penilaian kesesuaian bahan bantu mengajar · 2009. 4. 22. · kesesuaian penggunaan “jangka sudut...
TRANSCRIPT
PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR
JANGKA SUDUT KHAS BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK
SURIZAN BINTI MOHAMAD A’ZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. l/97)
UhIIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS .
ruDUL : PENILAIAN KESESUAIAN SAHAN BANTU MENGAJARJAITGKA SUDUT KHAS BAGI MATA PELAJARANMATEMATIK
sEsI PENGAJIAN : 2008/2009
Sava StruZAI\ BINTI MOHAMAD A'Z,lvfr("ar"ara
""*t*,,
mengaku membenarkan tesis @Stvii@el*er$alsa'frh)* Ini disirnpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
l. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
pengajian sahaja.3. Pcrpustakaan dibenarkan membuat salinan tesls ini sebagal bahan pertukaran antara lnstitusl
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( { )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSTARASMT 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah dltentukan oleh
TERIIAD organisasi/badandimanapenyelidikandijalankan
TIDAKTERIIAD
Alamat Tetap :KUNCIAIR 12. DR. HAMDANBIN SAID
36600 CHENDERONGBALAI NAMAPENYELIA
TELUK INTAN, PERAK.
Tarikh : 24 APRIL 2OO9 Tarikh : 2,+ APRIL 2009
tftfE
(TANDATANGAN PENULIS) (TATDATAN GAN PEI{yELIA)
CATATAN: ri
* l
Fotong yang tidek b€rkenaanJika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHADTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
o
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai ddri segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Mudri Sains Dan Komputer Serta Pendidikan $4atematik)".
Tandatangan
NamaPenyelia
Tarikh : 24 APRIL 2009
PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR
JANGKA SUDUT KHAS BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK
SURIZAN BINTI MOHAMAD A’ZMI
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
"Saya akui karya (Penilaian kesesuaian bahan bantu mengajar Jangka Sudut Khas
bagi mata pelajaran Matomatik) ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap sahrnya telah saya jelaskan sumbemya".
n\J '
Tandatangan '........ft.Nama Penulis : SURIZAN BINTI MOHAMAD A'ZMI
Tarikh : 24 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Khasnya untuk:
Allahyarham ayah yang dikasihi Mohamad A’zmi bin Musa
Emak yang disayangi Salmiah binti Mohamad
Kakak dan adik yang tersayang
Segala nasihat dan doa kalian menjadi pendorong untuk ku
meneruskan perjuangan. Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian semua.
Buat insan yang teristimewa:
Suami yang dihormati Salim bin Kamaruddin
Anak yang dikasihi Syazana Nabihah dan Shahir Muttaqin
Segala pengorbanan, doa dan restu kalian menjadi sumber bagiku untuk
meneruskan perjuangan. Kejayaan ini adalah kejayaan milik kita bersama.
Tidak lupa juga untuk:
Kawan-kawan semua
Khasnya yang terlibat dalam menjayakan kajian ini
Terima kasih atas segala sokongan dan keperihatinan.....
iv
PENGHARGAAN
Alhamdullillah, segala pujian dan syukur kepada Allah S.W.T. kerana
dengan izinNya Projek Ijazah Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Selawat dan
salam untuk junjungan Rasullullah S.A.W. serta para sahabat baginda.
Dalam usaha untuk menjayakan projek ini, penulis ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Dr. Hamdan bin Said
yang telah banyak membantu dan memberikan bimbingan sepanjang tempoh kajian
Projek Sarjana Muda ini. Kesabaran dan keikhlasan beliau amatlah dihargai.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak sekolah tempat kajian ini
dilakukan kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya. Tidak lupa juga buat
rakan-rakan dan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam kajian ini secara
langsung mahupun tidak langsung.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesesuaian bahan bantu mengajar “Jangka Sudut
Khas” bagi mata pelajaran Matematik dalam topik penjelmaan. Dalam kajian ini,
kesesuaian penggunaan “Jangka Sudut Khas” dalam pengajaran dibandingkan
dengan Kaedah Konvensional (menggunakan papan hitam dan kapur). Kajian ini
menggunakan rekabentuk ujikaji dan dilakukan dengan membentuk dua kumpulan
responden yang terdiri daripada empat puluh orang pelajar Tingkatan Lima
berprestasi sederhana dalam matematik sebuah sekolah menengah di negeri Perak.
