~pilihan utama ke tanah suci~ pakej umrah … dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah...

9
~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~ PAKEJ UMRAH 2017/1439H 12 HARI 10 MALAM Via Saudi Airlines Pilihan 1 : Tarikh : 06hb Disember 2017 17hb Disember 2017 Penerbangan : Saudi Airlines ~ Terus Ke Madinah / Makkah / Jeddah Tempat Penginapan : Madinah Rove al Madinah atau setaraf harganya (4*) ~Jarak Dari Hotel Ke Masjid Nabawi 70+ meter~ Makkah Dar Al Ghufran Hotel (5*) ~Safwah Tower ~Jarak Dari Hotel Ke Masjidil Haram 25-+ @ setaraf harganya Kenderaan : Bas Berkumpulan Bersama Mutawif Khas HARGA PAKEJ DARI: PAKEJ A (4* & 5*) KELAS EKONOMI RM 10,890.00 Seorang (2 orang sebilik) RM 9,890.00 Seorang (3 orang sebilik) RM 9,690.00 Seorang (4 orang sebilik) RM 11,290.00 Seorang (4 orang sebilik – Family Room) RM 10,490.00 Seorang (4 orang sebilik Kanak – F. Room) RM 9,490.00 Seorang (Kanak Kanak Berkatil) RM 3,990.00 Seorang (Kanak Kanak Tanpa Katil – 4 tahun) NOTA : Pilihan Tiket Kelas Perniagaan Tambahan RM3,500.00 hingga RM4,500.00 seorang dari harga pakej di atas Tertakluk kepada kekosongan tempat duduk dan bilik semasa membuat penempahan. Pakej berdasarkan minimum 30 orang sekali berangkat. Harga pakej tertakluk kepada pindaan dari Syarikat Penerbangan, Hotel, Visa & tukaran mata wang asing tanpa sebarang notis. Tiada penempahan dibuat untuk tiket & Hotel melainkan mendapat pengesahan dan kepastian daripada pihak Tuan/Puan. Maklumat Penerbangan: Tarikh Pesawat Berlepas ETD Tiba ETA 06 DEC 2017 SV829 KUL 1500 MED 2010 16 DEC 2017 SV832 JED 2300 KUL 1300 + 1 (17 DEC 17) Co.No.363381/P Unit A15-3, Jalan Selaman 1/1 Dataran Palma 68000 Ampang, Selangor. MALAYSIA Tel: 603-4270 1522 Fax: 603-4270 5217 Website: www.yhatour.com Email: [email protected] / [email protected]/[email protected] KPL/LN: 3096

Upload: tranthuy

Post on 20-May-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~ PAKEJ UMRAH … dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan. Jemaah akan dibawa

~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~

PAKEJ UMRAH 2017/1439H 12 HARI 10 MALAM

Via Saudi Airlines Pilihan 1 :

Tarikh : 06hb Disember 2017 – 17hb Disember 2017

Penerbangan : Saudi Airlines ~ Terus Ke Madinah / Makkah / Jeddah

Tempat Penginapan : Madinah Rove al Madinah atau setaraf harganya (4*) ~Jarak Dari Hotel Ke Masjid Nabawi 70+ meter~

Makkah Dar Al Ghufran Hotel (5*) ~Safwah Tower

~Jarak Dari Hotel Ke Masjidil Haram 25-+ @ setaraf harganya

Kenderaan : Bas Berkumpulan Bersama Mutawif Khas

HARGA PAKEJ DARI: PAKEJ A (4* & 5*) KELAS EKONOMI RM 10,890.00 Seorang (2 orang sebilik) RM 9,890.00 Seorang (3 orang sebilik) RM 9,690.00 Seorang (4 orang sebilik) RM 11,290.00 Seorang (4 orang sebilik – Family Room) RM 10,490.00 Seorang (4 orang sebilik Kanak – F. Room) RM 9,490.00 Seorang (Kanak Kanak Berkatil) RM 3,990.00 Seorang (Kanak Kanak Tanpa Katil – 4 tahun)

NOTA : Pilihan Tiket Kelas Perniagaan

Tambahan RM3,500.00 hingga RM4,500.00 seorang dari harga pakej di atas

Tertakluk kepada kekosongan tempat duduk dan bilik semasa membuat penempahan.

