pinjaman bahasa asing dalam bahasa melayu
TRANSCRIPT
KUMPULAN 1:
• KAMARUL SHUKRI BIN KAMARUDDIN • MOHAMAD FADZLEY BIN HAMDAN•JAMALIYAH BINTI JAMAIN• NUR FAZREEN BINTI SUHAIMI• SITI RAIZLIZA BINTI MOHAMED HAIZAN•SUNTARI MUNIANDY
Definisi
Peminjaman kata asing bererti peminjaman bahasa lain dengan atau tanpa adaptasi linguistik.
Pengenalan
BAHASA MELAYU mula terima pengarah asing sejak zaman bahasa melayu kuno.
Pada abad ke 7,bahasa melayu di pengaruhi bahasa sanskrit.
Terima pengaruh bahasa arab apabila agama islam bertapak di kepulauan melayu.
Bahasa melayu di pengaruhi bahasa eropah seperti Portugis , Belanda dan inggeris apabila bangsa eropah datang ke Tanah melayu.
Latar Belakang
•Sifat bahasa melayu mudah terima bahasa asing dikenali sebagai sifat dinamik
•Kosa kata bahasa melayu diperkaya dengan adanya pinjaman bahasa asing.
Kaedah Peminjaman
Kaedah Peminjaman
Peminjaman secara terus•Peminjaman terus dilakukan dengan cara menyesuaikan bentuk atau sebutan sesuatu kata asing dengan sistem bahasa Melayu.
•Peminjaman ini dilakukan kerana perkataan tersebut tidak terdapat dalam bahasa Melayu atau sukar untuk diterjemahkan
•Contohnya perkataan model, komputer, dan bot yang dipinjam terus daripada bahasa inggeris dan disesuaikan dengan bentuk dan sebutan bahasa Melayu
Kaedah Peminjaman
Peminjaman secara terjemahan•Peminjaman secara terjemahan sesuatu kata atau konsep pula dilakukan dengan cara memberi maksud sesuatu kata asing atau konsep asing.
•Contohnya perkataan bulan madu diterjemahkan daripada bahasa Inggeris honeymoon.
Penyebaran agama
Pendidikan
Perniagaan dan perdagangan
Proses-proses pinjaman
Penjajahan politik
Terdiri daripada :
Proses-proses pinjaman
a) Penyebaran agama
Proses penyebaran agama menyebabkan banyak bahasa asing mempengaruhi Bahasa Melayu. Dalam konteks ini, unsur sanskrit dan Arab dianggap dominan.
Proses-proses pinjaman
b) Pendidikan Pendidikan juga menyebabkan unsur asing meluas dalam Bahasa Melayu, khususnya Inggeris dan Arab. Istilah baru kadangkala diambil daripada kedua-dua bahasa itu apabila Bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan yang benar-benar tepat.
Proses-proses pinjaman
c) Perniagaan dan perdagangan Proses ini sudah berlaku sejak dahulu hingga sekarang. Jika dahulu perkataan sanskrit dan Arab digunakan sebagai ukuran seperti gantang, kati dan dirham digunakan, tetapi ketika ini Inggeris pula berperanan besar seperti kilogram, komoditi dan sebagainya.
Proses-proses pinjaman
d) Penjajahan politik - Dalam konteks ini, selain Inggeris unsur asing yang terdapat akibat penjajahan melibatkan Bahasa Belanda dan Portugis, sekalipun tidak banyak
i)Unsur bahasa asing yang diambil termasuklah bunyi, huruf, sistem tulisan, mbuhan, kosa kata dan strukutur ayat.
ii)Kemasukan unsur bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu bermula daripada sanskrit, Arab, Inggeris, Portugis, Belanda, Indonesia, Cina dan kembali kepada Inggeris. Di antara tersebut datang juga pengruh lain seperti Hindu, Siam dan Filipina.
Peminjaman tulenContoh :Wuquf dan strategi
Peminjaman kacukanContoh : Kasut but
Peminjaman dialehContoh :dialeh Pulau Pinang , gempar
Jenis Peminjaman
Peminjaman kunoContoh :Pancaindera , purnama
Peminjaman pemerianContoh :Kapal terbang,pencakar langit
Peminjaman berpindah-Terdiri daripada vokal atau vowel
Faktor yang menyebabkan peminjaman bahasa asing
Keperluan untuk menamakan sesuatu konsep yang baharu
Kekerapan penggunaan kosa kata asing yang lebih tinggi berbanding bahasa penutur natif.
Bagi mengatasi masalah sinonim.
Bagi mengungkapkan sesuatu kata dengan lebih tepat.
•Terdapat berberapa sebab bahasa Melayu perlu meminjam pembendaharaan kata bahasa asing. Antaranya:
a) Keperluan untuk menamakan seuatu benda, konsep, atau fenomena baru kerana bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan yang sesuai.
Benda, konsep, atau fenomena Bahasa sumber
Syurga dan negara Bahasa Sanskrit
Taubat dan sabar Bahasa Arab
Nakhoda dan temasya Bahasa Parsi
Camca dan gincu Bahasa Cina
Bola dan minggu Bahasa Portugis
Radio dan epal Bahasa Inggeris
Faktor yang menyebabkan peminjaman bahasa asing
b) Perkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa asing.
