perbezaan isyarat ktbm dan bim.pptx 2
DESCRIPTION
perbezaan antara isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu dan Bahasa Isyarat MalaysiaTRANSCRIPT
![Page 1: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/1.jpg)
PERBEZAAN ISYARAT KTBM DAN BIM
DISEDIAKAN OLEH :SITI NORHAZEAH BINTI SUHAILIN930423-12-6192
BENDA YANG ADA DI RUMAH DAN YANG ADA KAITAN DENGANNYA
![Page 2: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/2.jpg)
CAWAN
KTBM BIM
Tangan kiri terbuka tapak ke atas.Tangan kanan ‘G’ ibu jari dan jari telunjuk bertemu hujung jari menghadap ke kiri di atas tapak kiri. Tangan kanan ‘G’ naik ke atas seperti orang sedang minum teh.
Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan “G” ibu jari dan jari telunjuk bertemu hujung jari menghadap ke kiri di atas tapak kiri. Naik ke atas tapak tangan.
![Page 3: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/3.jpg)
PIRING
KTBM BIM
Kedua-dua belah tangan ‘G’ Dirapatkan menghadap satu sama lain.
Kedua-dua belah tangan “G” hujung jari dirapatkan menghadap satu sama lain.
![Page 4: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/4.jpg)
PINGGAN
KTBM BIM
Kedua-dua belah tangan ‘G’ hujung jari menghadap satu sama lain.
Kedua-dua belah tangan “G” hujung jari menghadap satu sama lain. Lalu direnggangkan sedikit ke kiri kanan
![Page 5: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/5.jpg)
SUDU
KTBM BIM
tangan kiri menadah, jari ke kanan, tangan kanan “U” tapak ke atas. Hujung jari ke kiri. Digerakkan tangan kanan ke atas tapak kiri arah ke kiri.
Tangan kanan “A” tapak ke bawah. Digerakkan melengkung ke dalam.
![Page 6: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/6.jpg)
DULANG
KTBM BIM
kedua-dua belah tangan “D” buat seperti orang peggang dulang.
Kedua-dua belah tangan digenggam paras dada. Gerakkan naik ke atas sedikit seperti membawa dulang.
![Page 7: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/7.jpg)
GARPU
KTBM BIM
Tangan kiri menadah serong menghadap kanan. Tangan kanan ‘W’ hujung jari ke bawah tapak ke dalam. Lalu tikamkan ke atas tapak kiri dua kali pada dua tempat.
Tangan kiri terbuka tapak ke atas di bawah dada.Tangan kanan “W” tapak ke dalam diletakkan di atas tapak kiri.
![Page 8: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/8.jpg)
PISAU
KTBM BIM
Kedua-dua tangan ‘H’ tapak kiri menghadap dalam hujung jari serong ke kanan. Letakkan jari ‘H’ kanan pada pangkal kiri lalu gerakkan hingga melepasi hujung telunjuk kiri.
Kedua-dua belah tangan terbuka. Tangan kiri tapak ke dalam, tangan kanan anak jari kenakan pada ibu jari kiri.ditarikkan ke dalam
![Page 9: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/9.jpg)
PARANG
KTBM BIM
Tangan kiri ‘H’ tangan kanan ‘P’ tapak menghadap dalam hujung jari serong ke kanan, letakkan jari ‘H’ kanan pada pangkal jari telunjuk kiri. gerakkan jari kanan hingga melepasi hujung telunjuk jari kiri.
Tangan kiri “S” tapak ke bawah, tangan kanan terbuka ke dalam. Digerakkan ke atas ke bawah seperti menetak pada pergelangan tangan.
![Page 10: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/10.jpg)
KERIS
KTBM BIM
Tangan kiri ‘H’ tapak menghadap dalam jari serong ke kanan, tangan kanan ‘K’ letak letak hujung jari hantu di atas pangkal jari telunjuk kiri. Gerakkan ke kanan berombak-ombak seperti lekuk mata keris.
Tangan kiri “S” menghadap ke dada, tangan kanan kanan “G”. Digerakkan jari telunjuk dan ibu jari secara berombak ke kanan dan berhenti jari telunjuk dan ibu jari bertemu, seperti bentuk keris.
![Page 11: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/11.jpg)
KAPAK
KTBM BIM
Tangan kanan ‘K’. Buat seperti orang menebang pokok iaitu bergerak dari atas kanan menyerong ke bawah kiri.
Tangan kanan “5” dirapatkan di tepi pipi. Gerakkan turun bawah dan bawa ke tengah dada, buat seperti membelah kayu.
![Page 12: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/12.jpg)
LAMPU
KTBM BIM
Tangan kanan ‘5’ jari ke depan tapak menghadap bawah. Gerakkan ke bawah dari atas kanan kepala.
Tangan kanan “O” tapak ke bawah di paras atas kepala. Dibuka menjadi “5”.
