedarkan darah dengan banyak kepada otot-otot besar. Memperlahankan atau menutup system pencernaan
makanan untuk mengurangkan penggunaan tenaga, nutrient dan oksigen.
Meransang badan menghasilkan lebih glukosa bagi menjana tenaga.
Meransang kelenjar adrenal merembeskan epinephrine dan norepinephrine untuk meningkatkan output jantung dan gula dalam darah.
Meransang perembesan kortisol daripada kelenjar arenal untuk meningkatkan gula dalam darah dan tenaga.
Meningkatkan diameter anak mata untuk membolehkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam mata untuk penglihatan yang lebih tepat.
-
Ketakutan
Penolakan
Kebimbangan
Kemarahan
Cemburu
Kritikan
Keangkuhan
Kebencian
-
Simptom biasa
Gangguan tidur
Perubahan berat badan yang mendadak/perubahan corak pemakanan
Simptom luar biasa
Simptom fizikal yang tidak dapat dijelaskan
Kegagalan menguruskan kemarahan atau mengawal rasa marah
Tingkah laku kompulsif atau obsessif
Keletihan dan kekurangan tenaga yang kronik
Masalah ingatan
Menghindari aktiviti sosial
Seks menjadi tidak menarik
Tingkah laku tidak menentu dan Mood swings disedari oleh orang lain di sekeliling anda.
-
Faktor luaran yang biasa Faktor dalaman yang biasa
Perubahan besar dalam hidup
Kerja atau sekolah
Masalah dalam hubungan
Masalah kewangan
Sangat sibuk
Keluarga dan anak-anak
Kebimbangan kronik Sikap pessimis Cakap diri yang negatif Harapan yang tidak
realistic/perfectionism Pemikiran kaku/tidak
fleksibel All-or-nothing
attitude
-
Sedar bahawa kita mempunyai emosi
Dapat mengenal pasti (melabel) emosi yang dirasai
Dapat mengawal emosi supaya kita dapat memilih bagaimana untuk bertingkah laku
-
Kenal pasti punca ketegangan emosi Takut? Letakkan ketakutan hanya kepadaNya sahaja Ditolak? Yakinkan diri bahawa anda adalah penting,
berharga dan diperlukan Bimbang? Fokus kepada sesuatu yang menarik, lebih
pasti untuk terjadi dan memberi makna Marah? Yakinkan diri sendiri bahawa setiap orang
mempunyai kelebihan diri masing-masing. Cemburu? Berikan cinta dan kasih sayang tanpa syarat Dikritik? Ambil positif segala kritikan. Angkuh? Yang layak menerima pujian hanyalah Yang
Maha Kaya Benci? Belajar untuk senyum, beri salam dan mengenali
lebih mendalam orang yang anda benci.
-
Rehat antara waktu kerja Rangka jadual kerja seharian Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak
mampu Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau
keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat
Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat
Luahkan masalah kepada orang lain yang dipercayai Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda Jangan memendam rasa. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat
diatasi
-
Tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara teratur. Ia menghasilkan perasaan relaks dan baik untuk sistem pencernaan.
Luangkan sedikit masa untuk sembahyang/solat/berdoa atau bermeditasi atau sesi santai. Kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik menggalakkan tindak balas santai (relaxation) dalam badan yang dapat mengurangkan tekanan darah, denyutan nadi dan meningkatkan kadar edaran darah.
Berlatih membuat visualisasi. Visualisasikan perkara-perkara menarik yang anda suka, mahu dan inginkan dalam kehidupan anda.
-
Pastikan anda mendapat nutrien yang mencukupi untuk sistem saraf anda. pengamblan nutrientini penting bagi memastikan anda dapat menampung sejumlah tekanan yang dialami tanpa mengalami break down.
Bersikap jujur dengan perasaan anda sendiri. Sekiranya anda mahu merasa gembira dan bahagia, jangan biarkan orang lain membuat anda menderita
Gerakkan badan anda. Latihan yang tetap dan berterusan adalah baik untuk mengelakkan depresi dan mengimbangkan emosi.
Kawal pemakanan. Sesetengah makanan mempunyai kalori yang tinggi menyebabkan anda rasa panas dan tidak selesa membuatkan anda cepat marah.