Bahasa asing Bahasa Melayu
Fungsi Peranan
Organisasi Pertubuhan
Doktor Tabib
Polis Mata-mata
c) Sikap mengagungkan bahasa asingContoh:standard dan realiti (bahasa Inggeris) dianggap lebih bergayaDaripada kata piawai dan kenyataan (bahasa Melayu)
Faktor yang menyebabkan peminjaman bahasa asing
d) Kekerapan penggunaan perkataan asing yang lebih tinggiContohnya kata psikologi dan statistik (bahasa Inggeris) lebih difahami
dandiingati berbanding dengan perkataan ilmu jiwa dan perangkaan (bahasa Melayu)
e) Untuk mengatasi masalah sinonimContohnya :Perkataan nikah dipinjam daripada bahasa Arab untuk maksud yang
lebihsopan dan rasmi berbanding perkataan kahwin
f) Perancangan bahasa melayu untuk menjadi bahasa moden.Contohnya : kita menyerap kata-kata aksesori, cakera padat, disket, e-
mel,dan multimedia supaya selaras dengan perkembangan semasa yang menitikberatkan lapangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Faktor yang menyebabkan peminjaman bahasa asing
Soalan
1. Pilih pernyataan yang tidak tepat tentang sesuatu bahasa meminjam perkataan daripada bahasa lain.
A. Untuk menamakan sesuatu benda,tempat atau konsep baharu.
B. Untuk menggunakan perkataan asing yang lebih tinggi daripada perkataan dalam bahasa sendiri.
C. Untuk meninggikan status bahasa yang meminjam.
D. Untuk mengelakkan masalah sinonim.
Soalan
2. Jadual berikut menunjukkan padanan yang betul bagi basaha dan perkataan yang di pinjam oleh/dalam bahasa Melayu, kecuali
Bahasa Perkataan
A Sanskrit Dewa
B Inggeris Doktor
C Arab Puasa
D Cina cawan
Soalan
3. Banyak kosa kata sanskrit yang dipinjam oleh bahasa Melayu.Antara berikut,yang manakah merupakan kata pinjaman daripada bahasa sanskrit?
A. Haiwan,sihat,sejarahB. Lontong,tulen,matangC. Nilam,neraca,cempakaD. Anggur,kurma,nakhoda
4. Bahasa Melayu banyak meminjam kosa kata daripada bahasa Arab.Antara yang berikut,bidang manakah yang paling ketara kosa katanya dipinjam oleh bahasa Melayu?
A. IlmuB. AgamaC. Fikiran dan perasaanD. Hukum dan peraturan
Soalan5. Pengaruh bahasa asing yang paling ketara terhadap
bahasa Melayu adalah daripada aspekA. ImbuhanB. Kosa kataC. NahuD. Bunyi bahasa
6. Pilih perkataan yang dipinjam menerusi peminjaman penterjemahan.
I Cecair III BiologiII Magnet IV Hakisan
A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV
Soalan7. Antara yang berikut, yang manakah bukan menjadi sebab
utama bahasa Melayu perlu meminjam daripada bahasa asing?
A. Untuk mengatasi masalah sinonimB. Kerana tiada perkataan bahasa Melayu untuk
menamakan fenomena baruC. Sikap suka mengagung-agungkan bahasa asingD. Pembinaan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa
moden
8. Kata-kata dalam bahasa Melayu seperti agama, swasta, mahasiswa, biduawanita, dan rahsia merupakan kata-kata yang di ambil daripada bahasa
A. SanskritB. ArabC. PortugisD. Jawa
Soalan9. Awalan bi- merupakan imbuhan pinjaman daripada bahasa
A. Parsi B. ArabC. InggerisD. Sanskrit
10. Kata-kata dalam bahasa Melayu seperti minggu, kemeja, peluru, nanas, sekolah, dan tuala berasal daripada bahasa
A. PortugisB. BelandaC. TamilD. Arab
Soalan11. Yang manakah antara kata yang berikut merupakan kata
pinjaman?I Encik III BulanII Mempelam IV Aur
A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV
12. Bahasa Melayu banyak menerima pengaruh daripada bahasa
I Portugis III ArabII Cina IV Inggeris
A. I dan IIB. II dan IIIC. II dan IVD. III dan IV
Soalan13. Antara yang berikut, yang manakah kumpulan kata yang
dipinjam daripada bahasa Arab?A. Abadi, rupawan, hadirin, syaratB. Dewan, seniman, islamisme, ghaibC. Tatabahasa, mahaguru, meriam, akhiratD. Ilmu, nafsu, sedekah, tafsir
14. Bahasa Melayu mudah unsur-unsur asing kerana bahasa tersebut memiliki sifat
A. elastikB. dinamikC. proaktifD. produktif
Soalan
15. Bahasa Melayu menerima pengaruh bahasa sanskrit daripada aspek-aspek yang berikut, kecuali
A. Sintaksis B. Morfologi C. Kosa kataD. Bunyi bahasa