Pelajar Tingkatan Lima dipilih dengan sebab mereka telah mempunyai pengalaman
tentang kemahiran penjelmaan. Instrumen kajian ialah Ujian Pra dan Pasca.
Kesemua responden diberi Ujian Pra sebelum sesi pengajaran dilaksanakan. Sesi
amali menggunakan ”Jangka Sudut Khas” untuk Kumpulan Bahan Maujud dan
kaedah biasa untuk Kumpulan Konvensional menyusuli. Selepas dua sesi
pengajaran, Ujian Pasca diberi selama tiga puluh minit kepada semua responden.
Markah Ujian Pra dan Pasca kedua-dua kumpulan dianalisa dengan statistik
“Levene’s Test for Equality of Variances” dan “t-Test for Equality of Means”.
Analisis data menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
pencapaian responden tentang kefahaman kemahiran putaran yang diuji. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran kemahiran putaran
bagi tajuk Penjelmaan dengan menggunakan “Jangka Sudut Khas” adalah lebih baik
berbanding dengan Kaedah Konvensional. Guru boleh menggunakan “Jangka Sudut
Khas” sebagai satu pilihan alternatif dan inovatif dalam pengajaran dan
pembelajaran topik Penjelmaan dalam subtopik Putaran.
vi
ABSTRACT
This study was carried to evaluate the suitability of teaching aid called “Jangka
Sudut Khas” for teaching the topic of transformation in mathematics. In this study,
the suitability of “Jangka Sudut Khas” in teaching was compared to the conventional
method (using blackboard and chalk). This experimental study was carried out by
dividing forty average form five students of an urban secondary school in Perak into
two groups of twenty. The students were selected because they have prior
experience in the transformation. The study used a self-constructed instrument for
pre-test and post-test. All respondents were given pre-test prior to the teaching
session. After two teaching sessions, post-test was administered to both groups and
was given 30 minutes to complete the test. The mark scores for pretest and posttest
were analyzed using “Levene’s Test for Equality of Variances” and “t-Test for
Equality of Means”. The Data analyzed indicated that there was a significant
different in students’ achievement in the topic being studied. The study indicated
that teaching and learning of the transformation topics in mathematic using Jangka
Sudut Khas is better than traditional way of teaching. Teachers can used this
“Jangka Sudut Khas” as teaching aid in teaching.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGISYTIHARAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii SENARAI LAMPIRAN xiv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2. Latarbelakang Masalah 2
1.3. Pernyataan Masalah 5
1.4. Objektif Kajian 6
1.5. Persoalan Kajian 6
1.6. Hipotesis Kajian 7
1.7. Kepentingan Kajian 8
1.8. Skop Kajian 9
1.9. Definisi Operasional 9
1.10. Penutup 13
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Konsep dan Definisi Bahan Bantu
Mengajar (BBM)
2.3 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar
(BBM)
2.4 Kajian Berkaitan
2.5 Reka Bentuk
2.6 Reka Bentuk BBM
2.6 Penutup
14
15
16
19
22
23
25
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Prosedur Pengumpulan Data
3.7 Analisis Data
3.8 Rasional Pemilihan Tajuk Penjelmaan
3.9 Penutup
27
29
29
30
31
34
35
36
ix
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Keputusan dan Analisis Data 37
4.2.1 Analisis Ujian Pra Kumpulan
Konversional dan Kumpulan
BBM
4.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pasca
Kumpulan Konversional
4.2.3 Analisis Ujian Pra dan Pasca
Kumpulan BBM
4.2.4 Analisis Ujian Pasca Kumpulan
Konversional dan Kumpulan
BBM
38
41
43
45
4.3 Penutup 48
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Perbincangan 49
5.2.1 Persoalan 1: Penggunaan Kaedah
Konversional
5.2.2 Persoalan 2: Penggunaan Kaedah
BBM
5.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan
3: Perbezaan Prestasi Ujian Pra
dan Pasca Bagi Pengajaran
50
51
x
Kaedah BBM (Jangka Sudut
Khas) dan Kaedah Konvensional.