Pakej berdasarkan minimum 30 orang sekali berangkat.

Harga pakej tertakluk kepada pindaan dari Syarikat Penerbangan, Hotel, Visa & tukaran mata wang asing tanpa sebarang notis.

Tiada penempahan dibuat untuk tiket & Hotel melainkan mendapat pengesahan dan kepastian daripada pihak Tuan/Puan.

Maklumat Penerbangan:

Tarikh Pesawat Berlepas ETD Tiba ETA

06 DEC 2017 SV829 KUL 1500 MED 2010

16 DEC 2017 SV832 JED 2300 KUL 1300 + 1 (17 DEC 17)

Co.No.363381/P

Unit A15-3, Jalan Selaman 1/1 Dataran Palma 68000 Ampang, Selangor. MALAYSIA Tel: 603-4270 1522 Fax: 603-4270 5217 Website: www.yhatour.com Email: [email protected] / [email protected]/[email protected]

KPL/LN: 3096

Page 2: ~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~ PAKEJ UMRAH … dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan. Jemaah akan dibawa

Pilihan 2:

Tarikh : 06hb Disember 2017 – 17hb Disember 2017

Penerbangan : Saudi Airlines ~ Terus Ke Madinah / Makkah / Jeddah

Tempat Penginapan : Madinah Rove al Madinah atau setaraf harganya (4*) ~Jarak Dari Hotel Ke Masjid Nabawi 70+ meter~

Makkah Mira Ajyad / Azka al Safa Hotel atau setaraf harganya (3*)

~Jarak Dari Hotel Ke Masjidil Haram 260-+

Kenderaan : Bas Berkumpulan Bersama Mutawif Khas

HARGA PAKEJ DARI: PAKEJ A (4* & 3*) KELAS EKONOMI RM 8,690.00 Seorang (2 orang sebilik) RM 7,690.00 Seorang (3 orang sebilik) RM 7,490.00 Seorang (4 orang sebilik) RM 6,990.00 Seorang (Kanak Kanak Berkatil) RM 3,990.00 Seorang (Kanak Kanak Tanpa Katil – 4 tahun)

Tertakluk kepada kekosongan tempat duduk dan bilik semasa membuat penempahan.

Pakej berdasarkan minimum 30 orang sekali berangkat.

Harga pakej tertakluk kepada pindaan dari Syarikat Penerbangan, Hotel, Visa & tukaran mata wang asing tanpa sebarang notis.

Tiada penempahan dibuat untuk tiket & Hotel melainkan mendapat pengesahan dan kepastian daripada pihak Tuan/Puan.

Maklumat Penerbangan:

Tarikh Pesawat Berlepas ETD Tiba ETA

06 DEC 2017 SV829 KUL 1500 MED 2010

16 DEC 2017 SV832 JED 2300 KUL 1300 + 1 (17 DEC 17)

Harga Pakej termasuk :

Urusan daftar masuk di KLIA dan bagasi.

Sambut dan Bantu di Lapangan Terbang Medinah & Jeddah.

Tiket penerbangan pergi balik KUL/MED - JED/KUL

Cukai Lapangan terbang dan bahan bakar. (Tertakluk kepada pindaan semasa daripada pihak

penerbangan).

Penginapan 4 malam di Madinah dan 6 malam di Makkah.

Pengangkutan dengan bas berhawa dingin.

3 kali makan sehari (Sarapan pagi/ makan tengahari / makan malam).

Mengerjakan umrah dengan bantuan ustaz-ustaz yang berpengalaman.

Ziarah di Madinah dan Makkah seperti di dalam aturcara.

Pengurusan visa umrah.