![Page 13: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/13.jpg)
KIPAS
KTBM BIM
Tangan kanan ‘K’ di pipi kanan. Lalu dikipas-kipaskan.
tangan “K” hujung jari ke atas lalu buat pusingan beberapa kali.
Tangan kanan “5” bengkok paras bahu hujung jari ke kiri lalu dipusing ke depan dan ke dalam.
![Page 14: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/14.jpg)
JAM
KTBM BIM
Tangan kanan ‘Q’ Letakkan ibu jari dan jari telunjuk di belakang pergelangan tangan kiri supaya menampakkan bulatan.
Tangan kiri terbuka tapak ke kanan tangan kanan “D” kenakan pada tapak kiri. Buat pusingan ikut arah jam.
![Page 15: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/15.jpg)
KUALI
KTBM BIM
Kedua-dua belah tangan ‘K’. Rapatkan kedua-dua belah tangan lalu direnggangkan serta melengkung naik tapak menghadap satu sama lain.
Kedua-dua belah tangan terbuka tepi tapak bertemu hujung jari ke depan. Renggangkan melengkung ke kiri kanan menjadi “A” ibu jari ke depan.
![Page 16: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/16.jpg)
BAKUL
KTBM BIM
Tangan kiri “S” lengan tegak, tapak menghadap bawah jari ke kiri. Kenakan tepi jari telunjuk kanan pada tengah lengan kiri lalu bergerak melengkung kenakan bawah siku, tapak menadah.
Tangan kanan “S” tegak, tapak menghadap dalam. Tangan kiri “B” tapak ke bawah. Kenakan tepi jari telunjuk kanan pada pergelangan tangan kiri lalu bergerak melengkung kena bawah siku, tapak menadah.
![Page 17: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/17.jpg)
BENANG
KTBM BIM
Kedua-dua belah tangan “I” tapak menghadap dalam. Temukan kedua-dua hujung jari kelengkeng lalu tangan kanan digerakkan ke kanan.
Kedua-dua belah tangan “I” tapak ke dalam. Temukan kedua-dua hujung jari kelingking lalu tangan kanan dan kiri digerakkan ke kanan.
![Page 18: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/18.jpg)
JARUM
KTBM BIM
Tangan kanan “L” bengkok tapak menghadap depan. Temukan hujung jari telunjuk dengan hujung ibu jari lalu dikilaskan ke kiri hingga tapak menghadap atas.
Kedua-dua tangan “D”, tangan kiri jari ke atas. Jari kanan menyucuk belakang jari kiri tembus ke depan.
![Page 19: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/19.jpg)
TEKO
KTBM BIM
Tangan kanan “I” tapak menghadap kiri. Tangan kanan “I” melengkung ke atas, depan terus ke bawah sambil hujung jari telunjuk menghala ke bawah.
Tangan kanan “Y” tapak menghadap kiri ibu jari ke atas. Digerakkan melengkung ke depan sambil hujung jari telunjuk menghala ke bawah.
![Page 20: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/20.jpg)
SETERIKA
KTBM BIM
Tangan kanan “S” tapak menghadap bawah di depan dada. Digerakkan ke kiri dan ke kanan.
Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan “Y” tapak menghadap bawah di depan dada. digerakkan ke kiri dan ke kanan.
![Page 21: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/21.jpg)
MANGKUK
KTBM BIM
Tangan kanan “5”.Tapak menghadap atas jari separuh bengkok.
Tangan kanan “5” tapak menghadap atas, jari separuh bengkok lalu digerakkan ke bawah sedikit.
![Page 22: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/22.jpg)
SABUN
KTBM BIM
Tangkup kedua-dua belah tangan seperti memegang sabun. Tangan kanan bergerak ke kiri ke kanan seperti menggosok sabun itu.
Kedua-dua tangan “S” tapak menghadap bawah, letakkan tangan kanan di atas tangan kiri. Gerakkan ke kiri dan ke kanan.
![Page 23: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/23.jpg)
RADIO
KTBM BIM
Tangan kanan “5” jari separuh bengkok, tepi telinga kanan.
Kedua-dua tangan “5” jari dibengkokkan,hujung jari ke depan paras dada. Gerakkan kedua-dua tangan.
![Page 24: Perbezaan Isyarat Ktbm Dan Bim.pptx 2](https://reader036.vdocuments.net/reader036/viewer/2022081417/563dbac3550346aa9aa7da06/html5/thumbnails/24.jpg)
BALDI
KTBM BIM
Tangan kiri terbuka telentang hujung jari serong ke kanan pada paras perut.Tangan kanan “S” tapak menghadap bawah setengah meter jarak di atas tapak tangan.
Buat isyarat “air” kemudian tangan kanan “Y” tapak ke dalam paras pinggang. Naikkan ke atas sedikit seakan-akan memegang baldi.