52
5.3 Rumusan 53
5.4 Cadangan 54
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 56
5.6 Penutup 58
RUJUKAN 59 Lampiran A - C 63 - 69
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 39 4.2 Keputusan Ujian Pra Kumpulan Konversional
dan Kumpulan BBM 40
4.3 Analisis Ujian t Pencapaian Pelajar Dalam
Ujian Pra 41
4.4 Keputusan Ujian Pra dan Pasca Kumpulan
Konversional 42
4.5 Analisis Ujian t Ujian Pra dan Pasca
Kumpulan Konversional 43
4.6 Keputusan Ujian Pra dan Pasca Kumpulan
BBM 44
4.7 Analisis Ujian t Ujian Pra dan Pasca
Kumpulan BBM 45
4.8 Analisis Ujian Pasca Kumpulan Konversional
dan Kumpulan BBM 46
4.9 Analisis Ujian t Pencapaian Pelajar Dalam
Ujian Pasca 47
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Reka Bentuk Kajian 29
3.2 Prosedur Kajian 34
xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
BBM - Bahan Bantu Mengajar
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
P - Pelajar
% - Peratus
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Ujian Pra 63 B Ujian Pasca 66 C Surat Akuan Pelajar 69
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa kini, kerajaan menganggap pendidikan penting untuk menghadapi
era globalisasi dan juga mencapai wawasan 2020. Banyak pelaburan telah
dikeluarkan untuk meningkatkan pendidikan di negara kita. Matematik merupakan
salah satu mata pelajaran teras yang penting dalam sains dan teknologi. Memahami
dan menggunakan matematik kian penting kepada kebolehan individu untuk
berfungsi dalam masyarakat dan berjaya dalam alam pekerjaan. Tetapi matematik
sering dianggap salah satu mata pelajaran yang sukar oleh pelajar. Matematik tidak
sama dengan mata pelajaran yang lain kerana ia berkaitan dengan simbol-simbol dan
rumus-rumus yang perlu difahami sebelum dapat digunakan oleh pelajar.
Berbagai perancangan dan tindakan telah dilakukan oleh kerajaan untuk
memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran dalam matematik. Penyusunan
tahap kesukaran dalam sesebuah topik dititik beratkan untuk memastikan pelajar
dapat menguasai kemahiran matematik daripada kemahiran tahap rendah kepada
2
yang lebih tinggi; daripada mudah kepada yang lebih sukar. Tugas seorang guru
pula adalah memastikan perancangan dari segi kaedah, strategi dan penggunaan
bahan bantu mengajar dapat membantu pelajar menguasai kemahiran dengan mudah
dan berkesan.
Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Menengah menunjukkan
bahawa banyak topik yang perlu dipelajari dalam setiap tingkatan. Ada topik yang
sama tetapi kemahiran yang berbeza yang perlu dipelajari oleh pelajar dalam
tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar
dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan dengan itu boleh
dikatakan topik penjelmaan adalah salah satu topik yang penting kepada pelajar
(Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Menengah, 2001). Masa yang diperuntukkan
untuk guru mengajar topik ini adalah diantara 7 hingga 8 minggu bagi setiap
tingkatan (Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Menengah, 2001).