Skim perlindungan insuran Chartis Malaysia Berhad. (bagi jemaah yang berumur 70tahun ke

bawah).

Page 3: ~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~ PAKEJ UMRAH … dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan. Jemaah akan dibawa

Saguhati seperti Kain Ihram, Kain Telekung, Beg galas, Beg sandang, Buku panduan umrah,

Kursus umrah dan Air Zam-Zam 5 liter seorang.

MAKLUMAT TEMPAHAN

Tempahan dan bayaran pendahuluan

Setiap penempahan disertakan nama bakal jemaah yang akan berangkat mengikut Kad

pengenalan atau Passport.

Deposit / Wang pendahuluan sebanyak RM1, 000.00 seorang.

Pembayaran boleh di buat terus atas nama “YHA TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD.”

Akaun No 800 249 4957 CIMB Bank.

Pembayaran melalui kredit kad akan dikenakan 3% oleh pihak bank daripada harga pakej.

Bayaran penuh

Bayaran sepenuhnya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 50 hari sebelum tarikh berlepas.

Harga pakej tidak termasuk

Penggunaan telefon, telegram & dobi .

Makan dan minum selain daripada yang disediakan.

Lebihan barangan 23KG(kelas ekonomi) & 32KG (Kelas perniagaan) setiap 2 beg seorang

daripada had yang dibenarkan oleh pihak penerbangan.

Lawatan yang tidak termasuk di dalam aturcara.

Pengangkutan ke Tanaei’m untuk miqat umrah pada hari acara bebas.

Tips untuk angkat beg semasa tiba atau pulang di airport Jeddah.

Perbelanjaan persendirian yang lain.

Ceramah Agama

Waktu & masa untuk Ceramah Agama, Tahlil Arwah, Taklimat Check out & Tawaf wada’

akan ditentukan oleh Ustaz. Jemaah dinasihatkan supaya selalu membaca nota di papan

kenyataan atau di Dewan makan. Jika ada sebarang kemusykilan didalam menunaikan umrah

sila kemukan kepada Ustaz .

Sila maklumkan pada Ustaz sekiranya ada jemaah yang berhasrat untuk bersedekah atau

mengadakan aqiqah/tahlil semasa di Makkah.

Bayaran balik

Bayaran balik tidak diberikan jika sebarang perjalanan, makanan atau perkhidmatan lain yang

disediakan tidak digunakan.

Bayaran pendahuluan akan dipulangkan sekiranya tempahan tiket & hotel tidak mendapat

pengesahan.

Tiada bayaran balik bagi pembatalan dalam tempoh 3 minggu sebelum penerbangan.(Tertakluk

pada pindaan semasa)

Bayaran visa sebanyak RM500.00 akan dikenakan sekiranya visa telah di proses.

Page 4: ~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~ PAKEJ UMRAH … dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan. Jemaah akan dibawa

Nota:

YHA Travel & Tours (M) Sdn. Bhd. Berhak meminda mana-mana perkara yang terkandung

didalam pakej ini di atas sebab- sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan tanpa notis.

Kelulusan visa tertakluk kepada Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi. Pengurusan visa selewat-

lewatnya satu bulan sebelum tarikh berangkat.

Para jemaah tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran tempat penginapan, aturcara dan

lain-lain sebagaimana yang telah ditetapkan semasa berada di Arab Saudi.

Jadual penerbangan , harga pakej, tempat penginapan dan aturcara tertakluk kepada perubahan

semasa tanpa sebarang notis.

Umrah Tanaim – Tambang di antara SR5-10 . Masjid Saidatina Aishah untuk bermiqat (niat

mengerjakan umrah) kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah.

Madinah - Medan magnet, Kebun Salman Al Parisi, Gua Sajadah & Gua Uhud – SR 30-35 Seorang.

