pidato rasuah pemusnah integriti masyarakat.docx

4
Pidato Rasuah Pemusnah Integriti Masyarakat Terima kasih, peneraju majlis. Yang dihormati panel juri yang sentiasa bersama panji keadilan, saudara/saudari penjaga masa yang cakna dengan randiknya, dif-dif kehormat serta warga intelektual penerus wawasan negara. Asalamualaikum, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia. ‘Rasuah Pemusnah Integriti Masyarakat’ Begitulah mauduk pidato yang bakal meniti di bibir saya. Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina mauduk pidato saya pada hari ini agar yang kabur dijelaskan dan yang gelap diterangkan. Definis rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud wang yang diberikan oleh orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah dan cepat tetapi salah mengikut undang-undang negara. Pemusnah membawa erti sesuatu yang membinasakan. Integriti bermaksud kejujuran. Manakala masyarakat merupakan sekumpulan manusia yang hidup bersama. Oleh itu, secara generalisasinya, amalan sogokan akan membinasakan nilai kejujuran dalam sekumpulan manusia yang hidup bersama. Hadirin yang dihormati, Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini. Gejala ini merupakan duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita. Syed Hussein al-Attas menyatakan bahawa rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi. Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan integriti dan maruah Malaysia sekaligus menimbulkan kesan negatif. Hadirin sekalian,

Upload: jonathan-wilson

Post on 19-Dec-2015

1.630 views

Category:

Documents


100 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pidato Rasuah Pemusnah Integriti Masyarakat.docx

Pidato Rasuah Pemusnah Integriti Masyarakat

Terima kasih, peneraju majlis. Yang dihormati panel juri yang sentiasa bersama panji keadilan, saudara/saudari penjaga masa yang cakna dengan randiknya, dif-dif kehormat serta warga intelektual penerus wawasan negara. Asalamualaikum, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

‘Rasuah Pemusnah Integriti Masyarakat’

Begitulah mauduk pidato yang bakal meniti di bibir saya. Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina mauduk pidato saya pada hari ini agar yang kabur dijelaskan dan yang gelap diterangkan.

Definis rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud wang yang diberikan oleh orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah dan cepat tetapi salah mengikut undang-undang negara. Pemusnah membawa erti sesuatu yang membinasakan. Integriti bermaksud kejujuran. Manakala masyarakat merupakan sekumpulan manusia yang hidup bersama. Oleh itu, secara generalisasinya, amalan sogokan akan membinasakan nilai kejujuran dalam sekumpulan manusia yang hidup bersama.

Hadirin yang dihormati,

Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini. Gejala ini merupakan duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita. Syed Hussein al-Attas menyatakan bahawa rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi. Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan integriti dan maruah Malaysia sekaligus menimbulkan kesan negatif.

Hadirin sekalian,

Gejala rasuah di Malaysia berada pada tahap sederhana dan terkawal. Namun begitu, amalan rasuah masih berlaku dalam semua peringkat kehidupan manusia. Amalan rasuah juga merupakan penyakit masyarakat yang sukar diatasi kerana pengetahuan tentang keburukan gejala rasuah ini kurang diketahui oleh masyarakat pada hari ini. Walau bagaimanapun, masyarakat sekarang yang masih mengamalkan amalan rasuah ini harus sedar bahawa undang-undang negara kita tidak akan memandang enteng amalan rasuah ini kerana perkara ini merupakan amalan yang buruk yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman masyarakat setempat mahupun negara. Statistik terkini menunjukkan bahawa bilangan kes rasuah yang disiasat meningkat dua kali ganda, daripada 663 kes pada tahun 2001 kepada 1317 kes pada tahun 2006. Bilangan tangkapan juga meningkat dari 318 kepada 564. Jika amalan ini masih berterusan, ia dapat menggugat keutuhan masyarakat dan tidak mustahil suatu hari nanti negara kita akan tergadai.

Pada tahun 2011, negara digegarkan dengan isu rasuah yang menular dalam industri bola sepak tempatan. Ianya membangkitkan kembali memori pahit dan sejarah hitam industri

Page 2: Pidato Rasuah Pemusnah Integriti Masyarakat.docx

tersebut pada era 90-an apabila suram dan hampir tidak bernyawa. Tamparan hebat tersebut seharusnya menjadi ingatan dan pengajaran kepada semua pihak khususnya penjawat awam.

Mengapa hal ini dikatakan kepada penjawat awam? Sesungguhnya, saya merasakan adanya kepentingan untuk membangkitkan isu ini agar ianya menjadi pedoman. Menurut kajian yang dilakukan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam pada tahun 2010, seramai 418 200 atau 41% daripada 1.2 juta penjawat awam di negara kita terlibat dalam gejala rasuah ini! Lihatlah angka tersebut. Ianya menunjukkan segelintir penjawat awam di negara kita tidak mempunyai integriti kepada diri, agama dan negara. Jadi, di manakah letaknya akal golongan-golongan ini?

Sementara itu, saya ingin mengajak hadirin sekalian melihat statistik rasuah hasil daripada kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengalami peningkatan dari tahun 1994 hingga tahun 1999. Kajian juga mendapati bahawa pada tahun 1997, Malaysia mencatat peningkatan kadar rasuah paling tinggi iaitu sebanyak 10 087 kes. Hal ini belum lagi dengan kes-kes yang belum direkodkan. Cuba hadirin bayangkan, sekiranya rakyat negara kita dicop sebagai rakyat negara Islam yang paling banyak mengambil rasuah di dunia? Walaupun mengiku carta yang dikeluarkan oleh Tarnsparency International-The Corruption Perception Index menunjukkan kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah peringkat global masih dalam keadaan stabil, namun hadirin sekalian belum lagi boleh menarik nafas lega. Adakah kita hanya ingin bergantung kepada statistik ini? Yakinkah kita dengan kedudukan tersebut?

Hadirin yang dihormati sekalian,

Rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan ibadah-ibadah kita yang lain. Alangkah ruginya kita, disebabkan perbuatan rasuah, ibadah dan doa kita menjadi sia-sia sekaligus akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat ALLAH swt. Firman ALLAH swt dalam Surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud:

“Antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta-harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Oleh itu, saya ingin mengingatkan diri saya dan tuan-tuan, puan-puan sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH swt dan mengukuhkan fahaman terhadap agama, agar virus rasuah ini tidak melekat pada diri kita. Marilah sama-sama kita meningkatkan integriti dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab dalam menghapuskan rasuah. Tuan-tuan, puan-puan, penjawat awam serta pihak yang terlibat, fahamilah, renungilah dan hayatilah bahawa virus rasuah ini adalah virus pemusnah. Janganlah kita mudah termakan dengan janji manis dan hasutan yang diberikan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Adalah menjadi harapan kita semua untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing dan bebas dari segala ancaman dalam dan luar negara. Tanamkan tekad di hati, bulatkan azam penuh bermisi, jadikan bangsa Malaysia, bangsa bebas rasuah bangsa berintegriti!