Topik ini memerlukan kemahiran pelajar untuk membayangkan pergerakan
sesuatu titik atau bentuk mengikut cara pergerakan yang diarahkan. Dengan itu
adalah menjadi tugas seorang guru untuk memilih strategi, kaedah dan alat bantu
mengajar yang sesuai untuk membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran.
Persoalannya apakah bahan bantu mengajar sesuai untuk mengajar topik penjelmaan?
1.2 Latarbelakang Masalah
Guru-guru Matematik dan Sains kerap kali menghadapi masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar kurang memahami konsep sesuatu isi
pelajaran yang disampaikan. Faktor tersebut mengakibatkan pencapaian dalam mata
pelajaran yang dianggap penting ini kurang memberangsangkan jika dibandingkan
dengan mata pelajaran lain di sekolah. Kenyataan ini disokong oleh kajian Wan
Mohd. Rani (1998) yang berkaitan dengan keperluan dan masalah yang dihadapi
3
oleh guru-guru sains dan matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Guru-guru sains dan matematik yang dikaji itu menyatakan bahawa mereka
menghadapi masalah dan kesukaran dalam menyempurnakan tugas disebabkan
faktor-faktor seperti kekurangan bahan bantu mengajar, pelajar kurang berdisiplin,
pelajar kurang ketrampilan semasa belajar, pelajar kurang memahami konsep-
konsep asas, pelajar tidak membuat latihan, dan guru kurang berpengetahuan dalam
mata pelajaran yang diajar.
Selain daripada itu, perbezaan gaya pembelajaran pelajar juga sukar dipenuhi
oleh seseorang guru. Dapatan psikologi kognatif menunjukkan bahawa, seseorang
pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dia baca, 20% daripada apa yang dia
dengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat,
70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan
sendiri (Raiff, 1992). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran
yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pengajaran.
Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sendiri sesuatu aktiviti. Dapatan
ini juga mendapati pelajar akan lebih mudah ingat apa yang dipelajari sekiranya dia
melakukan aktiviti itu sendiri. Dengan itu, guru perlu menyediakan bahan bantu
mengajar yang membolehkan pelajar meneroka dan membentuk konsep sendiri
dengan bantuan guru.
Sejak dahulu lagi, kebanyakan pendidik berpendapat bahawa penggunaan
alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik banyak
membantu meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman dan
penguasaan pelajar terhadap kemahiran yang diajar (Noraziah Abd. Hamid, 1981).
Guru haruslah memilih alat bantu mengajar dari pelbagai sumber dan
mengintegrasikannya mengikut keperluan dan kebolehan pelajar. Mat Nor Hussein
dan Abd. Rahman Rashid (1989) turut menyatakan bahawa penggunaan alat bantu
mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mempunyai prinsip-prinsipnya
4
yang tersendiri bagi meningkatkan daya komunikatif sesuatu alat bantu mengajar
tersebut. Hanya alat bantu mengajar yang mempunyai daya komunikatif yang tinggi
mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi
memperkembangkan sikap ilmiah, sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan
mereka. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai juga turut membantu pelajar
untuk menguasai kemahiran asas yang ada dalam sesuatu matapelajaran. Dalam
matapelajaran matematik, kemahiran asas yang ditekankan ialah kemahiran
menambah, menolak, mendarab dan membahagi.
Sebagaimana yang diketahui, pelajar sering menghadapi masalah dalam
membina kefahaman untuk simbol matematik yang kerap digunakan. Pelajar sering
membina kefahaman dengan mengaitkan simbol dengan persembahan yang lain
contohnya bahan konkrit, gambar ataupun bahasa ibunda. Sebagai contohnya ‘+’
hanya akan mempunyai maksud jika kita membuat satu cerita mengenainya untuk
memberikan maksud kepada simbol tersebut. Kebanyakan pelajar mendapati
bahawa pembelajaran matematik susah untuk dikuasai disebabkan konsep-
konsepnya yang berbentuk abstrak. Jadi, untuk mencapai hasil pembelajaran yang
memuaskan, pelajar mestilah mendapatkan pengalaman konkrit terlebih dahulu
sebelum dibawa kepada konsep matematik yang abstrak.