**************************************************************************

Syarat-Syarat &Dokumen yang di perlukan untuk permohonan visa :

Pasport antarabangsa yang masih sah laku tidak kurang enam bulan dari tarikh tamat dan minima 4 mukasurat kosong. (Kepada jemaah yang menjadi Penjamin & di istihar Muflis sila rujuk dahulu status anda di Imigresen sebelum membuat penempahan)

3 keping gambar bersaiz 6x4 cm dan berlatar belakang berwarna putih, muka zoom 70% - 80%.

Buku suntikan meningococcal ACYW-135 dari Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta.

Wanita yang berumur bawah 45 tahun mestilah pergi bersama mahram iatu ahli keluarga (suami/bapa/abang/adik lelaki/bapa Saudara/atuk sebelah lelaki)) sahaja beserta salinan surat nikah / surat beranak.Dokumen perlu disahkan oleh Majlis Agama Islam /JPN & Wisma Putra.

Salinan surat nikah diperlukan untuk pasangan suami isteri yang pergi bersama mengerjakan umrah perlu di sahkan oleh Majlis Agama Islam & Wisma Putra.

Salinan surat beranak kanak-kanak yang bermahramkan bapa perlu pengesahan dari JPN & Wisma Putra.

Wanita yang berumur 45 tahun ke atas yang belum berkahwin,bercerai,atau kematian suami yang hendak mengerjakan umrah tidak memerlukan apa –apa dokumen.

Mengisi borang pendaftaran untuk maklumat jemaah.

Page 5: ~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~ PAKEJ UMRAH … dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan. Jemaah akan dibawa

ATURCARA PAKEJ UMRAH

HARI 01 KUALA LUMPUR / MADINAH

06hb Disember 2017 (Rabu)

Berkumpul di KLIA 11.45 pagi sebelum penerbangan di aras 5, di Kaunter K.

Jemaah diminta melaporkan diri dengan kakitangan YHA yang bertugas dan

menyerahkan beg untuk urusan Check in. Sementara menunggu urusan check in selesai

jemaah bolehlah membuat urusan sendiri. Passport dan boarding pass akan diserahkan

kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan.

Jemaah akan dibawa memasuki kawasan imigresen dan seterusnya bertolak ke Madinah

jam 3.00 petang dengan penerbangan SAUDI AIRLINES.

Tiba di Madinah jam 8.10 malam waktu tempatan,urusan imigresen akan mengambil

masa 2-3 jam. Selesai urusan imigresen jemaah diminta mengambil beg masing –

masing untuk pemeriksaan kastam dan seterusnya akan di sambut oleh wakil YHA yang

bertugas. Seterusnya jemaah akan dibawa ke Hotel di Madinah dan daftar masuk hotel.

(MM)

HARI 02 MADINAH / ZIARAH MAQAM

07hb Disember 2017 (Khamis)

Selepas solat subuh dan sarapan pagi, jemaah di minta berkumpul dilobi hotel. Jemaah

akan dibawa menziarahi Makam Rasulullah S.A.W, Makam Abu Bakar Al Siddiq,

Makam Umar Al Khattab, Raudhah dan perkuburan Baqi’.Kembali ke tempat

penginapan untuk persediaan Solat Zohor.

Masa seterusnya bebas untuk mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di

Masjid Nabawi. (SP/MT/MM)

HARI 03 MADINAH / SOLAT JUMAAT DI MASJID NABAWI

08hb Disember 2017 (Jumaat)

Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri dengan memperbanyakkan ibadah di Masjid

Nabawi. (SP/MT/MM)

HARI 04 MADINAH / ZIARAH KOTA MADINAH

09hb Disember 2017 (Sabtu)

Solat Subuh di Masjid Nabawi. Selepas solat subuh dan sarapan pagi, jemaah di minta

berkumpul dilobi hotel. Seterusnya jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat

bersejarah di sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid

Qiblatain, Bukit Uhud -Makam Syuhada Uhud dan diakhiri dengan Pasar Kurma.

Kembali ke tempat penginapan untuk persediaan Solat Zohor di Masjid Nabawi.

Aturcara seterusnya jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid.