Kebanyakan bahan bantu mengajar dipasaran sekarang banyak melibatkan
perisian. Ini menyukarkan pelajar daripada golongan bertaraf hidup rendah dan
sederhana untuk memiliki dan menggunakannya. Ini adalah kerana bukan semua
pelajar memiliki komputer dirumah. Walaupun boleh dikatakan semua sekolah
memiliki makmal komputer untuk digunakan pelajar, namun kekangan masa bagi
setiap pelajar menggunakannya telah menjadi masalah kepada mereka untuk belajar
berpandukan komputer. Sebagai contoh, Nor Hayati (2001) dalam kajiannya tentang
keberkesanan perisian “The Geometer’s Sketchpad” untuk tajuk penjelmaan telah
mengenalpasti beberapa kekangan penggunaan perisian tersebut. Kajian beliau
5
mendapati tidak semua pelajar mahir dalam IT terutamanya pelajar luar bandar.
Masalah penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar turut menjadi
kekangan paling besar kepada pelajar kerana kebanyakan perisian adalah dalam
bahasa ini.
Selain daripada itu bahan bantu mengajar yang berbentuk maujud dipasaran
kebanyakannya hanya dibuat khas untuk guru bagi ditunjukkan di hadapan kelas. Ini
menyebabkan ada pelajar yang tidak dapat menguasai konsep yang disampaikan
oleh guru terutamanya bagi kelas yang besar. Kebanyakan pelajar tidak berpeluang
untuk mencuba bahan bantu mengajar yang ditunjukkan oleh guru.
Oleh itu, kajian ini perlulah dijalankan agar dapat mencari serta
mencadangkan langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah pelajar dan guru di
dalam semua aspek terutamanya dalam mencapai objektif pembelajaran. Antara
pendekatan yang digunakan di dalam melaksanakan kajian ini ialah temubual,
soalselidik, tinjauan dan penghasilan bahan bantu mengajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Bahan bantu mengajar (BBM) adalah satu alat yang dapat membantu guru
dan pelajar menguasai sesuatu konsep dan menarik minat pelajar dalam sesuatu
pengajaran. Sehubungan dengan itu kajian ini bertujuan untuk menilai kesesuaian
alat “Jangka Sudut Khas” (JSK) yang direkacipta oleh pengkaji untuk Tajuk
Penjelmaan dalam mata pelajaran Matematik. Penggunaan alat ini dapat
memudahkan pelajar untuk memahami konsep matematik yang disampaikan oleh
6
guru dan akhirnya dapat mengekalkannya dalam ingatan untuk satu jangka masa
yang lebih panjang.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan Pasca
dalam pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan
kaedah konvensional.
2. Mengenal pasti perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan Pasca
dalam pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan
bahan maujud.
3. Mengenal pasti perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pasca dalam
pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan bahan
maujud dan kaedah konvensional.
.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba menjawab persoalan kajian berikut:
7
1. Apakah terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan Pasca
dalam pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan
kaedah konvensional?
2. Apakah terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan Pasca
dalam pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan
bahan maujud?
3. Apakah terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pasca dalam
pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan bahan
maujud dan kaedah konvensional?
1.6 Hipotesis Kajian
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan
Pasca yang signifiken dalam pengajaran dan pembelajaran
topik penjelmaan menggunakan kaedah konversional.
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan
Pasca yang signifiken dalam pengajaran dan pembelajaran
topik penjelmaan menggunakan kaedah BBM.
Ho3 : Tidak terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pasca
yang signifiken dalam pengajaran dan pembelajaran topik
penjelmaan menggunakan kaedah konversional dan kaedah
BBM.