(SP/MT/MM)

Page 6: ~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~ PAKEJ UMRAH … dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan. Jemaah akan dibawa

HARI 05 MADINAH / MAKKAH

10hb Disember 2017 (Ahad)

Solat subuh di Masjid Nabawi.

Membuat persediaan untuk berihram seperti membersihkan diri dan lain-lain lagi.

Jemaah diminta menurunkan segala beg dan barang–barang untuk urusan daftar keluar

hotel sebelum ke Masjid untuk Solat Zohor.

Selepas solat & makan tengahari, jemaah di minta berkumpul di Lobi hotel untuk dibawa

ke Makkah dan akan singgah di Masjid Zulhulaifah atau BIR ALI untuk miqat dan solat

sunat ihram.

Tiba di Makkah, jemaah akan di bawa ke tempat penginapan untuk daftar masuk.

Jemaah diminta menyimpan beg masing – masing dan makan malam. Seterusnya jemaah

diminta berkumpul di Lobi Hotel untuk dibawa menyempurnakan ibadah umrah dengan

bimbingan ustaz yang berpengalaman. (SP/MT/MM)

HARI 06 MAKKAH

11hb Disember 2017 (Isnin)

Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil

Haram. (SP/MT/MM)

HARI 07 MAKKAH / ZIARAH JA’RANNAH

12hb Disember 2017 (Selasa)

Solat subuh dan sarapan pagi. Selepas sarapan pagi jemaah diminta berkumpul dilobi

hotel. Seterusnya jemaah akan dibawa menziarahi tempat – tempat bersejarah di sekitar

Kota Makkah iaitu Persekitaran Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah (Jabal Rahmah), Mina

dan Ja’ranah. Kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah untuk kali seterusnya

adalah dinasihatkan supaya berihram di Ja’ ranah. Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah

untuk miqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah

bagi jemaah yang telah berniat umrah. Masa seterusnya adalah bebas untuk urusan

peribadi dengan memperbanyakkan ibadah di masjid. (SP/MT/MM)

HARI 08 MAKKAH

13hb Disember 2017 (Rabu)

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.

(SP/MT/MM)

HARI 09 MAKKAH / ZIARAH HUDAIBIYAH

14hb Disember 2017 (Khamis)

Solat subuh dan sarapan pagi. Selepas sarapan pagi jemaah diminta berkumpul dilobi

hotel. Seterusnya jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah. Kepada jemaah yang ingin

mengerjakan umrah bagi kali seterusnya dinasihatkan supaya membuat persiapan untuk

berihram dan miqat di Hudaibiyah. Selepas solat sunat ihram dan miqat di masjid

Hudaibiyah. Seterusnya jemaah dibawa ke tempat penginapan dan mengerjakan ibadah

umrah bagi jemaah yang telah berniat mengerjakan umrah. Masa seterusnya, jemaah

bebas untuk beribadat. (SP/MT/MM)

Page 7: ~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~ PAKEJ UMRAH … dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan. Jemaah akan dibawa

HARI 10 MAKKAH / SOLAT JUMAAT DI MASJIDIL HARAM

15hb Disember 2017 (Jumaat)

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.

(SP/MT/MM)

HARI 11 MAKKAH / JEDDAH / KUALA LUMPUR

16hb Disember 2017 (Sabtu)

Urusan daftar keluar hotel & tawaf wada’ .

Jemaah diminta berkumpul di Lobi Hotel untuk berangkat ke Jeddah.

Tiba di Jeddah Airport, jemaah diminta mengambil beg masing- masing untuk urusan

check in dan seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur jam 11.00 malam dengan

penerbangan SAUDI AIRLINES . (SP/MT)

HARI 12 KUALA LUMPUR

17hb Disember 2017 (Ahad)

Insya’Allah…. Tiba di KLIA jam 1.00 petang waktu tempatan....

Page 8: ~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~ PAKEJ UMRAH … dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan. Jemaah akan dibawa

Ustaz-Ustaz yang Bertugas

Pengurus Operasi di Makkah

Ustaz Salman Ahmad Nasution

H/P No: 966-55-5709205

Bimbingan / Tazkirah :

Ustaz Badilah @ Ustaz yang bertugas.

MUASSASAH/AGENT DI SAUDI ARABIA

AL YAMAMA GROUP

MAKLUMAT AM

Lain lain barang keperluan peribadi :

Ubat-Ubatan

Bawa sedikit sahaja dan yang sering digunakan / serasi. Walau bagaimanapun anda boleh mendapat

bermacam-macam ubatan di Arab Saudi.

Perhatian: Walaupun kami menyediakan kerusi roda untuk keperluan jemaah, ianya terhad. Kami

sarankan agar para jemaah membawa kerusi roda sendiri dari Malaysia.

Keperluan yang perlu dibawa

Lelaki – Sepasang Tuala Ihram / Tali Pinggang / Baju Biasa / Singlet Berlengan / Seluar panjang / Kain Pelekat / Selipar

Wanita – Telekong / Jubah / Seluar panjang / stokin tebal / Sarung lengan / selipar

Lain – lain – Sejadah kecil / gunting kecil / Buku Doa / Uncang kasut

Kacamata / Lensa

Bawa Kacamata / Lensa gantian sebagai langkah berjaga jaga sekiranya terjadi sesuatu kepada

kacamata / lensa anda. Kacamata gelap / hitam amat diperlukan.

Cuaca

Negara Arab Saudi boleh dikatakan mempunyai 4 musim. Sewaktu musim sejuk cuacanya amat sejuk,

begitu juga sewaktu musim panas amat panas.Hubungi pihak YHA untuk mendapat maklumat yang

tepat mengenai tahap suhu pada bulan-bulan yang tertentu.

Kewangan

Kami sarankan agar anda menukar sedikit wang Arab Saudi (Riyal) disini, ini untuk anda gunakan

sewaktu tiba nanti. Wang Riyal Saudi boleh didapati di Pusat Tukaran Wang Asing samada di

Malaysia atau di Madinah dan Makkah.

Page 9: ~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~ PAKEJ UMRAH … dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan. Jemaah akan dibawa

Kamera / Alat Video

Peraturan di Arab Saudi, melarang anda membawa alat-alat ini. Pihak berkuasa Arab Saudi tidak

membenarkan anda mengambil gambar disekitar kawasan Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Lapangan

Terbang dan beberapa tempat tertentu.

Telefon / Telefon Bimbit

Telefon bimbit yang mempunyai GSM atau rooming boleh digunakan dari Arab Saudi. Untuk telefon

ke Malaysia dari Arab Saudi:- 00 60 dan nombor di MALAYSIA

atau lebih mudah lagi gunakan “CALL CABIN / PONDOK TELEFON” yang berada di sekitar hotel

anda.

Perhatian : Telefon bimbit yang berkamera tidak boleh dibawa masuk ke dalam Masjid dan

sekitarnya.

Badge / Lencana

Pihak YHA akan menyediakan Tag Nama dan Tag Beg. Tag nama harus sentiasa di pakai oleh jemaah

kerana ia adalah sebagai pengganti passport anda yang disimpan oleh muassasah atau hotel.

Perhatian!

Barang –Barang tajam seperti gunting, pisau cukur , pemotong kuku dan lain –lain objek tajam TIDAK

DIBENARKAN dibawa bersama jemaah. Begitu juga dengan bahan berliquid seperti shampoo, losyen,

minyak wangi, minyak angin,ubat gigi dan sebagainya hanya dibenarkan bawa bersama jemaah tidak

melebihi 100ml sahaja. Semua barang – barang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam beg yang

hendak di check in terus ke dalam pesawat. Syarat – syarat ini harus di patuhi daripada barang-barang

jemaah dirampas.

Terima kasih kerana berurusan dengan

Syarikat YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd.

Pihak kami mendoakan Semoga anda mendapat umrah yang di

berkati oleh ALLAH S.W.T.